Sabtu, 8 Mac 2008

TANGISANKU DALAM SENYUMAN

Bulan Mac tahun ini amat bermakna bagi saya.Ini adalah kerana temujanji untuk menghantar semua assigment dan report pada 31 Mac ini.Dari minggu lepas,saya sibuk dengan kerja-kerja menyiapkannya.Apa pun,semalam,8 Mac,jam 5 petang waktu Mesir dan 11 malam waktu Malaysia,saya terpaksa mengorbankan sedikit masa untuk melihat perkembangan terkini tanah air tercinta kerana keputusan pilihanraya diumumkan walaupun pada ketika itu belum rasmi.

Agak mengecewakan apabila BN hanya menang dengan majoriti mudah bukan majoriti 2/3 seperti biasa.Rasa sedih,kecewa,hampa bercampur baur.Saya memang cintakan UMNO dan Barisan Nasional.Tapi saya bukan penyokong taksub.Sokongan saya atas pendirian yang betul.

Namun,BN lebih terbuka menerima hakikat berbanding BA terutamanya PAS yang lebih menghujum secara membabi buta kononnya wujud pengundi hantu dan pelbagai lagi tohmahan jika kekalahan berpihak kepada mereka.

Berbeza dengan BN yang lebih bersikap terbuka dan menerima hakikat.Apa pun,telahan saya berkenaan negeri Kedah meleset sama sekali.Saya percaya ini kerana isu lain.Dari segi ekonomi,sepatutnya BN menang namun kekalahan yang mengundang.Saya yakin ini bukan faktor integriti dan ekonomi akan tetapi ianya lebih kepada faktor Tun Dr Mahathir dan "boikot" dikalangan pengundi BN.

Pertama kali dalam sejarah kata mereka.Saya sebagai generasi muda amat merasai kemenangan dengan majoriti mudah ini.Apakah akan berlaku dalam negara kita kali ini setelah suara parlimen hanya dapat diputuskan apabila pembangkang yang dapat 1/3 perlu bersama memberi keputusan.

Satu pembaharuan dalaman secara besar-besaran dalam UMNO dan Barisan Nasional perlu dilakukan segera dan kaji selidik perlu dibuat secara menyeluruh.Saya tetap bersama menyokong UMNO dan BN untuk agama,bangsa dan negara.

Semoga Allah pelihara keamanan Malaysia dan kembalikan kemenangan BN pada masa akan datang....

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam,,moga anda sentiasa di bwh peliharaan Allah Taala..
memang x dpt dnafikn, kita sume bebas bsuara lebih2 lg bg org yg mmpunyai suara untuk ddengari.
sy x rs pape bile saudara masih setia bsama UMNO n BN cumenye hanye tdetik sdikit rs pelik, apakah x cukup jelas kkurangan dn kpincangan yg telah dlakukan oleh parti ksayangan saudara itu?
atas dasar apakah mmbuatkn saudara begitu mnyanjungi mereka?
kalo ekonomi yg mnjadi pnilaian, sy rs saudara telah tsilap. mereka mampu mmbelanjakn duit dengan mewah dan mnaja program konon demi untuk kmajuan rkyt tp tahukah saudara, dari mana datangnye sumber kwangan yg mlimpah ruah itu?
m..mungkin saudara adalah salah seorang yg telah mrasa akan nikmatnya kelebihan dr mereka..
pape pon, harap saudara mmbuat kajian dgn teliti sblm menyokong siapa yg sharusnye dsokokng..
akhir kata, majulah negara blandaskn ISLAM..