Sabtu, 5 April 2008

PENJELASAN ISU DASAR EKONOMI BARU SIRI PERTAMA

Melayu golongan petani
Aktiviti ekonomi bukan untuk melayu - INGGERIS

Dasar Ekonomi Baru Pasca Merdeka



Apakah hasilnya setelah hampir 40 tahun ?


Rasanya,insan yang baru setahun jagung dalam dunia politik ini harus menyatakan sesuatu berkenaan DEB khas ditujukan kepada mahasiswa Al Azhar dan pembaca blog yang budiman.Saya seorang mahasiswa yang sedang mengikuti program sarjana dalam bidang Syariah.Meneroka ilmu-ilmu Syariah untuk didalami,dipraktikkan,dipelihara kesucian dan ketinggiannya.

Dalam kesibukkan ini,suasana politik tanah air membuatkan diri yang hina dina dan fakir disisi Allah S.W.T ingin membuat satu ulasan berdasarkan fakta berkenaan apa yang dinamakan "Dasar Ekonomi Baru" (DEB) yang mana hari ini dengan sewenang-wenangnya,ada kelompok biadap seperti DAP dan sekumpulan manusia lain yang kurang memahami isu ini atau sengaja tidak mahu menerima hakikat terhadap DEB.

Bagi remaja yang ada hari ini dan para pemuda yang berumur 26 tahun kebawah,kita dilahirkan dan dibesarkan dalam suasana yang amat berbeza dengan mereka yang lahir dan membesar pada tahun 1950 an hingga 70 an.


Di zaman kita,wujud seorang insan yang bernama Tun Dr Mahathir (Datuk Seri ketika itu) menjadi pemimpin negara.Beliau menerajui negara dengan pembangunan yang pesat hingga Malaysia hari ini disegani dan dihormati.Blogger sendiri telah menemui banyak buku-buku berbahasa arab yang ditulis oleh bangsa arab sendiri untuk mempelajari pemikiran Tun Dr Mahathir dan misi pembangunan beliau.


Nah,,,di hadapan kita,keamanan,kestabilan walaupun wujud ditengah-tengah suasana itu suara pekikan rintihan tidak puas hati kerana sebab-sebab tertentu.Tahukah kita,negara kita merdeka dari penjajah dalam keadaan ketidak stabilan dalam sosioekonomi pada ketika itu?


Bangsa Melayu,kita diatur oleh penjajah sebagai golongan petani secara kecil-kecilan yang empunya tanah sekangkang kera.Paling tinggi di era 50 an itu,anak melayu berbangga jika menjawat jawatan KERANI atau PEGAWAI RENDAH GAMEN katanya.Bangga seolah-olah itulah tempat yang layak bagi kita.Majoriti orang melayu tinggal di kampung-kampung dan pedalaman.Majoriti bangsa kita adalah merupakan nelayan dan petani.


Dalam masa yang sama,bangsa cina yang mana pada awalnya sebagai imigran,penjajah memberikan pengkhususan kepada mereka dalam bidang ekonomi.Benar,Long Jaafar orang pertama yang menjumpai bijih timah.Tetapi aktiviti perlombongan dan penerokaan dalam bidang ini,Inggeris berikan kepada bangsa Cina.Kedai-kedai di Pekan pada ketika itu,milik siapa? bangsa cina.Ini adalah kerana mereka merupakan kumpulan penggerak ekonomi yang boleh membantu Inggeris dan mengukuhkan kependudukannya.Maka mereka banyak tinggal di pekan-pekan dan bandar-bandar sesuai dengan aktiviti mereka.


Bangsa India pula golongan buruh yang juga merupakan pada awalnya sebagai imigran.
Mereka adalah merupakan buruh kasar di estet-estet kepunyaan tokeh-tokeh Inggeris atau kroni-kroninya yang berbangsa Cina.

