Khamis, 17 September 2009

DILEMA MELAYU MESIR (1) : MESIR PUSAT PENGKADERAN PEMBANGKANG



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Para Blogger yang saya hormati sekalian,

Saya rasa terpanggil untuk menulis entri kali ini untuk menyentuh isu berkaitan pengkaderan mahasiswa MALAYSIA di Mesir untuk menjadi seorang yang PRO parti PAS.Isu ini adalah isu lapuk yang selalu dibicarakan oleh banyak pemimpin politik.

Ada orang mula lupa bahawa dirinya adalah berbangsa melayu.Sehingga berkata “kita tidak perlu berbicara soal melayu,kita hanya perlu berbicara tentang Islam”.Islam adalah agama dan bangsa adalah identiti seseorang dan asal usulnya.

Parti PAS yang menggunakan nama ISLAM dalam partinya menyebabkan ramai yang berhujjah bahawa parti tersebut adalah parti ISLAM manakala parti lain tidak ISLAM dan lebih parah apabila ada yang berkata bahawa parti lawannya adalah penganut ISLAM PLASTIK.

KERAJAAN MALAYSIA DAN TINDAKAN SEGERA

Berbalik kepada isu asal iaitu isu pengkaderan mahasiswa kearah PRO PAS.Perkara ini harus disedari oleh semua pihak terutamanya kerajaan BN.

Malaysia negara DEMOKRASI.Bebas memilih mana-mana parti.Di Mesir,IKHWAN MUSLIMIN tidak diiktiraf sebagai sebuah parti.Kumpulan ini diharamkan.Namun,mereka tetap bergerak secara senyap walaupun berhadapan dengan seribu bahaya.

Di Mesir,erti demokrasi Malaysia gagal difahami oleh mahasiswa Malaysia di Mesir.PMRAM yang bergerak laju ini bersembunyi disebalik KEBENARAN PIHAK KESELAMATAN MESIR yang memang suka menjadikan budak-budak PMRAM barua mereka.

Namun,perkara ini gagal difahami oleh kebanyakkan pihak.Siri pengkaderan ini berjalan secara lancar dan TIDAK DIGANGGU oleh mana-mana pihak.Sebahagian kerajaan negeri patut memandang keadaan ini secara serius.

KELAB UMNO BERMASALAH ?

Saya sedang merancang strategi memastikan DEMOKRASI tertegak dan mahasiswa Malaysia diselamatkan dari pengkaderan yang maha dahsyat ini.

Tanpa perlu saya perincikan apakah jenis strategi tersebut,saya harap mahasiswa boleh menerima isu ini dengan baik.Saya lihat masih ada ruang untuk KELAB UMNO dibaik pulih dan diperkasakan semula di Mesir kalau kena dengan gayanya.

Kalau mahasiswa INDONESIA di Mesir ada kelab GOLKAR,PDI,PKS dan lain-lain lagi,apa salahnya KELAB UMNO wujud dipihak mahasiswa Malaysia? Semua pihak harus faham isu ini.PPMI yang berdaftar dibawah SYU’UN DAKHILI atau JABATAN KESELAMATAN DALAM NEGERI dan bukannya SYU’UN IJTIMAI’E atau JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT seperti PMRAM tidak sekali-kali mempersoalkan kewujudan kelab-kelab GOLKAR,PDI,PKS dan lain-lain lagi.

CERITA SATU PETANG DAN ADU DOMBA MELAYU

Oleh kerana saya ingin melaksanakan strategi perubahan kelab UMNO,saya harus menjalankan siasatan menyuluruh terhadap segala jenis kelemahan sedia ada.

Segala prasarana harus saya lihat agar boleh saya fikirkan untuk memanfaatkan semaksima mungkin.Antaranya prasarana yang hampir dengan tempat yang menjadi tumpuan rakyat Malaysia di Mesir.Antaranya ialah :

1)Hayyu asyir

2)Rumah-rumah negeri di bawah BN

3)Prasarana awam dibawah penguasaan Kedutaan Besar Malaysia Kaherah.

Edisi siasat ini dibuat secara SOAL TERUS kepada pihak berkuasa hingga ke SOAL BALAS secara orang perseorangan.

Dalam misi tersebut,saya telah bertanya kepada seorang “PIHAK BERKUASA” dan jawapan itu “KURANG MEMUASKAN” saya.Namun,saya sabar dan meneruskan peringkat kedua.

Agak malang,apabila pihak kedua MEMBUAT ANDAIAN yang kurang tepat dan terjadilah “SAMPAI – MENYAMPAI”.Lebih malang kerana ia terjadi di sebuah negeri di bawah BN.

Saya dipanggil oleh “PIHAK BERKUASA” tersebut.Agak panas perbualan kami di awal bicara. Namun,keadaan seperti sedia kala apabila saya menceritakan perkara sebenar.

Mungkin KELAB UMNO tidak akan menggunakan PRASANA yang saya server tersebut.Kerana pihak berkuasa berhak buat keputusan dan saya harus akur.Namun,yang saya kesalkan,isu tersebut gagal difahami oleh SEBAHAGIAN PEGAWAI KERAJAAN NEGERI yang sedang bertugas di Mesir :

1) Mesir adalah pusat pengkaderan pembangkang jangka panjang.

2) Persatuan kebajikan pelajar,menggunakan nama KEBAJIKAN dan melaksanakan agenda tersembunyi disebalik nama KEBAJIKAN.

3) Pegawai Kerajaan Negeri pula hanya melihat apa yang ada diatas kertas dengan tanpa melihat apa yang mereka BISIKKAN kepada mahasiswa terutamanya mahasiswa baru.

4) Tindakan POPULAR di mata mahasiswa hanya menyenangkan kebanyakkan mereka untuk terus melaksanakan agenda tersembunyi sementara PIHAK YANG BERKEPENTINGAN terus masak nasi dan selamatlah PERIUK itu.Apa yang penting,popular macam SITI NORHALIZA.

MESEJ KEPADA YAB MENTERI – MENTERI BESAR DAN YB MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN

Saya amat berharap YAB Menteri-menteri besar merujuk YAB Menteri Besar Negeri Sembilan yang bijak menghantar pegawai negerinya.

Jangan fikir hanya kerana nama “LEPASAN OXFORD MESIR” harus sahaja dijadikan PEGAWAI sebab berhadapan dengan MAHASISWA OXFORD.Kadang-kadang,lepasan “HARVARD MALAYSIA” lagi bagus! Lagi berkualiti! Lagi beretika! Lagi sensitif!

Mesej pengkaderan ini perlu tahu dan sampai ke pengetahuan YAB Menteri – menteri besar.Setakat ini hanya YAB Menteri Besar Negeri Sembilan yang berjaya membuat pembaharuan dan tidak hairanlah satu ketika dahulu,HAJI MALIK,pegawai negeri Sembilan di Mesir menjadi sebutan dalam perbincangan utama satu mesyuarat penting di KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI.

Haji Malik,puas berlembut.Akhirnya, “si pengacau” pernah dihalau dengan kata dua di hadapan pintu asrama Rumah negeri Sembilan Mesir.Pernah SEORANG PELAJAR yang melanggar peraturan asrama diherdik! Itu tindakan tegas Hj malik.

YAB Menteri-menteri besar dan Menteri wliayah perlu segera merawat keadaan cemas di mesir ini.Jika tidak,tunggulah,akan lahir penceramah-penceramah PAS lepasan Mesir yang akan berteriak “TUAN-TUAN! KITA BOLEH SOKONG DAP SEBAB DAP AKAN SOKONG PARTI PAS!!!”

Mahasiswa Malaysia di Mesir akan terus mandul kalau misi pengkaderan ini tidak dibendung dan dibenteras.Bercakap soal akademik,bukankah misi pengkaderan ini turut menjejaskan akademik mahasiswa kita?

Saya pasti,setiausaha-setiausaha sulit beberapa MB,sedang membaca entri kali ini.Segera siasat kandungan entri ini.Apakah benar isu saya ini?

Saya berfikir untuk mengutus surat dan rayuan serta “DOKUMEN PENTING” untuk tatapan YAB Menteri-menteri besar sedikit masa lagi….

INSYAALLAH