Rabu, 25 Jun 2008

MAKLUMAT HEWI PMRAM YANG SALAH

Merujuk kepada sebuah kenyataan yang dibuat oleh seorang ahli jawatankuasa hal ehwal wanita Islam,Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (HEWI PMRAM) dibawah tajuk "PENERANGAN BERKENAAN ISU PEMBATALAN MoU DAN MUADALAH" yang dimuatkan dalam blog rasmi organisasi berkenaan di alamat http://hewipmram55.blogspot.com, dukacita saya nyatakan bahwa terdapat maklumat yang salah dalam kenyataan tersebut.

Saya telah pun memberikan komen di blog berkenaan,namun,sehingga hari ini,tiada sebarang maklumbalas mengenainya.Maklumat yang diberikan tersebut amat penting kerana ianya memberikan kesan terhadap pengetahuan am mahasiswa/wi mengenai institusi pengajian tinggi di Mesir,seterusnya memberikan persepsi yang salah terhadap institusi tersebut.

Saya amat terkilan dan rasanya cukup menyedihkan apabila WEB RASMI PMRAM sendiri memuatkan kenyataan yang sama.Tidak wajar bagi sebuah organisasi yang merasakan ianya sebuah entiti berwibawa,paling lama dan hebat dari pelbagai organisasi lain,"terlepas pandang" dengan sedikit maklumat yang salah dalam sebuah kenyataan penting yang dibaca oleh majoriti mahasiswa Malaysia di Mesir.

Diharap semua mahasiswa/wi di Mesir dapat memahami kedudukan universiti yang disebutkan dengan betul dan tidak menggunakan fakta salah yang dikemukakan oleh HEWI PMRAM.

Komen saya yang dihantar kepada blog berkenaan adalah seperti berikut :

Assalamualaikum,

Saudari,

mohon perbetulkan maklumat,kerana ianya adalah merupakan satu maklumat yang salah dan memberikan kesan yang besar terhadap pengetahuan mahasiswa/wi berkenaan institusi pengajian tinggi di Mesir.

Saya merujuk frasa yang berbunyi demikian dalam web HEWI PMRAM dan web rasmi PMRAM.

“Mesir :Akan menandatangani MOU dengan Jamiah Kaherah iaitu Universiti Darul Ulum.(sedikit maklumat tentang Universiti Darul Ulum : salah satu cawangan Universiti Terbuka Amerika bagi bahagian Pengajian Islam dan Bahasa Arab)”

Pertama,JAMIAH KAHERAH bukan Universiti Darul Ulum.Salah dari segi penterjemahan dan maklumat itu sendiri.Jamiah Kaherah diterjemahkan dalam bahasa Inggeris sebagai CAIRO UNIVERSITY atau dalam bahasa melayu, UNIVERSITI KAHERAH.

Darul Ulum adalah merupakan FAKULTI (kuliah) sahaja dan bukannya UNIVERSITI.Ianya sama seperti sebuah fakulti di Universiti Al Azhar.Syariah,Usuluddin,Falsafah dan Bahasa Arab dikecilkan skopnya di Universiti Kaherah sebagai Jabatan (syukbah) di bawah Fakulti Darul ulum.

Kedua,UNIVERSITI KAHERAH atau seperti yang dimaksudkan dalam kenyataan sebagai universiti Darul Ulum,BUKAN salah satu cawangan Universiti Terbuka Amerika (AMERICAN OPEN UNIVERSITY @ JAMIAH AMERICAN MAFTUH).Ini adalah kerana kedua-dua universiti tersebut mempunyai status yang berlainan dan dibawah pentadbiran yang berbeza, dan erasingan justeru tiada kaitan antara satu sama yang lain.

Universiti Kaherah dibawah Kementerian Pengajian Tinggi Mesir,yang bertaraf institut pengajian tinggi awam (IPTA),yang sememangnya semua kursus yang diikuti di mana-mana fakulti dari Universiti tersebut diiktiraf oleh JPA Malaysia.

Manakala Universiti Terbuka Amerika adalah merupakan sebuah universiti swasta bertaraf IPTS. Pentadbiran Universiti Kaherah,tidak mempunyai sebarang pertalian kaitan dengan Universiti terbuka Amerika.Pengiktirafannya,masih diragui dan tidak tersenarai dalam senarai Universiti luar Negara yang diiktiraf oleh JPA Malaysia.(Untuk isu pengiktirafan tersebut,sila rujuk Puan Zarith Sufiah atau Encik Fazli Abdul Hamid di tingkat enam,Bahagian pengiktirafan ibu pejabat JPA di Putrajaya.Anda digalakkan untuk pergi sendiri ke kaunter pejabat berkenaan dan minta lihat senarai secara hitam putih,ini kerana,jawapan secara lisan yang diberikan oleh pegawai di pejabat berkenaan adalah ringkas).

Kesalahan maklumat ini amat dikesali kerana blog HEWI dan web PMRAM merupakan antara bahan rujukan isu semasa ahli PMRAM dan segelintir mahasiswa Malaysia di Mesir.
Harap Maklum,

MOHD FAIZAL BIN SABHON

((Mahasiswa program course work (tamhidi),Fakulti Dar El Ulum,Universiti Kaherah,sekarang sedang bercuti di Malaysia))

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Diharapkan dapat kerjasama dari pihak PMRAM,JPM Kaherah untuk menyenaraikan pengiktirafan Universiti Terbuka Amerika di JPA.Tidak diiktiraf bukan bermakna tiada qualiti dan kelayakan.Cuma ia disebabkan tiada pihak yg dpt berurusan sepenuhnya dengan JPA bagi menjelas dan menerangkan tentang Subjek,pensyarah dan kedudukan american open universiti di Malaysia.UP:Graduate Master Universiti ini diiktiraf masuk ke u azhar bg program PHD tahun ketiga.dan kebanyakan pensyarahnya adalah Professor2 U Al-Azhar sendiri.So Saya amat berharap agar perkara ini dipanjangkan ke JPM Kaherah dan pihak JPA ,agar lepasan dari universiti terbuka Amerika disenaraikan di pihak JPA.Untuk makluman terdapat lebih daripada 10 orang pelajar malaysia yang tamat pengajian MASTER di Universiti tersebut.Dimana Semua Penulisan Tajuk Master diseliai oleh PROFESSOR DARI U AL-AZHAR SENDIRI.SEMUA ditulis dalam bahasa arab dan dari kitab asal para ulamak terkenal ..Wassalam