Selasa, 2009 November 03

SUARA PAS BANTU PKR MELEBARKAN SOKONGAN SETELAH TENAT (BAHAGIAN DUA)


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Para Blogger yang saya hormati sekalian,

Ramai rakan-rakan blogger dari IPTA Malaysia mahupun di Mesir meminta saya segera menyambung ulasan saya berkaitan program ceramah ANWAR IBRAHIM di Mesir.Saya cuba berbuat demikian sebaik selepas entri pertama berkaitan tajuk ini.Namun,hal-hal yang tidak dapat saya elakkan menyebabkan entri ini lambat ditulis.

Saat ini,saya sibuk membuat persiapan berpindah dari kediaman sedia ada di ASRAMA RUMAH PAHANG MESIR ke rumah sewa yang berdekatan.Masyaallah,sistem penyelenggaraan rumah tempatan yang agak memenatkan saya.Namun,saya pasrah menerima takdir.Masalah harus diatasi dengan baik.Entri kali ini ditulis ketika kesibukan ini.

PENGERUSI SUARA MULAKAN BICARA
Ceramah Anwar Ibrahim pada 29 November lalu dimulai dengan sembahyang isyak berjemaah yang diimamkan oleh Ustaz Dr Badrul Amin.Selepas solat,sembahyang hajat diadakan.Alunan zikir Dr badrul amin mengimbau kembali zaman saya bergelar pelajar calon PMR 1996 di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Bentara Luar (SDBL) dimana,pada malam harilah,saya berbasikal menuju surau Taman Penggaram dari Kampung Merdeka untuk menghadiri majlis ceramah agama.Beliau sangat terkenal saat itu sebagai pensyarah di UIA dan penceramah bebas.Sebelum ceramah,beliau mengalunkan zikir munajat dan diikuti oleh hadirin.

Setelah Dr Badrul Amin mengimamkan solat,maka bermulalah majlis ceramah.Pengerusi majlis begitu bersemangat menyatakan hala tuju Gerakan Suara Rakyat (SUARA) seakan-akan menagih simpati.

Pengerusi SUARA,saudara Farhan Mazlan dipersilakan oleh pengerusi majlis untuk berucap.Bersemangat sekali ucapannya.Apa yang menarik dalam ucapannya adalah,SUARA cuba berusaha membersihkan imej PMRAM dari terus dilabelkan persatuan PRO PEMBANGKANG.

Farhan kata,ada pihak yang mengaitkan pro pembangkang dengan PMRAM,tapi sebenarnya yang pro pembangkang adalah ........tidak dinyatakan dengan terus terang.Farhan cuba berkata bahawa SUARA lah yang PRO PEMBANGKANG,tapi dibiarkannya agar terus difikirkan oleh hadirin.Terang lagi tersuluh,ianya satu tektik halus untuk melindungi PMRAM dari terus dikaitkan PRO PEMBANGKANG.Mahasiswa kita bijak belaka.Terus SUARA memainkan peranan sayap kanan PMRAM secara senyap.Semua orang tahu,siapa dalam SUARA.

UCAPAN DR BADRUL AMIN
Kedatangan Dr Badrul Amin telah saya duga sejak berita kedatangan Anwar Ibrahim tersebar.Ini berdasarkan cerita-cerita keakraban beliau telah lama saya ketahui melalui bekas Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia kaherah (JPMK),Prof Madya Dr Fakhruddin bin Abdul Mukhti.

Beliau pernah mencerita kepada saya bagaimana keaktifan Dr Bandrul Amin sewaktu belajar di luar negara selepas menamatkan pengajian di AL AZHAR.Dr badrul Amin aktif dalam gerakan belia ABIM.Hubungan antara Dr Badrul Amin dengan ANWAR IBRAHIM terjalin mesra semasa ANWAR masih berada dalam kerajaan.Dr badrul Amin menyertai ABIM adalah satu fakta yang tidak boleh dinafikan oleh sesiapa dan beliau sendiri pasti akan mengaku penyertaan aktif tersebut.

Di Mesir,terdapat ABIM selain PMRAM.Bezanya adalah,ABIM bukan seperti persatuan-persatuan rumah negeri atau Dewan perwakilan cawangan (DPM) luar Kaherah yang bernaung di bawah PMRAM.

ABIM Mesir sama seperti ISMA,Kelab UMNO,Perubatan dal persatuan-persatuan lain yang hanya berdaftar di bawah KEDUTAAN MALAYSIA dan tidak bernaung di bawah PMRAM.

Mengapa Dr Badrul Amin hanya bercakap soal ketuanan PMRAM dan hanya mengagong-agongkan PMRAM sahaja? bahkan dalam ucapan beliau,agak keterlaluan apabila memberikan perumpamaan bahawa PMRAM bagai tongkat sakti Nabi Musa yang membelah laut merah!

Tiada apa yang boleh saya ulas berkaitan ucapan Dr Badrul Amin selaku penceramah pertama pada malam tersebut kecuali beliau hanyalah menyebut-nyebut sejarah lampau PMRAM!Ianya tidak lain,hanya seolah-olah mengundang satu tafsiran bahawa pembangkang mahukan semua mahasiswa Mesir bersikap TUNDUK SETUNDUK MUNGKIN atau TAAT MEMBUTA TULIS kepada PMRAM berdasarkan sejarah lampau PMRAM.

Sepatutnya Dr Badrul Amin bersikap adil!!! mengapa saya berkata demikian! kerana di Mesir hari ini juga terdapat ABIM!!! ABIM telah dinafikan haknya oleh PMRAM untuk aktif seperti mana PMRAM lakukan kepada ISMA.

Alangkah baiknya pada malam tersebut Dr Badrul Amin menyeru seluruh mahasiswa sama ada PRO PEMBANGKANG atau PRO PMRAM menjalinkan ikhuwwah islamiah sesama muslim.Hentikan perbalahan dan sengketa.Jangan tuduh-menuduh,finat-memfitnah,kata-mengata antara satu sama lain.Bersatulah kita atas nama ISLAM.Islamlah sepatutnya menyatukan semua kumpulan atau "jamaah" dan bukannya PMRAM.Ini adalah kerana,ulama meletakkan bahawa ISLAM sebelum jamaah dan Islam menaungi jamaah.

Perkataan ISLAM sebelum jamaah dan Islam menaungi JAMAAH yang diletakkan oleh ULAMA telah ditukar oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan tidak amanah terhadap ilmu agama yang dipelajarinya dengan PMRAM.Maka jadilah sepertia apa yang terjadi hari ini,PMRAM sebelum persatuan yang lain dan PMRAM menaungi persatuan yang lain.

Maaf sidang pembaca blog dari Malaysia,saya terpaksa membangkitkan perkara ini berulang kali kerana inilah yang terjadi Di Mesir.Bangsa MELAYU yang berjumlah 100 peratus di Mesir berpecah kerana golongan yang mengaku "HEBAT" dan "LAMA" yang menyebabkan perpecahan ini semakin ketara akhir-akhir ini.

Malang sungguh,ucapan Dr Badrul Amin di hadapan ratusan mahasiswa melayu-Islam di mesir itu sedikit pun tidak menyatukan mahasiswa sebaliknya agenda politik perpecahan di Malaysia dibawanya ke Mesir.Maka terus meneruslah perpecahan tersebut dan berbanggalah sebahagian penyokong PMRAM terutamanya penyokong tegar, "lihat..PKR pun sokong PMRAM,bukannya PAS sahaja!!".

Isu-isu yang dibangkitkan oleh Dr Badrul Amin tidak relevan.Isu politik Malaysia langsung tidak diulas oleh beliau memperlihatkan bahawa beliau ketandusan isu.Maka sangsilah para mahasiswa sekalian tentang kedudukan ISLAM Sebagai ADDIN di Malasyia akan terus dipelihara seperti hari ini dan hak BANGSA MELAYU dan BUMIPUTERA terus terpelihara jika sekiranya Pakatan Rakyat atau Pakatan Pembangkang memerintah.Beliau yang satu-satunya pemimpin PKR yang berlatar belakangkan pendidikan ISLAM tidak mampu meyakinkan mahasiswa malaysia di Mesir apalagi ANWAR IBRAHIM dan SAIFUDDIN NASUTION? Bertambah lagilah sangsinya kami.Isu penjualan arak secara terbuka,kuil seksyen 23 dan pelbagai lagi isu yang berkaitan BUMIPUTRA,Melayu dan Islam akan terus menjadi isu dan kesangsian tidak dirungkai.

Hanya yang taksub PEMBANGKANG yang akan berpuas hati pada malam tersebut.Persoalannya,sampai bilakah pembangkang akan terus mengganggu mahasiswa kita di Mesir?

(BERSAMBUNG BAHAGIAN 3,ulasan tentang ucapan NASUTION dan ANWAR IBRAHIM)

Jumaat, 2009 Oktober 30

SUARA PAS BANTU PKR MELEBARKAN SOKONGAN SETELAH TENAT (BAHAGIAN SATU)


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Para Blogger yang saya hormati sekalian,

Riuh rendah suara kedengaran mengingatkan bahawa sesuatu akan berlaku.Berita yang saya terima adalah mukaddimah minggu lepas.Puas saya berfikir,siapakah "orang penting" yang akan datang menyampaikan ucapan.

Pagi Sabtu,saya segera mencari kepastian.Saya tidak sedikit pun terperanjat akan kedatangan "orang penting tersebut" kerana bagi saya,saat sebegini,memang itulah talian hayatnya.

ANWAR IBRAHIM,Dr Badrul Amin dan Saifuddin Nasition adalah antara nama yang tidak asing dalam arena politik pembangkang Malaysia.Mereka pandai menggunakan kata-kata.Saya disapa dengan panggilan panas berkata lebih kurang begini, "dah stand by soalan ker? Anwar nih...Anwar...jangan main-main" , saya jawab dengan tenang,bahawa dalam kamus hidup saya,saya hanya takut kepada ALLAH S.W.T dan semua makhluk adalah sama bagi saya.Anwar Ibrahim atau siapa sekali pun,saya tidak sedikit pun gerun walaupun saya tidak pandai bermain dengan kata-kata sastera.

SUARA PAS BERPERANAN UTAMA
Setelah kemenangan yang bagi PAKATAN PEMBANGKANG agak besar itu pada Mac 2008,dataran hayyu asyir Kaherah adalah lokasi strategik pembangkang mengadakan siri ceramahnya atas pelbagai nama.

Sejak kedatangan YB Datuk Dr Hassan Ali,PMRAM perlu menarik nafas lega,kerana bagi mereka penubuhan SUARA PAS adalah satu-satunya talian dan perisai pelindung survival PMRAM.

Namun,PMRAM hanya tidak akan berjaya menangkis hujah bahawa PMRAM pro pembangkang kerana majoriti dalam SUARA adalah merupakan AHLI PMRAM! Lebih meyakinkan,FARHAN MAZLAN sendiri mengakui bahawa beliau tetap ahli PMRAM!

Warga kerja SUARA juga adalah terdiri dari mereka yang telah lama dikenali sebagai "orang PMRAM".SUARA hanya baju baru namun yang memakai tetap individu PMRAM.Pada beberapa ketika nanti,individu berkenaan akan menukar kembali pakaian lama mereka.

Berlakonlah sepuas hati.Mahasiswa Mesir samaada pengajian Islam dan Perubatan bijak menilai.Mereka tidak mudah tertipu!

Penubuhan SUARA masih tidak menyelamatkan PMRAM dari dilibatkan sebagai agen pembangkang.Ini adalah kerana siri usrah mereka di rumah-rumah negeri,siri KOLOKIUM pelajar baru dan beberapa aktiviti lain yang dilihat memainkan peranan secara halus menanam pemikiran benci kepada kerajaan.Antara bukti jelas yang dapat saya nyatakan melalui blog ini adalah DISKUSI KITAB BERTAJUK "SEMANGAT KEBANGSAAN MENURUT NERACA SYARAK" tulisan Dr Abdullah nasir ulwan.Buku tersebut dikarang berdasarkan keadaan semasa ketika itu yang memperlihatkan pertembungan antara SOSIALIS dan KAPITALIS! Saya sendiri pernah berbincang dengan Dr Rakfat tentang hal ini.

CERAMAH POLITIK MENGGUNAKAN NAMA KEDUTAAN!
Sebelum saya mengulas lebih lanjut,wajar saya menceritakan status majlis ceramah malam 29 Oktober tersebut agar diketahui umum.

Kita sedia maklum,undang-undang di Mesir tidak membenarkan sebarang rapat UMUM yang membahayakan keselamatan negara Mesir.Perkara ini sering dimomokkan oleh "abang-abang lama" dari kalangan penceramah persatuan yang mengaku ada hubungan baik dengan pihak keselamatan Mesir.

Namun,apakah gerangan majlis ceramah anjuran SUARA tersebut? Apakah ianya tidak membahayakan keselamatan negara ini? Bagi saya,untuk jangka masa panjang ianya bermasalah dan membahayakan.Kerana pembangkang Malaysia yang datang mungkin akan membuat hubungan dengan pembangkang di Mesir.Lebih membahayakan lagi jika hubungan tersebut tidak direstui oleh PIMPINAN MESIR.Sudah barang tentu membahayakan hubungan diplomatik kedua-dua negara.

Ketika audion asyik mendengar ucapan pemimpin pembangkang,tiba-tiba datang lima individu berbangsa arab yang bertanya pelbagai pertanyaan.Saya memahami setiap kalimah yang ditanya.Saya membiarkan dahulu dijawab oleh orang lain sehingga saya lihat lima orang berkenaan tidak berpuas hati jawapan dari salah seorang berdekatan mereka dan bertanya berkali-kali.Inilah barangkali kesan kewujudan rumah negeri.Ada yang bercakap bahasa arab dialek tempatan seolah-olah baru semalam sampai.

Saya menjawap pertanyaan lima individu berkenaan.Pertanyaan mereka cukup ringkas.Mereka bertanya kain rentang di rumah PAHANG yang berbahasa arab mengiklankan majlis KONVOKESYEN pada 25 Oktober.majlis malam tersebut pada 29 oktober.Merteka tanya,apa pula majlis yang sedang berlangsung itu? Dengan jujur saya katakan kepada mereka ini adalah ceramah pemimpin parti pembangkang Malaysia.

Datang seorang "WARGA KERJA" SUARA mengatakan bahawa ini adalah majlis anjuran KERDUTAAN.Saya segera menyanggah jawapan tersebut! Lima individu berkenaan akhirnya bertanya pelbagai soalan dari saya,saya jawab dengan jujur! kerana JUJUR dan BENAR adalah prinsip kita.

Sayang sungguh,apabila slogan yang mereka cipta sendiri dikhianati.BENAR dan TEPAT patut ditukar kepada TIPU dan MAIN HENTAM lagi sesuai digunakan untuk SUARA selepas ini.

Kedutaan BESAR Malaysia KAHERAH (KBMK) tidak meluluskan penggunaan dataran tersebut! Penggunaan dataran tersebut oleh SUARA adalah secara tidak mengikut saluran.Tahniah! tindakan mereka sungguh berakhlak.

SAMBUTAN MASYARAKAT SETEMPAT HAMBAR!
Ramai yang memenuhi ruang dataran.Namun,dataran tidak penuh disetiap ruang seperti ceramah HAJI HADI.Ada juga ruang kosong di sebelah kanan dan kiri di atas dataran yang diturap.

Ada yang berdiri di sekeliling dataran.Namun,sebenarnya,kedatangan masyarakat setempat dari kalangan mahasiswa yang berada di hayyu Asyir dan sekitar Kaherah adalah hambar!

Yang meramaikan majlis ceramah adalah mereka yang diangkut oleh van-van yang disewa dari luar Kaherah yang diletakkan di luar perkarangan dataran dan bas-bas mini.Jika sekiranya bas-bas mini dan van-van sewa tersebut tiada,pasti,kehadiran di dataran amat hambar.Dengan ini,dapat diyakini ramainya yang datang adalah "orang luar" kaherah dan bukannya "warga Kaherah".Dari pengamatan saya,warga Malaysia yang menginap di kaherah yang teramai di Mesir ini hanya sedikit menghadirkan diri iaitu hanya sekitar 20 peratus dari kalangan hadirin.

Tapi,mereka akan pastikan,PENTOL-PENTOL yang lantang itu hadir untuk memanaskan suasana.Teknik lama yang telah lapuk.Hanya mereka yang tertipu akan terkesan dengan teknik tersebut.

hadirin yang hadir juga ada dikalangan mereka yang hanya mahu mendengar dan bkan peminat.Dari kalangan ISMA yang dihentam teruk oleh PMRAM dan ahli-ahlinya dan juga ahli-ahli ABIM yang pernah menjadi sasaran mereka satu ketika dahulu turut hadir dengan misi mahu mendengar dan seterusnya mereka bijak membuat pertimbangan.Program MENTERI KEBINET juga mereka hadir.Ini menunjukkan mereka jauh lagi matang dan layak bergelar MAHASISWA! Tahniah ahli-ahli dan kepimpinan ISMA dan ABIM.

(bersambung......ulasan akan datang berkaitan ucapan penceramah)

Selasa, 2009 Oktober 27

KONVOKESYEN 2009 PALING MERIAH




Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Para Blogger yang saya hormati sekalian,

Setelah penat lelah bertahun-tahun menuntut ilmu di perantauan,akhirnya penat lelah tersebut berbaloi dengan segulung ijazah di tangan mereka.Sebagai simboliknya,sebuah majlis penganugerahan ijazah diadakan.Majlis konvokesyen adalah merupakan sebuah majlis yang memberikan penghormatan terhadap mereka yang bergelar graduan.

Bermula tahun 2006,majlis konvokesyen graduan Malaysia Al Azhar diadakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dengan kerjasama Universiti Al Azhar.Majlis tersebut diadakan dengan persembahan baru.Para graduan dipakaikan dengan pakaian JUBAH dan TOPI konvo sesuai dengan gaya ijazah pertama.

KONVOKESYEN KALI KEEMPAT PALING MERIAH

Majlis konvokesyen yang diadakan pada 25 Oktober baru-baru ini adalah merupakan kali keempat diadakan dengan jayanya anjuran KPT malaysia.Majlis yang diadakan tersebut adalah paling meriah pernah diadakan di Mesir sejak empat tahun ini.

Lebih seribu orang memenenuhi ruang setiap tempat di Pusat Persidangan Al Azhar (ACC).Graduan yang datang seramai 300 lebih diiringi oleh dua orang pengiring dan ada sebahagiannya datang dengan keluarga dari Malaysia.Ada yang datang dengan lebih 2 orang anggota keluarga untuk melihat anak mereka bergembira dan meraikan bersama kegembiraan berkenaan.

AHLI JAWATAN KUASA PELAKSANA pula terdiri dari pelbagai golongan rakyat Malaysia.Dari Pegawai pelbagai agensi hinggalah mahasiswa Malaysia dari pelbagai jurusan.Paling menakjubkan adalah warga kerja media dari AL MUTTAQIN,yang memperlihatkan kecanggihan peralatan mereka seolah-olah sebuah legasi teknologi yang hebat di Mesir.

BOIKOT GAGAL

Dengan hadirin yang semakin bertambah,dapatlah diyakini bahawa majlis KONVOKESYEN tersebut telah GAGAL diboikot oleh "pihak yang meminta" untuk berbuat demikian.Graduan Al Azhar bijak membuat keputusan.Bahkan,kehadiran tetamu dan penyertaan graduan semakin bertambah berbanding tahun-tahun sebelum ini.

Tahniah kepada mereka yang datang memberikan sokongan.Majlis ini tidak menguntungkan sesiapa dan tidak menentang sesiapa.Ia adalah semata-mata majlis menghargai sebuah kejayaan dan bukan menguntungkan KPT Malaysia atau kedutaan.Ia juga bukan majlis yang menunjukkan penentangan terhadap "pihak" lain yang dikatakan "majoriti" itu.

Yang dihargai pada hari tersebut adalah mereka yang bergelar "graduan" manakala orang yang menghargainya adalah "rakyat malaysia yang hadir" dan Kementerian Pengajian Tinggi di bawah pimpinan YB Datuk Seri Khalid Nordin.

INGATAN KEPADA GRADUAN

Namun,suka diingatkan kepada para graduan,bahawa segulung ijazah yang anda pegang itu bukanlah satu kejayaan mutlak.Sebenarnya anda sedang memulakan sebuah perjalanan.

Perjalanan untuk anda menerokai alam pekerjaan,kehidupan lebih besar dengan tanggung jawab dan sebagainya.Bahkan sekeping ijazah itu adalah merupakan satu lambang tanggungjawab sosial kita untuk bersama-sama mengembeling tenaga membina sebuah tamadun bangsa dan memartabatkan agama Islam yang perlu diteruskan oleh generasi kita.

Pendidikan Islam,sistem kewangan Islam,pemerkasaan undang-undang syariah,ideologi Islam sebenar,memerangi pemikiran sekular,menyedarkan masyarakat yang lalai,memandu umat kearah kehidupan muslim yang sejati antara tugas utama kita selaku graduan di tanah air.Sedar atau pun tidak itulah antara tugas kita.

KISAH TEPIAN MAJLIS
Setelah majlis berakhir,tibalah sesi bergambar semua graduan.Saya sempat menyapa seorang graduanita yang berasal dari selatan tanah air.Saya katakan kepada mereka beberapa ingatan berguna selaku senior mereka.

Setelah selesai TAZKIRAH ringkas yang tidak formal,saya tanyakan salah seorang dari mereka, hala tuju kerjaya selepas bergelar graduanita.Saya turut cadangkan agar memohon jawatan guru "J-QAF".

Alangkah terkejutnya saya apabila jawapan tersebut berbunyi lebih kurang begini "boleh tak letakkan saya di tempat sewajarnya sesuai dengan kelulusan saya?".Agak terkejut dengan jawapan tersebut.

Apakah rendah taraf seorang guru J-QAF.Program tersebut adalah program yang mulia.Misinya adlah melahirkan generasi CELIK AL QURAN.Teringat saya,semasa menjalankan tugas pendidik di bawah skim KGSK,anak murid saya terdiri dari mereka yang bergelar "kanak-kanak".

Penat benar mengajar mereka.Tapi kita teruskan juga peranan mendidik tersebut.Kerana setiap unit masyarakat bermula dari Sekolah Rendah.Terbayangkah kita,ada diantara mereka mengenali AL FATIHAH melalui J-QAF dan amali solat,wudhuk melalui J-QAF.

Ada diantara mereka yang mempunyai ibu bapa yang sibuk dengan kerjaya.Ada juga dari yang mempunyai masalah keluarga.Beruntung bagi yang mempunyai keluarga bahagia dan latar belakang yang baik.

Tugas pendidik mendidik.Apakah rendah taraf seorang guru di sekolah rendah.Apakah kita hanya memandang "kanak-kanak" semata menyebabkan profesion tersebut rendah? Bagaimana pula jika tugas tersebut berjaya mempekenalkan mereka AL FATIHAH, WUDHUK, SOLAT hingga kelak berjaya menjadi insan kamil dengan kita sebagai guru mereka!

Saya hanya menjawab soalan graduanita tersebut dengan mengukir sekuntum senyuman buat diri saya sendiri untuk saya amati sedalam mungkin betapa kelak graduanita berkenaan akan memahami tugas mulia seorang guru J-QAF kelak.Harapan saya menggunung agar graduanita tersebut memahami realiti dunia pendidikan.

Saudara-saudari Graduan graduanita sekalian,ayuh!!! fikir-fikirkan...TAHNIAH BUAT KALIAN YANG BERGELAR GRADUAN dan GRADUANITA dan tahniah bagi mereka yang hadir dan menjayakannya.Ezoegypt tumpang gembira....

Jumaat, 2009 Oktober 23

TINDAKAN AGRESIF DAN EKSTRIM BOLEH MUSNAHKAN PERSATUAN

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Para Blogger yang saya hormati sekalian,

Rakyat Republik Arab Mesir hanya mengenali IKHWAN MUSLIMIN (IM) melalui sejarah.Golongan ini hebat satu ketika dahulu.Segala kehebatan tinggal kenangan.Ikhwan Muslimin hari ini tidak dibenarkan aktif oleh negara berkenaan.Ini adalah kerana tindakan ekstrim yang diambil oleh ahli-ahlinya satu ketika dahulu.

ASY-SYAHID Hassan Al Banna tidak mampu menahan tindakan agresif ahlinya.AL KHAZINDAR,MOHD AMIN adalah antara mereka yang mati ditembak oleh ahli IM.Ada juga yang terselamat tetapi terus menerima ancaman peluru pistol dari ahli IM yang ekstrim.Perdana Menteri Mesir zaman Raja Farok di era 40 an dahulu,Allahyarham Mustafa Nuhhas BASYA sering menerima tembakan IM.Besi pagar BAIT AL UMMAH menyelamatkan beliau dan pernah beliau hampir DILETOPKAN oleh BOM yang dipasang berhampiran hadapan rumah Nuhhas basya.Pantang maut sebelum ajal.Bom tersebut tidak meletup dan hanya meletup sebaik sahaja NUHHAS melepasi jalan tersebut.Kereta yang dinaiki beliau diarahkan oleh pengawal peribadinya agar terus ke pejabat perdana menteri dan melarang NUHHAS dari turun menyaksikan apa yang terjadi.

Akhirnya,IM dilarang dari aktif sebagai sebuah parti politik.Selepas REVOLUSI Julai 1952,IM dihalang dari aktif kerana tidak dibenarkan penubuhan sebuah parti yang berasaskan agama.

PEMBACAAN KUTUB SITTAH
PMRAM harus dipuji kerana mengadakan majlis pembacaan kutub sittah.Akhrnya pembacaan kutub sittah berjaya dijalankan.Majlis ilmu seumpama tersebut harus mendapat sambutan positif dari kalangan mahasiswa pengajian ISLAM.

Namun,sesuatu yang menjadi persoalan adalah "KONVOKESYEN KEPADA MAHASISWA TAHUN AKHIR" di hujung majlis pembacaan kutub sittah.Dapatlah akal yang sihat memahami hakikat sebenar bahawa pembacaan kutub sittah mempunyai agenda tersembunyi untuk mencari pengaruh dengan mengadakan KONVOKESYEN kepada mahasiswa tahun akhir.

Pengarah JPMK tidak menghalang program pembacaan kutub sittah,yang dipersoalkan oleh pengarah JPMK kepada AL AZHAR adalah konvokesyen kepada graduan di akhir program berkenaan.

Apakah persepsi AL AZHAR jika pengarah JPMK tidak berbuat demikian apabila di tempat yang sama,Pusat Persidangan AL AZHAR (ACC) menyaksikan dua majlis KONVOKESYEN yang dianjurkan oleh dua penganjur berbeza dari negara yang sama?

Tindakan pengarah JPMK adalah betul.Pengarah JPMK menjadi sasaran PMRAM untuk diserang dengan pelbagai tohmahan.Namun,Pengarah JPMK mengambil sikap profesional tidak melayan sebarang provokasi dari pihak berkenaan.

DIALOG BERSAMA PENGARAH JPMK 21 OKTOBER
Saya mendapat tahu,Pengarah JPMK dari awal lagi tengahari 21 Oktober telah memaklumkan kepada YDP Persatuan kebajikan Mahasiswa Terengganu bahawa beliau tidak dapat hadir.

YDP Terengganu pasti telah menyampaikan perkara tersebut kepada pihak penganjur.namun,amat dikesali,PMRAM tetap menganjurkan majlis berkenaan di rumah Selangor.Apakah maksud PMRAM mengadakan sesi dialog berkenaan sedangkan PMRAM telah dimaklumkan bahawa PENGARAH JPMK tidak akan datang pada malam tersebut kerana mempunyai urusan lain yang lebih penting.

Sebagai seorang rakyat Malaysia yang taatkan negara semasa berada di luar negara dan ketaatan tidak berbelah bahagi (walak) terhadap Yang Di-pertuan AGONG,saya ingin mendengar sendiri apa yang diperkatakan oleh rakyat-rakyat Malaysia yang hadir dalam sesi dialog berkenaan.

Amat malang,JPMK yang merupakan sebuah agensi penting di bawah Kedutaan Besar Malaysia Kaherah telah diserang teruk oleh mereka yang meluahkan perasaan pada malam tersebut.

Prof Madya Dr Jamil dilabelkan sebagai MUSUH bagi mereka.Wajarkah Dr Jamil dituduh sedemikian oleh mereka? Saya tinggalkan ianya untuk dinilai oleh blogger sekalian.

Lebih malang lagi,AHLI PMRAM telah sampai ke tahap EKSTRIM!!!! ini berdasarkan kepada suasana kecoh pada malam berkenaan apabila saya mengambil tempat bercakap dan meluahkan perasaan pada malam tersebut.

Bagi saya,apa yang saya kata adalah benar.Tidak berat sebelah.Saya tidak bercakap mewakili mana-mana pihak.Seorang AHLI PMRAM yang hadir pada malam berkenaan yang dipercayai dari KELANTAN datang menyerbu kearah saya dan mengajukan tangan untuk menunbuk saya.Secepat kilat,pengerusi majlis yang merupakan pimpinan PMRAM menghalang AHLI tersebut dari berbuat demikian.

Ustaz HANAPI,YDP Mahasiswa Kedah dan saudara Khairul Nizam,Penasihat PMRAM segera menenangkan keadaan.YDP Mahasiswa Selangor pula mengambil langkah bijak dengan mencadangkan agar majlis disingkatkan.

Akhirnya saya keluar meninggalkan majlis dengan selamat.Bayangkan,bagaimana kalau yang hadir adalah Prof Madya Dr Jamil yang hadir? Beliau pasti mewakili JPMK.Adakah boleh dipastikan bahawa beliau selamat dari sebarang kemungkinan?

Jika PMRAM tidak boleh mengawal tindakan ahlinya,pasti,PMRAM akan menjadi sejarah.Pimpinan PMRAM harus mengambil tindakan segera untuk menghalang kekecohan seumpama itu berulang kembali.

Program pembacaan kutub sittah telah pun selesai dengan jayanya.Saya amat berharap agar isu ini dapat diselesaikan dan semua pihak tidak memperkatakannya lagi.

KONVOKESYEN JPMK AKAN DIBOIKOT?
25 Oktober ini akan menjadi hari bersejarah buat mereka yang telah bersungguh-sungguh belajar.Hari Konvokesyen adalah merupakan hari paling sejarah buat seorang graduan.Hari tersebut mereka akan memakai jubah konvo,topi konvo dan mengambil skrol di hadapan syeikh Al Azhar atau pihak tertinggi Universiti Al Azhar.

Wajarkah ianya dianjurkan oleh sebuah persatuan? Sudahj tentu ianya tidak wajar.Pihak yang wajar mengadakan majlis berkenaan adalah JPMK dengan kerjasama AL AZHAR.

Pihak yang cuba memboikot program berkenaan hanya dilihat mencabul hak dan kebebasan seorang graduan untuk meraikan hari gembira mereka.Saya amat berhadap para graduan bersikap matang dan prfesional.Saya juga pasti,boikot tersebut akan gagal.

Melalui BLOG ini saya ucapkan tahniah kepada PMRAM kerana berjaya mengadakan pembacaan kutub sittah dan seharusnya PMRAM membuka penyertaan program tersebut kepada UMUM pada masa akan datang dengan menyatakan "TERBUKA KEPADA SEMUA MAHASISWA MALAYSIA".Pasti jasa PMRAM akan diingati kerana menganjurkan majlis ilmu berkenaan.

Isnin, 2009 Oktober 12

SUARA RAKYAT atau SUARA PAS? siri pertama


Assalamalaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Para Blogger yang saya hormti sekalian,

Saya telah dihubungi oleh seseorang pada malam hari 10 Oktober 2009.Maklumat penting memberitahu saya bahawa telah disebarkan secara cepat melalui kemudahan terkini bahawa pada 11 Oktober akan diadakan ceramah perdana anjuran "SUARA" atau GERAKAN SUARA RAKYAT.

Saat itu,timbul tanda tanya pada diri saya,siapa SUARA? Persatuan baru? Bunyi seakan-akan seperti lembut dan meraih simpati rakyat terbanyak.Saya tanyakan individu berkenaan isu apa yang akan dibincangkan oleh majlis tersebut? jawapan ringkas yang saya terima adalah "isu-isu semasa".Maka fahamlah saya,sesuatu akan berlaku.

Jika persatuan baru,saya tidak bermasalah kerana bagi saya percambahan persatuan maasiswa adalah POSITIF.Namun,yang saya khuatir,apakah persatuan berkenaan DISAHKAN oleh KEDUTAAN MALAYSIA di Mesir?

Sebagai seorang mahasiswa tajaan seperti MARA,JPA dan agensi lain,kehadiran ke majlis anjuran persatuan yang tidak diiktiraf kedutaan Malaysia akan membawa kepada tindakan disiplin.Maka saya membuat siasatan terperinci dan befikir apakah perlu saya hadir?

Akhirnya maklumat saya terima.Tiada pendaftaran persatuan baru di JABATAN PENUNTUT MALAYSIA KAHERAH (JPMK).Ini bermakna kewujudan persatuan baru ini tidak diiktarf oleh KEDUTAAN.

Saya mendapat maklumat bahawa program malam tersebut akan dibuat di DATARAN HAYYU ASYIR walaupun tidak mendapat kebenaran dari pihak kedutaan.

Ceramah pada malam tersebut disampaikan oleh dua penceramah dan aluan oleh pengerusi SUARA.Pengerusi juga memaKlumkan bahawa SUARA adalah sebuah NGO.Ini bermakna ianya adalah NGO Malaysia yang membuka cawangannya di Mesir.Saya tidak tahu apakah ROS dimaklumkan penubuhan SUARA dan apakah ROS membenarkan penubuhan cawangannya di luar negara.Ini kerja pihak berwajib di Malaysia.Saya hanya menceritakannya melalui blog ini.

SUARA PROKSI PMRAM DAN PAS
Dari pemerhatian kasar, saya dapati SUARA ini adalah merupakan PROKSI baru PAS dan PMRAM.Ini adalah kerana program pertamanya diisi oleh dua orang yang terang-terangan mempunyai kaitan langsung dengan PAS sebuah parti pembangkang di Malaysia.

Penceramah yang membericarakan isu-isu semasa tersebut anjuran SUARA adalah :

1) Saudara Fauzan Mazlan - Exco Pemuda PAS Selangor

2) YB Taib Azamuddin - Ahli Parlimen Baling (PAS)

Pengerusi majlis menyebut dengan jels nama dan jawatan kedua-dua penceramah tersebut dengan peranan mereka dalam Parti Islam Semalaysia (PAS).

Ini berbeza dengan majlis yang dianjurkan oleh Kedutaan Besar Malaysia Kaherah beberapa hari sebelum itu, majlis ramah mesra bersama YB Dato' Mustapha Muhammad,menteri Perdagangan antarabangsa dan industri.Beliau datang ke Mesir dalam rangka kerja hubungan dua hala perdagangan antara Malaysia di Mesir.

YB Dato' Mustapha Muhammad mengadakan majlis ramah mesra bersama mahasiswa Malaysia di Mesir pada 6 Oktober atas nama Menteri kabinet dan bukan atas nama AHLI MAJLIS TERTINGGI UMNO walaupun itulah jawatan beliau dalam parti.

Maka majlis pada 6 Oktober sungguh berbeza dengan majlis yang dianjurkan oleh SUARA pada 11 Oktober 2009.Jelas lagi tersuluh,majlis pada 11 Oktober anjuran SUARA itu adalah majlis POLITIK secara terang-terangan.Bukan itu sahaja,ianya adalah ceramah politik PEMBANGKANG yng menjadikan mahasiswa Mesir sebagai sasaran utama mereka.Mahsiswa harus sentiasa diganggu oleh mereka kerana agenda melebarkan pengaruh pembangkang dengan menggunakan ISLAM dan ayat-ayat suci al quran dan hadith adalah tugas lebih sesuai peranan tersebut dijalankan oleh lepasan Al Azhar.

SUARA juga bagi saya adalah proksi PMRAM.Ini adalah berdasarkan petugas-petugas yang bertugas pada hari tersebut adalah orang yang ada kaitan dengan PMRAM.

FAUZAN MAZLAN DATANG KE MESIR ATAS TIKET APA?
Saya agak terkejut apabila mendapat tahu bahawa FAUZAN MAZLAN datang ke Mesir atas tiket Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).Maklumat tersebut saya yakin benar kerana maklumat yang saya peroleh,FAUZAN mempunyai surat rasmi menyatakan bahawa beliau datang atas JAIS dari bahagian DAKWAH.

Ini bermakna,beliau datang ke Mesir atas tugas rasmi dan bukan politik.Lebih meyakinkan saya,apabila maklumat yang saya terima juga menyatakan bahawa beliau menghadiri majlis ramah mesra bersama mahasiswa Selangor.

Saya ingin bertanya kepada JAIS,adakah sejak kemenangan pembangkang (PKR-DAP-PAS) di Selangor,PAS salah sebuah parti gabungan yang memerintah Selangor telah MEMPOLITIKKAN JABATAN KERAJAAN?

Apakah status sebenar FAUZAN dalam JAIS di Bahagian Dakwah berkenaan? Pegawai kontrak S41? atau pegawai "POLITIK PAS" dalam bahagian dakwah JAIS? Apakah JAIS telah dipolitikkan? Bukankah tindakan menggunakan nama PAS dalam ceramah pada 11 Oktober berkenaan adalah salah sebagai seorang penjawat awam?

Semua soalan tersebut harus dijawab oleh kerajaan Selangor dan sewajarnya perkara ini diteliti oleh pihak berkenaan.

ISU-ISU YANG TELAH DIBANGKITKAN FAUZAN
Banyak isu yang telah dibangkitkan oleh Fauzan menarik perhatian saya.Kesibukkan saya dengan beberapa perkara yang lebih penting menyebabkan saya lewat menulis entri ini.

Tidak salah jika saya katakan FAUZAN tidak meneliti sesuatu isu dengan betul dan hanya bersuara untuk menarik pengaruh ramai.Golongan muda yang bergelar mahasiswa ini memang mudah dipengaruhi.Namun,saya amat berharap golongan mahasiswa Mesir lebih terbuka dalam mendengar sesuatu isu,bukan hanya mendengar,sebaliknya kajilah kebenarannya.Pasti,anda akan dapati isu-isu yang dibangkitkan oleh FAUZAN adalah salah dan putar belit.Hanya menegakkan benang yang basah.

Isu pertama berkisar tentang peribadi YAB Perdana Menteri.Sebenarnya,bagi pembangkang,siapa pun jadi perdana menteri pasti busuk,loya,tidak layak bagi mereka.

Bila Perdana Menteri telah bersara kelak,barulah pada ketika itu,PM betul,wangi dan layak menjadi PM.Ini adalah satu teknik kotor memburukkan seseorang hanya kerana berjawatan PM.

Isu ALTANTUYA terus dilibatkan PM sedangkan dalam Islam,jenayah BUNUH adalah antara isu yang paling berat dan memerlukan bukti yang jelas.Jika setakat baru dituduh,tertuduh belum didapati bersalah apalagi diburukkan dan dihina di hadapan orang ramai.

Dalam isu ALTANTUYA,saya pasti ramai dikalangan mahasiswa Mesir mengikuti isu ini.Ingin saya bertanya,siapakah tertuduh dalam isu ALTANTUYA? Adakag PM Malaysia atau dua orang dari UTK tersebut.Walau apa pun yang telah diperkatakan 0leh pembangkang berkaitan isu ALTANTUYA mengaitkan PM,ianya tidak lebih dari sebuah POLITIK PERSEPSI.

Sebagai seorang mahasiswa,tidak wajar dan amat malang jika kita terkesan dengan politik persepsi yang sudah tentu belum tentu ada kebenarannya.

Isu SATU MALAYSIA juga dibangkitkan oleh Farhan.Satu Malaysia adalah GAGASAN KERAJAAN bukannya dasar.Memang menjadi adat apa sahaja yang dibuat oleh kerajaan akan dinilai negatif oleh pihak pembangkang.Politik persepsi tidak boleh diterima dan sewajarnya kita meniliti sejauh mana positif dan negatif gagasan ini.

KERAJAAN BN harus segera ke Mesir menyatakan gagasan SATU MALAYSIA.Jika tidak,ianya akan dimanipulasi oleh pembangkang semaksima mungkin.

Isu ARAK diputar belit oleh FAUZAN,kononnya kerajaan BN tidak pernah perihatin isu ARAK.Hairan,enakmen berkenaan pengharaman jualan arak secara terbuka di zaman siapa? Bukankah ianya di zaman BN?

Ronnhie LIU yang sepatutnya dihentam dalam isu arak! bukan BN! Fauzan hanya menegakkan benang yang basah.Penjualan ARAK secara terbuka telah berlaku di Selangor dan PAS tidak mampu berbuat apa-apa melainkan mengiakan apa yang MAJORITI PKR dan DAP dalam pakatan mahukan.PAS hanya pelengkap kauasa bukan MEMERINTAH.Kalau berkuasa,pasti,Kilang ARAK di Shah Alam telah ditutup kerana itulah apa yang telah disuarakan oleh mereka sebelum memerintah dahulu.

Fauzan,membangkitkan isu GENTING HIGHLAND kononnya tempat tersebut lebih besar dan pusat perjudian! hari ini bercakap demikian,katakan PAHANG diperintah oleh PR,apakah mungkin GENTING HIGHLAND ditutup?

Saya akhiri entri kali ini dengan satu persoalan.Mengapa FAUZAN mengatakan bahawa hanya ada dua,hak dan batil? menyokong hanya salah satu dari dua tersebut.Baik,saya ingin bertanya siapa HAK dan siapa BATIL?

Situasi hari ini meyakinkan saya,tindakan Al Azhar tidak masuk campur dalam isu PENGHARAMAN PARTI BERASASKAN AGAMA di Mesir adalah benar dan betul.Terlampau yakin sesuatu kumpulan itu berada di pihak yang HAK,sampai orang DAP membaca ayat AL Quran pun dikatakan benar dan betul malah dipuji.Apakah mereka yang merasakan dirinya di pihak hak itu tahu,orang YAHUDI ramai yang tahu baca AL QURAN bahkan mengetahui isi kandungannya dengan tepat seterusnya memutar belitkan tafsirannya untuk kepentingan mereka?

bersambung....

Sabtu, 2009 Oktober 03

CULIK,DICULIK DAN MENCULIK.....BETUL KER BUDAK-BUDAK PMRAM OOOIIIIIII ???

Assalamualaikum Waramahmatullahi Wabarakatuh

Para Blogger yang saya hormati sekalian,

Saya agak sibuk kebelakangan ini kerana menjalankan tugas penting dalam sebuah organisasi persatuan kebajikan di Mesir yang sudah bertapak sejak 1982.Tugas ini bersifat sementara.Selain dari itu,saya juga terlibat sebagai pengisi slot ceramah pengenalan universiti Al Azhar di Nuwaibak.

Kesibukkan saya diganggu oleh seorang sahabat yang menyatakan bahawa saya telah diserang oleh beberapa blog peribadi milik beberapa mahasiswa di Mesir.Segera saya dapatkan maklumat tersebut secara langsung menerusi kemudahan terkini.

Saya lihat individu terbabit mengaitkan saya secara salah dengan beberapa isu dan ada juga yang menjawab tulisan saya sebelum ini.Saya harus menjawab semua ini.Namun,saya harus mejawab terlebih dahulu isu berkaitan SAMBUTAN MAHASISWA BARU NEGERI TERENGGANU.Terima Kasih kepada individu berkenaan yang perihatin dengan saya :

1) Hairul Nizam Mat Hussin - menerusi blog peribadinya
2) Ubaidillah - menerusi blog peribadinya
3) Akmal Ali - menerusi blog pribadinya

FAIZAL TERLIBAT SECARA LANGSUNG?

Persoalan yang harus saya jawab.Namun,izinkan saya menceritakan sedikit berkenaan isu ini dari awal.Pegawai tadbir Terengganu meminta saya untuk terlibat secara langsung dalam program sambutan mahasiswa baru Terengganu.

Saya hanya sebagai pengisi slot seperti di rumah Negeri Sembilan.Penglibatan saya BUKAN ATAS NAMA KELAB UMNO akan tetapi atas nama mahasiswa program ijazah sarjana.Untuk makluman umum,saya langsung TIDAK MENERIMA sebarang SURAT PERLANTIKAN sebagai AHLI JAWTANKUASA SAMBUTAN apatah lagi menerima sebarang habuan atau dengan bahasa kasar yang dihamburkan oleh sebahagian individu secara lisan "ORANG UPAHAN".

Saya TIDAK TERLIBAT dalam aktiviti ziarah sekitar KAHERAH,kerana TIADA SLOT untuk penglibatan saya berkenaan ceramah saya dan saya HANYA TERLIBAT di NUWAIBAK,itu pun kerana pengisi slot "PENGENALAN MAHASISWA DAN PENGAJIAN DI MESIR" pada malam 28 September 2009.Saya terpaksa mengikuti mahasiswa baru yang bertolak ke SINAI pada 27 September untuk menjimatkan kos.

SAMBUTAN DI LAPANGAN TERBANG dan adegan "MENCULIK"? BENARKAH?

Saya mengakui,semasa di Lapangan Terbang,saya atas nama "KELAB UMNO" hanya bersalam - salaman dan mengucapkan selamat datang disamping memperkenalkan diri seperti seorang islam sesama muslim yang lain.

Untuk makluman,pimpinan Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu (KPT) turut hadir dan TIADA HALANGAN untuk mereka berbuat demikian justeru saya turut bermesra dengan sebahagian pimpinan KPT.

TIADA sebarang PENCULIKAN seperti yang dilaporkan bahkan mahasiswa baru bebas untuk bersalaman dengan pimpinan KPT.Oleh kerana saya datang atas nama KELAB UMNO,maka saya tidak menaiki BAS yang disediakan oleh pentadbiran negeri terengganu di Mesir bahkan saya menaiki VAN (macro bus) bersama pegawai dari pejabat setiausaha kerajaan negeri.

Saya mengambil kesempatan bersalaman dengan mahasiswa baru terbabit adalah kerana atas inisiatif sendiri dan atas nama UKHUWWAH ISLAMIAH dan bukan untuk tujuan lain.Adakah salah perbuatan tersebut? Untuk mekluman saya tidak berpeluang bersalaman di lapangan terbang bersama mahasiswa baru walaupun di negeri kelahiran saya,JOHOR kerana JOHOR dikuasai oleh BKPJM yang PRO PMRAM disegenap aspek walaupun terdapat pegawai.(Saya syorkan kerajaan Negeri JOHOR menteliti hal ini dengan SERIUS dan SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI harus melihat sendiri dengan turun padang).

Hanya pegawai TERENGGANU yang mempelawa saya untuk menyambut mahasiswa baru.TIADA BORANG KELAB UMNO diedarkan apatah lagi BERKEMPEN untuk menyertai KELAB UMNO.

ISMA TERLIBAT??
ISMA dan KELAB UMNO tidak terlibat dalam sambutan mahasiswa baru TERENGGANU.ISMA nampaknya diserang teruk oleh mereka yang PRO PMRAM kononnya menggugat ISLAM dan GILA KUASA.

Jangan terjemahkan ISLAM kepada PMRAM sebab akhlak penyokong PMRAM tidak melambangkan akhlak ISLAM lebih-lebih lagi dengan tuduhan melulu pihak-pihak berkenaan menunjukkan TARBIAH PMRAM langsung TIDAK BERKESAN! Hanya politik membenci terutama sekali melalui usrah-usrah dengan naqibnya yang mengulas isu semasa dengan menghentam kerajaan BN dan menanamkan perasaan benci kepada kerajaan BN dan UMNO dalam setiap inci percakapan mereka kepada ahli usrah.

ISMA tidak GILA KUASA kerana ISMA bukan mementingkan KEAHLIAN akan tetapi ISMA lebih mengutamakan tarbiah ahli sedia ada mereka.ISMA LANGSUNG TIDAK TERLIBAT dalam program sambutan mahasiswa baru TERENGGANU baru-baru ini.

Lebih dangkal lagi, penyebar berita tidak menyiasat kesahihan berita yang diterima dengan mengatakan bahawa saudara MUSTAKIM adalah PENASIHAT ISMA.Ustaz Mustakim adalah ORANG TERENGGANU dan BUKAN AHLI atau PENASIHAT ISMA.Sebagai seorang SENIOR,adakah salah pegawai Terengganu meminta khidmat beliau sepanjang program?

Sila berikan bukti yang jelas bahawa MUSTAKIM ahli/penasihat ISMA.Bukankah PMRAM ada kad kuasa HISBAH seperti yang mereka sering dakwa kononnya ada kebenaran dari POLIS MESIR.HISBAH adalah PENGUATKUASA.kalau betul ada kuasa,sila ceroboh masuk pejabat ISMA! pasti ISMA juga tidak teragak-agak menghubungi polis dan mendakwa penceroboh.Jika ISMA "tidak sampai" hati,tidak mengapa,EZOEGYPT akan hubungi pihak polis dan mendakwa mereka kerana perbuatan merceroboh itu! itu pun kalau KAD KUASA TIADA,kalau ada kad kuasa HISBAH,ezo tengok dari jauh jer lah...

Oleh yang demikian,kebanyakkan penyebar berita HARUS MEMOHON MAAF secara terbuka kepada individu terbabit dan ISMA kerana telah memfitnah mereka.Bertaubatlah kalian sebelum pintu bertaubat tertutup dan selagi nyawa dikandung badan.

EZO TERKENAL KATA HAIRUL NIZAM
Saudara Hairul Nizam silap.Ezo bukan macam seperti pimpinan PMRAM dan penyokongnya yang gilakan GLAMOR dengan menjuarai kebanyakkan isu.Saya bukan suka terkenal dengan "hina" orang lain.Apalah sangat terkenal di Mesir ini.Ini bukan medan BERJUANG tapi hanya medan latihan.

Terkenal pun,bukan boleh jadi YB Kaherah atau TANTA.Ezo tiada kerakyatan Mesir.Kita berbaik dengan semua orang kerana ukhuwwah yang dianjurkan oleh ISLAM.Bukan seperti "orang tuh",hari raya pun nak cari gaduh! Konon tak minta kebenaran YDP Johor jadi isu! Bukankah RUMAH JOHOR milik kerajaan JOHOR ? Pegawai JOHOR,ustaz Hanif, adalah pegawai JOHOR di Mesir.

Maka,harta KERAJAAN JOHOR di Mesir adalah dibawah penyeliaan pegawai berkenaan dan bukan MAMAK YDP!!!oppppsssss lupa,mungkin budak baru baligh,kot tak reti ISTILAH "HARTA KERAJAAN atau BUKAN HARTA BAPAK KO YANG PUNYA".Kalau ikut kes JOHOR nih,"orang tuh" tak usah penat-penatkan tangan menekan KEYBOARD taip yang bukan-bukan,ISMA sudah "BERI SALAM" masuk rumah melalui pegawai.Cukup sopan saya kira!!!

KENAPA ISMA DISERANG
Saya lihat ISMA diserang di segenap penjuru.Ini adalah melambangkan KETAKUTAN PMRAM dan PENYOKONGNYA terhadap ISMA.ISMA pula berdiam diri kerana mengambil langkah yang positif tidak mahu melayan sebarang provokasi.

ISMA lebih dilihat mementingkan urusan dakwah dan tarbiah mereka.Sikap pemimpin mereka sangat tawadhuk dan bersopan santun.Ianya melambangkan betapa berjayanya tarbiah ISMA dan selayaknya mereka digelar BERAKHLAK dengan AKHLAK yang mulia seperti yang dikehendaki oleh ISLAM.Berbanding PMRAM dan juak-juaknya yang bertindak secara melulu.

TIADA SEBARANG KERJASAMA RASMI ATAU PAKATAN ANTARA KELAB UMNO MESIR DAN ISMA.Yang ada hanya bertegur sapa antara satu sama yang lain atas dasar ukhuwwah islamiah dan tanpa sebarang agenda persatuan.Perjumpaan yang disengajakan jika terlihat di mana-mana atau KEHADIRAN KELAB UMNO dalam program anjuran ISMA adalah secara perjumpaan peribadi dan ukhuwwah islamiah.Setakat ini,saya hanya menghadiri program hari raya aidilfitri anjuran ISMA atas dasar UKHUWWAH bukan PAKATAN !!!!

Semakin ISMA diserang dan ditekan,ISMA sebenarnya semakin KUAT dan MAJU.Saya bukan ahli ISMA,tapi saya mengaku,seorang yang KAGUM dengan ISMA........

Khamis, 2009 September 17

DILEMA MELAYU MESIR (1) : MESIR PUSAT PENGKADERAN PEMBANGKANG



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Para Blogger yang saya hormati sekalian,

Saya rasa terpanggil untuk menulis entri kali ini untuk menyentuh isu berkaitan pengkaderan mahasiswa MALAYSIA di Mesir untuk menjadi seorang yang PRO parti PAS.Isu ini adalah isu lapuk yang selalu dibicarakan oleh banyak pemimpin politik.

Ada orang mula lupa bahawa dirinya adalah berbangsa melayu.Sehingga berkata “kita tidak perlu berbicara soal melayu,kita hanya perlu berbicara tentang Islam”.Islam adalah agama dan bangsa adalah identiti seseorang dan asal usulnya.

Parti PAS yang menggunakan nama ISLAM dalam partinya menyebabkan ramai yang berhujjah bahawa parti tersebut adalah parti ISLAM manakala parti lain tidak ISLAM dan lebih parah apabila ada yang berkata bahawa parti lawannya adalah penganut ISLAM PLASTIK.

KERAJAAN MALAYSIA DAN TINDAKAN SEGERA

Berbalik kepada isu asal iaitu isu pengkaderan mahasiswa kearah PRO PAS.Perkara ini harus disedari oleh semua pihak terutamanya kerajaan BN.

Malaysia negara DEMOKRASI.Bebas memilih mana-mana parti.Di Mesir,IKHWAN MUSLIMIN tidak diiktiraf sebagai sebuah parti.Kumpulan ini diharamkan.Namun,mereka tetap bergerak secara senyap walaupun berhadapan dengan seribu bahaya.

Di Mesir,erti demokrasi Malaysia gagal difahami oleh mahasiswa Malaysia di Mesir.PMRAM yang bergerak laju ini bersembunyi disebalik KEBENARAN PIHAK KESELAMATAN MESIR yang memang suka menjadikan budak-budak PMRAM barua mereka.

Namun,perkara ini gagal difahami oleh kebanyakkan pihak.Siri pengkaderan ini berjalan secara lancar dan TIDAK DIGANGGU oleh mana-mana pihak.Sebahagian kerajaan negeri patut memandang keadaan ini secara serius.

KELAB UMNO BERMASALAH ?

Saya sedang merancang strategi memastikan DEMOKRASI tertegak dan mahasiswa Malaysia diselamatkan dari pengkaderan yang maha dahsyat ini.

Tanpa perlu saya perincikan apakah jenis strategi tersebut,saya harap mahasiswa boleh menerima isu ini dengan baik.Saya lihat masih ada ruang untuk KELAB UMNO dibaik pulih dan diperkasakan semula di Mesir kalau kena dengan gayanya.

Kalau mahasiswa INDONESIA di Mesir ada kelab GOLKAR,PDI,PKS dan lain-lain lagi,apa salahnya KELAB UMNO wujud dipihak mahasiswa Malaysia? Semua pihak harus faham isu ini.PPMI yang berdaftar dibawah SYU’UN DAKHILI atau JABATAN KESELAMATAN DALAM NEGERI dan bukannya SYU’UN IJTIMAI’E atau JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT seperti PMRAM tidak sekali-kali mempersoalkan kewujudan kelab-kelab GOLKAR,PDI,PKS dan lain-lain lagi.

CERITA SATU PETANG DAN ADU DOMBA MELAYU

Oleh kerana saya ingin melaksanakan strategi perubahan kelab UMNO,saya harus menjalankan siasatan menyuluruh terhadap segala jenis kelemahan sedia ada.

Segala prasarana harus saya lihat agar boleh saya fikirkan untuk memanfaatkan semaksima mungkin.Antaranya prasarana yang hampir dengan tempat yang menjadi tumpuan rakyat Malaysia di Mesir.Antaranya ialah :

1)Hayyu asyir

2)Rumah-rumah negeri di bawah BN

3)Prasarana awam dibawah penguasaan Kedutaan Besar Malaysia Kaherah.

Edisi siasat ini dibuat secara SOAL TERUS kepada pihak berkuasa hingga ke SOAL BALAS secara orang perseorangan.

Dalam misi tersebut,saya telah bertanya kepada seorang “PIHAK BERKUASA” dan jawapan itu “KURANG MEMUASKAN” saya.Namun,saya sabar dan meneruskan peringkat kedua.

Agak malang,apabila pihak kedua MEMBUAT ANDAIAN yang kurang tepat dan terjadilah “SAMPAI – MENYAMPAI”.Lebih malang kerana ia terjadi di sebuah negeri di bawah BN.

Saya dipanggil oleh “PIHAK BERKUASA” tersebut.Agak panas perbualan kami di awal bicara. Namun,keadaan seperti sedia kala apabila saya menceritakan perkara sebenar.

Mungkin KELAB UMNO tidak akan menggunakan PRASANA yang saya server tersebut.Kerana pihak berkuasa berhak buat keputusan dan saya harus akur.Namun,yang saya kesalkan,isu tersebut gagal difahami oleh SEBAHAGIAN PEGAWAI KERAJAAN NEGERI yang sedang bertugas di Mesir :

1) Mesir adalah pusat pengkaderan pembangkang jangka panjang.

2) Persatuan kebajikan pelajar,menggunakan nama KEBAJIKAN dan melaksanakan agenda tersembunyi disebalik nama KEBAJIKAN.

3) Pegawai Kerajaan Negeri pula hanya melihat apa yang ada diatas kertas dengan tanpa melihat apa yang mereka BISIKKAN kepada mahasiswa terutamanya mahasiswa baru.

4) Tindakan POPULAR di mata mahasiswa hanya menyenangkan kebanyakkan mereka untuk terus melaksanakan agenda tersembunyi sementara PIHAK YANG BERKEPENTINGAN terus masak nasi dan selamatlah PERIUK itu.Apa yang penting,popular macam SITI NORHALIZA.

MESEJ KEPADA YAB MENTERI – MENTERI BESAR DAN YB MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN

Saya amat berharap YAB Menteri-menteri besar merujuk YAB Menteri Besar Negeri Sembilan yang bijak menghantar pegawai negerinya.

Jangan fikir hanya kerana nama “LEPASAN OXFORD MESIR” harus sahaja dijadikan PEGAWAI sebab berhadapan dengan MAHASISWA OXFORD.Kadang-kadang,lepasan “HARVARD MALAYSIA” lagi bagus! Lagi berkualiti! Lagi beretika! Lagi sensitif!

Mesej pengkaderan ini perlu tahu dan sampai ke pengetahuan YAB Menteri – menteri besar.Setakat ini hanya YAB Menteri Besar Negeri Sembilan yang berjaya membuat pembaharuan dan tidak hairanlah satu ketika dahulu,HAJI MALIK,pegawai negeri Sembilan di Mesir menjadi sebutan dalam perbincangan utama satu mesyuarat penting di KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI.

Haji Malik,puas berlembut.Akhirnya, “si pengacau” pernah dihalau dengan kata dua di hadapan pintu asrama Rumah negeri Sembilan Mesir.Pernah SEORANG PELAJAR yang melanggar peraturan asrama diherdik! Itu tindakan tegas Hj malik.

YAB Menteri-menteri besar dan Menteri wliayah perlu segera merawat keadaan cemas di mesir ini.Jika tidak,tunggulah,akan lahir penceramah-penceramah PAS lepasan Mesir yang akan berteriak “TUAN-TUAN! KITA BOLEH SOKONG DAP SEBAB DAP AKAN SOKONG PARTI PAS!!!”

Mahasiswa Malaysia di Mesir akan terus mandul kalau misi pengkaderan ini tidak dibendung dan dibenteras.Bercakap soal akademik,bukankah misi pengkaderan ini turut menjejaskan akademik mahasiswa kita?

Saya pasti,setiausaha-setiausaha sulit beberapa MB,sedang membaca entri kali ini.Segera siasat kandungan entri ini.Apakah benar isu saya ini?

Saya berfikir untuk mengutus surat dan rayuan serta “DOKUMEN PENTING” untuk tatapan YAB Menteri-menteri besar sedikit masa lagi….

INSYAALLAH