Jumaat, 21 September 2007

SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN LEBIH BAIK DARI SAR DAN SAN (SIRI KEDUA)

ISU UTAMA SAR

Sekolah Agama Rakyat adalah tempat pengajian utama pilihan ibu bapa yang hendak melihat anak mereka mendalami bidang agama.Selesai UPSR,sekolah jenis ini akan menerima pendaftaran pelajar-pelajar baru dengan harapan ibu bapa yang menggunung.

Beberapa masalah yang timbul antaranya ialah guru yang tidak terlatih,masalah dalaman sekolah,fahaman politik dan sumber kewangan.

GURU YANG TIDAK TERLATIH

Tidak dinafikan,bilangan mata pelajaran yang dipelajari oleh pelajar SAR jauh lebih banyak berbanding sekolah menengah kerajaan.Ini bermakna usaha pelajar SAR harus lebih berlipat kali ganda berbanding pelajar di sekolah menengah kerajaan.

Begitu juga dengan pembelajaran.Pendedahan di SAR sepatutnya lebih bersistem dan tenaga pengajar harus lebih terlatih.Apa yang telah berlaku adalah disebaliknya.Bayangkan seorang pelajar di tingkatan satu akan belajar hampir 20 matapelajaran.

Bagaimana caranya guru menarik perhatian pelajar? apakah teknik berkesan untuk menjadikan pelajar memahami keseluruhan pelajaran pada hari tersebut.

Disamping mengikuti kurikulum pengajian sistem kebangsaan,pelajar SAR juga akan mengikuti kurikulum Maahad Al-Bu’uth Al-Islamiah Al-Azhar.Kurikulum tersebut adalah dari timur tengah dan buku teks yang digunakan adalah bahasa arab.

Namun,masalah yang timbul adalah,guru yang mengajar tidak terlatih.Ini bukan bermakna saya menghina guru-guru yang pernah mengajar di SAR dahulu.Sebahagian dari guru tersebut mempunyai kelulusan yang baik dari Universiti Al azhar atau mana-mana universiti tempatan mahu pun luar negara yang diiktiraf.Bahkan ianya satu perkara yang perlu diamati sejauh mana kebenarannya.

Cara penyampaian yang menarik harus ada.Tidak dinafikan sebahagian mempunyai cara tersendiri dan daya tarikan yang unik,akan tetapi ianya masih berkurangan jika hendak dibandingkan dengan kepreluan yang banyak untuk memenuhi tuntutan itu.

Selain itu,alat bantuan menagajar (ABM) didapati berkurangan di sesetengah tempat.Ini menjadikan proses pengajaran itu kurang selesa.

MASALAH DALAMAN

Sepertimana yang kita ketahui,ada sebahagian sekolah mengamalkan sistem warisan dalam pentadbiran.Ada sebahagian waris yang kurang pengalaman bahkan langsung tiada pengalaman dan mentadbir sekolah dalam keadaan kucar kacir.Pengurusan tidak menentu dan lebih melampau menganggap sekolah tersebut sekolah "BAPA"nya atau "KETURUNAN"nya.Ini menyebabkan mereka keras kepala dan tidak mahu mendengar pandangan orang luar terhadap sekolah dikemukakan tetapi dalam masa yang sama pihak sekolah tidak segan silu meraih simpati dan memohon sumbangan kewangan apabila memerlukan.

MASALAH POLITIK

Satu masalah yang menjadi batu pengahalang ke arah kecemerlangan kebanyakkan SAR adalah isu politik.Saya berpendapat,institusi pendidikan tidak harus dipolitikkan.Sekolah harus dijadikan sebuah tempat pengajian yang merdeka dari segala macam pengaruh atau dakyah membenci kerajaan.

Kenapa perlu sebuah parti politik itu menubuhkan sebuah institusi pendidikan.Pasti ada udang di sebalik batu.Mana tidaknya,padang yang luas dijadikan kawasan ceramah politik membenci kerajaan.Ini adalah merupakan pencemaran institusi pendidikan.

Tidak keterlaluan juga jika saya mendedahkan,satu keadaan di mana,seorang calon sebuah parti pembangkang menjadi pengetua atau "mudir" di sebuah SAR pada suatu ketika dahulu.Waktu pejabat jam 8 hingga jam 4 barangkali.Akan tetapi mudir terbabit hanya hadir ke sekolah pada jam 9 atau 10 pagi.Bagaimana mudir tersebut boleh mengetahui keadaan sekolah,suasana pembelajaran pelajar dan bagaimanakah kakitangan sekolah bertugas?

SUMBER KEWANGAN

Kewangan adalah elemen terpenting bagi memastikan sesebuah intitusi pendidikan itu berjaya.
Bagaimana boleh guru mengajar jika gaji yang dibayar tidak mencukupi? keikhlasan perlu bertempat.Keluarga di rumah juga perlu disara.Ada juga yang mengambil kesempatan dengan membuat kerja-kerja lain yang lebih penting dan menjadikan profession guru hanya kerjaya sekunder di satu sesi pengajaran yang ditetapkan dan dijadualkan oleh pihak sekolah.

ini tidak diambil kira lagi alat bantuan mengajar (ABM) yang perlu disediakan.Bagaimana proses pembelajaran boleh berjalan lancar jika terdapat kekurangan dalam perkara yang amat penting dan menjadi elemen utama dalam memastikan kejayaannya.

PENUTUP

Guru-guru perlu dibela kebajikannya.Para pelajar pun berhak mendapatkan proses pembelajaran yang sesuai dan sistematik.Tidak perlu ada campur tangan politik pembangkang dalam sesebuah sekolah.

Kenyataan menteri pelajaran Malaysia,Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein baru-baru ini melalui media arus perdana bahawa ebanyak 119 sekolah agama rakyat (SAR) dan sekolah agama negeri (SAN) di seluruh negara telah berdaftar dengan Kementerian Pelajaran adalah merupakan satu pembelaan terhadap entiti pengajian islam.

Sebanyak 57 buah Sekolah Menengah Agama Rakyat, 46 buahsekolah Agama Negeri.dan 11 sekolah Rendah Agama Negeri lima Sekolah Rendah Agama Rakyat terbela.

Angka ini agak sedikit jika dibandingkan dengan jumlah keseluruhan SAR di seluruh negara.
Mungkin ada SAR yang sedang dalam proses kearah itu.Percayalah,kerajaan amat perihatin terhadap sistem pengajian islam di negara kita.

Jika tidak diberikan bantuan,kerajaan dikata,dilemparkan dengan pelbagai tohmahan,akan tetapi,sekarang terdapat peluang yang terbuka luas di hadapan.Diharapkan,baki SAR yang belum berdaftar sebagai SABK merebut peluang keeamasan ini selagi ianya masih dibuka.


2 ulasan:

Ibnu Ali berkata...

Assalamualaikum.

SAR tu bukan ke sekolah agama rakyat bantuan kerajaan? Dan bantuan perkapita-nya ditarik balik.

Sepatutnya kita bangga ada juga parti-parti politik nak wujudkan sistem pendidikan sendiri bahkan sanggup wajudkan sekolah sendiri. Untuk tujuan memenuhui dasar dan tujuan pendidikan Islam itu sendiri.

Berkenaan kutuk-kutukl kerajaan, selama mana aku duk belajar dalam sekolah agama rakyat tak pernah plak diorang kutuk-kutuk KERAjaan. Macam Madrasah Al Masriyah, wajud pada 1986 di antara sekolah dibawah kelolaan Dewan Pemuda PAS Pusat. Ada perlu dikutuk adanya sekolah ini? Parti Haram ke?

Tengok dari kondisi demokrasi juga, adakah salah menyeru supaya jadi ahli PAS? atau jadi ahli Parti Pembangkang? Perlembagaan membenarkan. Jadi parti pembangkang sebab belum memerintah. Cam kelantan UMNO jadi pembangkang. Contoh jelas.

Ko kutuk-kutuk guru SAR tak berkualiti! Yang duk rogol murid! Ajak murid tengok video lucah guru mana?

Contoh mudah ko gi jer Masriyah! Cari guru2 tak berkualiti! Mejoriti ada ijazah dan bekas guru kerajaan. Mengajar sanggup dengan hanya upah bukan gaji.

Ko ni ape laa, orang profesional pun duk puji sistem pendidikan SAR tapi ko kondem gurunya. Mungkin ko tak bangga sebab lahirnya orang mcam ko. Balaci UMNO maaf ler. Demokrasi kan..

Kalau ko tak sedar ni aku bagitau, Parti Politik Paling Miskin adalah UMNO, Semua guna bangunan kerajaan, takde bangunan sendiri.

Kat kampung kita mana ada Markaz UMNO, semua guna Dewan Masyarakat setempat.

Takde faedahnya ko kutuk guru SAR. Kebanyakkan ulama2 yang ada sekarang ni semuanya dari SAR.

Masalahnya kalau kurang bantu, bukan sekat. Bukan duduk luar Malaysia ni

Ezo berkata...

Terima kasih kepada IBNU ALI atas respond anda.

Saya hanya memaparkan perkara yang benar.Parti politik memang tak seharusnya menubuhkan institusi pendidikan tersendiri.Institusi pendidikan harus bebas dari sebarang kongkongan parti politik pembangkang.

Isu yang saya bawa dalam blog ini adalah kewajaran SAR berdaftar sebagai SABK.

Jika SAR mendaftar sebagai SABK,banyak faedah.Lebih baik dari bantuan perkapita yang pernah kerajaan bagi sebelum ditarik balik satu ketika dahulu.

Saya tak nafikan ada kualiti sebahagian guru SAR.Tapi,yang tidak berkualiti pun tidak boleh dikesampingkan.

Cuba anda bayangkan,sebuah kilang yang mengeluarkan sesuatu produk,apakah kuantiti yang baik itu sahaja dilihat? Kuantiti yang kurang baik dikesampingkan tanpa perlu dicari apakah puncanya?

Mungkin mesin yang kurang berkualiti? atau juru teknik silap?

Yang penting dalam institusi pendidikan adalah pendidik.Kalau ada kelulusan tinggi sekalipun, teknik mengajar satu perkara yang berlainan.Ini akan didapati dengan sistem latihan dan persediaan mengajar yang diwajibkan oleh kerajaan terhadap guru-guru sekolah kerajaan.

Apakah anda tidak memandang langkah kerajaan membuka pendaftaran SABK dari SAR dan SAN sebagai satu pembelaan dan memperkasa sistem pendidikan agama di tanah air?

Jangan diungkit lagi isu perkapita yang dah ditarik.Ini isu lapuk.Kerajaan bagi yang lebih baik untuk SAR dan SAN sekarang dengan sistem SABK.

Tentang isu guru rogol anak murid atau guru ajak tonton filem lucah,boleh saya tahu guru sekolah mana? Apa kaitannya dengan isu yang kita bincangkan?Saudara telah tersasar jauh dari topik perbincangan kita.