Rabu, 6 Oktober 2010

LAGI KEZALIMAN KEATAS AHLI KELAB UMNO !!!

EN.NIK SOH BIN NIK AHMAD, Bekas Naib Pengerusi kelab UMNO sesi 2002/2003


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Para Blogger yang dihormati sekalian,

1.Agak lama saya tidak menulis.Ini adalah kerana saya sangat sibuk dengan urusan akademik sebagai seorang mahasiswa di peringkat ijazah sarjana.

2.Kali ini,saya berhasrat untuk mendedahkan sebuah kepincangan dan kezaliman yang berlaku di depan mata dan sedang ditutup oleh pihak tertentu.

3.Ustaz Nik Soh adalah merupakan aktivis kelab UMNO yang aktif pada sesi 2002/2003 yang berjawatan sebagai Naib Pengerusi.

4.Zaman tersebut,kelab UMNO berada di puncak kegemilangan dengan diketuai seorang insan penyayang,toleransi dan berdedikasi,Ustaz Ahmad Sanusi Bin Md Nor.

5.Saya sempat bersua muka dengan ustaz Sanusi tersebut.Beliau seorang pengerusi Kelab UMNO yang tidak mudah "diperkudakan" dan "dipergunakan".

6.MSD di zaman tersebut tidak berani memperkudakan Kelab UMNO di bawah pimpinan beliau.

7.Bahkan,penasihat kelab UMNO pada ketika itu adalah bekas pengerusi dan senior yang berpengalaman.

8.Sebagai pelajar baru yang baru sampai pada 25 September 2003,saya melihat kelab UMNO saat itu benar-benar sebuah persatuan pelajar dan bukannya persatuan "pegawai".

9.Hari ini,dunia telah berubah.Ustaz Sanusi telah bergelar pendidik di tanah air.

10.Apa yang tinggal adalah salah seorang bekas naib pengerusi di zaman beliau yang masih berada di Mesir saat ini yang menyimpan kisah kegemilangan tersebut.

11.Ustaz Nik Soh telah diamanahkan secara lisan oleh abang-abang senior kelab UMNO pada tahun 2004 untuk menjaga sebuah unit pangsapuri yang dijadikan pejabat Kelab UMNO Kaherah.

12.Sejak tahun 2004,beliau telah menjaga aset hartanah tersebut dengan baik bahkan telah menanggung liabiliti unit pangsapuri berkenaan.

13.Entah berapa ribu kosnya tidak diketahui oleh umum dan pastinya ustaz Nik Soh adalah individu yang bertanggung jawab keatas bangunan tersebut.

14.Kenapa Nik Soh diamanahkan untuk menjaga bangunan tersebut?

15.Unit pangsapuri berkenaan berada dalam keadaan yang tidak menentu saat itu melihat sambutan dan kehadiran pelajar dari selatan Thailand yang dikatakan telah dibawa masuk pihak tertentu dan mengekang masalah sosial yang dikhuatiri boleh merosakkan imej Kelab UMNO.

16.Fakta yang tidak siapa pun boleh memadamkannya adalah jelas bahawa unit pangsapuri beralamat di "No.20 Tingkat 3, Mahmoud Shaltut Street,11371, Rabaah Al-Adawiya, Nasr City,Cairo", telah dijaga oleh Nik Soh antara tahun 2004 hingga selepas bangunan tersebut diceroboh dengan cara desparado oleh pekerja syarikat kontraktor ATTAL pada 8 Februari 2010.

17.Syarikat Kontraktor berkenaan telah menyebut beberapa nama yang saya fikir tidak perlu saya sebutkan saat ini.Penama-penama yang disebutkan adalah rakyat Malaysia yang diamanahkan untuk menjaga kepentingan pelajar Malaysia di Mesir.

18.Nik Soh tidak mendapat pembelaan sewajarnya.

19.Nik Soh telah dilayan dengan buruk oleh pihak Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK).

20.Bukan niat saya untuk memburuk-burukkan jabatan berkenaan dan tidak salah jika saya menyebut apa yang berlaku berdasarkan fakta.

21.Nik Soh mahu pulang ke tanah air seberapa segera akan tetapi status kewangannya tidak mengizinkannya untuk pulang.

22.Pegawai negeri Sembilan di Mesir,Tuan Hj Mat Zain adalah orang yang paling perihatin terhadap isu tersebut.

23.Pihak JPMK melalui Pengarahnya,Prof Madya Dr Jamil Hasyim dikatakan telah menguruskan pembelian tiket untuk Nik Soh,isteri dan lima anaknya.

24.Pembelian tersebut tanpa merujuk sebarang dokumen perjalanan sah untuk memastikan Nik Soh sekeluarga melepasi urusan imegresen Mesir.

