Ahad, 18 Mac 2012

ISU TUNTUTAN HAK ARMA PMRAM : ANTARA KEBENARAN YANG TERSEMBUNYI DAN KEBATILAN YANG NYATA

ADAKAH TUNTUTAN PMRAM MASIH RELEVAN?


GERAN INI DIKELUARKAN PADA 5 JUN 1960


TERJEMAHAN


GERAN INI DIKELUARKAN OLEH PEJABAT TANAH KAHERAH PADA 17 FEBRUARI 1992 DAN INI ADALAH GERAN YANG SAH UNTUK TANAH DMAK HARI INI


TERJEMAHAN

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Para Blogger Sekalian,

1. Menuntut ilmu adalah merupakan kewajiban yang tidak bertempoh.Hasil menuntut ilmu tersebut akan membezakan seorang yang berilmu dan yang jahil.

2. Walaupun kewajiban berkenaan tidak bertempoh, dalam dunia modern hari ini, sistem pengajian bersistem tidak dinafikan oleh ISLAM.Ini dibuktikan oleh banyak ulama-ulama kontemporari hari ini.

3. Sebagai contoh, FADHILATUL SYEIKH PROF DR ALI GOM'AH yang berkelulusan ijazah sarjana muda PENGURUSAN PERNIAGAAN dari universiti Ain Sham turut menyambung pengajian di fakulti pengajian Islam di AL AZHAR untuk mempunyai pengiktirafan sebagai seorang ilmuan Islam.

4. Justeru, untuk lahir sebagai seorang ilmuwan ISLAM dari universiti AL AZHAR yang berprestij dan ternama di dunia ini sewajarnya mereka tidak diganggu dengan perkara yang remeh temeh dan sewajarnya bakal ilmuwan tidak menghabiskan banyak masa dengan membincangkan perkara yang kecil seolah-olah ianya sesuatu yang sangat besar hingga dibunyikan semboyan peperangan dan pergaduhan yang boleh memecah belahkan sesama umat Islam.

5. Blogger ezoegypt ingin berkongsi dengan para pembaca sekalian isu yang sering disebut akhir-akhir ini terutama sekali yang dibahaskan dalam MUKTAMAR SANAWI PMRAM berkaitan isu Asrama Rumah Melayu Abbasiah (ARMA) atau nama barunya Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah (DMAK).

6. Isu kecil ini perlu diselesaikan segera dari terus dijadikan isu untuk menjadikan seseorang mahasiswa itu lebih berketrampilan dan dinamik demi perjuangan ISLAM dan kedaulatannya di Malaysia kelak.

DAKWAAN PMRAM TERHADAP HAK MEREKA

7. Setelah meneliti hujah-hujah yang dikemukakan oleh Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) melalui siri ucapan pemimpin PMRAM dan blog-blog rasmi, PMRAM seolah-olah bermain dengan sentimen RAMPASAN TANAH oleh kerajaan Malaysa.

8. Kenyataan PMRAM sangat bercanggah sama ada PMRAM adalah pemilik asal atau bukan.Jika dilihat pada kenyataan asal dalam www.pmram.org, mereka menyatakan :

"Burhubung hak pemilikan tanah, PMRAM mengiktiraf bahawa nama pemilik yang tercatat pada geran tanah itu pada masa kini ialah Persekutuan Tanah Melayu (Malaysia)"

9. Jika dilihat dari kenyataan tersebut PMRAM seolah-olah memperakui bahawa tanah ARMA atau DMAK adalah milik PMRAM dan masih mempunyai hak ke atasnya.Akan tetapi, bagi pembaca yang sihat, kenyataan tersebut sendiri bercanggah dengan manyatakan :

"akan tetapi PMRAM tetap memiliki keistimewaan sebagai tuan tanah yang asal kerana usaha-usaha memperolehi tanah itu keseluruhannya adalah hasil perjuangan PMRAM dengan sokongan pelbagai pihak tanpa melibatkan kerajaan Malaysia".


10. Selaku pembaca, saya tertanya-tanya, mana satu yang betul? Masih tercatit nama PMRAM atau TIDAK dalam geran milik tanah?

11. PMRAM juga mendakwa bahawa tanah tersebut diberikan secara PERCUMA. Ini bermakna, tanah tersebut adalah merupakan tanah kurnia oleh kerajaan Mesir dan ianya kekal milik penama dalam geran tanah berkenaan. Adakah ianya benar?

12. Jika dilihat dalam kronologi isu ARMA ini, ianya mula menjadi polemik bermula pada tahun 1992. Mengapa sebelum 1992 tiada sebarang polemik?

13. Dalam satu situasi pula, PMRAM mendakwa, mereka tidak menuntut tanah ARMA sebaliknya menuntut HAK KE ATAS ARMA berkaitan peraturan ARMA yang dibuat pada 1986 di mana, 3 orang wakil PMRAM mesti terlibat dalam pemansuhan atau penggubalan sebarang peraturan mahu pun undang-undang berkaitan ARMA.

14. Bagaimana kita memahami isu ini? Adakah peraturan 1986 tersebut terpakai sampai bila-bila dan dibuat sebagai satu peraturan yang selari dengan penyerahan tanah?

15. PMRAM terus memainkan sentimen RAMPAS tersebut dengan menyatakan bahawa PMRAM berkali-kali menuntut HAK PMRAM ke atas ARMA pada tahun 1992, 1996, 1999 dan 2007.

FAKTA SEBENAR BERKAITAN HAK MILIK TANAH ARMA

16. Sebelum kita pergi lebih jauh, saya yakin, tujuan asal pihak persatuan pelajar melayu yang memohon tanah ketika itu adalah kerana kebajikan anak-anak melayu di Mesir.

17. Sebagai seorang yang mempelajari ilmu-ilmu syariah, sudah tentu kita sering diingatkan oleh pensyarah kita di universiti bahawa setiap hukum itu mempunyai MAQASID atau OBJEKTIF SYARAK.

18. Seorang penuntut ilmu syariah juga diajar agar tidak terikat dengan LITERAL NAS melainkan dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan TAABBUDIAH atau perhembaan seperti solat.

19. Dalam aspek ini, blogger kira, apa yang perlu PMRAM timbulkan adalah soal kebajikan ke atas rakyat Malaysia atau pelajar-pelajar Malaysia dengan adanya ARMA atau DMAK. Itu adalah lebih baik berbanding menuntut HAK 3 orang AHLI JAWATANKUASA dari kalangan PMRAM.Saya AKAN BERSETUJU DENGAN PMRAM TANPA KOMPROMI jika PMRAM membangkitkan isu komposisi penduduk DMAK (nama baru bagi ARMA) yang mesti 50% pelajar pengajian Islam dan 50% pelajar perubatan dan mengembalikan subsidi makanan percuma seperti di zaman 60 an, 70 an bahkan di zaman 80 an dan penggunaan dewan dan bilik mesyuarat secara percuma seperti sebelum dikuatkuasakan pada hari ini yang berbayar dan syarat- syarat yang membebankan.

20. Walaubagaimana pun, semua pihak mesti tahu bahawa tanah yang diberikan oleh kerajaan Mesir tersebut BUKAN DIBERIKAN SECARA MUTLAK sebaliknya tanah berkenaan adalah TANAH YANG DIBERIKAN SECARA PAJAKAN atau SEWA yang mempunyai had tempoh tertentu.

21. Ini dibuktikan oleh GERAN yang dikeluarkan oleh pejabat tanah Kaherah sendiri melalui dokumen-dokumen yang dinyatakan diatas.

APAKAH MAKSUD GERAN 1960

22. GERAN tanah ARMA yang ditandatangani oleh Presiden JAMAL ABDUL NASIR pada tahun 1960 jelas menunjukkan tanah tersebut BUKAN PEMBERIAN MUTLAK sebaliknya ia adalah tanah yang diserahkan secara pajakan untuk tempoh 30 tahun.

22. Tanah tersebut juga diserahkan kepada KERAJAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU dari nama PERSATUAN MELAYU yang dipercayai PMM.

23. Jika bercakap tentang PMM, persoalan yang timbul adalah, apakah PMM itu mewakili anak-anak melayu di semenanjung Malaysia sahaja atau juga turut mewakili melayu Singapura, Indonesia, Filiphina dan Brunei?

24. Ini adalah kerana, jumlah pelajar dari tanah melayu pada ketika itu tidak ramai seperti hari ini. Berdasarkan sumber yang boleh dipercayai, PMM pada ketika itu turut mewakili anak-anak melayu dari pelbagai negara termasuk negara-negara jiran.

25. Perlu diingatkan juga bahawa Sabah dan Sarawak pada ketika itu, belum berada dalam MALAYSIA dan MALAYSIA juga belum ditubuhkan.

26. Berdasarkan kepada teori PMM yang mewakili anak melayu dari pelbagai negara, maka, adalah wajar ketika itu, Kerajaan Malaysia menukar nama dari PMM atau Persatuan Melayu kepada Kerajaan Tanah Melayu.

27. Bagaimana mungkin kerajaan boleh membina bangunan di atas tanah yang dimiliki oleh orang lain dengan menggunakan dana dari negara sendiri? sudah tentu di kemudian hari, ianya akan mengundang banyak masalah.

28. Bagi saya, Peraturan ARMA pada tahun 1986yang turut melibatkan PMRAM kerana ianya juga berdasarkan status geran pada tahun 1960.

29. Jika PMRAM menuntut HAK ARMA berdasarkan status penglibatan PMM pada tahun 1960, maka melayu Singapura, Indonesia, Brunei dan Filiphina juga berhak.Hari ini, PMRAM hanya mewakili sebahagian kecil anak melayu dari Malaysia sahaja dan bukan seperti yang terdapat di zaman PMM.

GERAN 1992

30. Setelah tamat tempoh geran 1960 selama 30 tahun iaitu 1990, maka, pada 17 Februari 1992, geran tanah diperbaharui sesuai dengan kontrak yang termaktub sebelumnya.

31. Seperti yang kita ketahui, pada tahun 1971, Kerajaan Mesir dibawah Presidennya yang baru ketika itu, Presiden Anwar Sadat telah menggubal perlembagaan baru.

32. Kaedah pemilikan tanah dan sewaan tanah MILIK NEGARA MESIR hendaklah mengikut undang-undang baru yang digubal sesuai dengan penggubalan perlembagaan ketika itu.

33. Maka, Sebuah undang-undang yang dinamakan sebagai AKTA SISTEM PENGURUSAN KERAJAAN TEMPATAN BERNOMBOR 43 TAHUN 1979 telah digubal oleh Presiden Anwar sadat dan AKTA tersebut mengandungi 144 seksyen.

34. Tanah yang terbina diatasnya bangunan ARMA adalah terikat dengan undang-undang berkenaan dan dengan ini jelas bahawa tanah tersebut BUKAN DIBERIKAN oleh kerajaan sebaliknya tanah berkenaan masih lagi MILIK KERAJAAN MESIR.

35. Kerajaan Mesir telah menyewakan tanah berkenaan pada tahun 1992 kepada kerajaan Malaysia sesuai dengan kaedah-kaedah yang terdapat dalam akta berkenaan. Ini bermakna, kerajaan Malaysia hanya memiliki MANFAAT TANAH BERKENAAN sementara PEMILIK TANAH BERKENAAN masih lagi milik kerajaan Mesir.

36. Menurut geran 1992 berkenaan, tanah milik kerajaan Mesir yang disewa ini juga menetapkan tempoh sewaan selama 30 tahun atau sehingga 2022.

37. Ini bermakna, tanah tersebut boleh diambil semula oleh kerajaan Mesir jika sekiranya kerajaan Mesir TIDAK LAGI MAHU MENYEWAKAN tanah berkenaan kepada kerajaan Malaysia.

38. Dari satu sudut yang lain pula, peraturan-peraturan yang berkaitan ARMA juga TIDAK LAGI TERPAKAI apabila geran baru 1992 dikeluarkan.

39. Bahkan, bermula pada tahun 2004, apabila bangunan tersebut siap dibaik pulih sepenuhnya, ARMA tidak lagi wujud sebaliknya yang wujud adalah Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah (DMAK).

40. Sewajarnyalah nama baru tersebut membuat peraturan baru. PMRAM tidak wajar membangkitkan isu 3 orang wakil yang mesti terlibat dalam dasar-dasar berkaitan Asrama Rumah Melayu Abbasiah (ARMA) kerana nama ARMA telah TIADA dan secara automatik, entiti berkenaan tidak lagi wujud.

41. Walaupun TIADA mana-mana bahagian dalam peraturan 1986 menyebutkan bahawa apabila tiada hubungan antara Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) dan PMRAM maka peraturan ARMA dibatalkan secara langsung, akan tetapi PENUBUHAN DMAK dan PEROLEHAN GERAN BARU 1992 secara automatik, peraturan ARMA termansuh kerana geran pertama telah TAMAT TEMPOH dan BANGUNAN BARU ADALAH DI ATAS NAMA DAN ENTITI BARU.

42. Oleh yang demikian, saya sangat sangsi dengan isu ini saat ini, adakah PMRAM sengaja mahu menghasut para pelajar membenci kerajaan dengan menggunakan sentimen ARMA?

43. Adakah PMRAM sebenarnya tahu hakikat ini akan tetapi sengaja membiarkan ahli-ahlinya membenci kerajaan melalui isu ARMA?

44. Apakah masih relevan dakwaan PMRAM bahawa gran tanah tersebut masih menyebut bahawa pemiliknya adalah PMRAM?

45. Jika isu sebenarnya ialah HAK MENDAPATKAN SEBUAH PEJABAT, Mengapa PMRAM menolak tawaran Allahyarham Tuan Haji Wan Bakar pengarah JPMK, untuk memberikan PMRAM sebuah pejabat yang terletak di atas KANTIN DMAK pada tahun 2004 ?

46. Adakah tawaran tersebut ditolak kerana PMRAM tidak bersetuju pejabatnya diletak bersebelahan dengan pejabat KELAB UMNO, ABIM dan PERUBATAN ?

47. Adakah PMRAM lebih mengutamakan pejabat yang besar di anjung tersebut berbanding hari ini dijadikan PERPUSTAKAAN DMAK dan BILIK TUTORIAL DMAK?

48. Selaku pencinta kebenaran, saya membangkitkan persoalan-persoalan berkenaan.....



Mohd Faizal Sabhon
BA (Hons) Syariah,
AL AZHAR KAHERAH 2007
(dan kini sedang menyiapkan tesis master syariah universiti Kaherah)




4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sekiranya tanah itu tanah pajakan dari kerajaan Mesir , Hak mutlak masih ditangan kerajaan Mesir , SIAPA yang bayar pajakan tersebut ? Siapa yg punya resit bayaran pajakan 30 tahun , dialah yg berhak sebenarnya .

Untuk mendatangkan kepastian siapa pemegang pajakan yg sah , sila buktikan resit bayaran pajakan tersebut

Badut Rakyat berkata...

Saya pinjam artikel ini untuk blog saya.terima kasih :-)

Tanpa Nama berkata...

Maknanya ustaz Faizal ; apabila berlakunya pertukaran pucuk pimpinan Presiden Mesir, maka secara automatiknya semua perjanjian asal adalah terbatal dengan sendirinya. Betul jika saya katakan bahawa, bila melibatkan pajakan dalam tempoh tertentu dan jika tempoh pajakan itu telah tamat, maka perjanjian baru perlu diadakan semula. Maka selepas tahun 1992, dengan tempoh pajakan yg baru, perjanjian yg baru, maka pemilik baru ke atas tanah tersebut adalah Kerajaan Malaysia, dengan erti kata lain, konsep win-win situation digunapakai dalam kes ini. MoU Goverment by Goverment dalam perkara sudah tidak lagi melibatkan PMRAM. Ingat, ini perjanjian pajakan kerajaan dengan kerajaan.

Bagi menjawab persoalan Anon 18 Mac 2012, 11:20 PG mengenai resit pembayaran jika dikatakan tanah DMAK itu adalah pajakan, bagi saya, ia satu yg melucukan. Pajakan tidak memerlukan sebarang resit kerana ia sudah termaktub dalam Kontrak Pajakan, dalam hal ini, selepas rekontruksi DMAK (setahu saya selepas Tragedi Gempa Bumi kuat pada 1992 yg melanda mesir), Kerajaan M'sia telah bertindak memperbaiki semula DMAK memandangkan geran 1992 jelas menunjukkan siapa pemilik ke atas tanah itu dan bangunan itu.

Kesimpulannya, PMRAM sebenarnya bermain dengan sentimen kebencian melulu. Dengan adanya fakta oleh blogger Ezo Egypt semestinya sukar untuk di sangkal oleh PMRAM sendiri.

Jadi saya pun mahu menetuskan persoalan, memandangkan Mesir sudah pun bertukar kerajaan dan pembubaran perlembagaan negara, adakah PMRAM masih menjadi sebuah NGO yg sah di mesir memandangkan undang2 kemasyarakatan Mesir telah dibubar dan digubal semula. Ingat, jika berlakunya pembubaran perlembagaan, maka semua pertubuhan yg berdaftar terlucut taraf pengesahan pendaftarannya, dlm ertikata lain PMRAM adalah pertubuhan haram di mesir.

Tuan Salim Kedah berkata...

Salam..terima kasih kepada saudara ezoegypt kerana menyiarkan surat-surat geran tersebut.sudah lama saya mencari bukti mengenai kes ini.Saya tidak berkesempatan untuk merujuk Dr. Fakhruddin berkaitan isu DMAK ini.terima kasih atas usaha saudara.