Isnin, 30 Mei 2011

ISLAM TIDAK MENGIKTIRAF NEGARA AGAMA


DR MUHAMMAD ASY SYAHAT EL JUNDIY, SETIAUSAHA AGUNG MAJLIS TERTINGGI HAL EHWAL AGAMA ISLAM MESIR

Berikut adalah terjemahan teks temuramah wartawan SOUT AL AZHAR bersama Dr Asy Syahat El Jundiy,Setiausaha Agung Majlis Tertinggi Hal Ehwal Agama Islam Mesir.Teks asal berbahasa arab boleh dibaca di muka surat 4, keluaran Jumaat, 27 Mei 2011, bilangan 609.

"Demokrasi dialu-alukan.....dengan syarat,ianya tidak bercanggah dengan syarak".

"Negara sekular hanya menterhadkan peranan agama Islam dalam ibadah....penyertaan rakyat dalam pentadbiran negara adalah harus".

Wartawan Sout Al Azhar (WS) :
Apakah maksud negara agama menurut perspektif Islam?

Dr Muhammad Asy Syahat El Jundiy (DRMSJ) :
Islam tidak mengiktiraf negara agama.Istilah tersebut tersebar luas ketika zaman pertengahan yang berasaskan fahaman hanya tuhan yang menentukan hak.Pemerintah atau ketua negara tidak boleh mengingkari penentuan tersebut manakala rakyat hanya boleh mematuhi setiap perintah dan larangan yang dikeluarkan atas dasar ketaatan membuta tuli.Oleh yang demikian,berdasarkan sistem negara agama tersebut,rakyat tidak dibenarkan membangkang dan tidak dibenarkan mewujudkan parti.

WS : Apakah pula yang dimaksudkan negara awam menurut Islam?

DRMSJ : Islam mengasaskan negara awam yang menjadikan syarak sebagai rujukan.Rujukan-rujukan yang menjadi asas untuk pemerintahan adalah rujukan yang berasaskan kepada nas-nas syarak yang pasti (Al Qhath'ie) yang terdapat dalam Al Quran,hadith dan persefahaman di kalangan ulama. Ketetapan tersebut adalah untuk mencapai matlamat yang terbaik,memudahkan manusia,memenuhi kehendak mereka dan sesuai dengan peredaran zaman.

Oleh yang demikian,terdapat beberapa hadith rasulullah S.A.W yang menjelaskan perkara tersebut antaranya : "umatku tidak akan berhimpun kerana kesesatan" dan sabda baginda, "hendaklah kamu berjamaah,dan sesiapa yang keluar dari jamaah,maka dia akan mati sebagai bangkai jahiliah".Dalam riwayat yang lain menyebut, "sesiapa yang mengasingkan diri,maka dia akan diasingkan ke dalam api neraka".

Sesungguhnya,penglibatan rakyat dalam hal ehwal masyarakat dan negara adalah perkara yang harus bahkan ianya adalah merupakan unsur-unsur pembinaan negara dalam Islam.

WS : Apakah maksud sebenar negara agama?

DRMSJ : Istilah negara agama adalah istilah barat yang tersebar luas di Eropah pada zaman pertengahan.Maka pada tahun 780 masehi,ketika gereja memerintah dengan dasar negara agama,gereja telah mengharamkan rakyat di Eropah mempelajari ilmu-ilmu yang berkaitan dengan fizik seperti perubatan,matematik dan sains kejuruteraan bahkan hanya membenarkan rakyat memperlajari ilmu-ilmu agama sahaja!

WS : Apakah perbezaan antara negara agama dan sekular?

DRMSJ : Kita tidak boleh terkeliru antara negara agama dan sekular.Islam tidak mengenali negara agama akan tetapi,negara sekular masih wujud sekarang dalam masyarakat barat.Ianya didirikan untuk memisahkan antara agama dan negara.Negara seperti ini,tidak diterima oleh Islam kerana menjauhkan Islam sebagai sumber untuk sistem pemerintahan dan masyarakat bahkan membataskan Islam hanya di masjid dan berperanan dalam hal ibadat sahaja.

Tidak terdapat istilah negara agama seperti yg sering disebut oleh jurucakap-jurucakap barat.Apa yang berlaku di zaman Rasulullah S.A.W adalah kewujudan negara yang berpandukan kepada Islam dalam semua perkara dan gaya hidup yang berasaskan kepada wahyu yang diterima baginda dan ijtihad.Rasulullah S.A.W tidak mendirikan negara yang berasaskan kepada wahyu semata-mata bahkan beliau berijtihad (mengeluarkan pendapat peribadi) dalam pelbagai perkara yang yang diperakui oleh wahyu.

WS : Apa pandangan anda berkaitan slogan yang berbunyi "islamiah islamiah".

DRMSJ : "Islamiah Islamiah" tidak membawa maksud tidak menerima akal (pencambahan idea),pengalaman bangsa-bangsa lain,kejayaan-kejayaan bangsa lain yang tidak bertentangan dengan Islam.Sebagai contoh,tidak semestinya slogan "islamiah islamiah",menolak sistem pilihanraya atau demokrasi sebagai elemen memilih pemerintah dan bukan juga bermakna slogan "Islamiah Islamiah" bermaksud kita tidak boleh menerima akal (percambahan idea) untuk mencapai maslahat.

WS : Apakah demokrasi sebagai istilah barat boleh diterima dalam masyarakat kita umat Islam dan arab?

DRMSJ : Demokrasi adalah istilah yang berasal dari yunani yang bermaksud pemerintahan oleh rakyat.Ianya boleh diterima dan diguna pakai dengan syarat,ianya tidak bertentangan dengan nas-nas yang pasti (qath'ie) atau tidak bertentangan dengan salah satu objektif syariah.

Oleh yang demikian,idea untuk menterhadkan tempoh seorang presiden republik boleh diterima dan tidak membiarkan jawatan tersebut dipegang tanpa bertempoh.Maka,demokrasi diterima dan diperluaskan untuk pemerintahan yang rasional seperti yang dituntut oleh Islam.Ianya juga sesuai dengan peredaran zaman dan perubahan persekitaran yang membawa kepada penerimaan sebahagian pengalaman umat bukan Islam akan tetapi demokrasi tersebut hendaklah dibatasi dengan tidak bercanggah dengan nas-nas syarak.

WS : Bilakah permulaan negara Islam?

DRMSJ : Negara Islam bermula di zaman Rasulullah S.A.W kerana ianya merupakan ketaatan perintah Allah S.W.T melalui wahyu dan dengan kewafatan baginda Rasulullah S.A.W,maka tamatlah negara Islam.

WS : Bilakah pula permulaan negara awam?

DRMSJ : Negara yang diperintah oleh Khalifah Ar Rasyidin (Abu bakar,Umar,Uthman dan Ali) yang merupakan orang-orang terdahulu yang saleh (salafus saleh) adalah merupakan negara awam yang menjadikan Islam sebagai rujukan dan berpegang teguh dengan Al Quran,As Sunnah dan ijmak.Dari titik tolak itulah bermulanya negara awam dengan penyertaan rakyat Islam dalam beberapa hal ehwal pentadbiran.Ianya dinyatakan oleh Saidina Abu Bakar dalam ucapan pertama selepas dilantik sebagai Khalifah pertama, "sesungguhnya aku dilantik oleh kamu sekalian dan bukanlah aku yang terbaik dikalangan kamu".

Maka,negara awam tersebut diteruskan oleh Saidina Umar,Uthman dan Ali yang tidak memerintah dengan berteorikan "hak hanya ditentukan Allah S.W.T", bukan juga berteori bahawa apa yang diucapkan adalah "datang dari langit" atau bukan hanya berpandukan kepada wahyu semata-mata.Perkara-perkara tersebut hanya khusus untuk Rasulullah S.A.W sahaja dan bukan untuk selain baginda walaupun mereka (para khalifah) adalah merupakan sahabat paling rapat dengan Rasulullah S.A.W.

Jadi,tiada dalam dunia ini negara agama kecuali negara Kota Vatikan di Itali dan Iran dalam dunia negara Islam.

Islam dan Politik Islam (siasah syariyyah) tidak memperakui negara agama kerana para khalifah menerima kewujudan pembangkang dan ketika itu terdapat juga beberapa parti yang boleh memerintah dan menyeru dengan idealisma yang dibenarkan oleh Islam pada beberapa perkara yang yang tidak mempunyai nas dari Al Quran dan As Sunnah.

Hal yang demikian itu adalah kerana untuk memastikan tercapainya maslahah hidup bermasyarakat,memenuhi kehendak rakyat,kebebasan mereka,sifat hormat menghormati, persamaan dan keadilan.

Perkara tersebut tidak dilarang oleh Islam kerana Islam tidak memusuhi negara awam,tidak menolak ilmu pengetahuan dan tidak menentang percambahan idea bahkan membenarkan umat dan negaranya berdiri diatas dalil,akal,nas dan maslahah.Umat dan pemerintah adalah unsur utama dalam ideologi negara awam.

WS : Adakah anda bersetuju terhadap penggunaan "SALAF" (orang yg terhadulu) untuk digunakan oleh sesuatu jamaah (kumpulan)?

DRMSJ : Istilah "salaf" TIDAK BOLEH digunakan sebagai perkataan khas untuk sesebuah jamaah tertentu dalam umat Islam yang mendakwa mereka adalah "salaf" dan sesungguhnya mereka mengikut jejak langkah ulama-ulama terdahulu (salafussaleh),berpegang teguh pada hadith-hadith Rasulullah S.A.W dan pendapat para shabat untuk mempermudahkan hal ehwal kehidupan mereka.

Akan tetapi,yang menjadi kewajiban bersama adalah memperbetulkan kefahaman tersebut.Perbezaannya dengan Islam sederhana yang berpegang teguh kepada As Sunnah Wal Jamaah dan mendirikan sebuah masyarakat yang terdiri dari pelbagai bangsa yang boleh saling menerima antara satu sama yang lain.

Justeru,perlu juga menangani dan mengubah fahaman yang menghukum antara satu sama yang lain,saling mengkafir,menghukum orang lain fasik dan menganggap seseorang itu terkeluar dari agama.

Istilah berkenaan (salaf) adalah istilah yang baik akan tetapi telah dimaksudkan dengan makna yang salah dengan membataskan pada golongan mereka sahaja selain mentafsirkannya dengan tafsiran yang lemah.

Terdapat sebuah hadith Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh AL BUKHARI dan AL MUSLIM yang bermaksud : "Yahudi telah berpecah belah kepada 71 golongan,Nasrani telah perpecah belah kepada 72 golongan dan umatku akan berpecah belah kepada 71 golongan dimana semua mereka akan masuk ke dalam neraka kecuali satu golongan".Para sahabat bertanya baginda, "siapakah golongan tersebut wahai Rasulullah?", jawab baginda,"sesiapa yang mengikut sunnahku dan para sahabatku".

Hadith tersebut menerangkan kepada kita realiti kehidupan umat Islam yang melangkaui zaman dan tempat.Realiti yang dapat disaksikan bahawa terdapat beberapa kumpulan (jamaah).Sebuah kumpulan menyeru kearah ideologi mereka yang antaranya ada yg diterima oleh syarak dan ada yang tidak diterima oleh syarak.

Perkara yang harus diambil iktibar sekitar perpecahan dan perbezaan tersebut ialah Islamnya sesebuah kumpulan (jamaah) dan majoriti ummat yang membentuk ahli sunnah wal jamaah, orang-orang yang melaksanakan Islam dalam perkara-perkara yang berkaitan dasar-dasar akidah,perundangan, akhlak dan orang-orang yang menunaikan rukun-rukun Islam.

Perkara-perkara tersebut memadai untuk dimasukkan dalam sesebuah kumpulan dan bukannya seseorang yang menyeru ideologi-ideologi kumpulan tertentu yang bercanggah dengan toleransi agama,kesederhanaan dalam beragama,tidak melampau dan jumud seperti sedia ada sekarang terutama sekali di Mesir selepas revolusi 25 Januari.

WS : Adakah maksud negara menurut Islam tidak menerima kuasa rakyat dan apakah Islam menolak institusi-isntitusi negara?

DRMSJ : Negara dalam Islam yang menjadikan Islam sebagai rujukan menerima kuasa rakyat dan menerima institusi-institusi negara yang menjaga kepentingan masyarakat dan menguasai pelbagai kepentingan.Ianya pernah diwujudkan pada zaman pemerintahan Khalifah Ar Rasyidin (khalifah yang empat) dan zaman selepas mereka.

Ketika zaman pemerintahan khalifah Ar Rasyidin di awal kebangkitan Islam,negara yang didirikan bukanlah negara yang diperintah oleh pembesar agama kerana pemerintah ketika itu tidak membiarkan sesuatu itu "diputuskan dari langit" bahkan mereka sentiasa berkata,"ini pandangan saya,orang Islam berhak untuk membangkang".

Begitu juga dengan apa yg dikatakan kepada Saidina Umar Al Khattab R.A, "jika kami lihat apa yang kamu lakukan itu bengkok,nescaya akan kami luruskannya dengan pedang kami".Maka jawab saidina Umar,"tiada kebaikkan jika kamu membiarkannya dan tidak ada kebaikkannya juga jika aku tidak menerimanya".

Demikian juga kisah seorang wanita menyanggah pendapat saidina Umar tentang isu mahar yang mahal ketika beliau sedang berkhutbah di atas mimbar kerana beliau melarang umat Islam menaikkan harga mahar.

WS : Setelah 25 Januari,apakah bentuk sistem pemerintah yang paling sesuai untuk Mesir.

DRMSJ : Selepas 25 Januari,sistem yang paling sesuai di Mesir adalah negara awam yang menjadikan Islam sebagai rujukan.Ianya bersesuaian dengan salah satu objektif syariah (maqasid syariah) kerana ianya akan memastikan kesejahteraan dan keamanan untuk orang Mesir dan Kristian Koptik.

Ianya juga akan memastikan tertegakknya keadilan sosial,kesamarataan dan kebebasan untuk semua.Inilah yang dimaksudkan oleh Islam sebagai umat. Islam menyatakan sebagai umat dan bukannya negara kerana sistem Islam berasaskan kepada penerimaan semua pihak,golongan akademik,pelbagai bangsa,pelbagai agama dalam masyarakat negara tersebut.

Manakala negara pula,ianya mengandungi pelbagai jenis kumpulan dari pelbagai bangsa,nasionalisme yang satu dan perkongsian budaya.Maksud negara lebih sempit berbanding maksud umat yang boleh dibezakan dengan keluasan dan kemampuan setiap bangsa,warna,kebudayaan dan semangat nasionalisme di bawah naungan Islam.

Semua ini adalah di bawah institusi Islam sebagai agama yang bersifat sejagat yang memerintahkan manusia keseluruhannya dan tidak menilai perbezaan antara individu dan kumpulan.Islam tidak dikhaskan untuk jantina tertentu atau bangsa tertentu selagi mana ianya mempercayai Islam dan menerimanya sebagai hadiah untuk masyarakat dan negara.

Bukan Islam haruslah sedia memahami Islam sesungguhnya dia adalah seorang warganegara dalam negara Islam walaupun dia menganut agama lain.

diterjemahkan oleh
Mohd Faizal Bin Sabhon,
BA (hons) syariah,Universiti Al Azhar,Kaherah.





Rabu, 23 Mac 2011

ANALISIS REVOLUSI BELIA 25 JANUARI DI MESIR SIRI KEEMPAT: PELEMBAGAAN BARU MESIR PASCA REVOLUSI

PINDAAN PELEMBAGAAN SEBAGAI TITIK TOLAK PERUBAHAN



DR TARIK EL BASHARI,KETUA JAWATANKUASA PINDAAN PELEMBAGAAN



SAAT BERSEJARAH : RAKYAT MESIR KELUAR BERAMAI-RAMAI UNTUK MEMBUANG UNDI DALAM PUNGUTAN SUARA



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Para Blogger sekalian,

Seperti yang dijanjikan,blogger kali ini akan menganalisis saat bersejarah,pungutan suara yang telah berlangsung pada 19 Mac 2011.Rakyat Mesir keluar beramai-ramai menyertai pungutan suara dengan membuang undi menyatakan pendirian sama ada bersetuju atau tidak dengan cadangan pindaan pelembagaan.

Entri kali ini akan membincangkan isu pelembagaan Mesir setelah revolusi belia 25 Januari 2011.Memang antara tuntutan revolusi itu adalah pindaan beberapa perkara dalam pelembagaan.Namun adalah menghairankan apabila saat-saat akhir,setelah diumumkan tarikh pungutan suara terhadap pindaan berkenaan,wakil para belia tersebut menolak pindaan,mendesak sebuah perlembagaan yang baru digubal dan berjanji akan mengundi "TIDAK SETUJU".

PERATUSAN UNDI TERTINGGI DAN BERSEJARAH

Akhbar AL AHRAM menyifatkan suasana pungutan suara tersebut sebagai luar biasa dan bersejarah sejak 60 tahun.Ianya merujuk kepada revolusi tentera yang menggulingkan RAJA FAROUK pada 23 Julai 1952.Ini bermakna,Mesir telah hilang demokrasinya apabila raja mereka digulingkan.

Seramai 45 Juta rakyat Mesir yang berumur 18 tahun keatas layak mengundi.Namun,hanya 18.5 juta orang atau hanya 41.1 peratus sahaja yang menyertai pungutan suara berkenaan.Dari satu sudut,angka ini sangat membanggakan kerana penyertaan rakyat Mesir dalam pilihanraya parlimen Mesir pada Disember 2010 adalah sangat rendah,iaitu sekitar 20 peratus sahaja.

Rakyat Mesir mula yakin dengan demokrasi negara mereka disamping faktor keputusan kerajaan sementara yang melonggarkan syarat pengundian iaitu hanya dengan menggunakan kad pengenalan atau "raqam qaumi".

PERANAN MASJID DAN AGAMAWAN

Pada 18 Mac,blogger telah bersembahyang Jumaat di salah sebuah masjid yang ternama dan antara tumpuan rakyat Mesir,iaitu MASJID SULTAN HASSAN.Khatib yang merupakan pensyarah Universiti AL AZHAR dan berkelulusan PHD menyampaikan khutbahnya dengan penuh semangat dan menyeru sidang jumaat agar menyertai pungutan suara dan mencadangkan agar BERSETUJU dengan pindaan berkenaan.

Malam harinya,kurang 12 jam sebelum waktu pengundian,blogger dapati,BERITA AKHBAR MESIR jam 9 malam,saluran satu,menyatakan betapa para khatib di masjid-masjid seluruh Mesir menyeru umat Islam keluar mengundi beramai-ramai.

Disamping itu,Mufti Republik Mesir,Prof Dr Ali Gom'ah yang sejak dari awal minggu menyeru Umat Islam Mesir agar keluar mengundi dan menyatakan hukum keluar mengundi adalah WAJIB dengan tanpa menyatakan samada WAJIB menyokong atau tidak.Bahkan,pada hari pengundian,19 Mac,Mufti berkenaan menegaskan sekali lagi hukum keluar mengundi.Ianya tidak lebih sebagai satu saranan demi masa depan sebuah negara.Prof Dr Umar Hasyim dan tokoh-tokoh ulama salafi di Mesir turut memainkan peranan yang sama seperti mufti berkenaan.

Rumusannya,agamawan di Mesir mengambil peranan penting dalam menggalakkan dan menyedarkan rakyat peri pentingnya menyertai pungutan suara yang merupakan salah satu saluran demokrasi untuk tujuan menentukan hala tuju negara.

PINDAAN PELEMBAGAAN YANG TELAH DIPERSETUJUI RAKYAT

Pada malam 20 Mac,keputusan pungutan suara diumumkan.77.2 peratus rakyat Mesir telah menyatakan persetujuan mereka terhadap pindaan pelembagaan yang dicadangkan oleh sebuah jawatankuasa pindaan yang diketuai seorang pakar pelembagaan,Dr Tarik El Bashari.Asas demokrasi adalah kuasa majoriti.Dengan peratusan tersebut,maka,pelembagaan Mesir telah dipinda oleh "kuasa rakyat".

Secara umumnya,terdapat 9 perkara yang dipinda, 2 perkara digubal dan 1 dimansuhkan. Perkara-perkara yang dipinda adalah perkara 75,76,77,88,93,139,151,148 dan 189.Manakala perkara-perkara yang digubal adalah ceraian satu dan dua bagi perkara 189..Justeru,perkara 179 pula,telah dimansuhkan.Apakah perkara-perkara tersebut dan kesannya terhadap pindaan pelembagaan Mesir?

PERKARA 75

Perkara 75 pelembagaan Mesir adalah berkaitan calon presiden.Sebelum dipinda,perkara tersebut hanya mensyaratkan bahawa calon presiden adalah individu yang berumur 40 tahun keatas yang memiliki kelayakan sivil dan politik.

Setelah pungutan suara diadakan,maka,perkara 75 tersebut telah diperkemas dan MEMPERKETATKAN calon seorang presiden.Selain mengekalkan syarat sedia ada,iaitu berumur 40 tahun keatas,calon dan kedua ibu bapa calon presiden hendaklah warganegara Mesir dan calon presiden tidak berkahwin dengan orang asing.

Jika dilihat dari perkara ini,rakyat Mesir yang memiliki dwi kewarganegaraan seperti saintis Mesir yang bertaraf dunia,Prof Dr Ahmad Zuwail,telah hilang kelayakannya untuk menjadi calon presiden Mesir.

Namun,perkara ini bakal mengangkat kedaulatan Mesir.Bakal Wanita pertama Mesir sudah semestinya bukan dari kalangan wanita asing.

PERKARA 76

Perkara ini adalah satu perkara yang sangat hangat diperdebat dan diperbahaskan dan dipercayai antara faktor utama mengapa para belia berkumpul di Medan Tahrir.artikel ini semakin rancak diperdebatkan sejak kembalinya DR EL BARADEI ke Mesir pada 19 Februari 2010.

Sebelum dipinda,syarat pencalonan presiden DIPERKETATKAN dimana,calon yang bertanding atas tiket bebas hendaklah mendapat sokongan 250 ahli parlimen dan ahli majlis pihak berkuasa tempatan.Manakala calon yang bertanding atas tiket mana-mana parti,calon mestilah pernah memegang jawatan tertinggi dalam parti sekurang-kurangnya setahun dan memiliki kerusi parlimen sekurang-kurangnya 3 peratus.

Setelah dipinda,syarat pencalonan presiden DIPERMUDAHKAN dimana,calon bebas hendaklah mendapat sokongan 30 ahli parlimen atau mendapat sokongan sekurang-kurangnya 30 ribu pengundi yang layak mengundi dari 15 negeri (governorate).Calon hendaklah mendapatkan sekurang-kurangnya seribu sokongan di setiap negeri.

Manakala parti yang hendak bertanding dalam pilihanraya presiden,boleh berbuat demikian dengan hanya memiliki satu kerusi sahaja.

Pindaan ini,akan memudahkan mereka yang idealisme dan mempunyai ketokohan dalam bidang tertentu untuk bertanding walaupun calon berkenaan bukan ahli politik atau baru sahaja menceburi politik.Maka,pindaan ini bakal memberi laluan kepada DR EL BARADEI dan AMRU MUSA untuk bertanding dalam pilihanraya presiden kelak berbanding sebelum pindaan yang dilihat sebagai penghalang, terutama sekali terhadap DR EL BARADEI.

PERKARA 77

Perkara ini adalah berkaitan tempoh atau penggal pemerintahan seorang presiden.Jika sebelum pindaan,jawatan presiden tidak mempunyai tempoh maksima.Justeru,peruntukan perkara ini membenarkan presiden memegang jawatan seumur hidup.

Selepas pindaan,penggal pertama bagi seorang presiden adalah selama 4 tahun bermula dari tarikh pengumuman keputusan dan tempoh maksima seorang presiden adalah selama dua penggal sahaja dan tidak boleh menyertai pilihanraya presiden seterusnya.

Dari satu aspek,ianya adalah baik untuk memberi peluang kepada orang lebih baik memegang jawatan presiden.Namun,dari satu aspek pula,tempoh lapan tahun itu sangat singkat untuk memastikan program yang dirancang mencapai sasaran.

Apa pun,ianya adalah satu perubahan yang dituntut pada masa ini bagi memastikan tiada lagi sejarah monopoli jawatan presiden untuk seorang individu selama berpuluh-puluh tahun.Rakyat Mesir mahu nafas baru.Itulah juga yang dilakukan oleh rakyat Indonesia apabila mereka berjaya menjatuhkan SUHARTO.

PERKARA 88

Perkara ini adalah berkaitan penyeliaan pilihanraya.Sebelum dipinda,pilihanraya diselia oleh suruhanjaya secara bebas berdasarkan peruntukan undang-undang yang mana ianya dianggotai oleh para hakim.

Selepas dipinda,ianya diperkemaskan dengan penyeliaan para hakim dalam mengawasi ketelusan pilihanraya termasuklah ketika pembuangan undi dan pengiraan undi.Dengan pindaan berkenaan,parti dan calon bebas yang bertanding akan lebih yakin dengan ketelusan pilihanraya berkenaan kerana tiada campur tangan wakil parti atau calon bebas yang boleh mengambil peluang "menipu" seperti yang berlaku semasa piliahanraya parlimen disember 2010.

PERKARA 93

Perkara ini adalah berkaitan keabsahan kerusi parlimen yang dimenangi.Sebelum dipinda, parlimen mempunyai kuasa untuk membatalkan kemenangan.Mahkamah rayuan,hanya berfungsi sebagai "penyiasat" terhadap keabsahan berkenaan.

Namun,setelah dipinda,parlimen tidak lagi berkuasa untuk membatalkan kemenangan kerusi parlimen.Mahkamah tinggi perlembagaan sahaja yang mempunyai kuasa berkenaan dan bantahan terhadap kemenangan berkenaan boleh dibuat dalam tempoh 30 hari setelah keputusan diumumkan.

Oleh yang demikian,keabsahan kerusi parlimen yang dimenangi adalah dimiliki oleh mahkamah dan ianya adalah lebih telus jika dibandingkan sebelum dipinda.Bayangkan jika kemenangan kerusi yang dibantah itu adalah terhadap kerusi parti yang majoriti,sudah tentu,ianya kebal dan bantahan berkenaan hanya tinggal bantahan.Itulah yang berlaku sebelum ini ketika kemenangan NDP (National Democratic Parti) sebagai parti yang memenangi majoriti pada pilihanraya parlimen yang lepas.

PERKARA 139

Perkara ini adalah berkaitan pelantikan Timbalan Presiden.Sebelum perkara ini dipinda, presiden tidak semestinya melantik timbalannya.Sebab itulah Husni Mubarak tidak pernah melantik timbalannya sejak memegang jawatan presiden Mesir pada 14 oktober 1981.Ianya berbeza dengan apa yang telah dilakukan oleh Presiden sebelumnya,Anwar Sadat (1970 hingga 6 oktober 1981).Pada 16 april 1975, Husni Mubarak dilantik sebagai Timbalan Presiden oleh presiden Anwar sadat,setelah melihat kejayaan besar Husni Mubarak memimpin tentera udara yang berjaya melumpuhkan musuh ketika perang Arab - Israel pada 6 oktober 1973.

Husni Mubarak hanya melantik Umar Sulaiman,bekas ketua perisikan Mesir sebagai Timbalan Presiden pada 29 Januari 2011,beberapa hari sebelum beliau berundur dari jawatan Presiden.

Setelah pindaan dibuat menerusi pungutan suara yang diadakan pada 19 Mac 2011,jawatan Timbalan Presiden adalah WAJIB dan presiden hendaklah melantik timbalannya dalam masa tidak lebih 60 hari dari tarikh pelantikannya sebagai presiden.Presiden boleh melantik lebih dari seorang timbalan.

PERKARA 148

Perkara tersebut adalah berkaitan UNDANG-UNDANG DARURAT.Bermula pada 5 Jun 1967,ketika di bawah pemerintahan Presiden Gamal Abdul Nasir (1953 - 1970), Mesir telah mengisytiharkan keadaan darurat berikutan ketegangan negara Mesir ekoran ancaman dan serangan Israel.Mesir yang berundur dari SEMENANJUNG SINAI ketika itu,mula menguatkuasakan undang-undang darurat.Pergerakkan manusia ketika itu adalah terbatas.Penangkapan atas individu yang disyaki boleh dilakukan tidak mengira waktu.

Setelah MESIR menang dalam perang ARAB - ISRAEL pada 6 oktober 1973,Mesir masih lagi mengekalkan keadaan darurat.Rakyat Mesir hanya menikmati kebebasan hidup tanpa keadaan darurat selama 18 bulan sahaja apabila Presiden Anwar Sadat mengisytiharkan tamat darurat pada Mei 1980 sehinggalah beliau dibunuh pada 6 Oktober 1981.Peristiwa pembunuhan Presiden Anwar Sadat telah menjadi alasan oleh Husni Mubarak untuk mengisytiharkan darurat beberapa hari selepas beliau dilantik sebagai Presiden.

Rakyat Mesir tidak suka dengan keadaan darurat yang membelenggu mereka dan kezaliman yang berselindung disebalik keadaan darurat itu.Sebelum pindaan pelembagaan,kuasa pengisytiharan keadaan darurat adalah kuasa presiden yang mendapat persetujuan parlimen dengan tempoh yang tidak ditentukan oleh pelembagaan dan ianya boleh menyebabkan keadaan darurat itu berterusan dalam tempoh yang panjang.

