Jumaat, 10 Julai 2009

DISEBALIK PEMANSUHAN PPSMI

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Para Blogger yang saya hormati sekalian,

Melalui blog peribadi ini,saya pernah mengulas isu dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI).Ulasan tersebut adalah berdasarkan pengalaman saya sebagai guru KGSK di dua buah sekolah semasa dalam proses mendapatkan tajaan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana antara Jun 2008 hingga Oktober 2009 sebelum berangkat ke Mesir pada awal bulan November tahun yang sama.

PEJUANGAN MANSUHKAN PPSMI

Semua pihak bermula dari bawah hingga atas,mempunyai pandangan yang pro dan kontra terhadap dasar tersebut yang mula berkuatkuasa pada 2003.Dasar ini adalah satu dasar yang difikirkan seorang negarawan ulung yang memandang jauh ke hadapan dengan wawasan 2020nya.

Sejak ia mula dicadangkan dan sedang dilaksanakan,pelbagai kritikan dan sokongan terhadap dasar ini.Dasar ini dilihat membantu oleh sebahagian pihak manakala sebahagian pihak yang lain memandang bahawa dasar ini kurang sesuai buat masa ini.

Di peringkat bawahan,guru-guru yang dibesarkan dengan sistem bukan PPSMI kebanyakkan mereka tidak bersetuju dengan dasar ini.Walaupun ada yang menyokong,sokongan mereka berasas begitu juga terhadap mereka yang tidak bersetuju.Namun, sebagai seorang guru yang mengajar,suka atau tidak,mereka sedar bahawa sebagai pelaksana dasar,itulah tugasnya walupun payah,ianya adalah tugas yang mulia sebagai pendidik.

Tanggal 8 Julai 2009,YAB Tan Sri Haji Muhyiddin Yassin Timbalan Perdana Menteri merangkap menteri pelajaran telah mengumumkan bahawa PPSMI DIMANSUHKAN.Tidak dapat saya bayangkan bagaimana gembiranya guru-guru yang pernah meluahkan kepayahan mereka tersebut.

“tambah tolak budak-budak faham tapi selesai masalah payah sikit”,itu antara luahan seorang guru di Batu Pahat Johor.Saya rasa guru-guru berkenaan sedang menarik lafaz lega sekarang ini.Menyelesaikan masalah memerlukan kefahaman dalam masalah yang diutarakan dan apabila masalah berkenaan diutarakan dalam bahasa inggeris,itulah masalah pelajar untuk memahaminya walaupun soalan peperiksaan dibuat dengan dwi bahasa.Latihan harian? Takkan dalam dwi bahasa?

Pihak yang memperjuangkan isu ini juga mampu bergembira kerana bagi mereka bahasa jiwa bangsa itu dapat diterjemahkan dengan memartabatkan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar subjek penting tersebut.

Sebagai seorang yang membaca akhbar dan meniliti isu ini dari semasa ke semasa,PEMBANGKANG dari PAS,PKR dan DAP tidak boleh mendabik dada bahawa mereka berjaya dalam isu ini! Yang pertama memperjuangkan isu ini adalah Prof Diraja Ungku Abdul Aziz.

Susulan dari itu,UMNO JOHOR telah menghantar sebuah usul dalam satu persidangan AGONG UMNO agar PPSMI dimansuhkan melalui wakil mereka di persidangan tersebut.Terakhir,pada Persidangan AGONG UMNO 2008,WANITA UMNO mengusulkan agar PPSMI dimansuhkan dan usul tersebut telah diluluskan dan menjadi salah satu agenda perjuangan parti tersebut ketika kajian di peringkat kebangsaan giat dijalankan.

Tidak dinafikan,pembangkang turut terlibat dalam perjuangan tersebut,akan tetapi PEMBANGKANG bukan berjuang keseorangan dan UMNO pula tidak senyap seribu bahasa.Ini adalah kerana UMNO turut berjuang hanya sahaja UMNO dilihat mempunyai metod tersendiri dalam memperjuangkan sesuatu isu tersebut.Bersuara dengan sopan kemudian mengemukakan usul melalui medium yang sesuai dan bukan hanya BERJALAN TERPEKIK TERLOLONG DI JALAN RAYA yang hanya akan menggerunkan para pelabur dan menguntungkan pihak luar yang gerun dengan telahan “MALAYSIA HARIMAU ASIA”.

KAJIAN SEBELUM MANSUH

PPSMI dimansuhkan setelah kajian yang teleti dan bukan atas faktor politik.Jika ianya bermotifkan politik,sudah pasti dasar ini dihapuskan serta–merta selepas menerima kritikan.Namun,dasar ini dikaji dan disemak semula atas arahan YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (TUN SEKARANG) sebagai Perdana Menteri ketika itu.
Ini bermakna keputusan yang dibuat dan diumumkan pada 7 Julai tersebut adalah keputusan yang berasaskan kajian yang teliti dalam jangka masa yang agak panjang.Tentu sukar untuk membuat keputusan berkenaan.Kita yang berada di bawah ini,hanya pandai mengulas,mengkritik dan memberi cadangan,pihak atasan paling pening dan payah untuk membuat keputusan.Untuk menjadi pemimpin bukan mudah,yang mudah menjadi pengkritik dan kata Tun Daim Zainuddin, “tukang paling mudah adalah tukang kritik”.

1 ulasan:

Ibnu Ali berkata...

Tun Dr Mahathir patut kuar UMNO sekali lagi! Ngeh ngeh