Ahad, 22 Mac 2009

HUKUM PEMINDAHAN ORGAN DENGAN TANPA IZIN TERHADAP BANDUAN AKHIR



Assalamualaikum,

Para Blogger yang dihormati sekalian,

Ilmu fekah sentiasa berkembang seiring dengan peredaran zaman.Setiap apa yang berlaku di sekitar kita tidak terlepas dari perhatian Islam yang sememangnya disyariatkan untuk menyelesaikan masalah manusia dan memandu manusia ke jalan kebenaran.Ulama pula berfungsi sebagai golongan yang sentiasa memberikan penjelasan dan perantara untuk menyelesaikan masalah umat sesuai dengan kewibawaan dan ilmu mereka.Isu yang berlaku di Mesir baru-baru ini amat menarik untuk saya ulas kali ini berdasarkan pembacaan akhbar harian di Mesir yang menjadi bacaan saya.

KEPUTUSAN MAHKAMAH KAFR EL SYEIKH

Salah sebuah mahkamah jenayah di Mesir,di bandar Kafr El Syeikh telah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap sepuluh penjenayah yang didapati bersalah menculik dan merogol seorang wanita secara bergilir-gilir dengan ancaman bersenjata.

Akhbar Al Ahram melaporkan,mahkamah tersebut telah mencatatkan satu detik bersejarah dimana sebelum ini,tiada satu pun kes hukuman mati dijatuhkan oleh mahkamah berkenaan.

Dalam satu kejadian pada bulan Januari tahun 2006,seorang wanita yang merupakan isteri seorang suami telah diculik oleh sekumpulan lelaki dan dilarikan dengan menggunakan sebuah van pengangkutan awam (makrobus).

Punca kejadian dipercayai adalah kerana suami wanita berkenaan pernah menolak pinangan salah seorang tertuduh untuk mengahwini adik perempuannya.Akibat dendam yang terbuku di hati tertuduh mendorongnya bersama rakan-rakan yang lain untuk membalas dendam dengan menculik dan merogol isteri lelaki berkenaan bahkan semasa dirogol secara bergilir-gilir,lelaki yang merupakan tertuduh utama telah menghubungi suami mangsa untuk datang ke tempat kejadian dan melihat sendiri adegan rogol secara bergilir-gilir tersebut.

Walau bagaimana pun,pihak keselamatan Mesir berjaya mengepung dan menangkap mereka setelah berbalas tembakan.Setelah lebih tiga tahun tragedi berkenaan,pada 4 Mac 2009,setelah mendapat persetujuan dari MUFTI NEGARA REPUBLIK ARAB MESIR,mahkamah jenayah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati keatas semua tertuduh dan mereka didapati bersalah atas tuduhan menculik dan merogol secara bergilir dengan ancaman bersenjata.


SYEIKH Al AZHAR KELUAR FATWA

Al Azhar adalah merupakan sebuah institusi yang menjaga kesucian Islam dan kemaslahatan umat Islam dan peranannya tidak terbatas di Mesir, bahkan di seluruh dunia.Justeru,keputusan yang telah dibuat oleh mahkamah jenayah tersebut mendapat perhatian ulama Mesir yang memegang jawatan tertinggi dalam institusi Al Azhar sebagai Syeikh Al Azhar.

Al Imam Al Akbar,Dr Muhammad Said Tantawi,Syeikhul Azhar telah mengeluarkan fatwa bahawa organ pesalah yang dijatuhi hukuman mati kerana jenayah bunuh dengan sengaja dan cabul kehormatan,boleh dimanfaatkan secara perubatan seperti pemindahan organ atau replantasi (menanam semula) anggota badan kepada orang lain tanpa disyaratkan mendapat persetujuan dari mereka seperti kebiasaannya.

Akhbar Al Ahram menyiarkan fatwa tersebut pada 12 Mac yang lalu beberapa hari setelah hukuman dijatuhkan oleh mahkamah.Walau bagaimana pun,beliau menegaskan bahawa jual beli terhadap organ dalaman dan anggota tubuh badan manusia adalah HARAM walau dalam apa keadaan sekali pun.

Menurut Syeikh Al Azhar lagi,pesalah yang dijatuhi hukuman mati tidak mempunyai hak (wilayah) yang diiktiraf dalam Islam terhadap dirinya.Pemindahan organ yang dilakukan tersebut adalah kerana untuk menyelamatkan nyawa pesakit dengan tanpa sebarang pampasan atau persetujuan dari ahli keluarga mereka.

Perkara tersebut diulas oleh beliau dalam persidangan ke 13 Akademi Pengkajian Islam yang diadakan bagi membincangkan isu pemindahan organ dan replantasi (menanam semula) anggota badan.Antara mereka yang hadir dan mengambil bahagian adalah Prof Dr Yusof Al Qardhawi,presiden kesatuan ulama sedunia,Prof Dr Nasir Farid Wasil,bekas Mufti Mesir,Dr Hamdi Zakzuk,Menteri Wakaf Mesir dan Prof Dr Ahmad Taib,bekas pemangku Mufti Mesir dan Rektor Universiti Al Azhar Al Syarif.

Persidangan tersebut telah memutuskan bahawa menderma organ,memindahnya dan replantasi (menanam semula) anggota badan kepada orang lain adalah HARUS disisi syarak dengan menjaga beberapa prinsip tertentu.

Organ yang hendak dipindahkan adalah organ yang tidak membahayakan nyawa pemberi atau penderma seperti jantung.Ianya adalah merupakan antara prinsip yang perlu dijaga dalam pemindahan organ.

Selain itu,tujuan utama berbuat demikian adalah kerana keadaan yang terdesak (darurat) atau kerana keperluan rawatan yang menjadikan ianya keperluan yang teramat sangat.Ianya berdasarkan kaedah fekah yang berbunyi “Darurat (keadaan yang terdesak) membolehkan perkara yang terlarang” dan kaedah fekah yang berbunyi “kehendak (hajat) terhadap sesuatu menduduki tempat keperluan (darurat)”.

Justeru,Islam amat menganjurkan umatnya bersikap tolong menolong sesama muslim dan berkorban untuk saudara seagama.Namun haruslah dipastikan bahawa penderma yang masih hidup yang mahu mendermakan organnya tidak menghadapi sebarang risiko yang boleh membahayakan dirinya sendiri terhadap tindakannya itu.Perkara tersebut hendaklah disahkan oleh para doktor perubatan yang diiktiraf.Ini adalah kerana memastikan tubuh badan terus dalam keadaan sihat dan menjaga maslahah diri seseorang itu lebih utama dan merupakan salah satu dari makasid syariah (tujuan atau maksud pensyariatan Islam) yang harus dijaga oleh setiap individu.

Pendermaan organ ini haruslah mendapat izin dari individu terbabit atau telah diwasiatkan oleh penderma jika yang mendermakan organ tersebut telah meninggal dunia,melainkan dalam kes pesalah hukuman gantung sampai mati seperti mana yang telah dinyatakan sebelum ini.

Jika yang meniggal dunia itu kanak-kanak atau mereka yang belum sampai umur akil baligh, ibu bapa atau penjaga hendaklah memberikan keizinan terlebih dahulu.Seorang yang meninggal dunia dan identitinya tidak diketahui setelah dilakukan proses yang berkaitan,maka,hakim boleh memberikan keizinan.

KESIMPULAN

Di Negara kita,hukuman gantung sampai mati kebiasaanya yang dipaparkan oleh akhbar adalah terhadap penjenayah yang terbabit dalam kes bunuh dan pengedaran dadah.Jika dalam kes bunuh,jelas,ianya juga selari dengan fatwa yang dikeluarkan oleh Syeikh Al Azhar.namun, bagaimana agaknya dengan kes penjenayah yang mati ditali gantung akibat pengedaran dadah?

Kempen menderma organ seringkali kelihatan di kaca televisyen di malaysia.Namun adalah diharapkan prinsip-prinsip dalam proses berkenaan hendaklah dipelihara dan dipastikan ianya dipatuhi sesuai dengan persidangan ke 13 akademi pengkajian Islam Al Azhar.Bukan sahaja di Mesir,di Malaysia dan dimana sahaja Negara umat Islam,prinsip yang diputuskan oleh persidangan tersebut amat sesuai untuk diguna pakai.Kredebiliti ahli-ahli persidangan yang bertaraf antarabangsa dan mempunyai sandaran akademik yang jelas juga jasa mereka di peringkat antarabangsa dalam menyelesaikan sebahagian isu umat Islam seluruh dunia harus dihargai bersama.

Selasa, 10 Mac 2009

BAHASA JIWA BANGSA




Assalamualaikum,

Para Blogger sekalian,

Peghujung tahun 2007,YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah membuat kunjungan ke Mesir. Selain bertemu pimpinan Negara Republik Arab Mesir,beliau bertemu mahasiswa Malaysia yang sedang menuntut di pelbagai Universiti di sini.

Dalam perjumpaan tersebut,saya telah mengutarakan beberapa soalan,antaranya isu PPSMI,proses pengajaran sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris.YAB Perdana Menteri telah memberi jaminan bahawa isu tersebut akan beliau selesaikan dan kajian sedang dilaksanakan.

Saya telah menyatakan kepada beliau,betapa bahasa ibunda harus dimartabatkan sebagai bahasa penghantar utama dalam dua matapelajaran tersebut selain bahasa ilmu yang lain.Secara peribadi saya tidak setuju dengan PPSMI kerana orang yang datang dari keluarga yang berpendapatan sederhana seperti saya telah merasai susahnya untuk menguasai bahasa kedua tersebut.

Walaupun datang dari Bandar,namun,jika ingin menguasai bahasa tersebut seawal di peringkat sekolah rendah dan menengah, setelah selesai proses pengajian di sekolah,pelajar harus mendapat pengajian susulan seperti tuisyen jika ibu dan bapa tidak mampu mengajar subjek tersebut kepada anak mereka.Cemburu saya melihat rakan-rakan sekelas berbahasa Inggeris dan dapat mengikuti kelas tuisyen di sekitar Bandar Batu Pahat.Saya dari keluarga yang berpendapatan sederhana.Tidak mampu ke kelas tuisyen walaupun minat ke sana.Guru yang mengajar subjek penting berkenaan adalah berbangsa cina.Aduss….pening saya…dari awal hingga akhir waktu beliau berbahasa Inggeris dan saya tak faham sepenuhnya.Latihan,saya buat.karangan,Masyaallah,saya tak reti.Di Kelas,pasti saya dihukum.Namun,saya menjerit dalam hati kecil… “Cikgu…saya tak faham apa yang cikgu ajar!!!!!”

Kamus,ohh…saya pinjam dari kawan saya.Tapi hanya di sekolah,bila pulang ke rumah,takut minta ibu bapa (angkat) duit untuk beli kamus,jauh sekali untuk minta hantar ke pusat tuisyen.Alangkan duit sekolah,kadang-kadang tak dapat,kalau dapat pun,adalah barang 50 sen yang hanya boleh saya beli air sirap di kantin.Itulah sebahagian cerita “sederhana”nya hidup orang yang menumpang kasih.Kenangan di sekolah menengah Kebangsaan Dato’ Bentara Luar (1993-1996) tidak pernah saya lupakan.

Hari ini,bermula tahun 2003,matapelajaran Sains dan Matematik,diajar dalam bahasa kedua itu.Saya tidak dapat bayangkan pelajar yang senasib seperti saya hari itu di waktu ini,bagaimana mereka? Itu di Bandar.Jika di pedalaman dan di luar Bandar? Saya yakin,ada ramai mereka senasib dan barang kali lebih teruk dari saya.

Tahun 2008,saya pulang ke Malaysia sebagai graduan dan bertugas sebagai guru KGSK di dua buah sekolah Rendah,Sekolah Kebangsaan Tengku Mariam dan Sekolah Kebangsaan Montfort di Batu Pahat.

Semasa di sekolah Tengku Mariam,saya dekati guru-guru sains dan Matematik.ada yang pro,banyak yang kontra.Namun,sebagai guru,kita adalah pelaksana dasar dan jika keberatan sekali pun,kita teruskan juga menjalankan amanah yang besar ini demi anak bangsa.Kebanyakkan guru berpendapat,pengajaran subjek Bahasa Inggeris sepatutnya diperbaiki dan diperkasa dengan teknik yang berkesan dan pendekatan yang menarik dan bukan dengan menjadikan subjek matematik dan sains diajar dalam bahasa inggeris.Itu pendapat mereka,saya hanya berkongsi dan bertukar pendapat bersama mereka.

Di Sekolah Montfort pula,saya melihat suasana yang sama.Namun,gelagat seorang guru yang bernama cikgu Kambali begitu mencuit hati saya.Agak berumur,sekitar 50 an.Guru lama yang hampir bersara. Guru muzik ini,berbadan kecil tapi agak besar semangatnya.Saya selalu dengar bunyi keyboard yang beliau mainkan.

Sesekali,saya datang ke bilik beliau untuk belajar bermain alat berkenaan.Namun setelah saya dapati diri ini agak sukar untuk mengingati not-not yang diajarkan,saya mula rasa bosan untuk belajar.

Satu hari,cikgu Kambali diminta oleh guru penolong kanan (GPK) untuk memainkan lagu “bahasa jiwa bangsa” sebagai pengisian dalam satu persembahan yang bakal diadakan.Beliau diminta untuk membantu persembahan tersebut.Namun,dengan berani,beliau menolak.

Saya sempat menyaksikan aksi beliau menolak tawaran tersebut dengan berhujah.Namun,sebagai guru ganti,tak wajar untuk saya masuk campur.Peristiwa itu saya saksikan di hadapan bilik guru.Satu hari yang lain,saya tanya beliau,mengapa beliau berani tolak tawaran berkenaan dan arahan tersebut adalah dari GPK? Beliau dengan bersahaja menjawab lagu tersebut kurang sesuai dinyanyikan sekarang kerana “bahasa jiwa bangsa” tidak lagi dijiwai.Alasan beliau,lihat sahaja sains dan matemaik,adakah benar bahasa jiwa bangsa.Keras benar cikgu Kambali ini.

Satu sahaja soalan yang saya tidak Tanya kepada beliau saat itu, cikgu sokong KERAJAAN atau PEMBANGKANG? Bagi saya kita tidak harus berprasangka dan tidak semestinya yang tidak setuju itu dari penyokong pembangkang dan begitu juga sebaliknya.

Sahabat blogger sekalian,Sebagai mahasiswa kita boleh berfikir secara kreatif dan kritis tapi tidak harus mengikut acuan pembangkang dalam mengutarakan sesuatu yang tidak disetujui.Antaranya,budaya salah menyalahkan orang lain dan maki sana,hamun sini.Jika benar kita tidak sependapat,bersuara dengan acuan tersendiri dengan sopan dan santun.Saya yakin,kita dihormati.

Sahabat-sahabat mahasiswa – mahasiswi sekalian,ayuh,fikir-fikirkan….

Selasa, 3 Mac 2009

CERAMAH POLITIK MEMBENCI LEBIH MENDAPAT TEMPAT DI HATI MAHASISWA !!!!

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Para Blogger sekalian,

Telah menjadi rutin umat Islam saban tahun,bulan rabiul awal,diadakan majlis memperingati ulang tahun kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.Majlis ceramah agama,marhaban,membaca burdah,berzanji antara pengisian penting sambutan.Maulidurrasul disambut dengan penuh meriah dengan pelbagai cara yang berbeza di seluruh dunia Islam.

Semasa di tahun pertama pengajian saya di Universiti Al Azhar,saya melihat kedai-kedai yang menjual manisan mendirikan khemah dan pelbagai manisan diperagakan dengan bentuk yang cukup menarik.

Hati ini bertanya,apakah gerangannya kedai-kedai ini membuat kelainan? Apakah itu tanda musim sambutan kemerdekaan Negara Mesir atau ada satu sambutan perayaan tertentu.Di Mesir kemerdekaan bagi mereka adalah kemenangan menawan semula semenanjung Sinai dan turunnya Raja Faruk dari takhta pemerintahan.Saat itu,tarikh ulang tahun memperingati kedua-dua peristiwa tersebut belum sampai.Nah,apakah sebenarnya yang berlaku?

Rupa-rupanya,setiap bulan rabiul awal,pasti kedai-kedai manisan ini dihiaskan dengan pelbagai hiasan manisan yang menarik untuk dijual kepada pelanggan untuk dijadikan hadiah kepada sesama masyarakat Arab Mesir tanda melahirkan kegembiraan mereka terhadap sambutan ulang tahun kelahiran Nabi Muhammad S.A.W.

