Rabu, 27 Mei 2009

WAJIB SOKONG PAS,KALAU TAK.............

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Para Blogger sekalian,

Sikap sebuah parti politik yang bersikap korang sopan harus diajar oleh kita generasi muda terutamanya golongan agamawan.Apa sudah jadi di Malaysia hari ini apabila institusi agama diheret dalam politik membenci.

Mengapa ianya terjadi.Apakah setiap golongan agamawan "WAJIB" menyokong pihak tersebut justeru perkataan ISLAM tercatat pada nama parti mereka? Al Azhar tidak pernah mengajar anak didikannya supaya menyokong IKHWAN MUSLIMIN dan semua golongan AZHARI wajib sokong ikhwan muslimin dalam menghadapi kebobrokan kerajaan HUSNI MUBARAK yang dikatakan zalim menahan penentangnya di mahkamah tentera.

PARAH...jika situasi di Malaysia tidak dikawal.Mufti dan ahli akademik akan cuba diragukan oleh lidah rasmi parti yang mengaku ISLAM perjuangan mereka apabila tokoh tersebut mengeluarkan kenyataan yang tidak menyebelahi dengan kehendak parti mereka.Dimanakah kebebasan golongan kita sebagai agamawan?

Ingatkah kita semasa isu MURTAD satu ketika daulu? siapa yang bangkitkan? Dato' Seri (Dr) Harussani Zakaria.Beliau dengan berani mengeluarkan kenyataan bahawa hampir 100,000 orang Islam di Malaysia telah MURTAD.

PAS menggunakan isu tersebut menyelahkan kerajaan BN dan UMNO.Teballah muka penyokong-penyokong UMNO dan BN dari kalangan agamawan sehingga ada yang menyorok disebalik tayar kereta apabila bertembung dengan juak-juak yang membangkitkan isu murtad.

kata PAS,inilah UMNO,tidak membela ISLAM sebagai agama.ISLAM tegugat selagi UMNO memerintah.Lantang sahaja lidah-lidah mereka menghamburkan caci maki kononnya demi mempertahankan agama.

Bertambahlah pengaruh mereka ketika itu lebih-labih lagi dari timur tengah seperti MESIR.Sana sini disebutkan,lihat apa yang mufti perak kata,dia bukan orang UMNO.Ada juga yang kata,mufti Perak sokong PAS.

UMNO dan BN pula diam seribu bahasa pada ketika itu walaupun Perdana Menteri pada ketika itu Datuk Seri Abdullah tidak merestui penubuhan IFC yang hebat perjuangkan isu MURTAD itu.

UMNO tak pernah cabar Datuk Seri Harussani letak jawatan pada ketika itu.Akhbar UTUSAN pula tidak pernah mengeluarkan kenyataan-kenyataan kurang manis,caci maki hamun kata nista kepada tokoh berkenaan.

tup-tup,hari ini,dalam isu negeri Perak,Datuk Seri Muftinya,tidak menyebelah PAS dalam isu tersebut.Apalagi,meludah sakanlah HARAKAH.Maka,keluarlah perkataan "DANGKAL","kepura-puraan","letak jawatan" dan segala macam hasutan,caci maki dan nista dilemparkan kepada tokoh agamawan ini.

Barangkali inilah maslahah ummah yang difikirkan AL AZHAR apabila TIDAK membela ikhwan muslimin dan mengambil sikap berdiam diri apabila MESIR mengeluarkan undang-undang bahawa "TIDAK BOLEH ADA SEBARANG PARTI YANG BERASASKAN AGAMA".Tiadalah kita dengar di Mesir ini PARTI ISLAM MESIR.Ikhwan Muslimin digelar "jamaah mahzurah" yang bermaksud kumpulan yang diharamkan.

Di Mesir,95 peratus penduduknya adalah ISLAM,takkan kerana 5 peratus bukan Islam,undang-undang tersebut digubal.Pasti ianya bertujuan memelihara maslahah ummah.

Apa khabar Malaysia? Bukan ISLAM 35 peratus.Kerajaan Malaysia yang dipimpin UMNO dan BN tidak pernah HARAMkan mana-mana parti yang berasaskan agama.Sebab itu PAS gah dengan namanya PARTI ISLAM MALAYSIA.

ooooooopppppppppp.....nak cakap bab Islam,hendak anda diangkat sebagai ahli akademik,sila daftarkan nama anda sebagai AHLI PAS dahulu.Jika tidak,group sedia LUDAH,sedia CEMUH,sedia MAKI,sedia HAMUN akan bersiap sedia untuk menjalankan aktiviti rutin mereka,khidmat cemerlang dan cepat,24 jam DELIVERY.....

Gila tak kalau diikutkan begitu? ingat PAS Islam sangat? Kacau MUFTI,kata MUFTI,maka tunggulah munajat mereka di malam hari.Jangan berselindung disebalik nama parti ISLAM kalau perangai macam DAJJAL.

malas cakap panjang,jom pakat-pakat baca,LUDAHAN harakah terhadap seorang tokoh agamawan apabila beliau bersikap terbuka.

Kawan-kawan,ada akal,pakai,ada otak,fikir,ada mata tengok,ada mulut cakap,betulkah TINDAKAN mereka? ezo tak nak jawab...kawan-kawan blogger jawablah sendiri....


sedutan www.harakahdaily.net:

Mufti Perak dicabar letak jawatan, bertanding pilihan raya
Johari Jaafar
Wed | May 27, 09 | 7:56:16 am MYT
IPOH, 27 Mei (Hrkh) - Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPNP) melahirkan rasa sedih dan kesal di atas kenyataan Mutfi Negeri Perak, Dato' Seri Dr Harussani Zakaria, di dalam temubual beliau di dalam majalah Milenia Muslim (MM) keluaran Mei 2009 THN 7 Keluaran 82 yang cuba membangkitkan api perkauman di negeri ini. Iklan



Dalam temubual tersebut, Dato' Seri Mufti Perak jelas cuba membangkitkan api perkauman di antara kaum di Perak bahkan di Malaysia amnya. Rata-rata kenyataannya bersifat ?racist? dan tidak memikirkan perasaan rakan-rakan non-muslim.

Demikian dinyatakan oleh Setiausaha Dewan Pemuda PAS Perak, Dr. Rahja Ahmad Al-Hiss dalam kenyataan medianya semalam.

Pemuda PAS Negeri Perak katanya, mempertegaskan bahawa Perlembagaan Malaysia telah jelas menerangkan bahawa Islam adalah agama rasmi dan agama lain bebas untuk diamalkan, begitu juga hak kaum-kaum lain untuk hidup saksama di negara tercinta ini.

Sehubungan itu Pemuda PAS Perak kesal dengan tindak-tanduk Dato' Seri Mufti yang kelihatan selesa menjadi boneka dan talian hayat Umno Perak sering mengeluarkan kenyataan yang memihak Umno/BN.

"Sifat kepura-puraan Dato' Seri Mufti Perak sangat dangkal dan menyedihkan rakyat dan umat Islam Perak dan Malaysia amnya.

"Pemuda PAS Perak mencabar Dato' Seri Mufti Perak untuk meletakkan jawatannya dan secara 'gentlemen ilmu' bertanding di mana-mana kerusi pilihan raya di Perak mewakili Umno/BN jika benar-benar mahu melihat Islam tertegak di Perak.

"Hentikan kenyataan-kenyataan berlapik yang membela Umno/BN," tegasnya. - mks

Khamis, 14 Mei 2009

DATUK ZAINAL TAMAT TUGAS,TUAN HAJI PUZI PANGKU JAWATAN


Tuan Haji Mohd Puzi Bin Dahman,(tengah) sedang menyaksikan upacara serah tugas pegawai kebajikan anak negeri Kedah di Mesir.


Datuk Zainal Abidin Bin Abdul Kadir,bekas Duta Besar Malaysia ke Mesir (Mei 2005-Mei 2009)

KAHERAH 14 Mei - Datuk Zainal Abidin Bin Abdul Kadir telah menamatkan tugas beliau sebagai DUTA BESAR MALAYSIA KE Mesir semalam.Beliau dikatakan berangkat mengerjakan umrah dahulu sebelum berangkat pulang ke tanah air.

Beliau dilantik sebagai duta besar pada Mei 2005 menggantikan Allahyarham Dato’ Abu Bakar yang meninggal dunia ketika masih dalam perkhidmatan.Antara jasa Datuk Zainal adalah berusaha meningkatkan bilangan kepakaran melayu dengan mengadakan hubungan dua hala antara Malaysia dan Mesir dengan lebih erat sehingga berjaya menambah bilangan penghantaran pelajar perubatan ke Mesir.

Beliau juga sering muncul di kaca televisyen Mesir sebagai tetamu undangan dalam membahaskan hubungan dua hala.Beliau berjaya menggunakan pendekatan diplomasi dengan persatuan pelajar yang berhaluan kiri dan konvokesyen mahasiswa Al Azhar berjaya dianjurkan sejak tahun 2006 dibawah naungan KEDUTAAN BERSAR MALAYSIA KAHERAH.

Sehubungan dengan itu,Tuan Haji Mohd Puzi Bin Dahman,Penasihat Kedutaan atau Ketua Canseri Kedutaan akan memangku jawatan Duta Besar Malaysia Ke Mesir sebagai KUASA USAHA SEMENTARA.Beliau pernah memangku jawatan penting itu pada hujung 2004 hingga Mei 2005 selepas kematian Datuk Abu Bakar sehingga pelantikan Datuk Zainal Abidin sebagai Duta Besar.Beliau adalah seorang Pegawai Tadbir Diplomatik yang mempunyai pengalaman yang luas.

Berkenaan pengganti Duta Besar,menurut satu sumber yang rapat dengan kedutaan bahawa Duta Besar yang baru akan dilantik setelah menjalani beberapa proses yang ditetapkan.Kedutaan akan menerima nama dari Kementerian Luar MALAYSIA dan mengajukannya kepada pihak Kerajaan Mesir.Setelah mendapat persetujuan dari Mesir,barulah Duta Besar yang baru akan dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-pertuan Agong.

Sabtu, 9 Mei 2009

MUSIM PEPERIKSAAN SAHAJA KITA BELAJAR?


Assalamualaikum,

Para Blogger yang dihormati sekalian,

Saat saya menulis entri kali ini,seluruh mahasiswa-mahasiswi Malaysia di Mesir sedang sibuk mempersiapkan diri untuk membuat persediaan menghadapi peperiksaan semester yang hampir tiba.

MASA ITU EMAS

Allah S.W.T telah memperuntukkan kepada kita masa 24 jam sehari.Teringat saya semasa bekerja di sebuah firma Jepun sebagai QA,sekitar tahun 2001,Jepun amat mementingkan waktu.Setiap saat menjadi kiraan terhadap pengeluaran produk kilang.Bayangkan,jika sebuah mesin mampu mengeluarkan sebuah “part” dalam masa lima saat,berapa produk yang WAJIB terhasil dalam waktu tersebut? Ganas,yer,memang ganas gaya pemikiran mereka.Penat kami para pekerja.Bayangkan,jika produk tak dapat dihasilkan menurut yang sepatutnya berdasarkan waktu kiraan pemprosesan,maka BOSS dari kalangan ORANG JEPUN akan mempersoalkan mereka yang bertanggung jawab.Saya selaku QA,hanya melihat kualiti.Jika barang REJECT,saya akan dipertanggung jawabkan kerana ianya merupakan satu pembaziran WAKTU dan KOS pengeluaran.

Saya dapat belajar ketekunan Jepun menjaga masa semasa bekerja dengan firma berkenaan.Mizuho Precission Enggeneering (M) Sdn Bhd.Enam bulan saya di sana sebelum berangkat ke Kedah untuk tumpuan peperiksaan SPM PERSENDIRIAN dan STAM.

Hari ini,di depan mata saya menyaksikan masa itu bergerak 24 jam seperti dahulu dan biasa.Namun perbezaannya adalah sejauh mana kita hargai masa tersebut.

BELAJAR BUKAN UNTUK PEPERIKSAAN SEMATA-MATA

Seperti mana saya katakan dalam entri yang terdahulu,metod pengajian AL AZHAR adalah semata-mata “faham” dan “hafaz”.Sistem kuliah TERBUKA dan peperiksaan semata-mata adalah merupakan sistem pengajian di Al Azhar.

Sebab itu saya rasa kurang senang jika melihat suasana mahasiswa yang tidak memenuhkan bangku kuliah.Kerana jika seorang mahasiswa itu tidak ke kuliah, bagaimana mereka akan menghadapi peperiksaan? Jika sesorang itu hanya datang periksa tanpa ke kuliah,ini bermakna seseorang itu tidak mengikuti keseluruhan sistem Al Azhar walaupun kuliah itu tidak wajib.

Metod “faham” ini diaplikasikan dengan pelbagai cara.Ada orang yang faham dengan tanpa ke kuliah, benar,terdapat sebahagian mahasiswa yang tidak datang ke kuliah tapi berjaya sebab mereka Berjaya MEMAHAMI kehendak peperiksaan namun kita bertanya disini,dimanakah tanggungjawab kita selaku mahasiswa?.Tepuk dada tanya iman.
Pensyarah di Al Azhar bukan calang-calang orangnya.Mereka ilmuan yang hebat dan bertaraf antarabangsa.Jika kita rapat dan dampingi mereka,pasti akan dapat mempelajari lebih dari yang sepatutnya.

Jika mahasiswa sibuk dengan aktiviti luar kuliah tanpa menitik beratkan kuliah dan cuba mendekati pensyarah mereka,akhirnya berlaku seperti hari ini,bila hampir periksa,maka akan berbondong-bondonglah “kita” ke kelas tutorial dan kumpul maklumat “moqorror”.Tak salah untuk ke kelas tutorial,yang salahnya ialah TIDAK KE KULIAH akan tetapi rajin ke TUTORIAL.

Minda “kuliah tak penting” amat bahaya dan ini dilema melayu yang berada di Mesir. Akhirnya golongan ini hanya belajar waktu peperiksaan.Habis musim peperisaan,bertaburanlah mereka dengan aktiviti-aktiviti persatuan dan “politik” kegemaran mereka.

Akhirnya,mereka gagal memahami ISLAM SEDERHANA acuan Al Azhar.Bila taksub sudah bersarang,maka apa yang dikatakan oleh “pihak tertentu” akan menjadi pegangan dengan tanpa pertimbangan yang sewajarnya.

Oleh kerana kuliah tidak penting,maka aktiviti-aktiviti persatuan mahasiswa mengambil tempat. Alasan yang diberikan adalah pelbagai dan “seperti munasabah”.Kononnya pensyarah belum memulakan sesi kuliah dan pelbagai lagi.
Alasan-alasan sebegini membenarkan aktiviti mereka dilangsungkan ketika kuliah sedang berlangsung.Akhirnya,pada bulan April,segala macam aktiviti ditangguhkan kononnya memberi peluang untuk menghadirkan diri ke kuliah.

Malang sekali apabila mereka lihat,pada ketika itu kuliah hanya tinggal baki beberapa sesi dan ada yang hampir selesai pun.Akhirnya,mereka kecewa dan buat sebuah kumpulan pengajian persendirian.Persoalannya sampai bila fenomena ini akan berterusan?

Jawapannya adalah KESEDARAN terhadap peri pentingya tugas dan tanggungjawab kita di Mesir harus sentiasa diperingatkan.

Benar,ianya berpunca dari masalah sistem Al Azhar itu sendiri.Namun,saya berpendapat kita tidak boleh sentiasa menggunakan hujah tersebut dan bersikap menyalahkan orang lain.Kita harus bijak menangani situasi dan cubaan yang datang,kerana kita adalah MAHASISWA dan tulang belakang Negara.

Kepada seluruh mahasiswa Malaysia di Mesir,SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN,SEMOGA BERJAYA ……………..

