Rabu, 25 November 2009

ISU PEMBACAAN KUTUB SITTAH : PMRAM TAKUT DAN RAIH SIMPATI (BAHAGIAN DUA)

SERBUAN PMRAM PADA 14 OKTOBER 2009 (perkataan "serbuan" adalah sesuai untuk situasi tersebut kerana PMRAM langsung tidak membuat sebarang temu janji dan terus meluru masuk ke Pejabat Pengarah MSD Cairo)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Para Blogger yang saya hormati sekalian,

Kali ini,saya ingin mengajak para blogger sekalain,bersama-sama saya berkongsi pendapat,apakah patut isu pembacaan kutub sittah ini timbul setelah kita mengetahui punca isu yang disembunyikan oleh sebelah pihak.

SURAT YANG MENAKUTKAN

Akhirnya,persoalan yang tersimpan di benak fikiran kita terjawab juga apabila PMRAM membesar-besarkan isu ini.Punca sebenarnya isu ini bukanlah MSD CAIRO atau JPMK menghalang program berkenaan akan tetapi isu sebenarnya adalah PMRAM risau dan TAKUT terhadap surat MSD kepada pihak Al Azhar.

Ini adalah kerana pekong yang lama disembunyikan akhirnya terbuka juga.Selama ini,MSD Cairo boleh dikatakan "berlembut" dan enggan untuk menyatakan siapa PMRAM sebenarnya di sisi pihak Malaysia dan KEDUTAANNYA.

Banyak sudah tindakan halus yang jelas menentang MSD dan mencabar entiti berkenaan tidak diambil peduli dan pihak berkenaan hanya bersabar.Kedatangan Prof Madya Dr Jamil akhirnya berjaya menangani perkara ini.

Seboleh-bolenhnya,PMRAM cuba memperlihatkan bahawa mereka benar dalam isu pembacaan kutub sittah ini.Tohmahan MSD cuba gagalkan program tersebut bukan sahaja tidak benar,bahkan satu cara menarik perhatian mahasiswa terbanyak agar menyebelah mereka dan bangkit mempertahankan PMRAM sekiranya "berlaku" apa-apa yang tidak diingini kesan dari surat yang telah menjadi rujukan di Al Azhar berkenaan.

Tiada ungkapan yang wajar saya katakan di sini berdasarkan tindakan PMRAM ini melainkan PMRAM TAKUT DENGAN SURAT YANG DIHANTAR KEPADA AL AZHAR.

WAJARKAH PMRAM SERBU PEJABAT JPMK

Ketakutan PMRAM terhadap surat yang telah menjadi rujukan tersebut telah menyebabkan PMRAM menggelabah dan segera "menyerbu" pejabat MSD Cairo.Perkara tersebut berlangsung pada 14 Oktober 2009.Beberapa Badan Pengurus PMRAM dan YDP negeri kelihatan bersama-sama dalam serbuan berkenaan yang bertujuan kononnya menunjukkan kekuatan PMRAM.

Persoalannya,mengapa MSD (JPMK) yang diserang? Jelas bahawa ACC membatalkan berdasarkan arahan AL AZHAR dan bukannya MSD.Adakah kita bergelar "murid sekolah rendah" yang datang ke Mesir ini sehingga tidak dapat membezakan dua entiti.ACC dibawah AL AZHAR sementara JPMK hanyalah satu agensi dalam Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) yang sudah tentu tidak boleh mempengaruhi mana-mana agensi dibawah kerajaan Mesir kerana KBMK adalah wakil kerajaan luar negara di Mesir ?

Betapa dangkalnya pihak PMRAM sehingga menyalahkan MSD cuba menggagalkan program kutub sittah tersebut hanya kerana surat yang difakskan oleh pengarah MSD Cairo.Siapa MSD yang boleh mempengaruhi AL AZHAR? AL AZHAR adalah merupakan sebuah institusi penting kerajaan Mesir yang diketuai oleh Syeikh Al Azhar yang mana syeikh AL AZHAR setaraf dengan jawatan PERDANA MENTERI MESIR.