Kagum saya melihat betapa masyarakat arab Mesir ini menyambut maulidurrasul sehingga menjadi satu budaya sesama mereka.Jangan lupa,memberikan “manisan” adalah tanda masyarakat arab bergembira terhadap sesuatu.

Bulan MAC tahun lepas,kita sibuk membicarakan isu politik tanah air.Apa tidaknya, pilihanraya ke 12 berlangsung di Malaysia waktu itu.Ingat lagikah kita tarikh 8 Mac 2008? Yer…satu tarikh yang menggembirakan sebahagian pihak dan tidak kurang juga mendukacitakan sebahagian yang lain.

Bagi mahasiswa Malaysia di Mesir,ingat lagikah anda dua minggu selepas tarikh tersebut? Kedatangan USTAZ TUAN IBRAHIM TUAN MAN.Dataran hayyu asyir menjadi saksi perhimpunan mahasiswa Mesir untuk mendengar ucapan semangat MAULIDURRASUL yang akan di sampaikan oleh tokoh berkenaan.

Saya sendiri hadir pada ketika itu.Agak malang,majlis tersebut bertukar menjadi medan politik membenci.kepada Ustaz Tuan Ibrahim,manakah 16 September yang anda canangkan dahulu? Sempena maulidurrasul,dengan menggunakan nama semangat maulidurrasul pentas agama di rosakkan dengan politik adu domba dan memecahkan perpaduan mahasiswa yang sememangnya sudah berpecah dan malam itu semboyan perpecahan yang lebih ketara dilaungkan lagi.Betambah parahlah nasib mahasiswa Malaysia di Mesir.

Setelah hampir setahun berlalu,dataran hayyu asyir menjadi saksi sekali lagi pertemuan untuk majlis sambutan maulidurrasul.Namun,kali ini,penceramahnya adalah merupakan tokoh pendidik dan bukan orang politik yang menusukkan jarum kebencian.

Kagum saya mendengar cermah yang disampaikan oleh para penceramah.Syeikh Dr Yusri memberikan input yang sungguh bermakna kepada hadirin.Beliau memberikan penghayatan maulidurrasul dari aspek kerohanian.Sangkaan saya,beliau pensyarah atau professor kanan di fakulti pengajian Islam di Al Azhar,rupa-rupanya beliau seorang DOKTOR PERUBATAN yang telah mendalami ilmu agama dengan bersanad.

Amat mendukacitakan,apabila saya dapati,bilangan hadirin yang hadir tidak seramai ceramah politik.Permaidani yang dihampar,muat diduduki oleh mahasiswa-mahaisiswi .Hanya ada segelintir di restoran selangor dan beberapa orang termasuk saya berdiri di sudut belakang hadirin.

Jika ceramah politik,pasti,dataran hayyu asyir penuh di segenap ruang.Penceramah pula bukan berceramah diatas dataran, bahkan ruang legar ASRAMA KEDAH,menjadi pentas penceramah.Melimpah ruah hadirin yang hadir memenuhi ruang sampai yang berdiri dibelakang pun ber “saf-saf”.

Majlis ceramah maulidurrasul kali ini jauh berbeza.Iklan pula,diiklankan secara langsung melalui www.pmram.org dan tiada downline-downline bergerak secara senyap.Semua secara terang-terangan dari segenap lapisan pimpinan persatuan.Dimanakah van-van yang biasanya tersadai semasa ceramah politik? Kemanakah bilangan hadirin yang berduyun-duyun itu? Kemanakah hujjah “nak dengar Islam” dan “nak dengar dakwah islamiah”? Barangkali penceramah PAS jauh lebih ISLAM dan HEBAT berbanding orang lain di mata mereka.Inilah namanya TAKSUB!!!

Terang lagi tersuluh,mahasiswa Malaysia di Mesir lebih meminati ceramah politik berbanding ceramah agama.Tahniah parti PAS!!! Agenda anda untuk merosakkan golongan agamawan dari Mesir telah berjaya.Tidak hairanlah jika hari ini lepasan Al Azhar lesu dan longlai.Mereka tenggelam di arus melinium ini.Dimanakah lepasan tahun 90 an? Jauh lebih hebat lepasan Al Azhar era 60 an bahkan 80 an juga tidak kurangnya.

Ayuh mahasiswa Malaysia di Mesir,sedarlah dan insaflah akan keberadaan kita di Mesir.Menuntut ilmu adalah tanggungjawab kita bukan memenuhi ruang politik membenci.Kembalikan kegemilangan kita.Pecahkan tembok ketaksuban terhadap mana-mana parti dan kumpulan.Sering saya ulang,bersama-sama kita hayati metod kederhanaan Islam yang diajarkan oleh Al Azhar kepada kita.

Bersuara untuk perubahan.Belum terlambat untuk sedar.Berubahlah……sekarang adalah masa untuk melaungkan perubahan.Seluruh mahasiswa harus membawa angin perubahan jika ingin melihat kegemilangan kita berulang kembali.Sesungguhnya,tugas dan tanggungjawab kita di MALAYSIA cukup berat.Cabaran besar menanti kita.Segala-galanya harus bermula dengan PERUBAHAN!!!!

Sabtu, 21 Februari 2009

INSTITUSI ULAMA DIHINA

Ulama adalah merupakan pewaris para nabi.Ulama meneruskan usaha-usaha yang telah dilakukan oleh nabi Muhammad S.A.W sebagai penyeru kepada umat manusia,menyuruh melakukan kebaikan dan mencegah dari melakukan perkara terlarang.Tugas DA’I dan MUNZIR adalah dua tugas utama seorang ulama.

Kadang-kadang tugas ulama disalah anggap oleh sebahagian pihak.Dari dahulu hingga sekarang,tugas ulama yang menegur sesetengah pihak disalah anggap malah pernah seorang ulama yang difitnah hingga hampir dipancung.Imam Syafie R.A sendiri pernah ditohmah dengan beberapa tohmahan hingga beliau ditangkap dan hampir dijatuhi hukuman pancung di zaman khalifah ABBASIAH.Namun,kecerdikan ulama tersohor ini melepaskan beliau dari fitnah itu.

Hari ini,kita menyaksikan satu fenomena kurang sihat di Malaysia di mana Parti yang dikatakan menjadikan ISLAM sebagai dasar,bahkan tertera perkataan ISLAM sebagai nama parti tersebut mengundang pelbagai tafsiran terhadap ulama.

Selalu saya terdengar,si fulan,ulama UMNO,si fulan ulama PAS.Nasib baik tiada ulama DAP dan PKR.Menyokong mana-mana parti tidak salah.Pro mana-mana parti itu dibenarkan.Namun,kesilapannya adalah melebalkan ulama-ulama tertentu dengan mana-mana pihak supaya dibenci adalah salah.Jika yang bercakap sesuatu isu itu ulama yang dilabelkan ulama UMNO,orang PAS enggan untuk mendengar hujjah ulama berkenaan, begitu juga disebaliknya.

Mengapa ini terjadi? Jawabannya adalah persepsi yang diletakkan oleh sesetengah pihak supaya memenangkan kumpulan tertentu.Ini salah.Inilah faktor utama timbulnya fitnah dalam sejarah ISLAM.Maka timbullah SYIAH,KHAWARIJ dan sebagainya.Ketaksuban terhadap golongan dan kumpulan tertentu adalah membahayakan.Tolong jangan labelkan ulama dengan mana-mana pihak!!!!

Dalam isu pergolakan politik di Perak,PAS telah bertindak menghina mufti Perak dan Wilayah walaupun hujah yang dikeluarkan oleh mereka berdua adalah bersandarkan kepada dalil syarak yang disepakati.

Inilah kegagalan lepasan Al Azhar membawa mesej KESEDERHANAAN Islam yang dibawa oleh Al Azhar.Setahun beratus-ratus graduan yang keluar dari Al Azhar.Namun, dek kerana pembawakan kumpulan tertentu sahaja yang menjadi ikutan,kuliah di Universiti nombor kedua,aktiviti kumpulan tertentu yang pro kepada sesuatu pihak menjadi keutamaan,akhirnya,graduan Al Azhar gagal membawa mesej WASATIAH ISLAM yang diajar oleh Al Azhar.

Persoalan saya,sampai bila fenomena ini akan berterusan??

Ahad, 15 Februari 2009

CUTI SEMESTER SUDAH HABIS!!!!

Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh,

Para blogger sekalian,

Semua institut pengajian tinggi Mesir yang diiktiraf dibawah Kementerian Pengajian Tinggi Mesir akan memulakan sesi pengajian semester kedua,sesi 2008/2009 bermula pada 14 Febrauri 2009 hari Sabtu.

Teringat saya semasa menuntut di Al Azhar peringkat BACHELOR dahulu,setiap awal semester kedua,saya pasti akan hadir untuk mengambil jadual pengajian.Berjumpa dengan sebahagian pensyarah di pejabat mereka disamping bergurau senda dengan AMMU AHMAD penjual kitab di bangunan fakulti syariah sambil bertanya apakah kitab atau buku rujukan yang bakal keluar awal.

Rakan-rakan Mesir dan Indonesia antara teman akrab justeru mereka tiada sebarang sentiment kepartian dan persepsi terhadap sokongan mana-mana parti.Bagi mereka,namanya MAHASISWA itu,sama.Tiada bezanya.Kita golongan penunut ilmu yang harus mengutamakan ilmu.Walaupun kebanyakkan pensyarah masih tidak memulakan sesi kuliah,namun,itulah masanya kami berkenalan antara rakan-rakan dari pelbagai Negara.

Sepanjang cuti musim sejuk kali ini (30 Januari hingga 13 Febraurai),saya habiskannya dengan menyelesaikan sebahagian assignment dan berehat menjauhkan diri seketika dari kota Cairo yang penuh dengan kesesakan dan bising dengan hon kereta.Destinasi pilihan saya kali ini adalah Semenanjung Sinai.

Perjalanan ke selatan Sinai mengambil masa lebih kurang 8 jam.Perjalanan kami harus melalui terusan suez yang merupakan terusan terpanjang di dunia.Minum teh panas dan solat subuh di sana.Destinasi pertama saya ialah Taba,singgah ke kubu Sultan Salahuddin Al Ayyubi dan di sana saya melihat kesan-kesan tinggalan di teluk Firaun tersebut.Di puncak kubu,kita boleh melihat sempadan tiga buah Negara,Israel,Jordan dan Arab Saudi.

Semenanjung Sinai adalah merupakan kawasan ASIA Mesir.Dari segi geografi,Mesir terbahagi kepada dua bahagian,AFRIKA dan ASIA.Semenanjung Sinai pernah ditawan oleh Israel satu ketika dahulu.Terusan Suez adalah antara punca utama pendapatan Republik Arab Mesir.Terusan ini adalah merupakan satu-satunya pintu masuk perdagangan ke Negara-negara arab.

Sepatutnya,sudah lama Negara ini kaya.Bayangkan,jika cukai sebuah kapal yang lalu adalah sebanyak USD 1 Juta,jika sehari 100 kapal? Berapa yer? Namun,bukan mudah untuk menghitung kekayaan ini dengan populasi rakyatnya yang berjumlah lebih 70 juta!! erm..siapa saya untuk bercakap panjang lebar tentang hal ini.Saya bukan pakar ekonomi yang layak bercakap soal ini.

Cuti telah selesai.Dua minggu itu amat mencukupi untuk diisi dengan pelbagai aktiviti yang menarik.14 Februari kita harus berada di kuliah.Jangan beri alasan ketiadaan pensyarah untuk kita tidak menghadirkan diri.Inilah peluang untuk berkenalan dengan lebih dekat bersama para pensyarah dan rakan tempatan.

Apa pun,ayuh kita ke kuliah!!! Bangunlah dari mimpi-mimpi.Tinggalkan apa yang tidak perlu.Saya kesal,kerana ketika ini,masih ada persatuan yang giat menjalankan aktiviti-aktivitinya terutama melancong ke semenanjung Sinai dan sukan.Tidak cukupkah waktu cuti semester selama dua minggu untuk kita habiskan??Dikhabarkan,piala presiden PMRAM akan diadakan hujung bulan Februari.Di manakah sensitiviti mahasiswa kita terhadap kuliah? Tahniah rumah negeri Sembilan.Tuan Haji Malik Kahar telah berjaya merubah minda mahasiswa negeri sembilan di Mesir.Sebab itu program ke Sinai diadakan pada musim cuti dan bukan musim kuliah.Maklumat dari Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah jelas menyatakan bahawa purata kelulusan mahasiswa negeri sembilan meningkat sejak beliau dilantik menjawat jawatan pegawai kebajikan pelajar negeri sembilan.Apa khabar negeri-negeri lain? Rumah-rumah negeri memerlukan pegawai seperti pegawai kebajikan negeri sembilan.Barulah mahasiswa Malaysia boleh berbangga dengan akademiknya bukan persatuannya.

Sahabat dari Negara jiran,selatan Thailand selalu memuji keamanan Malaysia.Mahasiswa Indonesia selalu memuji kepimpinan Negara kita Malaysia yang bijak menguruskan ekonomi.Ada sebahagian mereka disara oleh “kakak-kakak” (abang-abang) mereka yang sedang bekerja membanting tulang menumpang limpahan rezeki di Malaysia.

Sayu hati saya mendengar cerita dari rakan-rakan selatan Thailand bagaimana ahli keluarga mereka di bunuh oleh polis atau tentera rahsia Thailand.menurut mereka, bermula jam 9 malam,tiada siapa boleh keluar ke mana-mana,jika mereka melanggar arahan tersebut,nantikan sahaja peluru yang akan menembusi kepala.Ada yang ditembak di depan ahli keluarga!!! Zalim!!

Apa khabar rakyat Malaysia di Mesir? Siapa peduli keamanan dan kemakmuran kita?? Rakan-rakan Thailand,Indonesia,Philipina,sibuk berbangga dengan kita,kita berpecah sesama sendiri, terlalu ikut trend berpolitik ala PAS yang membenci tak tentu hala.

Saat ini,Perak sedang mengalami perubahan politik.Saya tidak akan ulas isu tersebut.saya serahkan isu ini kepada mereka yang bijak pandai dalam politik di Malaysia untuk membincangkannya.Saya tidak berminat meniru gaya sebahagian mahasiswa di Mesir yang bercakap dan mengulas isu ini seolah-olah mereka adalah ahli politik.Pada hal,Perlembagaan Malaysia,langsung mereka tidak tahu isi kandungannya.Pengajian entah ke mana,blog sahaja yang meriah.

Semester kedua ini,perlu disedari dengan seadanya.Jangan lupa,kita mahasiswa bukan ahli politik.Ilmu bakal kita bawa pulang ke Negara dan tarbiah ummah harus menjadi agenda kita.Jika kita alpa terhadap misi dan visi utama kita,apakah kita mampu menongkah arus perdana kelak?

Tepuk dada Tanya iman…..

Selasa, 10 Februari 2009

PAS lancar program mem"PAS"kan mahasiswa-mahasiswa dan Graduan Al Azhar, Mesir ( ULASAN SIRI AKHIR ).



Dalam menghadapi survival politik dan pembangunan Negara,golongan muda adalah generasi yang amat diperlukan dan menjadi tulang belakang Negara. Oleh sebab yang demikian,sebuah Negara yang maju,perancangan pendidikan untuk generasi muda amat penting bagi memastikan pewaris generasi hari ini lebih bersedia dan melakukan sesuatu yang lebih baik dari apa yang sedia ada.

AL AZHAR DAN DASAR KESEDERHANAANNYA
Institusi pendidikan harus bebas dari sebarang pengaruh luar yang boleh membantutkan proses pendidikan.Ini adalah kerana peranan utama institusi tersebut adalah sebagai sebuah kilang yang bakal melahirkan produk-produk yang boleh dimanfaatkan oleh masyarakat awam kelak apabila tamat pengajian.

Justeru,ilmu adalah bekalan yang paling berharga sebelum seseorang itu mencampakkan dirinya dalam lautan masyarakat.Tanpa ilmu,proses ketamadunan sesebuah masyarakat itu akan terbantut.Para ulama,para pemimpin,ahli politik,hakim dan peguam semuanya bermula dengan alam pendidikan. Seharusnya proses pendidikan itu,tidak diganggu dengan sebarang usaha yang boleh merosakkan dan unit-unit yang terlibat harus memahami dengan penuh keinsafan tanggungjawab besar yang sedang dipikul oleh mereka.

Universiti Al Azhar adalah merupakan sebuah institusi pendidikan tertua di dunia yang terletak di sebuah tempat yang paling bersejarah,tempat bermulanya tamadun manusia,tersimpan di buminya sejarah lampau yang amat berharga.Sejarah dan tinggalan sebahagian Nabi Allah seperti nabi Musa,Nabi Soleh,Nabi Yusuf bahkan dikatakan juga nabi Danial disamping tercatatnya sejarah pemerintahan raja zalim bergelar firaun dan sehingga kini kesan tinggalannya cukup meninsafi jiwa yang hidup.

Mesir telah melalui pelbagai sejarah,suka dan duka.Dari sebuah Negara yang diperintah berdasarkan sistem BERAJA kepada sistem REPUBLIK.Al Azhar tetap utuh seperti biasa.Di zaman pemerintahan beraja,walaupun rajanya dikhabarkan sebagai seorang raja yang suka berfoya-foya dan zalim,ulama Al Azhar tetap dengan usaha dakwahnya memdidik masyarakat.

Ketika Raja Farok dihalau keluar dari Mesir,diarahkan turun dari takhta kerajaan,MAJLIS REVOLUSI RAKYAT yang diketuai Jeneral Ahmad Nagib mengarahkan semua menteri dilucutkan jawatan,jawatan Syeikh Al Azhar tetap kekal dan Al Azhar tidak langsung didendami sebagai sebuah institusi yang dilihat pro Raja Farok.Al Azhar tetap tidak terkesan walaupun sedang brlaku pada ketika itu satu REVOLUSI dan THUNAMI POLITIK melanda Mesir.Al Azhar tetap Al Azhar.Proses pendidikan yang berpaksikan kepada Al Quran dan Hadtis,Ahli sunnah wal jamaah sebagai pegangan,langsung tidak berubah.

Dasar kesederhanaan AL Azhar menyebabkan institusi ini dihormati hari ini dan terus ulung.Malaysia sebagai sebuah Negara Islam,amat menyanjung tinggi institusi ini telah membantu rakyatnya untuk mempermudahkan proses kemasukkannya.

Ramai pemimpin dan ulama dunia hari ini telah lahir,termasuk mujaddid agung abad ke 19,Syeikh Muhammad Abduh pejuang nasionalisme Mesir dan juga seorang ulama yang disegani.Begitu juga halnya di Malaysia,hari ini,lahir ramai tokoh-tokoh terkemuka tanah air telah lahir dari Al Azhar.Dari profession bertaraf menteri,diplomatik hingga ke pegawai penting dalam sesebuah organisasi utama dalam Negara.

Persoalannya,apakah mahasiswa Malaysia yang belajar di Al Azhar tahu akan metod kesederhanaan ini, mengambil dan mempraktikkannya?

ISLAM BUKAN HAK SESEBUAH JEMAAH ATAU PARTI
Bagi menjawap persoalan yang telah saya lontarkan tadi,ada baiknya kita ketahui kemurnian Islam dari persektif Al Azhar.Islam adalah merupakan Ad-din yang lengkap dengan segala peraturan hidup manusia.Akidah yang beraliran ahli sunnah wal jamaah adalah pegangan utama Al Azhar setelah kedatangan Sultan Sallahuddin Al Ayyubi ke Mesir.

Islam bukan hak sesuatu jemaah atau parti.Ini adalah salah satu dasar kesederhanaan Al Azhar walaupun terdapat kumpulan atau jamaah yang menggunakan nama Islam iaitu IKHWAN MUSLIMIN (IM). Pendirian kumpulan ini terhadap Islam sama seperti Parti Islam Se Malaysia (PAS) bahkan tidak keterlaluan jika saya katakan PAS jauh lebih ekstrim dari IKHWAN MUSLIMIN.Ini adalah kerana kumpulan tersebut tidak pernah mengakui bahawa ianya adalah PARTI POLITIK atau KUMPULAN SOSIAL .

Bayangkan,jika semua ulama Al Azhar mempunyai ideologi WAJIB sokong dan menyertai IM atau hanya IM mampu mengubah dan melaksanakan Islam di Mesir,apakah akan jadi dengan institusi ini dan apakah peranannya seutuh sekarang?

Sepanjang saya di Al Azhar,saya amat suka mendampingi para pensyarah dari yang bergelar hanya DR,kepada Professor.Dari pensyarah biasa hingga ke pensyarah kanan.Cuma untuk merapatkan diri dengan dekan agak sukar namun,apabila berpeluang bersama dengan beliau,saya akan ambil manfaat semaksima mungkin seperti majlis soal jawab para pelajar yang kerap kali diadakan di zaman Prof Dr Hamid Abu Tholib menjadi dekan (2005-2006).

Jika dari jam 9 hingga jam 3,saya akan pastikan diri mengikuti sesi syarahan pensyarah sepenuhnya walaupun semasa di tahun pertama pengajian amat sukar untuk memahami dialek arab Mesir.Namun,setelah enam bulan,saya mampu bergelak ketawa dan mempunyai ramai rakan arab bahkan Berjaya mendampingi beberapa pensyarah sehingga bertandang ke rumah mereka ketika cuti musim panas.

Mereka jadi ibu bapa saya sepanjang keberadaan saya di Mesir,bahkan apabila saya ada kemusykilan terhadap sesuatu,saya akan segera rujuk dengan mereka walaupun di luar waktu kuliah dan bukan termasuk dalam subjek perbincangan yang terdapat dalam kurikulum pengajian.Antara mereka yang saya dampingi,Prof Dr Rakfat Uthman,Prof Dr Adas (saat artikel ini ditulis,beliau bertugas di KUIN MALAYSIA),Prof Dr Attiayah, Dr Jamal Attiyah, Prof Madya Dr Ali Abdunnabi,Dr Salim dan beberapa yang lain.

Pendirian Al Azhar jelas,bahawa,Islam bukan milik sesuatu jemaah atau kumpulan tertentu.Tiada istilah taksub dalam kamus pendidikan Al Azhar.Berbeza dengan PAS yang menganggap bahawa hanya PAS sahaja satu-satu parti yang memperjuangkan Islam manakala parti lain yang walaupun termaktub dalam perlembagaan parti tersebut ISLAM sebagai salah satu dasar,oleh kerana ada item yang menyebutkan perjuangan bangsa,parti tersebut dikatakan tidak selari dengan Islam,seolah-olah hanya PAS yang memperjuangkan Islam dan Islam hak mereka.Inilah yang diwar-warkan oleh pemimpin PAS dari peringkat atasan hingga ke bawahan.Ini jugalah bahan jajaan utama yang dijadikan penyuntik kepada mahasiswa Al Azhar untuk menyemai rasa SAYANG terhadap PAS seterusnya mengagongkan parti tersebut.

Akhirnya,timbul hari ini,kata-kata yang mengatakan bahawa ucapan-ucapan pemimpin PAS adalah “dakwah islamiah”, “kita nak dengar Islam nih”, “salah ker dengar ISLAM?” walaupun dalam ucapan-ucapan pemimpin PAS terkandung politik membenci dan menghasut,bagi mereka yang telah menerima suntikan-suntikan bisa dakyah PAS telah menyebabkan mereka berkata sedemikan. Terdapat istilah sinomin disana bahawa PAS = ISLAM,ISLAM = PAS.ini adalah satu pandangan yang melampau dan taksub!!!!

Teringat saya pada satu ketika di bagunan fakulti syariah dan undang-undang,Universiti Al Azhar,Kaherah,tempat di mana saya belajar di peringkat BACHELOR,dekan kuliah kami yang pada ketika itu,Prof Dr Hamid Abu Tolib,bersiar-siar meninjau setiap bilik kuliah.Beliau terlihat rantaian kertas-kertas kecil yang digantung di bilik kuliah oleh kumpulan pelajar pro IKHWAN MUSLIMIN,JAIL NASRIL MANSYUD,di mana tertera tulisan “AL ISLAM HUAL HAL – JAMAAH IKHWAN AL MUSILIMIN” bermaksud Islam adalah penyelesaian.Beliau mengarahkan BAWWAB (pegawai rendah am) yang bertugas agar mencabut kertas tersebut dengan nada yang tegas pagi itu, sambil dipertahankan oleh beberapa pelajar arab yang ada berdekatan kejadian.Namun,dekan kuliah tersebut memberikan peringatan,”bukan di sini tempat untuk menampal benda-benda tersebut!!! Ini dewan kuliah!!!”

Tidak berapa lama,pensyarah yang dijadualkan menyampaikan sesi kuliah tampil dan sedikit sebanyak,sempat menyaksikan apa yang terjadi.BAWWAB berkenaan tekun dengan tangganya,menjalankan tugas-tugas mencabut kertas yang digantungkan tersebut.
Keadaan di dalam bilik kuliah masih tidak reda dengan nada-nada yang kurang puas hati dengan tindakan dekan berkenaan.Pensyarah yang sepatutnya memulakan sesi kuliah terpaksa akur dengan kerja-kerja bawwab seketika.

Sambil menunggu kerja bawwab selesai,pensyarah berkenaan melihat tulisan berkenaan dan membicarakan nilai-nilai positif disebalik apa yang tertera di kertas dengan memperakui kandungan ayat yang tertera adalah sesuatu yang benar.

Lantas seorang mahasiswa yang dilihat pro IM,mengutarakan pula hujjahnya dengan bersemangat dan seolah-olah menjadi penyokong terhadap hujjah yang dikemukakan secara sepontan oleh pensyarah tersebut.

Dengan tangannya yang penuh bergaya,fasih menyebutkan dalil-dalil al quran dan hadis,pensyarah tersebut hanya mendengar menghormati hujjah seorang pelajar.Namun,dalam kandungan hujjahnya yang bersemangat pro IM itu,akhirnya,dijawab oleh pensyarah berkenaan lebih kurang begini “ISLAM BUKAN MILIK SESUATU JEMAAH ATAU KUMPULAN,IANYA MILIK SEMUA INDIVIDU,DAN JANGAN TAKSUB DENGAN SESEBUAH JEMAAH ATAU PEMIMPIN,DAN BERANGGAPAN HANYA KUMPULAN TERSEBUT (MERUJUK KEPADA IM) YANG MEMPERJUANGKAN ISLAM”

PERANAN MAHASISWA AL AZHAR
Sepatutnya,mahasiswa Al Azhar menerapkan metop kesederhanaan di dalam jiwa setiap individu dan tidak taksub dengan mana-mana kumpulan atau individu.Tidak salah untuk mendengar majlis semata-mata,yang salah adalah taksub dan menolak untuk mendengar selain dari kumpulan yang diminati.Jika yang datang itu dari PAS,maka,berbondong-bondong yang hadir kononnya itu adalah ucapan islam dan dakwah islamiah,manakala sebarang ucapan yang bakal keluar dari tokoh parti lain,apatah lagi jika ucapan tersebut adalah dari pemimpin Negara walaupun pemimpin tersebut langsung tidak menyebut “sokonglah UMNO dan PAS telah kalah!!!” sedangkan pemimpin parti PAS yang kononnya datang berdakwah itu,ucapannya jelas “PAKATAN RAKYAT HAMPIR MENANG,MANAKALA BARISAN NASIONAL HAMPIR KALAH”.Ada juga nada yang menyembut “MARILAH SAMA-SAMA KAMI DI APABILA PULANG KE MALAYSIA KELAK!!”.

Pemimpin persatuan-persatuan pelajar di Mesir tidak akan mengeluarkan arahan kepada ahli-ahlinya supaya jangan hadir ke majlis yang akan disampaikan oleh pemimpin kerajaan,akan tetapi down line-down line akan berperanan menghasut dengan hasutan yang halus dan ada juga yang mengalihkan para mahasiswa dari hadir ke majlis tersebut dengan helah yang cukup licik.Sebab itulah majlis ramah mesra bersama YB Dato’ Saifuddin,timbalan menteri pembangunan usahawan dan koperasi yang diadakan di tempat yang sama diadakan majlis PALESTIN MENANGIS (hanya tajuk sahaja,sebenarnya ceramah politik PAS)sekitar bulan November 2008,bilangan yang hadir hanya sedikit dan jauh berbeza dengan kehadiran program PAS.

Politik ugut dan momokan jahat yang diamalkan oleh pengikut-pengikut taksub PAS ini,amat membahayakan dan lebih memecah belahkan golongan mahasiswa antara yang berpemikiran sederhana dengan taksub.

Tidak hairanlah jika hari ini,budaya LABEL – MELABEL begitu menebal dikalangan mahasiswa di Mesir sehingga penyokong kerajaan yang walaupun hanya sekadar dilihat sebagai penyokong terhadap dasar kerajaan dan barangkali hanya ada secebis kecenderongan terhadapnya,pasti,akan dilabel sebagai PENCACAI,BARUAH dan seumpamya seperti mana biasa ayat-ayat jelek yang biasa dituturkan oleh pemimpin-pemimpin PAS seperti ayam sabungnya MAT SABU.

Hentikan semua ini,kerana anda seorang mahasiswa.Buka minda dan jadilah seorang yang open MINDET,siapa sebenarnya yang berpolitik? Mereka yang disebalik tabir dengan menggunakan nama “kebajikan” dan “mahasiswa” atau mereka yang jelas menggunakan nama parti tertentu seperti KELAB UMNO? Jika pemimpin UMNO datang untuk bercakap tentang UMNO,cukup hanya memanggil pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli KELAB UMNO,akan tetapi jika PAS hendak bercakap tentang PAS,kenapa gunakan nama “yayasan amal” atau “muslim care” konnnya NGO dan persatuan-persatuan yang menggerakkan down line-down linenya?
Sedangkan kalau pemimpin Negara bercakap atas pentas NEGARA dan bukan PARTI disalah tafsir? Sila berikan saya nama seorang MENTERI MALAYSIA atau mana-mana pemimpin kerajaan yang bercakap dengan gaya pemimpin PAS,terang-terangan mempelawa bersama dengan UMNO?

Sepanjang enam tahun saya di Mesir (2003 – kini 2009) tiada seorang pun MENTERI atau pemimpin kerajaan menggunakan cara PAS ini.Apa yang disebutkan ialah “dasar kerajaan”, “hak melayu” dan “bantu negara”.

Apakah perlu saya berikan perbezaan di sini antara NEGARA dengan PARTI? Antara dasar kerajaan dan dasar PARTI? Saya yakin,kita semua faham perbezaan ini.
Ingat pemimpin PAS dan penyokong-penyokongnya!!! KAMI BUKAN BUDAK-BUDAK!!!!!!!!!

Selasa, 3 Februari 2009

PAS lancar program mem"PAS"kan mahasiswa-mahasiswa dan Graduan Al Azhar, Mesir ( ULASAN SIRI KEDUA ).







DAKYAH SECARA SEMBUNYI DAN TERANG-TERANGAN

Republik Arab Mesir adalah sebuah Negara yang mempunyai empat musim.Antara bulan November hingga bulan Mac adalah musim sejuk.Seperti biasa,pada bulan disember hingga januari,kuliah-kuliah di Universiti merancakkan aktiviti pendidikannya sebelum peperiksaan semester berlangsung dan seterusnya, akan bercuti sempena musim sejuk selama dua minggu.Cuti musim sejuk pada tahun ini adalah pada30 Januari hingga 14 Februari.

Lazimnya,mahasiswa dari daerah luar Kaherah,akan pulang ke Kaherah dan mahasiswa dari KAMPUS UTAMA KAHERAH juga akan menziarahi rakan-rakan mereka di luar Kaherah.Bagi saya pada tahun ini sebagai mahasiswa program COURSE WORK di Universiti Kaherah,musim cuti,kurang dirasai kerana bebanan kerja kursus yang diberikan universiti memendekkan waktu yang tersedia untuk berjalan jauh kecuali akan ke Sinai, itu pun pergi dengan PERCUMA!!!!

Pada petang hari khamis,29 Januari,terdengar desas desus mengatakan bahawa satu majlis ceramah akan diadakan di DATARAN HAYYU ASYIR.Majlis dikatakan akan berlangsung pada esok malam. Penceramah yang dijangka akan berucap hanya dua orang,iaitu Presiden PAS,Hadi Awang dan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat,Salahuddin Ayob.
Saya segera mencari kesahihan khabar angin yang kencang bertiup saat itu.Pesanan ringkas dari YAHOO MESSENGER dan SMS berangkai seolah-olah memperakui khabar angin berkenaan.Satu maklumat saya perolehi,mereka datang ke Mesir kerana semata-mata ingin ke GAZA,untuk melihat sendiri keganasan regim zionis Israel dan menghulurkan bantuan.

Tajuk majlis ceramah yang bakal diadakan diwar-warkan,hanya berkisar tentang “Palestin”.Saya sendiri tertarik untuk hadir kerana bagi saya untuk Palestin,kita harus bersatu menentang kezaliman Israel dengan tanpa mengira dari parti mana atau kumpulan mana.Inilah yang telah berlaku di Parlimen Malaysia,apabila Perdana Menteri,YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memanggil ahli-ahli parlimen untuk sidang tergempar Parlimen berhubung isu ini.Semua ahli-ahli parlimen senada dalam isu ini,samaada dari kerajaan mahupun pembangkang.Ini fakta yang tidak disebutkan oleh PEMBANGKANG dalam ceramah mereka di hayyu asyir!!!!

Jika sebelum kemenangan PR di lima buah negeri dan mempunyai kerusi yang banyak di parlimen, dataran hayyu asyir,lengang dari aktiviti politik membenci!! Rumah Kelantan di hayyu sabik adalah satu-satunya tempat utama untuk menjalankan aktiviti penyebaran dakyah pembangkang secara sulit dan rahsia.Inilah yang mereka lakukan sejak tahun 2004 hingga sebelum 8 Mac 2008.

Namun,setelah 8 Mac,2008,situasi berbeza.Bermula dengan kedatangan Tuan Ibrahim Tuan Man, kononnya ceramah agama bertajuk “maulidurrasul”,akan tetapi apabila majlis berlangsung, jelas, penceramah hanya bercakap berkenaan semangat maulidurrasul sekitar 20 peratus sepanjang ceramah, selebihnya adalah politik membenci dan hasutan.Beliau bagai utusan PR terutamanya PAS untuk memberitahu para mahasiswa bahawa mereka akan menang dan memerintah sedikit masa lagi yang pada ketika itu mereka canangkan 9 september 2008 yang ternyata rakyat tertipu dengan agenda pembangkang itu.Ini berlaku hanya dua minggu selepas Pilihanraya Umum ke 12.

PAS rasakan,perlu pula satu dakyah terang-terangan dijalankan supaya banyak lagi mahasiswa yang barangkali berpendirian “atas pagar” atau “totok UMNO” yang perlu diPASkan.Jika dakyah secara rahsia pun,telah Berjaya memPASkan majoriti pimpinan mahasiswa di Mesir,sudah barang tentu Dakyah secara terang-terangan akan membuahkan hasil yang lumayan.

Perlahan-lahan,selepas solat Jumaat hari tersebut saya meninjau dari jarak yang berhampiran,kira-kira sepuluh jam hingga beberapa jam sebelum majlis bermula,kelihatan dataran hayyu asyir seperti biasa,kumpulan pelajar bermain bola.Itu sahaja.Itu teknik mereka.Saat itu,down line-down line pasti sibuk mengumpulkan hadirin dan menyebarkan maklumat kepada seramai mungkin mahasiswa di Mesir.

Saya tinjau rakan-rakan berhampiran hayyu asyir.Rata-rata mereka kata,mahu dengar “ISLAM”.Malam ini adalah ceramah “ISLAM” dan “dakwah Islamiah”.Geli hati saya mendengarnya.Jika itulah kata-kata mereka untuk menyeru rakan-rakan ke kuliah universiti,alangkah bagusnya,ini tidak,kuliah universiti mereka rendah-rendahkan.Sehingga ada yang berkata kuliah umum di masjid adalah jauh lebih berlimu berbanding kuliah-kuliah di Universiti Al Azhar.Saya bukan anti kuliah “umum” atau “talakki”,tapi ini satu realiti momokan para senior Malaysia di Universiti Al Azhar,Sebab itu ramai di kalangan pemimpin persatuan pelajar di sini habis ijazah pertama sekurang-kurangnya 5 tahun,ada juga yang terlanjur sampai lapan tahun,berjuang kata mereka.Ada seorang pimpinan tertinggi sebuah persatuan yang terpaksa menutup muka,lari pulang ke Malaysia apabila gagal menghabiskan pelajaran dan dibuang dari Fakulti (MAFSUL) Bahasa ketika memegang jawatan tertinggi. Ohhh,kalau ada seorang dua yang BEST sikit keputusannya, akan di war-warkan best student bahkan dalam masa yang sama, ada lagi mahasiswa yang mempunyai reputasi pengajian yang jauh lebih hebat yang bukan berjawatan dan jauh lebih layak untuk digelar “Best Student”.Buktinya,ustaz Najib dari negeri Terengganu,Jayyid Jiddan dari tahun satu hingga tahun empat,apakah “pingat” yang PMRAM berikan? Pelajar ini pulang ke Malaysia setelah tamat pengajiannya dengan cemerlang.Di Pahang,seorang graduan bernama ASNAWI,Berjaya mendapat JAYYID dari tahun satu hingga tahun 4,tidak pernah sangkut,namun,oleh kerana beliau memegang jawatan sebagai Pengerusi Kelab UMNO Pahang,beliau langsung tidak berpeluang diletakkan sebaris pelajar-pelajar cemerlang atau ditonjolkan hanya kerana berlainan kumpulan.

Nah!!! di sini kita lihat sejauh manakah kebenaran mereka yang mengatakan bahawa ceramah PAS ini ceramah agama dan dakwah islamiah!!Lihat Fakta ini dengan mata dan hati yang terbuka bukan emosi dan taksub terhadap PAS.

PROGRAM MEMPASKAN MAHASISWA MESIR

YB Dr Mujahid hanya menyebut tentang sokongan masyarakat bukan Islam terhadap PAS. Kononnya,PAS sudah diterima oleh masyarakat berkenaan dan apatah lagi masyarakat Islam.Beliau menegaskan, sepatutnya golongan terpelajar dari Al Azhar lebih ramai menyokong PAS.Ini adalah satu kempen besar-besaran yang meyeru mahasiswa agar meyertai PAS apabila pulang ke tanah air kelak.Tiada seorang pun pemimpin UMNO yang datang ke Mesir seberani Mujahid yang celupar dan seolah-olah mengajar mahasiswa di Mesir memulakan hidup berpecah belah dengan berparti-parti.Sepatutnya,wakil rakyat PAS ini,galakkan mahasiswa habis belajar tepat pada waktunya, memandangkan ramai mahasiswa yang gagal dalam pelajaran.Ini adalah isu besar yang jauh lebih penting kerana golongan mahasiswa adalah tulang belakang Negara.Bayangkan kalau yang gagal,duduk sepuluh tahun pun tak habis-habis BA,apa nak jadi politik Malaysia jika mereka ini yang akan mengisi dan mengambil tempat dalam dunia politik kelak dengan sandaran akademik yang lemah!!! Memalukan!!!

YB Dr Zulkifli juga demkian,bercakap seolah-olah,esok adalah pilihanraya kecil yang menentukan kemenangan sesebuah parti untuk memerintah dengan menyatakan kekuatan pakatan rakyat berbanding BN yang menurutnya hampir dengan kekalahan.Apakah pemimpin ini lupa,bahawa PAS telah kalah dalam pilihanraya umum yang lalu,justeru mengadu domba politik datang ke Mesir untuk mengajak masyarakat mahasiswa agar sibuk berpolitik? Penceramah ini juga tidak terlepas merayu agar semua mahasiswa yang hadir menyokong PAS seterusnya masuk berkhidmat bersama PAS setelah pulang ke Malaysia kelak.

YB Dr Hatta Ramli,Bendahari PAS Pusat sungguh bersemangat bercakap soal Palestin pada awalnya,kemudian membawa nada-nada yang sumbang menyatakan bahawa pelajar luar Negara adalah paling beruntung kerana paling mudah didekati oleh pembangkang.Justeru tiada sebarang kengkangan dari pihak kerajaan Luar Negara seperti Mesir.Satu andaian yang bagus.

Apakah PMRAM tidak memaklumkan kelangsungan majlis tersebut kepada AMNUDDAULAH MESIR (KETUA POLIS MESIR) ? Kenapa tidak diajak sahaja polis Mesir untuk turut serta dalam majlis berkenaan untuk menterjemah dan melihat apa kandungan ucapan pemimpin PAS tersebut? PMRAM pandai kata pelajar-pelajar tidak boleh membuat perkumpulan lebih lima orang dimana-mana melainkan jika telah mendapat restu PMRAM yang satu-satunya telah mendapat kepercayaan kerajaan MESIR.

Ini adalah satu-satunya hujjah yang berperanan sebagai senjata ampuh bagi menghalang mahasiswa Mesir menyertai persatuan selain PMRAM terutamnya KELAB UMNO.Kedutaan Besar Malaysia Kaherah yang diketuai oleh TYT Datuk Duta besar telah dihubungi oleh pegawai PAHANG,Tuan Haji Razak,dan dalam maklum balas beliau menegaskan KBMK langsung tidak dimaklumkan tentang majlis ceramah tersebut! Mereka hanya minta bantuan untuk mempermudahkan prosedur kemasukkan ke GAZA!!!

Siapa agaknya yang membenarkan perjumpaan tersebut? Adakah PMRAM yang meminta kebenaran kepada AMNUDDAULAH? jika benar,apakah AMNUDDAULAH dimaklumkan intipati ceramah POLITIK berkenaan? Jika tiada keperluan untuk dimaklumkan,apakah momokan PMRAM selama ini hanya satu momokan jumud yang bertujuan menakutkan mahasiswa-mahasiswa sahaja dan bagi menguatkan survival PMRAM itu semata-mata? Saya syorkan pihak KEDUTAAN BESAR MALAYSIA KAHERAH melalui bahagian Keselamatan yang mempunyai hubungan rapat dengan pihak keselamatan Mesir sendiri yang tanyakan hal ini seberapa segera kepada pihak keselamatan Mesir,apakah majlis politik dibenarkan dibuat secara terbuka di Mesir?

YB Dr Lo’Lo’ Ghazali berucap juga seperti biasa dimulai dengan isu Palestin.Kemudian dengan rakus menawarkan mahasiswa agar bersama-sama berjuang dalam PAS.Paling kurang ajar,wakil rakyat ini memperkecilkan peranan guru JQAF dan meletakkan jawatan NAKIB atau NAQIBAH USRAH PAS jauh lebih mulia. Dengan selamba beliau berkata lebih kurang begini “bila kita nak cari naqib dan naqibah dari orang Al Azhar,tak ada, asyik-asyik mohon guru JQAF!!”

Wakil rakyat ini bersifat kurang ajar.Profession perguruan adalah satu bidang yang amat mulia kerana mendidik masyarakat.Semua unit masyarakat bermula dengan pendidikan di sekolah rendah.Sepatutnya Lo’Lo’ belajar balik duduk barang sehari dua di sekolah rendah untuk belajar bagaimana susah payahnya menjadi guru mendidik kanak-kanak.Orang seperti Lo’Lo’ tidak layak jadi wakil rakyat.Kelancangan mulutnya itu,memalukan professionnya sebagai seorang wakil rakyat di tempatnya.

YB Sallehuddin Ayob yang merempat “berhijrah” di Kubang Kerian Kelantan dek kerana orang Johor LANGSUNG TIDAK BERMINAT dengan keceluparannya meluahkan ayat-ayatnya bahkan ucapan dari beliau ini jauh lebih pedas dari yang lain sambil mencabar UMNO.Saya teringat antara cabaran beliau “UMNO JANGAN CEMBURU DENGAN MAJLIS INI,UMNO JANGAN HALANG JIKA MAJLIS UMPAMA INI DIADAKAN!!”.

Nak kata gila,berakal,barangkali Dr Lo’Lo tahu nak rawat kalau wayar otak pemimpin muda PAS ini terputus dan memerlukan rawatan segera.Apakah majlis tersebut ada polis FRU Malaysia bertrak-trak dengan belantan di tangan ? apakah Majlis tersebut di Malaysia?takkan sampai berdendam dengan UMNO,menjerit sampai ke Mesir? Orang gila talak tiga jer YB yang jerit nama bekas bini yang ditalaknya tak tentu arah!!

Dalam ucapan beliau,dapat kita tahu,apakah sumber kekuatan PAS untuk memperkukuhkan survival politik PAS untuk jangka masa panjang.Menurut Ketua Dewan Pemuda PAS pusat ini,selagi PAS mempunyai sokongan mahasiswa dan lepasan Mesir,Jordan dan Syria,PAS akan terus mengorak langkah.Inilah sebabnya kedatangan mereka pada malam tersebut berdiri megah menyampaikan ucapan berapi-api untuk menyemarakkan semangat PAS kepada mahasiswa.

Manakala persatuan mahasiswa pula,dibiarkan pro PAS dengan kekal atas nama “mahasiswa” agar lebih mudah bergerak.Jika mereka bergerak atas nama “PAS” secara terang-terangan pasti mereka akan dipancung lebih awal.Maka,maslahahnya,guna nama mahasiswa.Pengaruh mahasiswa? Ahhh…kan ramai down line-down line yang boleh meracun mahasiswa nanti.

Akhir sekali,ucapan disampaikan oleh PRESIDEN PAS.Sejak tahun 2003,saya acapkali hadir ucapan pemimpin ini.Hadi Awang hanya mengulangi ucapan-ucapannya terdahulu hanya buat sedikit penambahan dengan pengutaraan fakta-fakta sejarah sebagai satu cara menonjolkan kewibawaannya di hadapan khalayak mahasiswa.Itu teknik lama beliau yang hanya akan berkesan dengan orang yang taksub sahaja.Bagi saya,ucapannya sama seperti sebelum ini.Sedikit sahaja yang baru.

Dengan ini,lengkaplah sudah pelancaran program memPASkan mahasiswa-mahasiswa dan graduan AL Azhar.Tiada lagi dakyah secara tersembunyi.Kali ini mereka buat secara terang-terangan.Pemimpin UMNO jauh lebih matang.Tiada sebarang proses mengUMN Okan mahasiswa Mesir .

Ini adalah kerana mereka tidak mahu mengganggu proses pembelajaran mahasiswa.Kelab UMNO adalah persatuan kebajikan,ini termaktub dalam perlembagaannya.Kelab UMNO di UK dan beberapa Negara lain ada hujahnya.Hanya sahaja momokan gerakan mahasiswa di Mesir yang cukup kuat dan hebat menyebabkan Kelab UMNO Mesir gagal menampilkan peranan sepenuhnya.

Jika diteliti dengan bersungguh-sungguh dan hadir dengan hati yang terbuka,apakah kesemua ucapan ini adalah ucapan ISLAM? Pengikut taksub PAS sering mengaitkan bahawa PAS bawa ISLAM.Namun,apakah mereka sedar mengaitkan budaya membenci dan cemuh-mencemuh dengan ISLAM adalah salah???Asal PAS sahaja akan segera mereka kata ooohhhh ini ISLAM.”Kita nak dengar ISLAM…” , taksubnya…Tidak semestinya apa yang ditonjolkan PAS itu ISLAM.Lihat gaya ayam sabung PAS,MAT SABU berucap,gaya ISLAM ker? Cemuh sana,cemuh sini,maki sana hamun sini.

Tajuk ceramah yang diwar-warkan, “PALESTIN MENANGIS” , penganjur majlis kononnya YAYASAN AMAL dan MUSLIM CARE hanya dipergunakan untuk kepentingan politik PAS yang menggunakan agama untuk keuntungan politik semata.

Kami bukan budak-budak sekolah yang harus menerima aliran politik anda!!! Kami mahasiswa yang tidak perlu agenda PAS di sini.Cukup pembawakan ISLAM yang SEDERHANA yang diajarkan oleh Al Azhar dan bukan taksub dan pelampau ALA PAS.Cukup pensyarah-pensyarah dan syeikh-syeikh kami sebagai pembimbing untuk kami memahami kesyumulan ISLAM,guru dari PAS tidak diperlukan.Hanya golongan taksub yang selalu menyamakan ISLAM = PAS,PAS = ISLAM.

(bersambung…nantikan ulasan akhir)