Selasa, 25 Ogos 2009

MALAYSIA TIADA KEPAKARAN SEBAT SYARIAH,MANA LEPASAN AL AZHAR?


KARTIKA SEDANG MENUNGGU HUKUMAN DILAKSANAKAN

MODUL HUKUMAN SEBAT


HUKUMAN SEDANG DIJALANKAN


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Para blogger yang saya hormati sekalian,

Saya tertarik dengan isu “sebat” yang melibatkan seorang wanita Islam yang telah dijatuhi hukuman sebat enam kali oleh mahkamah Syariah salah sebuah negeri di semenanjung tanah air kerana disabitkan kesalahan minum arak.

Kartika Sari Dewi Sukarno, 32 telah dijatuhkan hukuman denda RM 5000 dan 6 kali sebatan oleh mahkamah Tinggi Syariah Kuantan pada 20 Julai lalu setelah tertuduh mengaku bersalah (sabit secara IQROR,alternatif dua saksi lelaki) meminum minuman keras itu di salah sebuah hotel di Cherating pada 11 Julai 2009.Kartika adalah seorang model sambilan.

WANITA PERTAMA

Istilah wanita pertama biasanya membabitkan seorang isteri pemimpin utama negara.Namun,dalam isu KARTIKA ini,beliau adalah wanita pertama yang dijatuhkan oleh mahkamah syariah hukuman sebat.Sudah tentu kes beliau akan menjadi kes rujukan selepas ini apabila membabitkan wanita dalam kes seumpama ini.

Berani sungguh wanita ini dan beliau sanggup untuk menerima hukuman berkenaan.Walaupun ada pihak meminta supaya wanita ini merayu,beliau tetap enggan dan ini menandakan wanita ini telah insaf dengan kesalahan tersebut.

Namun,saya agak terperanjat membaca komen MAJLIS PEGUAM yang suka mempersoalkan perundangan syariah di negara ini yang meminta agar hukuman sebat ini dibatalkan kerana ianya adalah melanggar hak asasi manusia.

Mengapa undang-undang sebat ini dianggap membahayakan dan tidak sesuai?

HUKUMAN SEBAT MENURUT PERSPEKTIF SYARAK

Sebat adalah salah satu hukuman yang telah ditetapkan oleh syarak.Meminum arak adalah antara kesalahan jenayah syariah yang boleh disebat berdasarkan dalil syarak yang telah disepakati oleh para ulama.Sebuah hadith soheh Muslim ,dari anas R.A,beliau menyatakan bahawa “rasulullah S.A.W memukul orang yang meminum arak dengan menggunakan pelepah tamar dan selipar sebanyak 40 kali”.

Dalam sebuah hadith yang lain juga,rasulullah S.A.W turut menggunakan peralatan selain pelepah tamar dan selipar iaitu tangan dan baju.Ini disebutkan dalam hadith soheh Bukhari yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A kata beliau : “Nabi S.A.W telah didatangi oleh seorang yang mabuk.Lalu baginda mengarahkan agar pemabuk itu dipukul.Maka,ada diantara kami yang memukul dengan menggunakan tangannya,ada yang memukul dengan menggunakan seliparnya dan ada yang memukul dengan menggunakan bajunya”.

Dari kedua-dua hadith berkenaan,dapatlah kita tahu bahawa alat yang digunakan untuk memukul adalah pelepah tamar,selipar,tangan dan baju.Manakala kadar pukulan atau sebatan adalah sebanyak 40 kali berdasarkan hadith yang telah dinyatakan tadi.Namun,di zaman saidina Umar AL Khattab,beliau menambah sebatan sebanyak 40 kali sebatan lagi sebagai TAKZIR menjadikan pukulan atau sebatan tersebut adalah sebanyak 80 kali.

Untuk melaksanakan hukuman sebat atau pukul ini,bukanlah ianya semudah bicara kerana ianya telah ditetapkan dengan beberapa etika yang telah ditetapkan oleh syarak.Secara ringkasnya,SYARAK telah menetapkan tempat pukulan adalah disemua anggota kecuali di “tempat yang boleh membunuh”,muka dan kepala.

Maksud “tempat yang boleh membunuh” adalah tempat di mana terletaknya jantung dan kemaluan.Ini adalah kemaluan turut akan membunuh si pesalah termasuk MATI PUCUK.Disamping itu tangan si pesalah tidak boleh diikat dan ditakuti seperti dikasari oleh penyebat atau dilayan dengan muka bengis sebelum dan semasa menjalani hukuman.

Manakala si penyebat pula adalah dilarang mengangkat tangannya sehingga Nampak ketiaknya atau dalam erti kata yang lain menyebat dengan sekuat hati.Yang boleh diangkat adalah bahagian depan tangan atau tangan ukuran hasta (zira’) dan bukan lengan bahagian atas (a’dhud).Penyebat hendaklah menyebat dengar kadar pukulan yang sederhana antara ringan dan kuat dan bukan terlalu ringan atau terlalu kuat.Paling penting,si pesalah mestilah menutup aurat dan bukan dibiarkan terlanjang.

Dengan ini,dapat disimpulkan bahawa hukuman pukul atau sebat ini adalah merupakan hukuman yang “memberikan pengajaran” dan “mencegah” dan bukan menghukum semata-mata.Inilah ROH PERUNDANGAN Islam yang perlu dihayati oleh semua pihak.

HUKUMAN SEBAT SATU REALITI

Dengan amanah ilmu yang saya pelajari di AL AZHAR semasa di tahun 3, (2006) fakulti syariah Universiti Al Azhar,sesi kuliah yang disampaikan oleh Dr Usamah Abdul Samik,pensyarah jabatan fekh perbandingan,tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa HUKUMAN SEBAT YANG DIJALANKAN DI MALAYSIA TIDAK MEMENUHI KEHENDAK SYARAK DAN BERCANGGAH DENGANNYA.

Sebatan yang melampau dan terlalu kuat dengan menggunakan ROTAN besar itu,sungguh menyakitkan pesalah lebih-lebih lagi ianya disebat dengan ditenjangkan pesalah di BAHAGIAN KEMALUAN BELAKANGNYA.Ini adalah sebatan yang salah dan tidak memenuhi etika syarak sama sekali.

Dengan sebab itu,apabila Kartika dijatuhi hukuman sebat,ramai pihak menganggap hukuman tersebut tidak bersesuaian dengan seorang wanita.Kebiasaannya pesalah yang disebat di Malaysia adalah yang membabitkan jenayah DADAH dan ROGOL.

Jenayah SYARIAH adalah pertama kali dijatuhkan terhadap seorang perempuan.Menggunakan rotan tidak salah,namun,rotan yang terlampau besar dan menyakitkan itu tidak sesuai digunakan sambil si penyebat menyebat dengan mengangkat kesemua bahagian tangannya sambil memusingkan rotan kebelakang dan menyebat sekuat hati setelah disebut BILANGAN SEBATAN.

Teknik sebatan ini jugalah saya fikir telah menyebabkan MAJLIS PEGUAM gerun dengan hukuman ini.Sesiapa juga akan gerun apabila melihat video rakaman pelaksanaan hukuman ini.

POLITIK BUKAN PENYELESAIANNYA

Jika hukuman sebat ini tidak diperbaiki,bagaimana mungkin “PIHAK” yang sering melaung-laungkan akan melaksanakan undang-undang hudud jika memerintah akan melaksanakan undang-undang berkenaan?

Sudah tentu apabila jika “MEREKA” ini memerintah,maka akan mengambil masa yang lama untuk melaksanakan undang-undang tersebut.Ini kerana terdapat banyak lagi perkara yang harus diubah selain sebatan seperti KANUN ACARA JENAYAH dan lain-lain lagi sebelum dilaksanakan undang-undang ALLAH ini.

Sudah tentu juga jawapan putar belit ala Dr Hassan Ali di Mesir akan berulang, “UMNO dah memerintah 40 tahun lebih tapi gagal melaksanakan undang-undang ini”,itulah barangkali jawapan mereka. Menyalahkan orang lain,nampakkan mereka terbaik dan cari publisiti murahan.

Akhir sekali,selesai satu penggal pemerintahan,maka berkempen lagi pada Pilihanraya Umum seterusnya kononnya,penggal ini tak dapat dilaksanakan akan tetapi akan dilaksanakan jika menang pada penggal akan datang.

Sebenarnya,Usaha pelaksanaan undang-undang hudud itu ada dirintis secara senyap oleh BARISAN NASIOAL (BN),akan tetapi tapi pemerkasaan itu seolah-olah kelihatan “lemah”.Kenapa saya kata lemah,ianya tidak diteruskan walaupun usaha telah dirintis oleh ALLAHYARHAM TAN SRI AHMAD IBRAHIM yang dijemput dari SINGAPURA oleh TUN DR MAHATHIR semasa menjadi Perdana Menteri Malaysia keempat .

Paling penting,pentadbiran institusi agama Islam di Malaysia masih tidak kemas.Tiada penyelarasan yang kukuh antara negeri-negeri.Untuk penyelarasan tersebut,negeri-negeri bersultan,harus menerima pegawai JAKIM sebagai antara langkah penyelarasan.Hanya tinggal empat negeri sahaja yang enggan menerima pegawai JAKIM iaitu JOHOR,PERAK,TERENGGANU dan Kedah.

Bermula pindaan perkara 121 (1a) perlembagaan Malaysia,pada tahun 1988 dimana PAS belum pun menang di KELANTAN ketika itu,(PAS menang di Kelantan pada tahun 1990 dan Kelantan ketika tahun 1988 masih dibawah Barisan Nasional) BN sebenarnya telah merintis jalan ISLAMISASI PERUNDANGAN.

Pindaan tersebut memberikan kuasa kepada mahkamah syariah melaksanakan perundangan Islam.Usaha-usaha ISLAMISASI perundangan itu ada dan telah dirintis namun kelemahannya adalah pemerkasaan dan usaha meneruskan perjuangan itu.

Saya pasti,usaha kearah itu giat dijalankan ketika ini berdasarkan perbualan saya dengan para hakim yang datang berkursus sekitar hujung tahun lepas di Mesir khusus berkenaan perundangan Islam.

Perlu diingat,orang yang menentang pindaan 121 (1a) adalah DAP rakan sekutu PAS dalam pakatan rakyat.Siapa yang akan lupa kata-kata seorang pemimpin kanan DAP bahawa “langkah mayat saya dahulu jika mahu laksanakan undang-undang Islam!!”

Saya melihat,politik hanya elemen bantuan semata-mata untuk melaksanakan perundangan ini.paling penting adalah pengamal undang-undang yang sedar akan hal ini,golongan akademik dan golongan agamawan.

DI MANAKAH LEPASAN AL AZHAR ?

Malu saya selaku gradauan Al Azhar ini apabila mendapati Malaysia tiada pakar sebat syariah.Persoalannya di manakah lepasan institusi pendidikan agama berprestij dan ternama itu? Sedangkan,saban tahun lebih 600 graduan mengambil ijazah mereka!

Mereka hanya bercakap soal politik,masuk politik,berjuang dalam politik.Politik sesuatu yang terlampau besar dan memakan masa.Jika kita berfikiran bahawa dengan kuasa politik semata-mata,perundangan Islam boleh dilaksanakan,maka berlakulah seperti apa yang telah berlaku hari ini,apabila hendak dilaksanakan hukuman yang membabitkan undang-undang syariah,maka tidak dapat dilaksanakan kerana kekurangan pakar dalam bidang ini.

“KEKURANGAN” inilah sebenarnya telah membantutkan usaha ALLAHYARHAM TAN SRI AHMAD IBRAHIM untuk melaksanakan perundangan ini.Kekurangan pakar terutama lepasan timur tengah seperti AL AZHAR yang boleh mencungkil dan menggali turath khazanah ilmu islam supaya di sesuaikan dan diaplikasikan untuk dilaksanakan.

“kita mesti masuk perjuangan PAS kerana hanya PAS yang mahukan ISLAM!”,ucapan dangkal pihak tertentu yang membantutkan usaha memperbaiki negara ini dari penjajahan selama 400 tahun.Ingat! kelewatan islamisasi perundangan adalah kerana kita telah dijajah selama 400 tahun bukan kerana kerajaan BN yang memerintah lebih 50 tahun ini tidak mahu melaksanakan perundangan Islam.

Jika benar kerajaan BN tidak mahu melaksanakan perundangan ISLAM,mengapa pula kerajaan BN juga mencadangkan dan sepakat meluluskan 121 (1a) di parlimen yang majoriti 2/3 parlimen ketika itu adalah dari Barisan Nasional (BN).

PAS hanya menjadikan isu hudud sebagai bahan politik semata,apabila menang pada tahun 1990 di Kelantan sedangkan banyak elemen perundangan yang perlu diubah masih tidak diubah.INDIVIDU yang berkata ZALIM UNDANG-UNDANG HUDUD tersebut adalah orang yang tidak memahami dengan betul perundangan tersebut dan PAS GAGAL memberikan penerangan yang telus.

Bagaimana tidak individu tersebut memandang undang-undang HUDUD itu zalim,jika 100 sebatan itu dilakukan dengan sebatan sivil seperti yang berlaku hari ini? Baru 4 kali, “BONTOT” dah koyak!!! Sedangkan etika sebatan SYARIAH bukan begitu.

CADANGAN PENYELESAIAN

Untuk langkah pertama,sesuailah disediakan satu teknik sebatan syariah.Saya setuju cadangan YB DATUK SERI HISYAMUDDIN TUN HUSSEIN untuk diadakan satu perbincangan melibatkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dan JABATAN PENJARA.

Harapan saya,cadangan sekadar cadangan,tetapi adakan juga KAJIAN TERPERINCI melibatkan pakar-pakar agamawan dan cendekiawan islam,seterusnya dibawa ke PERUNDANGAN dan dilaksanakan.

Cadangan saya juga,mahasiswa AL AZHAR dan graduannya harus memiliki buku yang berjudul “PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM DI MALAYSIA” tulisan ALLAHYARHAM TAN SRI AHMAD MOHAMED IBRAHIM terbitan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

KELAB UMNO MESIR dan JORDAN harus berganding bahu membawa suara islamisasi perundangan ini dengan serius dengan melakukan beberapa persediaan ilmiah bagi membantu merealisasikan usaha ini.

KELAB UMNO MESIR dan JORDAN hendaklah mengundang Datuk Dr Abdul Monir Yaacob orang kanan Allahyarham Tan Sri,datang ke MESIR dan JORDAN untuk mendiskusikan buku tersebut yang menyatakan usaha kerajaan BARISAN NASIONAL (BN) untuk islamisasi perundangan dan kekurangan yang terdapat untuk melaksanakan serta membuat resolusi bersama agar di masa hadapan kita dapat bekerjasama berganding bahu membangunkan bumi Malaysia kita dengan KALIMAT ALLAH dan merealisasikan AL QURAN sebagai PELEMBAGAAN setiap orang Islam..

ALLAHU AKBAR!!!

Sabtu, 22 Ogos 2009

UMAT ISLAM MULA SEPAKAT DALAM ISU AWAL RAMADHAN


Sohibussamahah fadhilat Prof Dr Ali Gom'ah

Mufti Republik Arab Mesir

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Para Blogger yang saya hormati sekalian,

Saat saya sedang menulis entri ini,Malaysia bumi tercinta sedang menyaksikan pertarungan hebat dua penjuru antara BARISAN NASIONAL (UMNO) dan PAS berkempen untuk memenangi kerusi DUN PERMATANG PASIR dalam PARLIMEN PERMATANG PAUH di Pulau Pinang.Masing-masing sibuk berkempen untuk memenangi calon masing-masing.

Saya tidak berminat bercakap atau mengulas lanjut isu berbangkit berkaitan pilihanraya kecil tersebut. Sebagai seorang mahasiswa,cukup hanya mengambil tahu sahaja dan tidak sesuai untuk berperanan lebih jauh dari itu.Oleh itu,saya serahkan isu tersebut untuk diperbincangkan oleh pakar-pakarnya di Malaysia walaupun sebenarnya saya cukup “MEMANDANG BERAT” pihak yang mengaitkan sokongan politiknya dengan syurga dan menuduh orang lain mengamalkan Islam palsu.Seolah-olah hanya dia seorang yang Islam.Apa nak jadi Malaysia hari ini? Umat Islam hanya semakin berpecah belah dengan kenyataan songsang itu.

Apabila bercakap soal perpecahan umat Islam,kita telah menyaksikan saban tahun apabila tiba sahaja bulan Ramadhan,ada negara umat Islam yang berpuasa pada hari tersebut.Ada pula yang telah memulakan sehari sebelumnya bahkan ada negara yang memulakan pada hari ketiga.Nampaknya umat Islam tidak sekata dalam isu ini walaupun bulan itu satu,dan paling penting ianya membabitkan rukun Islam yang ketiga.Di mana silapnya? Apakah faktor kedudukan bulan itu yang berbeza ? Apakah memang perbezaan tersebut bersifat normal dan lumrah serta tiada jalan peyelesainnya?

METOD ASTRONOMI MESIR DAN MODUL RUKYAH

Persoalan tersebut dijawab oleh SAHIBUSSAMAHAH FADHILAT Prof Dr Ali Gom’ah,Mufti Republik Arab Mesir dalam satu temuramah beliau bersama wartawan AMRU GAMAL yang disiarkan oleh akhbar Al Ahram pada hari khamis 13 Ogos yang lalu.

Beliau menyatakan dengan penuh yakin bahawa umat Islam di seluruh dunia pada tahun ini akan bersama-sama melaksanakan ibadah puasa secara serentak.

Ini adalah kerana menurut beliau,semua negara disyorkan menggunakan metod astronomi yang berkesan dan teknik peglihatan anak bulan atau RUKYAH itu mestilah diselaraskan dan digunakan sengan sistem yang betul dengan menggunakan MODUL RUKYAH MESIR.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: “Berpuasalah kamu sekalian apabila kalian telah melihat anak bulan dan berhari rayalah juga apabila kalian telah melihatnya”.

Maksud “melihat anak bulan” haruslah diterjemahkan dengan kesesuaian semasa.Menurut beliau, maksud sabda baginda rasullah S.A.W tersebut turut merangkumi penglihatan dengan menggunakan TELESKOP,CERAPAN dan PERKIRAAN FALAK.Beliau turut menegaskan bahawa HADITH tersebut adalah bersifat umum dan merangkumi penglihatan dengan menggunakan mata kasar dan menggunakan teknologi terkini.

Setelah dilaksanakan selama 40 tahun, Mesir mendapati modul rukyah yang diguna pakai selama ini tidak pernah bercanggah dengan KIRAAN FALAK mereka.Ini menjadikannya sebagai satu modul yang amat baik untuk digunakan oleh seluruh negara Islam dan menurut Mufti Republik negara berkenaan,memang beberapa negara Islam telah menyatakan persetujuan itu.

MUFTI MESIR TEGUR INDONESIA,LIBYA DAN TURKI

Setelah Ramadhan tiba pada 22 Ogos,ternyata kenyataan Mufti berkenaan benar.Semua negara berpuasa serentak pada 22 Ogos 2009 kecuali LIBYA,TURKI dan sebahagian umat Islam di Indonesia.Libya dan Turki memulakan awal Ramadhan pada 21 ogos,iaitu sehari lebih awal sementara sebahagian Umat Islam di Indonesia mula berpuasa pada hari Khamis 20 Ogos 2009 bersamaan 29 Sya'ban 1430.

Ketika ditanya oleh wartawan EL MISR EL YOM dalam satu temuramah yang disiarkan oleh akhbar berkenaan mengapa rukyah LIBYA sentiasa berbeza dengan negara Islam yang lain ,SOHIBUSSAMAHAH Mufti Repubik Mesir menyatakan bahawa METOD RUKYAH yang diguna pakai oleh LIBYA tidak menepati kaedah yang ditetapkan oleh piawaian negara-negara Islam.

Sementara sebahagian umat Islam di INDONESIA pula ditegur oleh Fadhilat Mufti sebagai “KESALAHAN YANG BESAR” kerana menjadikan BULAN AKHIR SYA’BAN pada hari rabu sebagai dalil bahawa puasa pada hari Khamis manakala sebahagian umat Islam yang lain pula patuh dengan ketetapan negara berkenaan berpuasa pada hari sabtu 22 Ogos 2009.

Menurut Mufti berkenaan terdapat perbezaan antara BULAN AKHIR dengan anak bulan baru yang menjadi penentu awal bulan.

HANYA 29 HARI IBADAH PUASA

Penyelaran yang berlaku antara negara-negara Islam hari ini,akan berterusan di tahun-tahun menadatang sebagai menyahut kesepakatan yang dicapai bersama ketika persidangan pertubuhan negara-negara Islam (OIC) sebelum ini.

Dalam perkembangan yang sama,akhbar EL DUSTUR,di muka surat utamanya melaporkan bahawa Ketua Pengarah institut kajian Astronomi Mesir menyatakan bahawa umat Islam akan berpuasa selama 29 hari sahaja pada bulan Ramadhan 1430 bersamaan 2009 kali ini.Ini bermakna umat Islam akan menyambut syawal pada 20 September 2009.



Jumaat, 21 Ogos 2009

PERBEZAAN PENGUMUMAN RAMADHAN,MALAYSIA DAN MESIR




Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakahatuh,

Para blogger yang saya hormati sekalian,

ADA ORANG DI MESIR BERKATA :

1) hanya di Mesir sahaja ulama-ulama diraikan malah bagai seorang 'artis' yang diagungkan

2) PMRAM persatuan induk mahasiswa di bumi Mesir

ULASAN SAYA.....

Tanggal 22 Ogos2009,hari Sabtu,umat Islam akan berpuasa kecuali di Turki yang telah mula berpuasa sehari sebelum itu.18 Ogos Mufti Mesir telah mengumumkan bahawa mengikut perkiraan falak,Mesir mula berpuasa pada 22 haribulan.Sungguh mengkagumkan,menurut Sohibussamahah Fadhilat Mufti,Prof. Dr Ali Gom’ah menyatkan satu fakta penting dalam satu temuramah bersama wartawan AL AHRAM,AMRU GAMAL,bahawa sejak 40 tahun lamanaya,kiraan falak Mesir adalah MENETAPI rukyah (sistem yang ditetapkan oleh Islam untuk melihat menentukan awal Ramadhan dan Hari Raya).

Suasana pengumuman awal RAMADHAN disiarkan secara langsung menerusi siaran-siaran utama television Mesir.Mufti Republik selaku orang yang bertanggung jawab hal ehwal agama setelah Syeikhul Al Azhar,Al Imam Al Akbar Prof Dr Sayyid Tantawi (BUKAN IMAM BESAR MASJID AL AZHAR SEPERTI YANG DISIARKAN OLEH SEBUAH BLOG) dan Prof Dr Hamdi Zakzuk,Menteri Wakaf Mesir akan mengumumkan AWAL RAMADHAN dan menyatakan faktor-faktornya.

Ada orang mempersoalkan, “KENAPA DI MALAYSIA BUKAN MUFTI” yang mengumumkan akan tetapi PENYIMPAN MOHOR BESAR RAJA-RAJA?” Jawapannya adalah kerana di MALAYSIA,hal ehwal agama Islam diketuai oleh KDYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG di-Pertuan Agong dan RAJA-RAJA MELAYU.

Para mufti negeri-negeri dalam Malaysia adalah bertanggungjawab mengetuai upacara melihat anak bulan seterusnya menasihatkan KDYMM RAJA-RAJA untuk membuat ketetatapan.
Setelah itu,juru cakap RAJA-RAJA MELAYU iaitu PENYIMPAN MOHOR BESAR RAJA-RAJA MELAYU akan mengumumkan awal ramadhan seperti mana beliau sekali lagi akan mengumumkan ketetapan berhari raya.

Adakah dengan TIADANYA MAJLIS seumpama MESIR apabila mengumumkan awal Ramadhan,boleh kita katakan bahawa MALAYSIA tidak HARGAI ULAMA? Sistem dua negara yang membezakan kaedah pengumuman awal Ramadhan ini harus diketahui oleh kita golongan MAHASISWA agama terutama GRADUAN AL AZHAR.

Bukankah ULAMA di Malaysia juga dihargai dengan diletakkan dipelbagai jawatan utama.Ada yang dilantik menjadi PENGERUSI PERBADANAN yang setaraf dengan MENTERI,ada yang dilantik sebagai DUTA selain menjadi penasihat agama yang berstatus Menteri dan mufti-mufti sedia ada.

Saya belum mendengar ULAMA LEPASAN AL AZHAR di Mesir diletakkan sebagai DUTA MESIR di mana-mana negara asing yang mempunyai hubungan diplomatik dengannya.Jangan kata duta,perbadanan kerajaan tidak pernah orang AL AZHAR diberi kepercayaan oleh kerajaan Mesir.

