Isnin, 26 Januari 2009

KOMEN PILIHANRAYA KECIL KUALA TERENGGANU





Assalamualaikum!

Para blogger sekalian...

Maaf,terlewat untuk saya membuat ulasan berhubung isu terkini "kemenangan PAS di Kuala Terengganu" baru-baru ini.

Timbunan tugas yang diberikan oleh pihak universiti untuk menyiapkan assignment telah menyebabkan saya tidak mempunyai banyak masa untuk menulis blog.Apatah lagi proses membuat rujukan giat saya jalankan.

Terlalu awal untuk kita katakan bahawa kemenangan PAS dalam PRK Kuala Terengganu baru-baru ini adalah kekuatan pakatan rakyat dan umpama dua parti di Amerika Syarikat,DEMOKRAT dan REPUBLIKAN.

Masing-masing saling bergiliran memenangi pilihanraya di Amerika Syarikat.Mungkin satu masa nanti Malaysia akan mengikut jejak langkah Amerika jika "pakatan rakyat" matang dan dapat diterima seluruh rakyat Malaysia.Ianya bergantung kepada keadaan semasa.

Apa yang saya lihat dari jauh,berdasarkan sedikit pengalaman di Malaysia,pengundi Melayu mempunyai banyak sentimen.Sama ada faktor agama,integriti dan hala tuju masa depan.Ini antara faktor utama yang mempengaruhi undi melayu.

Namun,di Kuala Terengganu,saya tidak berani untuk mengakui bahawa kekuatan calon PAS dan kelemahan calon BN adalah punca kekalahan BN.Ini adalah kerana serangan peribadi adalah senjata ampuh PAS dalam apa jua pilihanraya sama ada pilihanraya umum atau kecil.Tambahan pula rakyat bahawahan dan pengundi mudah terpengaruh dengan segala momokan yang datang lebih-lebih lagi dari pembangkang.Ini adalah zaman di mana pengundi lebih percaya dengan media pembangkang!!! ini mungkin andaian saya yang melampau.

PENGUNDI GOLONGAN MUDA
Ketika PRK KT berlangsung saya berada di Mesir.Namun pengalaman enam bulan (Mei 2008-Oktober 2008) mendekati rakan dan taulan sebaya dari pelbagai latar belakang dari ahli akademik hingga ke pekerja bawahan,saya dapati,kebanyakkan mereka lebih terpengaruh dengan dakyah pembangkang dan mempunyai tiga faktor utama seperti yang telah saya sebutkan tadi dalam diri mereka.

Pengundi muda mahukan perubahan!!! bagi mereka,ingin melihat resepi pembangkang.Ini adalah kerana golongan muda telah didampingi oleh pembangkang seawal di zaman pembelajaran di Universiti sama ada dari dalam negara atau luar bagi golongan terpelajar.Bagi golongan bukan graduan Universiti,mereka didekati dengan isu-isu yang dilihat membela nasib mereka seperti pelbagai intensif untuk "rakyat" khususnya isu SUBSIDI!! golongan ini amat memerlukan bantuan dan perhatian sesuai dengan taraf ekonomi yang semakin meningkat di Malaysia.

Pembangkang telah berjaya mendampingi golongan ini.Golongan ini mempunyai pelbagai perpektif terhadap Barisan Nasional dan UMNO.Sebahagian perspektif adalah benar,namun,adalah dikesali dengan sebahagian lagi yang barangkali tidak benar dan hanya dikuasai oleh emosi belaka.

BARISAN NASIONAL khususnya UMNO perlu kembali mendekati pengundi muda dan bakal pengundi muda.Jika situasi hari ini dibiarkan dan tanpa inisiatif khusus,undi golongan ini akan menyumbang kemenangan pakatan rakyat dalam pilihanraya umum akan datang.

Ringkasnya,UMNO dan BN masih kuat.Majoriti kemenangan PAS di PRK KT masih membuktikan bahawa BN dan UMNO mendapat undi dan penyokong.Jika benar Pakatan Rakyat itu kuat,maka negara kita sebenarnya ke arah kematangan rakyat berpolitik dan sudah tentu ianya akan lebih mematangkan UMNO dan BN.

Fakta yang sedia ada tidak boleh disangkal,bahawa UMNO adalah pejuang bangsa melayu yang membela raja-raja melayu dan hak melayu walaupun memperakui hak-hak bangsa lain dan sudah tentu jasa yang paling besar UMNO adalah kemerdekaan negara Malaysia.

Apa yang saya harapkan ialah kemetangan kedua-dua kumpulan atau parti sama ada UMNO atau BN dan pakatan rakyat.Demokrasi sentiasa menjadi paksi dalam amalan berpolitik di Malaysia.

Sebagai seorang yang bercita-cita untuk menjadi ahli akademik,saya berusaha untuk tidak menyebelah mana-mana pihak,namun,sokongan peribadi tehadap mana-mana parti adalah hak sebagai rakyat Malaysia.

Di kesempatan ini,saya menyeru kepada semua,jadilah seorang yang menyokong secara rasional dan bukan menyokong secara taksub dan membuta tuli....

1 ulasan:

ahLan WaSaHLaN berkata...

salam ziarah..teruskan penulisannmu..semoga mempunyai manfaat...