Ahad, 9 Ogos 2009

KEMERDEKAAN,ISA,PMRAM dan......

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Para Blogger yang saya hormati sekalian,

Kita sekarang berada dalam bulan sya'ban yang mana ianya adalah merupakan isyarat kepada umat Islam untuk bersiap sedia untuk menghadapi ibadah puasa bulan Ramadhan,selain dikenali sebagai bulan ibadah.Mengikut perkiraan falak di Mesir,umat Islam akan mula berpuasa di sini pada 22 Ogos 2009.Apabila sebut sahaja OGOS,sebagai seorang rakyat Malaysia,pastiya bulan Ogos adalah merupakan bulan sambutan kemerdekaan.Saya begitu menjiwai suasana bulan ini.Dengan keharmonian negara dan kemerdekaan yang memberikan hak setiap rakyat di Malaysia,saya hari ini dengan kuasa Allah,saya sedang berada di Mesir.

BULAN KEMERDEKAAN DI MESIR
Teringat saya tahun 2007.Kita telah menyambut 50 tahun kemerdekaan.Waktu itu,sambutan di Mesir sungguh meriah.Saya telah saksikan sendiri bagaimana meriahnya dewan sukan di hayyu sadis Cairo dipenuhi pelbagai acara sambutan.

Ulang tahun kemerdekaan yang ke 52 tahun ini jatuh pada bulan Ramadhan.Saya tidak pasti,apakah KEDUTAAN BESAR MALAYSIA KAHERAH (KBMK) akan menyambut sambutan ulang tahun tersebut atau tidak.Saya jangkakan mungkin akan diadakan walaupun secara kecil-kecilan.

Mendahului sambutan peringkat KBMK adalah sambutan diperingkat Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM).Mungkin mengadakan lebih awal sambutan tersebut boleh mengundang pelabagai tafsiran.Ini adalah kerana PMRAM terkenal sebagai sebuah NGO melayu di Mesir yang sentiasa ingin mendahului "orang lain".

Namun,dalam hal ini,pada pendapat saya PMRAM tidak salah berbuat demikian.Mereka juga adalah rakyat Malaysia.Walaupun saya agak kecewa melihat bendera Malaysia "JALUR GEMILANG" diletakkan sebagai perhiasan yang diletakkan terdampar diatas lantai berhampiran tangga di hayyu Asyir.Bukan itu sahaja,bahagian bawah bendera gergasi di rumah Selangor turut dijadikan bahan lilitan pokok berhampiran kerana mungkin bagi mereka terlampau panjang atau menutupi pintu utama kolej penginapan malaysia siswi Selangor.Tindakan-tindakan ini,jelas tidak menghormati JALUR GEMILANG.Siapa akan sensitif? saya yang membangkitkan isu ini bukanlah satu tindakan yang popular,kerana bagi mereka JALUR GEMILANG bukan AL QURAN yang perlu dihormati sedemikian rupa!! Sedangkan,agama menganjurkan kita hormat dan sayangkan tanah air.Sayang lahir dari penghormatan! di manakah penghormatan mereka?

Saya tidak berminat mengulas panjang sambutan perayaan mereka.Saya rasa bangga apabila mereka reti juga akhirnya dan mengiktiraf perjuangan kemerdekaan yang diperjuangkan oleh UMNO yang diasaskan oleh DATO' ONN dan diteruskan oleh YM TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA.Pas adalah parti serpihan UMNO pada tahun 1951 apabila Hj Fuat,kalah dalam pertandingan jawatan yang dipertua UMNO ketika itu.Dengan kekecewaan tersebut,maka,Hj Fuat menubuhkan PAS maka orang melayu pada ketika itu berpecah kepada tiga kumpulan,kebanyakkan dalam UMNO,ada yang mengikuti Dato' Onn dalam IMP dan ada juga yang minat mengikuti PAS yang baru ditubuhkan selepas kekalahan itu.Oleh yang demikian,tidak timbul soal PAS juga memperjuangkan kemerdekaan,kerana penubuhan satu lagi parti ketika itu dilihat cuba memecah belahkan lagi orang melayu.

Satu sahaja yang ingin saya persoalkan.Mengapa terdapat sebahagian dari pihak jawatan kuasa mereka memakai baju ANTI ISA pada petang sebelum majlis perasmian atau semasa latihan RAP TAI? saya ingin memiliki baju tersebut,namun baju tersebut telah habis DIJUAL katanya.Hairan! Kenapa perlu senada dengan pembangkang dalam isu ISA sampai tahap ditunjukkan melalui pemakaian baju oleh sebahagian dari mereka.Jika ditanya,pasti,PMRAM tidak akan bertanggungjawab.Jawapannya ringkas,mereka akan nafikan seterusnya berkata,itu tindakan ahli dan tindakan peribadi,bukan atas nama persatuan.Kalau anak "A" yang buat,sedikit sebanyak,takkan bapa kepada si "A" tak terasa,sebab "A" dibawah pengawasannya.lebih-lebih lagi mereka yang memakai baju ISA itu turut memakai tanda nama dan kad kuasa AJK Pelaksana!

Perlukah kita senada bahawa ISA patut dimansuhkan? habis mengkajikah kita selaku mahasiswa yang idealisme ini? Jika patut dimansuhkan,apakah inpak disebalik pemansuhan tersebut? Jika tidak,apa yang patut dilakukan? terus kekalkan atau perbaiki? saya akan cuba jawab persoalan ini dalam entri seterusnya.

Tiada ulasan: