Ahad, 19 April 2009

SEBAB PMRAM BERTANDANG KE JPMK



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Para Blogger yang dihormati sekalian,

Setelah bertalu-talu “bekas pimpinan PMRAM” atau segelintir ahli PMRAM menuding pihak tertentu terhadap “tarian” panas yang dipersembahkan dalam Festival Asian 2009 baru-baru ini,akhirnya, pimpinan PMRAM bertandang ke Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) bersama “team-team menang tanpa bertanding” mereka atas alasan untuk menyampaikan rasa tidak puas hati mereka terhadap “tarian” berkenaan.

Tindakan tersebut adalah “TERLAMBAT” kerana ahli-ahli liar mereka telah bertindak keterlaluan dengan memberikan kenyataan-kenyataan yang tidak berasas dan tidak tepat.PMRAM gusar dan takut dengan kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh sebuah persatuan yang berdaftar dibawah KBMK dan JPMK dengan penuh sopan dan akhlak Islami yang menepati kehendak syarak.

Kenyataan kasar beberapa blogger persendirian dikalangan ahli PMRAM telah dijawab dengan baik oleh ISMA.Kenyataan yang dikeluarkan oleh ISMA pada 18 APRIL 2009 telah menambat hati banyak pihak terutamanya mahasiswa - mahasiswi yang mempunyai pemikiran jauh dan rasional.PMRAM barangkali gusar keadaan tersebut mempengaruhi dan menyelubungi seluruh masyarakat mahasiswa Malaysia di Mesir.

Oleh yang demikian,PMRAM dan “team-team” mereka yang sinonim dengan gelaran “menang tanpa bertanding” itu,segera ke JPMK meluahkan rasa dan “cuba” mengawal mood sedia ada sehari selepas ISMA mengeluarkan kenyataan mereka iaitu pada 19 April 2009.

Saya syorkan para blogger sekalian membaca sendiri kenyataan rasmi ISMA melalui laman web rasmi mereka.Sebelum saya akhiri coretan kali ini,suka saya ingatkan,jangan ada sesiapa pula selepas ini buat spekulasi kononnya saya AHLI ISMA sepertimana saya dikatakan kononnya saya AHLI KELAB UMNO.Saya tidak wakili mana-mana pihak.SAYA BUKAN AHLI MANA-MANA PERSATUAN.

KENYATAAN RASMI ISMA (MESTI BACA) :

http://ismamesir.com/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=134:kenyataan-rasmi-penglibatan-isma-mesir-dalam-feksas-09&catid=54:setempat&Itemid=113

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

semakin membaca catatan anda,semakin saya menyampah dengan anda.saya merasa sedikit menyesal menjengah blog anda.tetapi malangnya,saya mungkin harus ke sini lagi untuk membacanya walaupun tanpa rela.bertaubatlah wahai anda yang suka MENGAMPU.tidak sesuai anda terus memakai sifat tercela itu.moga anda yang berpangkat JAYYID ini,rasional menerima komentar saya.sekian,terima kasih.

Ibnu Saif berkata...

SalamualaiKUm Bro... AIseemen Bro.. Ape hal... Gaduh Ngan PMRAM eh??

lepak laa bro... Dorg wat bnda baik je pun tu.. Bukan wat ape2 pon..

Jan laa takut sgt ngan Pmram tu.. lepak2 dah laa.. Kan..

bgus g men futsal ke.. ape ke.. men badminton ke.. lagi bagus... sihat pun sihat... peluh pun keluar..

xde laa tua2 nnti dpt mcm2 sakit kan.. xde diabetes.. high blood pressure.. organs failure ke.. ape ke... hihihihihi..

Oklah Bro... Chow... Singgah2 laa Blog Sia..

pemuda umno hari ni dah len dah bro... Sume gunakan fakta dan rasional dah.. x ikut2 cam dahulu kala.. Klah..

- Peace -

Tanpa Nama berkata...

inilah takdir allah buat hidup mu.. aku tidak hairan dgn mu tp .. kagi hairan andai akal mu hny untuk layak di letak bersama tempurung kelapa dibakar api

Tanpa Nama berkata...

Salam,al-akh jadi warden untuk pelajar arb kan...jaga elok-elok diorang semua.kita tak tahu apa disebalik diorang.saya dah kena kritik dah.wassalam