Ahad, 31 Januari 2010

EZOEGYPT MAHASISWA "BEBAS" !!!


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Para Blogger sekalian,

1.Saya telah menghadiri majlis ramah mesra bersama YB Dato' Razali Ibrahim dan YB Senator Dato' Dr Masyitah Ibrahim pada 30 Januari 2010 di ARMA Kaherah.

2.Dalam majlis tersebut yang turut dihadiri oleh para Diplomat Malaysia di Mesir, pegawai kerajaan dan pimpinan mahasiswa Malaysia di Mesir,saya telah mengutarakan beberapa soalan kepada YB Senator Dato' Dr Masyitah dan ahli rombongan beliau yang juga Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia,Yang Berusaha Tan Sri Alimuddin.

3.Soalan pertama dan kedua saya tujukan kepada Tan Sri betapa perlunya sekolah agama rakyat Johor (SAR) atau Sekoleh Menengah Agama Johor (SMAN) diserapkan ke Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).

4.Alangkah terkejutnya saya mendapat maklumat bahawa terdapat rakan-rakan graduan dari Mesir lepasan ijazah yang bertugas di Sekolah Menengah Agama Negeri dengan gaji kurang RM 1500.Itu sahaja yang Majlis Agama Islam Johor mampu bantu.

5.Apabila SMAN sedia ada diserapkan ke SABK,saya yakin,guru-guru lepasan MESIR akan terbela dengan menikmati gaji di bawah skim DG 41.

6.Disamping itu,adalah diharapkan agar SABK kelak tidak mengabaikan kurikulum AL AZHAR yang menjadi tunggak dan paksi pendidikan Sekolah Agama Rakyat.Ini perlu dijamin agar dikekalkan melalui sistem SABK.Semoga SMAN Johor segera diserapkan ke SABK.

7.Soalan kedua saya kepada Tan Sri adalah berkaitan kesinambungan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).Alangkah bagusnya agar STAM mempunyai kesinambungan dengan mempunyai peperiksaan PRA STAM seperti Peperiksaan Menengah Rendah Agama di tingkatan empat.

8.Soalan seterusnya saya tujukan kepada YB Senator Dato' Dr Masyitah berkaitan pandangan saya berkaitan ISU penggunaan kalimah ALLAH.Walaupun saya kontra dengan pendapat beliau,namun saya menerima perbezaan pendapat tersebut dengan berlapang dada.

9.Menjurus isu tersebut,saya mencadangkan agar dialog antara agama disuburkan di Malaysia dan sudah tiba masanya bagi saya ianya dibuat secara terbuka.

10.Saya turut mempersoalkan dasar yang berkaitan ISLAM HADHARI yang saya lihat saat ini sudah mula tidak diperkatakan oleh kepimpinan sekarang.

11.Akhir sekali,saya mencadangkan agar KABINET membuat satu keputusan agar Malaysia Student Department (MSD) diserahkan kembali kepada Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) seperti sebelum ini.

12.Respon dari rakan-rakan mengenai soalan terakhir saya sungguh mendapat perhatian.Ramai yang tertanya-tanya siapakah PTD dan pernahkah PTD mentadbir MSD? Saya akan kongsi maklumat tersebut bersama rakan-rakan blogger selepas ini.

13.Akhir sekali persoalan "KAITAN" saya dengan KELAB UMNO yang telah menjadi persoalan ramai masyarakat mahasiswa kita telah terjawab dalam majlis berkenaan apabila sesi bergambar tiba.Saya TIDAK LAGI TERLIBAT dengan organisasi berkenaan.

5 ulasan:

Syah_Putra berkata...

Salam,

BEBAS, hati2 jawan jangan ikut emosi, jangan kerana sekor dua berok2 yang tak belajar law sdr tarik diri dari organisasi tersebut.
Saya yakin saudara seorang yang matang dalam hal kepimpinan ni.


Salam perjuangan

anti-bact berkata...

Salam. Masih ingat saya? Hehe. Sebelum sy datang ke Mesir saudara ada berpesan spy saya hubungi saudara bila tiba di sini. Skrg masuk 2 tahun saya di sini. Haha.

Dulu semua melihat saudara sbgi UMNO Totok. Menyampah kerana "kemenyampahan" mereka terhadap UMNO itu sndiri.

Skrg, tahniah saya ucapkan atas keberanian saudara menyuarakan kebenaran, dan cadangan2 yg ditujukan kpd Datuk Mashitah yg saya kira sbgi berisi. Tidak seperti sstg isi sewaktu perjumpaan bersama Datuk Mustapa Mohamad yg saya kira sbgi sgt merintis dogma UMNO. Haha. I was there.

Ok, selamat menyuarakan kebenaran. Mungkinkah UMNO diislah? Agak mustahil~

Semenanjung berkata...

Syabas dan tahniah. atas kematangan dan keberanian anda.

Tanpa Nama berkata...

saudara ezo,
tahniah diatas keputusan saudara. Tapi ingat kita sentiasa di perhatikan dan silap langkah kita akan terperangkap juga. Be positive and berjuanglah di atas flatform lain. bantulah mahasiswa di mesir ini dengan penoh keiklasan dan tanggungjawab. Syabas

malaysia baru berkata...

Tinggalkanlah UMNO yang ahli politiknya famous bina kekayaan peribadi melalui cara tidak sah.
Pernah jumpa orang politik UMNO yg MISKIN?