Saya tidak bangkit isu ini sebagai isu perkauman.Saya berjiran dengan bangsa cina dan berkawan rapat dengan rakan-rakan berbangsa India semasa di alam persekolahan di Sekolah Kebangsaan Temenggong Ibrahim Penggaram hingga di Sekolah Menengah Datuk Bentara luar.


Semangat kejiranan dan persahabatan dengan mereka saya hargai.Namun,saya mohon maaf untuk membangkitkan perkara ini kerana untuk menyedarkan melayu yang mudah lupa dan sememangnya telah lupa.



Sosioekonomi masyarakat pada ketika itu amat tidak stabil.Pengagihannya tidak adil.Dalam suasana inilah,anak melayu berdarah raja,dari negeri Kedah,berkelulusan undang-undang dari Universiti Barat sendiri telah berjaya menyusun strategi unik hingga Inggeris memberikan kemerdekaan.

Kita mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.Penjajah pulang ke negara mereka.Sosioekonomi masyarakat dibiarkan oleh mereka begitu sahaja.Namun,pembentukan sebuah pakatan berasaskan kaum terdiri daripada UMNO untuk bangsa melayu,MCA untuk bangsa cina dan MIC untuk india berjaya membawa tanah melayu aman sejahtera dengan izin dan rahmat dari Allah S.W.T.bahkan,tarikh keramat 31 Ogos 1957 itu adalah cadangan seorang ulama dari utara tanah air.Lihat,betapa gandingan antara ulama dan umara pada ketika itu?

Namun,segalanya terluah pada tahun 1969.Tarikh 13 Mei 1969 adalah satu tarikh yang mungkin masih susah untuk dilupakan oleh golongan usia emas hari ini yang menyaksikan detik itu.Pengelasan oleh pihak inggeris ini diterjemahkan dengan bom jangka yang meletup pada ketika itu.Keputusan pilihanraya yang diumumkan pada ketika itu telah melihat keretakkan yang memang telah sedia menanti belah.

Berapa nyawa yang terkorban pada ketika itu? mereka yang tidak berdosa dibunuh.Harta benda rosak teruk.Inilah terjemahan terhadap apa yang terpendam didalam jiwa-jiwa tiga bangsa yang ada pada ketika itu.Dasar Inggeris ini telah menyebabkan perpaduan tiga kaum ini rosak.Secara tidak langsung sebenarnya wujud perasaan curiga mencurigai antara satu sama lain.monopoli ekonomi yang telah diasaskan oleh Inggeris untuk satu-satu kaum telah menjadikan bangsa melayu merasakan mereka ketinggalan jauh kebelakang dan tertindas.

Hasil apa yang berlaku,maka Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada ketika itu mengisytiharkan darurat berkuat kuasa pada 16 mei 1969.Pengisytiharan ini telah menyebabkan sistem kerajaan berparlimen digantung...........BERSAMBUNG









Khamis, 3 April 2008

BLOG YANG TELAH MENDAPAT PERHATIAN

Tak sangka,entri saya yang bertajuk " WARKAH BUAT WAKIL RAKYAT PAS" mendapat perhatian serius pelbagai pihak.Agak terkejut bila ianya disiarkan di web kampus negara yang tidak diketahui siapa "owner"nya,web malaysia hari ini juga nampaknya berminat dengan entri saya.

Saya telah menerima komen melalui ruangan yang disediakan di blog ini dan email.Sebanyak 11 komen melalui blog dan lebih 5 komen melalui email.Dari 11 komen di blog,saya hanya menerima 3 komen untuk diwartakan berikutan bahasa dan cara memberikan komentar itu kurang sopan.Mahasiswa Al Azhar hanya menyokong berdasarkan emosi dan kurang pengetahuan politik yang mendalam.Cara memberikan komentar melambangkan mereka bukan golongan intelek yang boleh disegani.Ini berbeza dengan 3 orang yang memberikan komen melalui laman blog ini.Walaupun mereka tidak menyokong intipati blog saya,namun cara mereka melontarkan pandangan amat saya hormati.Saya percaya mereka adalah merupakan mahasiswa fakulti perubatan Universiti di Mesir.

