Rabu, 10 Disember 2008

KENYATAAN KERAJAAN PAKATAN RAKYAT YANG GILA KUASA

Sahabat-sahabat blogger sekalian,

Tidak terlambat untuk saya mengucapkan selamat hari raya Aidiladha dan semoga erti pengorbanan itu,dapat sama-sama kita jiwai.Di Mesir,sambutan aidiladha tetap meriah.Dataran hayyu asyir mendapat perhatian utama mahasiswa-mahasiswa Malaysia di Mesir dari pelbagai universiti dan fakulti.

Saya masih berminat untuk membahaskan isu tanah runtuh di bukit antarabangsa Hulu Kelang.hari ini,11 Disember 2008,genaplah lima belas tahun tragedi komdominium Higland Towers.Lima hari lepas,kita dikejutkan berulangnya tragedi yang hampir sama.

Apa pun ulasan,ianya telah berlaku.Terdapat jiwa yang terkorban.Harta benda musnah.Saat dan ketika ini,sudah pastinya,mangsa tragedi memerlukan pembelaan.Saya amat terkejut dengan pengumuman yang dikeluarkan oleh YAB Menteri Besar Selangor,Tan Sri Khalid Ibrahim yang mengatakan bahawa,kerajaan negeri tidak akan memberikan pampasan kepada mangsa tragedi.

Satu kenyataan yang berani.Hairan,dalam kesibukkan mengejar cita-cita menawan putrajaya,berpaksikan nama pakatan “rakyat” kononnya,apakah ini satu keputusan yang baik oleh sebuah kerajaan negeri yang dikatakan berpakat untuk rakyat?

Inilah sikap hipokrit pembangkang.Bayangkan,jika pengumuman tersebut dibuat oleh Kerajaan Barisan Nasional,sudah pasti,pengumuman tersebut telah dieksploitasi secara besar-besaran melalui lidah-lidah utama mereka.

Sikap kerajaan negeri Selangor yang dibawah pemerintahan pakatan rakyat ini,lebih dilihat sebagai “lepas tangan” semata-mata.Kerajaan negeri sepatutnya,tidak mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa bahkan sepatutnya bersama-sama membantu mangsa.

Kemana kelantangan Negara kebajikan PAS,pada ketika ini? DAP nampaknya lebih selesa berkuasa bersama PKR.Di mana kelantangan PAK ANWAR ketika ini yang kononnya berjuang dan pernah turun di jalanan bereformis UNTUK RAKYAT!!!

Sepatutnya,kerajaan negeri memanggil pihak pemaju dan agensi-agensi berkenaan Bukit Antarabagsa untuk berunding,bagaimana boleh membantu mangsa yang telah musnah harta mereka disamping bersama-sama memberikan pampasan atau memikirkan mekanisme yang sesuai kearah itu.Setakat penempatan sementara sahaja tidak memadai.

Diharapkan,rakyat Selangor dapat memikirkan kembali bagaimana cara yang sesuai untuk mengajar kesombongan dan keangkuhan “pakatan rakyat” di Selangor kelak.Sepatutnya,pakatan rakyat diubah kepada “pakatan gila kuasa” sesuai dengan kerakusan mereka yang hanya mahu kuasa semata-mata.

Ayuh fikirkan bersama….

Sabtu, 6 Disember 2008

WUKUF DI ARAFAH,BUKIT ANTARABANGSA ULANG SEJARAH

WUKUF DI ARAFAH

Wukuf di Arafah adalah merupakan salah satu rukun haji.Sudah pasti,saat ini,umat Islam yang datang dari segenap lapisan dari pelbagai Negara dengan tanpa mengira warna kulit,darjah dan kedudukan,semua jemaah haji diwajibkan berada di Arafah menjelang waktu zohor pada tanggal 9 zulhijjah.

Apabila masuk sahaja waktu zohor,para jemaah haji akan mula meyempurnakan rukun haji tersebut. Mereka berada di sana sehingga waktu subuh pagi raya aidiladha.Bagi umat Islam yang tidak mengerjakan haji,disunatkan berpuasa di hari arafah tersebut.

Signifikannya,wukuf di arafah mengajak umat Islam mengerti dan menjiwai satu hari yang mana dijanjikan akan berlaku kelak.Dengan pakaian ihram,umpama kain-kain kapan yang telah membaluti jasad-jasad yang tersemadi,bangkit berkumpul di satu tempat bernama padang mahsyar.Pemimpin tidak lagi berbangga dengan darjah kebesarannya,orang kesayangan akan hilang di sisi dan kekayaan harta hilang entah kemana.Hanya yang tinggal adalah amal ibadah dan kebajikan yang telah dilakukan semasa hayat.Sebab itulah,jemaah haji disunatkan memperbanyakkan talbiah,tahlil dan bertasbih sepanjang wukuf di arafah.

Semoga sahabat-sahabat yang mengerjakan jemaah haji tahun ini mendapat haji yang mabrur.

TRAGEDI HIGHLAND TOWERS

Teringat semasa mula-mula menjejakkan kaki ke alam pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Bentara Luar Batu Pahat.Sebuah sekolah harian di bawah kementerian pelajaran.Waktu itu,saya suka menyertai persatuan Bulan Sabit Merah.Antara aktiviti persatuan adalah mempelajari aspek asas bantuan kecemasan.

Saya ikuti aktiviti tersebut dengan penuh minat barangkali terkesan dengan rasa simpati dengan tragedi HIGHLANG TOWERS yang mana kerja-kerja menyelamat giat dijalankan.Tanpa berselindung,saya pernah bercita-cita untuk menjadi seorang doktor perubatan.Cita-cita tersebut telah terkubur,namun saya bakal menuju gelaran DOKTOR FALSAFAH apabila memilki Ijazah Doktor Falsafah kelak,insyaallah.

11 Disember 1993.Satu tarikh yang telah mencatatkan peristiwa hitam di tanah air kita.Bukan letupan bom ala tragedi Mumbai,bukan juga ala 11 september ,bahkan satu tragedi yang membabitkan bencana alam yang telah meragut 43 nyawa.

Sebuah kondiminium mewah menyembah bumi.Puncanya adalah struktur tanah berhampiran yang menyebabkan berlakunya peristiwa hitam tersebut.

Hari ini,hampir genap lima belas tahun ulang tahun tragedi tersebut.Satu lagi peristiwa hitma berlaku berhampiran kawasan yang sama.Bukit Antarabangsa ,HULU KELANG,itulah lokasi yang mencatat sejarah hitam.

Pelbagai persoalan timbul.Agak terkejut dengan apa yang paparkan oleh buletin utama tv3.Kali ini,runtuhan tanah telah menimbuskan beberapa buah banglo di lokasi berkenaan.

Saya bukan arkitek atau jurutera,namun,persoalannya,apakah pihak berkenaan tidak boleh belajar dari apa yang telah berlaku? Jika benar kawasan HULU KELANG adalah kawasan tadahan air dan cerun bukit yang berisiko tinggi,mengapa masih ada projek yang dilaksanakan di sana?Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) harus bersikap tegas dan lebih mengutamakan keselamatan masyarakat awam.

Memang benar permintaan terhadap pemilikan tempat tinggal tinggi,namun,kawasan-kawasan yang berisiko tinggi di lereng-lereng dan cerun-cerun bukit tidak selagi selamat didiami berdasarkan beberapa tragedi tanah runtuh.

Hari ini,6 Disember berlaku sekali lagi tragedi seperti yang pernah berlaku.Keterangan dari pakar-pakar berkenaan harus diambil kira oleh PBT selepas ini sebelum meluluskan sesebuah projek.Bukan sahaja di BUKIT ANTARABAGSA,akan tetapi di semua kawasan yang mempunyai risiko yang sama.

Takziah kepada keluarga mangsa.

Khamis, 4 Disember 2008

GERAK USAHAWAN MESIR DAN REALITI MELAYU

Gerak Usahawan 2008,telah melabuhkan tirainya.Mesir menjadi destinasi luar negara yang pertama diadakan program ini.Mahasiswa Malaysia di Mesir harus berbangga kerana Mesir menjadi destinasi utama.

Beberapa hari sebelum gerak usahawan bahkan ketika program tersebut berlangsung,media masa arus perdana Malaysia dan Mesir membuat liputan meluas.Saya berbangga dengan apa yang telah dilaporkan oleh TV3 terhadap semangat dan minat golongan agamawan dalam bidang keusahawanan,ustaz Rizal,pengusaha kafetaria selangor mendapat publisiti meluas ke seluruh melaysia menerusi Buletin Utama pada 29 November 2008.

Secara tidak langsung,beliau menjadi ikon agamawan buat masa ini dalam bidang keusahawanan dan beliau telah mengorak langkah lebih mara lagi apabila telah dilantik sebagai ahli lembaga pengarah (ALK) Koperasi Usahawan Malaysia Mesir yang merupakan koperasi pertama yang melibatkan secara langsung golongan agamawan dari Mesir yang telah ditubuhkan di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

Apa yang saya lihat,program seumpama ini adalah merupakan satu usaha kerajaan bagi membuka peluang yang lebih luas kepada golongan agamawan.Program seumpama ini bukan asing di IPTA-IPTA Malaysia,bahkan ianya adalah merupakan satu program yang mendapat sambutan hangat mahasiswa IPTA di malaysia.

Ekuiti melayu hanya mencapai 19 peratus sahaja setakat ini.Angka ini boleh dibanggakan sedikit jika dibandingkan situasi sebelum merdeka dan di awal kemerdekaan tanah melayu.

namun,angka tersebut masih jauh ketinggalan sebenarnya,jika dibandingkan dengan bangsa-bangsa lain di Malaysia.

Jika ditolak dengan GLC (syarikat berkaitan kerajaan),pastinya ekuiti melayu hanya setakat 8 hingga 9 peratus sahaja.Mudah-mudahan,dengan gerak usahawan yang telah diadakan,telah memberikan banyak input dan maklumat kepada golongan agamawan agar dapat bersama-sama meningkatkan ekuiti melayu.

Barangkali,untuk bercakap tentang melayu di kalangan agamawan di Mesir ini,agak sukar dan hampir mustahil untuk dibicarakan sebagai satu wacana ilmiah kerana memang telah diketahui,
golongan agamawan dari Mesir ini,"totok PAS".Namun,saya percaya,bukan semua begitu.

Di malaysia,sebut sahaja Melayu,secara tidak langsung,ianya merujuk kepada bangsa melayu dan agama Islam.AWAS!!! kata-kata ini juga menjadi sesuatu yang bakal menjadi pertikaian di kalangan golongan agamawan dari MESIR!!!! akibat dari ceteknya pengetahuan terhadap perlembagaan.

Sebab itu,saya tidak hairan,apabila majlis ramah mesra YB Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperais,YB Datuk Saifuddin yang diadakan di dataran hayyu a'syir tidak mendapat sambutan sewajarnya dari mahasiswa Malaysia di Mesir.Kurang dari seratus hadirin sahaja yang hadir.

peperiksaan semester hampir tiba,ada kelas tambahan anjuran "tutor-tutor" tak bertauliah dari kalangan senior-senior yang "lama" ,adalah antara ALASAN yang sering diberikan.Katakan yang datang adalah Ketua Pembangkang malaysia,atau tokoh-tokoh pembangkang dari parti PAS,pastinya,alasan tersebut tidak kedengaran langsung.

Ini semua adalah kerana kepala KERETAPI yang lama yang masih menggerakkan gerabak-gerabak keretapi tersebut.Selagi Keretapi tersebut masih berfungsi,selagi itulah,mahasiswa Malaysia di Mesir berfikiran "ortodoks".

Saya suka dengan sebuah kata hikmah,"dengarlah apa yang dikata,jangan lihat siapa yang berkata".Ini adalah merupakan salah satu dari ciri-ciri utama seorang yang berfikiran positif. Jika ini disematkan ke dalam diri semua golongan agamawan dari Mesir,pastinya golongan agamawan dari Mesir lebih dihormati.