Ahad, 31 Januari 2010

EZOEGYPT MAHASISWA "BEBAS" !!!


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Para Blogger sekalian,

1.Saya telah menghadiri majlis ramah mesra bersama YB Dato' Razali Ibrahim dan YB Senator Dato' Dr Masyitah Ibrahim pada 30 Januari 2010 di ARMA Kaherah.

2.Dalam majlis tersebut yang turut dihadiri oleh para Diplomat Malaysia di Mesir, pegawai kerajaan dan pimpinan mahasiswa Malaysia di Mesir,saya telah mengutarakan beberapa soalan kepada YB Senator Dato' Dr Masyitah dan ahli rombongan beliau yang juga Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia,Yang Berusaha Tan Sri Alimuddin.

3.Soalan pertama dan kedua saya tujukan kepada Tan Sri betapa perlunya sekolah agama rakyat Johor (SAR) atau Sekoleh Menengah Agama Johor (SMAN) diserapkan ke Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).

4.Alangkah terkejutnya saya mendapat maklumat bahawa terdapat rakan-rakan graduan dari Mesir lepasan ijazah yang bertugas di Sekolah Menengah Agama Negeri dengan gaji kurang RM 1500.Itu sahaja yang Majlis Agama Islam Johor mampu bantu.

5.Apabila SMAN sedia ada diserapkan ke SABK,saya yakin,guru-guru lepasan MESIR akan terbela dengan menikmati gaji di bawah skim DG 41.

6.Disamping itu,adalah diharapkan agar SABK kelak tidak mengabaikan kurikulum AL AZHAR yang menjadi tunggak dan paksi pendidikan Sekolah Agama Rakyat.Ini perlu dijamin agar dikekalkan melalui sistem SABK.Semoga SMAN Johor segera diserapkan ke SABK.

7.Soalan kedua saya kepada Tan Sri adalah berkaitan kesinambungan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).Alangkah bagusnya agar STAM mempunyai kesinambungan dengan mempunyai peperiksaan PRA STAM seperti Peperiksaan Menengah Rendah Agama di tingkatan empat.

8.Soalan seterusnya saya tujukan kepada YB Senator Dato' Dr Masyitah berkaitan pandangan saya berkaitan ISU penggunaan kalimah ALLAH.Walaupun saya kontra dengan pendapat beliau,namun saya menerima perbezaan pendapat tersebut dengan berlapang dada.

9.Menjurus isu tersebut,saya mencadangkan agar dialog antara agama disuburkan di Malaysia dan sudah tiba masanya bagi saya ianya dibuat secara terbuka.

10.Saya turut mempersoalkan dasar yang berkaitan ISLAM HADHARI yang saya lihat saat ini sudah mula tidak diperkatakan oleh kepimpinan sekarang.

11.Akhir sekali,saya mencadangkan agar KABINET membuat satu keputusan agar Malaysia Student Department (MSD) diserahkan kembali kepada Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) seperti sebelum ini.

12.Respon dari rakan-rakan mengenai soalan terakhir saya sungguh mendapat perhatian.Ramai yang tertanya-tanya siapakah PTD dan pernahkah PTD mentadbir MSD? Saya akan kongsi maklumat tersebut bersama rakan-rakan blogger selepas ini.

13.Akhir sekali persoalan "KAITAN" saya dengan KELAB UMNO yang telah menjadi persoalan ramai masyarakat mahasiswa kita telah terjawab dalam majlis berkenaan apabila sesi bergambar tiba.Saya TIDAK LAGI TERLIBAT dengan organisasi berkenaan.

Ahad, 24 Januari 2010

EN IDRIS MASTOR PENIPU DAN CUBA BURUKKAN MENTERI KABINET


Kenalkan...semua kenal dah...sapa itu worang,suka belit,banyak tipu punyer..

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Para Blogger Sekalian,

1.Seorang pelajar,yang berasal dari negeri Selengor datang mendekati saya ketika sedang makan malam di restoran Selangor pada 24 Januari 2010.

2.Pelajar berkenaan memberitahu bahawa pada siang harinya,En Idris,pekerja AM rendah MARA di Mesir,telah datang ke restoran berkenaan bercerita tentang bagaimana saya mendapat penajaan MARA.

3.En Idris MENIPU pelajar berkenaan bahawa dia telah berusaha mendapatkan pembiayaan MARA untuk saya.Saya telah nyatakan kepada pelajar berkenaan,bahawa apa yang dikatakan oleh En Idris adalah TIPU dan BOHONG.

4.Sewaktu permohonan MARA,pada 28 Mei 2008,En Idris masih memegang jawatan pegawai selangor di Mesir.Bagaimana boleh En Idris menolong? Sedangkan pada ketika itu,penama tidak mempunyai sebarang hubungan dengan MARA!

5.Terang lagi tersuluh,penama cuba memburuk-burukkan seorang Menteri Kabinet,yang kononnya YB Menteri "dengar" cakapnya.Ini adalah satu usaha memburuk-burukkan menteri kabinet di hadapan para pelajar.

6.En Idris TIADA KENA MENGENA dalam urusan permohonan MARA saya.Apa yang dinyatakan oleh En Idris adalah satu penipuan dan cuba memburuk-burukkan Menteri berkenaan.

HARAP MAKLUM.......

Isnin, 18 Januari 2010

SAMSENG MENGAMUK LAGI!!!

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Para Blogger Sekalian,

1.Semalam,18 Januari 2010,sekitar jam 4 petang,saya didatangi oleh Farid Syukri,bekas pengerusi Kelab UMNO 2006/2007 yang dijatuhkan oleh beberapa orang ahli pada tahun tersebut.Farid datang kearah saya dengan ancaman "seketul batu".

2.Saya sedar situasi berkenaan dan lari menuju ke Restoran Selangor (mat'am selangor).Farid datang meluru kearah saya dan cuba bertindak dan beberapa pelajar lain menghalang.

3.Kemudian,farid cuba membaling kerusi seperti mana berlaku sebelum ini di pejabat Kelab UMNO pada 27 Disember 2009.

4.Saya mengelak dengan beberapa kerusi dan terkena beberapa kerusi yang lain.Farid meminta saya "memadamkan" entri sebelum ini.Saya enggan.

5.Saya mengalami sedikit luka di bahagian kaki.Bukan itu sahaja,Farid mengancam saya dengan kata-kata "tahu rumah saya".

6.Setelah Farid beredar dari sekitar rumah Selangor,saya segera ke Balai Polis berdekatan.Saya membuat laporan POLIS.Sejurus selepas saya membuat laporan,pegawai polis menandatangi surat laporan berkenaan dan meminta saya menunjukkan bukti berkenaan kepada beberapa orang saksi yang ada di balai polis berkenaan.

7.Saya diberikan surat "arahan" pemeriksaan kepada pihak hospital dan saya diarahkan ke hospital berdekatan.

8.Selesai pemeriksaan berkenaan,saya disahkan TELAH CEDERA dibahagian kiri kaki.Kemudian,saya diminta membawa surat hospital kepada pihak polis.

9.Akhirnya,laporan berkenaan telah selesai dan polis memberitahu bahawa laporan berkenaan akan dibawa ke pihak pendakwaan (niabah a'ammah).

10.Nampaknya,peristiwa 27 Disember menjadikan Farid "berani" konnonnya TIADA SIAPA yang berani bertindak terhadap keganasan mereka bertiga,En Idris,En Kamal dan Farid Syukri.

11.Saya setakat ini telah membuat DUA LAPORAN kepada pihak "BERKENAAN".Nampaknya mereka melihat TIADA BAHASA UNDANG-UNDANG keatas mereka.

12.Kita lihat selepas ini.Apakah bahasa undang-undang di Mesir ini akan berbicara terhadap mereka? Bukti telah ada.Farid akan saya kadapkan ke muka keadilan.Berani kerana benar.

13.Adakah wajar mereka ini dibiarkan? Berlagak samseng dan rasa diri kuat! Apakah mereka mahu melihat UGUTAN tersebut benar-benar berlaku kelak baru akan diambil tindakan?

14.Apakah MSD atau Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) TELAH TIADA DI MESIR? Apakah "ada orang" takut dengan "orang politik" berkenaan? Saya akan melihat sejauh manakah tindakan mereka.

SAYA MENUNTUT KEADILAN!!!!

Sabtu, 16 Januari 2010

MESIR BERI AMARAN KEPADA ISRAEL MELALUI FILEM


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Para Blogger Sekalian,

1.Seperti biasa,setiap petang saya menonton berita dunia dan analisis isu menerusi saluran AL JAZEERA versi arab.Namun,ANALISIS ISU pada hari khamis yang lalu,14 Januari 2010 sungguh menarik perhatian.

2.Antara banyak isu yang dianalisis,entah kenapa,filem aksi Mesir WALAD EL A’AM arahan HISYAM ABDUL KHALIK menjadi bahan analisis media utama antarabangsa tersebut.Intipatinya cukup menarik, “Mesir meluahkan persengeketaannya yang berterusan dengan ISRAEL,cuba membayangkan hubungannya YANG SEBENAR,memberitahu dunia umum dan menyindir ISREAL betapa Mesir tidak berdiam diri dengan strategi HALUS Israel melalui filem".

3.WALAD EL A'AM bermaksud sepupu.Tajuk yang diberikan juga sebenarnya adalah satu sindiran.Ini adalah kerana ARAB dan YAHUDI (ISRAEL) sebenarnya adalah "sepupu".Ini adalah kerana,bangsa arab datang dari keturunan NABI ALLAH ISMAIL,manakala bangsa yahudi datang dari keturunan NABI ALLAH ISHAK.Ishak dan Ismail dari bapa yang sama (berlainan ibu),iaitu NABI ALLAH IBRAHIM. Arab dan Yahudi sebenarnya adalah "sepupu" dalam konteks ini.

4.Rupa-rupanya filem juga berperanan sebagai MEDIUM halus dan selamat untuk memberitahu masyarakat tentang realiti dan memberitahu musuh reaksi sebelah pihak yang lain.

5.Perisikan MESIR hebat bukan sahaja masuk ke dalam ISRAEL,bahkan telah menguasai beberapa BAHASA dan BUDAYA Israel sebelum masuk menjalankan operasi.Filem tersebut turut memberihatu kita betapa perisikan Mesir mempunyai “agen” di dalam MOSAD (Perisikan ISREAL) sendiri.

6.MOSAD adalah merupakan perisikan terhebat di dunia.Sejak perjanjian DAMAI KEM DAVID,Mesir belum betul-betul aman dan bebas dari “serangan” Israel sebenarnya.Perjanjian berkenaan adalah merupakan “satu permulaan”.Bentuk serangan yang berlaku hari ini adalah dalam bentuk RISIKAN.

7.Masing-masing meragui antara satu sama yang lain.MOSAD dihantar ke Mesir dan PERISKAN MESIR dihantar ke Israel.

8.Cara MOSAD merisik cukup licik.Mesir “menyindir” betapa MOSAD sebenarnya telah dikesan oleh MESIR.Ada beberapa tangkapan telah dilaporkan dalam “filem sindiran” berkenaan.

9.ENDING filem berkenaan memberitahu bahawa pertelingkahan ARAB - ISRAEL belum selesai.

10.Watak Mustafa yang memecahkan rumah rakyat Palestin yang telah diusir adalah satu mesej halus menyatakan kepada umum bahawa TINDAKAN-TINDAKAN Mesir yang dilihat seolah-olah bersekongkol dengan ISRAEL adalah satu STRATEGI untuk masa depan.

11.Persoalannya,berapa lama lagi agaknya strategi tersebut akan diguna pakai dan boleh bertahan? Tidak mengapa,kita lihat sahaja.Saya yakin,peranan MESIR mengetuai DUNIA ARAB amat diperlukan.Melalui filem berkenaan,ada beberapa watak membayangkan betapa SYRIA,LUBNAN dan beberapa negara yang lain sebenarnya menganggap Mesir sebagai KETUA dan sedia menunggu isyarat untuk sebarang tindakan.

12.Ini bermakna,dunia arab tidak berdiam diri.Filem WALAD EL A’AM bukan sebarang filem.Saya bersetuju dengan AL JAZEERA!!!




Sabtu, 9 Januari 2010

GEREJA DISERANG DAPAT LIPUTAN AL JAZEERA??

GAMBAR YANG DISIARKAN OLEH AL JAZEERA.NET

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Para Blogger sekalian,

Seperti biasa,saya menonton berita AL JAZEERA.Namun,pada petang ini lebih kurang jam 5 petang waktu Mesir saya agak terkejut apabila berita SERANGAN ke atas gereja di Malaysia mendapat liputan meluas.

Walaupun semalam,8 Januari 2010,kejadian tersebut telah dilaporkan oleh media Malaysia berlaku di beberapa buah gereja,namun,apa yang berlaku semalam tidak mendapat perhatian masyarakat antarabangsa.Kejadian pagi sabtu hari ini,nampaknya telah berjaya mendapat perhatian antarabangsa dengan mendapat liputan sebuah agensi berita yang bertaraf antarabangsa dengan pelbagai bahasa,arab dan inggeris.

BERTINDAK MATANG

Era ketamadunan manusia yang serba canggih dengan teknologinya ini sepatutnya berjaya melahirkan manusia yang berfikiran matang dan tidak mewarisi sikap manusia zaman primitif dalam menghadapi sesuatu isu.

Hanya mereka yang lemah menggunakan kekerasan dalam menyelesaikan masalah.Walaupun barangkali kuat dari segi fizikal,namun sebenarnya dari segi mentaliti dan ketamadunan manusia di era teknologi maklumat ianya dilihat sebagai cara yang lemah dan tidak pandai menyelesaikan perselisihan.

Umat Islam kita di Malaysia harus bertindak matang dalam isu penggunaan kalimah ALLAH yang diputuskan di mahkamah Tinggi baru-baru ini.Gunakanlah setiap inci bahasa perundangan.Percayalah kepada usaha-usaha pihak kerajaan yang akan menangani isu ini secara efektif.Mahkamah sendiri telah menangguhkan perlaksanaan membenarkan kalimah ALLAH digunakan oleh gereja Kahtolik Herald dalam majalah mingguannya,The Catholic Weekly.

Bersabar,tenang dan memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada pihak berkenaan dalam menyelesaikan isu ini akan memperlihatkan kematangan kita umat Islam.

KEKALKAN KEAMANAN NEGARA KITA

Memang tidak dinafikan,isu ini amat sensitif.Keputusan mahkamah tersebut boleh memberikan kesan besar kepada umat Islam Malaysia khususnya generasi akan datang.Kekeliruan umat Islam kita akan bertambah parah.

Apa pun reaksi kita,kekalkan keamanan negara kita seperti biasa.Paling bahaya,jika ada "pihak" yang mengambil kesempatan atas apa yang berlaku sekarang.Kalau media negara arab selalu mendedahkan serangan demi serangan yang berlaku dalam negara arab atas sesuatu isu,apakah kita izinkan liputan yang sama dibuat ke atas negara kita?

Para pelabur yang membawa peluang kepada kita rakyat Malaysia,para pelancong yang datang saban hari,pelajar luar negara Malaysia yang datang belajar ke negara kita semuanya memberi keuntungan kepada negara.Persepsi masyarakat antarabangsa amat memainkan peranan dalam menjamin kestabilan negara kita.Apa jadi kalau pelabur takut? fikir-fikirkan.

SERANG GEREJA TINDAKAN YANG SALAH

Selepas ini,masyarakat bukan Islam di Malaysia patut belajar dari apa yang terjadi.Jangan cuba ganggu sensitiviti kita umat Islam.Hormatilah ISLAM sebagai agama rasmi negara.Mungkin apa yang terjadi hari ini akan memberikan pengajaran agar sikap menghormati itu patut diutamakan.Tidak sepatutnya isu penggunaan kalimah ALLAH ini dibangkitkan oleh pihak gereja dan membawa ke mahkamah jikalau mereka faham erti ISLAM agama rasmi.

Siapa yang menyerang masih belum diketahui.Ini bukan masa untuk tuduh menuduh.Ini masa untuk mencari jalan penyelesaian.Tindakan menyerang gereja adalah satu perbuatan yang salah kerana gereja adalah tempat ibadat penganut kristian.Masjid lebih-lebih lagi patut dihormati.

Kalau dalam peperangan,Islam meletakkan garis panduan,bahawa haram membakar atau memusnahkan tempat ibadat agama lain.Itu dalam situasi genting yang membabitkan peperangan.Apatah lagi di Malaysia yang bukan dalam keadaan perang.

Tiada sedikit pun ruang dalam Islam membenarkan umat Islam menyerang gereja.Islam mengormati prinsip perbezaan agama walaupun tidak menerima PLURALISME yang memandang semua agama sama.Islam menghormati prinsip kebebasan dalam beragama walaupun tidak menerima pemikiran ISLAM LIBERAL.


Ini adalah kerana Islam mempunyai asas-asasnya yang kukuh dan prinsip yang jelas berbanding agama lain.Persoalan paling penting,adakah apa yang terjadi hari ini dilakukan oleh ORANG ISLAM atau ada pihak yang meneguk di air yang keruh?

Fikir-fikirkan............

Ahad, 3 Januari 2010

KALIMAH ALLAH HANYA UNTUK UMAT ISLAM!!!


Ahmad : “Apik! Mahu pergi mana hah?”

Apik : “sembah itu tuhan Al-lah”

Ahmad : “Ane…pergi mana juga ini hari?”

Ane : “sembah itu tuhan Al-lah”…..

Barangkali,inilah yang akan berlaku jika sekiranya keputusan mahkamah tinggi baru-baru ini tidak dirayu di mahkamah rayuan.Generasi akan datang amat bergantung kestabilannya dan masa depannya dengan generasi hari ini.

Oleh yang demikian,generasi hari ini,harus mewariskan dunia hari ini kearah kestabilan yang lebih cerah dan menjamin masa depan mereka.Agama adalah salah satu dari makasid syariah yang perlu dipelihara oleh setiap unit masyarakat.Sama ada di peringkat pemerintah mahupun setiap individu.

Keputusan mahkamah tinggi baru-baru ini yang membenarkan akhbar mingguan gereja Kahtolik Herald-The Catholic Weekly menggunakan perkataan “Allah” adalah umpama gempa bumi yang dahsyat melanda umat Islam di Malaysia dan besar kemungkinan akan memberi kesan yang besar yang akan mempengaruhi akidah umat Islam.Disisi umat Islam,perkataan tersebut adalah perkataan yang merujuk kepada Allah S.W.T yang maha esa seperti yang difahami berdasarkan ketauhidan dan kepercayaan yang bersifat mandatori (jazam),tanpa sedikit pun syak atau ragu-ragu.

KALIMAH ALLAH DI MESIR

Dalam agama lain,maksud ALLAH itu,tidak sama dengan apa yang dimaksudkan oleh umat Islam.Memang tidak dinafikan,di Mesir,kalimat ALLAH juga digunakan oleh penganut kristian ORTODOKS.

Ini dapat kita saksikan sendiri dalam siri ceramah-ceramah agama yang disiarkan oleh beberapa rancangan PARA BOLA,nile site di Mesir yang keudara 24 jam,antaranya “AL MALAKOT,CTV dan AGHAPY”.

Namun,populasi masyarakat Islam yang merupakan majoriti sebanyak 90 peratus dari 80 juta itu dengan ditambah kekuatan program-program dakwah sama ada melalui media seperti television,bahkan majalah-majalah bulanan dan akhbar mingguan Islam yang bercambah justeru program-program yang membentuk dan menjaga akidah masyarakat Islam di Mesir tidak boleh dipandang rendah.Elemen-eleman tersebut betul-betul telah dimanfaatkan semaksima mungkin berbanding di negara kita yang memerlukan usaha yang lebih giat dijalankan.

KEDUDUKAN ISLAM DALAM PERLEMBAGAAN


Saya bukan seorang lepasan undang-undang sivil.Hanya seorang lepasan undang-undang Islam sahaja.Apa yang saya lihat,artikel 3 perlembagaan persekutuan yang meletakkan ISLAM sebagai agama rasmi adalah satu-satunya elemen perundangan yang mengiktiraf ISLAM sebagai agama rasmi sepatutnya ditafsir dengan lebih luas.Bukankah antara tujuan penubuhan Universiti ISLAM Malaysia (UIA) bertujuan melahirkan hakim-hakim yang memahami undang-undang sivil dan syariah? Sepatutnya,pentafsiran ISLAM sebagai agama rasmi perlulah ditafsir dengan lebih meluas.

Justeru,isu kalimah ALLAH ini adalah merupakan isu yang menyentuh sensitiviti umat Islam di Malaysia.Masyarakat Islam di Malaysia belum boleh berkongsi penggunaan kalimah ALLAH dengan maknanya masing-masing menurut kefahaman agama masing-masing.

Ini adalah kerana,akidah umat Islam di Malaysia tidak “seampuh” masyarakat di Mesir.Dikhuatiri,dengan pengkongsian kalimat ALLAH dengan kefahaman yang berbeza antara kedua-dua penganut boleh membawa kemurtadan beramai-ramai umat Islam di Malaysia.

Perkara 121 (1A) dalam perlembagaan sepatutnya digunapakai dalam isu ini.Mahkamah sivil sepatutnya tidak mendengar kes ini berdasarkan ianya berkaitan agama Islam.Barangkali,terdapat beberapa ketempangan dalam pelaksanaan dan penguatkuasaan dapat membuka mata pihak penggubal perundangan agar membaiki kelompongan tersebut.

UMAT ISLAM PERLU BERSATU


Tanpa mengira latar belakang dan fahaman politik,seluruh umat Islam di Malaysia harus bersatu dalam isu ini.Umat Islam di Malaysia,dari segenap lapisan,badan-badan bukan kerajaan dan parti-parti politik harus senada dalam isu ini.

Ketepikan perbezaan fahaman politik buat seketika.Isu ini amat berkaitan dengan akidah umat Islam generasi akan datang.Bayangkan,datang seorang paderi berkata bahawa menurut agama mereka,ALLAH menyatakan demikian,demikian,maka si pemuda atau insan yang mendengar tersebut tidak dapat membezakan kalimat Allah menurut agama islam itu.Bukankah ianya akan menggelincirkan akidah umat Islam kita kelak.

Selaku seorang mahasiswa Sarjana yang memandang jauh masa depan agama dan negara,saya amat terkilan dengan keputusan mahkamah tinggi berkenaan.Umat Islam di Malaysia harus bersatu dalam isu ini.Majlis raja-raja harus segera ke meja mesyuarat khusus membincangkan isu ini.Perkara berkaitan agama,adalah dibawah kuasa raja-raja melayu dan Yang di-pertuan agong.

Kuasa kebawah duli-duli tuanku amat diperlukan saat ini untuk menyelesaikan polemik ini dari berterusan sehingga memecah belahkan umat Islam atas nama “AGAMA”.