Jumaat, 19 Mac 2010

SAAT AKHIR AL MARHUM DR TANTAWI


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Para Blogger yang saya hormati sekalian,

1.Seperti yang diceritakan oleh Hatim Zahran,Setiausaha Sulit kepada Syeikh Dr Tantawi,bahawa kurang 24 jam sebelum pemergian beliau,dilihat begitu tergesa-gesa ke Arab Saudi,pada pagi selasa,9 Mac 2010.

2.Sebelum ke lapangan terbang Kaherah,beliau menjalankan tugas seperti biasa.Mengendalikan kelas pengajian untuk pengajian tinggi di salah sebuah dewan kuliah di Pejabat beliau.

3.Selesai kelas,beliau kembali ke pejabat untuk meneliti tugas-tugas rasmi beliau untuk esok hari (rabu).

4.Setelah itu,Al Marhum meninggalkan pejabat dan bergegas ke lapangan terbang Kaherah pada jam 10.30 pagi dengan tidak membawa bersama beg tersebut dengan tujuan akan kembali ke pejabat setelah pulang dari Arab Saudi esok. Kebiasaannya, menurut setiausaha sulit al marhum,rutin al marhum apabila pulang dari luar negara,beliau akan terus ke pejabat dahulu untuk menyelesaikan beberapa urusan yang perlu jika sampai ke Mesir pada pagi hari.Sesudah itu,barulah beliau pulang ke rumah.

5.Ketika di Arab Saudi,Al Marhum dilaporkan tidur lewat dan bangun awal untuk solat Subuh.

6.Setelah solat subuh,awal pagi 10 Mac 2010,Al Marhum diiringi oleh Ketua Konsul Mesir di Arab Saudi,Mustasyar Usamah Khalil ke lapangan terbang Riyadh.

7.Menurut Usamah,sebelum 30 minit pemergian Al Marhum ke alam baqa' ,Al marhum sempat bertukar-tukar pandangan tentang beberapa isu politik.Beliau meluahkan rasa sedihnya tentang perpecahan sesama umat Islam di Palestin antara Hamas dan Fatah yang bagi al marhum merugikan.

8.Al Marhum meluahkan tentang kekecewaan terhadap Israel yang terus menerus mencabul bumi Palestin dan Masjid Al Aqsa.

9.Kemudian beliau memberitahu sebab beliau memilih untuk pulang awal pagi adalah kerana mahu cepat sampai ke pejabat.

10.Tepat pada jam 7.30 pagi,beliau jatuh pengsan di hadapan kabin kapal terbang.

11.Beliau dikejarkan ke Hospital.Namun,tepat pada jam 8 pagi,beliau disahkan oleh doktor perubatan telah pulang ke rahmatullah kerana serangan jantung.

12.Begitulah akhirnya perjalanan seorang syeikhul Azhar yang tekun bekerja untuk umat Islam.Beliau bukan sahaja berkhidmat untuk maslahah rakyat Mesir,bahkan untuk seluruh umat Islam seluruh dunia.

Maklumat asal dari AL AHRAM dan AL AKHBAR.

Tiada ulasan: