Jumaat, 30 Januari 2009

PAS lancar program mem"PAS"kan mahasiswa-mahasiswa dan Graduan Al Azhar, Mesir ( ULASAN SIRI PERTAMA).










Assalamualaikum para blogger sekalian!!

Usaha Al Azhar sebagai sebuah institusi pendidikan Islam terulung dan sederhana dalam segala aspek bakal tercemar apabila satu usaha rakus untuk menjadikan graduan Al Azhar sebagai seorang yang berfikiran "MESTI SOKONG PAS" dan "HANYA PAS BOLEH BAWA PERUBAHAN DI MALAYSIA" selain POLITIK MEMBENCI DAN HASUTAN telah dilancarkan pada 30 januari 2009 bertempat di dataran hayyu asyir.

Pada tarikh dan tempat tersebut yang terletak di Kaherah,Mesir,bermula seawal jam 9 malam,enam ahli parlimen Malaysia telah memberikan satu ucapan yang berapi-api dan hasutan demi hasutan disuntik kepada semua audian yang hadir dikalangan mahasiswa-mahasiswa Malaysia pengajian islam dan perubatan.Penceramah yang hadir ialah:

1) YB Dato' Seri Haji Hadi Awang

2) YB Salahuddin Ayob

3) YB Dr Zulkifli Ahmad

4) YB Dr Mujahid Yusof Rawa

5) YB Dr Lo'Lo' Ghazali

6) YB Nasir Zakaria

7) YB Dr Hatta Ramli

Semua mereka adalah ahli parlimen Malaysia dari PAS.Sejak dari dahulu,kedengaran suara-suara sumbang persatuan-persatuan di Mesir mengatakan bahawa mereka bukan persatuan politik.Mari kita lihat,sejauh manakah kebenaran akuan mereka ini?

MOMENTUM PRU KE 12
Pilihanraya umum ke 12 yang lalu telah menyaksikan satu perubahan lanskap politik Malaysia dimana,UMNO dan BN hilang majoriti dua pertiga kerusi di parlimen.Bahang kepanasan tersebut turut dirasai oleh pelajar-pelajar di timur tengah terutamanya di Mesir bahkan tidak terlampau jika saya katakan di Jordan dan Syiria juga.

Di Mesir,terdapat sebuah tapak milik KEDUTAAN BESAR MALAYSIA KAHERAH yang terletak di HAYYU ASYIR,MEDINAT NASR,KAHERAH yang dikawal selia oleh rumah negeri selangor bahkan,berdasarkan beberapa sumber,kawasan lapang tersebut telah dibeli oleh kerajaan Negeri Selangor semasa zaman YB Datuk Seri Khir Toyo dahulu.

Tapak tersebut menjadi salah satu tempat tumpuan utama pelajar-pelajar Mesir untuk dikumpulkan selain di Dewan Besar Dewan Malaysia Abbasiah kaherah (DMAK).

Apa yang berlaku hari ini,sejak kemenangan Pakatan Rakyat di Selangor,tapak tersebut telah dimanfaatkan semaksima mungkin untuk menyampaikan dakyah pro pembangkang.Antara individu yang telah menyampaikan ceramah PRO PEMBANGKANG di situ sejak pasca 8 Mac 2008 ialah Tuan Ibrahim Tuan Man,YB Dato' Husam Musa selain enam pemimpin yang telah saya sebutkan tadi.

SEJAUH MANAKAH KEBENARAN ITU?
Persoalannya,apakah benar persatuan-persatuan pelajar terlibat secara langsung dalam menjayakan ceramah tersebut? saya katakan TIDAK.Jika demikian,bagaimana?

Pertama,edaran maklumat yang kurang pasti melalui kemudahan-kemudahan sedia ada seperti YAHOO MESSENGER,SMS,EMAIL adalah antara sebaran awal untuk memaklumkan kepada mahasiswa bahawa terdapat sebuah ceramah di lokasi tertentu seperti di hayyu asir.

Kedua,apabila maklumat telah diterima,Para petugas program ini akan melihat lokasi dan membiarkan ianya seperti biasa seolah-olah tidak akan ada sebarang majlis bakal diadakan melainkan di saat-saat akhir seperti satu atau dua jam sebelum majlis dijangka bermula.Waktu yang diwar-warkan hanya waktu GIMIK di mana aktiviti lain akan diadakan seperti tanyangan video,ucapan-ucapan dan seumpanya.

Nah! dimana khidmat persatuan pelajar? Mereka hanya bertindak di sebalik tabir dengan menggunakan "DOWN LINE-DOWN LINE" sedia ada yang memang telah direkrut untuk tujuan itu.Mereka terdiri dari kalangan ahli biasa yang tidak memegang sebarang jawatan dalam persatuan tersebut.Ini adalah satu teknik bagi mengelakkan keterlibatan mereka dihidu.

Jika ditanya kepada pimpinan PMRAM atau persatuan kebajikan anak-anak negeri yang lain,mereka hanya akan kata "tidak tahu" atau "dengar-dengarnya macam tuh lah.." sedangkan mereka amat mengetahui perancangan majlis tersebut.

Itu sitausi di Kaherah.Jika mengharapkan semua warga mahasiswa kaherah turun hadir majlis tersebut,kebarangkalian untuk diduga keramaiannya adalah TIPIS,oleh yang demikian,perlu ada sokongan dari rakan-rakan mahasiswa lain yang minat untuk mendengar dari luar Kaherah,mereka harus berada di samping majlis.

Untuk itu,beberapa buah van atau dalam bahasa arab MESIR "MACRO BUS" atau masyhur di kalangan mahasiswa di sini "tramco" yang memuatkan maksimum 12 orang di dalam kenderaan berkenaan diperlukan untuk mengangkut membawa mereka bagi tujuan meramaikan hadirin.

Maka itu kerja "DOWN LINE-DOWN LINE" untuk menguruskannya.Sesudah itu,kita akan lihat,bilangan yang ramai ini adalah sebenarnya juga dibantu oleh rakan-rakan dari luar Kaherah.Buktinya,seperti majlis ceramah pada 30 januari tadi,kelihatan banyak van-van yang menunggu dan tersadai di kawasan berdekatan majlis diadakan.

Menurut sumber yang amat boleh dipercayai,dari daerah TANTA (luar KAHERAH) sahaja,sebanyak 6 van tersedia tidak termasuk van-van dari daerah ISKANDARIAH.

Jika sebuah van memuatkan 12 orang,enam buah van boleh memuatkan seramai 72 orang.Itu hanya dari daerah TANTA sahaja.Tidak hairanlah jika bilangan yang hadir malam tersebut mampu memenuhi dataran kerana bantuan "orang luar" amat cukup menghangatkan bilangan yang hadir walaupun kehadiran dari Kaherah hanya 50 pelajar.Jika bilangan mereka hanya seratus orang sekali pun,bantuan dari daerah-daerah luar Kaherah,akan menggandakan jumlah hadirin.

Teknik yang menarik!!! Persatuan, seperti biasa akan mengatakan,seperti yang telah diluahkan terutamanya persatuan induk mereka,PMRAM.Mereka cukup licik bagi memastikan kelangsungan majlis ini.Jika ada tuduhan kelak,mereka akan menolak dakwaan tersebut dan sampai kiamat pun,tiada siapa yang akan jumpa bukti kebersamaan dan sokongan mereka.Mereka akan kata,itu usaha individu,bukan persatuan.Namun,saya ingin bertanya di sini,apakah perbezaan antara penglibatan "INDIVIDU" dan "INDIVIDU YANG TELAH DIPERGUNAKAN" ? mereka sendiri tahu jawapannya.

ADIL DAN JANGAN MENIPU
Tidak salah untuk hadir.Tapi biarlah adil dalam hal ini.Jika Kelab UMNO atau persatuan lain yang anjurkan,pasti ada pihak mempersoalkan,dari mana datang van tersebut,siapa yang biaya,mereka pandai angkut orang untuk meramaikan majlis dan akan ada aktiviti hasut-menghasut sedangkan,tanpa mereka sedar,mereka tidak lebih seperti kata dulang paku serpih,kata orang,hmmm...awak yang lebih....

Sebelum terlupa,tajuk majlis ceramah,akan menjuruskan kepada sesuatu yang bukan POLITIK dan lebih kepada sesuatu isu yang sesuai dengan keadaan semasa seperti MAULID NABI (majlis tuan ibrahim tuan man) dan PALESTIN MENANGIS (pada 30 Januari 2009).Mereka yang berminat dengan tajuk tersebut,ingin melihat kupasan isu berdasarkan perspektif penceramah,namun apabila majlis berlangsung,kupasan tajuk,hanya sekitar 20 peratus dan kadang-kadang tidak sampai pun.Selebihnya adalah politik membenci dan hasutan.

Pandai tak mereka menipu? apa taknya,PENIPU!!!!!!


BERSAMBUNG.....

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=019099&Itemid=85

Dah dasar UMNO = SARKAS

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum saudara..

ni 1st time saya baca blog ni.
saya sangat tertarik dgn gaya bahasa saudara yg cukup matang dan tersusun.
tahniah

cuma..sy pelik..sebagai seorang pelajar al azhar yg sentiasa dibasahi dgn ilmu Allah dan rahmatnya, saudara sngt2 menentang PAS yg memperjuangkn Islam.

blh saudara jelaskn?
ini email sy
ibnudaud02@gmail.com

semoga saudara sentiasa di dlm rahmat dn penjagaan Allah..

Tanpa Nama berkata...

saya sangat setuju dengan tulisan ini!

Tanpa Nama berkata...

UMNO/BN adalah parti sekular dan kebangsaan..sekular berasal dari Yahudi laknatullah...ingatlah belajar azhar semakin cerah, rupanya enta ni semakin gelap...

PAS adalah parti Islam, memperjuangkan Islam agar Dunia sekarang diperintah oleh Islam...

- Graduate from Shoubra 2003 -

Tanpa Nama berkata...

UMNO/BN adalah parti sekular dan kebangsaan..sekular berasal dari Yahudi laknatullah...ingatlah belajar azhar semakin cerah, rupanya enta ni semakin gelap...

PAS adalah parti Islam, memperjuangkan Islam agar Dunia sekarang diperintah oleh Islam...

Graduate from Shoubra 2003

Tanpa Nama berkata...

Apa yang ada dlm fikiran awokk nih..

Tanpa Nama berkata...

oh?so yg PMRAM2 ank2 PAS tu dok mkn duit plajar baru tu halal la?cerah la mase depan?200USD xbyk ke?yg pki kopiah tp dok mkn duit junior tak malu ke pki kopiah?bgs sgt ke?ape xde hati perut ke?bdk2 baru nk masok.xde duit genih lg.korg da tibai 200USD.xde hati perut langsung.klo adik2 korg kne ko xrse sakit hati ke?PAS tu klo bgs sgt.klntan da maju jaya da.xya nk sebok selindung disebalik DAP.dok mintak tlg cina2 gk.cina islam xpe gk.nh kapir gk kn?saudara tuan punya blog klo ade mslh kt luar xpe.rmi yg myokong.dan kami paling benci pemeras wang bertopengkan islam.a disgrace to our religion.