Isnin, 17 Februari 2014

SELATAN SINAI TIDAK MERBAHAYA KEPADA PELANCONG

1.Saya kembali ke Mesir pada hujung Januari baru2 ini.Saya telah diminta untuk membantu menjayakan program melawat sambil belajar ke Selantan Sinai.

2.Maka, saya terus menghubungi rakan kenalan saya di Bahagian Keselamatan Mesir.

3.Mesir tidak meletakkan Selatan Sinai dalam bahaya akan tetapi ianya diletakkan dalam berjaga2 terutama sekali di Utara Sinai.

4.Ini adalah kerana, terdapat banyak terowong-terowong tikus di Utara Sinai yang menjadi penghubung pengganas dan laluan penyeludupan ke Gaza.

5.Pengganas sering menyerang kem-kem tentera dan post-post kawalan di Utara Semenanjung Sinai dan sempadan Mesir - Gaza atau Rafah dan Sempadan Mesir - Eylat atau Taba.Serangan ke atas TABA bukan sekali.Pada tahun 2006, Hotel di TABA pernah diserang dan hampir musnah.Kejadian 16 Februari 2014 baru-baru ini tidak seteruk 2006 dan ini membuktikan kawasan sempadan memang target pengganas.

6.Tempat percutian pelajar Malaysia hanya St Catherine dan Dahab.Untuk sampai ke St Catherine, sebelum2 ini kami melalui jalan Nakhal, Taba dan kemudian ke St Catherine (Sinai 2012).

7.Akan tetapi, untuk kali ini, sejajar dengan perkembangan semasa, saya menghubungi pihak keselamatan Mesir dan mereka nyatakan, laluan ke St Catherine tidak boleh melalui TABA mahupun Wadi Firan, sebaliknya, hendaklah melalui laluan Sharm El Syeikh atau Uyun Musa, Abu Zanimah, Abu Rudeish, Tur Sina', Sharm El Syeikh, Dahab dan kemudian barulah masuk ke St Catherine atau Jabal Musa. 

8.Oleh kerana yang demikian, saya mengubah laluan asal yang dibincangkan dalam mesyuarat DAN yang tertera di tentatif program kepada keputusan sendiri yang berdasarkan sumber yang saya perolehi sendiri. 

9.Pada pagi sebelum bertolak, saya ditakut-takutkan oleh pihak tertentu dan saya menghubungi rakan saya di pihak keselamatan Mesir sekali lagi pada jam 2 petang.Mereka tegaskan, tiada bahaya dan setiap laluan telah dipastikan keselamatannya.Setiap kawasan yang dilalui akan diawasi oleh kumpulan elit 777 dan mempunyai post kawalan yang mana setiap kenderaan yang melalui kawasan berkenaan akan diperiksa dan dipastikan keselamatannya bagi jalan seterusnya melalui laporan peronda Polis dan perisikan tentera. 

10.Semasa jalan pergi dan pulang, kami yang melalui kawasan tersebut dan jelas kelihatan kelibat kereta2 peronda yang lengkap dengan polis bersenjata.Bahkan semasa jalan pulang, oleh kerana waktu siang, penumpang yang duduk di bahagian hadapan boleh melihat dengan jelas, kenderaan pengangkutan biasa yang mempunyai tentera di sebalik barangan muatan dan lengkap bersenjata. Itu yang kelihatan.Yang tidak kelihatan dan berada di sebalik gunung2 batu pula? Hanya Allah yang tahu sistem pertahanan mereka.

11.Ini menunjukkan, pihak keselamatan cekap dalam mengawal laluan utama pelancong.Laluan tersebut amat penting kerana ianya laluan perdagangan yang menguhubungkan Kenderaan Berat dari Pelabuhan Nuwaibak ke Suez dan sebaiknya dan juga ianya laluan pelancong untuk ke Sharm El Syeikh, Dahab dan St Catherine atau Jabal Musa. 

MENGAPA IANYA SELAMAT? 

12.Setiap tempat tersebut mempunyai Kabilah utama.

13.Mereka telah menyatakan sokongan dan ketaatan tidak berbelah bahagi kepada Tentera Mesir dan menyerahkan senjata-senjata berat yang tidak berlesen kepada tentera dalam satu pelan damai yang dilancarkan oleh Marshal Sisi.

14.Sejak 30 Jun 2013, hampir tiada kes penculikan pelancong dan ini sejajar dengan pelan damai yang membuatkan para pemimpin Badawi (arab adang pasir) dan kabilah mentaati Kerajaan.

15.Hairan Bin Ajaib, berita bahaya di Sinai di kalangan pelajar Malaysia tidak begitu jelas bahkan kelihatan samar-samar hanya kerana satu atau dua isu yang tidak diulas dengan betul dan kajian yang teliti. 

SIAPA JAGA KESELAMATAN KITA DI MESIR? 

16.Sedar atau tidak, sebenarnya, PIHAK KESELAMATAN MALAYSIA tidak boleh menjamin keselamatan rakyat Malaysia di Mesir walaupun yang sedang berada di Kaherah atau mana-mana Muhafazah (negeri) di Mesir.Keduataan hanya boleh mengeluarkan garis panduan untuk rakyatnya semata. 

17.Kadang-kadang, garis panduan yang dikeluarkan hanya berdasarkan beberapa kes semata dan bukan menyeluruh.

18 Dalam isu ke Selatan Sinai, sebenarnya, semenanjung Sinai mempunyai dua negeri iaitu Utara Sinai dan Selatan Sinai. 

19.Bagi Utara Sinai, memang tidak dinafikan situasi bahaya kerana faktor yang dinyatakan diatas bahkan, kedutaan sendiri telah mengeluarkan garis panduan keselamatan nombor 2, bagi tahun 2014 fasal 1.3 yang menyebutkan dengan jelas, UTARA SEMENJUNG SINAI.

20.Kawasan pelancongan pelajar Malaysia bagi musim sejuk adalah di Selatan Semenanjung Sinai.Maka, berdasarkan sikap Keduataan yang menghalang kumpulan pelajar Johor ke Selatan Sinai sangat bercanggah dengan Garis Panduan yang dikeluarkan dan ini menampakkan bahawa KEDUTAAN TIDAK MENGKAJI DENGAN BETUL ISU DI SEMENANJUNG SINAI.

KAWASAN PELANCONGAN SUMBER UTAMA KERAJAAN MESIR

21.Adalah amat rugi bagi kerajaan Mesir jika kawasan DAHAB, SHARM EL SYEIKH dan ST CATHERINE tidak dijaga dengan baik dan dilindungi dengan kekuatan pertahanan dan keselamatan Mesir.Ini adalah kerana, ianya merupakan antara kawasan pelancongan utama di Mesir yang menjana KDNK negara mereka. 

22.Maka tidak hairanlah, pada hari kekecohan kes serangan hendap di TABA atau sempadan Mesir - Israel juga dipaparkan berita empat pelancong asing yang terperangkap dalam cuaca buruk di puncak Jabal Musa diselamatkan oleh helikopter tentera bagi menyelamatkan mereka!

23.Ketika di Dahab, saya sendiri menujukkan beberapa peserta pegawai Polis yang terpacak melihat kedatangan kami dan saya dipanggil untuk memberi laporan jumlah peserta dan beliau berpuas hati kerana ianya sama dengan maklumat yang beliau ada yang diperoleh dari Post2 kawalan sepanjang perjalanan. 

24.Sejak selepas revolusi 25 Januari 2011, memang sektor pelancongan Mesir amat menerima kesannya.Namun, kerajaan Mesir hari ini telah melancarkan kempen melancong dalam negara.Maka, adalah tidak pelik, tahun 2014 amat berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini, Dahab, St Catherine dan Sharm El Syeikh dipenuhi pelancong RAKYAT MESIR !! berbeza tahun-tahun sebelum revolusi bahkan 2011 hingga 2013, pelancong asing agak kelihatan ramai. 

25.Semasa malam di Dahab, rakan saya yang bertugas di Kontinjen Selatan Sinai menghubungi saya untuk makan malam bersamanya. 

26.Beliau mengeluh dengan suasana sekarang yang agak sukar bagi Mesir kerana sektor pelancongan diserang oleh berita Media Asing yang keterlaluan berkenaan mesir.Katanya dengan jelas :

".......MASR BEN TORIAN.YA MUWAGAHAH YA INHIYAR!! ANA LA ASMAH BINHIAR!!.........."

Maksudnya : Mesir berada antara dua persimpangan.Sama ada menghadapj (pengganas dan situasi lain) atau Hancur

27.Beliau bersemangat menyatakan, walau mereka akan terkorban, Mesir akan tetap dipertahankan.Serangan ke atas Mesir saat ini bukan sahaja melalui pengganas di Utara Sinai, bahkan, serangan paling bahaya dengan memburuk Mesir melalui media2 asing yang akan memberikan implikasi negatif kepada ekonomi Mesir. 

28.Israel, Amerika Syarikat, EU dan beberapa negara lain, tidak membenarkan rakyatnya ke Mesir dan Selatan Sinai.Beliau juga menyatakan, kelihatan rakyat Korea dan Rusia yang paling ramai di Dahab dan Sharm El Syeikh.Kedua2 negara ini amat berjasa kepada Mesir saat ini kerana membantu sektor pelancongan Mesir. 

29.Hari ini, Mesir diuji.Bayangkan jika kelak, kita juga duji seperti mereka? Malaysia juga pernah mengalami situasi genting di Lahad Datu Sabah.Bayangkan, jika sekiranya kedutaan mana2 negara asing mengeluarkan kenyataan TIDAK MEMBENARKAN MELANCONG KE MALAYSIA, apakah perasaan kerajaan Malaysia? Lebih2 lagi Malaysia pada tahun 2014 mensasarkan 28 juta pelancong dan unjuran RM 76 Bilion pendapatan dari sektor pelamcongan.

30.Ringkasnya, kumpulan pelajar2 Johor ke Selatan Sinai disambut baik oleh pihak keselamatan di setiap post kawalan dan mereka menunjukkan perasaan menghargai kerana sudi membantu membanngunkan semula ekonomi mereka.Saya sentiasa memberikan update kepada mereka sama ada secara lisan mahupun dihubungi.Sementara para pekerja hotel, pekedai sama ada pakaian, cenderamata dan restoran makanan sea food Dahab, mereka gembira kerana pekerja akan dibayar gaji dengan kedatangan pelancong yang membuatkan hotel mereka beroperasi, pekedai laris jualan, dan chef restoran senyum simpul masakannya dihargai.

JOM SUPPORT PELANCONGAN MESIR.PERCAYALAH KEPADA PIHAK KESELAMATAN MESIR.



PETA SEMENANJUNG SINAI




SEMENANJUNG SINAI TERBAHAGI KEPADA DUA NEGERI (GOVENERATE)




PETA NEGERI UTARA SINAI (KAWASAN BERGOLAK DAN SEMPADAN) 




PETA NEGERI SELATAN SINAI YANG MERUPAKAN KAWASAN TUMPUAN PELANCONG YANG DIJAGA RAPI PIHAK KESELATAN MESIR