Sabtu, 31 Mei 2008

PENGALAMAN DI PARLIMEN (SIRI PERTAMA)

Satu pengalaman bermakna kepada saya.Tidak sia-sia pulang ke Malaysia kali ini.Apa yang dirancang berjalan dengan lancar.Sepatutnya,saya pergi ke parlimen pada hari selasa 27 Mei 2008,namun kerana urusan saya di pejabat YAB Menteri Besar Johor masih tidak selesai pada hari tersebut saya tangguhkan program tersebut pada keesokan harinya.

Selesai urusan di Pejabat YAB Menteri Besar Johor,saya bergegas ke Kuala Lumpur.Saya menaiki bas YAKIN EKSPRESS pada jam lima petang dari Larkin,Johor Bahru menuju ke Kuala Lumpur.

Sepatutnya saya sampai sekitar jam 9 atau 10 malam,akan tetapi kerosakan bas yang dinaiki meyebabkan perjalanan saya mengambil masa yang agak lama.Saya sampai di Kuala Lumpur sekitar jam 2.30 pagi.Saya tidur di Hotel murah berdekatan Puduraya.RM 32 untuk 12 jam sahaja.

Pada jam 8.00 pagi,28 Mei,saya chek out dari hotel.Saya buat beberapa persiapan yang perlu seperti sarapan,baca akhbar dan lain-lain lagi.Pada jam 9.50 pagi saya sampai di PARLIMEN dengan menaiki teksi "bermeter".Nama jer bermeter,tapi tak pakai pun.RM 10 dari puduraya ke Parlimen.OK kot...

Saya tak berdiam begitu sahaja.Saya berhak tanya,kenapa pengusaha teksi tersebut enggan menggunakan meter.Mula-mula macam tak puas hati rasanya....namun,setelah mendengar sendiri komen si pengusaha teksi tersebut saya rasa kasihan pula.Apa yang dikatakan betul.Ada kebenaran.Saya simpati.

Tak perlu saya ulas bab ini,sebab yang penting apa akan berlaku dan apa yang bakal saya saksikan di parlimen.Pakaian yang saya kenakan pagi itu menyebabkan teksi masuk dengan tanpa sebarang pemeriksaan.Polis yang bertugas hanya melambaikan tangan sahaja.

Ketika masuk ke pintu utama bangunan Dewan Rakyat untuk pemeriksaan,saya bersua dengan YB Dr Lo'lo' Ghazali.Senyum lebar YB nampaknya.Maaflah YB saya bukan orang PAS.tapi gaya YB cukup menyenangkan mata yang memandang.Ramah dan murah dengan senyuman.

sesekali terdetik di hati saya betapa perempuan bertudung tidak bermasalah memasuki bangunan Parlimen.Siapa kata Malaysia negara sekular?kalau di Turki apakah ianya dibenarkan? jika di institusi pengajian memang telah diputuskan boleh,apakah ianya dibolehkan di parlimen mereka?

Persoalan yang lebih penting,USTAZAH-USTAZAH Malaysia yang sedang menuntut di Al Azhar,apa khabar anda semua? Apakah relevan cadangan ahli sebuah persatuan mahasiswa Malaysia di Mesir yang tegas mempersoalkan tindakan meletakkan gambar USTAZAH-USTAZAH kita di carta organisasi persatuan di Mesir?

Jam di Dewan Rakyat menunjukkan hanya beberapa minit lagi Jam 10 pagi.Keadaan dewan masih seperti biasa.Tiada sebarang perbahasan.Saya hubungi YB Datuk Muhamad Aziz bahawa saya telah sampai dan berada di dalam dewan.Beliau minta saya tunggu dan bertemu beliau pada jam 11 pagi.

Saya duduk di ruang pemerhati.Belakang zon "H" tepat di belakang MP Bandar Bharu Kulim,
YB Zulkifli Noordin.Jam 10 pagi,kedengaran loceng berbunyi.Saya bertanya dengan pegawai yang duduk di sebelah saya,apa maksud isyarat tersebut? Sebab setahu saya semasa di alam persekolahan,jika loceng berbunyi panjang seperti itu,ianya menandakan isyarat kecemasan.
Pelajar pasti diminta oleh guru untuk berbaris di padang sekolah sambil ketua darjah memeriksa siapa yang tiada dalam senerai.

Bunyi loceng tersebut pastinya menandakan satu tanda yang lebih besar lagi.Sebab yang dituju bukan kepada budak-budak sekolah rendah bahkan "orang-orang besar" yang terpilih oleh "orang ramai" melalui sistem demokrasi.

Saya berdiri kerana mengikut suasana umum.Semua ahli Dewan Rakyat telah mengambil tempat masing-masing berdiri menunggu sesuatu.Tidak lama kemudian,kelihatan Timbalan speaker masuk diiringi oleh setiausaha dan beberapa yang lain.

Bacaan doa sebagai agenda utama sebelum bermulanya perbahasan.Memohon keberkatan ilahi.
bagi mereka yang bukan beragama Islam,termasuk Timbalan speaker tersebut,mereka hanya berdiri menghormati acara yang sedang berlangsung.Sekularkah malaysia? Tepuk dada tanya iman.

Tidak lama selepas itu,saya lihat persidangan bermula.Datuk Seri Nazri Aziz memulakan perbahasan berkenaan biasiswa JPA.Saya tidak dapat ikuti secara serius,kerana mata saya tertumpu kepada orang-orang yang tidak pernah saya lihat dengan dekat.

YB Datin Seri Wan Azizah,YB Azmin Ali (ketika beliau lalu dihadapan saya),YB Nurul Izzah (sebaya tuh!!!),saya dapat lihat dari dekat.Ini adalah kerana tempat yang saya duduk adalah amat hampir dengan mereka,zon pembangkang.

Kali ini mata saya tertumpu pula kepada YB Datuk Muhammad Aziz,MP Sri Gading.Beliau duduk dengan tenang sambil menyaksikan perbahasan.bersambung..........

Sabtu, 24 Mei 2008

DINNER BERSAMA YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA


BERSAMA TUAN YANG TERUTAMA DATO' HAJI ZAINAL BIN ABDUL KADIR,
DUTA BESAR MALAYSIA KE MESIR



MENDENGAR SESUATU YANG DIPERKATAKAN


BERKATA SESUATU KEPADA YAB TPM

Saya kini berada di Malaysia.Sedang bercuti dari Mei hingga September.Saya telah selamat sampai di tanah air pada 21 Mei 2008 jam 10.15 malam dengan menaiki pesawat Egypt Air.Huh!!! seat penuh!!! namun,apabila sampai ke Mumbai,berpusu-pusu penumpang yang menuju mumbai keluar.Nampak sikit sahaja yang tinggal dalam pesawat.Inilah sahaja penumpang yang benar-benar menuju ke Kuala Lumpur.Kami tidak dibenarkan keluar.Transit di Mumbai hanya satu jam sahaja.

Program terakhir yang saya hadir sebelum pulang bercuti 5 bulan di Malaysia adalah menghadiri makan malam bersama YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak,Timbalan Perdana Menteri Malaysia,di hotel City Star pada hari ahad,18 Mei 2008.

Inilah kali pertama saya melihat YAB dari dekat.Jika sebelum itu,saya hanya dapat tatapi wajah beliau dari jauh,melalui skrin komputer pada hampir setiap malam melayari www.tv3.com.my untuk menonton rakaman berita buliten utama.

Daging stik yang dihidangkan memang enak.Layanan first class dari hotel meman padan dengan bayaran 3oo pound Egypt seorang.Bukan saya bayar,tapi pihak kerajaan.Jika tiada jemputan ke program itu,manalah saya nak jumpa hidangan-hidangan yang begitu menyelerakan!!!

Saya adalah jemputan dari kalangan mahasiswa yang paling awal tiba.Apabila tiba,saya terus bertanya lokasi program.Setelah ditunjukkan oleh pihak hotel,saya terus mencari kedudukan yang sesuai.Tidak lama kenudian,baru yang lain hadir.

Majlis berlangsung dalam suasana mesra rakyat antara pemimpin dan rakyat.Saya amat merasai suasana itu.Mahasiswa perubatan dari Universiti Al Azhar telah memberikan ucapan dalam majlis itu selaku wakil mahasiswa mesir.

Ucapan beliau amat berhati-hati dan menyeluruh.Tidak hanya tertumpu kebajikan satu bidang atau dari bidang perubatan sahaja bahkan isu kebajikan mahasiswa pengajian agama.Tahniah Saudara Safrin,dari negeri Melaka,mahasiswa fakulti perubatan Al Azhar.....

Dalam ucapan beliau,ada menyatakan kepada YAB Timbalan PM bahawa mahasiswa pengajian Agama tidak mendapat mana-mana bantuan.Majoriti mahasiswa agama tidak mendapat tajaan samaada dalam bentuk pinjaman atau biasiswa.malang sungguh golongan kami ini.

Namun,apa yang diucapkan oleh YAB TPM amat dihargai.Beliau akan kaji perkara tersebut walaupun tidak berani berjanji untuk menyelesaikan isu tersebut.Sekurang-kurangnya,saya nampak,beliau ada menunjukkan sikap keperihatinan terhadap kami.

Isu yang dibangkitkan wakil mahasiswa itu amat rasional.Ini kerana sememangnya mahasiswa pengajian Agama Islam tidak terbela.Terutamanya dari Negeri Johor.Pungutan zakat naik tahun ini,namun,bantuan zakat tetap RM 3600 setahun hanya bagi mahasiswa tahun 3 dan 4 sahaja.
Isu ini amat menarik perhatian saya untuk diulas tapi bukan sekarang.

Selesai majlis,saya dekati YAB TPM.Ada beberapa isu yang saya bincangkan dengan beliau.Ada beberapa keluhan yang saya suarakan.Al Hamdulillah beliau menunjukkan respon.Terima kasih YAB TPM kerana mengambil berat terhadap kami.

Isnin, 19 Mei 2008

KOMENTAR TERHADAP KELUARNYA TUN DR MAHATHIR DARI UMNO


TUN DR MAHATHIR
ANTARA TOKOH YANG SAYA KAGUMI


TUN MUSA HITAM
HATI-HATI BUAT KENYATAAN TUN........

Keliru,memang mengelirukan.Saya belum menyertai UMNO,akan tetapi perasaan sayangkan UMNO itu ada.Agak terkejut apabila saya menerima berita bahawa Tun Dr Mahathir keluar UMNO.Setelah saya mendengar berita tersebut,saya segera ke cyber cafe untuk melayari internet.

Benar,Tun Dr Mahathir keluar UMNO.Nampaknya kali ini Tun mendesak perletakkan jawatan Pak Lah dari jawatan Perdana Menteri secara lebih mendesak dan tegas.Pastinya keadaan ini akan menambahkan lagi masalah yang sedia ada.

Apa pun,Tun telah menyumbangkan jasa yang amat besar dalam pembangunan negara.Tidak semestinya pandangan beliau betul.Sebab,manusia tidak terlepas dari melakukan kesilapan.Mungkin pada ketika ini,ada yang memandang bahawa tindakan TUN amat membahayakan parti dan menyumbang kemenangan yang lebih besar buat pembangkang.

Izinkan saya mengutarakan pendapat terhadap isu ini.Selaku anak muda yang sayangkan UMNO dan menyanjungi perjuangan parti ini saya mempunyai pendapat terhadap apa yang berlaku hari ini.

Keluarnya bekas seorang pemimpin nombor satu dalam UMNO dari UMNO bukan satu yang baru.Ianya berlaku sebelum ini kecuali Allahyarham Tun Abdul Razak yang meninggal dunia ketika masih menyandang jawatan utama dalam parti dan negara.

Oleh yang demikian,seluruh rakyat dan ahli UMNO tak perlu melenting dan terkejut.Ahli UMNO perlu bersikap rasional dalam menangani isu ini.Namun,kali ini mungkin situasinya berbeza.Ini kerana Tun Dr Mahathir mempunyai sejarah peribadi yang membanggakan dan sumbangannya terhadap negara amat dirasai oleh generasi hari ini.

Sepatutnya,apa yang disuarakan oleh Tun sejak mula beliau meletak jawatan perlu didengar dan diteliti.Antaranya isu pemberian AP dan jambatan kedua Malaysia - Singapura.Semasa beliau memerintah,beliau dihormati dan disanjungi namun selepas beliau meletakkan jawatan mengapa pandangan dan kritikan beliau dikesampingkan?

Ada yang bersikap kurang ajar dan tidak menghormati bekas pemimpin dengan mencemuh beliau.Tindakan tersebut saling tidak tumpah seperti "mengampu tapi tak tahu cara nak mengampu!!!"

Ingat!!! hormat pemimpin bukan kerana jawatannya tapi,hormatlah pemimpin kerana negara dan dengan penuh keikhlasan.Jika ini yang diamalkan,maka tidak akan timbul masalah seperti hari ini.Saya katakan "masalah" kerana Tun mempunyai pengaruh tersendiri.Saya akui,saya antara orang yang mengkagumi Tun.

Oleh kerana kritikan beliau tidak diambil indah dan dibalas dengan cara yang kurang sesuai,maka kritikan beliau berterusan dan ini juga menguntungkan pembangkang.Lihat sahaja keputusan PRU ke 12!!!

Tun seorang negarawan.Beliau memandang jauh.Wawasan 2020 siapa yang gagaskan?
Automotif negara wujud zaman bila? Tahukah kita,apakah disebalik dasar pandang ke timur yang diilhamkan oleh beliau?

Walaupun yang demikian,saya kurang setuju dengan Tun terhadap kritikan beliau berkenaan hudud kerana sebagai orang belajar agama ketika itu,dan kini graduan agama dari Al Azhar harus amanah terhadap ilmu yang dipelajari.Tapi apakah benar beliau mempunyai pandangan yang negatif terhadap undang-undang Allah S.W.T itu? Saya rasa tidak,kerana banyak bukti di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) yang menunjukkan beliau setuju dengan undang-undang tersebut.Mungkin masalah teknikal dan kekeliruan yang menyebabkan kenyataan beliau dilihat sebagai tidak menerima undang-undang Islam tersebut.

Apa pun,saya berpendapat amat tidak wajar apabila Tun Musa Hitam mengulas isu TUN keluar UMNO secara kurang ajar.Beliau mengatakan bahawa "keluarnya duri dalam daging".Siapa anda yang boleh sewenang-wenangnya menggelar TUN dengan gelaran tersebut???Apakah sumbangan anda sehebat atau setaraf dengan Tun Dr Mahathir?? Tun Musa Hitam mesti mohon maaf kepada Tun Dr Mahathir terhadap kenyataan beliau tersebut dan tarik balik kenyataan itu!!!!! kurang sopan dan kurang ajar!!!!

Sebelum menggelar TUN begitu,sepatutnya Musa kena ingat apa yang beliau telah lakukan di Baling Kedah? Peristiwa MEMALI masih menghantui negara saat ini kerana anak-anak mangsa tragedi itu masih hidup dan mengatahui kejadian tersebut.Sudah pasti Musa hitam tahu dan ingat apa perintah beliau terhadap pasukan keselamatan terhadap kumpulan penyokong PAS tersebut.

Jangan hanya buka pemecatan bekas hakim negara,bahkan arah mahkamah,segera selesaikan bicara kes MEMALI seterusnya dakwa MUSA HITAM!!!!

Saya tidak bersetuju TUN Dr Mahathir dilayan sebegini.Hormatilah bekas pemimpin yang telah menyumbangkan jasa.Jangan meneguk di air yang keruh.Jangan asyik mengampu!!!! itu paling penting.

Saya akhiri entri kali ini dengan persoalan.Apakah UMNO mampu kembali kuat dan meraih sokongan rakyat setelah pertelagahan ini disaksikan oleh semua rakyat yang mana semua ini berlaku secara terbuka???

HANTAR KOMENTAR ANDA......











Jumaat, 9 Mei 2008

PENJELASAN DASAR EKONOMI BARU SIRI KEDUA

Assalamualaikum para blogger sekalian...

Saya amat kesuntukkan masa sejak akhir-akhir ini dengan tanggungjawab dan komitmen sebagai mahasiswa di peringkat sarjana.Walaupun baru dalam COURSE WORK...akan tetapi kerja-kerja yang diberikan bertimbun dan menyebabkan saya tidak mempunyai waktu yang banyak untuk ke CC...bagi meneruskan entri sebelum ini....saya persembahkan beberapa fakta yang telah saya rujuk dengan penuh penilitian...

PENUBUHAN MAGERAN
Setelah darurat diisytiharkan,Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) telah dibentuk.Yang di Pertuan Agong telah melantik Tun Razak Bin Dato’ Hussein,Timbalan Perdana Menteri pada waktu itu sebagai Pengarah MAGERAN.Majlis Perundingan Negara juga telah ditubuhkan bagi memastikan keberkesanan MAGERAN.


MAGERAN telah dipertanggungjawabkan menjalankan kuasa pemerintahan berdasarkan kuasa yang diberikan oleh Yang di-Pertuan Agong.Majlis Perundingan Negara pula dipertanggungjawabkan untuk membincang dan meniliti isu-isu perpaduan negara serta mencari jalan menyelesaikan masalah masyarakat berbilang kaum..Majlis ini mendapati satu masalah yang paling ketara ialah ketidakseimbangan sosioekonomi dalam masyarakat yang mana masih terdapat pekerjaan mengikut kaum dan ianya memang telah wujud sejak sebelum merdeka lagi kesan dasar pecah dan perintah oleh Inggeris.YAB Perdana Menteri sekarang Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi adalah merupakan setiausaha MAGERAN pada ketika itu.


DASAR EKONOMI BARU(DEB)
Menerusi Majlis Perundingan Negara inilah,Dasar Ekonomi Baru dibentuk sebagai medium untuk menyelesaikan masalah ini dan penyusunan semula masyarakat.Dasar ini tidak lain tidak bukan hanya bertujuan untuk menyusun semula ketidak seimbangan tersebut dan ianya kearah menstabilkan pengagihan ekonomi.Dasar ini adalah merupakan program jangka masa panjang bermula pada tahun 1970 hingga tahun 1990.Ianya dilancarkan oleh kerajaan pada tahun 1970 melalui Rancangan Malaysia Kedua (RMK-2).

Matlamat tersurat DEB adalah untuk mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional dan ia telah digubal dalam konteks strategi serampang dua mata dan beberapa rancangan pembangunan adalah bertujuan :

1) mengurangkan dan akhirnya membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan
dan menambah peluang-peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira
kaum dalam erti kata lain ianya adalah untuk membasmi kemiskinan tanpa mengira
kaum.


2)mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia untuk memperbetulkan
ketidak seimbangan ekonomi supaya dapat mengurang dan seterusnya menghapuskan
pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi atau dalam erti kata lain ianya adalah merupakan
penyusunan semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya
menghapuskan
pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.

Bagi mencapai matlamat dasar ini,kerajaan telah cuba untuk memperbaiki keadaan ekonomi
pada ketika itu dan menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.Melayu golongan petani,Cina golongan perniagaan dan India golongan buruh.Berdasarkan ketidak seimbangan tersebut,kerajaan telah merancang beberapa program seperti perindustrian dan perdagangan, pertanian, perlombongan, pembinaan, pengangkutan dan pertanian.Beberapa strategi telah dirancang antaranya:

1) Mengurangkan keadaan yang tidak seimbang dalam struktur guna tenaga supaya
penyertaan pelbagai kaum dalam sektor utama akan mencerminkan kedudukan tenaga
buruh mengikut komposisi kaum menjelang tahun 1990.

2)Mempastikan pembentukan sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian di kalangan
orang Melayu dan kaum Bumiputera supaya mereka dapat menguruskan dan memiliki
sekurang-kurangnya 30% daripada semua jenis peringkat kegiatan ekonomi.

3)Menambah dengan cepat bahagian rakyat Malaysia dalam pemilikan sektor produktif.
Perhatian khusus akan ditumpukan kepada kaum Bumiputera yang agak ketinggalan jika
dibandingkan dengan kaum-kaum lain

4)Meninggikan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin di luar bandar.


DEB UNTUNGKAN SIAPA?

Berdasarkan beberapa strategi tersebut kita dapat lihat pada hari ini lahir beberapa ahli perniagaan dan tokoh-tokoh korporat melayu.Jika sebelum itu,Melayu hanya petani,setelah DEB dibentuk,berapa ramai doktor perubatan dari kalangan Melayu? Berapa ramai tokoh-tokoh akademik? Adakah masyarakat melayu sedar hakikat ini?

Mengapa ada golongan kita hanya memandang pelaksanaan projek-projek pembangunan yang kononnya hanya sebahagian pihak sahaja yang untung? Inilah dakyah pembangkang yang disebarkan oleh mereka dan berjaya menyerap di segenap lapisan masyarakat kita hari ini.Golongan muda yang berdarah panas amat tertarik dengan nada sumbang ini dan kebanyakkan kita hanya melihat DEB = PROJEK,PROJEK = DEB?

Memang lidah tidak bertulang.Sewenang-wenangnya mereka kaitkan pelaksanaan DEB dengan rasuah seolah-olah DEB ini adalah punca dan faktor utama rasuah dan kronisme?Lihat dengan mata hati dan bukan emosi semata.

Tahukah kita,bagaimanakah seorang yang berbangsa melayu boleh melanjutkan pengajian tinggi dalam bidang perubatan dan kejuruteraan? Bukankah kita ada Majlis Amanah Rakyat? Institusi ini adalah merupakan "kilang" yang membantu melahirkan melayu-melayu moden hari ini.Sebab,dengannyalah kita mendengar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dengan izin Allah S.W.T.

Institusi pendidikan ini yang menjadi "kilang" memproses anak-anak melayu yang berpotensi mempelajari bidang sains dengan bantuan penuh di peringkat menengah.Saya tidak pernah belajar di sana.Namun,saya bangga dengan isntitusi ini kerana ianya memartabatkan bangsa saya.

Itu di peringkat pendidikan menengah.Universiti Institut Teknologi Mara (UITM) yang dahulunya dikenali sebagai ITM adalah merupakan institusi pendidikan tinggi untuk kita.Hampir setiap negeri di Malaysia ada UITM.Ini bermakna bangsa melayu mampu menikmati taraf pendidkan di peringkat yang lebih tinggi.

Bukan setakat itu,mereka yang berjaya di peringkat pendidikan sekolah menengah dan layak melanjutkan pengajian di mana-mana IPT sama ada luar atau dalam negara dalam bidang kritikal seperti Perubatan dan kejuruteraan, boleh memohon pembiayaan dari MARA.

Bijih timah dijumpai oleh Long Jaafar.Itu fakta yang didedahkan kepada kita sewaktu belajar matapelajaran alam dan manusia di sekolah rendah dahulu.Akan tetapi,apakah kita sedar siapa yang membangunkan bidang ini?

Inggeris membawa masuk orang-orang cina dari tanah besar china sebagai imigran pada awalnya untuk melombong dan mereka bergiat aktif dalam aktiviti perlombongan ini.Inggeris memberikan kontrak meneroka bidang yang membawa keuntungan pada ketika itu kepada bangsa Cina.Memang dari zaman kolonial lagi inggeris mengaturkan sosioekonomi yang tidak seimbang dan pengagihan ekonomi yang tidak adil.

Oleh kerana aktiviti perlombongan adalah merupakan salah satu aktiviti ekonomi yang mendatangkan keuntungan besar kepada Inggeris,akhirnya pekan-pekan dan bandar-bandar dibuka oleh bangsa cina kerana mereka bergiat aktif dalam bidang perniagaan dan aktiviti-aktiviti ekonomi yang lain.

Orang Melayu hanya menjadi petani di kampung yang keuntungannya ibarat kais pagi makan pagi,kais petang makan petang.Jika bangsa cina terlibat dalam bidang pertanian, mereka bukan memilikinya dengan saiz yang kecil bahkan mereka mendapat kontrak-kontrak membangunkan beberapa kawasan menjadi estet.Mereka bergelar tokeh-tokeh cina estet yang sudah tentu kroni-kroni Inggeris!!!!

Perkara ini pernah diluahkan oleh YBHG Tun Dr Mahathir dalam buku beliau "DILEMA MELAYU" yang mengkritik Allahyarham Tunku Abdul Rahman Perdana Menteri Malaysia pertama yang mana buku ini menyebabkan Tun disingkirkan dari UMNO kerana menyalahkan Kerajaan di bawah pimpinan Tunku yang tidak mengubah dasar inggeris itu telah menyebabkan pertumpahan darah 13 Mei 1969.Buku tersebut diterbitkan sekitar tahun 1970 an.Saya telah membaca buku ini dalam bahasa Melayu yang dipinjam dari seorang pegawai kedutaan.saya rasa,generasi muda hari ini harus baca buku ini untuk mengetahui suasana nenek moyang mereka agar semangat nasionalisme tidak pudar dalam jiwa-jiwa muda yang membara semangat menongkah arus semasa mahukan perubahan yang belum pasti apakah perubahan itu menguntungkan siapa kelak.

Nah!!! Dengan dasar ekonomi baru (DEB) kita lihat wujudnya kantraktor kelas F. Kontraktor ini wujud selepas berlaku peristiwa 1969.Tahukah kita apakah kontraktor kelas F?
Kontraktor kelas F adalah kontraktor paling rendah tarafnya dan projek yang dikendalikan sangat rendah iaitu jumlah kewangan di bawah RM 200,000.Kontraktor ini adalah milik bumiputera yang mana 51 peratus mesti dimiliki oleh bumiputera.

Kalau kontraktor kelas A mungkin orang melayu kurang kerana ianya melibatkan projek bernilai RM10 juta.Ada memang ada.Tapi jika hendak dibanding dengan bangsa lain siapa kita?
Oleh sebab itu,setelah DEB diperkenalkan orang melayu agak beruntung kerana kontraktor kelas terendah iaitu "F" diperkenalkan.Maka lahirlah golongan kontraktor-kontraktor melayu hari ini.Kita mampu berbangga kerana bangsa kita terlibat dalam sektor ini.

Kenapa bantu melayu? Apakah dibantu itu kerana nama melayu? Kata Prof Dato’ Dr Mansor Isa bekas pengarah Jabatan Pengajian Malaysia Universiti Kaherah dan juga pakar ekonomi Malaysia,melayu dibantu bukan kerana namanya melayu,melayu dibantu kerana miskinnya melayu.

Setelah kita tahu bagaimana strategi Inggeris mahu melemahkan kaum bumiputera dan bagaimana ketinggalannya melayu,apakah gerangannya Encik Lim Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang yang menerajui kerajaan campuran DAP dan PKR membangkitkan isu DEB ini yang membuat kenyataan bahawa "TIADA DEB DI PULAU PINANG" setelah memenangi pilihanraya ke 12 di Pulau Pinang?

Kenyataan tersebut adalah tidak lain tidak bukan mahu mengguris hati golongan tertentu.
Baru-baru ini pun ketika di Parlimen Karpal singh menampakkan sikap kurang ajar terhadap institusi diraja apabila mempersoalkan kredebiliti Sultan Perak dalam titah baginda agar YAB Menteri Besar Perak menarik balik arahan menukar pengarah JAIP dalam masa 24 jam.Bahkan Karpal Singh juga mempersoalkan ucapan titah diraja oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-pertuan Agong ketika pembukaan parlimen.

Dalam hal ini dimanakah PAS? Bagi PAS,UMNO juga penderhaka.Kerana perlantikan Menteri Besar terengganu baru-baru ini pernah menimbulkan kontroversi.Namun,PAS terlupa dan sengaja buat-buat tidak tahu bagaimana berakhirnya isu tersebut yang mana Majlis Tertinggi UMNO menghormati perlantikan itu dan semua individu yang menyokong bekas MB Terengganu menghormati keputusan tersebut dan dari awal lagi pendirian Dato’ Seri Idris Jusoh adalah berserah kepada "takdir".Beliau tidak langsung bertindak agresif dan mempersoalkan intitusi Diraja.

Apa khabar DAP? Apakah jawatankuasa tertinggi dalam parti itu akan membuat keputusan terhadap tindakan pengerusinya itu? Sekurang-kurangnya penasihat DAP,LIM KIT SIANG perlu menyatakan pendirian jelas dalam isu Karpal ini.

PAS memang mengamalkan sikap anti UMNO dalam keadaan apa sekali pun.Khairi menantu pak lah mereka nampak,tuh....Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang bukan anak beranak? Wan Azizah dengan Nurul Izzah siapa mereka? Bukan anak beranak? Apa salahnya Khairi Jamaluddin menantu Pak Lah jadi MP? Sekonyong-konyong keluarlah kenyataan di HARAKAH ketika PRU ke 12 yang lepas,kononnya kerana sijil nikah khairi,beliau layak untuk bertanding.

PAS mengamalkan sikap PHD,Perasaan Hasad Dengki yang hanya tahu kritik dan terus kritik.musnah dan musnahkan.Kadang-kadang saya berfikir,apakah PAS selesa dengan DAP berbanding dengan UMNO? PAS perlu tahu UMNO itu kumpulan yang berideologi Melayu dan Islam.DAP adalah sosialis.Antara melayu,Islam dengan Sosialis,barangkali sosialis lebih sesuai duduk semeja dengan PAS yang mana intipati perjuangan PAS seringkali mereka katakan perjuangan berlandaskan Al quran dan As sunnah.PAS.......duduklah semeja dengan UMNO....tinggalkan pakatan yang merbahaya itu...

Selaku golongan agamawan yang graduate dari Al Azhar saya hormati semua pimpinan dari melayu tidak kira dari parti mana,UMNO atau PAS Namun saya kecewa dengan sikap PAS dalam isu DEB yang dibangkitkan oleh LIM GUAN ENG dan isu KARPAL SINGH.
Dasar DEB telah berakhir.Namun roh DEB masih tetap ada.Pelaksanaan DEB diteruskan dengan dasar seterusnya iaitu Dasar Pembangunan Negara (DPN).

(Entri ini bebas di copy-paste selagi mana masih menampilkan blogger dengan jelas dan tidak mengubah apa-apa kenyataan yang dibuat,saya menulis ikhlas kerana Allah S.W.T, agama,bangsa dan negara)