Isnin, 7 November 2011

KERAJAAN UTHMANIAH,SEBUAH NEGARA ISLAM YANG DIREKA-REKA


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Para blogger sekalian,

Minggu ini,saya ingin berkongsi dengan anda sebuah buku yang bagi saya amat menarik.BUKU ini adalah sebuah kajian sejarah modern Umat Islam.Kerajaan Uthmaniah adalah merupakan sebuah empayar Islam terakhir sebelum dijatuhkan oleh tangan kotor SEKULAR.Apakah isi kandungan utama buku ini dan apakah isi-isi menarik yang boleh saya kongsikan bersama anda setakat ini?

1.Buku ini adalah merupakan sebuah kajian sejarah modern Umat Islam yang ditulis oleh seorang ahli akademik di Universiti Al Azhar.

2.Buku terbitan "The Anglo - Egyptian Bookshop" ini mempunyai empat jilid.

3.Saya setakat ini baru membeli jilid pertama.

4.Sudah tentulah dalam jilid pertama ini,penulis merungkai asal usul dan pengasas empayar Uthmaniah.

5.Untuk jilid pertama,buku ini mengandungi 23 Fasal yang membincangkan perkara berikut :

5.1 : Kemunculan empayar uthmaniah
5.2 : Ciri-ciri utama kerajaan Utmaniah
5.3 : Polisi Utama
5.4 : Jabatan-jabatan kerajaan
5.5 : Pusat-pusat kekuatan kerajaan Utmaniah

6.Saya pernah bermonolog dengan diri sendiri,apakah perkataan UTHMANIAH ini merujuk kepada khalifah Uthman Al Affan R.A atau bagaimana?

7.Rupa-rupanya kerajaan UTHMANIAH diasaskan oleh seorang yang bernama UTHMAN BIN ERTUGRUL.Perkataan "UTHMANIAH" itu merujuk kepada nama beliau.

8.Beliau memerintah kerajaan Uthmaniah dari tahun 1299 hingga 1326.

9.Turkish adalah merupakan nama sebuah KABILAH dan bukannya negara.

10.Namun,oleh kerana keislaman UTHMANIAH dan kekuatan kerajaannya yang kuat berpegang teguh dengan ISLAM,maka,puak kristian Eropah melihat TURKISH itu sinonim dengan ISLAM.

11.Walaubagaimana pun,TURKI akhirnya muncul sebagai nama sebuah negara apabila Empayar Uthmaniah dijatuhkan.

12.Empayar Islam Uthmaniah berasal dari ANATOLIA.

13.Walaupun ada fakta yang mengatakan ISLAM sampai lebih awal ke Erpoah,akan tetapi,Islam mula berkembang dengan luas di EROPAH semasa zaman Uthmaniah seawal tahun 1308.

14.Banyak gereja di Eropah telah ditukar menjadi Masjid dan ketika Islam masuk ke Eropah,penganut kristian tidak dipaksa memeluk Islam berbanding ketika Komunis kristian yang menakluk Spanyol,umat Islam dipaksa menganut kristian bahkan,mereka akan dibunuh jika enggan berbuat demikian.

15.Undang-undang Islam dilaksanakan oleh Kerajaan Uthmaniah sama ada terhadap UMAT ISLAM atau bukan,seperti larangan makan dan minum di hadapan khalayak umum pada bulan Ramadhan.Hukuman penjara akan dikenakan kepada pesalah,sama ada yang beragama Islam atau bukan.Namun,bagi umat Islam pula,hukuman berat sebagai hukuman tambahan telah diperuntukkan.

16.Gelaran Syeikhul Islam adalah sebuah gelaran untuk mufti negara.

17.Banyak lagi isi-isi menarik dalam buku ini.Sama-sama kita baca dan bagi saya,tak rugi kita mengkaji sejarah kita,sejarah umat Islam.Kepada kawan-kawan di Mesir,suka saya ingatkan kepada diri saya sendiri dan rakan-rakan sekalian,apabila anda boleh membaca bahan-bahan ilmiah dalam bahasa arab,maka dihadapan anda, lautan ilmu yang sangat luas.Terpulang kepada kita,sama ada mahu menceduknya atau tidak.Tepuk dada,tanya iman.

Maklumat buku :

الدولة العثمانية دولة إسلامية مفترى عليها

"Kerajaan Uthmaniah,sebuah Negara Islam yang direka-reka"

Oleh : Prof Dr Abdul Aziz Muhammad El Syanawi
Proffesor sejarah modern dan ketua jabatan sejarah,
Fakulti pengajian sains sosial,
Universiti Al Azhar,
Kampus wanita.

Harga : LE 60 (jilid I)
Tebal : 534 muka surat



11 Zulhijjah 1432,
Hayyu Asyir,
Kaherah.

Sabtu, 29 Oktober 2011

MUAMMAR GADDAFI,DARI PELBAGAI PERSPEKTIF

KESUDAHAN SEORANG PEMERINTAH YANG MEMERINTAH LIBYA SELAMA 42 TAHUN


MUAMMAR GADDAFI YANG TIDAK PERNAH MELABELKAN DIRINYA SEBAGAI PRESIDEN LIBYA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Para Blogger sekalian,

Bersarang dan berhabuk nampaknya blog saya yang sudah lama ditinggalkan.Sejak aktif ber"FB"rupa-rupanya blog ini terbiar.Maaf,itu kesilapan yang akan saya perbetulkan.Minggu ini saya suka menulis berkaitan isu GADDAFI.

Para Blogger sekalian,

1.Melalui blog www.azlishukri.blogspot.com,www.tukartiub.blogspot.com dan lain-lain lagi, kita telah membaca pelbagai fakta yang menarik berkenaan jasa baik yang telah disumbangkan oleh Gaddafi terhadap negara,rakyatnya dan rantau afrika.

2.Saya yakin,blogger berkenaan menulis berdasarkan sumber yang sahih.Saya juga yakin, Gaddafi satu hari nanti,jasa-jasa Gaddafi akan disebut kembali oleh dunia arab,afrika bahkan rakyatnya kelak seperti mana Raja Farouk yang dijatuhkan oleh tentera pada tahun 1952. Setelah 60 tahun,akhbar-akhbar Mesir dan ahli akademiknya bahkan ahli-ahli politik, akhirnya tidak segan silu menyebut kebaikkan dan kegemilangan zaman pemerintah Dinasti Muhammad Ali amnya dan zaman Raja Farouk khasnya.

3.Setiap manusia pasti akan melakukan kesalahan.Kawan-kawan kita selalu sebut dikedai-kedai kopi,di mana-mana sahaja apabila mendengar kejahatan seorang manusia bahawa "NO BODY PERFECT" (tiada manusia yang sempurna).

KEKEJAMAN YANG MENJADI DENDAM RAKYAT

4.Setelah 5 tahun menjatuhkan Raja Idris pada 1 September 1969,Gaddafi menjatuhkan hukuman bunuh ke atas 50 pegawai tentera yang pernah berkhidmat di zaman baginda. Tindakan beliau itu dipercayai sebagai salah satu usaha membendung rampasan kuasa ke atas beliau.

5.Pada 7 April 1976,pelajar-pelajar universiti di Tripoli dan Ben Ghazi, Libya telah keluar beramai-ramai menyertai tunjuk perasaan sebagai menentang situasi politik tanah air mereka ketika itu dan mengkritik dasar politik yang diamalkan oleh Gaddafi.

6.Sebagai tindak balas,pihak keselamatan negara telah menyerang perkarangan universiti dan menangkap ratusan pelajar.

7.Berpuluh-puluh pelajar telah dijatuhkan hukuman GANTUNG SAMPAI MATI oleh Gaddafi. Ketika hari perlaksanaan hukuman berkenaan,beliau mengumumkan hari berkenaan sebagai cuti umum dan hukuman disiarkan secara langsung oleh stesen TV Libya.

8.Sudah tentu hukuman yang menghayat hati itu menimbulkan reaksi yang negatif di kalangan rakyat Libya.Selepas itu,hukuman dijatuhkan secara senyap dan dilaksanakan juga secara rahsia.

9.Pada 26 Jun 1996,satu pembunuhan beramai-ramai telah dilakukan di penjara Abu Sulaim di mana,1200 tahanan politik telah dibunuh dengan menggunakan peluru hidup hanya kerana mereka menentang layanan buruk dalam penjara.Sehingga hari ini,keluarga mangsa masih TIDAK DAPAT MENGETAHUI DENGAN TEPAT tempat persemadian mangsa.

10.Tragedi tersebut disifatkan sebagai pembunuhan paling dahsyat dalam sejarah Libya.

11.Itu antara kezaliman yang telah dilakukan oleh Gaddafi semasa hayatnya sebagai pemimpin nombor satu LIBYA.

PEMERINTAHAN DAN SIKAP GADDAFI TERHADAP PEMIMPIN ARAB

12.Rakyat LIBYA menerima nikmat yang besar melalui dasar BUKU HIJAU GADDAFI.

13.Namun,apa yang menariknya adalah,BUKU HIJAU itu seolah-olah perlembagaan negara sedangkan ianya hanya sebuah dasar dan polisi negara terhadap rakyatnya.

14.Rupa-rupanya,GADDAFI memrintah LIBYA selama 42 tahun dengan tanpa sebuah PERLEMBAGAAN yang jelas.

15.Gaddafi juga telah memerintah secara DIKTATOR bahkan,Gaddafi tidak menamakan penggantinya walaupun pada beberapa ketika,Saiful Islam Gaddafi dilihat sebagai orang yang bakal menggantikan ayahnya melalui campur tangan dan pengaruhnya dalam pentadbiran LIBYA.

16.Dalam hubungan antarabangsa pula,TIDAK DINAFIKAN bahawa Gaddafi adalah orang yang TIDAK BOLEH BERTOLAK ANSUR dengan barat.

17.Bahkan,Gaddafi juga dilihat begitu agresif dengan sekutu barat di kalangan pemimpin arab.

18.Dengan selamba,Gaddafi pernah merokok dan menghembuskan asap rokok kearah Raja ABDULLAH ALI SAUD,Raja Arab Saudi dalam satu persidangan di mana,Gaddafi telah ditempatkan duduk bersebelahan dengan baginda.

19.Kelantangan beliau terhadap isu Palestin dilihat begitu menggerunkan sekutu barat di Teluk hingga pernah satu ketika,ucapan Gaddafi diganggu oleh pihak teknikal dengan memadamkan pembesar suara.Namun,GADDAFI tetap meneruskan ucapannya.

GADDAFI BUKTIKAN BELIAU TIDAK BACUL

20.Ketika rakyat Tunisia bangkit menentang ZAIN EL ABIDEEN BEN ALI,beliau lari ke Arab Saudi.

21.Gaddafi sama seperti Mubarak yang enggan meninggalkan tanah air dan mahu kekal di tanah air masing-masing.

22.Namun,kesilapan GADDAFI sekali lagi berulang apabila beliau melakukan kekerasan terhadap kebangkitan rakyat pada 17 Februari 2011.

23.Ini memberikan ruang dan peluang kepada BARAT yang telah lama berdendam dengan Gaddafi.Maka,NATO telah terlibat secara langsung dalam usaha menjatuhkan Gaddafi dan menyingkirkan Gaddafi dari LIBYA.

24.Namun,apa yang hairan adalah,walaupun sebenarnya Gaddafi mampu untuk menyelamatkan diri ke mana-mana negara afrika lain,Gaddafi tetap berkeras untuk mati dalam negara.

25.Ini dibuktikan sendiri oleh beliau di mana hari ini telah tercatat dalam sejarah,beliau akhirnya mati di SERT,bandar kelahirannya dan juga merupakan wilayah pertahanan terakhir Gaddafi.

26.Dunia tidak akan mampu menafikan bahawa beliau akan dinobatkan MATI SEBAGAI PAHLAWAN.Bukan kerana mempertahankan negaranya dari rakyatnya yang memberontak,akan tetapi mempertahankan negaranya dari menyerahkannya kepada pembangkang yang bersekongkol dengan NATO.

27.Oleh kerana itu, beliau menyebut NATO dan bukannya rakyat yang menentang dalam ucapan terakhir beliau !!

FATWA MUFTI LIBYA YANG MENGELIRUKAN

28.Setelah Gaddafi mati dibunuh,apa yang menghairankan adalah tindakan umat Islam yang menghina jenazah umat Islam yang lain sedangkan terdapat hadith yang melarang umat Islam mencemuh jenazah.

29.Amat malang apabila tokoh ilmuan dari kalangan umat Islam yang berjawatan MUFTI turut bersekongkol menghina jenazah.

30.Selepas kematian Gaddafi,Mufti Libya berfatwa bahawa jenazah Gaddafi tidak boleh dimandi,dikafan dan disembahyang oleh umat Islam kerana TELAH TERKELUAR DARI ISLAM.

31.Saat saya membaca fatwa mufti berkenaan,saya tertanya-tanya,apakah ucapan Gaddafi yang telah menyebabkan mufti itu mengkafirkan Gaddafi?

32.Berdasarkan ilmu saya yang masih cetek,saya enggan memainkan isu tersebut di FB dan saya yakin ketika itu,pasti akan ada ulama-ulama lain yang akan menyanggah fatwa berkenaan.

33.Mujurlah dunia ISLAM ada AL AZHAR sebagai sebuah institusi Islam yang sederhana dan menjadi benteng ilmu umat Islam.

34.Seorang ulama AL AZHAR tampil muncul di khalayak ramai melalui media cetak menyanggah fatwa mufti berkenaan.

35.Prof Dr Ahmad Karimah,professor Fekh Perbandingan Universiti Al Azhar Kaherah, telah menyanggah fatwa MUFTI LIBYA berkenaan atas alasan bahawa "seseorang muslim itu tidak terkeluar dari ISLAM melainkan secara yakin sahaja.Apabila terdapat keraguan dan pelbagai tafsiran dalam ucapan seseorang Islam yang mengandungi kata-kata yang menunjukkan seseorang itu masih Islam atau bercanggah dengan Islam,maka menurut mazhab Hanafi,ianya ditafsirkan sebagai MASIH ISLAM".

36.Menurut Proffessor berkenaan,di dalam kitab-kitab turath (manuskrip lama karangan ulama dan ilmuan Islam sebelum akhir kurun ke 19 -rujuk definisi turath oleh Dr Ali Gom'ah dalam kitab beliau berkenaan pengenalan turath- ), sesungguhnya jika kandungan ucapan seseorang manusia itu penuh dengan KUFUR dan hanya SATU SAHAJA yang menunjukkan ianya masih ISLAM,maka,orang itu masih dihukumkan sebagai ISLAM.

37.Professor berkenaan menegaskan bahawa fatwa mufti Libya itu bercanggah dengan Syarak dan menghukum orang lain sebagai kafir adalah merupakan satu jenayah besar justeru beliau menyifatkan bahawa fatwa berkenaan TIDAK DIIKTIRAF OLEH INSTITUSI AGAMA TERKEMUKA SEPERTI AL AZHAR.

38.Oleh yang demikian,proffesor berkenaan mengiktiraf bahawa GADDAFI masih ISLAM dan jenazahnya hendaklah dikafan,disembahyang dan dikebumikan sesuai dengan kaedah syarak.

MERDEKAKAH LIBYA?

39.Tidak dapat dipastikan adakah Libya akan benar-benar merdeka selepas era Gaddafi.

40. Mungkin bagi mereka LIBYA akan merdeka dari sebuah pemerintahan yang diktator.Sebagai pemerhati,saya curiga dengan bantuan NATO terhadap Libya dan pastinya bantuan dahulu bukannya percuma.

41.Lebih mencurigakan,gesaan oleh barat untuk dilakukan siasatan ke atas kematian GADDAFI dan pembuhan beramai-ramai pengikut Gaddafi di sebuah perkarangan hotel yang ditinggalkan.

42.Persoalannya,mengapakah BARAT atau badan-badan antarabangsa TIDAK MEMBUAT GESAAN yang sama ketika kematian Saddam? Adakah perbicaraan Saddam Hussien benar-benar telus? Mengapa tiada satu pun badan hak asasi dunia bersuara atas kesamaran saksi yang tidak melihatkan diri dan hanya duduk di sebalik tirai dalam perbicaraan "KES PEMBUNUHAN BERAMAI-RAMAI DI DUJJEIL" ?

43.Mengapa PBB perlu membuat keputusan terhadap pemberhentian operasi tentera NATO?

44.Mengapa HILARY CLINTON tergesa-gesa ke LIBYA selepas Gaddafi dikebumikan?

45.Adakah LIBYA akan dijanjikan "sesuatu" atau diingatkan tentang "sesuatu"?

LIBYA PERLU BANTUAN DAN APA TANGGUNGJAWAB KITA SEBAGAI MUSLIM ?

46.Libya perlu bantuan negara serantau dalam membina sebuah negara baru dan untuk itu,Mesir lebih patut membantu LIBYA berbanding negara-negara lain terutama sekali dalam membentuk perlembagaan negara baru.

47.Sebagai seorang muslim,sama-sama kita doakan semoga Allah S.W.T mengampunkan dosa-dosa orang-orang Islam yang telah meninggal dunia.

48.Semoga Gaddafi diampun oleh Allah S.W.T..............

AL FATIHAH.....

Sumber :
1) AKHER SAA bilangan 4018
2) Akhbar AL LIWAK EL ISLAMI bilangan 1552
3) Akhbar mingguan jumaat AL AHRAM,28 Oktober 2011


AZARITA,
ISKANDARIAH,
29/10/2011
(Beberapa jam sebelum pulang ke Kaherah)

Isnin, 8 Ogos 2011

ISU FEKH KONTEMPORARI : WAKTU BERBUKA PUASA DAN IMSAK DALAM KABIN KAPAL TERBANG



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,


Rakan-rakan blogger yang saya hormati sekalian,


PENDAHULUAN


1.Menjelang hari raya aidilfitri 1432 H,ramai kawan-kawan kita di MESIR akan pulang ke tanah air untuk menyambut hari lebaran bersama keluarga masing-masing.


2.Beza waktu antara Malaysia dan Mesir adalah enam jam kehadapan.


3.Syariat Islam itu adalah bersifat fleksibel dan sesuai sepanjang zaman dan di setiap tempat.


4.Sesuai dengan keberadaan kita di bulan RAMADHAN ini,antara isu fekh kontemporari yang dibacarakan oleh para ulama masa kini adalah penentuan waktu berbuka puasa dalam kabin kapal terbang.


3.Justeru,soalan yang bermain difikiran kita saat ini adalah,apakah waktu berbuka puasa bagi penumpang kapal terbang? Bagaimana pula waktu IMSAK mereka? ini adalah kerana,perjalanan ke Malaysia seolah-olah anda sedang mengejar waktu.


4.Bayangkan,jika anda menaiki EGYPT AIR,kebiasaannya penerbangan tersebut akan membuat penerbangan terus ke Malaysia yang mengambil masa selama lebih kurang 9 hinga 10 jam.


5.Penumpang akan mula masuk ke kabin pada jam 11 pm waktu Mesir dan lebih sejam selepas itu,kapal terbang akan berlepas.Saat itu,jam di Mesir baru jam 12 malam.Jika dilihat waktu Mesir,penumpang mempunyai banyak waktu untuk bebas makan dan minum.Namun,jika dilihat waktu MALAYSIA,penumpang telah mula berpuasa kerana di Malaysia,waktu saat itu lebih kurang jam 6 pagi.


6.Bagaimana penumpang mula IMSAK pada hari berkenaan? Waktu Malaysia atau Mesir?


7.Justeru,penumpang penerbangan terus berkenaan akan sampai ke Malaysia lebih kurang jam 4 petang dan umat Islam di Malaysia sedang berpuasa.Sedang di Mesir,umat Islam baru beberapa jam berpuasa kerana waktu Mesir saat itu baru jam 10 pagi.


8.Jika penumpang berkenaan berimsak menggunakan waktu Mesir,bagaimana pula waktu berbuka puasanya?


9.Dalam menjawab persoalan ini,kita harus melihat terlebih dahulu HUKUM BERPUASA bagi orang MUSAFIR seterusnya barulah kita akan membincangkan kembali persoalan-persoalan tersebut.


HUKUM BERPUASA BAGI MUSAFIR


10.Orang yang bermusafir DIBOLEHKAN untuk berbuka puasa sesuai dengan RUKHSAH atau KERINGANAN yang diperuntukkan oleh syarak seperti yang dirakamkan oleh AL QURAN,ayat 185,surah AL BAQARAH seperti berikut :


ومن كان منكم مريضا أو على سفر فعدة أيام أخر


Maksud : maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain.


11.Berdasarkan ayat diatas,orang yang bermusafir lebih dari 2 marhalah atau bersamaan 84 kilometer dan keatas adalah DIBENARKAN untuk berbuka puasa.


12.Namun,keharusan itu tadi adalah berdasarkan pilihan individu berkenaan.Ianya bergantung kepada situasi perjalanan berkenaan samaada perjalanan berkenaan MEMBEBANKAN atau TIDAK.


13.Jika sekiranya perjalanan berkenaan MEMBEBANKAN,syarak membenarkan individu berkenaan berbuka puasa sebagai RUKHSAH atau KEMUDAHAN kerana islam bukan agama yang membebankan penganutnya sesuai dengan firman ALLAH S.W.T dalam surah AL BAQARAH sambungan terhadap ayat di atas seperti berikut :


يريد الله بكم اليسر ولا يريد بكم العسر


Maksud : Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran.


14.Namun,jika sekiranya puasa berkenaan dilihat TIDAK MEMBEBANKAN,maka menurut para fukaha' adalah lebih baik bagi individu berkenaan meneruskan puasanya sesuai dengan firman Allah S.W.T dalam surah AL BAQARAH ayat 184 seperti berikut :


وأن تصوموا خير لكم إن كنتم تعلمون


Maksud : Berpuasa itu lebih baik bagi kamu, kalau kamu mengetahui.


WAKTU BERBUKA PUASA DAN IMSAK DALAM KABIN KAPAL TERBANG


15.Sesuai dengan peredaran zaman,kapal terbang adalah merupakan pengangkutan udara utama yang menghubungkan manusia di zaman modern ini.


16.SYARAK tidak pernah terlepas pandang dalam isu-isu umat ISLAM lebih-lebih lagi yang melibatkan ibadat dan ini membuktikan kepada kita bahawa ISLAM adalah agama yang fleksibel yang "Tak Lapuk dek Hujan dan Tak Lekang dek Panas".


17.Justeru,Presiden Ulama sedunia,Prof Dr Yusuf AL QARADHAWI berpendapat bahawa dalam penentuan waktu berbuka puasa bagi seorang yang bermusafir dalam kabin kapal terbang,ADALAH TIDAK SAMA SEPERTI SEORANG YANG BERMUSAFIR MENGGUNAKAN JALAN DARAT.


18.Ini adalah kerana sebahagian perjalanan berkenaan melangkaui benua dan TERDAPAT PERBEZAAN dalam tenggelam timbulnya matahari berbeza dengan perjalanan darat.


19.Oleh yang demikian,beliau berpendapat bahawa waktu berbuka puasa atau imsak adalah berdasarkan TENGGELAMNYA MATAHARI DENGAN PENGLIHATAN YANG JELAS DAN DISAKSIKAN SENDIRI OLEH PENUMPANG bagi waktu berbuka puasa dan TERBIT FAJAR YANG JUGA JELAS DISAKSIKAN OLEH PENUMPANG bagi waktu imsak.Ianya sesuai dengan firman Allah S.W.T ayat 187,surah AL BAQARAH seperti berikut :


وكلوا واشربوا حتى يتبين لكم الخيط الأبيض من الخيط الأسود من الفجر


Maksud : makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib)


20.Oleh yang demikian,para penumpang kapal terbang TIDAK BOLEH menggunakan waktu berbuka puasa dan imsak i tempat berlepas atau destinasi yang dituju kerana waktu maghrib dan subuh penumpang berbeza dengan waktu kedua-dua destinasi berkenaan.


21.Pendapat tersebut juga ditegaskan oleh Mufti Mesir,Fadhilatul Syeikh Prof Dr Ali Juma'ah seperti yang disiarkan oleh majalah AL MUJAHID keluaran ramadhan 1432 H.


22.Semoga kita sama-sama beroleh manfaat dengan ijtihad ulama modern kita terhadap isu kontemporari ini.Sebagai orang awam,kita seharusnya mengikuti ijtihad ulama mujtahid tersebut berbanding menggunapakai akal fikiran kita yang sudah tentu tidak sampai dengan cara fikir,tafsiran dan ijtihad ulama.



Isnin, 11 Julai 2011

BAGAIMANA RAKYAT KITA MENGHAKIMI BERSIH 2.0 ? (MUKADDIMAH)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Para blogger yang dihormati sekalian,

MUKADDIMAH

Jika sebelum ini,dunia arab sangat mengagumi Malaysia sebagai negara Islam yang maju,stabil dan adil,maka hari ini,rakyat negara Mesir yang saat ini sedang menikmati angin perubahan atas slogan REVOLUSI 25 Januari telah mendengar berita menarik tentang MALAYSIA.

Akhbar-akhbar utama Mesir menyiarkan kisah perhimpunan atau demontrasi BERSIH 2.0 di ibu negara yang kononnya mahu menuntut pilihanraya yang adil.Gambar lelaki berdarah dan lelaki yang ditangkap oleh Polis Malaysia disiarkan oleh AL AHRAM dan MISR EL YOUM.

Bagi orang yang cintakan negaranya,pasti akan rasa MALU dengan apa yang berlaku.Manakala bagi sesetengah golongan pula,pasti sedang tersenyum puas kerana dunia sedang "bercakap" tentang Malaysia.Terang lagi tersuluh,perhimpunan BERSIH 2.0 adalah usaha halus pihak tertentu untuk memburukkan negara di mata dunia.Mereka mahu meletakkan Malaysia setaraf dengan Mesir,Tunisia,Libya dan negara-negara arab yang sedang bergolak sekarang.

Saya percaya,usaha pihak tertentu untuk memburukkan Malaysia tidak akan kesampaian.Ini adalah kerana dunia telah mengenali siapa Malaysia dan perhimpunan haram berkenaan telah berjaya dileraikan dalam masa yang singkat walaupun ianya mengundang pelbagai perspektif dari pelbagai dimensi dan apa yang paling bahaya adalah terdapat seribu satu persepsi.Apa yang perlu sekarang adalah penghakiman dan penilaian oleh rakyat Malaysia sama ada di luar negara dan dalam negara terutama sekali GENERASI MUDA terhadap apa yang mereka tonton dan saksikan.

Saya amat berharap,rakan-rakan generasi muda sekalian membuat pertimbangan yang betul dan tidak tertipu dengan perspektif liar hasil kemajuan teknologi terkini.Television,radio dan akhbar hanyalah antara medium sebaran maklumat dan ianya bukan sumber maklumat utama lagi walaupun ianya masih penting.

Melalui sesawang maya ini,saya ingin mengajak rakan-rakan blogger berfikir sejenak disebalik apa yang tersurat melalui YOUTUBE dan FACEBOOK berkenaan HIMPUNAN BERSIH 2.0 yang telah tamat dan TIDAK BERLANJUTAN seperti negara-negara arab yang sedang bergolak saat ini.Saya kira,adalah elok jika sekiranya kita lihat persoalan-persoalan utama yang menjadi asas penghakiman dan penilaian rakyat.

Adakah benar pilihanraya di Malaysia TIDAK ADIL sehingga menuntut rakyat keluar ke jalan raya? Apakah perhimpunan mereka menepati syarak? Mengapa pihak POLIS bertindak ganas? Jika TV,radio dan akhbar adalah "tunggangan", adakah YOUTUBE dan FACEBOOK itu benar dan adil? Apakah maksud himpunan BERSIH yang berjaya? Apakah Mahasiswa Malaysia di luar negara terutamanya di MESIR perlu terlibat?

Bersambung............

Khamis, 30 Jun 2011

MENGAPA TIADA SESI PELAJAR MALAYSIA BERSAMA TUN DR MAHATHIR? PTD KEDUTAAN DIPERSOAL

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Para Blogger yang saya hormati sekalian,

Selepas revolusi Mesir,ramai tokoh-tokoh negara asing dijemput oleh Mesir untuk menyampaikan pengalaman mereka.Antara yang pernah dijemput adalah BJ HABIBIE,bekas presiden Indonesia selepas Suharto digulingkan oleh rakyatnya.BJ Habibie dijemput untuk menyatakan pengalaman demokrasi di Indonesia.Awal JUN 2011,kedatangan beliau dimanfaatkan oleh kedutaan Indonesia untuk beramah mesra bersama pelajar-pelajar asia tenggara.

Hujung JUN pula,TUN DR MAHATHIR telah dijemput oleh MESIR untuk berkongsi pengalaman membangunkan ekonomi Malaysia.Apa yang menghairankan adalah,TIADA MAJLIS ramah mesra TUN DR MAHATHIR bersama pelajar Malaysia,kecuali bersama para pegawai dan wakil-wakil pelajar seramai lebih kurang 15 orang di kediaman rasmi TYT DUTA dan di saat-saat akhir setelah didesak,barulah diadakan majlis ramah mesra TUN DR SITI HASMAH dan beliau sendiri akui bahawa beliau menjadi "bidan terjun" yang terpaksa menggantikan TUN DR MAHATHIR,beberapa jam sebelum terbang ke Malaysia.

Persoalannya,mengapa ianya berlaku? Adakah ini kali pertama TUN DR MAHATHIR datang ke Mesir? Adakah kedatangan TUN tidak diketahui oleh Pegawai bertaraf PTD atau Pegawai Tadbir Diplomatik di kedutaan? Paling penting,mengapa perlu majlis ramah mesra pelajar-pelajar bersama TUN?

KEDATANGAN TUN 2005 DAN 2006

Kedatangan TUN ke Mesir sebagai tetamu pihak tertentu di Mesir bukanlah baru.Pada tahun 2005,beliau pernah dijemput oleh kerajaan Mesir dan pada ketika itu,majlis ramah mesra bersama pelajar diadakan di Iskandariah.Pelajar-pelajar dari Kaherah,berpeluang menyertai majlis berkenaan.

Pada tahun 2006,TUN sekali lagi datang ke Mesir atas jemputan Mesir.Program yang diadakan pada tahun berkenaan sangat meriah dimana dewan utama "Malaysian hall" penuh melimpah hingga keluar dewan.

Ini bermakna,kedatangan TUN ke Mesir atas jemputan pihak2 tertentu di Mesir bukanlah sesuatu yang asing.Persoalannya,mengapakah pada tahun 2005 dan 2006,program bersama pelajar boleh dijayakan oleh KEDUTAAN BESAR ketika itu dan tidak pada tahhun 2011? Satu kemusykilan.

WAKIL KEDUTAAN BESAR BERDOLAK DALIH

Apabila saya mendapat tahu bahawa TUN tidak akan berjumpa pelajar di Mesir,saya segera menghubungi pihak tertentu.Jawapannya agak mendukacitakan saya.Justeru,saya mengambil keputusan untuk ke HOTEL menyambut TUN di lobi hotel.

Saya berpakaian casual dan bagi saya,ianya adalah pakaian yang sopan untuk menyambut seorang pemimpin di lobi hotel.Saya bertanya kepada seorang wakil kedutaan,status program TUN bersama pelajar.

Jawapan pertama yang saya terima adalah "KESIHATAN TUN TIDAK MENGIZINKAN". Jawapan tersebut adalah amat menghairankan.Jika sekiranya TUN tidak sihat,saya pasti,beliau tidak akan ke MESIR.

Apabila saya bertanya tentang kebenaran untuk pelajar Malaysia hadir ke majlis-majlis yang melibatkan TUN anjuran MESIR,wakil pegawai berkenaan jawab,hanya "diplomat" yang dijemput sahaja akan dibenarkan untuk menyertai majlis berkenaan.

Saya pulang ke rumah dengan penuh kehairanan kerana kedatangan TUN ke Mesir bukanlah kali pertama.Lantas,saya berpendapat,sesi soal jawab dengan kedutaan TELAH TAMAT.Saya terus memainkan isu ini di laman sosial facebook.

Apabila ianya telah menjadi panas,akhirnya wakil kedutaan berkenaan menjawab di komen laman web sosial berkenaan dan menawarkan kepada sesiapa yang ingin ke majlis TUN anjuran pihak Mesir di CICC menghubunginya untuk mendapatkan "seat".

Saya mempersoalkan jawapan beliau yang bercanggah dengan kenyataan sebelumnya.Bahkan, tentang faktor kesihatan juga telah saya persoalkan memandangkan ada program bersama para pegawai dan wakil pelajar.

Namun,beberapa jam sebelum TUN bertolak ke lapangan terbang,barulah ada usaha "terdesak" menjemput Tun Dr Siti Hasmah untuk beramah mesra dengan para pelajar.Cukup malang,ianya diadakan dalam keadaan "kelam kabut" dan berkejar-kejar dengan waktu.Ianya menampakkan kepada kita,betapa pegawai-pegawai tadbir diplomatik (PTD) yang bertanggungjawab terhadap TUN menyedari kesilapan mereka setelah ditegur melalui bahasa facebook.

Program ramah mesra bersama TUN DR SITI HASMAH,diadakan ditengah-tengah waktu rehat program Mesir yang sudah semestinya program tersebut TIDAK DAPAT berkongsi apa yang sepatutnya dikongsi oleh para pelajar.

APA PENTING RAMAH MESRA PELAJAR BERSAMA TUN?

Pada hujung Mei 2011,YB Dr Syed Azman,Ahli jawatankuasa PAS pusat telah datang ke Mesir dan menemui para pelajar.Banyak perkara yang telah dikeutarakan oleh beliau.Bahkan sesi dialog juga telah digunakan sebaik-baiknya oleh kedua-dua belah pihak sama ada pelajar mahu pun tokoh pembangkang berkenaan.

Kurang sebulan selepas kedatangan YB Dr Syed dari PAS itu,datang pula Ustaz Nik Abduh Bin Nik Abdul Aziz,ahli jawatankuasa pemuda PAS.Beliau bertemu para pelajar di Mansurah dan peluang yang ada digunakan sebaik-baiknya oleh kedua-dua belah pihak.

Jika saya boleh bersetuju dengan teori yang mengatakan bahawa mahasiswa itu adalah idealistik,mahu mengubah dunia dalam sekelip mata,Maka saya berpendapat,mereka telah dipergunakan sebaik-baiknya untuk menberikan input-input dan metarial-metarial untuk dijadikan bahan fikir golongan ini.

Selang seminggu selepas kedatangan Nik Abduh dari pemuda PAS,kedatangan TUN DR MAHATHIR ke bumi Mesir adalah bagai pucuk dicita ulam mendatang.Golongan mahasiswa yang idealistik ini,saya fikir harus dihidangkan pula dengan input-input dan metarial-metarial yang "check and balance".

Lebih-lebih lagi TUN DR MAHATHIR adalah seorang yang pernah bergelar pelajar perubatan.Ramai pelajar perubatan di Mesir yang menjadi perhatian pihak-pihak tertentu untuk tujuan tertentu.Tun Dr Mahathir adalah "the best speaker" untuk menjadikan mahasiswa perubatan itu lebih dinamik dan barangkali akan menjadi perkongsian yang penuh bermakna melalui sesi dialog yang seperti pernah diadakan pada tahun 2006.

Malangnya,pegawai-pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) terlepas pandang perkara-perkara diatas.Saya fikir,mereka perlu bertanggungjawab atas kelalaian berkenaan.Apakah sebab mereka gagal mendapatkan sesi khas bersama pelajar Malaysia berbanding 2005 dan 2006?

Paling penting,adakah mereka menganggap,pengkaderan di Mesir hanyalah satu dongengan semata, justeru,pelajar-pelajar tidak perlu diberikan input-input yang bersifat "check and balance"?

Isnin, 30 Mei 2011

ISLAM TIDAK MENGIKTIRAF NEGARA AGAMA


DR MUHAMMAD ASY SYAHAT EL JUNDIY, SETIAUSAHA AGUNG MAJLIS TERTINGGI HAL EHWAL AGAMA ISLAM MESIR

Berikut adalah terjemahan teks temuramah wartawan SOUT AL AZHAR bersama Dr Asy Syahat El Jundiy,Setiausaha Agung Majlis Tertinggi Hal Ehwal Agama Islam Mesir.Teks asal berbahasa arab boleh dibaca di muka surat 4, keluaran Jumaat, 27 Mei 2011, bilangan 609.

"Demokrasi dialu-alukan.....dengan syarat,ianya tidak bercanggah dengan syarak".

"Negara sekular hanya menterhadkan peranan agama Islam dalam ibadah....penyertaan rakyat dalam pentadbiran negara adalah harus".

Wartawan Sout Al Azhar (WS) :
Apakah maksud negara agama menurut perspektif Islam?

Dr Muhammad Asy Syahat El Jundiy (DRMSJ) :
Islam tidak mengiktiraf negara agama.Istilah tersebut tersebar luas ketika zaman pertengahan yang berasaskan fahaman hanya tuhan yang menentukan hak.Pemerintah atau ketua negara tidak boleh mengingkari penentuan tersebut manakala rakyat hanya boleh mematuhi setiap perintah dan larangan yang dikeluarkan atas dasar ketaatan membuta tuli.Oleh yang demikian,berdasarkan sistem negara agama tersebut,rakyat tidak dibenarkan membangkang dan tidak dibenarkan mewujudkan parti.

WS : Apakah pula yang dimaksudkan negara awam menurut Islam?

DRMSJ : Islam mengasaskan negara awam yang menjadikan syarak sebagai rujukan.Rujukan-rujukan yang menjadi asas untuk pemerintahan adalah rujukan yang berasaskan kepada nas-nas syarak yang pasti (Al Qhath'ie) yang terdapat dalam Al Quran,hadith dan persefahaman di kalangan ulama. Ketetapan tersebut adalah untuk mencapai matlamat yang terbaik,memudahkan manusia,memenuhi kehendak mereka dan sesuai dengan peredaran zaman.

Oleh yang demikian,terdapat beberapa hadith rasulullah S.A.W yang menjelaskan perkara tersebut antaranya : "umatku tidak akan berhimpun kerana kesesatan" dan sabda baginda, "hendaklah kamu berjamaah,dan sesiapa yang keluar dari jamaah,maka dia akan mati sebagai bangkai jahiliah".Dalam riwayat yang lain menyebut, "sesiapa yang mengasingkan diri,maka dia akan diasingkan ke dalam api neraka".

Sesungguhnya,penglibatan rakyat dalam hal ehwal masyarakat dan negara adalah perkara yang harus bahkan ianya adalah merupakan unsur-unsur pembinaan negara dalam Islam.

WS : Apakah maksud sebenar negara agama?

DRMSJ : Istilah negara agama adalah istilah barat yang tersebar luas di Eropah pada zaman pertengahan.Maka pada tahun 780 masehi,ketika gereja memerintah dengan dasar negara agama,gereja telah mengharamkan rakyat di Eropah mempelajari ilmu-ilmu yang berkaitan dengan fizik seperti perubatan,matematik dan sains kejuruteraan bahkan hanya membenarkan rakyat memperlajari ilmu-ilmu agama sahaja!

WS : Apakah perbezaan antara negara agama dan sekular?

DRMSJ : Kita tidak boleh terkeliru antara negara agama dan sekular.Islam tidak mengenali negara agama akan tetapi,negara sekular masih wujud sekarang dalam masyarakat barat.Ianya didirikan untuk memisahkan antara agama dan negara.Negara seperti ini,tidak diterima oleh Islam kerana menjauhkan Islam sebagai sumber untuk sistem pemerintahan dan masyarakat bahkan membataskan Islam hanya di masjid dan berperanan dalam hal ibadat sahaja.

Tidak terdapat istilah negara agama seperti yg sering disebut oleh jurucakap-jurucakap barat.Apa yang berlaku di zaman Rasulullah S.A.W adalah kewujudan negara yang berpandukan kepada Islam dalam semua perkara dan gaya hidup yang berasaskan kepada wahyu yang diterima baginda dan ijtihad.Rasulullah S.A.W tidak mendirikan negara yang berasaskan kepada wahyu semata-mata bahkan beliau berijtihad (mengeluarkan pendapat peribadi) dalam pelbagai perkara yang yang diperakui oleh wahyu.

WS : Apa pandangan anda berkaitan slogan yang berbunyi "islamiah islamiah".

DRMSJ : "Islamiah Islamiah" tidak membawa maksud tidak menerima akal (pencambahan idea),pengalaman bangsa-bangsa lain,kejayaan-kejayaan bangsa lain yang tidak bertentangan dengan Islam.Sebagai contoh,tidak semestinya slogan "islamiah islamiah",menolak sistem pilihanraya atau demokrasi sebagai elemen memilih pemerintah dan bukan juga bermakna slogan "Islamiah Islamiah" bermaksud kita tidak boleh menerima akal (percambahan idea) untuk mencapai maslahat.

WS : Apakah demokrasi sebagai istilah barat boleh diterima dalam masyarakat kita umat Islam dan arab?

DRMSJ : Demokrasi adalah istilah yang berasal dari yunani yang bermaksud pemerintahan oleh rakyat.Ianya boleh diterima dan diguna pakai dengan syarat,ianya tidak bertentangan dengan nas-nas yang pasti (qath'ie) atau tidak bertentangan dengan salah satu objektif syariah.

Oleh yang demikian,idea untuk menterhadkan tempoh seorang presiden republik boleh diterima dan tidak membiarkan jawatan tersebut dipegang tanpa bertempoh.Maka,demokrasi diterima dan diperluaskan untuk pemerintahan yang rasional seperti yang dituntut oleh Islam.Ianya juga sesuai dengan peredaran zaman dan perubahan persekitaran yang membawa kepada penerimaan sebahagian pengalaman umat bukan Islam akan tetapi demokrasi tersebut hendaklah dibatasi dengan tidak bercanggah dengan nas-nas syarak.

WS : Bilakah permulaan negara Islam?

DRMSJ : Negara Islam bermula di zaman Rasulullah S.A.W kerana ianya merupakan ketaatan perintah Allah S.W.T melalui wahyu dan dengan kewafatan baginda Rasulullah S.A.W,maka tamatlah negara Islam.

WS : Bilakah pula permulaan negara awam?

DRMSJ : Negara yang diperintah oleh Khalifah Ar Rasyidin (Abu bakar,Umar,Uthman dan Ali) yang merupakan orang-orang terdahulu yang saleh (salafus saleh) adalah merupakan negara awam yang menjadikan Islam sebagai rujukan dan berpegang teguh dengan Al Quran,As Sunnah dan ijmak.Dari titik tolak itulah bermulanya negara awam dengan penyertaan rakyat Islam dalam beberapa hal ehwal pentadbiran.Ianya dinyatakan oleh Saidina Abu Bakar dalam ucapan pertama selepas dilantik sebagai Khalifah pertama, "sesungguhnya aku dilantik oleh kamu sekalian dan bukanlah aku yang terbaik dikalangan kamu".

Maka,negara awam tersebut diteruskan oleh Saidina Umar,Uthman dan Ali yang tidak memerintah dengan berteorikan "hak hanya ditentukan Allah S.W.T", bukan juga berteori bahawa apa yang diucapkan adalah "datang dari langit" atau bukan hanya berpandukan kepada wahyu semata-mata.Perkara-perkara tersebut hanya khusus untuk Rasulullah S.A.W sahaja dan bukan untuk selain baginda walaupun mereka (para khalifah) adalah merupakan sahabat paling rapat dengan Rasulullah S.A.W.

Jadi,tiada dalam dunia ini negara agama kecuali negara Kota Vatikan di Itali dan Iran dalam dunia negara Islam.

Islam dan Politik Islam (siasah syariyyah) tidak memperakui negara agama kerana para khalifah menerima kewujudan pembangkang dan ketika itu terdapat juga beberapa parti yang boleh memerintah dan menyeru dengan idealisma yang dibenarkan oleh Islam pada beberapa perkara yang yang tidak mempunyai nas dari Al Quran dan As Sunnah.

Hal yang demikian itu adalah kerana untuk memastikan tercapainya maslahah hidup bermasyarakat,memenuhi kehendak rakyat,kebebasan mereka,sifat hormat menghormati, persamaan dan keadilan.

Perkara tersebut tidak dilarang oleh Islam kerana Islam tidak memusuhi negara awam,tidak menolak ilmu pengetahuan dan tidak menentang percambahan idea bahkan membenarkan umat dan negaranya berdiri diatas dalil,akal,nas dan maslahah.Umat dan pemerintah adalah unsur utama dalam ideologi negara awam.

WS : Adakah anda bersetuju terhadap penggunaan "SALAF" (orang yg terhadulu) untuk digunakan oleh sesuatu jamaah (kumpulan)?

DRMSJ : Istilah "salaf" TIDAK BOLEH digunakan sebagai perkataan khas untuk sesebuah jamaah tertentu dalam umat Islam yang mendakwa mereka adalah "salaf" dan sesungguhnya mereka mengikut jejak langkah ulama-ulama terdahulu (salafussaleh),berpegang teguh pada hadith-hadith Rasulullah S.A.W dan pendapat para shabat untuk mempermudahkan hal ehwal kehidupan mereka.

Akan tetapi,yang menjadi kewajiban bersama adalah memperbetulkan kefahaman tersebut.Perbezaannya dengan Islam sederhana yang berpegang teguh kepada As Sunnah Wal Jamaah dan mendirikan sebuah masyarakat yang terdiri dari pelbagai bangsa yang boleh saling menerima antara satu sama yang lain.

Justeru,perlu juga menangani dan mengubah fahaman yang menghukum antara satu sama yang lain,saling mengkafir,menghukum orang lain fasik dan menganggap seseorang itu terkeluar dari agama.

Istilah berkenaan (salaf) adalah istilah yang baik akan tetapi telah dimaksudkan dengan makna yang salah dengan membataskan pada golongan mereka sahaja selain mentafsirkannya dengan tafsiran yang lemah.

Terdapat sebuah hadith Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh AL BUKHARI dan AL MUSLIM yang bermaksud : "Yahudi telah berpecah belah kepada 71 golongan,Nasrani telah perpecah belah kepada 72 golongan dan umatku akan berpecah belah kepada 71 golongan dimana semua mereka akan masuk ke dalam neraka kecuali satu golongan".Para sahabat bertanya baginda, "siapakah golongan tersebut wahai Rasulullah?", jawab baginda,"sesiapa yang mengikut sunnahku dan para sahabatku".

Hadith tersebut menerangkan kepada kita realiti kehidupan umat Islam yang melangkaui zaman dan tempat.Realiti yang dapat disaksikan bahawa terdapat beberapa kumpulan (jamaah).Sebuah kumpulan menyeru kearah ideologi mereka yang antaranya ada yg diterima oleh syarak dan ada yang tidak diterima oleh syarak.

Perkara yang harus diambil iktibar sekitar perpecahan dan perbezaan tersebut ialah Islamnya sesebuah kumpulan (jamaah) dan majoriti ummat yang membentuk ahli sunnah wal jamaah, orang-orang yang melaksanakan Islam dalam perkara-perkara yang berkaitan dasar-dasar akidah,perundangan, akhlak dan orang-orang yang menunaikan rukun-rukun Islam.

Perkara-perkara tersebut memadai untuk dimasukkan dalam sesebuah kumpulan dan bukannya seseorang yang menyeru ideologi-ideologi kumpulan tertentu yang bercanggah dengan toleransi agama,kesederhanaan dalam beragama,tidak melampau dan jumud seperti sedia ada sekarang terutama sekali di Mesir selepas revolusi 25 Januari.

WS : Adakah maksud negara menurut Islam tidak menerima kuasa rakyat dan apakah Islam menolak institusi-isntitusi negara?

DRMSJ : Negara dalam Islam yang menjadikan Islam sebagai rujukan menerima kuasa rakyat dan menerima institusi-institusi negara yang menjaga kepentingan masyarakat dan menguasai pelbagai kepentingan.Ianya pernah diwujudkan pada zaman pemerintahan Khalifah Ar Rasyidin (khalifah yang empat) dan zaman selepas mereka.

Ketika zaman pemerintahan khalifah Ar Rasyidin di awal kebangkitan Islam,negara yang didirikan bukanlah negara yang diperintah oleh pembesar agama kerana pemerintah ketika itu tidak membiarkan sesuatu itu "diputuskan dari langit" bahkan mereka sentiasa berkata,"ini pandangan saya,orang Islam berhak untuk membangkang".

Begitu juga dengan apa yg dikatakan kepada Saidina Umar Al Khattab R.A, "jika kami lihat apa yang kamu lakukan itu bengkok,nescaya akan kami luruskannya dengan pedang kami".Maka jawab saidina Umar,"tiada kebaikkan jika kamu membiarkannya dan tidak ada kebaikkannya juga jika aku tidak menerimanya".

Demikian juga kisah seorang wanita menyanggah pendapat saidina Umar tentang isu mahar yang mahal ketika beliau sedang berkhutbah di atas mimbar kerana beliau melarang umat Islam menaikkan harga mahar.

WS : Setelah 25 Januari,apakah bentuk sistem pemerintah yang paling sesuai untuk Mesir.

DRMSJ : Selepas 25 Januari,sistem yang paling sesuai di Mesir adalah negara awam yang menjadikan Islam sebagai rujukan.Ianya bersesuaian dengan salah satu objektif syariah (maqasid syariah) kerana ianya akan memastikan kesejahteraan dan keamanan untuk orang Mesir dan Kristian Koptik.

Ianya juga akan memastikan tertegakknya keadilan sosial,kesamarataan dan kebebasan untuk semua.Inilah yang dimaksudkan oleh Islam sebagai umat. Islam menyatakan sebagai umat dan bukannya negara kerana sistem Islam berasaskan kepada penerimaan semua pihak,golongan akademik,pelbagai bangsa,pelbagai agama dalam masyarakat negara tersebut.

Manakala negara pula,ianya mengandungi pelbagai jenis kumpulan dari pelbagai bangsa,nasionalisme yang satu dan perkongsian budaya.Maksud negara lebih sempit berbanding maksud umat yang boleh dibezakan dengan keluasan dan kemampuan setiap bangsa,warna,kebudayaan dan semangat nasionalisme di bawah naungan Islam.

Semua ini adalah di bawah institusi Islam sebagai agama yang bersifat sejagat yang memerintahkan manusia keseluruhannya dan tidak menilai perbezaan antara individu dan kumpulan.Islam tidak dikhaskan untuk jantina tertentu atau bangsa tertentu selagi mana ianya mempercayai Islam dan menerimanya sebagai hadiah untuk masyarakat dan negara.

Bukan Islam haruslah sedia memahami Islam sesungguhnya dia adalah seorang warganegara dalam negara Islam walaupun dia menganut agama lain.

diterjemahkan oleh
Mohd Faizal Bin Sabhon,
BA (hons) syariah,Universiti Al Azhar,Kaherah.





Rabu, 23 Mac 2011

ANALISIS REVOLUSI BELIA 25 JANUARI DI MESIR SIRI KEEMPAT: PELEMBAGAAN BARU MESIR PASCA REVOLUSI

PINDAAN PELEMBAGAAN SEBAGAI TITIK TOLAK PERUBAHAN



DR TARIK EL BASHARI,KETUA JAWATANKUASA PINDAAN PELEMBAGAAN



SAAT BERSEJARAH : RAKYAT MESIR KELUAR BERAMAI-RAMAI UNTUK MEMBUANG UNDI DALAM PUNGUTAN SUARA



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Para Blogger sekalian,

Seperti yang dijanjikan,blogger kali ini akan menganalisis saat bersejarah,pungutan suara yang telah berlangsung pada 19 Mac 2011.Rakyat Mesir keluar beramai-ramai menyertai pungutan suara dengan membuang undi menyatakan pendirian sama ada bersetuju atau tidak dengan cadangan pindaan pelembagaan.

Entri kali ini akan membincangkan isu pelembagaan Mesir setelah revolusi belia 25 Januari 2011.Memang antara tuntutan revolusi itu adalah pindaan beberapa perkara dalam pelembagaan.Namun adalah menghairankan apabila saat-saat akhir,setelah diumumkan tarikh pungutan suara terhadap pindaan berkenaan,wakil para belia tersebut menolak pindaan,mendesak sebuah perlembagaan yang baru digubal dan berjanji akan mengundi "TIDAK SETUJU".

PERATUSAN UNDI TERTINGGI DAN BERSEJARAH

Akhbar AL AHRAM menyifatkan suasana pungutan suara tersebut sebagai luar biasa dan bersejarah sejak 60 tahun.Ianya merujuk kepada revolusi tentera yang menggulingkan RAJA FAROUK pada 23 Julai 1952.Ini bermakna,Mesir telah hilang demokrasinya apabila raja mereka digulingkan.

Seramai 45 Juta rakyat Mesir yang berumur 18 tahun keatas layak mengundi.Namun,hanya 18.5 juta orang atau hanya 41.1 peratus sahaja yang menyertai pungutan suara berkenaan.Dari satu sudut,angka ini sangat membanggakan kerana penyertaan rakyat Mesir dalam pilihanraya parlimen Mesir pada Disember 2010 adalah sangat rendah,iaitu sekitar 20 peratus sahaja.

Rakyat Mesir mula yakin dengan demokrasi negara mereka disamping faktor keputusan kerajaan sementara yang melonggarkan syarat pengundian iaitu hanya dengan menggunakan kad pengenalan atau "raqam qaumi".

PERANAN MASJID DAN AGAMAWAN

Pada 18 Mac,blogger telah bersembahyang Jumaat di salah sebuah masjid yang ternama dan antara tumpuan rakyat Mesir,iaitu MASJID SULTAN HASSAN.Khatib yang merupakan pensyarah Universiti AL AZHAR dan berkelulusan PHD menyampaikan khutbahnya dengan penuh semangat dan menyeru sidang jumaat agar menyertai pungutan suara dan mencadangkan agar BERSETUJU dengan pindaan berkenaan.

Malam harinya,kurang 12 jam sebelum waktu pengundian,blogger dapati,BERITA AKHBAR MESIR jam 9 malam,saluran satu,menyatakan betapa para khatib di masjid-masjid seluruh Mesir menyeru umat Islam keluar mengundi beramai-ramai.

Disamping itu,Mufti Republik Mesir,Prof Dr Ali Gom'ah yang sejak dari awal minggu menyeru Umat Islam Mesir agar keluar mengundi dan menyatakan hukum keluar mengundi adalah WAJIB dengan tanpa menyatakan samada WAJIB menyokong atau tidak.Bahkan,pada hari pengundian,19 Mac,Mufti berkenaan menegaskan sekali lagi hukum keluar mengundi.Ianya tidak lebih sebagai satu saranan demi masa depan sebuah negara.Prof Dr Umar Hasyim dan tokoh-tokoh ulama salafi di Mesir turut memainkan peranan yang sama seperti mufti berkenaan.

Rumusannya,agamawan di Mesir mengambil peranan penting dalam menggalakkan dan menyedarkan rakyat peri pentingnya menyertai pungutan suara yang merupakan salah satu saluran demokrasi untuk tujuan menentukan hala tuju negara.

PINDAAN PELEMBAGAAN YANG TELAH DIPERSETUJUI RAKYAT

Pada malam 20 Mac,keputusan pungutan suara diumumkan.77.2 peratus rakyat Mesir telah menyatakan persetujuan mereka terhadap pindaan pelembagaan yang dicadangkan oleh sebuah jawatankuasa pindaan yang diketuai seorang pakar pelembagaan,Dr Tarik El Bashari.Asas demokrasi adalah kuasa majoriti.Dengan peratusan tersebut,maka,pelembagaan Mesir telah dipinda oleh "kuasa rakyat".

Secara umumnya,terdapat 9 perkara yang dipinda, 2 perkara digubal dan 1 dimansuhkan. Perkara-perkara yang dipinda adalah perkara 75,76,77,88,93,139,151,148 dan 189.Manakala perkara-perkara yang digubal adalah ceraian satu dan dua bagi perkara 189..Justeru,perkara 179 pula,telah dimansuhkan.Apakah perkara-perkara tersebut dan kesannya terhadap pindaan pelembagaan Mesir?

PERKARA 75

Perkara 75 pelembagaan Mesir adalah berkaitan calon presiden.Sebelum dipinda,perkara tersebut hanya mensyaratkan bahawa calon presiden adalah individu yang berumur 40 tahun keatas yang memiliki kelayakan sivil dan politik.

Setelah pungutan suara diadakan,maka,perkara 75 tersebut telah diperkemas dan MEMPERKETATKAN calon seorang presiden.Selain mengekalkan syarat sedia ada,iaitu berumur 40 tahun keatas,calon dan kedua ibu bapa calon presiden hendaklah warganegara Mesir dan calon presiden tidak berkahwin dengan orang asing.

Jika dilihat dari perkara ini,rakyat Mesir yang memiliki dwi kewarganegaraan seperti saintis Mesir yang bertaraf dunia,Prof Dr Ahmad Zuwail,telah hilang kelayakannya untuk menjadi calon presiden Mesir.

Namun,perkara ini bakal mengangkat kedaulatan Mesir.Bakal Wanita pertama Mesir sudah semestinya bukan dari kalangan wanita asing.

PERKARA 76

Perkara ini adalah satu perkara yang sangat hangat diperdebat dan diperbahaskan dan dipercayai antara faktor utama mengapa para belia berkumpul di Medan Tahrir.artikel ini semakin rancak diperdebatkan sejak kembalinya DR EL BARADEI ke Mesir pada 19 Februari 2010.

Sebelum dipinda,syarat pencalonan presiden DIPERKETATKAN dimana,calon yang bertanding atas tiket bebas hendaklah mendapat sokongan 250 ahli parlimen dan ahli majlis pihak berkuasa tempatan.Manakala calon yang bertanding atas tiket mana-mana parti,calon mestilah pernah memegang jawatan tertinggi dalam parti sekurang-kurangnya setahun dan memiliki kerusi parlimen sekurang-kurangnya 3 peratus.

Setelah dipinda,syarat pencalonan presiden DIPERMUDAHKAN dimana,calon bebas hendaklah mendapat sokongan 30 ahli parlimen atau mendapat sokongan sekurang-kurangnya 30 ribu pengundi yang layak mengundi dari 15 negeri (governorate).Calon hendaklah mendapatkan sekurang-kurangnya seribu sokongan di setiap negeri.

Manakala parti yang hendak bertanding dalam pilihanraya presiden,boleh berbuat demikian dengan hanya memiliki satu kerusi sahaja.

Pindaan ini,akan memudahkan mereka yang idealisme dan mempunyai ketokohan dalam bidang tertentu untuk bertanding walaupun calon berkenaan bukan ahli politik atau baru sahaja menceburi politik.Maka,pindaan ini bakal memberi laluan kepada DR EL BARADEI dan AMRU MUSA untuk bertanding dalam pilihanraya presiden kelak berbanding sebelum pindaan yang dilihat sebagai penghalang, terutama sekali terhadap DR EL BARADEI.

PERKARA 77

Perkara ini adalah berkaitan tempoh atau penggal pemerintahan seorang presiden.Jika sebelum pindaan,jawatan presiden tidak mempunyai tempoh maksima.Justeru,peruntukan perkara ini membenarkan presiden memegang jawatan seumur hidup.

Selepas pindaan,penggal pertama bagi seorang presiden adalah selama 4 tahun bermula dari tarikh pengumuman keputusan dan tempoh maksima seorang presiden adalah selama dua penggal sahaja dan tidak boleh menyertai pilihanraya presiden seterusnya.

Dari satu aspek,ianya adalah baik untuk memberi peluang kepada orang lebih baik memegang jawatan presiden.Namun,dari satu aspek pula,tempoh lapan tahun itu sangat singkat untuk memastikan program yang dirancang mencapai sasaran.

Apa pun,ianya adalah satu perubahan yang dituntut pada masa ini bagi memastikan tiada lagi sejarah monopoli jawatan presiden untuk seorang individu selama berpuluh-puluh tahun.Rakyat Mesir mahu nafas baru.Itulah juga yang dilakukan oleh rakyat Indonesia apabila mereka berjaya menjatuhkan SUHARTO.

PERKARA 88

Perkara ini adalah berkaitan penyeliaan pilihanraya.Sebelum dipinda,pilihanraya diselia oleh suruhanjaya secara bebas berdasarkan peruntukan undang-undang yang mana ianya dianggotai oleh para hakim.

Selepas dipinda,ianya diperkemaskan dengan penyeliaan para hakim dalam mengawasi ketelusan pilihanraya termasuklah ketika pembuangan undi dan pengiraan undi.Dengan pindaan berkenaan,parti dan calon bebas yang bertanding akan lebih yakin dengan ketelusan pilihanraya berkenaan kerana tiada campur tangan wakil parti atau calon bebas yang boleh mengambil peluang "menipu" seperti yang berlaku semasa piliahanraya parlimen disember 2010.

PERKARA 93

Perkara ini adalah berkaitan keabsahan kerusi parlimen yang dimenangi.Sebelum dipinda, parlimen mempunyai kuasa untuk membatalkan kemenangan.Mahkamah rayuan,hanya berfungsi sebagai "penyiasat" terhadap keabsahan berkenaan.

Namun,setelah dipinda,parlimen tidak lagi berkuasa untuk membatalkan kemenangan kerusi parlimen.Mahkamah tinggi perlembagaan sahaja yang mempunyai kuasa berkenaan dan bantahan terhadap kemenangan berkenaan boleh dibuat dalam tempoh 30 hari setelah keputusan diumumkan.

Oleh yang demikian,keabsahan kerusi parlimen yang dimenangi adalah dimiliki oleh mahkamah dan ianya adalah lebih telus jika dibandingkan sebelum dipinda.Bayangkan jika kemenangan kerusi yang dibantah itu adalah terhadap kerusi parti yang majoriti,sudah tentu,ianya kebal dan bantahan berkenaan hanya tinggal bantahan.Itulah yang berlaku sebelum ini ketika kemenangan NDP (National Democratic Parti) sebagai parti yang memenangi majoriti pada pilihanraya parlimen yang lepas.

PERKARA 139

Perkara ini adalah berkaitan pelantikan Timbalan Presiden.Sebelum perkara ini dipinda, presiden tidak semestinya melantik timbalannya.Sebab itulah Husni Mubarak tidak pernah melantik timbalannya sejak memegang jawatan presiden Mesir pada 14 oktober 1981.Ianya berbeza dengan apa yang telah dilakukan oleh Presiden sebelumnya,Anwar Sadat (1970 hingga 6 oktober 1981).Pada 16 april 1975, Husni Mubarak dilantik sebagai Timbalan Presiden oleh presiden Anwar sadat,setelah melihat kejayaan besar Husni Mubarak memimpin tentera udara yang berjaya melumpuhkan musuh ketika perang Arab - Israel pada 6 oktober 1973.

Husni Mubarak hanya melantik Umar Sulaiman,bekas ketua perisikan Mesir sebagai Timbalan Presiden pada 29 Januari 2011,beberapa hari sebelum beliau berundur dari jawatan Presiden.

Setelah pindaan dibuat menerusi pungutan suara yang diadakan pada 19 Mac 2011,jawatan Timbalan Presiden adalah WAJIB dan presiden hendaklah melantik timbalannya dalam masa tidak lebih 60 hari dari tarikh pelantikannya sebagai presiden.Presiden boleh melantik lebih dari seorang timbalan.

PERKARA 148

Perkara tersebut adalah berkaitan UNDANG-UNDANG DARURAT.Bermula pada 5 Jun 1967,ketika di bawah pemerintahan Presiden Gamal Abdul Nasir (1953 - 1970), Mesir telah mengisytiharkan keadaan darurat berikutan ketegangan negara Mesir ekoran ancaman dan serangan Israel.Mesir yang berundur dari SEMENANJUNG SINAI ketika itu,mula menguatkuasakan undang-undang darurat.Pergerakkan manusia ketika itu adalah terbatas.Penangkapan atas individu yang disyaki boleh dilakukan tidak mengira waktu.

Setelah MESIR menang dalam perang ARAB - ISRAEL pada 6 oktober 1973,Mesir masih lagi mengekalkan keadaan darurat.Rakyat Mesir hanya menikmati kebebasan hidup tanpa keadaan darurat selama 18 bulan sahaja apabila Presiden Anwar Sadat mengisytiharkan tamat darurat pada Mei 1980 sehinggalah beliau dibunuh pada 6 Oktober 1981.Peristiwa pembunuhan Presiden Anwar Sadat telah menjadi alasan oleh Husni Mubarak untuk mengisytiharkan darurat beberapa hari selepas beliau dilantik sebagai Presiden.

Rakyat Mesir tidak suka dengan keadaan darurat yang membelenggu mereka dan kezaliman yang berselindung disebalik keadaan darurat itu.Sebelum pindaan pelembagaan,kuasa pengisytiharan keadaan darurat adalah kuasa presiden yang mendapat persetujuan parlimen dengan tempoh yang tidak ditentukan oleh pelembagaan dan ianya boleh menyebabkan keadaan darurat itu berterusan dalam tempoh yang panjang.

Selepas pindaan pelembagaan,perkara 148 telah memperuntukkan bahawa presiden masih lagi mempunyai kuasa untuk mengisytiharkan darurat dan persetujuan majoriti dari parlimen juga diperlukan bagi meneruskan keadaan darurat akan tetapi ianya terhad untuk tempoh 6 bulan sahaja.Jika keadaan darurat tersebut hendak diteruskan,pungutan suara rakyat hendaklah dibuat untuk meneruskan keadaan darurat berkenaan.Maka,keputusan untuk meneruskan keadaan darurat adalah ditentukan oleh rakyat dan bukannya parlimen semata-mata.

PERKARA 151

Perkara ini adalah berkaitan kuasa presiden dalam menandatangani sebarang perjanjian. Sebelum pelembagaan ini dipinda,Presiden mempunyai kuasa mutlak untuk menandatangani sebarang perjanjian dan presiden hanya perlu mengumumkannya kepada parlimen perjanjian yang telah ditandatangani.

Pada 1979,Presiden Anwar Sadat telah menandatangani perjanjian damai dengan Israel dan ianya dikenali sebagai perjanjian damai CAMP DAVID.Anwar Sadat dilihat mengambil tindakan secara peribadi dan tidak dibuat secara teliti dengan penglibatan parlimen.

Akhirnya,tindakan beliau telah menyebabkan beliau dituduh sebagai pengkhianat arab dan ibu pejabat Liga Arab dipindahkan dari Kaherah.Dengan sebab tindakan beliau jugalah telah menyebabkan beliau ditembak mati pada 6 Oktober 1981.

Berdasarkan pengalaman lepas,presiden tidak lagi mempunyai kuasa mutlak untuk menandatangani sebarang perjanjian.Melalui pungutan suara,pelembagaan dipinda dan perkara 151 mewajibkan presiden mendapatkan persetujuan parlimen terlebih dahulu sebelum menandatangani sebarang perjanjian.

Oleh yang demikian,ISRAEL perlu berhati-hati terhadap perjanjian damainya.Saya masih tidak pasti,apakah perjanjian kem david boleh diteliti semula atau tidak.Namun,apa yang pasti,perjanjian penjualan GAS kepada ISRAEL telah mula disuarakan kebelakangan ini.Rakyat meminta agar perjanjian eksport GAS tersebut diteliti semula.Perkara ini perlu diperhatikan dan perkembangannya harus dipantau dari semasa ke semasa.

PERKARA 179

Perkara ini adalah merupakan antara sebab rakyat berkumpul di Medan Tahrir kerana ianya disalah gunakan.Atas nama memerangi pengganas,kebebasan individu dinodai.Pihak pemerintah mempunyai hak untuk menahan sesiapa sahaja atas nama mencegah keganasan.Perkara ini adalah MIRIP undang-undang ISA di Malaysia.

Selepas pindaan melalui pungutan suara yang diadakan baru-baru ini,undang-undang mirip ISA tersebut telah DIMANSUHKAN hasil perhimpunan dan desakan belia di MEDAN TAHRIR.

PERKARA 189

Secara umumnya,perkara 189 adalah berkaitan pindaan pelembagaan.Cara pindaan pelembagaan dikemaskinikan dengan cara yang lebih tersusun dengan pungutan suara selain dari penglibatan parlimen dan presiden sendiri.

MESIR DEMOKRASI?

Mesir menuju kearah negara yang lebih demokrasi berbanding sebelum ini.Adalah dijangka, dengan demokrasi ini akan menyebabkan Mesir kembali bergelar negara maju seperti di zaman beraja yang diasaskan oleh MUHAMMAD ALI BASHA seawal kurun ke 19.

Saat ini,terdapat suara-suara lantang meminta kerajaan menukar transaksi di TERUSAN SUEZ menggunakan POUND MESIR menggantikan DOLAR AMERIKA.Walaupun transaksi Terusan Suez hanya menyumbang 15 peratus dalam KDNK Mesir,namun kesannya sangat besar dalam menentukan nilai pound Mesir.Satu ketika dahulu,POUND MESIR adalah wang paling mahal di dunia.

Bukan itu sahaja,kerenah birokrasi juga bakal berkurangan kerana perubahan sistem politik kelak.Dengan penuh kepercayaan,berdasarkan produk-produk pelancongan yang mahal dan sangat berharga kerana kesan sejarah ketamadunannya,saya pasti,sektor pelancongan Mesir akan lebih maju.

Sebab itulah bagi saya,Perdana Menteri Britain,David Cameron dan pemimpin - pemimpin barat,segera ke Mesir setelah kemenangan revolusi.Sewajarnya,MALAYSIA mempereratkan lagi hubungan dua hala yang bukan hanya pada bidang pendidikan tinggi semata-mata.

Dari segi sikap dan kesedaran sivik di kalangan rakyat Mesir,ianya boleh diubah melalui sistem pendidikan.Sebab itu Dr Ahmad Zuwail bercakap tentang kepentingan transformasi bidang pendidikan selepas kemenangan revolusi belia di Mesir.Untuk mengubah Mesir dalam sekelip mata,sudah tentu ianya bukan mudah.Perubahan akan berlaku secara berperingkat-peringkat dan tidak mustahil ketamadunan mereka akan bangkit semula dan "kita" akan mengharapkan mereka kelak.

Apabila bercakap tentang pendidikan, kita tidak boleh lari dari bercakap soal AL AZHAR.Sudah tentunya,AL AZHAR turut terkesan dengan revolusi belia tersebut. Persoalannya,apakah peranan AL AZHAR terus diperlukan selepas revolusi? Apakah kesan revolusi belia terhadap AL AZHAR? Bagaimana pula isu SALAFI di Mesir? Bukankah SALAFI juga mempunyai peranannya? Saya akan ulas persoalan-persoalan tersebut dalam entri seterusnya.

Ahad, 6 Mac 2011

ANALISIS REVOLUSI BELIA 25 JANUARI DI MESIR SIRI KETIGA : SIAPAKAH PRESIDEN MESIR SELEPAS MUBARAK?


AMRU MUSA,SETIAUSAHA AGONG LIGA ARAB DAN ORANG PERTAMA MENYATAKAN HASRAT BERTANDING DALAM PILIHANRAYA PRESIDEN MESIR



DR MUHAMAMAD EL BARADEI MENGUMUMKAN HASRATNYA UNTUK BERTANDING SETELAH PENGUMUMAN PINDAAN PERKARA 76 PELEMBAGAAN MESIR

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Para Blogger yang saya hormati sekalian,

Saat ini,Mesir sedang diperhatikan oleh dunia kerana kisah revolusi 25 januari yang telah menyebabkan seorang presiden yang memerintah selama tiga dekad,meletakkan jawatannya enam bulan lebih awal.

Mesir pasca Mubarak adalah satu topik yang menarik untuk dibincangkan kerana pemerintahan Mubarak adalah selama 30 tahun dan pastinya terdapat beberapa perkara yang menarik perhatian.Oleh yang demikian,entri kali ini akan cuba membincangkan isu siapakah bakal presiden Mesir.Saya agak lewat untuk menulis entri kali ini,kerana menunggu pengumuman Dr El Baradei.Setelah 6 hari dari pengumumannya,barulah saya berhasrat menulis entri kali ini.

SIAPA BAKAL PRESIDEN MESIR

Teka-teki siapakah bakal presiden Mesir sungguh hebat dimainkan saat ini.Pelbagai nama disebut-sebut bakal menyertai pilihanraya presiden.Sehingga entri ini ditulis,hanya AMRU MUSA dan EL BARADEI sahaja menyatakan hasrat untuk menyertai pilihanraya presiden.

Pilihanraya presiden kali ini adalah pilihanraya presiden kali kedua selepas kali pertama diadakan pada tahun 2005.Saat itu,MUBARAK telah memenangi pilihanraya berkenaan.Apa yang menarik kali ini adalah,sebuah pilihanraya presiden pasca revolusi 25 Januari.

AMRU MUSA CALON PRESIDEN PALING POPULAR?

Suka saya fokuskan kepada dua tokoh berkenaan walaupun sebenarnya,Dr Ahmad Zuwail, seorang saintis bertaraf dunia juga disebut-sebut sebagai presiden Mesir.Namun,peluang beliau menjadi lebih tipis jika melihat pindaan pelembagaan baru Mesir.

Amru Musa mempunyai peluang yang sangat cerah.Beliau merupakan bekas Menteri Luar Mesir dan sekarang sedang memegang jawatan Setiausaha agong Liga Arab.Beliau dengan penuh yakin,mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatan sebagai Setiausaha Agung badan dunia arab itu untuk penggal seterusnya bagi menyertai pilihanraya presiden Mesir.

Amru Musa adalah calon yang sangat popular.Bahkan,beliau adalah orang pertama yang menyatakan hasrat untuk bertanding dalam pilihanraya presiden.Media cetak dan elektronik,mula menyebut-nyebut nama beliau sejurus selepas 11 Februari,bahkan,laman web akhbar AL AHRAM pernah membuka undian kepada pembacanya dan jelas,undian terhadap AMRU MUSA sebagai presiden Mesir sangat tinggi.

Bagi saya,memang beliau calon yang sangat popular berdasarkan pengalaman peribadi yang turun ke MEDAN TAHRIR.Saya menemuramah beberapa penunjuk perasaan pada 12 Februari 2011 dan kebanyakkan dari mereka menyebut nama AMRU MUSA.

Beliau juga dilihat antara tokoh yang berani turun ke Medan Tahrir menemui para penunjuk perasaan dan berusaha meleraikan mereka.Namun,usaha beliau menemui kebuntuan.Penunjuk perasaan berkeras mahukan Husni Mubarak meletakkan jawatannya ketika itu.

Faktor lokasi Pejabat LIGA ARAB yang terletak di TAHRIR mungkin sahaja dilihat sebagai antara faktor mengapa AMRU MUSA sangat dekat di hati penunjuk perasaan disamping ketegasan dan kelantangan beliau dalam mengemudi isu ISRAEL - PALESTIN.

Namun,terdapat beberapa halangan untuk AMRU MUSA berjalan menuju ke istana presiden.Ini adalah kerana,beliau pernah duduk dalam kerajaan HUSNI MUBARAK sebagai menteri luar sebelum dilantik ke jawatan setiausaha agung Liga Arab.

Beliau juga pernah menyatakan sokongan terhadap Husni Mubarak secara terang-terangan dan berjanji akan mencalonkan beliau jika tiada sesiapa berbuat demikian.Walaupun kenyataan beliau dikeluarkan sebelum 25 Januari 2011,ianya tetap menjadi liabiliti kepada beliau.

Amru Musa cuba membersihkan imej beliau dengan menyatakan maksud disebalik kenyataan itu adalah kenyataan yang menolak pencalonan Jamal Mubarak,anak Husni Mubarak sebagai presiden Mesir.Kenyataan tersebut dibuat dalam satu sesi temuramah yang disiarkan oleh akhbar harian EL SHOROUK pada 10 Mac 2011.

AMRU MUSA adalah saingan hebat Dr El Baradei dalam pilihanraya Presiden kelak.Ini adalah kerana Amru Musa mempunyai karisma beliau tersendiri dan sumbangannya yang bukan kecil dalam isu Israel - Palestin terutamanya dalam isu menyelesaikan pertelingkahan antara HAMAS dan FATAH.

Rakyat Mesir pasti tidak boleh lupa keberanian beliau yang "turun padang" ke Genting Gaza, Palestin, untuk melihat sendiri situasi disana.Beliau mengadakan pertemuan dengan Ismail Haniah,bekas Perdana Menteri pihak berkuasa Palestin dan bukan hanya bertemu dengan pemimpin FATAH.

DR EL BARADEI CUCU ULAMA AL AZHAR

Nama Dr El Baradei bukan asing di peringkat antarabangsa dan di peringkat nasional.Bekas Ketua Pengarah Agensi Atom Dunia yang bernaung di bawah PBB,adalah antara rakyat Mesir yang dianugerahkan NOBEL antarabangsa.DR EL BARADEI adalah anak kepada Presiden Majlis Peguam Mesir dan cucu antara para syeikh Al Azhar.

Kepulangan beliau pada 19 Februari 2010 ke tanah tumpah darahnya,Mesir adalah diibaratkan bagai sirih pulang ke gagang.Beliau bukan sahaja disambut dengan sokongan moral ratusan orang di Lapangan Terbang Kaherah,bahkan dijemput dalam sesi temuramah beberapa stesen TV tempatan dan antarabangsa.

Beliau mengasaskan sebuah pertubuhan yang diberi nama Pertubuhan Transformasi Kebangsaan yang mengumpulkan para aktivis dari kalangan pemuda dan belia.Laman sosial FACEBOOK juga menjadi antara elemen beliau mempromosikan perjuangannya.

Beliau dilihat tidak gopoh untuk mengumumkan diri untuk bertanding dalam pilihanraya presiden.Antara 19 Februari 201o sehingga 3 Mac 2011,beliau masih mengumumkan bahawa tidak akan bertanding dalam pilihanray presiden.

Ini adalah kerana,peruntukan artikel 76 pelembagaan Mesir telah menghalang beliau dari menyertai pilihanraya berkenaan.Saat beliau pulang,isu pelembagaan mula diperbahaskan terutamanya akhbar-akhbar harian.

ramai yang mahu agar perkara 76 itu dipinda, namun,pemerintah Mesir saat itu gagal mendengar rungutan-rungutan berkenaan sehingga membawa kepada antara sebab perhimpunan besar-besaran di Medan Tahrir.

Namun,segalanya berubah pada 4 Mac,apabila Majlis Tertinggi Tentera mengumumkan pungutan suara terhadap pindaan pelembagaan yang akan diadakan pada 19 Mac 2011 dimana perkara 76 turut dipinda.El Baradei mengumumkan secara rasmi hasrat beliau bertanding dalam pilihanraya presiden pada 9 Mac 2011.Walau bagaimana pun,Dr El Baradei menolak pindaan pelembagaan dan menuntut sebuah pelembagaan baru.Ianya senada dengan kenyataan AMRU MUSA.

Namun,jalan beliau untuk menuju ke istana presiden juga bukan mudah.beliau dibayangi isu laporan senjata nuklear yang membawa peperangan Iraq, kehancuran Iraq dan status agama menantunya.

Namun,ianya telah dijawab oleh beliau melalui temuramahnya yang disiarkan oleh akhbar Mesir.Namun,tidak dapat dijangka,sejauh manakah penerimaan rakyat terhadap jawapan beliau.Bagi saya,ketokohan beliau amat diperlukan untuk memajukan semula negara Mesir.

PENTINGNYA PRESIDEN MESIR

Mesir adalah negara Islam paling maju dalam catatan sejarah dunia moden.Ketika Malaysia masih dijajah British,Mesir terkenal dengan kilang tenunan kain kapas dan terusan suez.Bukan itu sahaja,wang Mesir adalah meruapakan wang paling berharga satu ketika dahulu.Kemajuan Mesir adalah setanding dengan negara barat yang lain seperti Britain dan Francis.

Seawal tahun 1881,Mesir mempunyai sistem keretapi ringan yang masih boleh dilihat di Iskandariah sehingga hari ini.British pernah meminta bantuan kewangan dari Mesir ketika perang dunia pertama malangnya setelah itu,Bristish mencampuri banyak urusan dalam negara Mesir melalui kedutaan besarnya sehingga rakyat menjerit revolusi pada Jun 1952.

Paling penting adalah,AL AZHAR berada di Mesir dan peranannya sangat besar dalam dunia Islam.AL AZHAR adalah benteng ilmu umat Islam.Tanpa AL AZHAR,Islam akan masih dituduh penganjur keganasan dan Islam tersebar melalui ketajaman pedang.

Presiden Mesir adalah orang yang sangat penting dalam menentukan hala tuju negara ini.Secara peribadi,saya amat berharap agar Mesir mengetuai negara Islam kerana keserdahanaan Islam yang digarapkan oleh AL AZHAR.

Semoga perubahan sistem politik di Mesir akan mendatangkan kebaikkan kepada negara yang bersejarah ini.Persoalannya,adakah dengan hanya pindaan pelembagaan akan berjaya mengubah Mesir? Apakah perkara-perkara yang dipinda dalam pelembagaan Mesir? akan saya kupaskan isu ini dalam analisis seterusnya.