Sabtu, 6 Disember 2008

WUKUF DI ARAFAH,BUKIT ANTARABANGSA ULANG SEJARAH

WUKUF DI ARAFAH

Wukuf di Arafah adalah merupakan salah satu rukun haji.Sudah pasti,saat ini,umat Islam yang datang dari segenap lapisan dari pelbagai Negara dengan tanpa mengira warna kulit,darjah dan kedudukan,semua jemaah haji diwajibkan berada di Arafah menjelang waktu zohor pada tanggal 9 zulhijjah.

Apabila masuk sahaja waktu zohor,para jemaah haji akan mula meyempurnakan rukun haji tersebut. Mereka berada di sana sehingga waktu subuh pagi raya aidiladha.Bagi umat Islam yang tidak mengerjakan haji,disunatkan berpuasa di hari arafah tersebut.

Signifikannya,wukuf di arafah mengajak umat Islam mengerti dan menjiwai satu hari yang mana dijanjikan akan berlaku kelak.Dengan pakaian ihram,umpama kain-kain kapan yang telah membaluti jasad-jasad yang tersemadi,bangkit berkumpul di satu tempat bernama padang mahsyar.Pemimpin tidak lagi berbangga dengan darjah kebesarannya,orang kesayangan akan hilang di sisi dan kekayaan harta hilang entah kemana.Hanya yang tinggal adalah amal ibadah dan kebajikan yang telah dilakukan semasa hayat.Sebab itulah,jemaah haji disunatkan memperbanyakkan talbiah,tahlil dan bertasbih sepanjang wukuf di arafah.

Semoga sahabat-sahabat yang mengerjakan jemaah haji tahun ini mendapat haji yang mabrur.

TRAGEDI HIGHLAND TOWERS

Teringat semasa mula-mula menjejakkan kaki ke alam pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Bentara Luar Batu Pahat.Sebuah sekolah harian di bawah kementerian pelajaran.Waktu itu,saya suka menyertai persatuan Bulan Sabit Merah.Antara aktiviti persatuan adalah mempelajari aspek asas bantuan kecemasan.

Saya ikuti aktiviti tersebut dengan penuh minat barangkali terkesan dengan rasa simpati dengan tragedi HIGHLANG TOWERS yang mana kerja-kerja menyelamat giat dijalankan.Tanpa berselindung,saya pernah bercita-cita untuk menjadi seorang doktor perubatan.Cita-cita tersebut telah terkubur,namun saya bakal menuju gelaran DOKTOR FALSAFAH apabila memilki Ijazah Doktor Falsafah kelak,insyaallah.

11 Disember 1993.Satu tarikh yang telah mencatatkan peristiwa hitam di tanah air kita.Bukan letupan bom ala tragedi Mumbai,bukan juga ala 11 september ,bahkan satu tragedi yang membabitkan bencana alam yang telah meragut 43 nyawa.

Sebuah kondiminium mewah menyembah bumi.Puncanya adalah struktur tanah berhampiran yang menyebabkan berlakunya peristiwa hitam tersebut.

Hari ini,hampir genap lima belas tahun ulang tahun tragedi tersebut.Satu lagi peristiwa hitma berlaku berhampiran kawasan yang sama.Bukit Antarabangsa ,HULU KELANG,itulah lokasi yang mencatat sejarah hitam.

Pelbagai persoalan timbul.Agak terkejut dengan apa yang paparkan oleh buletin utama tv3.Kali ini,runtuhan tanah telah menimbuskan beberapa buah banglo di lokasi berkenaan.

Saya bukan arkitek atau jurutera,namun,persoalannya,apakah pihak berkenaan tidak boleh belajar dari apa yang telah berlaku? Jika benar kawasan HULU KELANG adalah kawasan tadahan air dan cerun bukit yang berisiko tinggi,mengapa masih ada projek yang dilaksanakan di sana?Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) harus bersikap tegas dan lebih mengutamakan keselamatan masyarakat awam.

Memang benar permintaan terhadap pemilikan tempat tinggal tinggi,namun,kawasan-kawasan yang berisiko tinggi di lereng-lereng dan cerun-cerun bukit tidak selagi selamat didiami berdasarkan beberapa tragedi tanah runtuh.

Hari ini,6 Disember berlaku sekali lagi tragedi seperti yang pernah berlaku.Keterangan dari pakar-pakar berkenaan harus diambil kira oleh PBT selepas ini sebelum meluluskan sesebuah projek.Bukan sahaja di BUKIT ANTARABAGSA,akan tetapi di semua kawasan yang mempunyai risiko yang sama.

Takziah kepada keluarga mangsa.

Tiada ulasan: