Ahad, 8 Jun 2008

PENGALAMAN DI PARLIMEN

(SAMBUNGAN DARI ENTRI SEBELUMNYA)

Setelah beberapa ketika,saya lihat,Timbalan speaker yang mempengerusikan mesyuarat dewan rakyat membaca nama rang undang-undang tersebut untuk diluluskan.Beliau hanya bertanya kepada sidang dewan dengan kata-kata lebih kurang begini, “kata setuju, kepada yang setuju”,lantas penyokong-penyokong kerajaan terus menyahut seruan tersebut dan berkata “setuju….” Pastinya pembangkang ada peranan sejajar dengan bilangan wakil mereka yang ramai kali ini,beliau bertanya kepada sidang “kepada yang tidak bersetuju,katakan tidak setuju” lantas dengan nyaring,wakil-wakil pembangkang menjawab “tidak setuju……”.Itulah proses kelulusan sesuatu rang undang-undang yang saya saksikan di dewan rakyat ketika mesyuaratnya yang berlangsung bagi penggal pertama parlimen ke 12.

Tidak lama selepas itu,saya lihat perbahasan diteruskan dengan beberapa ucapan dan pertikaian.Pengerusi mesyuarat bertukar.Kali ini YB Tan Sri Wan Junaidi yang mempengerusikan mesyuarat.

Setelah beliau mendengar beberapa ucapan perbahasan,kali ini beliau mengulangi apa yang telah dilakukan oleh rakan setugas.Kali ini lain pula jadinya.Ada wakil pembangkang mahukan dewan membuat pengundian kerana bagi mereka suara pembangkang lebih nyaring.Bagi saya yang menyaksikan,memang saya akui,suara “tidak setuju” dari wakil pembangkang amat nyaring bahkan pengerusi mesyuarat ketika itu sendiri mengakui memang suara pembangkang lebih jelas dan nyaring.

Dalam suasana itu,seorang wakil pembangkang mengambil kesempatan membangkitkan apa yang dinamakan “point of order”.Suasana dewan menjadi gamat seketika.Pengerusi mengambil kira atas “point of order” yang dibangkitkan.Maka,loceng berbunyi panjang sekali lagi.Loceng kali ini mengisyaratkan kepada semua wakil rakyat atau ahli-ahli Yang Berhormat yang berada di luar dewan mesyuarat supaya kembali mengambil tempat masing-masing.

Semua wakil samaada dari kerajaan atau pembangkang,bergegas masuk ke dalam dewan. Proses pengiraan dilakukan.Setelah selesai,keputusan undian diserahkan oleh Setiausaha dewan kepada Pengerusi mesyuarat.

Keputusan dibacakan.Lebih kurang 90 lebih undi dari penyokong kerajaan manakala 60 lebih undi wakil pembangkang.Kali ini,saya benar-benar faham,bahawa kelulusan sesuatu rang undang-undang itu,tidak semestinya memerlukan sokongan atau persetujuan 2/3 dewan.Majoriti mudah adalah memadai untuk kelulusan sesuatu rang undang-undang.

Persoalannya apakah kepentingan perlunya ada majoriti 2/3 dewan? Majoriti 2/3 dewan diperlukan ketika perlembagaan hendak dipinda.Pada ketika itu,ianya amat diperlukan.Ini bermakna,kerajaan BN masih mampu meneruskan projek-projek,beberapa dasar dan rancangan yang telah diatur.

Selepas menyaksikan bagaimana sesuatu rang undang-undang itu diluluskan,Saya kembali merujuk tujuan asal kedatangan saya ke parlimen.

Saya memerhati dengan teliti dua individu yang ingin saya temui.YB Dato’ Seri Zahid Hamidi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan YB Datuk Noh Omar,Menteri pembangunan usahawan dan koperasi.

Hanya YB Datuk Noh Omar kelihatan di zon yang menempatkan para Menteri.Setelah beliau bergerak keluar meninggalkan dewan,saya segera bangun dari tempat duduk dan bergegas ke pintu keluar YB para menteri.

Tidak lama selepas itu,wajah YB Datuk Noh Omar jelas kelihatan di pintu keluar Dewan Rakyat. Saya bergegas ke arah beliau dan menyatakan sendiri masalah saya.Beliau mendengar dengan penuh teliti sambil bertanya fakta-fakta yang perlu dan berkaitan dengan perbualan kami.

Pada ketika itu juga,saya diarah oleh beliau berjumpa dengan pegawai beliau..Saya segera mencari dan setelah berjumpa,dokumen yang saya hantar disemak dan diteliti oleh beliau. Beliau sendiri yang ajarkan kepada saya bagaimana sesuatu dokumen itu perlu disiapkan sebelum dihantar kepada YB Menteri untuk catatan dan minit.

Setelah semuanya selesai,saya berserah kepada Allah S.W.T. Wakil rakyat BN perihatin sebenarnya.Kita kena cekap dan harus peka dengan situasi.Jika kita benar-benar ingin sampaikan sesuatu kepada mana-mana wakil rakyat atau menteri,lihat dimana beliau dabn Bila kita boleh berjumpa.Cari tempat yang paling mudah untuk berjumpa terus.Jika di pejabat beliau mungkin anda akan hanya berjumpa dengan setiausaha sulitnya sahaja.Maka,carilah tempat dimana beliau berada di khalayak ramai.

Saya sempat berbual dengan YB Datuk Noh Omar dan YB Datuk Muhammad bin Aziz.Kami berbual mesra di kafetaria parlimen.Walaupun tempat tersebut hanya dikhaskan oleh Ahli-ahli dewan rakyat,saya tidak dihalang dan diminta keluar,sebaliknya dilayan dengan baik.

Setelah keluar dari kefetaria,saya kembali ke Dewan Rakyat untuk melihat dan mendengar perbahasan seterusnya.Saya lihat,di pintu yang dikhaskan untuk menteri di dewan rakyat,YAB Datuk Seri Najib Tun Razak sedang keluar.Segera saya dapatkan beliau dan bersalaman.Beliau menyambut salam dengan penuh senyuman.Saya nyatakaan kepada beliau bahawa saya pernah hadiri majlis makan malam anjuran kedutaan di Kaherah,Mesir.Beliau mengangguk dan berbual seketika bersama saya.Nampaknya,apa yang saya bualkan bersama beliau di Kaherah seminggu sebelumnya,masih beliau ingat.Sebab itu beliau bertanya kepada saya walaupun belum sempat saya ntayakan siapa saya dengan pertanyaan “yer….macam mana? Selesai dah?” Siapa kata pemimpin kita tidak perihatin? Cuma kita yang tidak tahu bagaimana hendak sampaikan masalah.Jika tahu,pastinya anda akan dapat jawapannya.

Saya masuk kembali masuk ke dewan rakyat.Kali ini YB Datuk Paduka Ibrahim Ali yang menyampaikan ucapan.Seronok dengan ucapan beliau.Perang mulut berlaku antara beliau dengan Pasir Salak.

Saya agak penat bercampur puas.Walaupun saya gagal berjumpa Dato’ Seri Zahid Hamidi.Saya melangkah keluar dari dewan rakyat.Saya bersiar-siar melihat keadaan sekeliling.Ketika sedang bersiar-siar,saya terserampak dengan YB (PAS) Nasaruddin Mat Isa wakil rakyat parlimen Bachok. Apalagi,saya ambil peluang berbual dengan beliau.

Saya bertanya kepada beliau tentang isu pembatalan MOU program berkembar antara institusi berkembar Malaysia dengan Universiti Al Azhar.Saya difahamkan,beliaulah orang yang bertanya tentang pembatalan tersebut kepada Kementerian Pengajian Tinggi di parlimen sebagai soalan tambahan.

Jawapan beliau saya terima walaupun kurang bersetuju.Saya akan ulas isu ini selepas entri ini dengan panjang lebar.

Selepas bersalaman dengan beliau,saya bersua pula dengan YB Ustaz Taib Azamuddin,wakil rakyat parlimen Baling.Saya perkenalkan diri.Beliau menyambut dengan salam dan senyuman manis.Inilah ulama di Malaysia.Mereka bukan sahaja mampu menjadi ahli dewan rakyat yang terlibat dalam menggubal dan meminda undang-undang,bahkan mampu kekal tampil sebagai pemimpin agama.

Setelah selesai segala yang dirancang,saya melangkah keluar.Hanya berjalan kaki.Dengan menaiki teksi yang ditahan diluar perkarangan Parlimen,saya terus ke perhentian bas Puduraya dan balik ke Batu Pahat.

5 ulasan:

hanafi zulkapli berkata...

baca surat dari ayah http://www.ustaz-utara.blogspot.com/

Tanpa Nama berkata...

tengah menunggu saudara faizal update blog dengan tajuk 'minyak naik harga'..tak sabar rasenye nak dgr ulasan org kuat kerajaan ni pasal minyak..cpat update ye?

ANAK BAPAK berkata...

Monday, June 9, 2008
surat untuk anakanda...

