Ahad, 18 Mac 2012

ISU TUNTUTAN HAK ARMA PMRAM : ANTARA KEBENARAN YANG TERSEMBUNYI DAN KEBATILAN YANG NYATA

ADAKAH TUNTUTAN PMRAM MASIH RELEVAN?


GERAN INI DIKELUARKAN PADA 5 JUN 1960


TERJEMAHAN


GERAN INI DIKELUARKAN OLEH PEJABAT TANAH KAHERAH PADA 17 FEBRUARI 1992 DAN INI ADALAH GERAN YANG SAH UNTUK TANAH DMAK HARI INI


TERJEMAHAN

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Para Blogger Sekalian,

1. Menuntut ilmu adalah merupakan kewajiban yang tidak bertempoh.Hasil menuntut ilmu tersebut akan membezakan seorang yang berilmu dan yang jahil.

2. Walaupun kewajiban berkenaan tidak bertempoh, dalam dunia modern hari ini, sistem pengajian bersistem tidak dinafikan oleh ISLAM.Ini dibuktikan oleh banyak ulama-ulama kontemporari hari ini.

3. Sebagai contoh, FADHILATUL SYEIKH PROF DR ALI GOM'AH yang berkelulusan ijazah sarjana muda PENGURUSAN PERNIAGAAN dari universiti Ain Sham turut menyambung pengajian di fakulti pengajian Islam di AL AZHAR untuk mempunyai pengiktirafan sebagai seorang ilmuan Islam.

4. Justeru, untuk lahir sebagai seorang ilmuwan ISLAM dari universiti AL AZHAR yang berprestij dan ternama di dunia ini sewajarnya mereka tidak diganggu dengan perkara yang remeh temeh dan sewajarnya bakal ilmuwan tidak menghabiskan banyak masa dengan membincangkan perkara yang kecil seolah-olah ianya sesuatu yang sangat besar hingga dibunyikan semboyan peperangan dan pergaduhan yang boleh memecah belahkan sesama umat Islam.

5. Blogger ezoegypt ingin berkongsi dengan para pembaca sekalian isu yang sering disebut akhir-akhir ini terutama sekali yang dibahaskan dalam MUKTAMAR SANAWI PMRAM berkaitan isu Asrama Rumah Melayu Abbasiah (ARMA) atau nama barunya Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah (DMAK).

6. Isu kecil ini perlu diselesaikan segera dari terus dijadikan isu untuk menjadikan seseorang mahasiswa itu lebih berketrampilan dan dinamik demi perjuangan ISLAM dan kedaulatannya di Malaysia kelak.

DAKWAAN PMRAM TERHADAP HAK MEREKA

7. Setelah meneliti hujah-hujah yang dikemukakan oleh Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) melalui siri ucapan pemimpin PMRAM dan blog-blog rasmi, PMRAM seolah-olah bermain dengan sentimen RAMPASAN TANAH oleh kerajaan Malaysa.

8. Kenyataan PMRAM sangat bercanggah sama ada PMRAM adalah pemilik asal atau bukan.Jika dilihat pada kenyataan asal dalam www.pmram.org, mereka menyatakan :

"Burhubung hak pemilikan tanah, PMRAM mengiktiraf bahawa nama pemilik yang tercatat pada geran tanah itu pada masa kini ialah Persekutuan Tanah Melayu (Malaysia)"

9. Jika dilihat dari kenyataan tersebut PMRAM seolah-olah memperakui bahawa tanah ARMA atau DMAK adalah milik PMRAM dan masih mempunyai hak ke atasnya.Akan tetapi, bagi pembaca yang sihat, kenyataan tersebut sendiri bercanggah dengan manyatakan :

"akan tetapi PMRAM tetap memiliki keistimewaan sebagai tuan tanah yang asal kerana usaha-usaha memperolehi tanah itu keseluruhannya adalah hasil perjuangan PMRAM dengan sokongan pelbagai pihak tanpa melibatkan kerajaan Malaysia".


10. Selaku pembaca, saya tertanya-tanya, mana satu yang betul? Masih tercatit nama PMRAM atau TIDAK dalam geran milik tanah?

11. PMRAM juga mendakwa bahawa tanah tersebut diberikan secara PERCUMA. Ini bermakna, tanah tersebut adalah merupakan tanah kurnia oleh kerajaan Mesir dan ianya kekal milik penama dalam geran tanah berkenaan. Adakah ianya benar?

12. Jika dilihat dalam kronologi isu ARMA ini, ianya mula menjadi polemik bermula pada tahun 1992. Mengapa sebelum 1992 tiada sebarang polemik?

13. Dalam satu situasi pula, PMRAM mendakwa, mereka tidak menuntut tanah ARMA sebaliknya menuntut HAK KE ATAS ARMA berkaitan peraturan ARMA yang dibuat pada 1986 di mana, 3 orang wakil PMRAM mesti terlibat dalam pemansuhan atau penggubalan sebarang peraturan mahu pun undang-undang berkaitan ARMA.

14. Bagaimana kita memahami isu ini? Adakah peraturan 1986 tersebut terpakai sampai bila-bila dan dibuat sebagai satu peraturan yang selari dengan penyerahan tanah?

15. PMRAM terus memainkan sentimen RAMPAS tersebut dengan menyatakan bahawa PMRAM berkali-kali menuntut HAK PMRAM ke atas ARMA pada tahun 1992, 1996, 1999 dan 2007.

FAKTA SEBENAR BERKAITAN HAK MILIK TANAH ARMA

16. Sebelum kita pergi lebih jauh, saya yakin, tujuan asal pihak persatuan pelajar melayu yang memohon tanah ketika itu adalah kerana kebajikan anak-anak melayu di Mesir.

17. Sebagai seorang yang mempelajari ilmu-ilmu syariah, sudah tentu kita sering diingatkan oleh pensyarah kita di universiti bahawa setiap hukum itu mempunyai MAQASID atau OBJEKTIF SYARAK.

18. Seorang penuntut ilmu syariah juga diajar agar tidak terikat dengan LITERAL NAS melainkan dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan TAABBUDIAH atau perhembaan seperti solat.

19. Dalam aspek ini, blogger kira, apa yang perlu PMRAM timbulkan adalah soal kebajikan ke atas rakyat Malaysia atau pelajar-pelajar Malaysia dengan adanya ARMA atau DMAK. Itu adalah lebih baik berbanding menuntut HAK 3 orang AHLI JAWATANKUASA dari kalangan PMRAM.Saya AKAN BERSETUJU DENGAN PMRAM TANPA KOMPROMI jika PMRAM membangkitkan isu komposisi penduduk DMAK (nama baru bagi ARMA) yang mesti 50% pelajar pengajian Islam dan 50% pelajar perubatan dan mengembalikan subsidi makanan percuma seperti di zaman 60 an, 70 an bahkan di zaman 80 an dan penggunaan dewan dan bilik mesyuarat secara percuma seperti sebelum dikuatkuasakan pada hari ini yang berbayar dan syarat- syarat yang membebankan.

20. Walaubagaimana pun, semua pihak mesti tahu bahawa tanah yang diberikan oleh kerajaan Mesir tersebut BUKAN DIBERIKAN SECARA MUTLAK sebaliknya tanah berkenaan adalah TANAH YANG DIBERIKAN SECARA PAJAKAN atau SEWA yang mempunyai had tempoh tertentu.

21. Ini dibuktikan oleh GERAN yang dikeluarkan oleh pejabat tanah Kaherah sendiri melalui dokumen-dokumen yang dinyatakan diatas.

APAKAH MAKSUD GERAN 1960

22. GERAN tanah ARMA yang ditandatangani oleh Presiden JAMAL ABDUL NASIR pada tahun 1960 jelas menunjukkan tanah tersebut BUKAN PEMBERIAN MUTLAK sebaliknya ia adalah tanah yang diserahkan secara pajakan untuk tempoh 30 tahun.

22. Tanah tersebut juga diserahkan kepada KERAJAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU dari nama PERSATUAN MELAYU yang dipercayai PMM.

23. Jika bercakap tentang PMM, persoalan yang timbul adalah, apakah PMM itu mewakili anak-anak melayu di semenanjung Malaysia sahaja atau juga turut mewakili melayu Singapura, Indonesia, Filiphina dan Brunei?

24. Ini adalah kerana, jumlah pelajar dari tanah melayu pada ketika itu tidak ramai seperti hari ini. Berdasarkan sumber yang boleh dipercayai, PMM pada ketika itu turut mewakili anak-anak melayu dari pelbagai negara termasuk negara-negara jiran.

25. Perlu diingatkan juga bahawa Sabah dan Sarawak pada ketika itu, belum berada dalam MALAYSIA dan MALAYSIA juga belum ditubuhkan.

26. Berdasarkan kepada teori PMM yang mewakili anak melayu dari pelbagai negara, maka, adalah wajar ketika itu, Kerajaan Malaysia menukar nama dari PMM atau Persatuan Melayu kepada Kerajaan Tanah Melayu.

27. Bagaimana mungkin kerajaan boleh membina bangunan di atas tanah yang dimiliki oleh orang lain dengan menggunakan dana dari negara sendiri? sudah tentu di kemudian hari, ianya akan mengundang banyak masalah.

28. Bagi saya, Peraturan ARMA pada tahun 1986yang turut melibatkan PMRAM kerana ianya juga berdasarkan status geran pada tahun 1960.

29. Jika PMRAM menuntut HAK ARMA berdasarkan status penglibatan PMM pada tahun 1960, maka melayu Singapura, Indonesia, Brunei dan Filiphina juga berhak.Hari ini, PMRAM hanya mewakili sebahagian kecil anak melayu dari Malaysia sahaja dan bukan seperti yang terdapat di zaman PMM.

GERAN 1992

30. Setelah tamat tempoh geran 1960 selama 30 tahun iaitu 1990, maka, pada 17 Februari 1992, geran tanah diperbaharui sesuai dengan kontrak yang termaktub sebelumnya.

31. Seperti yang kita ketahui, pada tahun 1971, Kerajaan Mesir dibawah Presidennya yang baru ketika itu, Presiden Anwar Sadat telah menggubal perlembagaan baru.

32. Kaedah pemilikan tanah dan sewaan tanah MILIK NEGARA MESIR hendaklah mengikut undang-undang baru yang digubal sesuai dengan penggubalan perlembagaan ketika itu.

33. Maka, Sebuah undang-undang yang dinamakan sebagai AKTA SISTEM PENGURUSAN KERAJAAN TEMPATAN BERNOMBOR 43 TAHUN 1979 telah digubal oleh Presiden Anwar sadat dan AKTA tersebut mengandungi 144 seksyen.

34. Tanah yang terbina diatasnya bangunan ARMA adalah terikat dengan undang-undang berkenaan dan dengan ini jelas bahawa tanah tersebut BUKAN DIBERIKAN oleh kerajaan sebaliknya tanah berkenaan masih lagi MILIK KERAJAAN MESIR.

35. Kerajaan Mesir telah menyewakan tanah berkenaan pada tahun 1992 kepada kerajaan Malaysia sesuai dengan kaedah-kaedah yang terdapat dalam akta berkenaan. Ini bermakna, kerajaan Malaysia hanya memiliki MANFAAT TANAH BERKENAAN sementara PEMILIK TANAH BERKENAAN masih lagi milik kerajaan Mesir.

36. Menurut geran 1992 berkenaan, tanah milik kerajaan Mesir yang disewa ini juga menetapkan tempoh sewaan selama 30 tahun atau sehingga 2022.

37. Ini bermakna, tanah tersebut boleh diambil semula oleh kerajaan Mesir jika sekiranya kerajaan Mesir TIDAK LAGI MAHU MENYEWAKAN tanah berkenaan kepada kerajaan Malaysia.

38. Dari satu sudut yang lain pula, peraturan-peraturan yang berkaitan ARMA juga TIDAK LAGI TERPAKAI apabila geran baru 1992 dikeluarkan.

39. Bahkan, bermula pada tahun 2004, apabila bangunan tersebut siap dibaik pulih sepenuhnya, ARMA tidak lagi wujud sebaliknya yang wujud adalah Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah (DMAK).