Selepas pindaan pelembagaan,perkara 148 telah memperuntukkan bahawa presiden masih lagi mempunyai kuasa untuk mengisytiharkan darurat dan persetujuan majoriti dari parlimen juga diperlukan bagi meneruskan keadaan darurat akan tetapi ianya terhad untuk tempoh 6 bulan sahaja.Jika keadaan darurat tersebut hendak diteruskan,pungutan suara rakyat hendaklah dibuat untuk meneruskan keadaan darurat berkenaan.Maka,keputusan untuk meneruskan keadaan darurat adalah ditentukan oleh rakyat dan bukannya parlimen semata-mata.

PERKARA 151

Perkara ini adalah berkaitan kuasa presiden dalam menandatangani sebarang perjanjian. Sebelum pelembagaan ini dipinda,Presiden mempunyai kuasa mutlak untuk menandatangani sebarang perjanjian dan presiden hanya perlu mengumumkannya kepada parlimen perjanjian yang telah ditandatangani.

Pada 1979,Presiden Anwar Sadat telah menandatangani perjanjian damai dengan Israel dan ianya dikenali sebagai perjanjian damai CAMP DAVID.Anwar Sadat dilihat mengambil tindakan secara peribadi dan tidak dibuat secara teliti dengan penglibatan parlimen.

Akhirnya,tindakan beliau telah menyebabkan beliau dituduh sebagai pengkhianat arab dan ibu pejabat Liga Arab dipindahkan dari Kaherah.Dengan sebab tindakan beliau jugalah telah menyebabkan beliau ditembak mati pada 6 Oktober 1981.

Berdasarkan pengalaman lepas,presiden tidak lagi mempunyai kuasa mutlak untuk menandatangani sebarang perjanjian.Melalui pungutan suara,pelembagaan dipinda dan perkara 151 mewajibkan presiden mendapatkan persetujuan parlimen terlebih dahulu sebelum menandatangani sebarang perjanjian.

Oleh yang demikian,ISRAEL perlu berhati-hati terhadap perjanjian damainya.Saya masih tidak pasti,apakah perjanjian kem david boleh diteliti semula atau tidak.Namun,apa yang pasti,perjanjian penjualan GAS kepada ISRAEL telah mula disuarakan kebelakangan ini.Rakyat meminta agar perjanjian eksport GAS tersebut diteliti semula.Perkara ini perlu diperhatikan dan perkembangannya harus dipantau dari semasa ke semasa.

PERKARA 179

Perkara ini adalah merupakan antara sebab rakyat berkumpul di Medan Tahrir kerana ianya disalah gunakan.Atas nama memerangi pengganas,kebebasan individu dinodai.Pihak pemerintah mempunyai hak untuk menahan sesiapa sahaja atas nama mencegah keganasan.Perkara ini adalah MIRIP undang-undang ISA di Malaysia.

Selepas pindaan melalui pungutan suara yang diadakan baru-baru ini,undang-undang mirip ISA tersebut telah DIMANSUHKAN hasil perhimpunan dan desakan belia di MEDAN TAHRIR.

PERKARA 189

Secara umumnya,perkara 189 adalah berkaitan pindaan pelembagaan.Cara pindaan pelembagaan dikemaskinikan dengan cara yang lebih tersusun dengan pungutan suara selain dari penglibatan parlimen dan presiden sendiri.

MESIR DEMOKRASI?

Mesir menuju kearah negara yang lebih demokrasi berbanding sebelum ini.Adalah dijangka, dengan demokrasi ini akan menyebabkan Mesir kembali bergelar negara maju seperti di zaman beraja yang diasaskan oleh MUHAMMAD ALI BASHA seawal kurun ke 19.

Saat ini,terdapat suara-suara lantang meminta kerajaan menukar transaksi di TERUSAN SUEZ menggunakan POUND MESIR menggantikan DOLAR AMERIKA.Walaupun transaksi Terusan Suez hanya menyumbang 15 peratus dalam KDNK Mesir,namun kesannya sangat besar dalam menentukan nilai pound Mesir.Satu ketika dahulu,POUND MESIR adalah wang paling mahal di dunia.

Bukan itu sahaja,kerenah birokrasi juga bakal berkurangan kerana perubahan sistem politik kelak.Dengan penuh kepercayaan,berdasarkan produk-produk pelancongan yang mahal dan sangat berharga kerana kesan sejarah ketamadunannya,saya pasti,sektor pelancongan Mesir akan lebih maju.

Sebab itulah bagi saya,Perdana Menteri Britain,David Cameron dan pemimpin - pemimpin barat,segera ke Mesir setelah kemenangan revolusi.Sewajarnya,MALAYSIA mempereratkan lagi hubungan dua hala yang bukan hanya pada bidang pendidikan tinggi semata-mata.

Dari segi sikap dan kesedaran sivik di kalangan rakyat Mesir,ianya boleh diubah melalui sistem pendidikan.Sebab itu Dr Ahmad Zuwail bercakap tentang kepentingan transformasi bidang pendidikan selepas kemenangan revolusi belia di Mesir.Untuk mengubah Mesir dalam sekelip mata,sudah tentu ianya bukan mudah.Perubahan akan berlaku secara berperingkat-peringkat dan tidak mustahil ketamadunan mereka akan bangkit semula dan "kita" akan mengharapkan mereka kelak.

Apabila bercakap tentang pendidikan, kita tidak boleh lari dari bercakap soal AL AZHAR.Sudah tentunya,AL AZHAR turut terkesan dengan revolusi belia tersebut. Persoalannya,apakah peranan AL AZHAR terus diperlukan selepas revolusi? Apakah kesan revolusi belia terhadap AL AZHAR? Bagaimana pula isu SALAFI di Mesir? Bukankah SALAFI juga mempunyai peranannya? Saya akan ulas persoalan-persoalan tersebut dalam entri seterusnya.

Ahad, 6 Mac 2011

ANALISIS REVOLUSI BELIA 25 JANUARI DI MESIR SIRI KETIGA : SIAPAKAH PRESIDEN MESIR SELEPAS MUBARAK?


AMRU MUSA,SETIAUSAHA AGONG LIGA ARAB DAN ORANG PERTAMA MENYATAKAN HASRAT BERTANDING DALAM PILIHANRAYA PRESIDEN MESIR



DR MUHAMAMAD EL BARADEI MENGUMUMKAN HASRATNYA UNTUK BERTANDING SETELAH PENGUMUMAN PINDAAN PERKARA 76 PELEMBAGAAN MESIR

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Para Blogger yang saya hormati sekalian,

Saat ini,Mesir sedang diperhatikan oleh dunia kerana kisah revolusi 25 januari yang telah menyebabkan seorang presiden yang memerintah selama tiga dekad,meletakkan jawatannya enam bulan lebih awal.

Mesir pasca Mubarak adalah satu topik yang menarik untuk dibincangkan kerana pemerintahan Mubarak adalah selama 30 tahun dan pastinya terdapat beberapa perkara yang menarik perhatian.Oleh yang demikian,entri kali ini akan cuba membincangkan isu siapakah bakal presiden Mesir.Saya agak lewat untuk menulis entri kali ini,kerana menunggu pengumuman Dr El Baradei.Setelah 6 hari dari pengumumannya,barulah saya berhasrat menulis entri kali ini.

SIAPA BAKAL PRESIDEN MESIR

Teka-teki siapakah bakal presiden Mesir sungguh hebat dimainkan saat ini.Pelbagai nama disebut-sebut bakal menyertai pilihanraya presiden.Sehingga entri ini ditulis,hanya AMRU MUSA dan EL BARADEI sahaja menyatakan hasrat untuk menyertai pilihanraya presiden.

Pilihanraya presiden kali ini adalah pilihanraya presiden kali kedua selepas kali pertama diadakan pada tahun 2005.Saat itu,MUBARAK telah memenangi pilihanraya berkenaan.Apa yang menarik kali ini adalah,sebuah pilihanraya presiden pasca revolusi 25 Januari.

AMRU MUSA CALON PRESIDEN PALING POPULAR?

Suka saya fokuskan kepada dua tokoh berkenaan walaupun sebenarnya,Dr Ahmad Zuwail, seorang saintis bertaraf dunia juga disebut-sebut sebagai presiden Mesir.Namun,peluang beliau menjadi lebih tipis jika melihat pindaan pelembagaan baru Mesir.

Amru Musa mempunyai peluang yang sangat cerah.Beliau merupakan bekas Menteri Luar Mesir dan sekarang sedang memegang jawatan Setiausaha agong Liga Arab.Beliau dengan penuh yakin,mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatan sebagai Setiausaha Agung badan dunia arab itu untuk penggal seterusnya bagi menyertai pilihanraya presiden Mesir.

Amru Musa adalah calon yang sangat popular.Bahkan,beliau adalah orang pertama yang menyatakan hasrat untuk bertanding dalam pilihanraya presiden.Media cetak dan elektronik,mula menyebut-nyebut nama beliau sejurus selepas 11 Februari,bahkan,laman web akhbar AL AHRAM pernah membuka undian kepada pembacanya dan jelas,undian terhadap AMRU MUSA sebagai presiden Mesir sangat tinggi.

Bagi saya,memang beliau calon yang sangat popular berdasarkan pengalaman peribadi yang turun ke MEDAN TAHRIR.Saya menemuramah beberapa penunjuk perasaan pada 12 Februari 2011 dan kebanyakkan dari mereka menyebut nama AMRU MUSA.

Beliau juga dilihat antara tokoh yang berani turun ke Medan Tahrir menemui para penunjuk perasaan dan berusaha meleraikan mereka.Namun,usaha beliau menemui kebuntuan.Penunjuk perasaan berkeras mahukan Husni Mubarak meletakkan jawatannya ketika itu.

Faktor lokasi Pejabat LIGA ARAB yang terletak di TAHRIR mungkin sahaja dilihat sebagai antara faktor mengapa AMRU MUSA sangat dekat di hati penunjuk perasaan disamping ketegasan dan kelantangan beliau dalam mengemudi isu ISRAEL - PALESTIN.

Namun,terdapat beberapa halangan untuk AMRU MUSA berjalan menuju ke istana presiden.Ini adalah kerana,beliau pernah duduk dalam kerajaan HUSNI MUBARAK sebagai menteri luar sebelum dilantik ke jawatan setiausaha agung Liga Arab.

Beliau juga pernah menyatakan sokongan terhadap Husni Mubarak secara terang-terangan dan berjanji akan mencalonkan beliau jika tiada sesiapa berbuat demikian.Walaupun kenyataan beliau dikeluarkan sebelum 25 Januari 2011,ianya tetap menjadi liabiliti kepada beliau.

Amru Musa cuba membersihkan imej beliau dengan menyatakan maksud disebalik kenyataan itu adalah kenyataan yang menolak pencalonan Jamal Mubarak,anak Husni Mubarak sebagai presiden Mesir.Kenyataan tersebut dibuat dalam satu sesi temuramah yang disiarkan oleh akhbar harian EL SHOROUK pada 10 Mac 2011.

AMRU MUSA adalah saingan hebat Dr El Baradei dalam pilihanraya Presiden kelak.Ini adalah kerana Amru Musa mempunyai karisma beliau tersendiri dan sumbangannya yang bukan kecil dalam isu Israel - Palestin terutamanya dalam isu menyelesaikan pertelingkahan antara HAMAS dan FATAH.

Rakyat Mesir pasti tidak boleh lupa keberanian beliau yang "turun padang" ke Genting Gaza, Palestin, untuk melihat sendiri situasi disana.Beliau mengadakan pertemuan dengan Ismail Haniah,bekas Perdana Menteri pihak berkuasa Palestin dan bukan hanya bertemu dengan pemimpin FATAH.

DR EL BARADEI CUCU ULAMA AL AZHAR

Nama Dr El Baradei bukan asing di peringkat antarabangsa dan di peringkat nasional.Bekas Ketua Pengarah Agensi Atom Dunia yang bernaung di bawah PBB,adalah antara rakyat Mesir yang dianugerahkan NOBEL antarabangsa.DR EL BARADEI adalah anak kepada Presiden Majlis Peguam Mesir dan cucu antara para syeikh Al Azhar.

Kepulangan beliau pada 19 Februari 2010 ke tanah tumpah darahnya,Mesir adalah diibaratkan bagai sirih pulang ke gagang.Beliau bukan sahaja disambut dengan sokongan moral ratusan orang di Lapangan Terbang Kaherah,bahkan dijemput dalam sesi temuramah beberapa stesen TV tempatan dan antarabangsa.

Beliau mengasaskan sebuah pertubuhan yang diberi nama Pertubuhan Transformasi Kebangsaan yang mengumpulkan para aktivis dari kalangan pemuda dan belia.Laman sosial FACEBOOK juga menjadi antara elemen beliau mempromosikan perjuangannya.

Beliau dilihat tidak gopoh untuk mengumumkan diri untuk bertanding dalam pilihanraya presiden.Antara 19 Februari 201o sehingga 3 Mac 2011,beliau masih mengumumkan bahawa tidak akan bertanding dalam pilihanray presiden.

Ini adalah kerana,peruntukan artikel 76 pelembagaan Mesir telah menghalang beliau dari menyertai pilihanraya berkenaan.Saat beliau pulang,isu pelembagaan mula diperbahaskan terutamanya akhbar-akhbar harian.

ramai yang mahu agar perkara 76 itu dipinda, namun,pemerintah Mesir saat itu gagal mendengar rungutan-rungutan berkenaan sehingga membawa kepada antara sebab perhimpunan besar-besaran di Medan Tahrir.

Namun,segalanya berubah pada 4 Mac,apabila Majlis Tertinggi Tentera mengumumkan pungutan suara terhadap pindaan pelembagaan yang akan diadakan pada 19 Mac 2011 dimana perkara 76 turut dipinda.El Baradei mengumumkan secara rasmi hasrat beliau bertanding dalam pilihanraya presiden pada 9 Mac 2011.Walau bagaimana pun,Dr El Baradei menolak pindaan pelembagaan dan menuntut sebuah pelembagaan baru.Ianya senada dengan kenyataan AMRU MUSA.

Namun,jalan beliau untuk menuju ke istana presiden juga bukan mudah.beliau dibayangi isu laporan senjata nuklear yang membawa peperangan Iraq, kehancuran Iraq dan status agama menantunya.

Namun,ianya telah dijawab oleh beliau melalui temuramahnya yang disiarkan oleh akhbar Mesir.Namun,tidak dapat dijangka,sejauh manakah penerimaan rakyat terhadap jawapan beliau.Bagi saya,ketokohan beliau amat diperlukan untuk memajukan semula negara Mesir.

PENTINGNYA PRESIDEN MESIR

Mesir adalah negara Islam paling maju dalam catatan sejarah dunia moden.Ketika Malaysia masih dijajah British,Mesir terkenal dengan kilang tenunan kain kapas dan terusan suez.Bukan itu sahaja,wang Mesir adalah meruapakan wang paling berharga satu ketika dahulu.Kemajuan Mesir adalah setanding dengan negara barat yang lain seperti Britain dan Francis.

Seawal tahun 1881,Mesir mempunyai sistem keretapi ringan yang masih boleh dilihat di Iskandariah sehingga hari ini.British pernah meminta bantuan kewangan dari Mesir ketika perang dunia pertama malangnya setelah itu,Bristish mencampuri banyak urusan dalam negara Mesir melalui kedutaan besarnya sehingga rakyat menjerit revolusi pada Jun 1952.

Paling penting adalah,AL AZHAR berada di Mesir dan peranannya sangat besar dalam dunia Islam.AL AZHAR adalah benteng ilmu umat Islam.Tanpa AL AZHAR,Islam akan masih dituduh penganjur keganasan dan Islam tersebar melalui ketajaman pedang.

Presiden Mesir adalah orang yang sangat penting dalam menentukan hala tuju negara ini.Secara peribadi,saya amat berharap agar Mesir mengetuai negara Islam kerana keserdahanaan Islam yang digarapkan oleh AL AZHAR.

Semoga perubahan sistem politik di Mesir akan mendatangkan kebaikkan kepada negara yang bersejarah ini.Persoalannya,adakah dengan hanya pindaan pelembagaan akan berjaya mengubah Mesir? Apakah perkara-perkara yang dipinda dalam pelembagaan Mesir? akan saya kupaskan isu ini dalam analisis seterusnya.

Selasa, 15 Februari 2011

ANALISIS REVOLUSI BELIA 25 JANUARI DI MESIR SIRI KEDUA : HUSNI MUBARAK DAN DEMOKRASI

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Para Blogger yang saya hormati sekalian,

Apa yang telah berlaku di Mesir adalah merupakan sesuatu yang CEPAT dan AGRESIF.Ini adalah kerana para pemuda dan belia yang menunjuk perasaan tidak lagi menghiraukan mara bahaya terhadap diri mereka.Kehilangan sahabat-sahabat yang gugur syahid kerana peluru hidup polis yang menembak tunjuk perasaan ini telah menyebabkan mereka semakin berani.

Dalam ruangan kali ini,saya ingin berkongsi pendapat bersama rakan-rakan blogger tentang beberapa perkara.Pertama, berkaitan perletakkan jawatan MUBARAK,adakah patut rakyat Mesir menyalahkan sepenuhnya kepincangan yang berlaku keatas MUBARAK? Sejauh mana usaha MUBARAK menyuraikan tunjuk perasaan dan kesannya pada politik Mesir hari ini? Apa pula fatwa syeikhul AZHAR terhadap tunjuk perasaan tempoh hari?

MUBARAK TETAP BERJASA

Sebagai seorang pemimpin,sudah tentu akan menghadapi seribu satu cubaan dan rintangan.Mesir bukan sebuah negara yang kecil peranannya dalam rantau AFRIKA dan ARAB.Mesir diiktiraf sebagai KETUA negara-negara arab dan UTARA AFRIKA.Sebab itulah,MESIR memainkan peranan penting dalam isu Palestin - Israel dan Sudan.

Mesir yang diperintah oleh presiden HUSNI MUBARAK selama hampir 3 dekat ini adalah seorang yang hebat dalam beberapa perkara.Ini adalah kerana,beliau adalah merupakan antara pahlawan arab yang mengetuai tentera udara ketika meyerang ISRAEL di terusan suez pada 6 Oktober 1973.

Pasukan beliaulah yang berjaya melumpuhkan MUSUH sehingga membawa kepada kemenangan dan kembalinya SINAI ke peta MESIR.Itulah sebabnya beliau dipandang tinggi oleh ASY SYAHID Presiden Anwar Sadat sehingga melantik beliau ke jawatan Timbalan Presiden dan Timbalan Presiden Parti Demokratik Kebangsaan (NDP).

Sebagai manusia,sudah tentu tidak lari dari melakukan kesalahan.Tiada manusia yang "MAKSUM" di dunia ini kecuali para nabi dan rasul.

Segala kepincangan yang berlaku di zaman MUBARAK mungkin saja berpunca dari orang sekeliling beliau disamping faktor beliau sendiri yang hanya menitik beratkan pembangunan TENTERA dan membiarkan rakyat yang berpendapatan rendah dalam keadaan miskin disamping tiada perancangan ekonomi untuk jangka masa panjang serta tiada jaminan untuk masa depan golongan muda.

Namun,jasa beliau tetap tercatat dalam dunia demokrasi Mesir kerana beliaulah yang membuka ruang demokrasi untuk memilih seorang presiden.Pilihanraya presiden kali pertama pada tahun 2005 adalah di zaman MUBARAK.

