Sabtu, 9 Mei 2009

MUSIM PEPERIKSAAN SAHAJA KITA BELAJAR?


Assalamualaikum,

Para Blogger yang dihormati sekalian,

Saat saya menulis entri kali ini,seluruh mahasiswa-mahasiswi Malaysia di Mesir sedang sibuk mempersiapkan diri untuk membuat persediaan menghadapi peperiksaan semester yang hampir tiba.

MASA ITU EMAS

Allah S.W.T telah memperuntukkan kepada kita masa 24 jam sehari.Teringat saya semasa bekerja di sebuah firma Jepun sebagai QA,sekitar tahun 2001,Jepun amat mementingkan waktu.Setiap saat menjadi kiraan terhadap pengeluaran produk kilang.Bayangkan,jika sebuah mesin mampu mengeluarkan sebuah “part” dalam masa lima saat,berapa produk yang WAJIB terhasil dalam waktu tersebut? Ganas,yer,memang ganas gaya pemikiran mereka.Penat kami para pekerja.Bayangkan,jika produk tak dapat dihasilkan menurut yang sepatutnya berdasarkan waktu kiraan pemprosesan,maka BOSS dari kalangan ORANG JEPUN akan mempersoalkan mereka yang bertanggung jawab.Saya selaku QA,hanya melihat kualiti.Jika barang REJECT,saya akan dipertanggung jawabkan kerana ianya merupakan satu pembaziran WAKTU dan KOS pengeluaran.

Saya dapat belajar ketekunan Jepun menjaga masa semasa bekerja dengan firma berkenaan.Mizuho Precission Enggeneering (M) Sdn Bhd.Enam bulan saya di sana sebelum berangkat ke Kedah untuk tumpuan peperiksaan SPM PERSENDIRIAN dan STAM.

Hari ini,di depan mata saya menyaksikan masa itu bergerak 24 jam seperti dahulu dan biasa.Namun perbezaannya adalah sejauh mana kita hargai masa tersebut.

BELAJAR BUKAN UNTUK PEPERIKSAAN SEMATA-MATA

Seperti mana saya katakan dalam entri yang terdahulu,metod pengajian AL AZHAR adalah semata-mata “faham” dan “hafaz”.Sistem kuliah TERBUKA dan peperiksaan semata-mata adalah merupakan sistem pengajian di Al Azhar.

Sebab itu saya rasa kurang senang jika melihat suasana mahasiswa yang tidak memenuhkan bangku kuliah.Kerana jika seorang mahasiswa itu tidak ke kuliah, bagaimana mereka akan menghadapi peperiksaan? Jika sesorang itu hanya datang periksa tanpa ke kuliah,ini bermakna seseorang itu tidak mengikuti keseluruhan sistem Al Azhar walaupun kuliah itu tidak wajib.

Metod “faham” ini diaplikasikan dengan pelbagai cara.Ada orang yang faham dengan tanpa ke kuliah, benar,terdapat sebahagian mahasiswa yang tidak datang ke kuliah tapi berjaya sebab mereka Berjaya MEMAHAMI kehendak peperiksaan namun kita bertanya disini,dimanakah tanggungjawab kita selaku mahasiswa?.Tepuk dada tanya iman.
Pensyarah di Al Azhar bukan calang-calang orangnya.Mereka ilmuan yang hebat dan bertaraf antarabangsa.Jika kita rapat dan dampingi mereka,pasti akan dapat mempelajari lebih dari yang sepatutnya.

Jika mahasiswa sibuk dengan aktiviti luar kuliah tanpa menitik beratkan kuliah dan cuba mendekati pensyarah mereka,akhirnya berlaku seperti hari ini,bila hampir periksa,maka akan berbondong-bondonglah “kita” ke kelas tutorial dan kumpul maklumat “moqorror”.Tak salah untuk ke kelas tutorial,yang salahnya ialah TIDAK KE KULIAH akan tetapi rajin ke TUTORIAL.

Minda “kuliah tak penting” amat bahaya dan ini dilema melayu yang berada di Mesir. Akhirnya golongan ini hanya belajar waktu peperiksaan.Habis musim peperisaan,bertaburanlah mereka dengan aktiviti-aktiviti persatuan dan “politik” kegemaran mereka.

Akhirnya,mereka gagal memahami ISLAM SEDERHANA acuan Al Azhar.Bila taksub sudah bersarang,maka apa yang dikatakan oleh “pihak tertentu” akan menjadi pegangan dengan tanpa pertimbangan yang sewajarnya.

Oleh kerana kuliah tidak penting,maka aktiviti-aktiviti persatuan mahasiswa mengambil tempat. Alasan yang diberikan adalah pelbagai dan “seperti munasabah”.Kononnya pensyarah belum memulakan sesi kuliah dan pelbagai lagi.
Alasan-alasan sebegini membenarkan aktiviti mereka dilangsungkan ketika kuliah sedang berlangsung.Akhirnya,pada bulan April,segala macam aktiviti ditangguhkan kononnya memberi peluang untuk menghadirkan diri ke kuliah.

Malang sekali apabila mereka lihat,pada ketika itu kuliah hanya tinggal baki beberapa sesi dan ada yang hampir selesai pun.Akhirnya,mereka kecewa dan buat sebuah kumpulan pengajian persendirian.Persoalannya sampai bila fenomena ini akan berterusan?

Jawapannya adalah KESEDARAN terhadap peri pentingya tugas dan tanggungjawab kita di Mesir harus sentiasa diperingatkan.

Benar,ianya berpunca dari masalah sistem Al Azhar itu sendiri.Namun,saya berpendapat kita tidak boleh sentiasa menggunakan hujah tersebut dan bersikap menyalahkan orang lain.Kita harus bijak menangani situasi dan cubaan yang datang,kerana kita adalah MAHASISWA dan tulang belakang Negara.

Kepada seluruh mahasiswa Malaysia di Mesir,SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN,SEMOGA BERJAYA ……………..

1 ulasan:

Jackster® berkata...

jemput semue sertai topblog mesir http://topblog.jackster.my/index.php?a=join