Selasa, 29 Disember 2009

PERISTIWA 6 JANUARI 2005 BERULANG DI KELAB UMNO

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Para Blogger sekalian,

Umum mengenali saya sebagai seorang ahli kelab UMNO.Bahkan tak kurang juga ada yang menggelarkan diri saya sebagai "totok UMNO".Apa pun gelaran yang diberikan oleh pihak lawan, saya terima kerana saya berfikiran terbuka.Kadang-kadang,perbualan politik dengan beberapa rakan di sekitar hayyu asyir Kaherah,bahkan isu yang amat panas,tiada pula sesiapa dari mereka yang datang "TUMBUK" saya.Cuma sekali sahaja,ketika di Rumah Selangor.Saya hampir-hampir ditumbuk namun,sepantas kilat,mereka yang berdekatan,menghalang individu terbabit.

PERISTIWA 6 JANUARI 2005


Lebih kurang empat tahun sebelum ini,Mesir digemparkan dengan satu isu sensasi,malah individu terbabit,masih ada di Mesir.Saya fikir,ramai yang ingat peristiwa tersebut,dimana,seorang pelajar Selangor di Mesir telah dipukul oleh pegawai HEP Selangor ketika itu,En Idris Mastor.Bahkan,pelajar yang dipukul tersebut telah dihalau dari asrama selangor di Mesir.

Isu tersebut mendapat perhatian media ketika itu.Bahkan,saya difahamkan,beberapa individu terbabit membuat "ROAD SHOW" seluruh selangor menceritakan kisah kezaliman seorang yang bernama IDRIS BIN MASTOR.

KISAH BERULANG PADA 27 DISEMBER


Kisah tersebut berulang kembali di Mesir sekali lagi.Kalau dahulu,yang terlibat adalah ahli PMRAM,maka kali ini,yang terlibat adalah AHLI KELAB UMNO.Kalau dulu berlaku di bangunan rumah Selangor,hari ini,peristiwa ulangan berlaku di Pejabat Kelab UMNO.

Apakah wajar "pegawai" ini terus kekal di Mesir dengan gaya samsengnya itu? Tentu ramai yang ingin tahu,apakah punca ianya terjadi.

BERSUARA LEBIH-LEBIH KENA PENUMBUK?

Itulah yang berlaku di Kelab UMNO Kaherah.Lama saya berfikir kewajaran untuk meluahkan isu ini menerusi blog peribadi.Saya bangkitkan perkara ini adalah kerana sedih melihat gaya dan cara orang yang comfirm UMNO nya.Kalau dulu,saya hanya mendengar keganasan dan samseng yang dilakukan terhadap pelajar Selangor dan SMS PANAS Pegawai Terengganu di Mesir,hari ini,saya merasainya sendiri.

Bermula dengan sebuah pertikaian,saya didatangi dengan jarak yang dekat dan ditunjukkan penumbuk.Itulah apa yang dilakukan oleh KAMAL BIN ABDULLAH,YB sepenggal DUN TERENGGANU (2004 - 2008.

Sejurus kemudian,saya ditumbuk oleh IDRIS BIN MASTOR,samseng taik minyak yang pernah terlibat dalam pergaduhan dan menumbuk pelajar di Rumah Selangor.Kamal Bin Abdullah adalah merupakan penasihat Kelab UMNO Kaherah.

Adakah wajar saya yang diperlakukan sebegini terus berdiam diri? lebih-lebih lagi apabila saya mendengar,IDRIS BIN MASTOR ini,telah membuat pengubahan plot cerita dan memfitnah saya berhubung GILA KUASA.

Itulah akibat seorang yang tidak berkelulusan cuba berlagak seperti pemegang PHD.Itulah juga akibatnya apabila BEKAS YB TIDAK BERKUALITI dibuang jauh ke Mesir.
Kedua-dua sampah ini adalah merupakan LIABILITI kepada Kelab UMNO dan UMNO itu sendiri.

APAKAH PUNCA PERTELINGKAHAN

Antara punca pertelingkahannya adalah isu "orang lama" yang dikatakan oleh penasihat,kononnya disisihkan.Kelab UMNO sebenarnya dalam proses pemulihan.Jika benar hendak melakukan proses pemulihan secara besar-besaran ini,sila buktikan dan jangan hanya retorik.

