Selasa, 3 November 2009

SUARA PAS BANTU PKR MELEBARKAN SOKONGAN SETELAH TENAT (BAHAGIAN DUA)


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Para Blogger yang saya hormati sekalian,

Ramai rakan-rakan blogger dari IPTA Malaysia mahupun di Mesir meminta saya segera menyambung ulasan saya berkaitan program ceramah ANWAR IBRAHIM di Mesir.Saya cuba berbuat demikian sebaik selepas entri pertama berkaitan tajuk ini.Namun,hal-hal yang tidak dapat saya elakkan menyebabkan entri ini lambat ditulis.

Saat ini,saya sibuk membuat persiapan berpindah dari kediaman sedia ada di ASRAMA RUMAH PAHANG MESIR ke rumah sewa yang berdekatan.Masyaallah,sistem penyelenggaraan rumah tempatan yang agak memenatkan saya.Namun,saya pasrah menerima takdir.Masalah harus diatasi dengan baik.Entri kali ini ditulis ketika kesibukan ini.

PENGERUSI SUARA MULAKAN BICARA
Ceramah Anwar Ibrahim pada 29 November lalu dimulai dengan sembahyang isyak berjemaah yang diimamkan oleh Ustaz Dr Badrul Amin.Selepas solat,sembahyang hajat diadakan.Alunan zikir Dr badrul amin mengimbau kembali zaman saya bergelar pelajar calon PMR 1996 di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Bentara Luar (SDBL) dimana,pada malam harilah,saya berbasikal menuju surau Taman Penggaram dari Kampung Merdeka untuk menghadiri majlis ceramah agama.Beliau sangat terkenal saat itu sebagai pensyarah di UIA dan penceramah bebas.Sebelum ceramah,beliau mengalunkan zikir munajat dan diikuti oleh hadirin.

Setelah Dr Badrul Amin mengimamkan solat,maka bermulalah majlis ceramah.Pengerusi majlis begitu bersemangat menyatakan hala tuju Gerakan Suara Rakyat (SUARA) seakan-akan menagih simpati.

Pengerusi SUARA,saudara Farhan Mazlan dipersilakan oleh pengerusi majlis untuk berucap.Bersemangat sekali ucapannya.Apa yang menarik dalam ucapannya adalah,SUARA cuba berusaha membersihkan imej PMRAM dari terus dilabelkan persatuan PRO PEMBANGKANG.

Farhan kata,ada pihak yang mengaitkan pro pembangkang dengan PMRAM,tapi sebenarnya yang pro pembangkang adalah ........tidak dinyatakan dengan terus terang.Farhan cuba berkata bahawa SUARA lah yang PRO PEMBANGKANG,tapi dibiarkannya agar terus difikirkan oleh hadirin.Terang lagi tersuluh,ianya satu tektik halus untuk melindungi PMRAM dari terus dikaitkan PRO PEMBANGKANG.Mahasiswa kita bijak belaka.Terus SUARA memainkan peranan sayap kanan PMRAM secara senyap.Semua orang tahu,siapa dalam SUARA.

UCAPAN DR BADRUL AMIN
Kedatangan Dr Badrul Amin telah saya duga sejak berita kedatangan Anwar Ibrahim tersebar.Ini berdasarkan cerita-cerita keakraban beliau telah lama saya ketahui melalui bekas Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia kaherah (JPMK),Prof Madya Dr Fakhruddin bin Abdul Mukhti.

Beliau pernah mencerita kepada saya bagaimana keaktifan Dr Bandrul Amin sewaktu belajar di luar negara selepas menamatkan pengajian di AL AZHAR.Dr badrul Amin aktif dalam gerakan belia ABIM.Hubungan antara Dr Badrul Amin dengan ANWAR IBRAHIM terjalin mesra semasa ANWAR masih berada dalam kerajaan.Dr badrul Amin menyertai ABIM adalah satu fakta yang tidak boleh dinafikan oleh sesiapa dan beliau sendiri pasti akan mengaku penyertaan aktif tersebut.

Di Mesir,terdapat ABIM selain PMRAM.Bezanya adalah,ABIM bukan seperti persatuan-persatuan rumah negeri atau Dewan perwakilan cawangan (DPM) luar Kaherah yang bernaung di bawah PMRAM.

ABIM Mesir sama seperti ISMA,Kelab UMNO,Perubatan dal persatuan-persatuan lain yang hanya berdaftar di bawah KEDUTAAN MALAYSIA dan tidak bernaung di bawah PMRAM.

Mengapa Dr Badrul Amin hanya bercakap soal ketuanan PMRAM dan hanya mengagong-agongkan PMRAM sahaja? bahkan dalam ucapan beliau,agak keterlaluan apabila memberikan perumpamaan bahawa PMRAM bagai tongkat sakti Nabi Musa yang membelah laut merah!

Tiada apa yang boleh saya ulas berkaitan ucapan Dr Badrul Amin selaku penceramah pertama pada malam tersebut kecuali beliau hanyalah menyebut-nyebut sejarah lampau PMRAM!Ianya tidak lain,hanya seolah-olah mengundang satu tafsiran bahawa pembangkang mahukan semua mahasiswa Mesir bersikap TUNDUK SETUNDUK MUNGKIN atau TAAT MEMBUTA TULIS kepada PMRAM berdasarkan sejarah lampau PMRAM.

Sepatutnya Dr Badrul Amin bersikap adil!!! mengapa saya berkata demikian! kerana di Mesir hari ini juga terdapat ABIM!!! ABIM telah dinafikan haknya oleh PMRAM untuk aktif seperti mana PMRAM lakukan kepada ISMA.

Alangkah baiknya pada malam tersebut Dr Badrul Amin menyeru seluruh mahasiswa sama ada PRO PEMBANGKANG atau PRO PMRAM menjalinkan ikhuwwah islamiah sesama muslim.Hentikan perbalahan dan sengketa.Jangan tuduh-menuduh,finat-memfitnah,kata-mengata antara satu sama lain.Bersatulah kita atas nama ISLAM.Islamlah sepatutnya menyatukan semua kumpulan atau "jamaah" dan bukannya PMRAM.Ini adalah kerana,ulama meletakkan bahawa ISLAM sebelum jamaah dan Islam menaungi jamaah.

Perkataan ISLAM sebelum jamaah dan Islam menaungi JAMAAH yang diletakkan oleh ULAMA telah ditukar oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan tidak amanah terhadap ilmu agama yang dipelajarinya dengan PMRAM.Maka jadilah sepertia apa yang terjadi hari ini,PMRAM sebelum persatuan yang lain dan PMRAM menaungi persatuan yang lain.

Maaf sidang pembaca blog dari Malaysia,saya terpaksa membangkitkan perkara ini berulang kali kerana inilah yang terjadi Di Mesir.Bangsa MELAYU yang berjumlah 100 peratus di Mesir berpecah kerana golongan yang mengaku "HEBAT" dan "LAMA" yang menyebabkan perpecahan ini semakin ketara akhir-akhir ini.

Malang sungguh,ucapan Dr Badrul Amin di hadapan ratusan mahasiswa melayu-Islam di mesir itu sedikit pun tidak menyatukan mahasiswa sebaliknya agenda politik perpecahan di Malaysia dibawanya ke Mesir.Maka terus meneruslah perpecahan tersebut dan berbanggalah sebahagian penyokong PMRAM terutamanya penyokong tegar, "lihat..PKR pun sokong PMRAM,bukannya PAS sahaja!!".

Isu-isu yang dibangkitkan oleh Dr Badrul Amin tidak relevan.Isu politik Malaysia langsung tidak diulas oleh beliau memperlihatkan bahawa beliau ketandusan isu.Maka sangsilah para mahasiswa sekalian tentang kedudukan ISLAM Sebagai ADDIN di Malasyia akan terus dipelihara seperti hari ini dan hak BANGSA MELAYU dan BUMIPUTERA terus terpelihara jika sekiranya Pakatan Rakyat atau Pakatan Pembangkang memerintah.Beliau yang satu-satunya pemimpin PKR yang berlatar belakangkan pendidikan ISLAM tidak mampu meyakinkan mahasiswa malaysia di Mesir apalagi ANWAR IBRAHIM dan SAIFUDDIN NASUTION? Bertambah lagilah sangsinya kami.Isu penjualan arak secara terbuka,kuil seksyen 23 dan pelbagai lagi isu yang berkaitan BUMIPUTRA,Melayu dan Islam akan terus menjadi isu dan kesangsian tidak dirungkai.

Hanya yang taksub PEMBANGKANG yang akan berpuas hati pada malam tersebut.Persoalannya,sampai bilakah pembangkang akan terus mengganggu mahasiswa kita di Mesir?

(BERSAMBUNG BAHAGIAN 3,ulasan tentang ucapan NASUTION dan ANWAR IBRAHIM)

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

secara rasionalnya,mahasiswa pada masa kini sudah ckup matang untuk membezakan perkara dan aktiviti releva dengan kehidupan mereka sebagai mahasiswa dengan perkara yang hanya skadar membuang masa.

dalam arus era globalisasi ini,mahasiswa perlu membuka ruang minda dan persepsi ke dunia yg lebiih luas bg melahirkan graduan yang boleh bersaing dipersada antarabangsa dan bukan juara dikampung sahaja.

mUHamMaD nASirUdDIn FaIz biN iLiaS berkata...

salam...al-fadhiL syeikh Us. faizal sabhon..mmg kite kene bersatU di bawah islam, di sini PMRAM sbg persatuan/ wasilah utk ahLI2 bersaTU, kaLO kami tk bersatu di bawah PMRAM, bwh spe lg?? bwh ISMA?? UMNO??...kalo tade persatuan spe la nk tlg adek2 baru ?? nk tauzik?? nk carik umah kat muhafazah??...nk harapkan us. faizal sorg?? kan Us. faizal cbuk ngah wat M.A??...

Tanpa Nama berkata...

Sangat setuju dengan saudara far_east.
Bersatu antara PMRAM, ISMA dan sewaktu dengan nya.Bersatu bukan semestinya bergabubgkan persatuan.

Together we strive with the same goal and objectives.

Bukan bercakaran antara satu dengan lain untuk membuktikan siapa lebih hebat dan bergaya dan.macam macam lagi,,,

Panglima berkata...

tahniah Saudara. Teruskan pendedahan.. " Bangkai busuk yang ditanam pasti akan terhidu "

Tanpa Nama berkata...

Saudara ezo,
Jangan susah susah nak buat analisis tentang parti politik sebegini. Jangan buang masa dan tenaga saudara. Lebih baik saudara guna masa, tenaga dan kebijaksanaan saudara membantu saudara saudara kita di Mesr ini untuk lebih maju dalam pelajran dan dapat berjaya dengan cemerlang.
Banyakkan perbincangan akedemik dan sebainya.

Berhujah dengan PMRAM sampai kiamat pun tak berkesudahan sebab mereka adalah Melayu Arab Mesir. Bukan Melayu Malaysia di Mesir.