Selasa, 29 Disember 2009

PERISTIWA 6 JANUARI 2005 BERULANG DI KELAB UMNO

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Para Blogger sekalian,

Umum mengenali saya sebagai seorang ahli kelab UMNO.Bahkan tak kurang juga ada yang menggelarkan diri saya sebagai "totok UMNO".Apa pun gelaran yang diberikan oleh pihak lawan, saya terima kerana saya berfikiran terbuka.Kadang-kadang,perbualan politik dengan beberapa rakan di sekitar hayyu asyir Kaherah,bahkan isu yang amat panas,tiada pula sesiapa dari mereka yang datang "TUMBUK" saya.Cuma sekali sahaja,ketika di Rumah Selangor.Saya hampir-hampir ditumbuk namun,sepantas kilat,mereka yang berdekatan,menghalang individu terbabit.

PERISTIWA 6 JANUARI 2005


Lebih kurang empat tahun sebelum ini,Mesir digemparkan dengan satu isu sensasi,malah individu terbabit,masih ada di Mesir.Saya fikir,ramai yang ingat peristiwa tersebut,dimana,seorang pelajar Selangor di Mesir telah dipukul oleh pegawai HEP Selangor ketika itu,En Idris Mastor.Bahkan,pelajar yang dipukul tersebut telah dihalau dari asrama selangor di Mesir.

Isu tersebut mendapat perhatian media ketika itu.Bahkan,saya difahamkan,beberapa individu terbabit membuat "ROAD SHOW" seluruh selangor menceritakan kisah kezaliman seorang yang bernama IDRIS BIN MASTOR.

KISAH BERULANG PADA 27 DISEMBER


Kisah tersebut berulang kembali di Mesir sekali lagi.Kalau dahulu,yang terlibat adalah ahli PMRAM,maka kali ini,yang terlibat adalah AHLI KELAB UMNO.Kalau dulu berlaku di bangunan rumah Selangor,hari ini,peristiwa ulangan berlaku di Pejabat Kelab UMNO.

Apakah wajar "pegawai" ini terus kekal di Mesir dengan gaya samsengnya itu? Tentu ramai yang ingin tahu,apakah punca ianya terjadi.

BERSUARA LEBIH-LEBIH KENA PENUMBUK?

Itulah yang berlaku di Kelab UMNO Kaherah.Lama saya berfikir kewajaran untuk meluahkan isu ini menerusi blog peribadi.Saya bangkitkan perkara ini adalah kerana sedih melihat gaya dan cara orang yang comfirm UMNO nya.Kalau dulu,saya hanya mendengar keganasan dan samseng yang dilakukan terhadap pelajar Selangor dan SMS PANAS Pegawai Terengganu di Mesir,hari ini,saya merasainya sendiri.

Bermula dengan sebuah pertikaian,saya didatangi dengan jarak yang dekat dan ditunjukkan penumbuk.Itulah apa yang dilakukan oleh KAMAL BIN ABDULLAH,YB sepenggal DUN TERENGGANU (2004 - 2008.

Sejurus kemudian,saya ditumbuk oleh IDRIS BIN MASTOR,samseng taik minyak yang pernah terlibat dalam pergaduhan dan menumbuk pelajar di Rumah Selangor.Kamal Bin Abdullah adalah merupakan penasihat Kelab UMNO Kaherah.

Adakah wajar saya yang diperlakukan sebegini terus berdiam diri? lebih-lebih lagi apabila saya mendengar,IDRIS BIN MASTOR ini,telah membuat pengubahan plot cerita dan memfitnah saya berhubung GILA KUASA.

Itulah akibat seorang yang tidak berkelulusan cuba berlagak seperti pemegang PHD.Itulah juga akibatnya apabila BEKAS YB TIDAK BERKUALITI dibuang jauh ke Mesir.
Kedua-dua sampah ini adalah merupakan LIABILITI kepada Kelab UMNO dan UMNO itu sendiri.

APAKAH PUNCA PERTELINGKAHAN

Antara punca pertelingkahannya adalah isu "orang lama" yang dikatakan oleh penasihat,kononnya disisihkan.Kelab UMNO sebenarnya dalam proses pemulihan.Jika benar hendak melakukan proses pemulihan secara besar-besaran ini,sila buktikan dan jangan hanya retorik.

Saya mempersoalkan "orang lama" yang banyak merosakkan Kelab UMNO.Kebetulan hari itu,Farid Syukri,penolong pegawai Terengganu yang masih belajar di Mesir lebih sepuluh tahun itu yang juga merupakan bekas pengerusi Kelab UMNO Kaherah 2006/2007 melenting.Melenting kerana terasa kena batang hidung.Nasiblah,siapa makan cili,dia rasa pedasnya!

Provokasi Kamal Bin Abdullah ini juga saya persoalkan berkaitan mesyuarat Kelab UMNO Kaherah yang diadakan di Rumah Negeri Sembilan pada 25 Disember 2009.Kerana provokasinya terjadi mesyuarat pada tarikh berkenaan.Kenapa KAMAL menafikannya?

Pengerusi pula,nampak lambat dalam merencana perubahan ini.Jika benar ingin lakukan perubahan,segeralah lakukan,bukannya lambat macam kura-kura.Kita lambat bergerak,sedangkan "orang lain" cergas berjalan.

Saya rasa tidak perlu duduk semeja untuk merencana perubahan.Saya sempat memaklumkan pada malam tersebut keputusan saya menarik diri.Ini adalah kerana kecergasan kita disalah anggap.Kecergasan dan percambahan idea kita dianggap cuba nak rampas kuasa,gila kuasa,nak cepat naik dan lain-lain lagi.

Keikhlasan kita langsung tidak dihargai.Balasan yang diterima sebaliknya pula,tunjuk penumbuk dan penumbuk hadiah yang diterima.

Insan mana yang akan berdiam diri? Maka,sebagai balas,saya menghantar SMS-SMS panas sebagai meluahkan perasaan.bagi saya,hanya orang bodoh sahaja yang akan berdiam diri apabila ditumbuk!!!!

Ingat....kalau nak berubah,ubah betul-betul.Masa "semakin" hampir.Semboyan dah berbunyi sejak bulan MAC 2009.Sebelum terlambat,ingat....berubah....atau rebah....

Jumaat, 4 Disember 2009

ISU PEMBACAAN KUTUB SITTAH : AMBIL KAIN RENTANG!!!! BUKAN CURI !!!! (BAHAGIAN TIGA)


KAIN RENTANG MENGHASUT BENCI INSTITUSI KERAJAAN

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Para Blogger Sekalian,

Tulisan saya berkenaan isu ini nampaknya mendapat sambutan dari pelbagai pihak.Bahkan ada juga individu-individu yang "gusar" hingga menasihatkan saya agar berhenti membicarakan isu ini kononnya ianya telah selesai.

Kenyataan rasmi Persatuan Mahasiswa Selangor di Mesir baru-baru ini yang menyatakan pendirian tegas mereka tidak akan menyertai program sambutan hari raya aidiladha anjuran Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (MSD Cairo) dan Kedutaan,kononnya mahukan penyelesaian isu kutub sittah ini diambil kira dahulu,membuktikan kepada kita bahawa isu ini sebenarnya masih belum selesai.

Pihak PMRAM dan DESAK tetap memainkan isu ini secara senyap melalui perang saraf menyelinap di rumah-rumah negeri di Mesir.

PEMBENTANGAN KAIN RENTANG,LATIHAN JADI PEMBANGKANG

Pada satu malam,selepas 21 Oktober,kain rentang yang berbaur hasutan kepada mahasiswa kita telah direntangkan di dataran hayyu asir Kaherah.Kain rentang tersebut meraih simpati mahasiswa dan mendesak agar seluruh mahasiswa menandatangai desakan tersebut.

Maka,ramailah juak-juak yang tunjuk kejantanannya.Sedangkan undang-undang di Mesir tidak membenarkan perkara tersebut dilakukan.Namun,mereka yang berbuat demikian cukup licik dan pandai berlakon.Barangkali,jika ada SB Mesir yang bertanya,mereka kata itu "kedutaan" punya.Saya tidak tuduh,Cuma kata "barangkali".

Dari satu sudut,perbuatan menggantung kain rentang ini adalah mirip perbuatan pembangkang di Malaysia untuk melancarkan perang saraf dan memainkan PERSEPSI buruk terhadap sesuatu isu.

Siapakah dalang disebalik DESAK dan PMRAM? Jika dilihat dari situasi ini,jelas,pembangkang begitu minat isu ini.Termasuklah ketua pemuda PAS Malaysia,Nasaruddin Tantawi.Saya yakin,PMRAM dan DESAK telah didalangi VIRUS pembangkang.Barangkali juga Pengerusi SUARA,Encik Farhan Mazlan lebih tahu perkara ini kerana beliau dan juak-juaknya mempunyai talian terus dengan beberapa pemimpin pembangkang di Malaysia.Kerajaan dan pihak keselamatan Mesir perlu tahu perkara ini untuk siasatan.

Maka,perbuatan merentangkan kain rentang yang berbaur hasutan ini adalah merupakan latihan untuk menjadi pembangkang kelak.Lebih dari itu,hasutan ini adalah satu perbuatan jahat yang tidak wajar dilakukan oleh seorang agamawan.DESAK dan PMRAM harus malu dengan apa yang telah mereka lakukan.

Desakkan karut mereka sewajarnya tidak perlu dilayan.Mereka hanya takut dengan bayang-bayang sendiri justeru surat JPMK tersebut telah dikambing hitamkan.Sekali lagi saya berharap,pihak AL AZHAR dan Kerajaan Mesir harus melakuksan siasatan terhadap surat berkenaan.

KEWAJARAN TINDAKAN JPMK

Berdasarkan undang-undang Mesir yang tidak membenarkan perbuatan menggantung kain rentang tanpa kebenaran lebih-lebih lagi terdapat hasutan,maka MSD CAIRO,yang diketuai oleh Prof Madya Dr Jamil harus bertindak.

Bukan sahaja aspek perundangan yang beliau lihat,bahkan jauh dari itu,hasutan tersebut adalah melampau dan harus ditangani.Amat malang sekali apabila pegawai-pegawai negeri sekitar hayyu asyir tidak memaklumkan perkara tersebut kepada MSD dan membiarkan juak-juak pembangkang ini bermaharajalela.

Pegawai Negeri Terengganu pulang bercuti di tanah air pada ketika itu.Manakala pegawai Selangor sudah tentu tidak akan berbuat demikian kerana beliau mewakili negeri yang dikuasai pembangkang.Soalnya disini,apakah peranan pegawai negeri Pahang? Beliau dilihat bacul dan takut,bahkan hanya mengejar popular dikalangan mahasiswa Mesir kononnya beliau pegawai yang akademik.Saya turut menerima laporan bahawa pegawai Pahang tidak turun menyambut aidiladha bersama MSD dan KEDUTAAN dan yang paling pelik,ketika program "melapah" daging korban anjuran "BUKAN MSD" di dataran hayyu asyir keesokkan harinya beliau hadir memberikan sokongan moral.

Ini boleh menjadi satu isu yang harus dititik beratkan oleh kerajaan negeri Pahang.Dimanakah ketegasan YAB Datuk Seri Adnan Yaakob? Beliau dilihat begitu tegas di persada tanah air dalam pelbagai isu.Namun,dalam isu ini,nampaknya beliau senyap.Apakah beliau masih tidak tahu atau buat-buat tidak tahu? Awas MB Pahang! Laporan pegawai-pegawai kanan YAB disekeliling itu harus diteliti.Apakah MB Pahang menunggu sehingga PAHANG kelak jatuh ke tangan pembangkang pada PRU ke 13 dengan suara-suara sumbang kempen pembangkang dalam pilihanraya itu kelak bergema dari lepasan Al Azhar Mesir,baru Datuk Seri Adnan tahu bahawa laporan "BAIK" dan "SEDAP" itu sebenarnya salah? Pahang memerlukan pegawai "tegas" seperti Tuan Haji Razak.

Tindakan pengarah MSD CAIRO adalah secara anak dan bapa.Bapa menegur secara baik,merampas atau "mengambil" kain rentang yang berbaur hasutan itu adalah semata-mata ingin bertindak secara baik.

Jika melihat dari aspek perundangan,Dr Jamil seharusnya meminta bantuan pihak keselamatan Mesir atas sikap BIADAP dan KURANG AJAR pihak yang menggantung kain rentang berkenaan.

Namun,Dr Jamil hanya bertindak mengarahkan pekerjanya yang berbangsa arab untuk merampas kain rentang tersebut.Nah...apakah wajar pihak PMRAM,DESAK dan pro PMRAM melemparkan tuduhan bahawa Dr Jamil "CURI" kain rentang tersebut.

Seharusnya selepas ini,MSD tidak lagi bertindak dengan lemah lembut.Apa yang perlu dilakukan adalah terus menghubungi pihak keselamatan Mesir dan biarkan mereka yang berbicara dengan tindakan mereka.Sampai bila MSD perlu berlembut dengan "pemutar belit" itu? Tindakan berlembut saya kira sudah habis.Tiba masanya MSD berkasar seperti mana Allahyarham Tuan Haji Wan Bakar Wan Dagang lakukan.

FAKTA SEBENAR YANG DISEMBUNYIKAN

Tindakan mengambil kain rentang berkenaan disusuli oleh tindakan agresif juak-juak farhan mazlan yang bertindak bodoh menahan kenderaan kedutaan dan menjerit "haromi" atau "pencuri" di sebuah jalan,di Kaherah.

Walaupun perbuatan mereka menahan kenderaan tersebut mendapat perhatian pihak keselamatan Mesir,namun,sebenarnya mereka bodoh dan lupa bahawa Mesir punya undang-undang berkenaan kenderaan DIPLOMATIK.

Kenderaan diplomatik TIDAK BOLEH ditahan oleh polis atau mana-mana pihak di Mesir kerana ianya adalah satu IMUNITI yang diberikan atas nama DIPLOMATIK.Perbuatan menahan kenderaan tersebut bukan sahaja salah di sisi undang-undang,bahkan ianya boleh diambil tindakan tegas.

Kekecohan tersebut berlaku pada waktu maghrib 29 Oktober.Ianya bukan berpenghujung di situ,bahkan mereka semua dibawa ke Balai Polis berdekatan untuk tindakan lanjut.Maka,juak-juak yang cuba menjadi hero itu sebenarnya "takut" juga saat itu.

Tidak lama selepas itu,Dr Jamil selaku pengarah MSD CAIRO datang segera ke balai polis tersebut untuk menyelesaikan polemik berkenaan.

Fakta sebenar apa yang berlaku telah disembunyikan dari pengetahuan umum.PMRAM,DESAK dan juak-juak yang terlibat cuba menutup cerita sebenar dari pengetahuan ramai bagi menampilkan persepsi kononnya mereka kuat dan hebat.

Tindakan menggantung kain rentang tersebut yang jelas menyalahi undang-undang Mesir akhirnya telah berada dalam pengetahuan pihak keselamatan Mesir hasil tindakan bodoh juak-juak hero kampung yang sebenarnya telah membuka pekong sendiri.

Akhirnya,POLIS Mesir bertanya kepada Prof Madya Dr Jamil apakah beliau mahu tindakan diambil?Jika sekiranya Dr Jamil menjawab "Ya" ketika itu,maka tindakan sebenarnya adalah menahan reman hero-hero kampung tersebut ke penjara sementara di Lapangan terbang Kaherah sebelum dihantar pulang ke tanah air.

Namun,ayah mana sanggup lihat anaknya susah lebih-labih lagi mereka mumpunyai masa depan.Dr Jamil menyatakan kepada pihak polis bahawa beliau hanya mahu bertindak atas kebiadapan pihak yang kurang sopan menghasut mahasiswa melalui kain rentang.Beliau MENOLAK sebarang tindak balas dari pihak keselamatan Mesir.

Oleh yang demikian,Pegawai polis berkenaan meminta Dr Jamil memulangkan semula kain rentang tersebut dan berjanji sekiranya kain rentang tersebut digantung sekali lagi,maka POLIS MESIR SENDIRI akan menurunkan dan mengambil tindakan terhadap pihak yang berkenaan.

Maka,ketika majlis bersama ANWAR IBRAHIM,malam 29 Oktober berkenaan,masih lagi tidak digantung kain rentang berkenaan walaupun mereka telah memperolehnya kembali.Kain rentang tersbeut hanya digantung selepas program ceramah ketua pembangkang tersebut selesai.

Namun,apa yang peliknya adalah,pada pagi hari,30 Oktober,kain rentang berkenaan telah ditanggalkan dan tidak lagi digantung.Sedangkan,pihak DESAK hanya menyerahkan kain rentang berkenaan kepada MSD CAIRO pada 3 November.Antara 30 Oktober hingga 2 November,kemanakah DESAK atau PMRAM sembunyikan kain rentang yang menjadi simbolik desakan mereka itu? Fikir-fikirkan...siapa yang "menipu" dan "tertipu" dalam isu ini?