Komentar yang dihantar melaui email pula kebanyakkan dari pembaca blog ini atau web-web yang saya sebutkan tadi dari Malaysia.Saya hargai komen mereka kerana cara melontarkan pandangan amat bernas dan membuka fikiran saya untuk berfikir dan menilai.

Terima kasih kepada http://www.kampusnegara.net/ http://www.malaysiahariini.com/ di alamat http://malaysia-hariini.com/home/index.php/Warkah-Buat-Wakil-Rakyat-PAS.html. Dengan tanpa perlu saya nyatakan sender email,saya paparkan kepada pembaca blog ini dua dari enam komen melalui email.Keenam-enam komen ini bagus dan bernas.Saya akan fikirkan dan mencari kebenaran itu.Terima kasih saya ucapkan.

Email pertama :
Sender : xxxxxx


Ulasan anda masih dangkal lagi......
Anda habiskan mengaji dulu......gagasan Barisan Rakyat tu perlu di fahami...saya adalah penduduk Selangor tetapi apabila melihat anak muda seperti anda tidak menafsir sesuatu dengan daya intelek yang tinggi menjadikan anda perlu memperdalami politik Malaysia....

Terdapat 3 buah negeri sekarangdibawah pimpinan PAS Kelantan, Kedah dan Perak...kenapa anda terlalu bias dengan kaum China ...mereka golongan pemodal ..kita ..orang Melayu pemakan gaji.....mereka lebih menjadi tuan kerana mereka empunya syarikat..anda belajar atau tidak ????ya anda belajar tetapi bukan untuk menjadi peniaga.....teliti baik-baik senario politik malaysia dan selalulah membaca blog ..esp Tranungkite atau http://us.f558.mail.yahoo.com/ym/Compose?To=M@RHAEN... KITA SUDAH LAMA DITINDAS OLEH BANGSA MELAYU &ISLAM SENDIRI CIPTAAN http://us.f558.mail.yahoo.com/ym/Compose?To=UMNO@BN... mana pembangunan menyeluruh yang mendidik rakyat menjadi komuniti peniaga ...mereka cuma pemakan gaji...pembangunan yang dirancang itu diberikan kepada pemodal dari non-malay .....mereka khianat kerana tidak membangunkan bangsa sendiri...kalau anda makan gaji....macam majoriti rakyat Melayu lain....memanglah ditindas ..kekuatan apa yang ada pada kamu....????

PAS berjuang dari dulu untuk menggunakan Islam sebagai jambatan bagi meletakkan Islam sebagai Ad-Deen...kamu sebagai pelajar ini apa sumbangan kepada PAS yang berkorban apa sahaja dengan wang ringgit sendiri,sumber sendiri....pengorbanan yang bukans edikit untuk memperjuangkan Islam agar ia berada ditempatnya...disamping menegakkan syiar Islam....untuk kemakmuran Malaysia amnya....pemimpin berwibawa tanpa ada korupsi...sekarang timbul pemimpin derhaka kepada Sultan http://us.f558.mail.yahoo.com/ym/Compose?To=Trengganu@Yang Dipertuan Agong...layari Tranungkite SEGERA!!!

Kamu membuat analisis yang kurang matang sebab kamu pelajar ..teori bukan praktikal...simpan dulu Sarjana kamu...saya pun ada...tapi daya intelektual kamu dan penglibatan kamu hanyalah picisan lagi berbanding mereka yang telah merasa payah jerih menanggung kos hidup atas ketidak cekapan BN mengurus hasil bumi M'sia....bahkan dirompaknya lagi ada !!! anda harus mendekati ramai pendokong BR ..bukan hanya menjurus PAS tetapi PKR dan DAP juga...ini soal keseluruhan ....secara makro bukan mikro seperti jangkaan anda......tau apa itu gelombang perubahan cetusan BA didokong oleh DSAI @PKR, pihak PAS dan DAP ,strategi satu lawan satu....

penulisan anda berbaur mencaci /memperlekeh itu kurang berhemah....orang lain telah menganjak paradigma .....lihat rakyat Selangor boleh mengubah minda ...memeberi laluan kepada BA untuk memerintah...atas dasar sifat kebiadapan pemerintahan terdahulu pimpinan UMNO@ BN di bawah Khir Toyo meroboh setinggan Taman Rimba Jaya & Taman Berembang , lain-lain lagi salah laku oleh exconya..pembinaan 'istana' Zakaria Mat Deros...dsb ...tak perlu dipanjangkan lagi ...lawatilah blog-blog alternatif....