25.Akhirnya,tiket penerbangan Nik Soh anak beranak telah terbatal dengan kelalaian pihak Dr Jamil. Penerbangan yang dijadual pada pagi raya 10 September 2010 berlepas dengan tanpa diseratai oleh Nik Soh sekeluarga.

26.Nik Soh cuba menghubungi Dr Jamil seperti sebelum ini,akan tetapi beliau tetap seperti sebelumnya,enggan menjawab panggilan berkenaan.

27.Tiba-tiba,hari ini,En Shaiful Anwar,Ketua Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia Kaherah dipersalahkan kononnya itu adalah masalah rakyat Malaysia!

28.Bukankah En Khairi Jalaluddin pernah memarahi Nik Soh bahawa isu perobohan rumah kelab UMNO dan penghantaran pulang Nik Soh tidak boleh melibatkan pihak Kedutaan Besar Malaysia Kaherah????

29.Adakah benar fakta mengatakan bahawa tindakan YAB MB Negeri Sembilan yang mengarahkan syarikat Kontraktor MANYALAWI membuat "costing" baik pulih apartment Kelab UMNO sebagai punca tindakan desparado tersebut dan telah dibelakangi oleh pihak tertentu untuk memastikan projek berkenaan dimenangi oleh syarikat kontraktor ATTAL ?

30.Adakah benar projek berkenaan adalah "percuma" seperti mana yang dikatakan pengerusi Kelab UMNO,Ihsan Bin Dato' Munir kepada Nik Soh?

31.Pada pendapat kalian,apakah perlu kita sediakan sebuah tabung amanah untuk mencari dana Nik Soh sekeluarga untuk pulang ke tanah air dan dana tersebut dipegang oleh sebuah agensi kerajaan di Mesir yang boleh dipercayai selain JPMK?

32.Kepada rakan-rakan yang simpati dan abang-abang senior Kelab UMNO era awal milinium, sila berikan komentar anda dan panjangkan isu ini kepada pihak berkenaan di Malaysia.Tolonglah...........


Fakta :

1) 8 Februari 2010 - Pekerja kontraktor ATTAL menceroboh bangunan Kelab UMNO dengan memecahkan beberapa bahagian penting dalam bangunan berkenaan.

2)Anak - anak Nik Soh mengalami beberapa penyakit akibat pencerobohan berkenaan.

3)Tidak dilayan sewajarnya oleh pihak JPMK.

4)Terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah pada 10 September 2010 dan anak-anaknya menangis kelaparan.

5)Setelah Dr Jamil tidak menjawab panggilan Nik Soh,akhirnya,Nik Soh menghubungi Kuasa Usaha Sementara,Encik Shaiful Anwar Muhammad pada tengahari 10 September dan beliau memberikan bantuan kemanusiaan dengan mengeluarkan Nik Soh sekeluarga dari lapangan terbang berkenaan menggunakan kereta peribadi beliau berplat DIPLOMATIK.

6)Nik Soh diletakkan semula di DMAK atas perhatian En Shaiful.

Saya ulangi...Pada pendapat kalian,apakah perlu kita sediakan sebuah tabung amanah untuk mencari dana Nik Soh sekeluarga untuk pulang ke tanah air dan dana tersebut dipegang oleh sebuah agensi kerajaan di Mesir yang boleh dipercayai selain JPMK?

BERIKAN RESPOND ANDA...demi masa depan anak bangsa kita memandangkan anak-anaknya masih kecil...

7 ulasan:

Perang Minda berkata...

salam..terima kasih atas makluman ust.faizal terhadap isu ini yang begitu serius telah berlaku tapi gagal mendapat pembelaan sewajarnya.

Benar apa yang dikatakan oleh ust.faizal sepatutnya pihak yang terbabit ini 'tidak menipu' dan berkepentingan melakukan tindakan tanpa notis dan pemberitahuan yang wajar (tidak profesional dari pegawai kerajaan terlibat)merobohkan penempatan pelajar yang telah berkeluarga

Untuk makluman lebih lanjut dan gambar boleh tgk di http://gambar.alkiram.net

wsalam

Siti Aishah Hanin berkata...

jangan bantu Ust Nik Soh je.anak2 wilayah yang dibelakangkan dek pusat zakat pun perlukan pembelaan...duit zakat mak ayah diorang sedap dinikmati orang lain sepan mata diorang sendiri

MimSodRo berkata...

eh korang x pikir pulak ek camne PMRAM kena ceroboh oleh zionis kat ARMA??

--> dOk mesir ni kena la byk pikir..:D

MimSodRo berkata...

eh korang x pikir pulak time PMRAM kena ceroboh "zionis" kat ARMA dulu tu?? nape xnak bangkitkan?

-->dOk mesir ni kena la byk pikir..:D

Tanpa Nama berkata...

http://www.majalah.com/?classified:penipuan-ustaz-nik-soh-bin-nik-ahmad-ustazah-siti-sobiyyah-binti-ahmad-pegasah-www-alkiram:6YCB9NCZMW

Penipuan Ustaz Nik Soh Bin Nik Ahmad @ustazah Siti Sobiyyah Binti Ahmad Pegasah Www.alkiram,net
Didididi79 - Sun 3/Apr/11, 6:04am [Last Comment]

Assalamualaikum,
Disini saya lampirkan satu stetement report polis yang telahdibuat pada tarikh 31/03/2011 bertempat di balai polis bandar chengpa Kelantan.
Tujuan saya menulis ini untuk memberi peringatan kepada andasemua pengguna internet bahawa satu keluarga yang didalangi ustaz dan ustazahtelah menipu ramai orang, termasuk saya, saya telah kurugian RM8000 gara garamempercayai janji manis ustaz dan ustazah yang berkelulusan univeristi Al Azharini,
Ustaz dan ustazah ini adalah pemilik website www.alkiram.net dan www.rahsiahebat.biz dan http://ateef.blogspot.com . Modus operandiyang dilakukan oleh ustaz dan ustazah ini menceritakan akan kesulitan yangdihadapi oleh mereka ini,dan meminta kita menolong beliau dari segi pimjamanbantuan keewangan, semasa ingin meminjam pelbagai janji manis yang diberikanoleh ustaz dan ustazah ini,membuat kita yang bersifat ingin menolong terpedayadengan janji janji palsu yang diberikan oleh ustaz dan ustazah ini,
Oklah disini kronologi kes saya:
Saya telah bekenalan dengan ustaz dan ustazah ini padasekian lama dalam tahun 2005, dan dalam pada tahun 2005-2010 saya terlalubanyak membantu ustaz dan ustazah ini ketika beliau sedang belajar diuniversitiAl Azhar(Mesir)
Saya menolong ustaz dan ustazah ini disebabkan mengasihanianak anaknya,kebiasaan saya selalu transfer seikhlas hati dalam RM100 hinggaRM300.- bergantung pada keewangan saya pada masa itu,Akan tetapi ape yang sayaberikan ketika itu adalah niat bersedekah, diantara sesama manusia yang sedangmemerlukan bantuan,
Pada tanggal 20/10/10 ustaz dan ustazah ini dilanda musibahteruk Ustaz ini telah meminta pimjaman Wang sebanyak RM7000,dengan berjanjiakan membayar kembali setibanya beliau dimalaysia,dan dengan azab yang terukanak2 dan diri ustaz dan ustazah ini kene jankitan kuman akibat debu debu yangberterbangan dan saya yang mempunyai sifat kasihan yang amat mendalam sayatelah bersejutu menolong ustaz dan ustazah ini serta anak2 nya dengan jaminan olehustaz dan ustazah wang yang saya berikan RM7000 dibayar kembali setibanyamereka di Malaysia,
Pada 27/10/10 saya telah transfer RM1000 dan pada 29/10/10saya transfer RM2000 dan pada 31/10/10 saya sekali lagi transfer RM4000 kedalamakaun ustaz ini No akaun : 157091019050 Bank Maybank atas nama Nik Soh Bin NikAhmad, dan pada 8/11/10 Alhamdulilah Ustaz serta isteri anak2nya sampaidimalaysia, Ketika beliau hendak menaiki Flaight ke malaysia beliau telahtelifon saya menyuruh saya menjemput beliau sekeluarga diairport KLIA, sayabersetuju dan pada ketika telepon itu beliau menyatakan segala kos perbelanjaanditanggung oleh Beliau(ustaz sekeluarga)
Dan selepas saya mengambil ustaz sekeluarga saya membawaustaz pulang kerumah saya segala makan dan minum ditanggung oleh saya, dan padaketika dirumah saya ustaz ini berjanji akan menbayar secepat munkin wang sayayang berjumlah RM7000 dan RM1000(kos ambil di KLIA)
Disini saya nyatakan segala kos yang telah dikluarkan : Upahdriver Kwn saya 2 hari RM200 Sewa Van Exora RM360 2hari,Sewa Hotel sekali ustazsekeluarga RM200 satu malam,Minyak tol RM250 Makan minum ditanggung olehsaya,walaupun melebihi RM1000 tapi saya kiri cukupkan RM1000 sahaja senanguntuk dikira dan saya juga jenis yang tak berkira,
Selepas berbincang dengan ustaz mengenai pembayaran kembaliduit saya,saya telah setuju dan sepakat untuk memberi tempoh 1 bulan
pada ustaz nik soh membayar kembali wang sayaberjumlah RM8000 dan dengan kata beliau ustaz akan meminta bantuan pada orang2tuanya dikampung untuk membayar kembali duitnya,

Ezo berkata...

Saya bersimpati dan ianya memerlukan penjelasan dari beliau sendiri.Untuk makluman,setahu saya,mereka belum menghabiskan pengajiannya di AL AZHAR..

Penunggu Hujung Dunia (PhD) berkata...

Salam..

Satu lagi pendedahan kejahatan Ustaz Nik Soh & isteri

Penjelasan Isu Sebenar Penipuan Ustaz Nik Soh@Ustaz Ateef@TokOne Thursina dan Ustazah Sobbiyah@Soulha terhadap Ebook RPS & RPU

Kenapa saya mendedahkan penipuan Ustaz Nik Soh @Ustaz Ateef dan isterinya Ustazah Sobbiyah@Soulha

Tujuan saya membuat kenyataan ini ialah :

1. Menjelaskan perihal sebenar peristiwa yang berlaku
2. Menyelesaikan kekusutan dan tuduh menuduh di dalam forum-forum internet
3. Masyarakat mengetahui dan cuba mengelak kesuasahan yang saya alami akibat perbuatan kedua-dua pasang suami isteri ini
4. Kedua-dua akan insaf dan kembalikan hak mereka yang telah dirampas





Sejarah Penulisan & Penerbitan Ebook Rahsia Pemusnah Saka



Idea penulisan ebook ini bermula secara tidak langsung setelah beberapa bulan kami berhubung secara online (YM-Yahoo Messenger) saya telah member Ustazah Sobbiyah@Soulha suatu amalan. Tidak lama kemudian beliau memberitahu bahawa serangan saka yang beliau telah diganggu sejak kecil telah hilang setelah mengamalkan teknik tersebut. dari situ tercetus idea membuat ebook dan saya kemukakan kepada Ustaz Nik Soh. Beliua telah bersetuju membantu dari segi membina web jualan dan web admin.



Sumber untuk membina ebook Rahsia Pemusnah saka :

1. Ilmu yang ditulis ini adalah hasil pembelajaran, pengalaman dengan beberapa orang guru bertaraf Mursyid (InsyaAllah) yang mewarisi ilmu asal amalan asmaul alhusna yang menjadi pendiding dari iblis dan syaitan serta konco-konconya yang terdiri dari jin & syaitan oleh tokoh-tokoh ulama dan pahlawan Melayu/Islam
2. Penulis juga banyak mengkaji dan menganalisis bidang sains (sebetulnya penulis berkerjaya dalam bidang sains) yang banyak mengaitkan penemuan saintis Islam lama tentang jiwa manusia seperti Imam Al-Ghazali, Ibnu Sina dan pengkaji Fizik Kuantum seperti Albert Einstein dan lain-lainnya. Secara mudahnya bidang ini dikenali sebagai Pseudoscience yang dahulunya disebut sebai Al-Kimya
3. Penulis telah meringkas & memudahkan semua amalan itu di dalam sebuah buku yang bernama Rahsia Pemusnah Saka





Tujuan penulis berkongsi ilmu & pengalaman menerusi penjualan ebook ini ialah :

1. Intipati sebenar amlan ini agar pengamal sentiasa berzikrullah. Dengan itu jiwa pengamal atau pesakit disucikan dari mensyirikkan Allah lantas mentauhid Allah buat seluruh rohani ddan jasmaninya
2. Penulis kerap berpesan kepada Ustaz Ateef @Ustaz Nik Soh bahawa tujuan utama ebook ini diterbitkan sebagai satu sumbangan kecil dakwah agar umat Melayu & Islam di Negara ini mahupun nusantara akan kembali mengingati Allah secara tidak langsung (walaupun tujuan pada mulanya untuk memusnahkan saka pada diri). Dengan ini dapat membantu usaha kerajaan, ulama,pejuang agama & bangsa untuk menyelamat umat ini dari masalah sosial dan jati diri yang agak tenat sekarang
3. Penjualan ebook ini dapat menampung sebahagian perbelanjaan Ustaz Ateef@Nik Soh & Ustazah Soulha@Sobbiyah sekeluarga serta penulis yang juga kesempitan kewangan
4. Sebagai usaha & kerjasama awal kami untuk mengeluarkan produk-produk perubatan alternative bersama untuk pasaran tempatan



Penjelasan lebih lanjut di :

http://www.facebook.com/home.php#!/notes/final-arrival/penjelasan-isu-sebenar-penipuan-ustaz-nik-sohustaz-ateeftokone-thursina-dan-usta/225420927470176?notif_t=like