Yang tidak hargai ulama adalah SEORANG PEMIMPIN PARTI yang kononnya berteraskan ISLAM,telah mengeluarkan kata-kata yang tak sepatutnya kepada MAJLIS FATWA KEBANGSAAN yang dianggotai oleh para mufti,kononnya DIA SAHAJA yang betul sampai mengatakan "ORANG LAIN" bawa ISLAM palsu sedangkan kumpulan lain itu,solat sama seperti DIA solat.Kalau "PEMIMPIN TERSEBUT" duduk dan jadi rakyat MESIR,apakah DIA boleh aktif sebagai pemimpin parti Islam tersebut,sedangkan di MESIR,walaupun BUKAN ISLAM hanya 10 % ,MESIR tidak membenarkan wujudnya parti yang BERTERASKAN AGAMA!! Buka mata seluas-luasnya!

PMRAM bukan persatuan INDUK di Mesir kerana enggan mendaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia Kaherah.Hanya persatuan yang berdaftar di bawah KBMK akan dilantik sebagai persatuan INDUK.Hairan juga dengan PMRAM nih,beli apartment dah perah wang ahli,bukan sedikit,RATUSAN POUND MESIR! Orang melayu kaya dengan ungkapan,PMRAM BAGAIKAN MASUK BAKUL,ANGKAT SENDIRI….

Fikirkan-fikirkan…..

Rabu, 19 Ogos 2009

PAS PUTAR BELIT ISU,SUKA SERANG PERIBADI ORANG


IHSAN DARI PENASIHAT UNDANG-UNDANG UMNO


Oleh : Datuk Mohd Hafarizam Bin harun
PENASIHAT UNDANG-UNDANG UMNO
LLM (Warwcik) LLB (Hons) UIA

KENYATAAN RASMI PEJABAT PENASIHAT UNDANG-UNDANG UMNO MALAYSIA

(1) STATUS KELAYAKAN BERTANDING CALON BN N.11 PERMATANG PASIR, SAUDARA ROHAIZAT BIN OSMAN

Banyak telah diperkatakan di dalam akhbar dan juga blog-blog berkenaan status saudara Rohaizat bin Othman, calon BN N. 11 Permatang Pasir untuk bertanding di dalam Pilihanraya Kecil ini. Begitu juga berkenaan tindakan tatatertib terhadap beliau oleh Lembaga Tatatertib Peguambela dan Peguamcara. Pejabat ini ingin menjelaskan perkara berikut.

Perkara 48 Perlembagaan Malaysia jelas maksudnya iaitu seseorang hanya akan hilang kelayakan untuk menjadi Ahli Parlimen [di dalam situasi saudara Rohaizat, Ahli Dewan Undangan Negeri] jika:

(a) Tidak sempurna akal;
(b) Seorang bankrap yang belum dilepaskan;
(c) Memegang sesuatu jawatan berkepentingan;
(d) Gagal menghantar penyata belanja pilihanraya dalam masa dan mengikut cara yang dikehendaki;
(e) Disabitkan suatu kesalahan oleh sesuatu Mahkamah dan dihukum penjara selama tempoh tidak kurang 1 tahun atau denda tidak kurang daripada 2 ribu ringgit dan ia tidak mendapat ampun; dan
(f) Hilang kewarganegaraan.

Berdasarkan kepada perkara di atas, Saudara Rohaizat bin Othman tidak hilang kelayakannya dan nasihat di atas juga telah diberikan oleh Pejabat ini kepada pucuk pimpinan UMNO. Justeru itu, Saudara Rohaizat bin Othman telah dipilih untuk menjadi calon BN N.11 Permatang Pasir.

(2) ISU TINDAKAN TATATERTIB OLEH LEMBAGA TATATERTIB PEGUAMBELA & PEGUAMCARA TERHADAP SAUDARA ROHAIZAT BIN OTHMAN

Di dalam Usul Pemula No. 25-33-2008 di Mahkamah Tinggi Malaya di Pulau Pinang, Saudara Rohaizat bin Othman telah menyatakan keterangan bersumpah seperti berikut:-

(a) Transaksi jual beli sebidang tanah oleh Koperasi Pekebun Getah Negeri Pulau Pinang Berhad [“Koperasi itu”] dikendalikan sepenuhnya oleh bekas rakan kongsi beliau;

(b) Pada masa aduan dibuat oleh Koperasi itu, bekas rakan kongsi beliau telahpun meninggalkan firma beliau, Tetuan Saif Ariff & Rohaizat;

(c) Beliau telah hadir bicara kali pertama di hadapan “Disciplinary Committee” pada 11/9/2007 dan kerana kesuntukan masa, telah ditangguhkan ke tarikh 14/11/2007 bagi beliau memberikan penjelasan sewajarnya;

(d) Malangnya pada 14/11/2007, beliau telah jatuh sakit dan sesalinan sijil sakit telah difakskan kepada ahli “Disciplinary Committee” pada hari itu juga dan telah menghantar wakil untuk memaklumkan perkara tersebut;

(e) Pada 14/3/2008, beliau telah menerima sepucuk surat bertarikh 12/3/2008 daripada Lembaga Tatatertib Peguambela dan Peguamcara dengan satu salinan Perintah menyatakan bahawa beliau telah dibatalkan daripada Daftarai Peguambela dan Peguamcara; dan

(f) Isu tuntutan Koperasi itu telahpun diselesaikan sepenuhnya dan Koperasi itu telah mengeluarkan sepucuk surat bertarikh 28/3/2008 mengesahkan perkara ini.

Rentetan peristiwa di atas jelas menunjukkan bahawa Saudara Rohaizat bin Othman telah sanggup mengambil tanggungjawab sebagai rakan kongsi di dalam firma tersebut. Walau apapun, beliau telah mnyelesaikan segala bayaran yg tertunggak bagi membersihkan nama baik beliau dan firmanya.

Tindakan tatatertib yang diambil terhadap beliau adalah atas kapasiti bersesama dan berasingan [“joint and several liability”] di dalam undang-undang lazim perkongsian selaras dengan Akta Perkongsian 1961. Malahan, rakan-rakan kongsi di dalam firma guaman akan terdedah kepada liabiliti yang tidak terhad termasuklah perilaku jenayah, kecuaian dan pengabaian rakan-rakan kongsi di dalam firma guaman. Ini bukanlah suatu pembahagian liabiliti yang adil tetapi itulah bagaimana firma guaman diwujudkan di Malaysia tatkala ini.

Justeru itu, adalah tidak tepat jika dikatakan bahawa Saudara Rohaizat bin Othman diadukan atas kapasiti perseorangan beliau sebagai seorang pengamal undang-undang walhal beliau adalah rakan kongsi di firma tersebut dan liabiliti beliau adalah terpaut kepada firma guaman beliau juga. Adalah diakui setakatmana bahawa tindakan yang diambil terhadap beliau adalah dibawah Seksyen 103D Akta Profesyen Undang-Undang 1976 tetapi itu samalah seperti tindakan diambil terhadap pengarah Syarikat yang diperbadankan.

Tindakan tatatertib ini sama prosesnya seperti badan-badan professional yang lain i.e. Majlis Perubatan Malaysia, Persatuan Akitek Malaysia. Di dalam konteks UMNO pula, ianya sama seperti Lembaga Disiplin UMNO mengambil tindakan salahlaku tataetika ahlinya tetapi tidak bermakna ahli UMNO itu telah melakukan pecah amanah dan sebagainya.

Akhir kata, isu berkenaan kelayakan bertanding hanya tertakluk kepada Perlembagaan Malaysia dan Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 manakala isu tindakan tatatertib pengamal undang-undang hanyalah tertakluk kepada Akta Profesyen Undang-Undang 1976. Tidak ada kaitan antara kedua-duanya dan oleh itu, tidak timbul isu salahlaku jenayah [criminal misconduct] kecuali adanya sabitan di Mahkamah dan hukuman dijatuhkan dan tiada pengampunan diberikan.

Sekian. terima kasih.

DATUK MOHD HAFARIZAM HARUN
www.puu-umno.blogspot.com

Kata saya,

lihatlah bagaimana PAS dan pembangkang sesuka hati memutar belitkan fakta dan kegemaran PAS adalah MENYERANG PERIBADI ORANG dengan cara yang melampau dan kadang-kadang sampai tahap FITNAH!!!.Apakah perbuatan seumpama ini dibenarkan oleh Islam? Sudah tentu ISLAM tidak membenarkan perbuatan tersebut.

SAUDARA SAUDARI GENERASI MUDA SEKALIAN,FIKIR-FIKIRKAN.......