Namun,demokrasi beliau terbatas apabila IKHAN MUSLIMIN masih tidak diiktiraf sebagai parti politik dan masih terdapat tahanan politik yang angkanya mencecah 10 ribu seperti yang didedahkan oleh akhbar Mesir dua hari selepas peletakkan jawatan MUBARAK.Walaupun MUBARAK ada kesilapan,jasa beliau tetap tidak boleh dinafikan.

PUJUKAN BERTERUSAN HINGGA KALI TERAKHIR

Presiden HUSNI MUBARAK terus memujuk penunjuk perasaan dengan berjanji memenuhi permintaan mereka walaupun penunjuk perasaan terus berhimpun.Antara perkara yang beliau janjikan adalah perkara berikut :

1) Pemansuhan I.S.A MESIR (EMERGENCY LAW) atau pemansuhan perkara 179, perlembagaan Mesir
2) PINDAAN PERKARA 76,77,88,93 dan 189,pelembagaan Mesir
3) Pilihanraya presiden yang bebas dan bersih
4) Beliau sekali lagi menegaskan untuk tidak menyertai pilihanraya presiden.

Namun yang demikian, beliau lupa untuk memberitahu rakyat tentang kedudukan anak beliau.Rakyat masih tidak boleh menerima janji manis sehinggalah usaha terakhir beliau menyerahkan sebahagian kuasa presiden kepada Timbalan beliau,malam terakhir beliau muncul di kaca television sebagai Presiden Mesir,10 Februari 2011.

Namun,apa yang baiknya adalah,beliau meninggalkan janji-janji demokrasi yang luas hasil tuntutan rakyat yang menunjuk perasaan.Perlembagaan baru MESIR akan digubal oleh Jawatankuasa Penggubal Perlembagaan yang mana rakyat sendiri akan menyertai pungutan suara itu untuk mengatakan YA atau TIDAK.

Bagi saya,itulah jasa terakhir MUBARAK dan secara peribadi,saya kurang bersetuju dengan gelaran PRESIDEN YANG DIPECAT yang diberikan oleh AL JAZEERA.Beliau tidak dipecat sebaliknya meletakkan jawatan secara sukarela 6 bulan sebelum tempoh jawatan beliau tamat.Walaupun perletakkan jawatan itu adalah permintaan rakyat,ianya jauh lagi bagus dari RAMPASAN KUASA oleh tentera atau rampasan kuasa rakyat yang merusuh sehingga ke istana presiden.Perkataan DIPECAT adalah tidak boleh diterima dan keputusan MUBARAK yang meletakkan jawatan itu mestilah dipandang tnggi kerana beliau berbuat demikian kerana negaranya yang tercinta.

Walaubagaimana pun,sebagai rakyat Malaysia yang sedang belajar di Mesir,saya sedar dan faham akan kesusahan rakyat Mesir.Saya hanya menyelami perasaan mereka selama 7 tahun berbanding rakyatnya sendiri yang merasa keperitan selama 30 tahun.

Oleh yang demikian,saya menghormati keputusan rakyat Mesir dan berdoa agar Mesir kembali aman,peralihan kuasa berjalan dengan lancar dan semoga Mesir akan lebih maju dibawah pimpinan Presiden yang baru kelak.

AL AZHAR DAN FATWA SYEIKHUL AZHAR

Justeru,Al Azhar sebagai sebuah institusi bebas politik dan institusi tertinggi berkaitan Agama Islam di Mesir dimana Syeikhul Azharnya bertaraf Perdana Menteri telah terlibat secara langsung untuk membaiki keadaan gawat ketika itu.

Beliau dan mufti republik,Prof Dr Ali Gom'ah bersungguh-sungguh dengan kenyataannya dan mengeluarkan pendirian betapa keluar dari pemerintah adalah HARAM dan menyebabkan negara dalam keadaan tidak menentu adalah HARAM.

Tujuan Syeikhul Azhar dan mufti berbuat demikian adalah kerana ianya demi kebaikkan bersama dan maslahah umum.Bayangkan,dalam saat genting itu,kilang-kilang tidak beroperasi,kedai ditutup dan hampir semua jabatan kerajaan tutup dan ini menyebabkan sistem dalam negara Mesir hampir lumpuh.

Namun,ia tidak bermakna bahawa SYEIKHUL AZHAR tidak menyokong revolusi belia tersebut, dan ini dinyatakan oleh beliau secara jelas dalam ucapannya melalui telefon yang disiarkan secara langsung saat genting itu dikaca TV MESIR betapa ISLAM tidak menyekat kebebasan suara, akan tetapi,beliau meminta pemuda - pemudi dan belia lebih mementingkan keamanan negara dan ianya akan dipersoalkan di akhirat kelak.

Bahkan,SYEIKHUL AZHAR adalah orang pertama yang mengisytiharkan gelaran SYUHADA' kepada mangsa korban yang gugur sepanjang pertempuran dalam tunjuk perasaan yang membawa kepada rusuhan pada 28 Januari 2011.

Walaupun keluar dari pemerintah adalah HARAM,namun,AL AZHAR tidak menggelarkan mereka sebagai BUGHA seperti yang terdapat dalam kitab fekh tradisional (turath),ini adalah kerana perhimpunan tersebut satu kebebasan bersuara yang diiktiraf oleh undang-undang dunia sebagai HAK ASASI MANUSIA sepertimana perhambaan yang tidak lagi wujud zaman ini kerana ianya telah tidak diiktiraf oleh undang-undang antarabangsa dalam piagam Pertubuhan bangsa-bangsa bersatu.

AL AZHAR adalah institusi yang berperanan sebagai benteng umat Islam dan lebih menjaga maslahah ummah.Oleh yang demikian,AL AZHAR akan lebih dihormati dan disegani walaupun terdapat golongan "PELAMPAU" yang melabel Syeikhul Azhar sebagai PENGKHINAT RAKYAT MESIR.Namun,golongan ini lupa peranan AL AZHAR yang besar dalam memelihara kemaslahatan ummah dan kesederhanaan Islam.

Akhir kata,AL AZHAR mempunyai peranannya tersendiri dan AL AZHAR jugalah yang mengiktiraf mangsa korban tunjuk perasaan sebagai SYUHADA' dan peletakan jawatan Husni Mubarak sebagai presiden Mesir adalah usaha beliau untuk menyelamatkan negara dari terus dalam keadaan gawat dengan tunjuk perasaan yang enggan bersurai dan tentunya bekas tentera itu akan mengutamakan keselamatan negara berbanding kepentingan peribadi.

Terdapat persoalan penting selepas jam 6.15 petang,11 Februari 2011 yang masih bermain di fikiran kita dan apa yang sedangkan disaksikan oleh rakyat Mesir saat ini.Apakah yang berlaku selepas pengunduran HUSNI MUBARAK? dan paling penting,siapakah yang bakal melangkah ke ISTANA ARUBAH (ISTANA PRESIDEN) ? Saya akan cuba kupas persoalan ini dalam entri yang akan datang.

Sabtu, 12 Februari 2011

ANALISIS REVOLUSI BELIA 25 JANUARI DI MESIR SIRI PERTAMA : FAKTOR - FAKTOR REVOLUSI




Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Para Blogger sekalian,

Saat saya menulis entri kali ini, Mesir bukan lagi dibawah pemerintahan PRESIDEN HUSNI MUBARAK.Seorang presiden yang memerintah lebih 30 tahun akhirnya meletakkan jawatannya lebih awal dari yang dijadualkan.

Dalam sejarah Mesir,tahun 1919 adalah Revolusi menentang penjajah Inggeris yang diketuai oleh SAAD ZAGHLUL.Nama beliau diabadikan di salah sebuah perhentian Metro bawah tanah.Pertengahan abad 20 pula,pada 23 Julai 1952,Mesir sekali lagi menyaksikan revolusi rakyat menentang rasuah dan kepincangan yang ada pada kerajaan ketika itu sehingga memaksa Raja Farok pertama turun takhta dan sekaligus mengakhiri siri pemerintahan keluarga Mohd Ali,bapa pemodenan Mesir di kurun ke 19.Saat itu,tentera telah mengetuai revolusi mereka.

Pada kurun ke 21 pula,revolusi rakyat Mesir sekali lagi muncul dengan kebangkitan pemuda dan belia yang menutut hak mereka.Maka,sejarah sedang tercatat saat ini,bahawa,25 Januari 2011 adalah merupakan REVOLUSI RAKYAT MESIR yang berjaya menyebabkan seorang presiden yang berkhidmat selama 30 tahun meletakkan jawatannya pada 11 Februari 2011.Revolusi ini diberi nama REVOLUSI BELIA 25 JANUARI.

ELBARADEI DAN WAEL GHANAIM

Persoalan utama dibenak fikiran ramai adalah,siapakah pencetus revolusi? Adakah rakyat Mesir sinonim dengan perkataan tersebut.Saya bukanlah pengulas yang baik akan tetapi saya cuba berkongsi hasil bacaan saya terhadap isu-isu di Mesir melalui akhbar-akhbar harian,majalah mingguan disamping perkongsian dan perbincangan bersama Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) atau DIPLOMAT MALAYSIA yang bertugas di Kedutaan Besar Malaysia Kaherah.Ini adalah kerana mereka amat mahir dengan bacaan isu-isu semasa sesuai dengan kerjaya mereka dalam bidang diplomatik.

Sebelum 25 Januari 2011,memang telah diketahui,pilihanraya parlimen yang berlangsung sebulan sebelum itu seolah-olah tidak mendapat sambutan rakyat.Ini adalah kerana,dalam 80 juta rakyat Mesir,hanya 40 juta sahaja yang layak mengundi dan dari angka itu kurang dari lima puluh peratus yang keluar mengundi.

Rakyat menyahut seruan EL BARADEI,seorang pemenang nobel yang pernah memegang jawatan sebagai Ketua Pengarah Agensi Atom Dunia yang dibawah naungan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Tokoh tersebut mempunyai penyokong melalui laman web Facebook dan Kesatuan Transformasi Kebangsaa yang diasaskan olehnya sejak pulang ke Mesir awal tahun 2010.

Parti Demokratik Kebangsaan (NDP) yang menguasai majoriti di Parlimen Mesir,memberikan isyarat bahawa Presiden mereka juga dari parti yang sama sesuai dengan isu perlembangaan yang nyaring disuarakan jika tidak dipinda perkara berkaitan.

Selama ini juga,rakyat mendengar hasrat Presiden Husni Mubarak yang mahu meletakkan jawatannya dan tidak menyertai pilihanraya presiden.

Ditengah-tengah suasana ini,muncul seorang pemuda yang berpendidikan dan terpelajar bernama Wael Ghanaim.Pemuda inilah yang membela kematian seorang mahasiswa Universiti Iskandariah,Asy syahid Khalid Said,yang mati dibelasah teruk kononnya mengedar dadah.

Pemuda yang sama,dengan modus operandi yang sama,menggunakan laman sosial FACEBOOK, menggerakkan pemuda dan belia bersama-sama berkumpul di MEDAN TAHRIR atau DATARAN TAHRIR.Saya enggan menggunakan nama DATARAN MERDEKA seperti yang dipaparkan oleh UTUSAN MALAYSIA.Ini adalah kerana,TAHRIR telah menjadi nama khas dan ianya tidak diterjemahkan ke mana-mana bahasa seperti KAHERAH.Maka,tercatat dalam sejarah, pemuda bernama WAEL GHANAIM pencetus tunjuk perasaan anti kerajaan yang bermula pada hari rabu,25 Januari 2011.

Rumusannya,pemuda dan belia yang menyertai tunjuk perasaan adalah pemuda yang tidak mewakili mana-mana parti atau individu.Mereka mempunyai tujuan berbuat demikian.Apakah faktor utama yang mencetuskan revolusi ini?

FAKTOR REVOLUSI 25 JANUARI

Dengan jelas,pemuda-pemudi dan belia yang mengadakan tunjuk perasaan pada 25 Januari mempunyai tuntutan dan menamakan hari tersebut sebagai HARI MELAHIRKAN MARAH atau YOUM EL GHADAB!

Mereka mempunyai empat tuntutan utama yang memerlukan tindak balas dan jawapan dari pihak Kerajaan.Keempat-empat perkara tersebut adalah :

1) Membasmi kadar kemiskinan yang ketara
2) Menangani rasuah secara efektif
3) Menangani kadar pengangguran yang tinggi
4) Menangani kadar infasi yang tinggi dan gaji yang rendah

Keempat-empat isu tersebut menjadi isu utama dalam jeritan tunjuk perasaan.Namun,kerajaan Mesir,enggan mendengar dan tidak melayan suara mereka yang membawa kepada tunjuk perasaan yang berterusan.

Disamping keempat-empat isu tersebut,Presiden Husni Mubarak yang pernah mengumumkan hasrat tidak bertanding dalam pilihanraya presiden 2011,telah dengan sengaja membiarkan rakyatnya berteka-teki tentang individu yang bakal menggantikannya.

Dalam suasana teka-teki itu,terdapat desas-desus yang mengatakan bahawa anak Mubarak yang aktif dalam politik dan memegang jawatan Ketua Biro Politik,Parti Demokratik Kebangsaan (NDP) bakal menggantikan beliau.

Desas-desus itu tidak sedikit pun dijawab secara rasmi dari ISTANA PRESIDEN dan ianya berterusan bertahun-tahun sehingga menjadi bahan ulasan dan analisis beberapa akhbar di Mesir.

Justeru,rakyat telah lama bersuara berhubung ketidak puasan hati mereka tentang beberapa perkara berkaitan perlembagaan negara.Beberapa perkara dalam perlembagaan tersebut amat penting untuk mencorak masa depan dan hala tuju negara mereka.

Keenam-enam isu tersebut telah menjadi faktor utama tunjuk perasaan sehingga menjadi bom jangka yang menggerakkan tidur mereka.

TUNJUK PERASAAN DAN RUSUHAN

Penunjuk perasaan pada 25 Januari yang mulanya hanya berkumpul di Medan Tahrir dan beberapa tempat di govenerate lain akhirnya bertukar menjadi rusuhan apabila mereka dikasari dan ditembak dengan peluru hidup sehingga mengorbankan 38 nyawa pada 28 Januari.

Balai-balai polis dibakar dan pada masa yang sama,penjenayah turut terlibat sama merompak dan merosak aset negara dan harta awam.Penjenayah pula terlepas dari penjara.Ini lebih membahayakan keselamatan awam.

Setelah 18 hari mereka berhimpun,akhirnya PRESIDEN HUSNI MUBARAK melatakkan jawatannya sebagai presiden Mesir.Persoalannya,adakah beliau bersalah atas kepincangan yang berlaku? Apakah usaha terakhir beliau meredakan penunjuk perasaan? siapakah yang bakal menggantikan beliau? Adakah Mesir akan aman seperti sebelum 25 Januari? Akan saya cuba bahaskan insyaallah,dalam entri yang akan datang.

Khamis, 3 Februari 2011

PENGALAMAN DI TENGAH-TENGAH RUSUHAN

KEADAAN SEKELILING SALAH SEBUAH BALAI POLIS YANG DIBAKAR PERUSUH


BALAI POLIS YANG ROSAK TERUK DAN DIBAKAR PERUSUH

LAGI....

KENDERAAN FRU YANG DIBAKAR PERUSUH


Salah sebuah kereta kebal di ISKANDARIAH



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Para Blogger yang saya hormati sekalian,

Saat saya menulis entri kali ini,Mesir masih dalam keadaan berjaga-jaga ekoran perintah berkurung yang masih dikuatkuasakan dan kesan rusuhan yang masih kelihatan.Saya fikir,elok kiranya saya coretkan sedikit pengalaman saya berhadapan dengan suasana getir yang terperangkap di tengah-tengah rusuhan pada 28 Januari 2011.

PORT SAID

28 Januari 2011 adalah merupakan tarikh rasmi bermulanya cuti musim sejuk 2011 selama dua minggu.Saya telah diminta oleh adik-adik MARA ISKANDARIAH untuk menemani mereka ke FREE DUTY ZONE,PORT SAID untuk bersiar-siar sambil membeli belah barang keperluan musim sejuk.

Saya tiba di ISKANDARIAH yang jaraknya dari Kaherah adalah 210 KM pada malam 27 haribulan.Sampai sahaja di sana,saya agak terkejut apabila sistem komunikasi di Mesir seolah-olah tidak berfungsi dengan baik.

Ketika sampai di bangunan MARA,saya cuba membuka internet,tetapi gagal.Saya fikir,internet di bangunan berkenaan bermasalah.Sebelum tidur pula,saya menelefon kawan baik saya yang tinggal di ABDEEN,Kaherah,juga GAGAL.

Pada pagi jumaat,28 Januari 2011,saya bergerak bersama 27 adik-adik MARA ISKANDARIAH ke PORT SAID.Perjalanan berjalan lancar dan langsung tiada halangan.Sampai ke PORT SAID,kami menunaikan solat jumaat di sebuah masjid di tengah-tengah bandar.

Khatib menyeru umat ISLAM supaya tidak merosakkan keamanan negara dan mengingatkan kepada sidang jumaat betapa demontrasi besar-besaran di beberapa tempat di MESIR telah menyebabkan Mesir rugi berpuluh-puluh BILION POUND MESIR ketika rusuhan 25 Januari 2011.

Usai solat jumaat,kami menikmati juadah makan tengahari di sebuah restoran.Masih berseronok dan teruja dengan makanan laut yang sangat murah dan menyelerakan.Namun,ianya berakhir apabila aktiviti jual beli di sekitar "SUK TIGARAH" tiba-tiba hambar dan manusia lebih ramai memenuhi kedai-kedai kopi sambil menikmati juadah berita TV AL JAZEERA yang memaparkan secara langsung setiap saat apa yang sedang berlaku di KAHERAH dan beberapa negeri "govenerate" lain.

Saya fikir,ianya akan berhenti dengan aman.Akan tetapi,apa yang berlaku adalah sebaliknya apabila terdapat berita yang mengatakan bahawa terdapat kematian dalam rusuhan berkenaan.Saya mula tidak sedap hati dan saya fikir,rakyatnya kali ini akan lebih marah.

PENGALAMAN PERTAMA DIKELILINGI MANUSIA BERSENJATA

Seperti yang sudah saya jangka,ianya memang sebuah rusuhan besar-besaran.Saya segera menghubungi pihak kedutaan,En Shaiful anuar,Ketua Canseri KEDUTAAN dan beliau menjawab panggilan dengan segera serta memberitahu kepada saya bahawa sekarang, ISKANDARIAH, Kaherah dan SUEZ sedang menjalani perintah berkurung dari jam 6 petang hinga jam 7 pagi.Untuk makluman,saat malam 28 Januari,hanya nombor-nombor tertentu boleh dihubungi.

Saya segera umumkannya kepada adik-adik MARA agar mereka lebih bersedia.Apabila bas yang bergerak laju itu mula memasuki kawasan ISKANDARIAH, kami mula melihat suasana berbeza.Manusia yang ramai,kebakaran di sana sini dan hilangnya polis.

Beberapa buah kereta kebal diletakkan di pintu masuk ISKANDARIAH.Kemudian,tidak jauh dari lokasi,beberapa trak polis terbalik dan terbakar bahkan terapat beberapa buah kereta perisai polis yang ditawan oleh perusuh dan mereka merampas senjata berkenaan.

Dari jarak yang dekat dengan bas,kelihatan beberapa perusuh melepaskan tambakan beberapa das dan ianya menyebabkan beberapa penumpang di belakang tunduk ketakutan.Walaupun tembakan tersebut dilepaskan ke udara,tapi aksi mereka menggerunkan kami.

Beberapa balai polis yang kami lalui,sedang terbakar dengan api yang marak jelas kelihatan dari dalam bas.Kami juga melalui ibu pejabat parti pemerintah NDP (National Democratic Party) ISKANDARIAH yang juga turut menjadi mangsa serangan perusuh.

Tidak lama selepas itu,kami tiba di tengah-tengah bandar untuk masuk ke sebuah jalan yang menghubungkan terus ke bangunan MARA Iskandariah.BAS kami tidak dapat masuk kerana dihalang oleh perusuh yang telah menutup jalan.Apa yang menggerunkan kami,ditangan mereka ada besi,pisau,pedang,parang dan "pump gun".

Saya adalah orang yang duduk di kerusi paling hadapan sekali.Saya agak takut saat itu,jika salah seorang dari mereka membaling senjata mereka kearah bas dan pasti,saya akan terkena dahulu.

Namun,AL HAMDULILLAH,perusuh tidak sedikit pun mencederakan kami bahkan mereka memberikan cadangan kepada pemandu bas agar mengikuti jalan lain yang lebih bagus dan dekat.

Akhirnya kami sampai ke bangunan MARA.Apa yang boleh saya rumuskan dari suasana getir tadi adalah,perusuh tidak mencedarakan orang asing dan mereka hanya mencari pihak polis yang terlibat membunuh rakan-rakan mereka.Justeru,isu pemuda yang terpelajar yang bernama KHALID SAID yang mati dibunuh oleh pihak polis ketika soal jawab dalam satu tuduhan yang tidak berasas pada tahun lepas menjadikan mereka lebih berani dan tempat untuk meluahkan kemarahan.

Itu hanya balas dendam yang terbuku di hati mereka sejak lama disamping isu semasa lain yang menyebabkan berlakunya rusuhan .Namun,ianya bukan secara keseluruhan.Sentimen ini bagi saya hanya ada di ISKANDARIAH tempat dimana pemuda itu membesar dan belajar.Akaun laman sosial FACEBOOK khas buat mangsa dibuka dan rakyat ISKANDARIAH begitu perihatin dengan isu ini.

Setelah selamat sampai di bangunan MARA,tidak berapa lama selepas itu,saya terdengar bunyi bising dari luar bangunan.Saya segera membuka tingkap dan kelihatan kumpulan manusia lari dengan bilangan yang ramai dengan senjata yang saya sebutkan tadi.

Fikir saya,mereka sedang meneruskan rusuhan sampai ke malam hari.Namun,apabila saya dan beberapa rakan yang lain keluar dari bangunan MARA,kami dimaklumkan bahawa orang awam sedang mengejar perompak yang telah memecah masuk bank berdekatan banguna MARA.

Anda dapat bayangkan,rakyat biasa sedang mempertahankan harta awam manakala perompak pula sedang bermaharajalela kerana ketiadaan pihak keselamatan.Tidak lama selepas itu,kedengaran bunyi kereta kebal memasuki kawasan berdekatan bangunan MARA.Itulah dalam hidup saya,kali pertama melihat kereta kebal bergerak di hadapan mata.

Sebelum ini,saya hanya dapat melihat dari jarak yang dekat dan tidak bergerak yang dipamerkan di PANORAMA SIITAH OKTOBER di salah salim street,sebuah memorial perang 6 Oktober 1973 yang dibuka kepada awam dengan bayaran sebanyak LE 20 pound Mesir.

Akhirnya,saya mendapat berita dari AMMU KHAMIS,rakyat tempatan dan seorang pekerja am rendah MARA ISKANDARIAH bahawa banduan-banduan terlepas dari beberapa buah penjara dan perompak sedang bermaharajalela.

Isu keselamatan rakyat kita menjadi persoalan saat ini kerana ketiadaan pihak keselamatan.Dengan berani,saya katakan bahawa perusuh tidak membahayakan orang awam dan orang asing,akan tetapi,yang membahayakan kami adalah perompak dan banduan yang terlepas yang mengambil peluang saat ini.

KEDUTAAN BESAR MALAYSIA KAHERAH BERFUNGSI

AL HAMDULILLAH dan setiggi-tinggi tahniah kepada kedutaan yang berfungsi dengan efektif,membuka pejabatnya 24 jam.Ada dari mereka yang tidur-tidur ayam sahaja.Panggilan dari ibu bapa penjaga dari MALAYSIA tidak henti-henti sehingga ada yang menganggap kedutaan enggan menjawab panggilan dan mendapat publisiti TV3.Sedangkan,pihak kedutaan menjawab panggilan tidak henti-henti dan memang agak sukar untuk menerima dua atau tiga panggilan serentak ke sebuah nombor!!

Dalam suasana panik begini,memang sahaja kita akan berprasangka yang bukan-bukan.Namun, kita harus percaya bahawa ALLAH S.W.T berkuasa dan saat inilah sebenarnya menguji keimanan dan kesabaran.

Memindah atau membawa pulang lebih kurang 10 ribu rakyat kita di Mesir bukan mudah.Jangan kita samakan dengan AMERIKA yang bertindak tidak sampai 24 jam dari tragedi,ini adalah kerana pengkalan tentera udara mereka ada di timur tengah.

Jangan kita samakan juga seperti SINGAPURA.Mereka memang ada penerbangan SIA di Mesir dan penerbangan yang membawa keluar rakyat singapura bukanlah percuma bahkan BERHUTANG!

Sama-samalah kita bersabar dan menyerahkan kepada pihak berwajib.Kepada media di Malaysia,jangan senang menyebarkan berita,carilah berita dari sumber yang sahih.Hanya KEDUTAAN BESAR MALAYSIA KAHERAH sepatutnya jadi jurucakap kepada pihak Malaysia,bukannya pihak "ketiga".

Apa pun,kita harus tahu,apakah punca sebenar rusuhan ini? akan saya ulas berdasarkan pemerhatian saya dan pembacaan saya terhadap isu-isu semasa di Mesir.

Jumaat, 7 Januari 2011

PENGEBOMAN DI ISKANDARIAH : POLIS MESIR CEKAP

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Para Blogger sekalian,

1.Pada hari sabtu lepas,1 Januari 2011,saya berhasrat untuk ke ISKANDARIAH untuk menemani seorang rakan yang berurusan di pejabat MARA Iskandariah.Dalam masa yang sama,saya juga sepatutnya akan ke FAKULTI PENGAJIAN SASTERA,Universiti Iskandariah,untuk urusan tesis saya.

2.Sejam sebelum bertolak,kami mendapat berita sebuah gereja di ISKANDARIAH dibom.

3.Ketika mendapat berita berkenaan,saya sangat marah!! Ini adalah kerana ianya perbuatan yang jelas bercanggah dengan amalan Islam yang menghormati gereja dan rumah ibadah agama lain.

4.Disaat itu juga,saya teringat isu yang sama yang melanda tanah air pada awal tahun lepas.Ianya juga berlaku pada awal tahun.Bezanya,ianya berlaku bukan di saat sambutan awal tahun.

5.Saya mengikuti isu ini dengan terperinci dan sebagai orang yang berada di Mesir sejak program ijazah pertama,iaitu sejak september 2003,sudah tentu,saya masih ingat,isu yang sama pada tahun 2005.Juga tragedi pengeboman di sempadan ISRAEL - MESIR, TABA.

6.Dalam perbandingan saya sebagai rakyat yang bebas bersuara,tidak salah jika saya katakan POLIS MESIR sungguh bijak dan jauh lebih cekap dalam menangani tragedi seperti ini.Kawalan terus diketatkan di kawasan sekitarnya bahkan di KAHERAH yg jauhnya lebih 200 KM juga menerima nasib yang sama.

7.Rumusannya,pihak keselamatan Mesir sungguh cekap dalam menangani hal ini dan kawalan ketat terus dilakukan untuk mengelakkan berlaku kejadian seumpama itu berulang lagi.

8.Lain halnya di Malaysia,peristiwa yang sama berlaku pada awal tahun 2010 dan ianya berulang kali di tempat lain dalam masa yang singkat!!.Ini membuktikan kecekapan pihak keselamatan di negara kita BOLEH DIPERSOALKAN dan tidak salah jika saya katakan POLIS MALAYSIA TIDAK CEKAP atau PIHAK KESELAMATAN MALAYSIA TIDAK CEKAP.

9.Tujuan pengeboman itu sebenarnya adalah satu usaha untuk menyalakan api perang saudara di Mesir.Namun,semangat kebangsaan yang dimiliki oleh rakyat Mesir dan berkat ulama-ulama di Mesir telah menyelamatkan suasana.

10.Saya amat bersetuju dengan Prof Dr Yusuf Al Qardhawi yang menyatakan bahawa peristiwa tersebut didalangi oleh tangan luar.Bagi saya,jelas ianya didalangi oleh MOSAD dan CIA sebagai badan perisikan yang cukup hebat di dunia.Ini dinyatakan oleh MEDIA Mesir secara sindiran melalui KARIKATUR akhbar perdana Mesir,AL AHRAM.

11.CIA dan MOSAD menurut sebuah majalah di Mesir sedang menjalankan operasi barat untuk mengurangkan pengaruh ISLAM dalam peta AFRIKA dan mengecilkan negara-negara arab bagi memberikan keselesaan kepada ISRAEL.

12.Iraq barangkali akan terpecah kepada dua satu hari nanti,antara puak Qurdis dan Syiah kerana perang saudara dan perselisihan mazhab kononnya.

13.Sudan pula,hampir berjaya dipisahkan dengan SUDAN UTARA dan SUDAN SELATAN.

14.Negara Islam yang paling ditakuti barat adalah negara-negara arab.Mereka ada kekuatan emas hitam.Sejarah membuktikan,jika arab bersatu,mereka menguasai dunia.

15.Ada negara yang mereka jadikannya sekutu.Tujuannya adalah hanya sebagai "take your enemy as a friend".Ianya bukan didasari oleh kelikhlasan.Lihat sahaja layanan Amerika Syarikat terhadap bekalan senjata ke ARAB SAUDI!!

16.Semoga perancangan jahat YAHUDI dan MUSUH AGAMA ALLAH ini akan digagalkan dengan kesedaran dan penyatuan bangsa arab khasnya dan umat ISLAM umumnya.