Saya amat sedih anda yang 'berpelajaran tinggi'??? patutnya mempunyai penilaian yang matang dan daya intelektual politik yang membanggakan tetapi saya nampak anda agak mundur atau reversed......tak mengapa anda perlu mengambil masa tetapi janganlah mengambil sikap rigid .....matangkan diri anda ..rakan-rakan anda yag lain....dipersilakan berikan pandangan anda di Tranungkite ..nama samaran forumer saya ' Buragass'...


Email kedua:
Sender : xxxxxxxx

Salam,
Ayahanda bukan ahli sebarang parti politik. Daripada artikal anakanda (WARKAH BUAT WAKIL RAKYAT PAS) ayahanda terpanggil untuk mnegutus email ini kepada anakanda tercinta.
Ayahanda rasa anakanda perlu banyak membaca sejarah tanah air. Antara topik2 yang anak perlu baca adalah seperti berikut:
1. Siapakah pejuang-pejuang sebenar bangsa melayu dan islam tanah air tercinta ini. Contoh: Ishak Hj Baharom, Rahim Kajai, Samsiah Faqih, Zukifli Mohamad dan banyak lagi
2. Kenapa begitu mudah PENJAJAH memberi kemerdekaan pada Persekutuan Tanah Melayu. Carilah sungguh-sungguh
3. Mengapa Umno, Perikatan dan Barisan Nasional ditubuhkan
4. Mengapa Pas ditubuhkan (baca perlembagaan PAS, DAP dan Semua parti politik)
5. Siapa yang musnahkah tulisan jawi
6. Siapa menghapuskan bahasa Melayu (baku) dan banyak lagi
7. Siapa menubuhkan FELDA
8. Sekarang siapakah yang menjual ...............................

Dikhabarkan anakanda berpendidikan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Syariah Universiti Al Azhar Kaherah ayahanda setakat SPM sahaja. Tentu anakanda lebih banyak membaca daripada ayahanda. Tapi luangkan sedikit masa membaca sejarah tanah air dengan berlapang dada agar anakanda tidak tertipu.
Setelah sejarah tanah air anakanda khatam, pejuang2 sejati telah anaknanda kenalai baik yang dikatakan penganas / petriotik .
Tolong ceritakan kepada ayahanda siapa yang mengadai tanah melayu ini kepada semua kaum di Malaysia ini. Ayahanda tidak layak untuk menceritakan semua di ata kpd anakanda kerana ayahanda tidak berpelajaran tinggi.
Kalau ayahanda terkasar bahasa maafkan ayahanda dan bahasapun culang-caling. Warkah ini hanya untuk kita berdua sahaja.

Ayahanda dilahirkan pada 18.09.1951

Sekian, Wasalam

Dengan penuh kasih sayang
Ayahanda Pak Tam


baik benihnya baiklah buahnya

****
Jika diamati dua komen ini,ianya lebih kepada teguran.Jika ada nada kekecewaan,mereka nyatakan sekali sebab hngga tiada sebab saya perlu marah.Tiada sebarang cacian dilemparkan kepada saya.Tiada perkataan "PENCACAI,PEMBODEK,PENGAMPU" dan lain-lain lagi.Terima kasih mereka semua.Apa Khabar mahasiwa Al Azhar? Sokong dengan emosi lagikah??? Mahasiswa Al Azhar perlu belajar menjadi golongan pengkritik yang baik bukan pengkritik beremosi.