Assalamualaikum…abang apa khabar? Ayah dan keluarga Alhamdulillah, sihat. Macam mana dengan belajar kat sana? Sekarang kan musim panas, mesti abang letih kan untuk pergi tempat pengajian, abang! semakin jauh jarak permisahan kita semakin rindu rasanya ayah dengan abang, mungkin itulah yang dikatakan jauh dimata namun dekat dihati, abang! semalam Paklah umum harga minyak dinaikkan…harga barang harian yang lain pun naik, kat Malaysia semua barang dah naik, abang kan tahu perniagaan kita banyak guna kenderaan, tiap-tiap hari ayah perlu gerakkan dua buah kereta, sebuah lori. Dulu ayah hanya perlu isi minyak untuk tiga buah kenderaan ni dengan hanya RM 50.00, tapi disebabkan kerajaan sekarang yang katanya mesra rakyat ayah perlu habiskan RM150.00 hanya untuk kegunaan kenderaan kita. Abang tahu berapa yang perlu ayah habiskan untuk minyak sahaja? RM4500.00. Minyak depa naikkan, harga barang depa kawal, betul lah untuk jaga kebajikan rakyat umum, tapi peniaga kecil macam kita ni, yang dapat subsidi minyak bagi syarikat besar. Bagi peniaga kecil macam kita ni, hanya mampu melambai tangan dari jauh, entah dilihat ataupun tidak. Tapi Alhamdulillah, ayah rasa lega sikit, sebab sejak ayah layak jadi pemilih dalam pilihanraya, satu sen pun ayah tak pernah membantu dan bagi saham untuk memenangkan kerjaan BN, awat depa ingat kita beli minyak dengan daun kopi, kekadang untung bagi barangan yang ayah jual hanya mungkin mendapat RM0.05 sen. Ayah ceritakan semua ini kat abang, sebab, ayah nak abang paham hidup kat Malaysia tak sama seperti dahulu, mungkin inilah keadaan yang dirasai oleh semua insan yang bergelar ayah kepada kawan-kawan abang menyambung pengajian ke luar negeri. Abang! Ayah sesekali tidak redha dengan kerajaan BN, mau tak nyer, mungkin ada dikalangan dari kawan-kawan abang yang terpaksa berhenti belajar, hanya semata-mata kerana kos sara hidup yang tak mampu disara oleh ayah depa.

Abang! Ayah ceritakan ini bukan untuk lemahkan semangat abang untuk teruskan pengajian disana, tapi ayah nak abang rasa apa yang dirasai oleh semua manusia yang bergelar ayah, abi, abah, baba, dan daddy, mereka seolah menyimpan suatu perkataan yang mereka dikunci daripada terkeluar dari mulut mereka. ” aku nak biaq anak aku belajar atau aku nak mintak dia balik..aku dah tak mampu dah “ pening kepala si ayah. Tapi bagi ayah, ayah telah menganggap usaha ayah menghantar abang untuk belajar agama adalah satu perjuangan, jika satu perjuangan maka ia pasti perlu kepada pengorbanan. Abang! Jangan sia-siakan perjuangan ayah ya… ayah yakin janji tuhan yang pasti akan membantu orang berada dijalan yang benar, ayah dah tak sempat nak belajar, tapi ayah ada saham dalam perjuangan ini untuk membuatkan ayah senyum ketika kepenatan. Ayah ada abang untuk meyakinkan bahawa zuriat ayah akan terus bersama dengan perjuagan gerakan Islam. Buat masa sekarang ni, abang belajarlah bersungguh-sungguh dan hiduplah dalam persatuan, kerana itulah yang banyak membantu abang membentuk diri dalam ilmu kepimpinan. Ayah memulakan hidup dalam perjuangan sejak bangku sekolah lagi, ayah tak mau rantaian perjuangan ini terhenti setakat ayah sahaja.

Abang! Minyak naik…barang naik…semua naik…rakyat pun akan naik, insyalah. Depa ingat kita orang kampong macam budak hingusan ka…orang kampong dah tahu apa itu suara rakyat, apa itu makkal sakti, apa itu reformasi, depa pun dah tau apa itu UMNO, dan depa dah kenal apa itu PAS. Depa tau wak naik harga minyak ja…depa tak tau kalau kita naik minyak. Abang kena belajar bersungguh2 ya, pesan kat kawan-kawan yang lain sama, kesian kat mak ayah depa yang teruk bekerja, depa kat sana duk main-main, ngaji malas. Betul ker bebudak AZHAR ada yang masuk kelab UMNO? Kalau kami yang duk kutip sekerap pun dah tau jahatnyer UMNO, tapi bebudak AZHAR sokong dan join UMNO, habaq kat depa, balik mai cari tin kosong jual kat keling, kemudian malam mai ngaji dengan kami, apa nak jadi ni, hantaq jauh-jauh ingatkan dapat jadi bomoh, rupa-rupanya dia pulak jadi jin rakyat. Pesan betul-betul tu kat depa, jangan duk jadi barua kepada musuh agama dan bangsa kita. Baiklah ayah rasa setakat ini sahaja, doakan agar keluarga hidup dalam rahmat tuhan.

Salam rindu buat anak ku.

Apa nak jadi ni..?

Aduh jika inilah yang berlaku kepada keadaan mak ayah kita yang menyara kehidupan untuk belajar kat sini. satu hemtaman yang kuat pasti akan terkena kepada kita yang tak pernah terfikir perasaan mereka. Mereka begitu bersungguh dalam menyara kita, namun sebaliknya kita seolah melepaskan batuk ditangga dalam belajar. Amanah ilmu adalah nyatakan perkara yang hak walaupun ia sepahit hempedu

Pada kali ini biarlah ku mewakili anak-anak melayu yang menyambung pelajaran mereka dengan menggunakan biasiswa FAMA ( father and Mother). Sebagai rakyat Malaysia yang memegang status mahasiswa, isu kenaikan harga minyak merupakan isu yang cukup memberi kesan kepada kami sebagai pelajar yang rasanya agak jauh untuk dilihat oleh JPA ataupun MARA. Kami mendapat tajaan terus dari FAMA, tapi Alhamdulillah dalam tak dapat tajaan mana-mana pun pelajar melayu yang menuntut di AL-AZHAR merupakan majority kat sini berbanding perubatan. Terlintas dalam hati kecil ini, lebih baik tak jadi kerakyatan Malaysia, biar sahaja rakyat Malaysia hanya jurutera, juru terbang, juru masak, jururawat, juruukur, doctor, mereka tidak pernah melihat modal insan dalam bidang agama yang akan membaiki kerobetan yang ada pada masyarakat. Tapi Alhamdulillah dengan amanah agama dan negara, kami sedia untuk membawa panji yang suci ini sekalipun perjalanan yang terpaksa dilalui penuh dengan liku-liku dan ranjau yang beduri. Inysaalah barang siapa yang ikhlas melalui jalan penuh dengan ilmu (untuk mendekatkan diri kepada Allah) Allah akan permudahkan jalannya untuk ke syurga.

Tanpa Nama berkata...

dah tgk ayah angkat ust kluar tv?? tgk kat link ni..

http://youtube.com/watch?v=k7ElnwUCDkc

mmg educated la dia tu.. hehe

ANAK BAPAK berkata...

soal baca doa dan boleh pakai tudung dalam parlimen maka saudara ezo terus memberi persoalan bahawa sekularkah malaysia..saya kira saudara boleh rujuk komen saya yang telah lepas tentang konsep dasar dan teras perlembagaan malaysia..lainlah kalau saudara terus prejudis dengan pandangan saya..maka tiada perlu diberi respon lagi..

maka di sini saya juga hendak beri soalan kepada saudara..ketika saya mengikut bapa saya bertugas di suruhanjaya tinggi malaysia di new delhi...saya berpeluang masuk ke dalam Lokh Sabha ( parlimen india )bersama adik saya yang memakai tudung..maknanya prlimen india tiada membantah siapa yang masuk pakai tudong..ada juga pegawai parlimen muslimah yang mengenakan tudong..soalannya apakah india sebuah negara islam dan menolak sekular sedangkan perlembagaannya jelas sekular..?

beberapa kes larangan memakai tudong di britain oleh pihak pusat pengajian di sana lalu dicabar di mahkamah tinggi britain akhirnya mahkamah tinggi britain mengarahkan agar pusat pengajian itu menarik balik larangan itu kerana menjaga hak kebebasan manusia untuk berpakaian..apakah britain sebuah negara islam justeru menolak sekular..?

di thailand dan india ada masjid, ada majlis agama, bahkan di india sendiri ada mahkamah syariah sepertimana di malaysia untuk menguruskan hal ehwal umat islam di sana..apakah thailand dan india sebuah negara islam dan menolak sekular,,?

saudara hanya meletak satu dua sifat sebagai justifikasi bahawa negara islam..secara logiknya saya nak tanya..kalau seekor lembu mempunyai telinga serupa macam telinga harimau..apakah lembu itu akan dipanggil harimau hanya kerana satu dua sifat seperti bertelinga macam harimau dan bermisai macam harimau..? kalau lembu itu mengaum sekalipun apakah dia boleh dipanggil harimau..? fikirkanlah...