Saya mempersoalkan "orang lama" yang banyak merosakkan Kelab UMNO.Kebetulan hari itu,Farid Syukri,penolong pegawai Terengganu yang masih belajar di Mesir lebih sepuluh tahun itu yang juga merupakan bekas pengerusi Kelab UMNO Kaherah 2006/2007 melenting.Melenting kerana terasa kena batang hidung.Nasiblah,siapa makan cili,dia rasa pedasnya!

Provokasi Kamal Bin Abdullah ini juga saya persoalkan berkaitan mesyuarat Kelab UMNO Kaherah yang diadakan di Rumah Negeri Sembilan pada 25 Disember 2009.Kerana provokasinya terjadi mesyuarat pada tarikh berkenaan.Kenapa KAMAL menafikannya?

Pengerusi pula,nampak lambat dalam merencana perubahan ini.Jika benar ingin lakukan perubahan,segeralah lakukan,bukannya lambat macam kura-kura.Kita lambat bergerak,sedangkan "orang lain" cergas berjalan.

Saya rasa tidak perlu duduk semeja untuk merencana perubahan.Saya sempat memaklumkan pada malam tersebut keputusan saya menarik diri.Ini adalah kerana kecergasan kita disalah anggap.Kecergasan dan percambahan idea kita dianggap cuba nak rampas kuasa,gila kuasa,nak cepat naik dan lain-lain lagi.

Keikhlasan kita langsung tidak dihargai.Balasan yang diterima sebaliknya pula,tunjuk penumbuk dan penumbuk hadiah yang diterima.

Insan mana yang akan berdiam diri? Maka,sebagai balas,saya menghantar SMS-SMS panas sebagai meluahkan perasaan.bagi saya,hanya orang bodoh sahaja yang akan berdiam diri apabila ditumbuk!!!!

Ingat....kalau nak berubah,ubah betul-betul.Masa "semakin" hampir.Semboyan dah berbunyi sejak bulan MAC 2009.Sebelum terlambat,ingat....berubah....atau rebah....

15 ulasan:

Ibnu Ali berkata...

Assalamualaikum Jal,

Tun Dr M dah sebut dalam blog dia. UMNO busuk sampai ke usus.

Baik ko join PAS. Dengan ilmu yang ko ada insyaAllah PAS tidak akan sia-siakan orang yang banyak ilmu.

Iklas dari Ibnu Ali

Tanpa Nama berkata...

hahaha...nak tegelak betul tengok orang UMNO begaduh...depa buat keja macam takdak tuhan..hari ini,Tuhan nak tunjuk..dasar tak betoi..buat la apa pun..jangan masuk PAS woi...nak masuk boleh..tobat Nasuha dulu..

Tanpa Nama berkata...

Jangan jadi seperti Anwar Ibrahim saudara!!!!!

kena buang dari UMNO lantas memberontak..

Jadilah seperti Pak Lah, dibuang tetapi sabar dan terus berjuang dalam UMNO..


Hanya UMNO yg mampu memartabatkan Umat Melayu_Islam di Malaysia..

Pemerhati

acap berkata...

>>>>nak tergelak la bace luahan hati saudara ni...mengeletik diri ku baca....

tu la orang melayu, tak puas hati sikit gaduh, hayun tangan..lepas tu berdendam...sikap mazmuhah, na'uzubillah min zalik....

ramai orang susah nak suport UMNO sekarang sbb bende macam ni la...bergaduh dalam pucuk pimpinan, kalu bergaduh antara penyokong bole blah lg sbb gabungan pemimpin yang pandai bertoleransi sesama sendiri menidakkan kemungkinan ketdakpuashatian penyokong.

boleh fikir sendiri PRU yang akan datang macam mana UMNO nak menang, silap2 PR menang PR dari U...

Ezo berkata...

Assalamualaikum,

Salam ma'al hijrah,salam satu Malaysia...

Terima kasih IBNU ALI.....

Tanpa nama...

dan semua yang memberik komentar.

Saya menyokong sesuatu atas dasar dan prinsip.Bukannya taksub atau membuti tuli.Betul kita kata betul..salah tetap salah.

Saya mengambil keputusan keluar dari "misi perubahan" Kelab UMNO ini adalah satu keputusan yang telah saya fikirkan berminggu-minggu.

Sejak saya melihat tiada proses yang benar-benar kearah itu.Sejak saya lihat, "ada" individu rasa kurang senang dengan kehadiran saya.

Apa pun,kita disini hanyalah sebuah Persatuan.Bukan parti politik.

Kelab UMNO sejak saya datang 2003,mempunyai pelbagai persepsi buruk.Dalam masa yang sama,banyak elemen yang boleh diaplikasikan untuk menonjolkan misi kebajikan.

Namun,sapa yang berlaku adalah golongan "korup" yang mengamalkan "kronisme" dan "nepotisme" menguasai Kelab UMNO.

Apabila datang para menteri,mulalah masing-masing mengampu dan memberi maklumat menipu kononnya semua OK dan BERES!

Saya meluat dengan gaya "hipokrit" ini.Ramai nasihatkan saya supaya "jaga mulut" dan "berahsia".

Nasihat itu saya pandang sebagai nasihat sampah yang berbau busuk! Jaga mulut itu,perlulah bertempat!

Bukan melindung perkara yang salah dan membenarkan yang salah dengan menampilkan yang baik-baik.Depan OK,belakang K.O....itu bukan saya.Jangan amalkan budaya "matlamat menghalalkan cara".

Dua orang pegawai yang terlibat,En Idris Mastor (pegawai MARA lantikan politik) dan En Kamal Abdullah adalah dua orang individu yang tak sepatutnya terlibat dalam Kelab UMNO.

En Kamal,hanya kerana "ada hubungan" kononnya dengan YB Sabery Chik,menteri belia dan sukan merangkap pengerusi sektariat Kelab UMNO luar negara,disamping kononnya mempunyai hubungan akrab dengan YAB Menteri Terengganu lantas dia dilantik ke jawatan Penasihat Kelab UMNO? Apa dah jadi kawasan yang ditandingi dahulu? Kawasan itu sekarang,BN kalah undi dengan majoriti 3000 di tangan PAS! Itukah YB yang berkualiti! sepatutnya kalau En Kamal nih hebat,dia boleh beri undi sebanyak lebih yang sepatutnya pada penggal seterusnya (2008).

En Idris Mastor,samseng taik minyai yang hanya reti mengampu orang politik! Kalau nak cakap bab kelulusan,dia langsung tidak mempunyai kelulusan! Tapi bila bercakap selalu tinggi diri,macam kononnya hebat macam pemegang PHD! Sedangkan HABUK pun tarak!

Maklumat yang saya dapati,En Idris tidak disukai oleh para pelajar di ALEX kerana sikap sombong dan tinggi dirinya berbanding Ustaz Hj Ishak yang rapat dengan para pelajar dan terkenal dengan jolokan "walid" atau ayah...

Siapa tak kenal,isu tumbuk 2005 dan JERKAH PELAJAR MARA pada Mac 2009? Orang tak matang yang selalu cakap tipu itu memang dah ramai yang kenal.

YB-YB Malaysia patut kenal siapa Hj Idris! jangan percaya maklumat "manis" dan suka salahkan kedutaan itu!

SI Farid pengerusi Kelab UMNO tahun 2006/2007 pula terkenal dengan "korup"nya dan menggunakan rakan-rakan dari selatan tahiland untuk mengisi program dan menjadikan rumah Kelab UMNO tempat "hisap syisha" dan melepak! ini satu lagi LIABILITI dalam Kelab UMNO! Kenapa orang macam ini En Kamal panggil balik masuk dalam Kelab UMNO?

Itu tanda "perubahan" yang dicanang hanyalah RETORIK! saya tidak akan bersubahat!

Tanpa Nama berkata...

Salam ezo saya nk cakap sikit laa pasal cek kamal ni sebb tk berkat makan duit zakat pelajar ganu hilang 300 usd sorang pastu cek deris makan duit selangor tu laa tk berkat asyik nk naik jaa masalah2

TA berkata...

SALAM PAKCIK EZO...XTAU NK KATA.TP BAGUS LA SAUDARA BOLEH NYATAKN DEMIKIAN..SEKURANG2NYE SEDARKN KAMAL N IDRIS MASTOR TUH..JAHAT BANGAT!!APE2 PUN KELUARLAH UMNO,UMNO MMG DH BUSUK,KT MALAYSIA PUN CMTU LA..SMA JE,ASALKN NAMA UMNO MMG BUSUK SGT2 DAH..SYABAS DIATAS KEBERANIAN POST Y BARU NI.MOGA DPT BUKA MATA Y LAIN2!!!

Tanpa Nama berkata...

Salam.. jika ada bukti tentang penyelewengan mereka dedahkan saja, baik pasal kelab umno ataupon pegawai2 umah BAKAN, biar dorang reti skit datang sinih bukan nak kumpul duit, tapi amanah jaga kebajikan pelajar2 melayu malaysia di mesir.

JOIN pAS berkata...

salam saudara ezo

ni lah padahnya sokong UMNo secara membabbi buta.gilakan kuasa,pentingkan jawatan sampai lupa apa yang sepatutnya dilakukan..

YB kamal tu memamng jahat pun.x berkat.hidup asyik makan duit zakat pelajar...

go to HELL la kamal...

ezo.jom la join PAs..aku tahu ko ni jenis UMNo yg baik sikit laa

wslm

Tanpa Nama berkata...

salam ezo

beginilah nasib puak2 UMNO yang taksub kejar pangkat dan gila kuasa..

YB Kamal tu mmg dah sewel kot.makan zakat anak2 terengganu..mmg x berkat la hidup dia..

ezo,jom la join PAS..aku tahu ko ni jenis UMno yang baik..

wslm

Meru berkata...

peristiwa jerkah pelajar mara 2009 - sy ade mse tu ustad..sumpah sme budak alex benci giler ngn die mse tu..siap post dlm blog lagi..mcm2la..xtwla ape nk jadi..

Tanpa Nama berkata...

salam..

saudara join_pas kat atas tu silela tunjuk akhlak yang baik..

orang buat jahat pun, x perlu kite maki hamun minta die dicampakkan ke dalam neraka.

doa la die berubah, tu lebih afdhal..

tunjuk akhlak yg mulia kalo nak gune nama PAS tu, sbb awak rosak org lain..

kpd sedare izo, saya doakan awak sentiasa dalam bimbingan Allah. mudah2an tidak terpesong drpd jalan yg diredhaiNya.

mgkn itulah kesannye bile UMNO menjadikan bangsa sbg dasar perjuangan mereka. tiada apa pada kita jika bangsa yg kita julang, ISLAM lah yg perlu kite martabatkan di setiap lapangan kehidupan dan perjuangan kita.

Maka, sertailah kelompok yg meletakkan ISLAM sebagai landasan perjuangan mereka. berjuanglah untuk ISLAM!!

Highlander berkata...

salam..

baguslah cara faizal dedahkan semua..biar mereka2 mempuyai kesedaran yang paling maksima..HANTU SAKA UMNO mmg cam tu..boleh jadi macam2 nak pukul..nak bunuh sesama sendiri pun..sbb ada SAKA UMNO ni org melayu susah nak bangkit dan maju...tgk ar nanti semua jadi SAKAI jer tu..bodoh dan tak pandai nak cari jalan yg sebaik2nya..

Teruskan perjuangan sdr.biarlah malu malaysia kt mesir..kalau dpt masuk mahkamah pun mmg menang pun..:)demi keadilan..

bila ada kes macam ni..br lah semua pelajar,MSD dan kedutaan...celik..dan hangat..kalau tidak dok lembab cam tu jerk ttg masalah pelajar..kalau tade yang 'ganas' cam ni tak best..diorang buat bodo jerk..

apapun tindakan sdr adalah berani..!! teruskan perjuangan demi keadilan..

wsalam..

Tanpa Nama berkata...

Hilander , tolong jangan samakan Melayu dengan sakai.
Sakai lebih baik daripada melayu. Sakai tak pernah kita dengar bergaduh dan buat rasuah....
Jaga sensitiviti kaum sakai.

Pleaseeeee.

Tanpa Nama berkata...

Hilander,
You ni dari bukit mana?
Sakai lebih mulia dari bangsa yang rasuah......
Jaga bahasa anda.

Tolonglah.