Sabtu, 29 November 2008

DR ASRI TAMATKAN TUGAS DENGAN PENUH PENGHORMATAN

Harimau mati meninggalkan belang,manusia mati meninggalkan nama.Itu kata bidalan yang biasa kita dengar apabila membabitkan jasa tokoh-tokoh terkemuka apabila mengenangkan kembali bakti yang telah dicurahkan.

Allahyarham Dato' Razali Ismail

Hari ini,kita kehilangan seorang tokoh politik yang baru muncul namun telah lama mencurahkan bakti dalam bidang pendidikan.Allayharham Dato' Razali Ismail yang telah kembali ke rahmatullah pada 28 November secara mengejut.

Media arus perdana pernah merakamkan usaha beliau dan kegigihan beliau dalam memastikan anak bangsa menerima pendidikan yang sewajarnya terutamanya mereka yang berada jauh di pedalaman di Sabah dan Sarawak.Majalah Dewan Masyarakat,pernah merakamkan usaha beliau yang gigih itu.Semalam,anak-anak yang diusapi beliau itu,telah kehilangan seorang pemimpin yang perihatin akan nasib mereka.

Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para nabi,orang-orang yang soleh dan para syuhada syuhada.AL FATIHAH........

DR ASRI vs Dato' Noh Gadut

Di satu sudut yang berlainan,nun jauh di utara tanah air,Perlis yang pernah masyhur dengan nama PERLIS INDERA KAYANGAN,hari ini,nama tersebut telah bertukar kepada PERLIS DARUSSUNNAH,bakal kehilangan seorang tokoh muda yang lantang,ikhlas dalam bersuara dan bersemangat dalam membicarakan beberapa isu.

Dr Asri zainal Abidin akan menamatkan tugasnya sebagai seorang mufti Kerajaan Negeri Perlis.Beliau hanya akan meninggalkan jawatan mufti kerajaan negeri sahaja,namun,ketokohan beliau tetap dan masih diperlukan sebuah negara yang majoritinya Islam ini.

Beliau bukan "MUFTI PENGECUT","TUKANG AMPU" dan "LEMBU KENYANG".Beliau seorang yang berani dan lantang dalam bersuara.Ketakwaan terhadap Allah S.W.T melebihi segala-galanya.

Masih segar diingatan saya,artikel mingguan beliau,pena mufti,pernah menempelak golongan agamawan yang hanya menjadi pembaca doa dalam majlis-majlis rasmi,takut mengatakan kebenaran,hanya pandai mengampu untuk menjawat jawatan tertentu dan macam-macam lagi.

Apa yang beliau kata,ada kebenarannya.Lihatlah hari ini,golongan agamawan,lemah dan longlai.Ramai di kalangan mereka beranggapan POLITIK adalah satu-satunya elemen yang mampu mengubah situasi dengan tanpa menilai sejauh mana peranan golongan ini.

Lihat sahaja golongan agamawan dari Al Azhar.Dari mahasiswanya hingga ke graduannya.Inilah minda golongan yang dinamakan azhari dan azhariah.Namun saya percaya bukan semua begitu.

Dr Asri meninggalkan jawatan mufti PERLIS dengan terhormat.Diketahui umum.Bahkan,sebulan lepas telah dimaklumkan oleh media massa dan wawancara diadakan membincangkan isu tersebut.Ini bermakna beliau dihormati dan jasa beliau dihargai dan disanjungi.

Di sudut lain,selatan tanah air,saya agak terkejut menerima berita yang dikhabarkan oleh seorang rakan seperjuangan yang mempunyai sumber yang amat rapat dengan pihak yang berkenaan di Malaysia mengatakan bahawa MUFTI JOHOR,Dato' Noh Gadut dipecat.

Hebah di beberapa blog dan laman web yang mempersoalkan kebenaran berita berkenaan.Saya sendiri bingung.Ada yang mengatakan bahawa DYYM SULTAN JOHOR yang memecat beliau dan melantik Dato' Mohd Tahrir bin Dato' syamsuddin,sebagai mufti baru.

Ada pula pihak bahkan media arus perdana yang melaporkan beliau TAMAT KONTRAK.Tarikh yang dikatakan tamat kontrak itu adalah 7 November.Pada waktu dan tarikh tersebut,beliau berada di INDONESIA atas urusan rasmi kerajaan.

Persoalannya,bolehkah seorang yang akan tamat perkhidmatannya ditugaskan dengan tugasan rasmi di luar negara dengan dana kerajaan sedangkan pegawai tersebut akan tamat tempoh perkhidmatannya?

Akhir sekali,berita kebenaran tentang pelantikan mufti baru diwartakan.Maka,benarlah isu pelantikan mufti baru dan masih kekal persoalan berkenaan "PENAMATAN KONTRAK" mufti terdahulu.

Apakah ada cerita di sebalik apa yang terjadi ? spekulasi akan terus menjadi spekulasi.Individu terbabit,senyap dari sebarang kenyataan.Saya akhiri dengan sedikit seloka...

Seloka

INGAT!!! BACA DENGAN MATA HATI,BUKAN EMOSI....

Oh...memang hamba sedia tahu akan hal di selatan dunia itu,kumpulan tok-tok lebai memang dikesampingkan....tok-tok lebai yang kononnya diketuai TOK PETI...hanya berperanan menadah doa mengalunkan suara merdu memohon keredahaan illahi.Tok lebai yang dinamakan tok kadi di setiap daerah,pegang mata 44 sedangkan tok ketua nama DEO tuh pegang mata 52 ker 54...gitu ler gamaknya....hai....adalah juak-juak yang atas sikit,agak senang mereka itu.Dipakaikan dengan persalinan indah duduk dekat pantai lido...bukan laksmana yang jaga keamanan laut,tapi KEPIPI - KEPIPI yang seronok dengan panggilan dan pujaan.sesekali,mereka bangga dengan apa yang mereka dapat.Amiklah....hamba tak ingin..tapi tuan-tuan kena ingat...sampai bila tuan-tuan nak jadi seperti itu? Tuan-tuan bukan senang jika ada yang samakan tuan-tuan dengan lembu yang kenyang meragut rumput-rumput lalu duduk kesenangan.Lupa dengan adik-adik yang kurang makan,duduk berkelana di padang pasir menanti rahmat....

INGAT!!! HAMBA BUKAN PENDERHAKA!!!

Tiada ulasan: