Selasa, 25 September 2007

KEPULANGAN PENGARAH JPMK

Suasana sedih menyelubungi suasana lapangan terbang antarabangsa kaherah.25 September 2007 adalah hari yang paling menyedihkan sepanjang keberadaan saya di Mesir. Orang yang selama ini saya anggap sebagai guru dalam mempelajari dunia politik telah pulang ke tanah air meninggalkan saya dan seluruh mahasiswa Malaysia di R.A.Mesir.

Prof. Madya Dr Mohd Fakhruddin bin Abdul Mukti telah dilantik sebagai Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) pada Mei 2005.Lebih dua tahun beliau berkhidmat dengan Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK).

Beliau banyak mengajar saya peri pentingnya warga Al Azhar memahami situasi tanah air dari aspek politik,kerjaya dan lain-lain lagi.Gaya korperat yang diajarkannya banyak membantu saya untuk membina masa depan.

TYT Datuk Zainal Abidin Abdul Kadir dan Datin,turut berada di Lapangan Terbang untuk mengucapkan selamat pulang kepada beliau sekeluarga.Para pegawai atase JPMK turut kelihatan disana.

Prof Madya Dr Mohd Fakhruddin akan kembali berkhidmat di Universiti Malaya sebagai Timbalan Pengarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.Beliau akan mendaftar diri pada 1 Oktober 2007.

Beliau berlepas pulang ke Malaysia menaiki pesawat Egypt Air yang berlepas pada jam 9 pagi.Semoga jasa baik Prof Madya Dr akan dibalas oleh Allah S.W.T dan dipermudahkan olehnya di akhirat kelak sebagai ganjaran tuhan terhadap orang yang menaikkan imej dan membantu penuntut-penuntut ilmu agama.

Siapakah pengarah JPMK yang baru? dari manakah beliau? itu persoalan yang tidak penting.Yang penting,kita harus mentaati wakil kerajaan kita (MALAYSIA) di sini.Kita rakyat Malaysia.Negara maju dan berdaulat.Jangan tanya apakah sumbangan kerajaan kepada kita.Sebaliknya kita perlu bertanya dengan diri kita sendiri,apakah sumbangan kita kepada kerajaan dan negara?

Siapa pengarah JPMK yang baru,Pegawai baru,Duta baru,bukan kerja kita,kerja kita taati,ikuti arahan dan menghormati mereka.Mentaati kedutaan bermakna kita mentaati kerajaan.Menentang kedutaan bermakna menentang kerajaan.

Tiada kesetiaan yang berbelah bagi.Kesetiaan penuh kepada perintah Allah,Kerajaan yang memerintah dan negara yang dicintai.

Tiada ulasan: