Khamis, 14 Mei 2009

DATUK ZAINAL TAMAT TUGAS,TUAN HAJI PUZI PANGKU JAWATAN


Tuan Haji Mohd Puzi Bin Dahman,(tengah) sedang menyaksikan upacara serah tugas pegawai kebajikan anak negeri Kedah di Mesir.


Datuk Zainal Abidin Bin Abdul Kadir,bekas Duta Besar Malaysia ke Mesir (Mei 2005-Mei 2009)

KAHERAH 14 Mei - Datuk Zainal Abidin Bin Abdul Kadir telah menamatkan tugas beliau sebagai DUTA BESAR MALAYSIA KE Mesir semalam.Beliau dikatakan berangkat mengerjakan umrah dahulu sebelum berangkat pulang ke tanah air.

Beliau dilantik sebagai duta besar pada Mei 2005 menggantikan Allahyarham Dato’ Abu Bakar yang meninggal dunia ketika masih dalam perkhidmatan.Antara jasa Datuk Zainal adalah berusaha meningkatkan bilangan kepakaran melayu dengan mengadakan hubungan dua hala antara Malaysia dan Mesir dengan lebih erat sehingga berjaya menambah bilangan penghantaran pelajar perubatan ke Mesir.

Beliau juga sering muncul di kaca televisyen Mesir sebagai tetamu undangan dalam membahaskan hubungan dua hala.Beliau berjaya menggunakan pendekatan diplomasi dengan persatuan pelajar yang berhaluan kiri dan konvokesyen mahasiswa Al Azhar berjaya dianjurkan sejak tahun 2006 dibawah naungan KEDUTAAN BERSAR MALAYSIA KAHERAH.

Sehubungan dengan itu,Tuan Haji Mohd Puzi Bin Dahman,Penasihat Kedutaan atau Ketua Canseri Kedutaan akan memangku jawatan Duta Besar Malaysia Ke Mesir sebagai KUASA USAHA SEMENTARA.Beliau pernah memangku jawatan penting itu pada hujung 2004 hingga Mei 2005 selepas kematian Datuk Abu Bakar sehingga pelantikan Datuk Zainal Abidin sebagai Duta Besar.Beliau adalah seorang Pegawai Tadbir Diplomatik yang mempunyai pengalaman yang luas.

Berkenaan pengganti Duta Besar,menurut satu sumber yang rapat dengan kedutaan bahawa Duta Besar yang baru akan dilantik setelah menjalani beberapa proses yang ditetapkan.Kedutaan akan menerima nama dari Kementerian Luar MALAYSIA dan mengajukannya kepada pihak Kerajaan Mesir.Setelah mendapat persetujuan dari Mesir,barulah Duta Besar yang baru akan dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-pertuan Agong.

Tiada ulasan: