Rabu, 21 November 2012

SAYA DAN KPMM (SIRI 2) : dasar penampilan korperat dan syariah bidang profesional

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Para Blogger Sekalian,

1.Saat saya menulis entri kali ini, saya bukan lagi Pengerusi Kelab Peguam Muda Malaysia Mesir (KPMM).Saya kini bergelar 'MANTAN' Pengerusi , yang secara lucunya, mungkin boleh dikatakan, akronim bagi MUNDAR - MANDIR TANPA JAWATAN.

2.Pada 12 November baru-baru ini, mesyuarat tahunan atau Annual Grand Meeting (AGM) telah diadakan dan saya telah membuat keputusan untuk tidak mempertahankan jawatan selaku pengerusi.

3.Pengerusi baru dilantik melalui sistem pencalonan dan undian dalam AGM berkenaan.Saudara Mohd Siddek Maiden Kutih, siswa cemerlang dari kalangan anak Johor di Mesir dari fakulti syariah,tahun tiga, Universiti Al Azhar Kaherah telah terpilih dalam pemilihan berkenaan.

4.KPMM tidak menampilkan nama mesyurat tahunan seperti persatuan-persatuan lain di Mesir yang menggunakan istilah 'Muktamar sanawi', 'mesyuarat agong tahunan' dan sebagainya kerana bagi saya KPMM perlu mempunyai satu kelainan.

5.AGM kali pertama tersebut juga merupakan sebuah kursus dan bengkel latihan kepimpinan buat saya dan AJK2 lain kerana di situlah kami diajar melaksanakan sebuah program tahunan yang juga merupakan aktiviti kemuncak sesi tersebut.Melalui tunjuk ajar dari Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM),barulah saya tahu fungsi dan perjalanan sebuah mesyuarat agung tahunan.

DASAR PENAMPILAN KORPERAT

6.ketika saya mempengerusikan sebuah persatuan pelajar pada tahun 2006 (ketika 1st degree), saya telah melihat penampilan negatif 'orang-orang penting' sebuah kelab yang namanya ada kaitan dengan sebuah parti di Malaysia.

7.Seolah-olah, telah menjadi trand kelab berkenaan apabila dalam kebanyakan majlis ramah mesra bersama pemimpin Malaysia, 'orang-orang penting' kelab berkenaan berpakaian yang tidak mencerminkan sebuah persatuan mahasiswa.

8.Berambut panjang, kasut sport, baju t-shirt dan berseluar jeans akan tetapi, mereka agak pandai dengan mengenakan 'kot' sebagai 'GAYA' yang boleh mengurangkan sedikit gaya 'ranggi' mereka.

9.Oleh yang demikian, saya telah menjadikan ianya pengajaran dalam kepimpinan KPMM yang lepas.

10.Saya memperkenalkan 'Dasar Penampilan Korperat' dengan mengenakan long suite pada kesemua majlis rasmi kedutaan jika KPMM dijemput.Jika penganjur menetapkan kod pakaiannya kasual, saya meminta delegasi KPMM memakai smart kasual (baju kemeja putih atau berwarna tanpa tali leher dan berkot lengkap) dan paling penting, mesti memakai kasut hitam.Saya amat tidak suka dengan kasut sport untuk dikenakan dengan long suite atau smart kasual.Bagi saya, ianya kurang sopan untuk dipakai dalam acara rasmi mahu pun dalam program berkod pakaian smart kasual.

11.Saya mampu menarik nafas puas dan lega apabila dua orang Kepimpinan KPMM yang juga terlibat dengan program anak Johor bersama YAB MENTERI BESAR JOHOR ketika Timbalan Pengerusi KPMM (sekarang pengerusi) dan Bendahari KPMM masih di Malaysia pada 26 September yang lepas.Kedua - dua mereka memakai pakaian yang saya tegaskan dalam KPMM dan ianya berkesan hingga ke dalam program bukan anjuran KPMM.

12.Penampilan sangat penting dalam sesebuah persatuan.Kerana ianya merupakan penilaian awal dan jika penampilan kurang kemas, imej awal persatuan juga akan terjejas.Apabila penampilan memuaskan, maka, pastinya, penilaian awal orang ramai positif.

13.Mesyuarat bulanan KPMM juga saya wajibkan semua AJK memakai smart kasual kerana ianya adalah program khas KPMM setiap bulan.Kalau ada yang memakai long suite, itu sangat digalakkan.

14.Ketika AGM KPMM pada 12 November baru-baru ini, saya telah meminta pengganti saya dan barisan kepimpinan baru mengekalkan 'dasar penampilan korperat' berkenaan.

TIGA SLOGAN UTAMA

15.Selain penampilan, setiap persatuan mempunyai objektif, misi dan visi.Untuk permulaaan, saya memulakan langkah memperkenalkan misi dan visi KPMM melalui tiga slogan utama.

16.Tiga slogan utama berkenaan ialah, 'SYARIAH BIDANG PROFESIONAL', 'PEGUAM PROFESION PILIHAN' dan 'MEMPERTAHANKAN ISLAM MELALUI UNDANG-UNDANG'.

17.Dengan tiga slogan tersebut, saya amat berharap, KPMM pada masa-masa akan datang, dapat memperluaskan misi dan visi KPMM dan saya juga amat berharap agar ianya dapat sampai ke akar umbi di peringkat mahasiswa syaraiah Malaysia Al Azhar di Mesir.

SYARIAH BIDANG PROFESIONAL

18.Sejak September 2006, Mesir mula dibanjiri pelajar perubatan.Hari ini, pelajar perubatan telah sampai ke tahap dominasi apabila bilangannya yang lebih banyak berbanding pengajian Islam di Mesir.

19.Bidang perubatan dilihat sebagai bidang profesional.Selain bidang engineering tergolong dalam bidang profesional, peguam dan penasihat perbankan atau panel penasihat bank juga tergolong dalam bidang profesional.

20.Lepasan syariah berpeluang memenuhi pasaran pekerjaan dalam industri perbankan Islam sebagai penasihat atau panel penasihat.Begitu juga dengan bidang guaman Syarie.Hanya graduan syariah sahaja boleh terlibat dalam guaman syarie.

21.Oleh yang demikian, sudah sampai masanya mahasiswa syariah merasakan bidang yang mereka sedang belajar ini adalah bidang profesional.

22.Walaupun begitu, tidak cukup dengan hanya mereka merasakan bidang mereka sebagai bidang profesional, akan tetapi, siswa syariah Al Azhar perlu menterjemahkannya dengan tindakan.

23.Budaya ke kuliah mesti diperkasakan oleh setiap siswa syariah.Sepatutnya, seorang siswa mesti berada di universiti dari jam 9 pagi hingga jam 3 petang (waktu rasmi kuliah setiap hari kuliah) Walaupun ada dikalangan pensyarah yang tidak menepati waktu, sebagai seorang siswa, keberadaan di universiti selama 6 jam itu boleh dimanfaatkan bersama rakan-rakan dari negara lain atau rakan-rakan dari kalangan arab untuk bersosial dan sebagainya.Paling bijak, jika kita yang bertukar-tukar nota dan membincangkan sesuatu isu bersama.Itu juga adalah proses pembelajaran secara tidak langsung.

24.Percampuran pelajar Malaysia bersama pelajar asing dan masyarakat tempatan di Mesir masih di tahap kurang memuaskan.Ini didorong oleh kewujudan rumah-rumah negeri bahkan ada sebahagian rumah negeri mempunyai KOPERASI atau KEDAI RUNCIT hingga pernah satu ketika, ada di kalangan pelajar Malaysia tidak dapat membezakan laras bahasa arab untuk SABUN MANDI atau SABUN SERBUK.Begitu juga pada satu ketika, ada situasi di mana, pelajar Malaysia diketawakan oleh masyarakat tempatan apabila bertanya sesuatu yang bukan apa yang dimaksudkan seperti bertanya 'kam kilo' dan 'bikam kilo atau kilo bikam?''.Kedua-duanya mempunyai maksud yang berbeza.

25.'Kam kilo' merujuk kepada kuantiti sesuatu barang yang ditanya.Sudah pastilah arab akan menjawab jumlah kilo barangan yang dipamerkan.Arab yang menjawab itu tahu, pelajar Malaysia berkenaan bertanya harga barangan tersebut, tapi apabila soalan yang dikemukakan itu salah, maka, mereka akan ketawa terlebih dahulu.Ada juga di kalangan pengusaha kedai yang terus menjawab dengan nada sinis dengan juga bertanya kepada penyoal, 'anda lihat, anggur itu berapa kilo?' .

26.Pelajar Malaysia perlu lebih lama di kuliah untuk merapatkan lagi hubungan mereka dengan masayarakat setempat.Begitu juga dengan pelajar asing lain.Tidak mustahil, apabila kita berkawan dengan pelajar asing lain, maka pada satu hari nanti, kita perlukan khidmat negara tersebut yang mana, rakan kita itu adalah somebody di negara tertentu? Sekurang-kurangnya, kita ada 'link' atau 'connection' di sana.

27.Adalah tidak wajar bagi seorang siswa, berada di bilik atau rumah masing-masing di waktu kuliah atas alasan, pensyarah tidak datang atau masuk sekejap sahaja, lantas siswa berkenaan terus pulang mencari katil di bilik atau komputer untuk berhibur lebih malang lagi, mereka kembali ke kediaman masing-masing dan hanya bersosial dengan pelajar sama negara.

28.Satu lagi budaya negatif di mesir , budaya pulang ke Malaysia ketika cuti musim panas dalam jangka waktu yang terlalu lama juga patut dibenteras.Cuti tahunan di Universiti Al Azhar sebenarnya, hampir sama dengan universiti awam lain di Mesir.Mungkin beza antara mereka, Al Azhar terlebih seminggu atau dua sahaja.

29.Umumnya, cuti musim panas bermula selepas sesuatu fakulti tersebut selesai peperiksaan semester kedua setiap tahun.Umumnya juga, pertengahan bulan Julai, semua fakulti selesai menjalani peperiksaan semester.

30.Kuliah akan dibuka semula pada pertengahan bulan setember setiap tahun.Paling lewat, akhir bulan september.

31.Jika peperiksaan semester dua selesai pada 15 Julai dan dibuka semula pada 15 September, ini bermakna, seorang siswa Al Azhar itu mendapat cuti selama DUA BULAN. Tidak cukupkah dua bulan itu untuk berehat atau pulang ke kampung halaman?

32.Sepatutnya, menjelang 14 September, siswa Al Azhar sudah kembali ke Mesir. Mungkin boleh diterima lagi jika ada pelajar yang lewat pulang hingga akhir bulan September.Akan tetapi, ramai yang mengamalkan budaya negatif dengan pulang semula ke Mesir pada bulan 10, bahkan, ada yang pulang awal bulan 11 !! Lagi teruk, ada yang pulang hujng bulan 11 atau awal bulan 12 yang mana waktu tersebut, hampir dengan peperiksaan semester pertama iaitu sebulan atau sebulan beberapa hari dan mungkin juga kurang sebulan!!

33.Adakah budaya ini sesuai? Dimanakah integriti kita selaku siswa? Dimanakah adab kita dengan guru talaqqi kita di universiti? Jika integriti kita tehadap perkara 'simple' ini terjejas, adakah kita boleh jamin, ianya tidak mempengaruhi kita di pasaran pekerjaan kelak?

34.Budaya ke kelas dari jam 9 hingga 3 dan pulang semula ke Mesir di awal sesi kuliah patut diperkasa.Masih tidak terlambat untuk diubah.Masyarakat mahasiswa Al Azhar memerlukan anjakan paradigma dan transformasi minda dan budaya besar-.besaran.Menyalahkan sistem universiti bukanlah tindakan yang bijak.Kita akan dipersoalkan oleh pihak penaja (Majlis agama, jabatan agama, yayasan negeri dan lain - lain) kewajaran memilih institusi yang mempunyai sistem yang terdedah kepada persoalan.

35.Terjemahan maksud TALAQQI juga perlu diletakkan dengan betul agar kita tidak zalim dengan kalimah berkenaan.Ada di kalangan kita yang menterjemahkan pengajian di masjid-masjid sahaja yang diterjemahkan sebagai TALAQQI.Duduk bersimpuh atau bersila di masjid, lutut bertemu lutut itu sahaja memenuhi maksud TALAQQI?

36.Hadir ke kuliah universiti juga TALAQQI kerana di sana,kita sedang mengikuti proses pertemuan antara guru dan murid.Maksud TALAQQI juga ada di sana cuma di kuliah, proses penyampaian ilmu secara besistem atau bermanhaj.Berbeza di masjid-masjid yang mana proses penyampaian ilmu secara KITAB dari satu bab ke satu bab.

37.Benar, Al Azhar tidak memberi sepenuhnya ilmu, akan tetapi memberi kunci ilmu.Sebenarnya, dari kunci-kunci ilmu itulah, kita akan berjalan jauh dan melihat keluasan ilmu.

38.Jika dua budaya yang saya sebutkan tadi dibenteras dan kefahaman maksud TALAQQI itu diperbetulkan, saya yakin, siswa syariah akan berjaya menterjemahkan syariah bidang profesional secara total.

39.Untuk itu, KPMM ketika zaman saya, cuba meletakkan slogan tersebut agar dimulakan dahulu oleh ahli-ahli KPMM yang mana skop KPMM juga terfokus hanya terhad kepada bidang syariah dan siswanya sahaja.

40.Saya yakin, kepimpinan KPMM yang baru dan seterusnya kelak akan mengekalkan slogan ini dan mengorak langkah lebih laju dari saya untuk memperkasakan misi dan visi KPMM untuk mengarus perdanakan perundangan syarie dan syariah melalui titik tolak ini.

41.Berdasarkan matlamat ini, KPMM perlu terus wujud dalam arus politik kampus mahasiswa Malaysia di Mesir.

42.Dalam entri akan datang, saya akan sambung dua slogan berbaki insyaallah.







Saya sedang berbincang sesuatu dengan pengerusi Kelab Peguam Muda Jordan (sekarang mantan).Hari ini, kami sama-sama bergelar MANTAN PENGERUSI.Saya tamat pada 12 November 2012, Iza'an Azlan (KPMJ) tamat pada 17 November 2012.




Suasana AGM KPMM pada 12 November 2012.Saya yang keempat dari kanan bersebalahan Dato Penaung KPMM, Dato Zainul Rijal Abu Bakar dan Setiausaha KPMM, saudara Faizul Najib.Saat ini, doa sedang dibacakan.Kahadiran ahli memenuhi korum dan syarat AGM.Pada AGM tersebut, saya umumkan pelepasan jawatan dan amanat terakhir.




Saya menjelaskan tiga slogan utama KPMM ketika menyampaikan ucapan alu-aluan ketika majlis perasmian EKSPO PERUNDANGAN ISLAM 2012 di dewan pusat kajian ekonomi Islam Solah Kamel, Al Azhar pada 10 Oktober 2012.



Pertemuan anak Johor bersama YAB Dato Abdul Ghani Othman, Menteri Besar Johor pada 26 September 2012.Kelihatan jelas, Mohd Sidek Maiden Kutih, Timbalan Pengerusi KPMM(sekarang pengerusi baru KPMM sesi 2012/13), berdiri tiga dari kanan dan Muhammad Al Fateh, Bendahari KPMM, berdiri dua dari kiri terkesan dengan DASAR PENAMPILAN KORPERAT yang saya perkenalkan.

Jumaat, 9 November 2012

SAYA DAN KPMM: setahun 20 hari

Saya menyerahkan borang pendaftaran KPMM sambil disaksikan Hadi Hussin

Bergambar kenang-kenangan bersama peserta SPC 2012 di lobi parlimen

Bergambar kenang-kenangan bersama Tan Sri Speaker Dewan Negara ketika lawatan ke Dewan Negara sempena SPC 2012 di lobi parlimen
Assalamualaikum waramtullahi wabarakatuh,

Para BLogger Sekalian,

1.Tanggal 12 November 2012 ini, umur Kelab Peguam Muda Malaysia Mesir (KPMM) akan genap setahun dua puluh hari.