Dimanakah kedaulatan Mesir sebagai sebuah negara yang bebas dari pengaruh luar? sudah tentu tindakan AL AZHAR yang tidak membenarkan PMRAM mengadakan majlis Kutub Sittah di ACC hanya untuk mengajar pihak PMRAM yang kebanyakkan adalah ANAK AL AZHAR tentang betapa pentingnya menghormati sebuah kerajaan seperti mana yang dilakukan oleh AL AZHAR! Program KONVOKESYEN yang bakal diakan di akhir majlis kutub sittah tersebut barangkali juga telah mendapat perhatian AL AZHAR sehingga mendorong AL AZHAR bertindak.

Oleh yang demikian,bukan MSD sahaja yang terlibat dalam isu ini bahkan AL AZHAR secara langsung.Apakah wajar PMRAM menyerbu pejabat MSD Cairo pada 14 Oktober sementara pihak AL AZHAR langsung mereka tidak serbu sekurang-kurangnya Timbalan Syeikh Al Azhar atau Setiausaha Syeikh Al Azhar?

Takut AL AZHAR dan berani dengan MSD adalah jawapan yang tepat.Biar pun yang terlibat dua pihak,AL AZHAR dan MSD akan tetapi PMRAM hanya melibatkan MSD kerana khuatir pihak keselamatan akan "bertindak" pula berdasarkan arahan AL AZHAR kelak.Demi jaga "periuk nasi" PMRAM untuk survivalnya,cukup dengan satu pihak dikambing hitamkan.

DIALOG YANG SEGAJA MENGHASUT MAHASISWA

Bukan sahaja "serbuan" 14 Oktober tidak wajar berlaku,bahkan PMRAM membuat satu tuntutan yang tidak masuk akal bahkan satu tindakan yang amat "kurang sopan" terhadap wakil kerajaan Malaysia di Mesir.

PMRAM dengan berani menuntut tiga perkara berikut dalam "serbuan" berkenaan:

1) membersihkan nama PMRAM secara rasmi di peringkat AL AZHAR
2) memohon maaf secara rasmi dan terbuka kepada seluruh peserta kutub sittah
3) mengadakan dialog terbuka bersama seluruh mahasiswa di Mesir.

Apakah wajar tuntutan berkenaan? Mengapa hanya MSD yang disebut? Di mana AL AZHAR? Mengapa PMRAM tidak meminta AL AZHAR menolak surat MSD tersebut berdasarkan ianya FITNAH jika PMRAM benar-benar "berkuasa" seperti didakwa dihadapan mahasiswa terutamanya mahasiswa baru!

Tuntutan PMRAM agar MSD membersihkan nama PMRAM di peringkat AL AZHAR menunjukkan bahawa kehebatan PMRAM yang sering dilaung-laungkan selama ini adalah retorik semata.

Buktinya,PMRAM tidak mampu berbuat apa-apa terhadap AL AZHAR hanya kerana surat bnatahan KONVO PMRAM dari pihak MSD.Ini membuktikan bahawa PMRAM sebenarnya bermimpi di siang hari kononnya mereka lebih berkuasa di Mesir di mata pihak berkuasa Mesir.
Hakikatnya adalah sebaliknya.

PMRAM juga membuat tuntutan MENGARUT kerana hanya menuntut MSD meminta maaf secara terbuka kepada peserta MSD.Telah saya nyatakan bahawa SIAPA MSD untuk membatalkan penggunaan ACC? ACC dibawah AL AZHAR! Sepatutnya PMRAM tuntut AL AZHAR yang diketuai oleh SYEIKH AL AZHAR mohon maaf secara terbuka kepada peserta kutub sittah kerana AL AZHAR yang mengarahkan pengurusan ACC tidak membenarkan PMRAM menggunakan ACC.Kenapa MSD yang menjadi mangsa?

Dialog yang diadakan pada 21 Oktober hanyalah satu tindakan menarik simpati dan menghasut mahasiswa kita agar benci kepada wakil kerajaan seperti MSD.Ini adalah kerana sehari sebelun dialog tersebut,program pembacaan kutub sittah telah berjaya melabuhkan tirainya.Mengapa perlu diadakan sebuah dialog kalau bukan ada tujuan lain?

Seperkara lagi,Pengarah MSD sendiri telah memaklumkan kepada penganjur bahawa beliau tidak dapat hadir.Mengapa perlu diteruskan program dialog berkenaan.Dengan siapa dialog tersebut akan berlangsung? Apakah penganjur terfikir perkara tersebut.Akhirnya dialog bertukar menjadi program "tunjuk perasaan" dan "rapat umum".

Saya yang hadir dan tidak mewakili mana-mana pihak pada ketika itu sendiri hampir ditumbuk oleh "budak" PMRAM yang taksub dari Kelantan.Apalagi kalau Dr Jamil yang hadir.Saya pasti Dr Jamil menjadi objek yang akan diserang berdasarkan emosi yang tidak terkawal dari kalangan "budak-budak kurang matang".

Jika ada yang merakam ucapan mereka yang bercakap pada malam tersebut,jelas,dialog tersebut adalah merupakan satu hasutan.Kerajaan perlu memandang berat hasutan tersebut kerana mereka adalah merupakan pemegang paspot Malaysia.Bukan itu sahaja,pihak keselamatan Mesir perlu tahu siapa PMRAM sebenarnya dan aktiviti hasut tersebut.Mustahil pihak keselamatan membenarkan ianya dilakukan berdasarkan dasar keselamatan negara ini.Sudah pasti, "ada" lakonan dan "sesuatu" yang tersembunyi menggunakan nama "kedutaan" seperti apa yang berlaku dalam ceramah ANWAR IBRAHIM seperti yang pernah saya dedahkan sebelum ini.

D.E.S.A.K MEMANG TERDESAK

Dialog pada 21 Oktober berakhir dengan penubuhan DESAK yang berfungsi mendesak tuntutan PMRAM terhadap JPMK.Walaupun ada suara-suara halus yang tidak mengakui hubungan antara DESAK dan PMRAM,akan tetapi,kronologi isu pembacaan kutub sittah ini dan penglibatan langsung PMRAM tidak dapat dinafikan.

Ini adalah kerana DESAK ditubuhkan pada malam dialog tersebut sebelum audion berpisah dari majlis.Dialog tersebut dianjurkan oleh PMRAM.Bahkan PMRAM sendiri tidak pernah menafikan bahwa DESAK sayap kanan PMRAM dalam isu pembacaan kutub sittah.

DESAK nampak begitu terdesak melihat masa depan PMRAM yang bakal berhadapan segala macam kemungkinan berdasarkan surat rujukan di AL AZHAR.DESAK menjalankan tugas meraih simpati seramai mungkin dari mahasiswa kita.

Apa yang patut diDESAK berdasarkan surat yang telah dihantar oleh MSD kepada AL AZHAR adalah mendesak kerajaan Mesir atau pihak keselamatan Mesir agar menyiasat surat tersebut setrusnya mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat dengan pengkaderan dan menghasut mahasiswa.

Ini tidak dilakukan oleh MSD dan jelas "ayah" masih sayangkan "anak" walaupun nakal dan kurang sopan bahkan derhaka.Itulah kasih sayang seorang ayah.......

2 ulasan:

Unknown berkata...

salam..penulisan us.mmg menarik.
tp bg sy,yg salah tetap salah.wallahua'lam.
Satu pihak kata dia yg salah,begitu juga sebaliknya.

Dan saya difahamkan isu ini sudah diselesaikan antara kedua pihak.Jadi xperlulah us.panjangkan lagi perkara ini.

Satu saya nak tanya...us.ikut xprogram kutub sittah ni?

Ezo berkata...

Terima kasih atas komen anda "am".Sudah selesai isu ini...menarik.Saya pun fikir begitu.Tapi bagaimana yer...betul-betul selesai ker? Siapa yer yang besar-besarkan sampai ke Parlimen dan apa khabar ROAD SHOW DESAK? Selesai ker namanya tuh? harap dapat fikir-fikirkan...