Khamis, 3 Jun 2010

FLOTILA PEMBEBASAN, NEGARA ARAB DAN CUCU OTHMANIAH...ANTARA YANG BERANI DAN BACUL....


Syeikh Raid Salah,sasaran yang tidak mengena




Sepatutnya galakkan mereka bersatu bersama HAMAS! hanya apabila mereka bersatu, musuh akan takut.Korupsi memang sesuatu yang patut ditentang! merosakkan...


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Para Blogger yang saya hormati sekalian,

1.Dalam menghadapi peperiksaan yang sedang menggamit saat ini,kita digegarkan dengan isu yang telah menjadi kejutan seluruh dunia.Saat itu,saya masih ingat,liputan AL JAZEERA terputus dengan tertera "signal york".Saat itu,ura-ura serangan komando laut Israel sedang berlegar-legar di AL JAZEERA.Saat itu,hanyalah satu jangkaan.

2.Saya menutup television dan tidur.Pada keesokan harinya,saya dapati,AL JAZEERA memuatkan berita penuh dan perkembangan semasa.Walaupun perkembangan peserta Flotila Pembebasan saat itu masih kabur.

3.Flotila pembebasan bergerak dari TURKI dan atas nama persahabatan TURKI.Negara tersebut amat kaya dengan sejarah.Negara yang mana di dalamnya Constantinople yang ditawan oleh Sultah Al Fateh Uthmaniah.

4.Turki,antara negara yang mempunyai persahabatan rasmi dengan Israel.Banyak kerjasama antara mereka.Antaranya,kerjasama ketenteraan,politik dan ekonomi.

5.Dari segi politik,TURKI memainkan peranan yang penting sebagai "orang tengah" dalam rundingan damai antara Isreal dan Syria.

6.Dari segi ketenteraan pula,latihan tentera udara antara kedua-dua negara dilaporkan giat diadakan.Tidak syak lagi,mereka adalah merupakan dua buah negara sahabat.

7.Turki sangat perihatin dengan nasib yang menimpa rakyat Palestin.Cucu-cucu Othmaniah itu seolah-olah lebih faham penderitaan terhadap rakyat GAZA yang dikepung dan dipenjara di sebuah penjara terbuka.

8.Cucu-cucu othmaniah itu,beerkali-kali cuba masuk menghantar bantuan kemanusiaan ke GAZA melalui darat di sempadan Rafah,Mesir.

9.Malang sekali,konvoi mereka tidak dilayan dengan sewajarnya.Konvoi mereka acapkali dikecewakan.Mereka bukan sebangsa,tetapi mereka lebih sensitif.Islam mereka barangkali lebih berbanding rakan-rakan berhampiran GAZA yang sama keturunan.

10.Akhir sekali,mereka mengambil langkah yang lebih berani,bukan melalui RAFAH,akan tetapi melalui Laut Mediterranean.40 buah negara terlibat,termasuk negara kita Malaysia.

11.Kesemua 40 buah negara dalam misi menghantar bantuan kemanusiaan itu diketuai oleh Turki.Hanya aktivis hak asasi manusia sahaja yang terlibat dan bukannnya pengganas.Bendera TURKI dikibarkan besar sebagai tanda agar ISRAEL hormat rakan baiknya.

12.Malang sekali,semasa masih berada di perairan antarabangsa,Laut Mediterranean, FLOTILA PEMBEBASAN diserang oleh komando-komando Isreal.

13.Juru cakap kerajaan Israel membuat kenyataan di AL JAZEERA bahawa peserta konvoi terlebih dahulu menyerang mereka.

14.Saat itu tersebar bahawa seorang Pejuang Pembebasan Palestin,Syeikh Raid Salah gugur syahid.Pejuang berkenaan turut serta dalam konvoi berkenaan.

15.Petangnya,dilaporkan bahawa Syeikh Raid Salah selamat.

16.Tayyib Erdogan,Perdana Menteri Turki,masih dalam perjalanan pulang dari Amerika Latin ke negaranya.Beliau bergegas pulang sejurus berita serangan FLOTILA tersebar.

17.Keesokan harinya,lebih kurang jam 12 tengahari,AL JAZEERA menyiarkan secara langsung ucapan ERDOGAN di PARLIMEN Turki.

18.Saat itu,saya amati ucapan beliau berdasarkan terjemahan ke bahasa arab yang dilakukan secara spontan oleh penterjemah AL JAZEERA.

19.Saya kagum.Cucu OTHMANIAH ini sungguh berani!!! Tiada parlimen negara Islam seberani TURKI.Jangan perlekeh SEKULARNYA mereka hari ini,mana tahu esok lusa lebih ISLAMnya berbending negara Islam yang lain!!!

20.Benar,TURKI tidak membalas dengan ketenteraan.Ini adalah kerana peperangan satu istilah yang menggerunkan.Banyak jiwa yang akan terkorban.Peperangan bukan penyelesaian.Gunakan dahulu bahasa DIPLOMASI dan UNDANG-UNDANG yang ada.

21.Beraninya TURKI adalah,membuat kenyataan yang sangat berani dan sedang dipraktikkan satu demi satu.Kata ERDOGAN, "permusuhan kita sekarang,sama sepertimana persahabatan kita sebelum ini".Ujar beliau lagi, "kita jemu dengan propaganda Israel yang mengatakan bahawa serangan dimulakan oleh pihak FLOTILA", bahkan dengan berani beliau kata "serangan ini sungguh hina".

22.Turki menterjemahkannya dari parlimen kepada tindakan yang praktikal.Dutanya di TEL AVIV dipanggil pulang dan Turki akan mengkaji semula hubungan mereka.

23.Petang hari tersebut,saya melihat kenyataan Khaled Mashaal,Ketua Biro Politik Hamas yang ketika itu berada di YAMAN.Beliau meneyeru kepada KESATUAN antara FATAH dan HAMAS.

24.Itu tawaran yang tepat.Namun,jawapan FATAH keesokan harinya saya lihat hanya menerima pelawaan secara biasa dan bagi saya, saat ini, perlu ada negara teredekat yang memainkan peranan yang agresif kearah menyatukan mereka.Kuwait, atau Turki sendiri boleh mainkan peranan itu.Kalau di KAHERAH,ARAB SAUDI nampak seolah-olah TELAH GAGAL menyatukan mereka.

25.Hari ini,kita dipertontonkan dengan kenyataan demi kenyataan peserta FLOTILA PEMBEBASAN yang telah dibebaskan dan selamat.

26.Jelas,ISRAEL adalah LANUN ANTARABANGSA di atas perairan antarabangsa.

27.Mereka yang gugur syahid itu rupanya sasaran tentera Israel terhadap Syeikh Raid Salah.Allah S.W.T menyelamatkan beliau dan belum menganugerahkannya Syahid.

28.Saya suka dengan kenyataan syeikh raid sebentar tadi.Beliau mendakwa,INISIATIF ARAB (Mubadarah El Arabiah)hanya melindungi pihak Isreal untuk melakukan pencabulan demi pencabulan di bumi arab.

29.Kenyataan AMRU MUSA dalam sidang akhbar jam 1 pagi 3 Jun pagi tadi juga tidak menampakkan sebarang tanda-tanda positif bahawa pertubuhan negara-negara Arab (JAMIAAH ARABIAH) akan mengikuti langkah Turki.

30.Apakah negara Arab akan berdiri bersama-sama cucu Othmaniah?

31.Apakah Gaza akan bebas dari kepungan? apakah serangan flotila pembebasan merupakan sebuah permulaan untuk membebaskan MASJID AL AQSA?

31.Apakah pemimpin-pemimpin arab sudah bangun dari TIDUR yang nyenyak atau hanya melihat sahaja dari dekat?

32.Saat ini,dimanakah OIC? Apakah OIC hanya berkata oooo i see...??

33.Apakah sempadan RAFAH akan terus terbuka?

34.Paling penting,apakah ISRAEL akan didakwa dan kertas penyiasiatan terhadapnya akan dibuka?

35.Apakah MAJLIS KESELAMATAN PBB akan berani berbuat demikian?

36.Apa pun,dunia telah melihat betapa beraninya TAYYIB ERDOGAN.Cucu Othmaniah ini sungguh dikagumi.Tindakan beliau yang bukan sekali bahkan ianya keberanian yang berulang kali.Siapa yang akan lupa tindakan ERDOGAN yang bertindak keluar memulau Forum Ekonomi Antarabangsa hanya kerana Simon Peres,Presiden Israel cuba mempertahankan jenayah perang yang dilakukan oleh Isreal.Erdogan berang dan keluar memulau forum tersebut,pulang ke negara beliau.

37.Semoga pembebasan MASJID AL AQSA bermula disini.Harapan baru terhadap peranan cucu Othmaniah.....

Tiada ulasan: