Jumaat, 13 Jun 2014

PENGHINAAN SYEIKHUL AZHAR DAN CAMPUR TANGAN IKHWAN MUSLIMIN DALAM KERAJAAN MURSI BUKAN DONGENGAN : FAKTA DAN GAMBAR



    Dr Gamal abdul Sattar dari Ikhwan Muslimin yang dilantik


   Dr Salem Abdul Galil PRO AL AZHAR dan BEBAS yang diberhentikan 


Dr Abduh Muqalled dari Ikhwan Muslimin yang dilantik

 
Dr Shawqi Abd Latif PRO AL AZHAR dan BEBAS yang diberhentikan


Dr Solah Sultan dari Ikhwan Muslimin yang dilantik dengan memberhentikan serta merta Setiausaha Agong Hal Ehwal Islam yang PRO AL AZHAR dan BEBAS.


Abdul Malik, cuba menegak benang yang basah dan analisis yang bersumber dari media provokatif


Jawapan saya 1 


Jawapan saya 2 


Jawapan saya 3


Cacian yang diterima oleh penulis selepas jawapan disiarkan 




Para Blogger Sekalian, 

1.Kita beralih seketika untuk menjawab tohmahan kononnya saya mereka2 dan berbohong berkenaan Penghinaan Pentadbiran Mursi terhadap Syeikhul Azhar dan campur tangan besar-besaran Ikhwan Muslimin dalam pentadbiran kerajaan Mesir saat itu sebagai proses "segera" mengikhwankan Jabatan2 kerajaan.

Sebelum ini saya pernah nyatakan di facebook berkenaan penghinaan institusi presiden Mursi terhadap Syeikhul Azhar yang mewakili AL AZHAR apabila jawatankuasa majlis sambutan di Universiti Kaherah yang diatur oleh jawatankuasa sambutannya yang terdiri dari kumpulan Ikhwan Muslimin dan Salafi dengan membelakangkan protokol meletakkan Syeikhul Azhar yang setaraf dengan Perdana Menteri di tempat duduk belakang.Tindakan tersebut menyebabkan syeikhul azhar meninggalkan lokasi sebelum majlis bermula.

Sebelum ini juga saya menyatakan, proses mengikhwankan Jabatan kerajaan dilakukan besar-besaran oleh Mursi dan Ikhwan Muslim bersama Salafi.Tidak timbul soal TIDAK BERI KERJASAMA, sebaliknya yang timbul adalah CAMPUR TANGAN MELAMPAU.Saya kemukakan satu contoh sahaja dahulu, bagaimana campur tangan mengikhwan dan Mensalafikan Kementerian Wakaf Mesir. 

2.Selain dari itu, penghinaan jelas yang sengaja dilakukan oleh Institusi Presiden Mursi ialah membelakangkan Syeikhul Azhar dalam pelantikan Menteri Wakaf saat itu kerana peranan menteri wakaf amat penting kerana mewakili AL AZHAR dalam kabinet kerajaan selain berperanan sebagai individu dan jabatan yang akan bersama2 AL AZHAR mengendalikan Institusi Agama di Mesir.

3.Syeikhul Azhar dilaporkan telah mencadangkan Syeikh Prof Dr Umar Hasyim kerana peranan luas beliau dalam pentadbiran sebagai Rektor Al Azhar.Walaubagaimana pun, nasihat tersebut ditongsampahkan oleh Mursi dengan mengambil perkiraan politik sebagai ukuran dengan melantik bekas dekan sebuah fakulti Universiti Al Azhar yang beraliran Salafi.

4.Jawatan Menteri Wakaf yang mewakili Al Azhar dalam kabinet bukan jawatan kecil.Kebiasaannya, penyandang jawatan datang dari MASYAIKHATUL AZHAR (PEJABAT SYEIKHUL AZHAR) atau pentadbiran tertinggi yang dekat dengan pejabat Syeikhul Azhar seperti REKTOR atau TIMBALAN REKTOR AL AZHAR.bukan hanya semata2 dari aliran politik tertentu.

5.Seperti contoh, Dr Mukhtar Gomaah yang dilantik selepas revolusi 30 Jun 2013 adalah bekas Ketua Bahagian Media Islam di Pejabat Syeikhul Azhar.Senarai di bawah mungkin boleh menjelaskan lebih terperinci : 

Menteri Wakaf dari 1996 hingga sekarang :

ZAMAN MUBARAK : 1996 - 29 Januari 2011 : 
Prof Dr Hamdi Zaqzouk (Jawatan terdahulu, Timbalan Rektor Universiti Al Azhar) 

PASCA REVOLUSI 25 Januari 2011 : 30 Januari - 17 Julai 2011 : 
Prof Dr Abdullah Hussien Hilal (Jawatan terdahulu, Timbalan Rektor Universiti Al Azhar) 

ZAMAN PM ESAM SHARAF - AL GANZOURI : 18 Julai 2011 - 31 Julai 2012 : 
Prof Dr Muhammad Fadhil Al Qousi (Jawatan terdahulu, Timbalan Rektor Universiti Al Azhar) 

ZAMAN PRESIDEN MURSI : Ogos 2012 - 3 Julai 2013 : 
Prof Dr Tal'at Afifi (Jawatan terakhir dalam pentadbiran, Dekan Fakulti Dakwah Februari 2001- Mei 2005) 

PASCA REVOLUSI 30 Jun 2011 : 4 Julai 2013 - sekarang : 
Prof Dr Mukhtar Gomaah (Jawatan terdahulu, Ketua Bahagian Media Islam Jabatan Syeikhul Azhar) 

5.Selepas pelantikan menteri wakaf beraliran salafi, bermulalah proses pertukaran "SEGERA" segala jawatan paling kanan dalam kementerian wakaf berkenaan : 

6.KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN WAKAF dan KETUA PENGARAH PUSAT DAKWAH yang disandang oleh PRO AL AZHAR yang bebas dari mana2 fahaman politik, Dr Salem Abdul Galil telah diberhentikan serta merta dan digantikan dengan Dr Gamal abdul Sattar dari Ikhwan Muslimin. 

7.KETUA PENOLONG PENGARAH HAL EHWAL AGAMA yang disandang oleh PRO AL AZHAR yang bebas dari mana2 fahaman politik, Dr Shawqi Abd Latif telah diberhentikan serta merta dan digantikan dengan Dr Abduh Muqalled dari Ikhwan Muslimin.

8.SETIAUSAHA AGONG HAL EHWAL ISLAM yang disandang oleh PRO AL AZHAR yang bebas dari mana2 fahaman politik, Dr Muhammad Najib Ewadh diberhentikan serta merta dan digantikan dengan Dr Solah Sultan dari Ikhwan Muslimin. 

9.Jawatan2 kecil dibawahnya yang merupakan penggerak di pelbagai peringkat dipegang oleh gandingan antara kumpulan Salafi dan Ikhwan Muslimin dipelbagai peringkat yang melibatkan 3 ribu pendakwah mereka termasuk khatib2 baru di banyak masjid.

10.Sebanyak 15 Jawatankuasa baru ditubuhkan antaranya Jawatankuasa AL QUDS sedangkan ianya adalah kerja dan tugas kementerian luar Mesir. SAYA TELAH KEMUKAKAN FAKTA DAN GAMBAR.SAYA BUKAN BERCAKAP IKUT SEDAP DAN EMOSI MENYOKONG.

11.Jika ada sesiapa yang mengikuti facebook saya, ada yang bertanya kepada saya saat itu berkenaan bahaya AL AZHAR selepas kemenangan Dr Mursi.Saya pernah jawab, bahawa Al Azhar ada kekuatan tersendiri yang akan menyelamatkan dari usaha mana-mana aliran seperti syiah, salafi dan sebagainya.

12.Dimanakah kekuatan tersebut? Doa dan karamah wali Allah yang tersembunyi di sebalik KOT dan JUBAH Ulama Al Azhar.Lihat revolusi 30 Jun 2013, bukankah rahmat Allah S.W.T kepada AL AZHAR? 

13.Hari ini proses membersihkan kembali AL AZHAR telah bermula sejak 4 Julai 2013 selepas kejatuhan Dr Mursi di mana, mimbar-mimbar masjid  hanya untuk ulama AL AZHAR yang telah dipercayai "bersih" begitu pertukaran baru secara besar-besaran selepas revolusi 4 Julai 2013.






Sabtu, 7 Jun 2014

POLITIK MESIR DI ERA REPUBLIK KETIGA : PRESIDEN BERKUASA TERHAD

 

Presiden Abdel Fattah Hussien Khalil Al Sisi, presiden pertama bagi republik ketiga Mesir.


Amru Musa disebut-sebut bakal speaker parlimen yang akan memainkan peranan penting dalam perkongsian kelak.


Parti Al Wafdu aliran Sekular berusaha menguasai majoriti di parlimen


Sayid Badwi, Presiden Parti Al Wafdu.Berjayakah mereka menandingi Islamis dalam pertempuran seterusnya? 

Parti An Nur aliran Salafi dikatakan akan berperanan menggantikan Ikhwan Muslimin dalam usaha penguasaan majoriti di Parlimen akan datang.

PARA BLOGGER SEKALIAN, 

1.Tiada siapa mampu menolak ketentuan Allah S.W.T. Dengan takdirnya, saya telah menyaksikan tiga pilihanraya presiden Mesir.2005 di zaman Mubarak, 2012 pemiliham Mursi dan kali ini, 2014 pilihanraya Presiden yang dimenangi Abdel Fattah Hussin Khalil AL SISI.Pada 8 jun 2014, jam 10.30 pagi di Mahkamah Tinggi Perlembagaan Mesir, AL SISI mengangkat jawatan sebagai Presiden yang sah bagi republik ketiga dalam sejarah republik sejak sistem monarki dimansuhkan pada 1953.

2.Pilihanraya kali ini amat bermakna kerana Mesir telah mengalami dua revolusi dalam masa dua tahun!! Revolusi rakyat 25 Januari 2011 yang menyaksikan Regim Husni Mubarak jatuh dan sekali lagi, Revolusi rakyat 30 Jun 2013 yang menyaksikan regim yang memanipulasi agama, Muhammad Mursi jatuh dengan 33 juta tandatangan rakyat yang mahu tentera campur tangan menumbangkan regim dan dibuktikan dengan perhimpunan besar-besaran serentak di semua bandar utama di Mesir. 

3.Media antarabangsa dengan sengaja memainkan peranan utama mencalarkan imej Mesir dengan fokus pada beberapa Pusat Pengundian yang kurang menerima kedatangan pengundi di tengah-tengah cuaca panas terik yang membahang hingga mencecah 46 darjah celcius! Dalam hal ini, AL JAZEERA adalah pemain terbaik.Pelik Bin Hairan, mengapa AL JAZEERA tidak membuat liputan secara langsung pada pagi dan petang hari mengundi? Orang Mesir terkenal dengan sikap "waktu akhir" mereka.

4.Namun, jumlah pengundi kali ini lebih baik berbanding pilihanraya presiden 2012 ketika memilih mursi, bahkan, peratusan kemenangan AL SISI pada pilihanraya presiden 2014 jauh lebih selesa iaitu lebih 96 peratus berbanding Mursi yang menang hanya 51 peratus, beza yang tipis dengan pesaingnya Jeneral Utama Dr Ahmad Syafiq yang memperoleh 49 peratus. 

5.Pilihanraya kali ini tidak dilaksanakan secara "syok sendiri" sebaliknya diperhatikan oleh lebih seribu pemerhati antarabangsa.Ini menjadikan pilihanraya Presiden kali ini diiktiraf dunia antarabangsa dan diperakui bersih.Pilihanraya presiden kali ini juga tidak dicemari dengan KEMPEN MELAMPAU dengan janji palsu kurang siuman seperti JANJI 100 HARI yang menjadikan akhbar-akhbar utama membuat COUNTDOWN dan apabila tamat, ianya dijadikan bahan ketawa.Kedua-dua calon pilihanraya kali ini tidak membuat janji palsu seperti yang pernah berlaku oleh calon2 pilihanraya presiden 2012.

6.Sesekali, ugutan denda bagi mereka yang tidak keluar membuang undi dan lanjutan hari mengundi dijadikan isu oleh media tertentu.Namun, ditengah-tengah suasana itu, mereka terlepas pandang soal penguatkuasaan terhadap sesuatu yang sedia ada! Mereka juga dengan segaja cuba merosakkan imej pilihanraya Mesir dan presiden yang bakal memenangi pilihanraya apabila hari tambahan membuang undi cuba dijadikan polemik untuk mendatang keraguan ramai.

7.Mujurlah Mesir lebih teliti dari awal.Kehadiran lebih seribu orang pemerhati antarabangsa dari Eropah, Kesatuan Afrika dan Liga Arab menenggelamkan segala usaha jahat. 

KENAPA BEKAS TENTERA? 

8.Malaysia tidak diperintah oleh bekas tentera.Dalam sejarah negara kita, Malaysia diperintah oleh tiga orang peguam (Allahyarham Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn), seorang doktor perubatan (Tun Dr Mahathir Mohammad) , seorang bekas Pegawai Tadbir Diplomatik (Tun Abdullah Badawi) dan kini, pemegang ijazah  ekonomi perundustrian (YAB Dato Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri sekarang).

9.Latar belakang Malaysia tidak sama seperti Mesir.Sejarah juga berbeza.Malaysia bukan negara target musuh tradisi, Israel.Malaysia tidak pernah mengalami rampasan kuasa oleh tentera kerana campur tangan keterlaluan British dan penguasaan Suez seperti yang tercatat dalam sejarah rampasan kuasa 1952.Malaysia tiada gerakan yang memanipulasi agama yang mempunyai pasukan separa tentera dan pernah menyertai peperangan di Palestin era 1940 an yang kini gerakan tersebut mencecah usia 80 tahun disamping mempunyai banyak sel di banyak unit akar umbi.Barat tidak merancang memisahkan Malaysia kepada beberapa negara kecil yang dipisahkan atas faktor agama berbanding Mesir yang telah dirancang oleh kuasa barat ke arah Mesir Kristian dan Mesir Islam seperi Sudan hari ini yang terpisah dengan Sudan Utara (Islam) dan Sudan Selatan (Kristian).

10.Faktor-faktor di atas antara punca Mesir memerlukan seorang presiden yang mempunyai latar belakang ketenteraan dan perisikan.Bukan mudah untuk bercakap soal politik Mesir dengan memisahkan institusi ketenteraannya.

POLITIK BARU

11.Namun, apa yang baru di Mesir kali ini, sistem pentadbiran Mesir menuju ke arah sistem perkongsian kuasa antara Eksekutif (Presiden) dan legaslatif (parlimen) pada skala besar.

12.Presiden Mesir bukan seperti presiden-presiden sebelum ini yang berkuasa penuh.Perlembagaan baru Mesir menghalang kewujudan FIRAUN dan DIKTATOR baru.

13.Kuasa majoriti di parlimen amat penting dalam pembentukan kerajaan, dasar luar, program pembangunan negara, perisytiharan perang dan darurat bahkan mmepunyai kuasa pemecatan kerajaan dan presiden sendiri.

14.Di sinilah tanda tanya hampir terjawab, mengapa kumpulan Islamis Salafi, saki - baki Ikhwan Muslimin, dan Islamis lain menyepi diri dalam pilihanraya presiden sebelum ini sedangkan, mereka mampu meletakkan calon atau sekurang-kurangnya, meletakkan proksi. 

15.Perkara 146 perlembagaan baru Mesir memperuntukkan, Presiden hendaklah mendapat kepercayaan atau sokongan majoriti parlimen untuk pembentukan kabinet dan membentangkan program pembangunan negara di parlimen.Jika gagal mendapatkannya dalam masa 30 hari, parti yang mendapat kerusi majoriti atau terbanyak hendaklah membentuk kerajaan.Jika kabinet gagal terbentuk, parlimen kan dibubarkan dan pilihanraya parlimen hendaklah diadakan 60 hari dari tarikh pegumuman bubar.

Mesir di zaman Mubarak dan Mursi bebas melantik sesiapa sahaja dengan kuasa penuh presiden.

16.Bagi pelantikan jawatan strategik seperti Menteri Pertahanan, Menteri Dalam negeri, Menteri Kehakiman dan Menteri luar pula, perkara yang sama perlembagaan baru juga memperuntukkan, presiden tidak lagi mempunyai kuasa penuh melantik, sebaliknya, ianya mesti setelah mendapat nasihat dari Perdana Menteri.

Di Zaman Mursi, jawatan Menteri Dalam negeri dipegang oleh dua orang dalam masa setahun hasil dasar dan polisi Presiden yang mencampur urusan keselamatan seperti Terowong di Rafah dan Isu-isu pengganas yang sedang membiak ketika itu di Sinai.

17.Perkara 147 perlembagaan baru Mesir tidak membenarkan presiden memecat perdana menteri seperti yang berlaku di zaman Dr Kamal Al Ganzouri era 90 an.Pemecatan kabinet hendaklah mendapat persetujuan majoriti parlimen begitu juga dengan rombakan kabinet dengan kehadiran sidang parlimen hendaklah tidak kurang 1/3 dari jumlah kerusi parlimen.

18.Manakala Perkara 148 pula melarang Presiden menyerahkan sebahagian kuasanya atau kerjanya selain Perdana menteri, Timbalannya, Menteri Kabinet, dan para Gabenor wilayah.Ini adalah salah satu cara menghalang pihak ketiga masuk campur dalam pentadbiran Mesir seperti yang dilakukan oleh Anak Mubarak, Gamal Mubarak di zaman Mubarak dan dMursyidul Am atau Timbalan Mursyidul Am Ikhwan Muslimin di zaman Mursi di mana, campur tangan Shater Khairat dalam pentadbiran kerajaan ketika itu melampau batas. 

19.Jika sebelum revolusi 25 Januari 2011 Presiden Mesir mempunyai kuasa penuh untuk mengumumkan dan menguatkuasakan undang-undang darurat, maka kali ini pula, Perlembagaan baru masih memenuhi tuntutan revolusi 25 Januari agar darurat bukan kuasa penuh Presiden bahkan dengan persetujuan parlimen dan terhad kepada tiga bulan sahaja berbanding sebelum revolusi 25 Januari yang dikuatkuasakan bertahun2.Setelah tamat tempoh, jika ada keperluan, ianya boleh diteruskan untuk tempoh tiga bulan lagi dengan persetujuan dua pertiga ahli parlimen.Semua ini diperuntukkan dalam perkara 154 perlembagaan baru.

20.Ringkasnya, Perkara 146 hingga 157 perlembagaan baru Mesir yang digubal selepas pungutan suara pada tahun 2014 telah mengurangkan kuasa presiden bagi mengelak kemunculan Firaun atau Diktator baru. 

PENUTUP 

21.Persoalan yang berbaki, siapakah pemain politik seterusnya untuk berkongsi kuasa dengan presiden AL SISI? AL SISI berkali-kali menegaskan, beliau tidak akan menubuhkan parti untuk membina kekuatan yang boleh membantu menguasai parlimen. 

22.Ramai penganalisis Politik Mesir menjangkakan, parti AL WAFDU (aliran sekular) akan menguasai lanskap politik yang akan datang.Begitu juga pengaruh bekas Ketua Panel Jawatankuasa 50 Penggubal Perlembagaan, Amru Musa dikatakan akan memainkan peranan sebagai Speaker Parlimen Mesir.

23.Adakah mereka mampu menangani pengaruh Islamis yang telah jelas menunjukkan pengaruh yang kuat di peringkat akar umbi pada pilihanraya parlimen 2012? 

24.Senyapnya ISLAMIS pada pilihanraya presiden kali ini adalah satu strategi bijak yang mungkin boleh menjadi bom jangka pada pilihanraya parlimen akan datang.Adakah strategi mereka akan berjaya? 

25.Akhirnya kita melihat, pertempuran sebenarnya kali ini, bukan pada pilihanraya Presiden, sebaliknya, pada pilihanraya parlimen yang merupakan kata kunci sebenar yang akan menentukan kemanakah Mesir selepas ini.Pilihanraya parlimen dijangka akan diadakan dalam masa sebulan setengah dari sekarang. 

26.Sama-sama kita doakan agar mesir berjaya dalam proses pembentukan republik ketiga.Insyaallah, jika ada kesempatan, saya cuba berkongsi berkenaan keadilan sosial, ekonomi dan AL AZHAR. 

Ahad, 1 Jun 2014

HUKUM ENZIM DAN DNA KHINZIR DALAM MAKANAN MENURUT PERSPEKTIF SYARAK




MUKADDIMAH

1.Baru-baru ini kita dikejutkan dengan isu coklat cadbury yang mengandungi DNA Khinzir bagi perasa Roast Almond dan Hazel Nut.

2.Dua individu menghubungi saya melalui FB yang meminta pendangan.Menurut seorang hamba Allah ini, ada yang berhujah ianya halal dimakan sebab perubahan bentuk asal.

3.Ada juga yang begitu keras megkritik hingga mengesyorkan agar darah ditukar!! Apa pun, saya cuba ulas berdasarkan pengetahuan yang amat sedikit.

4.Adat orang melayu, sejahat mana pun Melayu Islam kita di Malaysia, sama ada melakukan jenayah zina, minum arak, mengadu domba dan sebagainya, namun Khinzir atau Babi, didekati jangan!! Melayu amat sensitif dengan binatang berkaki pendek itu. 

PENGHARAMAN DAGING KHINZIR

5.Sebelum kita pergi lebih jauh, apa kata kita mengetahui di manakah titik persepakatan di kalangan ulama (ITTIFAQ) dan di mana pula ruang perbahasan mereka (KHILAF)? 

6.PERTAMA, sewajarnyalah kita mengetahui, ulama bersepakat bahawa daging khinzir itu hukumnya HARAM dimakan dan tiada khilaf dalam soal itu.Ini berdasarkan dalil yang jelas dalam Al Quran, Ayat 173 surah Al Baqarah : 

  " إنما حرم عليكم الميتة والدم ولحم الخنزير وما أهل به لغير الله فمن اضطر غير باغ ولاعاد فلا إثم عليه إن الله غفور رحيم "

Maksud : Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah, maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak menginginnya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

7.Ayat diatas jelas menyebut pengharaman "daging babi", dan perkataan "daging" itu juga termasuk LEMAK dan segala organ yang berkaitan.Kecuali saat darurat.Walau bagaimana pun, di dalam kitab Hasyiah Ibnu Abideen  dan hasyiah Ad Dasuki ada menyebutkan, jika sekiranya terdapat binatang lain yang tidak disembelih secara syarie dan khinzir, utamakan binatang yang tidak disembelih terlebih dahulu.

KENAJISAN KHINZIR

8.KEDUA, ulama berbeza pendapat dalam soal kenajisan khinzir.Adakah khinzir ini najis? Ini adalah salah satu perbahasan para ulama.

9.Majoriti mazhab Hanafi, Syafie dan Hambali menghukumkan khinzir adalah najis sama sekali.Oleh yang demikian, tiada satu pun dari anggota khinzir yang boleh dimanfaatkan sama ada kulit, bulu, dan sebagainya.

10.Walaubagaimana pun, bagi mazhab Maliki pula, khinzir tidak dihukumkan najis kerana kaedah asal mereka ialah, setiap binatang yang hidup itu dihukumkan suci.

11.Walaupun mazhab Maliki ini berbeza pendapat dengan Majoriti yang lain, mazhab maliki tetap sependapat dalam soal haram manfaat anggota tubuh seperti kulit, bulu dan sebagainya yang digunakan untuk tujuan komersial dan pembuatan.
 
HUKUM ISTIHALAH MENURUT PARA FUQAHA'

12.KETIGA, ulama berbeza pendapat dalam soal "perubahan zat" sesuatu najis dari bentuk asal ke bentuk lain.Ini dikenali sebagai ISTIHALAH dalam kitab-kitab fekh.

13.Dari segi definisinya, saya suka dengan definisi Imam Al Kasani dalam kitab beliau BADAEK EL SANAEK yang menyebut : 

تبدل أوصاف النجاسة ومعانيها ، حتى تخرج عن كونها نجسة بانعدام أوصاف النجاسة فيها 

Maksudnya : Perubahan sifat najis dan segala maksudnya hingga hilang kenajisan dengan hilang sifat najis yang ada pada zat.

14.Contoh yang paling mudah ialah arak yang najis apabila diproses menjadi cuka.Maka, arak yang najis itu telah hilang kenajisannya dengan hilang sifat "memabukkan" dan bertukar menjadi cuka.

15.Dalam isu ini, terdapat dua pendapat.PENDAPAT PERTAMA yang dipelopori oleh mazhab Hanafi, Maliki dan Al Zahiriah berpendapat, proses Istihalah (perubahan sifat benda yang najis kepada benda lain) boleh menjadikan najis itu suci.Maka, najis yang dibakar dan menjadi abu umpamanya tidak lagi menjadi najis kerana sifat najis itu hilang.Najis yang dicampakkan ke dalam perigi, lalu menjadi tanah, maka najis itu tidak lagi menjadi najis dan bertukar menjadi tanah yang suci.Begitu juga khinzir, apabila diproses menjadi garam  (yang sudah berubah) maka ianya tidak lagi menjadi najis.Ianya bertukar menjadi hukum garam dan bukan lagi hukum khinzir.

16.Maka, jika berdasarkan pendapat ini, segala ENZIM atau DNA khinzir adalah HALAL apabila telah diproses dan berubah bentuk asal ke bentuk lain.

17.Bagi pelajar pengajian Islam, perkara ini boleh dirujuk dalam kitab berkenaan : 

17.1) Hasyiah Ibu Abdeen jilid 1 
17.2) Hasyiah Al Dusuki jilid 1
17.3) Al Syarh Al Kabir jilid 1 

Petunjuk perbincangan datang dari Ensiklopedia Fekh Kuwait.Lihat "تحول".

18.PENDAPAT KEDUA bagi isu ini adalah dipelopori oleh mazhab Syafei dan Hambali.Mereka berpendapat, proses ISTIHALAH ini tidak menjadikan sesuatu najis itu suci.Ianya tetap kekal dengan hukum asal.

19.Walaubagaimana pun, hanya dua benda sahaja yang sah suci melalui ISTIHALAH seperti yang dijelaskan oleh Imam An Nawawi dalam kitabnya AL MAJMUK bahawa SAH ISTIHALAH bagi dua perkara sahaja : 

19.1) Kulit bangkai menjadi halal setelah disamak
19.2) Arak yang bertukar menjadi cuka dengan sendirinya tanpa sebarang proses kemikal.

20.Pendapat kedua ini berpegang kepada Hadith yang diriwayatkan oleh Imam muslim yang diriwayatkan dari Anas Radhiallahu anhu hadith bernombor 1983 , Hadith riwayat Abu Daud dalam bab Minuman dan Tirmizi dalam bab Jual Beli yang melarang arak yang diwarisi oleh anak yatim diproses menjadi cuka atau ISTIHALAH.

MANA PERLU DITERIMA PAKAI?

21.Pendapat yang rajih atau yang kuat semestinya pendapat kedua yang tidak membenarkan proses ISTIHALAH.Ini adalah kerana faktor berikut : 

21.1) Pendapat pertama (dan ini yang banyak menjadi hujah yang dikemukakan oleh pihak yang membenarkan penggunanaan ENZIM atau DNA KHINZIR saat ini)   Menghalalkan ISTIHALAH untuk ENZIM dan DNA khinzir dengan menggunakan QIAS kes arak yang bertukar menjadi cuka.Manakala pendapat kedua yang tidak membenarkan ISTIHALAH adalah berdasarkan NAS.

QIAS adalah merupakan ijtihad dan terdapat kaedah Usul fekh yang berbunyi : 

لا اجتهاد مع النص

Maksud : Ijtihad tidak terpakai apabila terdapat nas 

21.2) Pendapat pertama menjadikan arak yang berubah kepada cuka melalui proses ISTIHALAH sebagai ASAL dalam QIAS.Kaedah QIAS yang betul tidak membenarkan ASAL yang menjadi khilaf para ulama digunakan dalam proses QIAS.Dalam kes ini, arak berubah menjadi cuka itu sendiri menjadi topik perbahasan para ulama di mana, pendapat pertama tidak mensyaratkan arak yang berubah kepada cuka itu terjadi dengan sendiri sebaliknya boleh dilakukan melalui proses tertentu.Sementara pendapat kedua pula mensyaratkan, cuka yang sah suci adalah arak yang berubah menjadi cuka dengan tanpa melalui sebarang proses.

Jelas, ASAL QIAS itu adalah sesuatu yang khilaf dikalangan para ulama dan ini menjadikan QIAS pendapat pertama itu TIDAK SAH atau QIAS FASID.

22.Berdasarkan hujah-hujah ini, pendapat yang kedua lebih kuat dan oleh kerana ianya berkaitan dengan pemakanan, sesuailah jika kita mengambil perhatian ayat 57 surah AL BAQARAH : 

 كُلُوا مِنْ طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ

Maksudnya : Hendaklah kamu makan rezeki yang baik-baik

Maksud BAIK yang ayat tersebut semestinya yang suci dan bukan sekadar HALAL.Mengambil pemakanan yang mengandungi sesuatu yang berasal dari sesuatu yang jelas haram walaupun boleh bertukar kepada benda lain, ianya tetap menjadi sesuatu yang dipersangkakan.

23.Apabila terdapat persangkaan dan ragu-ragu, justeru ianya merupakan topik perbahasan para ulama, sebaiknya, kita meninggalkan dan menjauhkannya berdasarkan sabda Rasullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Imam At Tirmizi: 

دَعْ مَا يَرِيبُكَ إِلَى مَا لَا يَرِيبُكَ

Maksudnya : Tinggalkan sesuatu yang meragukan kepada sesuatu yang tidak meragukan.

24.Justeru, terdapat kaedah fekh dalam mazhab Syafei yang termuat dalam kitab AL ASYBAH WA AN NAZAER : 

 إذا اجتمع الحلال والحرام غلب الحرام ـ وذكر من فروعها: لو اشتبه مذكى بميتة، أو لبن بقر بلبن أتان، أو ماء وبول لم يجز تناول شيء منها ولا بالاجتهاد. 

Maksudnya : Apabila bercampur sesuatu yang halal dan yang haram maka ianya menjadi haram.Antara cabangnya (kaedah ini): Jika daging yang disembelih bercampur dengan daging bangkai, atau jika susu lembu bercampur susu keldai betina bercampur, atau air bersih bercampur dengan air kencing, maka hendaklah dijauhkan kesemuanya dan tidak menggunakan ijtihad.

PENUTUP

 25. Walaubagaimana pun, pada perkara yang bukan pada pemakanan seperti sesuatu yang merupakan keperluan yang tidak mempunyai pilihan lain seperti yang saya dimaklumkan seperti BAHAN BAKAR ATAU MINYAK yang diproses dari BANGKAI - BANGKAI HAIWAN yang terdapat dalam perut bumi, kehidupan akan menjadi rumit jika kita mengguna pakai pendapat kedua.Namun,  jika menurut pendapat pertama, najis boleh berubah menjadi suci apabila hilang puncanya atau ELLAH, di sini boleh kita menggunakan kaedah Usul Fekh yang bermaksud : 

الحُكْمُ يَدُوْرُ مَعَ عِلَّتِهِ ثُبُوْتًا وَعَدَمًا

Bermaksud : Hukum sesuatu itu berkisar sekitar puncanya, jika ada puncanya, maka ada hukum tersebut, jika tiada, maka tiada hukumnya. 

26.Berkenaan hukum UMUM BALWA (sesuatu yang tidak boleh terkawal dan menjadi umum) yang diguna pakai Majlis Fatwa Kebangsaan, bagi saya, ianya jelas merujuk kepada hukum yang telah mengambil sesuatu yang tidak diketahui ianya dihukum haram ketika dimakan.Cuma, cara media mengulas perkara tersebut menjadikan rakyat keliru.Setahu saya, Majlis Fatwa Kebangsaan bukan bermaksud pengambilan bahan makanan yang ada UNSUR yang diharamkan itu secara  berterusan setelah bahan tersebut diketahui umum.

27.Berdasarkan UMUM BALWA tadi, tidak perlu sebarang cadangan "membersihkan darah" kerana ianya membebankan.Justeru, membersihkan darah berdasarkan maklumat yang saya dapat, bukanlah murah.Ada bekas pemimpin negara kita dikatakan menjalani proses tukar darah dengan kos yang agak tinggi.Islam diutuskan bukan menyusahkan para penganutnya.Asas Syariat Islam ialah RAKFT EL HARAJ (رفع الحرج) atau tidak membebankan penganutnya. 


Semoga bermanfaat!!! 


Mohd Faizal Bin Sabhon
BA (Hons) Syariah Islamiah, Al Azhar Kaherah.(2007)
Sedang menyiapkan tesis master Syariah Universiti Kaherah. 

Isnin, 17 Februari 2014

SELATAN SINAI TIDAK MERBAHAYA KEPADA PELANCONG

1.Saya kembali ke Mesir pada hujung Januari baru2 ini.Saya telah diminta untuk membantu menjayakan program melawat sambil belajar ke Selantan Sinai.

2.Maka, saya terus menghubungi rakan kenalan saya di Bahagian Keselamatan Mesir.

3.Mesir tidak meletakkan Selatan Sinai dalam bahaya akan tetapi ianya diletakkan dalam berjaga2 terutama sekali di Utara Sinai.

4.Ini adalah kerana, terdapat banyak terowong-terowong tikus di Utara Sinai yang menjadi penghubung pengganas dan laluan penyeludupan ke Gaza.

5.Pengganas sering menyerang kem-kem tentera dan post-post kawalan di Utara Semenanjung Sinai dan sempadan Mesir - Gaza atau Rafah dan Sempadan Mesir - Eylat atau Taba.Serangan ke atas TABA bukan sekali.Pada tahun 2006, Hotel di TABA pernah diserang dan hampir musnah.Kejadian 16 Februari 2014 baru-baru ini tidak seteruk 2006 dan ini membuktikan kawasan sempadan memang target pengganas.

6.Tempat percutian pelajar Malaysia hanya St Catherine dan Dahab.Untuk sampai ke St Catherine, sebelum2 ini kami melalui jalan Nakhal, Taba dan kemudian ke St Catherine (Sinai 2012).

7.Akan tetapi, untuk kali ini, sejajar dengan perkembangan semasa, saya menghubungi pihak keselamatan Mesir dan mereka nyatakan, laluan ke St Catherine tidak boleh melalui TABA mahupun Wadi Firan, sebaliknya, hendaklah melalui laluan Sharm El Syeikh atau Uyun Musa, Abu Zanimah, Abu Rudeish, Tur Sina', Sharm El Syeikh, Dahab dan kemudian barulah masuk ke St Catherine atau Jabal Musa. 

8.Oleh kerana yang demikian, saya mengubah laluan asal yang dibincangkan dalam mesyuarat DAN yang tertera di tentatif program kepada keputusan sendiri yang berdasarkan sumber yang saya perolehi sendiri. 

9.Pada pagi sebelum bertolak, saya ditakut-takutkan oleh pihak tertentu dan saya menghubungi rakan saya di pihak keselamatan Mesir sekali lagi pada jam 2 petang.Mereka tegaskan, tiada bahaya dan setiap laluan telah dipastikan keselamatannya.Setiap kawasan yang dilalui akan diawasi oleh kumpulan elit 777 dan mempunyai post kawalan yang mana setiap kenderaan yang melalui kawasan berkenaan akan diperiksa dan dipastikan keselamatannya bagi jalan seterusnya melalui laporan peronda Polis dan perisikan tentera. 

10.Semasa jalan pergi dan pulang, kami yang melalui kawasan tersebut dan jelas kelihatan kelibat kereta2 peronda yang lengkap dengan polis bersenjata.Bahkan semasa jalan pulang, oleh kerana waktu siang, penumpang yang duduk di bahagian hadapan boleh melihat dengan jelas, kenderaan pengangkutan biasa yang mempunyai tentera di sebalik barangan muatan dan lengkap bersenjata. Itu yang kelihatan.Yang tidak kelihatan dan berada di sebalik gunung2 batu pula? Hanya Allah yang tahu sistem pertahanan mereka.

11.Ini menunjukkan, pihak keselamatan cekap dalam mengawal laluan utama pelancong.Laluan tersebut amat penting kerana ianya laluan perdagangan yang menguhubungkan Kenderaan Berat dari Pelabuhan Nuwaibak ke Suez dan sebaiknya dan juga ianya laluan pelancong untuk ke Sharm El Syeikh, Dahab dan St Catherine atau Jabal Musa. 

MENGAPA IANYA SELAMAT? 

12.Setiap tempat tersebut mempunyai Kabilah utama.

13.Mereka telah menyatakan sokongan dan ketaatan tidak berbelah bahagi kepada Tentera Mesir dan menyerahkan senjata-senjata berat yang tidak berlesen kepada tentera dalam satu pelan damai yang dilancarkan oleh Marshal Sisi.

14.Sejak 30 Jun 2013, hampir tiada kes penculikan pelancong dan ini sejajar dengan pelan damai yang membuatkan para pemimpin Badawi (arab adang pasir) dan kabilah mentaati Kerajaan.

15.Hairan Bin Ajaib, berita bahaya di Sinai di kalangan pelajar Malaysia tidak begitu jelas bahkan kelihatan samar-samar hanya kerana satu atau dua isu yang tidak diulas dengan betul dan kajian yang teliti. 

SIAPA JAGA KESELAMATAN KITA DI MESIR? 

16.Sedar atau tidak, sebenarnya, PIHAK KESELAMATAN MALAYSIA tidak boleh menjamin keselamatan rakyat Malaysia di Mesir walaupun yang sedang berada di Kaherah atau mana-mana Muhafazah (negeri) di Mesir.Keduataan hanya boleh mengeluarkan garis panduan untuk rakyatnya semata. 

17.Kadang-kadang, garis panduan yang dikeluarkan hanya berdasarkan beberapa kes semata dan bukan menyeluruh.

18 Dalam isu ke Selatan Sinai, sebenarnya, semenanjung Sinai mempunyai dua negeri iaitu Utara Sinai dan Selatan Sinai. 

19.Bagi Utara Sinai, memang tidak dinafikan situasi bahaya kerana faktor yang dinyatakan diatas bahkan, kedutaan sendiri telah mengeluarkan garis panduan keselamatan nombor 2, bagi tahun 2014 fasal 1.3 yang menyebutkan dengan jelas, UTARA SEMENJUNG SINAI.

20.Kawasan pelancongan pelajar Malaysia bagi musim sejuk adalah di Selatan Semenanjung Sinai.Maka, berdasarkan sikap Keduataan yang menghalang kumpulan pelajar Johor ke Selatan Sinai sangat bercanggah dengan Garis Panduan yang dikeluarkan dan ini menampakkan bahawa KEDUTAAN TIDAK MENGKAJI DENGAN BETUL ISU DI SEMENANJUNG SINAI.

KAWASAN PELANCONGAN SUMBER UTAMA KERAJAAN MESIR

21.Adalah amat rugi bagi kerajaan Mesir jika kawasan DAHAB, SHARM EL SYEIKH dan ST CATHERINE tidak dijaga dengan baik dan dilindungi dengan kekuatan pertahanan dan keselamatan Mesir.Ini adalah kerana, ianya merupakan antara kawasan pelancongan utama di Mesir yang menjana KDNK negara mereka. 

22.Maka tidak hairanlah, pada hari kekecohan kes serangan hendap di TABA atau sempadan Mesir - Israel juga dipaparkan berita empat pelancong asing yang terperangkap dalam cuaca buruk di puncak Jabal Musa diselamatkan oleh helikopter tentera bagi menyelamatkan mereka!

23.Ketika di Dahab, saya sendiri menujukkan beberapa peserta pegawai Polis yang terpacak melihat kedatangan kami dan saya dipanggil untuk memberi laporan jumlah peserta dan beliau berpuas hati kerana ianya sama dengan maklumat yang beliau ada yang diperoleh dari Post2 kawalan sepanjang perjalanan. 

24.Sejak selepas revolusi 25 Januari 2011, memang sektor pelancongan Mesir amat menerima kesannya.Namun, kerajaan Mesir hari ini telah melancarkan kempen melancong dalam negara.Maka, adalah tidak pelik, tahun 2014 amat berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini, Dahab, St Catherine dan Sharm El Syeikh dipenuhi pelancong RAKYAT MESIR !! berbeza tahun-tahun sebelum revolusi bahkan 2011 hingga 2013, pelancong asing agak kelihatan ramai. 

25.Semasa malam di Dahab, rakan saya yang bertugas di Kontinjen Selatan Sinai menghubungi saya untuk makan malam bersamanya. 

26.Beliau mengeluh dengan suasana sekarang yang agak sukar bagi Mesir kerana sektor pelancongan diserang oleh berita Media Asing yang keterlaluan berkenaan mesir.Katanya dengan jelas :

".......MASR BEN TORIAN.YA MUWAGAHAH YA INHIYAR!! ANA LA ASMAH BINHIAR!!.........."

Maksudnya : Mesir berada antara dua persimpangan.Sama ada menghadapj (pengganas dan situasi lain) atau Hancur

27.Beliau bersemangat menyatakan, walau mereka akan terkorban, Mesir akan tetap dipertahankan.Serangan ke atas Mesir saat ini bukan sahaja melalui pengganas di Utara Sinai, bahkan, serangan paling bahaya dengan memburuk Mesir melalui media2 asing yang akan memberikan implikasi negatif kepada ekonomi Mesir. 

28.Israel, Amerika Syarikat, EU dan beberapa negara lain, tidak membenarkan rakyatnya ke Mesir dan Selatan Sinai.Beliau juga menyatakan, kelihatan rakyat Korea dan Rusia yang paling ramai di Dahab dan Sharm El Syeikh.Kedua2 negara ini amat berjasa kepada Mesir saat ini kerana membantu sektor pelancongan Mesir. 

29.Hari ini, Mesir diuji.Bayangkan jika kelak, kita juga duji seperti mereka? Malaysia juga pernah mengalami situasi genting di Lahad Datu Sabah.Bayangkan, jika sekiranya kedutaan mana2 negara asing mengeluarkan kenyataan TIDAK MEMBENARKAN MELANCONG KE MALAYSIA, apakah perasaan kerajaan Malaysia? Lebih2 lagi Malaysia pada tahun 2014 mensasarkan 28 juta pelancong dan unjuran RM 76 Bilion pendapatan dari sektor pelamcongan.

30.Ringkasnya, kumpulan pelajar2 Johor ke Selatan Sinai disambut baik oleh pihak keselamatan di setiap post kawalan dan mereka menunjukkan perasaan menghargai kerana sudi membantu membanngunkan semula ekonomi mereka.Saya sentiasa memberikan update kepada mereka sama ada secara lisan mahupun dihubungi.Sementara para pekerja hotel, pekedai sama ada pakaian, cenderamata dan restoran makanan sea food Dahab, mereka gembira kerana pekerja akan dibayar gaji dengan kedatangan pelancong yang membuatkan hotel mereka beroperasi, pekedai laris jualan, dan chef restoran senyum simpul masakannya dihargai.

JOM SUPPORT PELANCONGAN MESIR.PERCAYALAH KEPADA PIHAK KESELAMATAN MESIR.



PETA SEMENANJUNG SINAI




SEMENANJUNG SINAI TERBAHAGI KEPADA DUA NEGERI (GOVENERATE)




PETA NEGERI UTARA SINAI (KAWASAN BERGOLAK DAN SEMPADAN) 




PETA NEGERI SELATAN SINAI YANG MERUPAKAN KAWASAN TUMPUAN PELANCONG YANG DIJAGA RAPI PIHAK KESELATAN MESIR



Khamis, 2 Januari 2014

CUTI HARI JUMAAT JADIKAN UMAT ISLAM TIDAK PRODUKTIF



1.Hari ini 3 Januari 2014, atau jumaat kedua kawan di Malaysia.Rakan2 facebook kelihatan gembira dengan suasana terkini di Johor dan kononnya ianya satu perubahan yang maha dahsyat dan positif.Izinkan saya berbeza pendapat dalam hal ini. 

2.Saya sembahyang di Masjid Sultan Ismail Batu Pahat dan mendengar "pembacaan khutbah". (Di Mesir, saya mendengar "khutbah" yang membugar jiwa dengan isu yang segar")

3.Habis solat, hilang separuh jemaah dalam ruangan utama masjid entah kemana.Sepatutnya, kerana cuti hujung minggu hari jumaat, umat Islam tekun beribadah hingga menunggu selesai doa dibaca selepas solat barulah boleh mengukuhkan ukhuwwah dan mengeratkan silaturrahmi dengan bersalam-salaman antara satu sama yang lain.

4.Masjid pun kelihatan "kurang seri", kerana tidak kelihatan lagi budak2 sekolah bersamping dan baju uniform sekolah mereka, sama2 menunaikan solat Jumaat sebelum ke Sekolah masing2.Dalam diam, persekolahan hari Jumaat mengajar anak melayu Islam kita peri pentingnya solat seawal di peringkat sekolah. 

5.Kemana menghilang budak2 yang selama ini memeriahkan masjid? 

6.Harap2, mereka tidak duduk di rumah duduk di hadapan televison menonton rancangan pilihan atau seperti biasa, drama hindustan pilihan di hari Jumaat.Ibu bapa diharapkan tidaklah menjadikan alasan "tak per, belum baligh tak wajib solat Jumaat lagi" seperti mana kewajiban berhijab (bertudung) bagi anak perempuan mereka yang kebanyakkan ibu bapa memandang, hanya ke sekolah wajib bertudung dan membiarkan anak mereka tidak berhijab di luar waktu sekolah apabila keluar rumah atau menerima tetamu bukan mahram dengan alasan BELUM WAJIB.

7.Cuti jumaat akan menjadikan umat Islam TIDAK PRODUKTIF dan pemalas.

8.Ibadat wajib atau fardhu, tidak boleh dijadikan alasan untuk umat Islam memisahkan diri dengan hal ehwal dunia atau bekerja.Ini adalah kerana, menurut falsafah Usul Fekh, setiap kefardhuan yang dipertanggugjawabkan ke atas setiap mukallaf (setiap insan yang berakal dan akil baligh) terkandung maksud MASYAAQQAH atau kepayahan.

9.Sebab itu jugalah, setiap kefardhuan yang telah dilaksanakan, disebut juga dalam ilmu usul fekh sebagai BARA'ATUL ZIMMAH atau menyelesaikan tanggungjawab. 

10.Justeru, Jumaat sebagai hari bekerja digalakkan oleh Islam sebagai satu falsafah dalam melahirkan umat Islam yang produktif dan ini disebutkan dengan jelas di dalam Al Quran, Surah Al jumuah, ayat 62 : 

فَإِذَا قُضِيَتِ الصَّلَاةُ فَانْتَشِرُوا فِي الْأَرْضِ وَابْتَغُوا مِنْ فَضْلِ اللَّهِ وَاذْكُرُوا اللَّهَ كَثِيرًا لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ (10) 
 
Maksudnya : "Apabila telah ditunaikan sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi; dan carilah karunia Allah dan ingatlah Allah sebanyak-banyaknya supaya kamu beruntung." (Surah Al-Jumu'ah (62)  ayat 10)

11sedikit perkongsian suasana di bumi Mesir.

12.Orang Islam di Mesir diajar cuti mingguannya pada hari Jumaat dan Sabtu.Mereka diajar supaya bercuti pada hari jumaat untuk memberi peluang melaksanakan Ibadah Fardhu.

13.Maka,sepanjang bulan Ramadhan, kebanyakkan rakyat Mesir TIDAK BEKERJA dan jabatan2 kerajaan mereka lesu.Ini dapat disaksikan oleh rakan2 kita di Universiti AL AZHAR, apabila sahaja ada sebarang urusan melibatkan pentadbiran universiti sepanjang bulan Ramadhan akan menjadi sukar.

14.Bahkan, ada yang tanpa segan silu, terus menundukkan kepala di atas meja beralaskan tangan dan tidur sepanjang waktu bekerja.Apabila kita selaku pelajar asing mahu berurusan, jawaban yang diterima ialah "BUKROH" (esok) yang ianya membawa maksud "BAKDAL EID".

15.Ringkasnya, cuti jumaat bukanlah satu dasar yang bagus untuk umat Islam dan bagi saya, ianya akan melahirkan umat Islam yang tidak produktif.