Jumaat, 20 November 2009

ISU PEMBACAAN KUTUB SITTAH : SEJAUH MANA KEBENARANNYA (BAHAGIAN SATU)


GAMBAR KONVOKESYEN PMRAM 2008 DI ACC

PUNCA PERBALAHAN : PESERTA TAHUN AKHIR MEMAKAI "JUBAH" KONVO SEMASA MAJLIS PENUTUP KUTUB SITTAH,20 OKTOBER 2009.BETUL TAK TINDAKAN DR JAMIL!!! FIKIR...(kalau tiada surat Dr Jamil kepada AL AZHAR,pasti nama program penutup ini adalah KONVOKESYEN...)

JUBAH KONVOKESYEN PMRAM


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Para Blogger yang saya hormati sekalian,

Saat ini,isu pembacaan hadith “kutub sittah” bersama para syeikh di Mesir masih lagi menjadi perbincangan samaada di Malaysia atau di Mesir.Isu ini tidak rumit sebenarnya.Ia penuh dengan spekulasi,penambahan plot dan raih simpati.Itu pandangan peribadi saya.

Saya cuba untuk mengulas isu ini sebanyak empat bahagian kali ini dan saya berjanji ianya tidak diselangi dengan waktu yang terlampau lama.Ini adalah kerana saya telah pun mengkaji fakta-fakta berkaitan dan saya fikir,ianya amat membantu saya membuat pemerhatian dan ulasan yang betul.

Satu persoalan yang menjadi tanda tanya ramai adalah,apakah punca isu ini timbul? Apa yang menyebabkan ianya terlalu menjadi perhatian? Paling penting,apa sebenarnya yang berlaku? Antara persoalan tersebut ada yang telah pun terjawab.Ada juga yang masih menjadi tanda tanya.

JPMK,AL AZHAR DAN PMRAM
Isu ini timbul apabila AL AZHAR tidak membenarkan PMRAM meneruskan program yang telah dirancang pada 17 hingga 20 Oktober di PUSAT PERSIDANGAN AL AZHAR (ACC).Perlu diingatkan di sini bahawa penggunaan premis tersebut adalah secara berbayar dan bukan berdasarkan ianya satu program biasa pelajar dengan dinaungi pihak universiti seperti di Malaysia.

Program yang dirancang itu telah pun mendapat publisiti meluas. Sebuah poster besar digantung di dataran hayyu asyir Kaherah.Program tersebut adalah berbayar.Saya tidak ingat berapa jumlah bayaran penyertaan seorang peserta.Yang pasti ianya lebih seratus pound Mesir.Paling penting adalah bayaran tambahan sebanyak LE 80 untuk peserta tahun akhir untuk tempahan “JUBAH KONVO”.Sementera di blog rasmi program berkenaan beralamat http://kutubsittah-pmram.blogspot.com menyatakan maklumat tambahan iaitu satu tarikh yang meminta peserta tahun akhir datang mengukur “jubah konvo”.

Hari ini,saya lihat maklumat berkenaan telah dipadam bahkan selepas isu ini kecoh,iklan di dataran hayyu asyir tersebut telah ditanggalkan sebelum majlis berlangsung lagi.

Keputusan pihak pentadbiran Pusat Persidangan telah memberikan kebuntuan pihak penganjur.Saya tegaskan sekali bahawa,apa yang berlaku sebenarnya adalah pihak pentadbiran ACC tidak membenarkan program tersebut diadakan di premis milik AL AZHAR berkenaan.

Ini bermakna PMRAM tidak dapat mengadakan majlis tersebut di premis berkenaan.Ia juga membawa maksud,PMRAM masih berpeluang mengadakan program berkenaan di Premis lain.Maka pastinya di sini adalah PMRAM masih BOLEH mengadakan program berkenaan.

Punca ACC bertindak demikian adalah berdasarkan kepada “ARAHAN” dari syeikh Al Azhar,AL IMAM AL AKBAR,SYEIKH Prof Dr Tantawi sendiri.Arahan dari syeikh Al Azhar adalah berpunca dari satu surat dari pihak Malaysian Student Department (MSD) atau terkenal dikalangan pelajar Malaysia di mesir sebagai JPMK (Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah). Surat tersebut telah menjadi satu rujukan pihak AL AZHAR.

PMRAM,melalui portal rasminya www.pmram.org telah menyatakan sikap OPTIMISnya mengadakan majlis tersebut.Isu tersebut disebarkan secepat kilat melalui pelbagai saluran.Saya saat itu hanya memerhati.

Akhirya,saya bertindak menghubungi pengarah MSD Cairo,Prof Madya Dr Jamil Hasyim berkenaan isu ini.Kenyataan beliau saya bandingkan dengan apa yang disebut dan disebarkan oleh mereka yang PRO PMRAM.

Kenyataan Pengarah MSD adalah beliau meminta AL AZHAR mengiktiraf konvokesyen anjuran MSD dengan kerjasama AL AZHAR.Kenyataan ini tidak disebutkan oleh pihak PMRAM.Sementara pihak PMRAM hanya menyatakan kandungan surat yang “dibaca” oleh mereka melalui pentadbiran ACC dan menyatakan bahawa MSD menyatakan dalam surat berkenaan bahawa PMRAM wakil parti-parti pembangkang.

Apabila disambung kedua-dua fakta tersebut,maka dapat kita tahu bahawa,pengarah MSD menghantar surat tersebut adalah kerana memberitahu AL AZHAR bahawa MSD sebenarnya yang akan menganjurkan KONVOKESYEN dan kenyataan “IKLAN” konvokesyen dengan jubah konvo dan ukur jubah konvo telah dihidu oleh Prof Madya Dr sebagai satu cara halus mengganggu program yang dirancang oleh MSD.

Pengarah MSD meminta AL AZHAR tidak mengiktiraf konvokesyen yang dianjurkan oleh PMRAM selepas program pembacaan kutub sittah kerana PMRAM tidak diiktiraf oleh MSD Cairo dan barangkali benar maklumat yang disebarkan bahawa surat tersebut turut memuatkan alasan bahawa PMRAM wakil parti pembangkang Malaysia.

Justeru,MSD Cairo telah merancang lebih awal lagi konvokesyen graduan Malaysia AL AZHAR yang dijadualkan pada 25 Oktober 2009 di tempat yang sama,Pusat Persidangan Al Azhar.Dari segi iklan pulan,MSD jelas telah mendahului iklan KONVOKESYEN PMRAM pada 1 Julai 2009.Iklan berkenaan masih boleh didapati di portal JPMK, http://www.jpmk.info/ . PMRAM saat itu sangat sibuk dengan iklan program Ekspo Gempak PMRAM atau EGP PMRAM yang berlangsung pada awal Ogos.

ISU YANG TIDAK SEPATUTNYA TIMBUL
Walaupun PMRAM tidak dapat meneruskan program berkenaan di ACC,namun,PMRAM telah Berjaya mengadakannya di Rumah Johor di Kaherah dan kelab sukan hayyu sadis.Program tersebut berlangsung dengan jayanya pada 17 hingga 19 Oktober 2009 di Rumah Johor dan majlis penutup pada 20 Oktober di Kelab Sukan hayyu sadis.

Saya juga berpandangan bahawa pembacaan kutub sittah ini adalah program yang amat baik.Penganjur harus dipuji.Namun,perkataan “KONVOKESYEN” yang dipaparkan melalui iklan-iklan kutub sittah telah menimbulkan kesangsian sesiapa sahaja.Sama ada mahasiswa-mahasiswi kita dan pegawai MSD mahupun Kedutaan.

Sedangkan MSD telah juga merancang untuk mengadakan program konvokesyan pada 25 Oktober.Majlis penutup yang akan menyaksikan KONVOKESYEN PMRAM adalah pada 20 Oktober.Jelas lagi tersuluh, ianya satu cara halus mendahului dan mencabar MSD.Bezanya adalah PMRAM tidak menyatakan majlis KONVOKESYEN secara langsung sebaliknya berselindung disebalik program pembacaan kitab hadith atau kutub sittah.

PMRAM tidak menafikan perkara ini sehingga saat ini.Ianya membuktikan bahawa tindakan Dr Jamil adalah benar.Namun,ada suara-suara kecil yang cuba menafikannya.Mereka menafikan bahawa PMRAM akan mengadakan KONVOKESYEN.Jika sekiranya PMRAM tidak akan mengakan KONVOKESYEN,maka sudah tentu apa yang dilakukan oleh Dr Jamil adalah salah faham semata.

Namun,majlis penutup kutub sittah tidak diadakan secara terbuka.Ianya diadakan secara TERTUTUP. Hanya yang terlibat dengan majlis pembacaan kutub sittah sahaja dibenarkan masuk dalam majlis berkenaan. Gambar yang saya sertakan diatas barangkali boleh memberi kepada para bloggers sekalian seribu tafsiran.Fikirlah,benar atau tidak telahan dan tindakan Prof Madya Dr Jamil?

Jika pengarah MSD tidak membangkitkan isu ini ke peringkat AL AZHAR,saya pasti KONVOKESYEN di ACC anjuran PMRAM akan menjadi realiti.Persepsi mahasiswa baru yang baru sampai (ketika itu,80 peratus mahasiswa baru telah sampai) dan mahasiswa sedia ada barangkali adalah “KONVOKESYEN PMRAM lebih baik dan lebih bagus berbanding KONVOKESYEN MSD kerana didahului dengan program pembacaan kutub sittah”.

Isu pembacaan kutub sittah ini sepatutnya tidak perlu diperbahaskan lagi selepas 20 Oktober.Ini adalah kerana program berkenaan telah berjalan dengan lancar dan jelas,MSD tidak menghalang program tersebut.Jika MSD menghalang progam berkenaan,sudah pasti MSD akan mengutus surat pula kepada pentadbiran RUMAH JOHOR KAHERAH supaya pegawai JOHOR membatalkan program berkenaan.Ianya tidak berlaku.


Fikir-fikirkan…kita mahasiswa,carilah fakta yang betul dan dengar dari kedua-dua belah pihak.Bukan guna emosi semata dan hanya dengar dari sebelah pihak…..

BERSAMBUNG…………… PMRAM TAKUT DAN RAIH SIMPATI (BAHAGIAN DUA)

3 ulasan:

Abu Ubaidah berkata...

aduh macam2
kenapa time majlis dialog hari tu prof dr jamil tak datang je??
kalau sibuk boleh buat masa lain...

haduh3 kalau datang majlis dialog hari tu i.allah semua perselisihan akan selesai

"bermesyuaratlah dlm setiap perkara, setelah ada keputusan maka bertawakal"

Tanpa Nama berkata...

haih..terasa seperti membaca dan mendengar berita2 di media perdana lak...pandai putar belit n menampakkan salah org utk menegakkan diri sendiri yang jelas kesalahannya..memberatkan diri pada yg salah!

Hadi berkata...

Pengarah masa itu tak turun kerana ada kerja, dan itu ada hikmah sebenarnya, kerana masa itu ada ahli PMRAM yang bertindak diluar kawalan hingga buleh menimbulkan keadaan yang tidak aman.
ini terbukti saudara faizal sendiri hampir2 ditumbuk oleh ahli PMRAM ketika beliau bangun berucap menyatakan pandangan beliau pada majlis tersebut. bayangkan jika pengarah hadir, kemungkinan besar bukan saja pengarah, malah kenderaan JPMk pun mungkin akan dipecah2kan.
perkara ini dah sampai ke parlimen, dan yang paling lucu, PMRAM terang2an membuat pembohongan, menipu dan memutar belit keadaan. tak sangka ini semua adalah rancangan dari PMRAM yang konon suci dari segala dosa..