Sabtu, 9 Januari 2010

GEREJA DISERANG DAPAT LIPUTAN AL JAZEERA??

GAMBAR YANG DISIARKAN OLEH AL JAZEERA.NET

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Para Blogger sekalian,

Seperti biasa,saya menonton berita AL JAZEERA.Namun,pada petang ini lebih kurang jam 5 petang waktu Mesir saya agak terkejut apabila berita SERANGAN ke atas gereja di Malaysia mendapat liputan meluas.

Walaupun semalam,8 Januari 2010,kejadian tersebut telah dilaporkan oleh media Malaysia berlaku di beberapa buah gereja,namun,apa yang berlaku semalam tidak mendapat perhatian masyarakat antarabangsa.Kejadian pagi sabtu hari ini,nampaknya telah berjaya mendapat perhatian antarabangsa dengan mendapat liputan sebuah agensi berita yang bertaraf antarabangsa dengan pelbagai bahasa,arab dan inggeris.

BERTINDAK MATANG

Era ketamadunan manusia yang serba canggih dengan teknologinya ini sepatutnya berjaya melahirkan manusia yang berfikiran matang dan tidak mewarisi sikap manusia zaman primitif dalam menghadapi sesuatu isu.

Hanya mereka yang lemah menggunakan kekerasan dalam menyelesaikan masalah.Walaupun barangkali kuat dari segi fizikal,namun sebenarnya dari segi mentaliti dan ketamadunan manusia di era teknologi maklumat ianya dilihat sebagai cara yang lemah dan tidak pandai menyelesaikan perselisihan.

Umat Islam kita di Malaysia harus bertindak matang dalam isu penggunaan kalimah ALLAH yang diputuskan di mahkamah Tinggi baru-baru ini.Gunakanlah setiap inci bahasa perundangan.Percayalah kepada usaha-usaha pihak kerajaan yang akan menangani isu ini secara efektif.Mahkamah sendiri telah menangguhkan perlaksanaan membenarkan kalimah ALLAH digunakan oleh gereja Kahtolik Herald dalam majalah mingguannya,The Catholic Weekly.

Bersabar,tenang dan memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada pihak berkenaan dalam menyelesaikan isu ini akan memperlihatkan kematangan kita umat Islam.

KEKALKAN KEAMANAN NEGARA KITA

Memang tidak dinafikan,isu ini amat sensitif.Keputusan mahkamah tersebut boleh memberikan kesan besar kepada umat Islam Malaysia khususnya generasi akan datang.Kekeliruan umat Islam kita akan bertambah parah.

Apa pun reaksi kita,kekalkan keamanan negara kita seperti biasa.Paling bahaya,jika ada "pihak" yang mengambil kesempatan atas apa yang berlaku sekarang.Kalau media negara arab selalu mendedahkan serangan demi serangan yang berlaku dalam negara arab atas sesuatu isu,apakah kita izinkan liputan yang sama dibuat ke atas negara kita?

Para pelabur yang membawa peluang kepada kita rakyat Malaysia,para pelancong yang datang saban hari,pelajar luar negara Malaysia yang datang belajar ke negara kita semuanya memberi keuntungan kepada negara.Persepsi masyarakat antarabangsa amat memainkan peranan dalam menjamin kestabilan negara kita.Apa jadi kalau pelabur takut? fikir-fikirkan.

SERANG GEREJA TINDAKAN YANG SALAH

Selepas ini,masyarakat bukan Islam di Malaysia patut belajar dari apa yang terjadi.Jangan cuba ganggu sensitiviti kita umat Islam.Hormatilah ISLAM sebagai agama rasmi negara.Mungkin apa yang terjadi hari ini akan memberikan pengajaran agar sikap menghormati itu patut diutamakan.Tidak sepatutnya isu penggunaan kalimah ALLAH ini dibangkitkan oleh pihak gereja dan membawa ke mahkamah jikalau mereka faham erti ISLAM agama rasmi.

Siapa yang menyerang masih belum diketahui.Ini bukan masa untuk tuduh menuduh.Ini masa untuk mencari jalan penyelesaian.Tindakan menyerang gereja adalah satu perbuatan yang salah kerana gereja adalah tempat ibadat penganut kristian.Masjid lebih-lebih lagi patut dihormati.

Kalau dalam peperangan,Islam meletakkan garis panduan,bahawa haram membakar atau memusnahkan tempat ibadat agama lain.Itu dalam situasi genting yang membabitkan peperangan.Apatah lagi di Malaysia yang bukan dalam keadaan perang.

Tiada sedikit pun ruang dalam Islam membenarkan umat Islam menyerang gereja.Islam mengormati prinsip perbezaan agama walaupun tidak menerima PLURALISME yang memandang semua agama sama.Islam menghormati prinsip kebebasan dalam beragama walaupun tidak menerima pemikiran ISLAM LIBERAL.


Ini adalah kerana Islam mempunyai asas-asasnya yang kukuh dan prinsip yang jelas berbanding agama lain.Persoalan paling penting,adakah apa yang terjadi hari ini dilakukan oleh ORANG ISLAM atau ada pihak yang meneguk di air yang keruh?

Fikir-fikirkan............

2 ulasan:

hasan berkata...

Salam ziarah, blog yang menarik.. anda masih menuntut di sana?

Ezo berkata...

Masih sedang menuntut di Mesir dakam program ijazah sarjana.