40. Sewajarnyalah nama baru tersebut membuat peraturan baru. PMRAM tidak wajar membangkitkan isu 3 orang wakil yang mesti terlibat dalam dasar-dasar berkaitan Asrama Rumah Melayu Abbasiah (ARMA) kerana nama ARMA telah TIADA dan secara automatik, entiti berkenaan tidak lagi wujud.

41. Walaupun TIADA mana-mana bahagian dalam peraturan 1986 menyebutkan bahawa apabila tiada hubungan antara Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) dan PMRAM maka peraturan ARMA dibatalkan secara langsung, akan tetapi PENUBUHAN DMAK dan PEROLEHAN GERAN BARU 1992 secara automatik, peraturan ARMA termansuh kerana geran pertama telah TAMAT TEMPOH dan BANGUNAN BARU ADALAH DI ATAS NAMA DAN ENTITI BARU.

42. Oleh yang demikian, saya sangat sangsi dengan isu ini saat ini, adakah PMRAM sengaja mahu menghasut para pelajar membenci kerajaan dengan menggunakan sentimen ARMA?

43. Adakah PMRAM sebenarnya tahu hakikat ini akan tetapi sengaja membiarkan ahli-ahlinya membenci kerajaan melalui isu ARMA?

44. Apakah masih relevan dakwaan PMRAM bahawa gran tanah tersebut masih menyebut bahawa pemiliknya adalah PMRAM?

45. Jika isu sebenarnya ialah HAK MENDAPATKAN SEBUAH PEJABAT, Mengapa PMRAM menolak tawaran Allahyarham Tuan Haji Wan Bakar pengarah JPMK, untuk memberikan PMRAM sebuah pejabat yang terletak di atas KANTIN DMAK pada tahun 2004 ?

46. Adakah tawaran tersebut ditolak kerana PMRAM tidak bersetuju pejabatnya diletak bersebelahan dengan pejabat KELAB UMNO, ABIM dan PERUBATAN ?

47. Adakah PMRAM lebih mengutamakan pejabat yang besar di anjung tersebut berbanding hari ini dijadikan PERPUSTAKAAN DMAK dan BILIK TUTORIAL DMAK?

48. Selaku pencinta kebenaran, saya membangkitkan persoalan-persoalan berkenaan.....



Mohd Faizal Sabhon
BA (Hons) Syariah,
AL AZHAR KAHERAH 2007
(dan kini sedang menyiapkan tesis master syariah universiti Kaherah)




Selasa, 13 Mac 2012

PEJABAT HEP JOHOR WADAH BARU PENYATUAN ANAK-ANAK JOHOR DI MESIR

JASAMU DIKENANG : TN HJ HANIF NAIM, BAPA PERPADUAN ANAK-ANAK JOHOR DI MESIR,PEGAWAI HEP NEGERI JOHOR PERTAMA DI MESIR (AWAL 2009 HINGGA 2011)

MULA BERSATU : ANAK2 JOHOR YANG LAMA DAN BARU BERUKHUWWAH DI TABA,SINAI DAN DAHAB PADA 1 - 4 FEBRUARI 2012 ANJURAN HEP JOHOR DI MESIR.SUASANA SEBEGINI HAMPIR TIADA KETIKA BKPJM MENGUASAI RUMAH JOHOR.REHLAH KE SINAI DISERTAI
60% PELAJAR LAMA DAN 40% PELAJAR BARU BERBANDING ZAMAN BKPJM MENGANJURKAN PROGRAM KE SINAI, 80% PELAJAR BARU DAN HANYA 20% PELAJAR LAMA.

TABAH MENDEPANI CABARAN DENGAN TUGAS YG BERAT: TN HJ MAULAN BIN HJ ASMUNI ,PENYELIA ASRAMA ATAU PEGAWAI HEP 2 YANG MENJADI SUBJEK SERANGAN AHLI TEGAR BKPJM, BELIAU TETAP SABAR DAN TIDAK MELENTING (MULA BERTUGAS PERTENGAHAN 2011 HINGGA SEKARANG)

TUGAS BERAT SEPANJANG MASA : TN HJ HUSNI TAMRIN, BEKAS PTA JOHOR BAHRU. BELIAU ADALAH MERUPAKAN PEGAWAI HEP 1 (MULA BERTUGAS PADA PERTENGAHAN 2011 HINGGA SEKARANG)


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

1. Sejak kedatangan pegawai HAL EHWAL PELAJAR JOHOR di Mesir,pelajar JOHOR mula rasa selesa dengan situasi ini.

2. Pelajar2 lama yang selama ini MENYENDIRI mula timbul di dalam beberapa program anjuran pejabat HEP JOHOR.

3. Ustaz Husni Tamrin yang mesra dengan panggilan ustaz husni dan TnHj Mohd Maulan Asmoni yg mesra dengan jolokan AYAH mudah dirapati oleh para pelajar lama yang selama ini TIDAK MAHU KE RUMAH JOHOR ekoran layanan yang tidak sepatutnya.

4. Ini dibuktikan dengan 2 program baru2 ini.EKSPLORASI SINAI 2012 dan TAHLIL DOA SELAMAT seminggu selepas itu.

5. Jika sebelum ini,kebanyakkan program hanya akan dihadiri oleh orang lama yg KUAT BKPJM dan pelajar2 baru yang mana 80 peratus berharap kepada pelajar2 baru,akan tetapi dalam DUA program tersebut, pelajar2 lama yang selama ini "sepi" telah menyertainya dengan begitu menggalakkan.Dalam program ini,PEJABAT HEP berjaya menyatukan yang lama dan baru hingga hari ini terpatri ukhuwwah islamiah sesama mereka.

ZAMAN BKPJM

6. BKPJM tidak benar-benar mewakili anak-anak JOHOR di Mesir.

7. Sebaliknya, BKPJM hanya mewakili PMRAM di dalam kelompok anak JOHOR.

8. PMRAM hanyalah satu persatuan pelajar dari beberapa persatuan yang terdapat di Mesir.Antara persatuan lain yg dianggotai anak-anak JOHOR ialah Kelab Umno Kaherah Mesir, ISMA, ABIM dan lain-lain.

9. Oleh kerana BKPJM mewakili PMRAM dalam rumah JOHOR dan dalam kelompok pelajar JOHOR, maka, banyak polisi-polisi BKPJM ketika menguasai rumah JOHOR telah memencilkan anak-anak JOHOR yang BUKAN PMRAM.

10. Ini TIDAK SEPATUTNYA berlaku dan ianya memperlihatkan SIKAP DIKTATOR dalam menguasai rumah JOHOR.

11. Begitu juga dalam beberapa hal,anak-anak JOHOR yg BUKAN PMRAM seolah2 orang asing apabila berada di RUMAH JOHOR dan majlis2 anjuran mereka.

12. Ketika BKPJM menguasai RUMAH JOHOR, polisi menampal IKLAN hanya DIBENARKAN iklan yang mempunyai lambang PMRAM dan TIDAK BERCANGGAH DENGAN PMRAM.

13. Ini bermakna, anak-anak JOHOR yang ada dalam ISMA,ABIM,KELAB UMNO KAHERAH dan lain-lain tidak mempunyai sebarang hak untuk menampal iklan mereka untuk program mereka.

14. Begitu juga dengan penggunaan RUMAH JOHOR.BKPJM tidak akan membenarkan persatuan yang BUKAN PMRAM mengadakan program di premis milik kerajaan negeri Johor tersebut hanya kerana penganjur program BUKAN PMRAM.Atas nama PECAH BELAH, BKPJM menafikan hak anak-anak JOHOR bukan PMRAM. BKPJM telah diamanahkan untuk menjaga rumah JOHOR sejak dibina pada tahun 1982 sehinggalah pegawai2 HEP dihantar ke MESIR oleh kerajaan negeri JOHOR pada tahun 2009.

15. Begitu juga berkenaan BORANG ZAKAT. Terdapat ramai anak-anak JOHOR dalam ABIM dan KELAB UMNO KAHERAH.

16. Terdapat RAMAI Anak-anak JOHOR dari PERSATUAN BUKAN PMRAM ini dinafikan hak untuk mendapat borang zakat dengan pelbagai alasan.

17. Ketika ASRAMA RUMAH MELAYU ABBASIAH (ARMA) hendak dibaik pulih pada tahun 2002 (yang siap sepenuhnya pada tahun 2004), ramai anak-anak JOHOR tinggal di ARMA.Mereka mencari2 rumah sementara untuk didiami ketika itu.Rumah JOHOR yang dijaga oleh BKPJM TIDAK MEMBENARKAN anak-anak JOHOR BUKAN PMRAM tinggal di rumah JOHOR sehingga ada dikalangan mereka tinggal di rumah PAHANG.

18. Seorang senior yang telah berkahwin pernah menceritakan pengalamannya kepada saya bahawa majlis perkahwinannya TELAH diboikot oleh anak-anak JOHOR yang PRO PMRAM hanya kerana beliau BUKAN PMRAM.

19. Ini adalah antara cerita-cerita yang sampai ke telinga saya pada tahun 2003 hingga 2005.Abang-abang lama yang terlibat TELAH PULANG ke Malaysia bekerja dalam pelbagai sektor dan ada beberapa situasi yang saya LIHAT KEBENARANNYA dengan mata kepala saya sendiri.

20. Saya TIDAK MERASAKAN IANYA FITNAH.Ini adalah kerana,ketika saya bergelar pelajar baru,saya tinggal di rumah JOHOR sejak hari pertama saya sampai ke Mesir pada 25 September 2003 hingga pertengahan tahun 2004.

21. Program ABIM ketika itu adalah merupakan seminar - seminar yang bertajuk NASIONAL yang memberikan input yang berguna selaku MAHASISWA UNIVERSITI dan dihadiri oleh tokoh-tokoh dari Malaysia.Apabila saya memakai suit lengkap bertali leher utk ke majlis berkenaan,saya dipandang sinis oleh senior2 BKPJM di rumah Johor.Bahkan,saya DIHASUT oleh beberapa senior yang merupakan orang kuat BKPJM dan PMRAM supaya TIDAK HADIR ke majlis mereka.

ZAMAN KEDATANGAN HEP JOHOR

22. Bermula pada awal tahun 2009,anak-anak JOHOR di Mesir mula mendapat NAFAS BARU apabila ustaz Tn Ahmad Hanif Naim ditugaskan sebagai PEGAWAI HEP JOHOR.Beliau telah mula membuka laluan mendekati anak-anak JOHOR tanpa mengira latar belakang persatuan.

23. Walaubagaimana pun, ustaz hanif yang keseorangan itu TELAH DIBULI oleh BKPJM hingga saya mendapat maklumat dari sumber yang boleh dipercayai, ustaz hanif pernah MENINGGIKAN SUARA di hadapan seorang AJKT BKPJM dalam satu isu yang tidak perlu saya nyatakan di sini.

24. Ustaz HANIF menamatkan tugasnya pada tahun 2011.Pada pertengahan tahun 2011, anak-anak JOHOR mula menerima kedatangan DUA ORANG PEGAWAI HAL EHWAL PELAJAR JOHOR yang baru menggantikan Ustaz Hanif. Seorang dari JABATAN AGAMA ISLAM manakala seorang lagi bekas NAZIR SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA yang aktif dengan porgram-program masyarakat dan pergerakan masyarakat.

25. Gandingan dua orang wakil kerajaan negeri JOHOR ini dipercayai akan lebih merapatkan anak-anak JOHOR di Mesir.

26. Mereka berdua MULA MEMBUAT POLISI baru untuk rumah JOHOR.Antaranya ialah, sebarang iklan yang ditampal di rumah JOHOR hendaklah mendapat kebenaran PEGAWAI HEP.Begitu juga dengan sebarang penggunaan premis rumah JOHOR seperti DEWAN ASRAMA.

27. POLISI tersebut TELAH DIPERSOALKAN oleh Saudara Syuaib AL HAFIZ melalui FB beliau. Pelajar ini datang ke Mesir pada tahun 2009 dan sudah tentu beliau TIDAK MENGETAHUI apa yg pernah berlaku sebelum kedatangan pegawai HEP. Secara peribadi, saya TIDAK MENYALAHKAN pelajar berkenaan akan tetapi sebagai seorang mahasiswa, beliau perlu meminta maaf kepada pegawai HEP berkenaan.

28. Kedua2 wakil kerjaan negeri JOHOR ini adalah umpama AYAH yang MESTI menyelesaikan pertelagahan antara anak-anak yang sering bertelagah ini.

29. BKPJM tidak perlu MELENTING kerana selama BKPJM menguasai rumah JOHOR, banyak pencabulan hak-hak anak JOHOR BUKAN PMRAM telah dicabul. Wang pembinaan rumah JOHOR adalah wang kerajaan (asrama hayyu thamin) dan wang saham zakat dari orang ramai (asrama rabaah) untuk digunakan anak-anak JOHOR di Mesir tanpa mengira persatuan.

BKPJM TIDAK PERLU DIHARAMKAN

30. Berdasarkan status BKPJM yang tidak diiktiraf oleh kerajaan negeri, maka BKPJM perlu mengembalikan segala ASET yang diberikan kepada KERAJAAN NEGERI JOHOR ketika mengawal selia rumah negeri JOHOR.

31. Urusan berkaitan POLISI RUMAH NEGERI JOHOR sama ada hayyu thamin dan rabaah perlu diserahkan sepenuhnya kepada kedua-dua pegawai HEP berkenaan dengan tanpa sebarang campur tangan dari BKPJM seperti isu polisi menampal iklan baru-baru ini.

32. BKPJM boleh bergerak bebas di Mesir dan tidak perlu DIHARAMKAN. Akan tetapi, BKPJM perlulah belajar menghormati tugas2 kedua-dua pegawai HEP.

WADAH BARU PENYATUAN ANAK-ANAK JOHOR

33. Secara peribadi berdasarkan pengalaman saya selama 8 tahun, 25 sept 2003 hingga jul 2007 (ijazah pertama) dan akhir november 2008 hingga sekarang (MASTER), dukacita bagi saya, BKPJM TIDAK MEWAKILI ANAK-ANAK JOHOR di MESIR sebaliknya hanya MEWAKILI PMRAM di rumah JOHOR dan ini menyebabkan anak-anak JOHOR yang bukan PMRAM seperti Kelab UMNO,ABIM dan bermula 2008 ISMA pula dikesampingkan dan dianak tirikan oleh POLISI SEMPIT dan SIKAP DIKATOR BKPJM.

34. Anak-anak JOHOR perlu disatukan oleh dua orang pegawai HEP yang dihantar oleh kerajaan negeri.

35. Tidak keterlaluan jika saya katakan, dengan KEDATANGAN DUA PEGAWAI HEP dan berdasarkan salah laku BKPJM selama mengawal rumah JOHOR sebelum ini, BKPJM TIDAK BOLEH DITERIMA sebagai persatuan rasmi bagi anak-anak negeri JOHOR dan jika ada pengiktirafan rasmi dari negeri JOHOR, kerajaan negeri JOHOR perlu menarik balik pengiktirafan berkenaan.

36. Melalui semakan saya berdasarkan sumber-sumber yang boleh dipercayai, BKPJM TIDAK PERNAH DIIKTIRAF mewakili anak-anak JOHOR oleh kerajaaan negeri JOHOR.

37. Untuk saat ini, CUKUPLAH PEJABAT HAL EHWAL PELAJAR NEGERI JOHOR sebagai wadah penyatuan anak - anak JOHOR kerana anak JOHOR bukan semua PMRAM bahkan ramai yang ada dalam ISMA, KELAB UMNO dan sebagainya.

38. BKPJM perlu menerima hakikat, mereka BUKAN LAGI WADAH PENYATUAN bahkan selama ini merekalah yang memecah belahkan anak-anak JOHOR di Mesir. PENYATUAN anak-anak JOHOR hanya meniti di bibir-bibir pimpinan BKPJM dan TIDAK PERNAH diterjemahkan oleh polisi BKPJM dalam urusan sesama anak JOHOR terutama sekali POLISI RUMAH NEGERI yang hanya MESRA PMRAM dan bukan MESRA ANAK JOHOR.

SALAM PERPADUAN....SALAM MAHABBAH...

MOHD FAIZAL SABHON
BA (HONS) Syariah,Al Azhar 2007
MA SYARIAH,Universiti Kaherah(in progress)