Ahad, 3 Mei 2009

Persepsi VS Assignment

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Para Blogger sekalian,

Bersyukur saya kehadrat Allah S.W.T kerana dengan izinnya,saya telah melalui dua perkara besar dalam bulan April yang lalu.Pertama,menangani sebuah persepsi dan kedua menghantar assignment atau kerja kursus bagi melengkapkan proses persediaan menulis tesis dalam program ijazah sarjana (MA).

PERSEPSI

Saya ditawarkan untuk masuk temuduga sebuah jawatan baru yang diwujudkan bergelar “WARDEN” bagi membantu memastikan kebajikan pelajar tajaan Amanah Raya Berhad terjamin.Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) telah memberikan tarikh temuduga berkenaan.

Saya menarik diri di saat akhir apabila melihat tindak tanduk pegawai Amanah Raya Berhad yang dikenali sebagai “Azliah”.Persepsi tidak wajar mempengaruhi sesebuah keputusan.Bagi saya,elaun MARA jauh lebih cukup berbanding gaji yang bakal ditawarkan oleh AMANAH RAYA.Paling penting,ada sesuatu yang “DIRAHSIAKAN” dari pengetahuan umum berkenaan program MATRIKULASI AL AZHAR.

Saya tidak berminat untuk memanjangkan isu tersebut menerusi blog,kerana perkara ini akan terbongkar sedikit hari lagi menerusi media massa.Pasti,TV3 akan membuat liputan yang menunjukkan imej baik program berkenaan.Namun akan terzahir sesuatu menerusi sebuah media yang lain kelak.Ianya pasti berlaku, namun bukan sekarang.Kerja siapa? Nantikan sahaja.Pemergian “ORANG PENTING” program MATRIKULASI ini akan menyaksikan satu episod pendedahan kelak.

ASSIGNMENT

Untuk menyiapkan sebuah assignment bukan semudah yang difikirkan.Lebih-lebih lagi pengajian yang telah saya lalui di peringkat ijazah pertama (BA) di Universiti Al Azhar tidak menekankan aspek “KAJIAN”.Ini adalah kerana metod pengajian di Al Azhar adalah semata-mata “FAHAM” dan “HAFAZ”.Namun,saya berasa amat bersyukur kerana dapat sebuah pendedahan tentang metod-metod kajian yang sepatutnya ada pada seorang ahli akademik.

Universiti Kaherah telah mengajar saya tata etika membuat kajian.Terima kasih MARA kerana menaja pengajian saya.Tanpa MARA,sudah pasti cita-cita untuk bergelar DR FAIZAL akan terkubur.Master adalah untuk persediaan Phd.Al Azhar dan Universiti Kaherah,masing-masing punya metod tersendiri laksana aliran rakyu (sebuah aliran yang membenarkan fatwa berasaskan pandangan dan pendapat terhadap sesuatu isu) di Kufah dan aliran hadith (sebuah aliran yang menjadikan hadith semata-mata sebagai asas terhadap sesuatu isu) di Madinah ketika kurun kedua hijriah satu ketika dahulu.

Setiap aliran,punya metod dan keistimewaan tersendiri.Imam Syafie R.A adalah insan yang lahir hasil dari kombinasi dua metod ini.Beliau terkesan dengan metod Hadith semasa belajar di Madinah dengan bergurukan Imam Malik bin Anas.Kemudian berangkat ke Baghdad menerima metod rakyu setelah menempuh alam pekerjaan di Yaman.DI sana,beliau bertemu dan berguru dengan anak didik Imam Abu Hanifah EL Nukman R.A,imam Ahmad bin Hassan El Syaibani.hasil kombinasi dari dua aliran ini,maka lahirlah ulama agong yang menerangi timur dan barat hingga ke hari ini,beliaulah Imam Syafie R.A….

Rupa-rupanya,sejarah membuktikan,kepelbagaian dalam menerima aliran dan metod pengajian ilmu Berjaya melahirkan ulama,cendikiawan dan pemikir terulung.

Hari ini kita bercakap tentang Universiti.Kerana institusi tersebut memainkan peranan sebagai penyebar aliran tertentu yang penting dan mempunyai metod pengajian tersendiri sesuai dengan peredaran zaman.Paling penting,metod tersebut mestilah tidak bercanggah dengan syarak.