Isnin, 22 Februari 2010

KENALI SIAPA DR AL BARADEI,BIODATA RINGKAS UNTUK KITA KENALI


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Para Blogger sekalian,

Sebelum saya bercakap tentang manifesto AL BARADEI yang sungguh menarik kita rakyat Malaysia,adalah lebih elok saya memperkenalkan kepada blogger sekalian,biodata ringkas beliau.AL BARADEI yang dikatakan sebagai calon popular pilihanraya Presiden Mesir 2011 adalah merupakan seorang yang aktif dalam bidang pentadbiran diplomatik (atau PTD Mesir),ahli akademik dan pemimpin pertubuhan antarabangsa.Untuk lebih mengenali beliau,saya coretkan sedikit maklumat berkenaan individu penting tersebut berdasarkan sebaran media Mesir :

Biodata Dr Muhammad AL BARADEI

1.Nama sebenar beliau adalah Dr Muhammad Bin Mustafa Al Baradei

2.Dilahirkan di Bandar Dokie di Giza pada 17 Jun 1942

3.Ayah beliau adalah Mustafa Al Baradei merupakan seorang peguam ternama di Mesir.

4.Dr Al Baradei adalah seorang graduan Undang-undang dari Universiti Kaherah pada tahun 1962.

5.Kemudian beliau melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Kedoktoran dalam bidang Undang-undang antarabangsa di New York Universiti dan berjaya memperoleh PHD pada tahun 1974.

Kerjaya :

1.Berkecimpung dalam bidang pentadbiran diplomatik sejak 1964.

2.Pernah menjadi utusan negara Mesir ke New York dan Geneva

3.Turut terlibat dalam banyak isu-isu antarabangsa dan turut aktif dalam Liga Arab.

4.Turut bergiat aktif dalam WHO dan hak asasi manusia.

5. Pada tahun 1974 hingga 1978 dilantik sebagai Pembantu Khas kepada Menteri Luar Mesir dan ketika itu terlibat dalam pelbagai pertemuan dua hala negara berkenaan dengan beberapa negara lain selain turut terlibat sebagai ahli rundingan damai antara Mesir dan Israel.

6.Pada tahun 1980,Al Baradei keluar dari bidang pentadbiran diplomatik Mesir dan menyertai Institut Kajian dan Latihan Pertubuhan Bangsa-banga Bersatu (PBB).

7.Pada tahun 1981 hingga 1987 bertugas sebagai Profesor Undang-undang antarabangsa di Fakulti Undang-undang,New York Universiti.

8.Pada tahun 1984 hingga 2010 beliau terlibat secara langsung dalam Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) sehingga diberi kepercayaan memegang jawatan Ketua Pengarah Agensi berkenaan.

Kerjaya AL BARADEI di IAEA (Agensi Tenaga Atom Antarabangsa):

1.Mula berkecimpung secara aktif dalam pertubuhan dunia itu sejak tahun 1984 sebagai Setiausaha Agong kemudian sebagai penasihat undang-undang dan Timbalan Ketua Pengarah Hal Ehwal Hubungan Luar IAEA.

2.Dilantik sebagai Ketua Pengarah Agensi berkenaan bermula pada Disember 1997 dan terus diberikan amanah sehingga ke penggal ketiga pada tahun 2005.

Augerah yang telah diterima oleh beliau :

1.Anugerah NOBEL ANTARABANGSA pada Oktober tahun 2005 kerana usaha beliau yang menentang penggunaan tenaga nuklear untuk tujuan ketenteraan selain turut menerima pelbagai anugerah lain di peringkat antarabangsa dari pelbagai negara.

2.Menerima anugerah DOKTOR KEHORMAT dari beberapa university KONKUK UNIVERITY ,Universiti Amerika Kaherah dan beberapa univeristi ternama yang lain.

3.Penerima anugerah tertinggi di Mesir yang disampaikan sendiri oleh Presiden Mesir sekarang,Presiden Husni Mubarak.

Beliau pulang semula ke Mesir pada 19 Februari 2010 dan selamat sampai ke Mesir pada jam 5.25 petang dan disambut ribuan rakyat Mesir dari pelbagai lapisan masyarakat.Kempen beliau sebagai PRESIDEN MESIR 2011 begitu hebat hingga diwujudkan sebuah laman web khas bagi tujuan tersebut.Bahang kepanasan Pilihanraya Presiden Mesir 2011 telah bermula sekembalinya AL BARADEI ke Mesir!

Tiada ulasan: