Ahad, 29 Ogos 2010

BUKAN ISLAM MASUK MASJID,ANTARA PRO DAN KONTRA


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Para Blogger yang saya hormati sekalian.

1.Saat ini,isu YB Teo Nie Ching yang menyampaikan ucapan dan sumbangan di sebuah surau di Malaysia,hangat diperkatakan.

2.Pada awalnya,saya enggan mengulas isu ini kerana ianya adalah isu politik semata.

3.Namun,apabila saya berbincang dengan beberapa orang rakan,nampaknya,isu ini sangat hangat diperkatakan oleh rakan-rakan mahasiswa kita di Mesir hingga terdapat budaya saling tuduh menuduh jahil antara satu sama yang lain.

4.Hakikatnya,saya melihat isu ini dari dua aspek.

5.Pertama,dari aspek hukum Islam.Persoalannya,apakah boleh seorang yang bukan Islam masuk ke masjid atau surau?

6.Kedua dari aspek kesucian rumah ibadah itu sendiri dari dinodai unsur-unsur luar.

7.Jika kita bercakap soal hukum,saya yakin dan percaya,semua dari kita telah pun mengetahui fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan yang membolehkan orang bukan Islam memasuki surau atau masjid dengan syarat-syarat yang ditentukan.

8.Bukan di Malaysia sahaja ada fatwa begitu,bahkan di Mesir juga terdapat fatwa yang sama cuma isu yang berbeza.

9.Prof Dr Ali Jum'ah,Mufti Republik Arab Mesir, pernah berfatwa berkenaan hukum pelancong yang bukan Islam memasuki masjid AL AZHAR.Beliau menegaskan bahawa orang bukan Islam boleh masuk ke dalam masjid AL AZHAR.

10.Beliau berfatwa dengan mengguna pakai mazhab SYAFIE.Ujar beliau, "Orang bukan Islam Islam boleh memasuki masjid bahkan dibenarkan hingga ke masjid nabawi (di Madinah)!! Sesungguhnya Rasulullah S.A.W mengadakan pertemuan dengan rombongan NAJRAN (untuk dialog akidah yang julu ng kalinya dalam sejarah Islam antara Rasulullah S.A.W bersama orang bukan Islam untuk menyeru masuk islam) di dalam Masjid (masjid nabawi)!! Nabi S.A.W Berdialog bersama mereka tentang apa yang diturunkan di dalam surah Ali Imran,juga di dalam masjid!! ".

11.Menurut mazhab syafie seperti yang tertera dalam kitab RAUDHATUT THALIBIN,karangan Imam Nawawi,bahawa orang bukan Islam dibenarkan masuk ke masjid dengan izin orang Islam kecuali masjidil haram.

12.Bukankah masyarakat kita di Malaysia sangat berpegang teguh dengan mazhab Syafie?

13.Berdasarkan hujah yang dikeutarakan oleh MUFTI MESIR,orang bukan Islam dibenarkan untuk memasuki masjid untuk tujuan dakwah dan tidak lebih dari itu.Demikianlah apa yang berlaku di Mesir apabila pelancong bukan islam dibawa masuk ke masjid AL AZHAR,masjid MUHAMMAD ALI dan masjid AMRU BIN AL 'AS adalah untuk tujuan dakwah dengan memperlihatkan bagaimana umat Islam beribadah,sejarah tempat ibadah umat Islam yang bukan hanya tempat ibadah semata-mata bahkan pusat perkembangan tamadun masyarakat Islam dengan penyebaran ilmu berpusat di masjid.

14.Berbalik kepada isu YB Teo Nie Ching,dari segi hukum adalah TIDAK SALAH untuk orang bukan Islam masuk ke masjid atau surau.Cara berpakaian beliau, saya rasa ianya agak sopan bagi seorang yang bukan Islam.Akan tetapi,alangkah baiknya agar orang Islam yang membawa masuk YB berkenaan memakaikan sikit tudung tanda hormat seperti yang dilakukan di masjid AL AZHAR.

15.Maka,dari segi hukum,tiada apa yang boleh dipertikaikan oleh kita umat Islam.Mengapa perlu dipertikaikan isu ini? Jelas dan tersuluh,ianya tidak bercanggah dengan hukum yang ada di dalam Islam dan seperkara lagi,isu ini adalah isu yang menjadi topik perbahasan para ulama. Cukuplah kita memakai pendapat mazhab syafie dalam hal ini.

16.Suka saya nyatakan disini,pendapat yang membenarkan itu mempunyai MAQASID atau OBJEKTIFnya iaitu DAKWAH dan memperkenalkan Islam kepada bukan Islam.Ianya bukan tujuan POLITIK kepartian semata-mata yang mempunyai tujuan tertentu.

17.Namun,apa yang dirisaukan dan sedang berlaku adalah unsur-unsur luar yang terdapat disebalik apa yang kita lihat.

18.Adakah tujuan orang Islam membawa masuk YB berkenaan ke surau berkenaan atas faktor dakwah? Jika atas faktor dakwah,apakah YB berkenaan menyaksikan umat Islam bersolat dan diterangkan kepada beliau cara-cara umat Islam bersolat yang berbeza dengan amalan sembahyang agama YB berkenaan serta diterangkan serba sedikit berkaitan akidah kita umat Islam dari segi perhambaan terhadap ALLAH S.W.T?

19.Atau tujuan orang Islam membawa masuk YB berkenaan atas faktor politik kepartian semata? Untuk memastikan umat Islam bersedia menyokong parti DAP yang diragui kerjasamanya terhadap orang Islam,menghilangkan pra sangka pengundi umat Islam dan seterusnya tidak ragu-ragu memberikan undi terhadap calon DAP,maka,antara cara politiknya adalah membawa YB berkenaan ke dalam surau!! Dengan harapan,Orang Islam akan lebih percaya bahawa DAP kononnya telah mula boleh bertoleransi dengan Islam dan orang Islam akan sanggup memejam mata atas kata-kata dan tindakan-tindakan pemimpin DAP terhadap sensitiviti umat Islam sebelum ini.

20.Jika ada yang menafikan bahawa ianya bukan tujuan tersebut yang dilihat politik dan untuk survival DAP semata-mata,izinkan saya bertanya,mengapa orang Islam tersebut tidak mencadangkan YB berkenaan memberikan ucapan di perkarangan "luar" surau berkenaan sahaja? bukankah itu lebih manis?

21.Bukahkah DAP adalah antara parti pemerintah di negeri Selangor bersama-sama parti orang Islam yang lain mempunyai kuasa untuk menggunakan mana-mana premis lain yang lebih sesuai dan jauh dari kontroversi? Tiadakah dewan-dewan orang ramai yang berdekatan atau padang dan stadium berdekatan? Bukankah prasarana lain lebih sesuai digunakan untuk tujuan PENYAMPAIAN SUMBANGAN dan UCAPAN YB TERSEBUT!!

2 ulasan:

Abu Ubaidah berkata...

salam.

mengapa apabila calon DAP hanya menggunakan title mahu menyampaikan sumbangan kepada surau. isu ini dipolitikkan. apa niat disebaliknya hanya Allah yang tahu. kita hukum secara zahir sahaja (saya yakin saudara lebih arif)

tetapi , mengapa apabila semasa kempen pilihanraya DUN Hulu Selangor baru-baru ini. UMNO Barisan Nasional secara terang-terangan membuat banner (mempromosi) mengajak orang ke masjid untuk membacakan tahlil dan berdoa untuk kemenangan calon BN Barisan Nasional yang berketurunan hindu. mengapa isu ini tiada ulama-ulama umno dan saudara tidak bersuara.


saya merasakan isu ini sudah menjadi rahsia umum. jadi tidak perlu saya lampirkan bukti-bukti media. tapi jika mahu juga, sila nyatakan, saya akan tunjukkkan bukti (dengan syarat mesti approve comment bukti saya itu nanti)

harap boleh jawab persoalan ini.

syurkan.

Unknown berkata...

isu ini sengaja dipolitikkan untuk survival umno yang mendakwa merekalah juara dalam memperjuangkan bangsa dan agama..kita sangat prejudis pada bangsa lain sedangkan dikalangan pimpinan negara kita yang berbangsa melayu sendiri mempersendakan agama..mereka tidak ubah seperti meludah ke langit..syukran.