2.Apa yang kita faham dengan manusia yang berumur sedemikian? Kita akan melihat proses pembesaran dan masih mengenali dunia.

3.Begitulah KPMM dalam politik kampus mahasiswa di Mesir.Banyak lagi yang KPMM perlu belajar dan dalam umur satu tahun dua puluh hari berkenaan adalah umur yang terlalu muda buat persatuan ini.

OBJEKTIF YANG NYATA

4.KPMM mempunyai objektif penubuhan yang jelas.Perkataan PEGUAM dalam persatuan ini menunjukkan satu profesian yang bersifat profesional.

5.Perundangan ISLAM di Malaysia memerlukan ramai pengamal perundangan.Peguam Syarie adalah pengamal perundangan ini dan untuk melahirkan ramai peguam syarie, graduan syariah di Universiti Al Azhar juga layak menjadi pengamal.

5.Perundangan Islam di Malaysia juga perlu diperluaskan dan bukan hanya terhad kepada tiga tahun penjara, lima ribu ringgit denda dan enam sebatan, dan bukan hanya kes nikan cerai sahaja.Perundangan  Islam perlu pergi lebih jauh dengan fokus kepada bidang muamalat.

6.Saya enggan bercakap soal hudud saat ini kerana Islam bukan hanya pada hudud.Islam lengkap dengan segala aspek kehidupan.Antara perkara yang paling penting ialah, Muamalat Maliah atau transaksi kewangan Islam kerana bidang ini melibatkan ramai umat Islam.

7.Dalam sejarah Perundangan Islam,  jual beli dan muamalat maliah atau kewangan Islam adalah fokus utama dalam misi transformasi umat berbanding hudud,bahkan,  dalil pensyariatannya juga diturunkan lebih awal berbanding hudud yang merupakan antara ayat terakhir diturunkan.

8.Untuk mecapai misi besar ini, sebuah persatuan baru yang berskala kecil dengan tumpuan kepada bidang syariah dan disasarkan terhadap mahasiswa fakulti berkenaan perlu ditubuhkan.Al Azhar adalah kiblat ilmu.Oleh yang demikian, perlu lahir banyak peguam syarie dari Al Azhar.

9.Graduan dan  Mahasiswa Syariah Al Azhar perlu melihat bidang ini sebagai bidang yang luas untuk berjuang.Kini, kita tidak lagi tertumpu hanya pada bidang perguruan, pegawai agama di majlis dan jabatan agama semata-mata.Bahkan, graduan syariah menceburi bidang profesional.

10.Dengan hasrat yang murni dan kesedaran yang tinggi, maka, KELAB PEGUAM MUDA MALAYSIA MESIR (KPMM) ditubuhkan.

IDEA PENUBUHAN KPMM

11.Sejak datang ke Mesir semula pada tahun 2008,saya adalah calon MASTER tajaan MARA.Majoriti pelajar  tajaan MARA adalah di ISKANDARIAH dalam bidang perubatan.

12.Sejak 2008 juga, saya lebih banyak menghabiskan masa di ISKANDARIAH berbanding di Kaherah kerana di sanalah tempat saya bertemu rakan2 sama tajaan yang mempunyai cara fikir yang menarik dan suasana yang lebih kondusif.

13.Pada tahun 2011, dunia melayu Malaysia digemparkan demontrasi  BERSIH 2.0 yang mendapat liputan hangat media antarabangsa termasuk di Mesir.Saya masih ingat tajuk akhbar Al Masry El youm beberapa hari selepas itu, mereka menyamakan demontrasi BERSIH 2.0 sebagai arab spring.

14.Kehangatan demontrasi tersebut merebak ke beberapa buah negara lain termasuk Mesir.Seorang pelatih melayu di jabatan latihan fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan Mesir telah mengetuai demontrasi berkenaan di peringkat rakayat Malaysia di Mesir.

15.Akhirnya, perlajar berkenaan dibuang dari institusi berkenaan.Isu berkenaan mula menjadi besar dengan liputan meluas media tertentu di Malaysia.

16.Bantahan demi bantahan terhadap tindakan berkenaan yang kemuncaknya, pada 20 Julai 2011, seorang menteri kabinet telah bertandang ke Mesir mengadakan lawatan di rumah Wilayah Persekutuan di Mesir, justeru, bantahan di hadapan menteri berkenaan diadakan melibatkan ramai mahasiswa Malaysia ketika itu.

17.Pada tarikh yang sama juga, sebuah seminar literasi undang-undang dan kedaualatan Islam diadakan di Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah atau nama lamanya ARMA.

18.Suasana di Mesir memang menarik jika terdapat program seumpama itu.Pada malam menjelang program bahkan, menjelang beberapa jam sahaja lagi program akan berlangsung, khabar angin bertiup kencang kononnya program berkenaan dibatalkan.

19.Sebagai orang yang agak masak dengan permainan politik mahasiswa di Mesir, saya langsung tidak mempercayai khabar angin berkenaan.Akhirnya, dengan lengkap long suit, saya melangkah ke program seminar berkenaan.

20.Program seminar berkenaan sangat berguna dan memberikan banyak input berguna kepada mahasiswa.Seminar  berkenaan telah menyedarkan saya dan hadirin lain tentang pentingnya perundangan Islam di Malaysia dan betapa graduan syariah diperlukan dalam bidang berkenaan.

21.Antara yang hadir dalam seminar tersebut ialah Amirul Amin, seorang siswa syariah tahun dua dan Hadi Hussin, juga siswa tahun dua syariah.

22.Saya telah mengutarakan soalan kepada pembentang kertas kerja seminar agar diadakan satu platform untuk mahasiswa Mesir menjalani attachment atau latihan dalam kamar ketika cuti musim panas.

23.Pembentang seminar ketika itu ialah empat orang :
1) Dato Zainul Rijal Abu Bakar (presiden PERSATUAN PEGUAM MUSLIM MALAYSIA - selepas ini disebut PPMM)
2) Tuan Haji Abd Rahim Sinwan (Timbalan Presiden PPMM)
3) Tuan Halim (setiausaha agung PPMM)
4) Tuan Roslizam (exco PPMM)

24.Akhirnya, timbul idea penubuhan Kelab Peguam Muda Mesir hasil dari perbincangan bersama dan ianya adalah idea asal Yang Berbahagia Dato Zainul Rijal Abu Bakar sendiri.Jordan telah menubuhkan kelab peguam muda Jordan lebih awal bahkan, kedatangan delegasi PPMM ke Mesir juga adalah dalam rangka lawatan selepas melancarkan kelab berkenaan di Jordan.

PROSES PENUBUHAN 

25.Hadi Hussin, seorang mahasiswa tahun dua syariah Al Azhar Tanta. Beliau saya lihat, seorang mahasiswa yang sedang mencari arah.Mencari lapangan bersosial.Mahu kelihatan mahu belajar hidup berorganisasi.

26.Beliau adalah orang yang paling kuat mendesak saya agar cita-cita menubuhkan KPMM ini menjadi realiti.Saya tidak tahu,apakah desakan beliau datang dari unsur luar atau dari beliau sendiri.Walaubagaimana pun, kesungguhan beliau amat saya kagumi.

27.Sejak beliau rapat dengan Dato Zainul Rijal, Hadi Hussin saya lihat, mula mempunyai arah dalam hala tuju pengajiannya.Beliau juga pada tahun berkenaan, lulus peperiksaan dan naik tahun seterusnya.

28.Saya tidak terburu-buru menubuhkan KPMM.Ini adalah kerana, hubungan saya dengan pelajar syariah tidak sekuat semasa zaman 1st Degree dahulu, ini adalah kerana, semasa saya memgambil MA, jumlah siswa Malaysia di peringkat post degree hanya sekitar 3 - 4 orang sahaja.

29.Walau bagaimana pun, saya banyak mengenali siswa syariah dari negeri Johor di Al Azhar.Kepada mereka, saya lontarkan isu-isu guaman syarie, skop perjuang peguam syarie dan keperluan graduannya berkecimpung dalam bidang ini.

30.Salah seorang dari kalangan mereka ialah Mohd Siddek Maiden Kutih.Berkulit gelap dari keturunan malibari itu pernah mendapat latihan secara langsung semasa belajar di sebuah IPTS di Malaysia dari Timbalan kanan pendakwa negeri Johor.

31.Minat yang ada pada beliau menyebabkan saya bertambah keyakinan, saya mampu menubuhkan KPMM di Mesir.

32.Pada bulan Ramadhan tahun berkenaan, saya telah mengerjakan umrah Ramadhan.Di sana, saya mencari ILHAM untuk menubuhkan persatuan tersebut.

33.Saya mengerjakan umrah Ramadhan ketika itu juga bersama-sama pelajar medic dari Iskandariah yang rata-ratanya dari MARA kecuali seorang dari YIK dan seorang lagi dari MINDEF.

34.Pulang dari umrah, saya nyatakan persetujuan kepada Hadi Hussin untuk menubuhkan KPMM.

35.Maka, pada 23 Oktober 2011, bertempat di Cafe Sidi Mansour (hari ini dikenali sebagai Genaro Restoran), sebuah pertemuan dengan empat mahasiswa syariah diadakan di sana.Kesemua mereka ialah :
1) Mohd Siddek Maiden Kutih 
2)Muhammad Al Fateh
3)Muhammad hafizul Najib
4)Muhammad Hasif Abu Bakar
Dan saya sendiri.

Dua orang yang penting ketika idea penubuhan diajukan tidak dapat hadir atas faktor tertentu.Walaubagaimana pun,Hadi Hussin dan Amirul Amin menyatakan persetujuan untuk menubuhkan KPMM.

36.Ketujuh-tujuh orang ini bersetuju dengan penubuhan KPMM dengan langkah pertamanya, menubuhkan Jawatankuasa Penaja.Saya dipilih mempengerusikan Jawatankuasa penajaan berkenaan.

37.Bermula tarikh berkenaan, KPMM mula lahir di Mesir dan pelbagai usaha memperkenalkan persatuan baru ini dipergiatkan ketika itu.Masyarakat mahasiswa Malaysia di Mesir umumnya, sedang dan masih memerhati program-program KPMM.

38.Dari programlah, KPMM akan mendapat ahli.Setakat ini, KPMM masih kurang mengadakan program untuk menambat hati pelajar syariah untuk terlibat dalam KPMM.

39. Setelah KPMM dilahirkan, KPMM perlu didaftarkan secara rasmi sebagai sebuah persatuan yang sah di Mesir.Maka, KPMM telah didaftarkan secara rasmi pada 15 November 2011 sambil disaksikan oleh Hadi Hussin di pejabat Education Malaysia Egypt (EME) dan pendaftaran tersebut diluluskan oleh Prof Madya Dr Suaidi (Sekarang bergelar Dato'), Pengarah EME.

40.Perlantikan rasmi ahli jawatankuasa KPMM agak lewat.KPMM mempunyai AJK tertinggi hanya pada 13 Februari 2012.Walaubagaimana pun, kesemua AJK yang dilantik tersebut, telah mula mendapat jawatan masing-masing sejak sebelum tarikh berkenaan, cuma surat pelantikan secara rasmi agak lewat diberikan atas faktor tertentu.

41.Pada 12 November 2012, saya telah menerajui KPMM selama setahun dua puluh hari.Annual Grand Meeting (AGM) akan diadakan pada tarikh berkenaan dan saya akan menyerahkan jawatan saya kepada bakal pengganti yang akan dipilih dalam AGM kelak.

42.Insyaallah, dalam coretan seterusnya, saya akan catatkan dasar-dasar dan slogan-slogan yang saya perkenalkan dalam KPMM, mengapa KPMM mesti diteruskan di Mesir dan mengapa mahasiswa syariah AL AZHAR perlu mengambil bahagian dalam KPMM.










Selasa, 28 Ogos 2012

PENGALAMAN SPC DI HARI PERTAMA


PEGUAM TUAN HAJI ABDUL RAHIM SINWAN
TIMBALAN PRESIDEN 
PERSATUAN PEGUAM MUSLIM MALAYSIA (PPMM)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Para Blogger sekalian.

1.Hari ini hari pertama saya di sebuah firma guaman menjalani latihan praktikal atau apa yang dinamakan sebagai Summer Pre Chambering 2012.

2.Takdir Allah S.W.T, saya benar-benar ditempatkan di sebuah firma di Kuala Lumpur.Memang saya sendiri memohon kawasan sekitar Kuala Lumpur kerana saya mempunyai beberapa misi yang tidak perlu saya perincikan di sini.

3.Sampai sahaja di lapangan terbang pada jam 6.30 petang 27 Ogos, minda saya terus membayangkan situasi yang bakal saya lalui.Harapan saya ialah mendapat sedikit pengalaman sebelum mencebur ke alam pekerjaan berkaitan bidang saya, SYARIAH.

4.Sekitar jam 9 pagi, 28 Ogos, saya sampai ke Taman Melawati.Saya melaporkan diri di Tetuan Ahmad Shazali & Co, peguamcara, peguambela dan peguam syarie.

5.Saya disambut dengan baik oleh pihak firma, Tuan Abdul Rahim Sinwan yang juga timbalan presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM).

TAKLIMAT AWAL

6.Sebelum memulakan sesi latihan, saya dibawa ke bilik mesyuarat yang merupakan tempat firma guaman berkenaan menemui "client" mereka.Di sana, Tuan Rahim telah memperkenalkan kepada saya, seorang lepasan UIA bernama ZAKI yang sedang menjalani "CHAMBERING" yang menjadi pra syarat seorang peguam sebelum bergelar peguam untuk tempoh 9 bulan.

7.Tuan Rahim memberikan sedikit taklimat kepada saya sambil disaksikan ZAKI yang mana selepas itu kami saling berkenalan.Antara taklimat beliau, sesi ajaran beliau kpd saya kelak, bukan terhad kepada isu-isu guaman syarie semata-mata, bahkan, saya akan didedahkan juga dengan beberapa perkara yang berkaitan sivil.Hati saya tertanya-tanya, perlukah? haish....dah kena dah ker aku nih? ....habislah kena.....!!

8.Sikap positif yang diajar oleh para pensyarah di AL AZHAR menyebabkan saya berasa sedikit selesa dan bersangka baik.Walaupun hati sebenarnya penuh debaran.Saya membayangkan jika sesi pengajaran itu nanti akan "membingungkan" saya.

9.Selepas selesai sesi taklimat ringkas, saya dibawa ke meja yang dikhaskan untuk saya.Mata saya liar melihat fail-fail yang banyak.

KENAL L.A DAN PELATIH LAIN

10.Saya diperkenalkan dengan seorang peguam firma berkenaan atau apa yang dikenali sebagai "L.A".Istilah LA adalah ringkasan bagi LEGAL ASSISTANT.Setiap firma akan mempunyai beberapa LA yang tugasnya membantu boss firma yang juga merupakan PEGUAM.Saya diperkenalkan dengan "CIK SUFI" yang merupakan LA yang mengendalikan kes-kes yang berkaitan syariah.

11.Apa yang specialnya, saya bertemu dengan seorang pelatih yang sama seperti ZAKI akan tetapi pelatih tersebut bukan calang-calang orang, Dr Yusri Muhammad, seorang aktivis NGO yang dikenali lantang dalam isu-isu yang berkaitan ISLAM di peringkat nasional.Beliau merupakan bekas presiden ABIM.Hakikatnya, saya mengenali beliau sejak 2006 lagi ketika beliau datang ke Mesir menjalankan kerja-kerja kajian untuk tesis PHD beliau.

KES PERTAMA

12.Cik Sufi memberikan saya sebuah kes yang akan dibicarakan pada hujung September depan iaitu kes tuntutan fasakh kerana sikap seorang suami.

13.Saya mendengar perjalanan kes dengan baik dan segera ke meja saya dan membuka lap top, mengkaji pendapat-pendapat yang berkaitan fekh Islam.Sebagai seorang pelatih dari timur tengah, saya diminta mengemukakan pendapat-pendapat yang terdapat dalam fekh Islam dan kemudian membentangkannya di hadapan LA.

14.Selesai membentang, beliau agak puas hati dan meminta saya menghantar kepadanya dalam bentuk soft copy.Kemudian, saya diberitahu pula oleh beliau CODING yang terdapat dalam enakmen syariah negeri berkaitan kes yang dipaparlan tadi.

SEBELUM SESI LECTURER

15.Tuan Rahim adalah orang yang tidak boleh lihat kami duduk tanpa kerja.Kami bertiga dipanggil ke bilik mesyuarat dan didedahkan dengan beberapa perkara asas berkaitan perjalanan firma guaman, pengendalian kes dan pengenalan isu yang berkaitan.

16.Orangnya agak bersahaja dan didahului dengan gurauan yang akan membuatkan kami tidak kering gusi.

17.Tuan Rahim bertanya, "apakah profesion paling lama?".Terkial-kial kami berfikir.Menurut beliau, ada dua orang memberikan pendapat dalam isu ini.Orang pertama mendakwa, Peguam adalah profesion paling tua di dunia kerana ketika nabi Adam A.S dibuang dari syurga dan dicampakkan ke dunia, nabi adam A.S sedang menjalani proses pembelaan bagi mengurangkan hukuman yang dihadapi beliau.Kerja - kerja "membela" ini menurut orang pertama tersebut ialah profesion peguam!! Kemudian, datang pula orang kedua memberikan pendapat.Menurut orang kedua, profesion paling tua di dunia ialah ahli politik.Kenapa? tersingkirnya ADAM A.S ke syurga adalah kerana politik kotor syaitan yang menggoda dan menghasut hingga ADAM A.S disingkirkan dari syurga.Oleh yang demikian, profesion ahli politik adalah profesion paling tua di dunia!!

PINDAH MILIK TANAH

18.Selesai cerita yang menarik perhatian tersebut, Tuan Rahim mula memperkenalkan proses yang berkaitan pindah milik tanah.Isu ini adalah antara isu yang terkenal dalam bidang guaman syarie terutama sekali dalam isu pewarisan harta, harta sepencarian dan wakaf.

19.Bermula dengan beberapa perkara asas berkaitan isu ini dengan istilah undang-undang dan pengurusan di pejabat tanah.

20.Kemudian, beliau memperkenalkan perkara berkaitan dengan ringkas berkaitan KANUN TANAH NEGARA dan latar belakang akta tersebut.

21.akta, istilah dan beberapa pekara teknikal sangat penting diketahui kerana peguam syarie akan dapat membezakan antara tugas dan bidang kuasa mahkamah syariah dan sivil.

22.Ringkasnya, setelah beberapa teknikal dihuraikan oleh beliau, mahkamah syariah hanya berkuasa mengarahkan pindah milik akan tetapi arahan atau pengurusan pemilikan tersebut termasuk mengarahkan pejabat tanah adalah kuasa mahkamah sivil.Di sini dapatlah saya simpulkan bahawa, sebuah firma yang menguruskan kes-kes syarie akan memerlukan pengurusan dan kepakaran mahkamah sivil dan kes berkaitan tanah ini, tidak boleh tidak, akan berpindah dari satu mahkamah ke mahkamah lain syariah dan sivil dengan bidang kuasa masing-masing.

23.Antara pendedahan yang diberikan kepada saya berkaitan hal ehwal tanah ialah, seekar tanah boleh dipecahkan beberapa lot yang mana, kadar minima yang boleh dipecah sempadan adalah 2 ekar sekurang-kurangnya.

24.Status tanah pula terbahagi kepada :

24.1 tanah bertitle (tanah bergeran)
24.2 tanah without title (tanah tidak bergeran)

25.Jika di universiti, kita diperkenalkan perkataan assignment sebagai kajian.Dalam perundangan atau kes hartanah, maskud assignment adalah berbeza dengan apa yang saya tahu selama ini.Maksud assignment di sisi perundangan atau kes hartanah ialah serah hak bagi kes tanah yang tidak bergeran atau without title.

26.Dengan sesi lecture tersebut, saya didedahkan juga maksud LOAN CUM ASSIGNMENT, perbezaan antara "loan" dan "jual beli" yang digunakan bank konvensional dan bank Islam berkaitan transaksi pembelian tanah.

27.Jika selama ini, saya didedahkan dengan pemilikan sempurna atau dalam bahasa arabnya dikenali sebagai "MILKUTTAM" dan kesannya dalam pindah milik, kali ini, saya didedahkan bagaimana realiti dan perlaksanaannya dalam dunia realiti!! ianya bukan di kitab turath sahaja lagi bahkan saya melihat bagaimana ianya dilaksanakan.......

28.Tanah boleh dihalang dari dipindah milik jika pemiliknya dikenali dalam fekh sebagai "MILKUNNAQIS" dengan menggunakan kaedah yang dikenali sebagai CAVEAT yang bermaksud perintah halang atau tidak benar pindah milik.

29.Jika selama ini kita hanya mengenali perkataan "AGREEMENT" sebagai dokumen perjanjian, kali ini saya diperkenalkan dengan istilah DEED OF ASSIGNMENT yang juga bermaksud agreement.Istilah DEED tersebut digunakan di pejabat tanah.

30.Akhir sekali, saya diperkenalkan dengan apa yang disebut sebagai TRIPARTITE atau perjanjian antara tiga pihak yang mana ianya adalah proses "hiwalah" dalam kitab fekh yang memindahkan hak pembayaran hutang dari pihak pertama ke pihak ketiga dengan pengetahuan pihak ketiga.Dalam kes ini, sekali lagi saya diberitahu antara bidang kuasa mahkamah syariah dan sivil.

31.Insyaallah, esok saya adalah merupakan hari kedua saya dalam sesi latihan tersebut.Cerita - cerita yang dipaparkan ini bukan bertujuan menunjuk-nunjuk sebaliknya untuk perkongsian pelajar syariah yang lain agar kelak, anda sebagai pelajar syariah, akan menjalani dan mendapat latihan yang lebih hebat dan baik dari saya supaya sama-sama kelak kita menabur bakti di bumi tercinta dan menegakkan syariahnya serta menjunjung tinggi syariah ke tempat yang sewajarnya.

AYUH PELAJAR SYARIAH!! KELAB PEGUAM MUDA MALAYSIA MESIR (KPMM) OPTIMIS MENAMBAH BAIK PRESTASI GRADUAN SYARIAH DEMI AGAMA, BANGSA DAN NEGARA...



Ahad, 8 April 2012

SEMINAR AGENDA UMAT: ANTARA KESEDARAN DAN PROVOKASI MURAHAN

PROGRAM YANG BERMANFAAT DAN PERLU DITERUSKAN DI MASA-MASA AKAN DATANG

GAMBAR INI MENJADI SUBJEK PROVOKASI PIHAK TERTENTU KONONNYA ISMA BERSEKONGKOL DENGAN UMNO

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Para Blogger Sekalian,

1.Cuti hujung minggu baru-baru ini, jumaat,6 April, saya luangkannya dengan mengikuti seminar Agenda Umat : Antara Semalam, Hari Ini & Masa Depan anjuran ISMA.

2.Bagi saya, program berkenaan amat berguna bagi menyedarkan kita realiti sebenar Umat Islam hari ini,cabaran sebenar dan langkah-langkah pro aktif untuk menangani secara holisitik.

3. Hari ini, ahad 8 April 2012, saya hadir ke PERPUSTAKAAN UTAMA universiti seperti biasa untuk meneruskan kajian disertasi saya.Walaubagaimana pun, kehadiran saya awal minggu ini ke Universiti adalah dengan tujuan tambahan yang mana ianya berkait rapat dengan hasil menyertai seminar anjuran ISMA berkenaan.

4.Sewajarnya, saya berkongsi terlebih dahulu sedikit sebanyak input-input berguna bersama para blogger sekalian yang diperolehi sepanjang seminar berkenaan.

ISU SEBENAR UMAT ISLAM

5.Para pembentang kertas kerja telah memberikan pelbagai input-input berguna.Bermula dengan pendedahan isu semasa umat Islam yang jauh memerlukan kesatuan melangkaui fahaman dan ideologi politik.

6. Isu murtad, pembuangan bayi, LGBT dan seumpamanya adalah isu yang jauh lebih penting untuk diselesaikan segera oleh Umat Islam di Malaysia.Pembentangan-pembentangan tersebut disokong dengan fakta-fakta dari sumber yang boleh diterima pakai selain statistik-statistik yang dikemukakan oleh pihak tertentu.

SEJARAH UMAT ISLAM

7.Pembentangan kertas kerja seterusnya oleh Ustaz Syamil yang merupakan Siswa Pasca Ijazah lebih menyentuh sejarah tumbangnya sebuah khilafah yang menjadikan umat Islam terus dirundong permasalahan dan perpecahan.

8.Beliau juga cuba mengajak para peserta berfikir, bahawa kegemilangan ISLAM itu berkait rapat dengan kelompok manusia atau bangsa tertentu.

9.Justeru, beliau merungkai faktor-faktor kelemahan dan kejatuhan ketamadunan ISLAM lampau.

POLITIK ISLAM ATAU SIASAH SYARIYYAH

10.Ketika saya mengemukakan proposal tesis MASTER tahun lepas, seorang rakan saya mengemukakan proposalnya yang tajuk SIASAH SYARIYYAH yang bertajuk "kaedah-kaedah Fekh berkaitan siasah syariyyah dari kitab AL AHKAM AL SULTANIAH oleh Imam AL MAWARDI".

11.Saya amat berminat untuk membaca disertasi berkenaan jika ianya siap sepenuhnya kelak.Saya menunggu ianya diVIVAkan (dimunaqasyahkan) untuk sama-sama dimanfaatkan.

12.Justeru, program ISMA baru-baru ini benar-benar memberikan saya input berguna apabila AKH Qamarul Naim mengupas beberapa perkara berkaitan POLITIK ISLAM dengan membahaskan Kitab berkenaan ditambah pula dengan perkongsian yang diperoleh hasil perbincangan beliau bersama gurunya yang juga merupakan Bekas Mufti Mesir, Prof Dr Nasr Farid Wasil dalam sesi kuliah diperingkat Course Work (tamhidi) di Universiti Al Azhar.

13.Oleh yang demikian, tingkat dua perpustakaan utama Universiti Kaherah telah menemukan saya sebuah rujukan yang amat berguna hari ini.

14.Hasil pencarian hari ini, saya telah menemui sebuah buku tulisan seorang Professor di Universiti Kaherah yang mengupas secara mendalam kitab berkenaan yang bertajuk "pemikiran politik di sisi AL MAWARDI" yang ditulis oleh Dr Solahuddin Besyuni Ruslan.

15.Saya fikir, buku ini akan membantu saya menggali sedalam-dalamnya maksud yang tersirat dan tersurat kandungan kitab AL MAWARDI.

16.Pembentangan AKH Qamarul Naim sangat memberikan kesan yang mendalam ke atas jiwa saya agar lebih mengkaji kitab berkenaan yang sememangnya kaya dengan kaedah-kaedah,dasar-dasar dan persoalan asas politik Islam.

17.Mungkin buku-buku politik Islam yang saya rujuk selama ini belum cukup menajamkan kefahaman saya kerana kupasan sebahagian isu dari sumber sekunder tentunya tidak sampai ke maksud asal.

DIALOG YANG SEGAR DAN ILMIAH

18.Program seminar tersebut diakhiri dengan dialog antara para peserta dan pembentang kertas kerja yang dipengerusikan oleh Akh Syed Ahmad Israa.

19.Pengerusi dialog sungguh petah dan bijak mengendalikan suasana.Walaupun dihujani soalan-soalan panas dan "provok".Panelis menjawab dengan penuh hikmah, ilmiah dan diselangi oleh beberapa hujah yang kuat.

20.Saya berminat dengan pesanan Syed Israa' , اسمع منا ولا تسمع عنا (dengar dari kami dan jangan dengar tentang kami) apabila memberikan sedikit respond berkaitan soalan yang mengaitkan kredebiliti persatuan mereka.

21.Isu TAADDUD jamaah juga mendapat perhatian peserta dan berjaya dijawab oleh ustaz Syamil dengan hujah yang bernas.

22.Oleh kerana TABIAT di Mesir sekarang ini sangat membicarakan isu POLITIK KEPARTIAN, maka terdapat beberapa soalan yang berkaitan diajukan kepada panelis.Keilmuan Akh Qamarul Naim sebagai Siswa Pasca Ijazah bidang Siasah Syariyyah (Politik Islam) terserlah dengan hujah-hujah akademiknya.

PROVOKASI "MEDIAMESIR.BLOGSPOT"

23.Amatlah saya hairan, sehari selepas program berkenaan, terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab telah mengadu domba dan melakukan provokasi murahan dengan menafsirkan gambar Presiden Kelab UMNO, Ustaz KJ (EME) bersama-sama presiden ISMA MESIR dan AJKnya sebagai BERSEKONGKOL DENGAN UMNO.(mujur mereka tidak menyebut saya yang mewakili KPMM)

24.Saya yang turut hadir dalam bilik VIP,dan duduk bersama-sama mereka dari awal hingga akhir selaku tetamu yang mewakili Kelab Peguam Muda Malaysia Mesir (KPMM) langsung tidak nampak dimanakah ruang yang dikatakan SEKONGKOL itu!!

25.Saya amat tidak faham maksud tuduhan "sekongkol" yang dilemparkan oleh Media provokasi berkenaan sedangkan isu yang dibincang berkenaan adalah ISU SEMASA UMAT ISLAM yang besar dan melangkaui tembok kepartian bahkan, tiada langsung disebutkan mana-mana parti dalam pembentangan-pembentangan kertas kerja.

26.Dalam bilik VIP pula, tidak terdapat langsung perbualan-perbualan berkaitan KERJASAMA DUA HALA atau perkara-perkara mendasar berkaitan entiti KELAB UMNO - ISMA mahupun KPMM.

27.Bukankah Badan-badan Kebajikan Anak Negeri (BAKAN) dan PMRAM telah dijemput oleh ISMA? Mengapa mereka tidak hadir mendengar sendiri ke seminar berkenaan?

28.Apabila banyak kerusi VIP kosong,saya teringat ketika majlis makan malam pelancaran KPMM dan Forum Perdana Perundangan Islam pada 23 Februari yang lepas, kerusi-kerusi VVIP yang diperuntukkan kepada mereka kosong tidak bertuan.

29.Itulah HARMONInya hidup berpersatuan di Mesir.Keegoan sesetengah pihak yang merasakan mereka LEBIH BESAR, LEBIH SENIOR dan LEBIH PATUT WUJUD berbanding persatuan lain telah menjadi ideologi yang kuat dipegang bagai akidah bahkan tidak keterlaluan jika saya katakan,ianya telah sampai ke tahap TAKSUB.

30.Walaubagaimana pun, saya yang berada di Mesir sejak 2003 melihat, jumlah kehadiran yang ramai dalam beberapa program yang diboikot oleh PIMPINAN PMRAM dan BAKAN hanya berjaya diboikot oleh pimpinan sahaja akan tetapi majlis tetap sahaja berlangsung dengan kehadiran yang ramai hasil kesedaran akar umbi atau majoriti mahasiswa yang tidak mudah dilembukan. Mahasiswa hari ini bukan bodoh dan bukan bagai lembu yang dicucuk hidung.

31.Saya amat bersetuju dengan kata-kata presiden ISMA ketika sesi dialog, beliau optimis, suasana berdialog seperti yang disaksikan baru-baru ini akan menyubur dan terus berkembang dalam masa tiga tahun akan datang jika trend seperti hari ini diteruskan.

32.Sebab itu saya tegur Presiden Kelab UMNO ketika dalam bilik VIP, apabila datang seorang pemimpin,bawalah pemimpin berkenaan berdialog kerana mahasiswa memerlukan dialog. Politik dialog amat diperlukan saat ini berbanding politik senyap dan "play saved".Paling penting, seorang pimpinan kerajaan yang bertandang di Mesir mestilah berdialog di KAWASAN TUMPUAN PELAJAR dan bukan di tempat terpencil seperti dewan besar DMAK (ARMA).

33.Saya mengambil kesempatan yang ada bersama beliau, menegur sikap segelintir pemimpin kerajaan atau bekas pemimpin negara yang bercakap dan sengaja mengulas SOAL HUDUD yang merupakan Perundangan Islam walaupun perkara berkenaan bukan dari bidang mereka.

AKHIR SEKALI, saya berpendapat, dalam 3 atau 4 tahun akan datang, ISMA akan muncul sebagai sebuah persatuan besar di Mesir memandangkan kajayaan mereka selama ini WALAUPUN serba kekurangan.Kekurangan yang saya maksudkan ialah, mereka TIADA RUMAH-RUMAH NEGERI yang mengawal ratusan atau ribuan pelajar.Mereka tiada DPM yang menganggap mewakili ratusan mahasiswa.Saya lihat, peserta datang dengan penuh keikhlasan dan kerelaan dan bukan dengan PAKSAAN atau KERAHAN seperti yang dilakukan sebahagian pihak yang menguasai sebahagian PRASARANA milik badan-badan tertentu.SAYA AKHIRI ENTRI KALI INI dengan persoalan, mampukah kita mendepani pelbagai cabaran di tanah air kelak jika di Mesir lagi kita sering bercakaran dan tidak sependapat dalam perkara yang remah temeh?

TEPUK DADA, TANYA IMAN....




Ahad, 18 Mac 2012

ISU TUNTUTAN HAK ARMA PMRAM : ANTARA KEBENARAN YANG TERSEMBUNYI DAN KEBATILAN YANG NYATA

ADAKAH TUNTUTAN PMRAM MASIH RELEVAN?


GERAN INI DIKELUARKAN PADA 5 JUN 1960


TERJEMAHAN


GERAN INI DIKELUARKAN OLEH PEJABAT TANAH KAHERAH PADA 17 FEBRUARI 1992 DAN INI ADALAH GERAN YANG SAH UNTUK TANAH DMAK HARI INI


TERJEMAHAN

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Para Blogger Sekalian,

1. Menuntut ilmu adalah merupakan kewajiban yang tidak bertempoh.Hasil menuntut ilmu tersebut akan membezakan seorang yang berilmu dan yang jahil.

2. Walaupun kewajiban berkenaan tidak bertempoh, dalam dunia modern hari ini, sistem pengajian bersistem tidak dinafikan oleh ISLAM.Ini dibuktikan oleh banyak ulama-ulama kontemporari hari ini.

3. Sebagai contoh, FADHILATUL SYEIKH PROF DR ALI GOM'AH yang berkelulusan ijazah sarjana muda PENGURUSAN PERNIAGAAN dari universiti Ain Sham turut menyambung pengajian di fakulti pengajian Islam di AL AZHAR untuk mempunyai pengiktirafan sebagai seorang ilmuan Islam.

4. Justeru, untuk lahir sebagai seorang ilmuwan ISLAM dari universiti AL AZHAR yang berprestij dan ternama di dunia ini sewajarnya mereka tidak diganggu dengan perkara yang remeh temeh dan sewajarnya bakal ilmuwan tidak menghabiskan banyak masa dengan membincangkan perkara yang kecil seolah-olah ianya sesuatu yang sangat besar hingga dibunyikan semboyan peperangan dan pergaduhan yang boleh memecah belahkan sesama umat Islam.

5. Blogger ezoegypt ingin berkongsi dengan para pembaca sekalian isu yang sering disebut akhir-akhir ini terutama sekali yang dibahaskan dalam MUKTAMAR SANAWI PMRAM berkaitan isu Asrama Rumah Melayu Abbasiah (ARMA) atau nama barunya Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah (DMAK).

6. Isu kecil ini perlu diselesaikan segera dari terus dijadikan isu untuk menjadikan seseorang mahasiswa itu lebih berketrampilan dan dinamik demi perjuangan ISLAM dan kedaulatannya di Malaysia kelak.

DAKWAAN PMRAM TERHADAP HAK MEREKA

7. Setelah meneliti hujah-hujah yang dikemukakan oleh Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) melalui siri ucapan pemimpin PMRAM dan blog-blog rasmi, PMRAM seolah-olah bermain dengan sentimen RAMPASAN TANAH oleh kerajaan Malaysa.

8. Kenyataan PMRAM sangat bercanggah sama ada PMRAM adalah pemilik asal atau bukan.Jika dilihat pada kenyataan asal dalam www.pmram.org, mereka menyatakan :

"Burhubung hak pemilikan tanah, PMRAM mengiktiraf bahawa nama pemilik yang tercatat pada geran tanah itu pada masa kini ialah Persekutuan Tanah Melayu (Malaysia)"

9. Jika dilihat dari kenyataan tersebut PMRAM seolah-olah memperakui bahawa tanah ARMA atau DMAK adalah milik PMRAM dan masih mempunyai hak ke atasnya.Akan tetapi, bagi pembaca yang sihat, kenyataan tersebut sendiri bercanggah dengan manyatakan :

"akan tetapi PMRAM tetap memiliki keistimewaan sebagai tuan tanah yang asal kerana usaha-usaha memperolehi tanah itu keseluruhannya adalah hasil perjuangan PMRAM dengan sokongan pelbagai pihak tanpa melibatkan kerajaan Malaysia".


10. Selaku pembaca, saya tertanya-tanya, mana satu yang betul? Masih tercatit nama PMRAM atau TIDAK dalam geran milik tanah?

11. PMRAM juga mendakwa bahawa tanah tersebut diberikan secara PERCUMA. Ini bermakna, tanah tersebut adalah merupakan tanah kurnia oleh kerajaan Mesir dan ianya kekal milik penama dalam geran tanah berkenaan. Adakah ianya benar?

12. Jika dilihat dalam kronologi isu ARMA ini, ianya mula menjadi polemik bermula pada tahun 1992. Mengapa sebelum 1992 tiada sebarang polemik?

13. Dalam satu situasi pula, PMRAM mendakwa, mereka tidak menuntut tanah ARMA sebaliknya menuntut HAK KE ATAS ARMA berkaitan peraturan ARMA yang dibuat pada 1986 di mana, 3 orang wakil PMRAM mesti terlibat dalam pemansuhan atau penggubalan sebarang peraturan mahu pun undang-undang berkaitan ARMA.

14. Bagaimana kita memahami isu ini? Adakah peraturan 1986 tersebut terpakai sampai bila-bila dan dibuat sebagai satu peraturan yang selari dengan penyerahan tanah?

15. PMRAM terus memainkan sentimen RAMPAS tersebut dengan menyatakan bahawa PMRAM berkali-kali menuntut HAK PMRAM ke atas ARMA pada tahun 1992, 1996, 1999 dan 2007.

FAKTA SEBENAR BERKAITAN HAK MILIK TANAH ARMA

16. Sebelum kita pergi lebih jauh, saya yakin, tujuan asal pihak persatuan pelajar melayu yang memohon tanah ketika itu adalah kerana kebajikan anak-anak melayu di Mesir.

17. Sebagai seorang yang mempelajari ilmu-ilmu syariah, sudah tentu kita sering diingatkan oleh pensyarah kita di universiti bahawa setiap hukum itu mempunyai MAQASID atau OBJEKTIF SYARAK.

18. Seorang penuntut ilmu syariah juga diajar agar tidak terikat dengan LITERAL NAS melainkan dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan TAABBUDIAH atau perhembaan seperti solat.

19. Dalam aspek ini, blogger kira, apa yang perlu PMRAM timbulkan adalah soal kebajikan ke atas rakyat Malaysia atau pelajar-pelajar Malaysia dengan adanya ARMA atau DMAK. Itu adalah lebih baik berbanding menuntut HAK 3 orang AHLI JAWATANKUASA dari kalangan PMRAM.Saya AKAN BERSETUJU DENGAN PMRAM TANPA KOMPROMI jika PMRAM membangkitkan isu komposisi penduduk DMAK (nama baru bagi ARMA) yang mesti 50% pelajar pengajian Islam dan 50% pelajar perubatan dan mengembalikan subsidi makanan percuma seperti di zaman 60 an, 70 an bahkan di zaman 80 an dan penggunaan dewan dan bilik mesyuarat secara percuma seperti sebelum dikuatkuasakan pada hari ini yang berbayar dan syarat- syarat yang membebankan.

20. Walaubagaimana pun, semua pihak mesti tahu bahawa tanah yang diberikan oleh kerajaan Mesir tersebut BUKAN DIBERIKAN SECARA MUTLAK sebaliknya tanah berkenaan adalah TANAH YANG DIBERIKAN SECARA PAJAKAN atau SEWA yang mempunyai had tempoh tertentu.

21. Ini dibuktikan oleh GERAN yang dikeluarkan oleh pejabat tanah Kaherah sendiri melalui dokumen-dokumen yang dinyatakan diatas.

APAKAH MAKSUD GERAN 1960

22. GERAN tanah ARMA yang ditandatangani oleh Presiden JAMAL ABDUL NASIR pada tahun 1960 jelas menunjukkan tanah tersebut BUKAN PEMBERIAN MUTLAK sebaliknya ia adalah tanah yang diserahkan secara pajakan untuk tempoh 30 tahun.

22. Tanah tersebut juga diserahkan kepada KERAJAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU dari nama PERSATUAN MELAYU yang dipercayai PMM.

23. Jika bercakap tentang PMM, persoalan yang timbul adalah, apakah PMM itu mewakili anak-anak melayu di semenanjung Malaysia sahaja atau juga turut mewakili melayu Singapura, Indonesia, Filiphina dan Brunei?

24. Ini adalah kerana, jumlah pelajar dari tanah melayu pada ketika itu tidak ramai seperti hari ini. Berdasarkan sumber yang boleh dipercayai, PMM pada ketika itu turut mewakili anak-anak melayu dari pelbagai negara termasuk negara-negara jiran.

25. Perlu diingatkan juga bahawa Sabah dan Sarawak pada ketika itu, belum berada dalam MALAYSIA dan MALAYSIA juga belum ditubuhkan.

26. Berdasarkan kepada teori PMM yang mewakili anak melayu dari pelbagai negara, maka, adalah wajar ketika itu, Kerajaan Malaysia menukar nama dari PMM atau Persatuan Melayu kepada Kerajaan Tanah Melayu.

27. Bagaimana mungkin kerajaan boleh membina bangunan di atas tanah yang dimiliki oleh orang lain dengan menggunakan dana dari negara sendiri? sudah tentu di kemudian hari, ianya akan mengundang banyak masalah.

28. Bagi saya, Peraturan ARMA pada tahun 1986yang turut melibatkan PMRAM kerana ianya juga berdasarkan status geran pada tahun 1960.

29. Jika PMRAM menuntut HAK ARMA berdasarkan status penglibatan PMM pada tahun 1960, maka melayu Singapura, Indonesia, Brunei dan Filiphina juga berhak.Hari ini, PMRAM hanya mewakili sebahagian kecil anak melayu dari Malaysia sahaja dan bukan seperti yang terdapat di zaman PMM.

GERAN 1992

30. Setelah tamat tempoh geran 1960 selama 30 tahun iaitu 1990, maka, pada 17 Februari 1992, geran tanah diperbaharui sesuai dengan kontrak yang termaktub sebelumnya.

31. Seperti yang kita ketahui, pada tahun 1971, Kerajaan Mesir dibawah Presidennya yang baru ketika itu, Presiden Anwar Sadat telah menggubal perlembagaan baru.

32. Kaedah pemilikan tanah dan sewaan tanah MILIK NEGARA MESIR hendaklah mengikut undang-undang baru yang digubal sesuai dengan penggubalan perlembagaan ketika itu.

33. Maka, Sebuah undang-undang yang dinamakan sebagai AKTA SISTEM PENGURUSAN KERAJAAN TEMPATAN BERNOMBOR 43 TAHUN 1979 telah digubal oleh Presiden Anwar sadat dan AKTA tersebut mengandungi 144 seksyen.

34. Tanah yang terbina diatasnya bangunan ARMA adalah terikat dengan undang-undang berkenaan dan dengan ini jelas bahawa tanah tersebut BUKAN DIBERIKAN oleh kerajaan sebaliknya tanah berkenaan masih lagi MILIK KERAJAAN MESIR.

35. Kerajaan Mesir telah menyewakan tanah berkenaan pada tahun 1992 kepada kerajaan Malaysia sesuai dengan kaedah-kaedah yang terdapat dalam akta berkenaan. Ini bermakna, kerajaan Malaysia hanya memiliki MANFAAT TANAH BERKENAAN sementara PEMILIK TANAH BERKENAAN masih lagi milik kerajaan Mesir.

36. Menurut geran 1992 berkenaan, tanah milik kerajaan Mesir yang disewa ini juga menetapkan tempoh sewaan selama 30 tahun atau sehingga 2022.

37. Ini bermakna, tanah tersebut boleh diambil semula oleh kerajaan Mesir jika sekiranya kerajaan Mesir TIDAK LAGI MAHU MENYEWAKAN tanah berkenaan kepada kerajaan Malaysia.

38. Dari satu sudut yang lain pula, peraturan-peraturan yang berkaitan ARMA juga TIDAK LAGI TERPAKAI apabila geran baru 1992 dikeluarkan.

39. Bahkan, bermula pada tahun 2004, apabila bangunan tersebut siap dibaik pulih sepenuhnya, ARMA tidak lagi wujud sebaliknya yang wujud adalah Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah (DMAK).

40. Sewajarnyalah nama baru tersebut membuat peraturan baru. PMRAM tidak wajar membangkitkan isu 3 orang wakil yang mesti terlibat dalam dasar-dasar berkaitan Asrama Rumah Melayu Abbasiah (ARMA) kerana nama ARMA telah TIADA dan secara automatik, entiti berkenaan tidak lagi wujud.

41. Walaupun TIADA mana-mana bahagian dalam peraturan 1986 menyebutkan bahawa apabila tiada hubungan antara Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) dan PMRAM maka peraturan ARMA dibatalkan secara langsung, akan tetapi PENUBUHAN DMAK dan PEROLEHAN GERAN BARU 1992 secara automatik, peraturan ARMA termansuh kerana geran pertama telah TAMAT TEMPOH dan BANGUNAN BARU ADALAH DI ATAS NAMA DAN ENTITI BARU.

42. Oleh yang demikian, saya sangat sangsi dengan isu ini saat ini, adakah PMRAM sengaja mahu menghasut para pelajar membenci kerajaan dengan menggunakan sentimen ARMA?

43. Adakah PMRAM sebenarnya tahu hakikat ini akan tetapi sengaja membiarkan ahli-ahlinya membenci kerajaan melalui isu ARMA?

44. Apakah masih relevan dakwaan PMRAM bahawa gran tanah tersebut masih menyebut bahawa pemiliknya adalah PMRAM?

45. Jika isu sebenarnya ialah HAK MENDAPATKAN SEBUAH PEJABAT, Mengapa PMRAM menolak tawaran Allahyarham Tuan Haji Wan Bakar pengarah JPMK, untuk memberikan PMRAM sebuah pejabat yang terletak di atas KANTIN DMAK pada tahun 2004 ?

46. Adakah tawaran tersebut ditolak kerana PMRAM tidak bersetuju pejabatnya diletak bersebelahan dengan pejabat KELAB UMNO, ABIM dan PERUBATAN ?

47. Adakah PMRAM lebih mengutamakan pejabat yang besar di anjung tersebut berbanding hari ini dijadikan PERPUSTAKAAN DMAK dan BILIK TUTORIAL DMAK?

48. Selaku pencinta kebenaran, saya membangkitkan persoalan-persoalan berkenaan.....



Mohd Faizal Sabhon
BA (Hons) Syariah,
AL AZHAR KAHERAH 2007
(dan kini sedang menyiapkan tesis master syariah universiti Kaherah)