KIBARAN BENDERA PARTI PAS
Untuk pertama kalinya,dengan berani,entri blog kali ini akan membicarakan isu berkaitan politik tanah air.Mungkin isu yang saya bangkitkan ini tidak sehebat penganalisis politik di Malaysia,namun,ianya satu telahan dan cetusan graduan dari Al Azhar atau graduan universiti timur tengah yang baru sahaja lahir dalam komuniti graduan yang sedang merangkak untuk lebih menitik beratkan soal politik tanah air tercinta,Malaysia tanah tumpah darahku.
Dari Mesir saya meninjau perkembangan politik menerusi laman-laman web akhbar arus perdana tanah air.Utusan,Berita harian,Harakah,Keadilan rakyat dan rakaman buletin utama menerusi http://www.tv3.com.my/ adalah bacaan dan tuntunan wajib saya setiap hari.
Teka-teki bilakah pilihanraya ke 12 terus menjadi permainan hebat dan satu persoalan yang hangat untuk saat dan ketika ini.Ini adalah kerana pilihanraya umum hanya akan diketahui apabila YAB Perdana Menteri mengumumkan tarikhnya.
Pelbagai bayangan dan klu dari beliau.Kelmarin beliau mengumumkan bahawa ""(Saya) sudah dekat nak umumkan" ,menurut akhbar arus perdana.
Apa pun,saya berminat untuk membincangkan sebuah negeri di utara tanah air,negeri Kedah Darul Aman.Negeri yang terkenal dengan jolokan "JELAPANG PADI" ini dilihat mempunyai pelbagai isu menarik untuk dibincangkan.
Mungkin ada orang yang akan tertanya-tanya,apakah gerangannya saya mengutarakan isu ini sementelah saya adalah merupakan anak jati negeri Johor.Lebih patut dan elok,jika saya membincangkan isu politik berkenaan negeri Johor.
Saya memilih untuk membincangkan isu politik di negeri Kedah kerana pelbagai faktor.Lebih-lebih lagi saya pernah tinggal beberapa tahun di negeri terbabit sepanjang pengembaraan menunut ilmu bahkan saya berjaya ke Universiti Al Azhar menerusi peperiksaan STAM tahun 2002 di sebuah pusat peperiksaan di negeri Kedah dan pernah belajar di sana.
Negeri Johor mempunyai masa depan politik yang amat cerah.Barisan Nasional mempunyai kedudukan yang selamat pada ketika ini.Hanya sebuah kerusi pembangkang yang dimenangi oleh PAS pada PRU ke 11 lalu,akan tetapi kemenangan tersebut hanya kemenangan teknik dan bukan pembuangan undi.
Negeri Kelantan dan Terengganu mempunyai corak politiknya tersendiri.Unik dan perlu juga diperbincangkan pada masa akan datang,Justeru,PAS amat mengidam-idamkan dua buah negeri ini termasuk negeri Kedah.
Jika di Kelantan dan Terengganu,PAS telah berjaya melakar sejarah gemilangnya apabila berjaya menawan negeri-negeri tersebut pada PRU ke 10 tahun 1999 dan Hampir setiap pilihanraya umum,PAS pasti akan menyatakan kesediaan serta cita-citanya untuk menawan tiga buah negeri majoriti bangsa melayu itu,Terengganu,Kelantan dan Kedah.
Namun,di Kedah,PAS tidak boleh melancarkan serangan padunya di negeri tersebut.Mengapa? akan saya nyatakan satu persatu.Jika dilihat dari sejarah pilihanraya umum tahun 1999,PAS dibawah Almarhum Dato' Haji Fadzil Nor,hampir menewan Kedah.Majoriti kerusi Parlimen Kedah disapu oleh PAS.Namun,pada pilihanraya umum tahun 2004,PAS kehilangan majoriti tersebut.Apakah faktor-faktornya? Adakah PAS kehilangan pemimpin yang berwibawa pada ketika itu setelah pemergian Allahyarham Dato' Haji Fadzil Nor Presiden PAS pada tahun 2002?
Apa pun ulasan yang dibuat,kenyataan perlu diterima oleh pelbagai pihak.kemenangan "besar" PAS pada tahun 1999 adalah faktor bekas timbalan perdana menteri,Dato' Seri Anwar Ibrahim yang dipecat dari kerajaan oleh Dr Mahatir (Tun) ketika beliau memegang jawatan perdana menteri pada tahun 1998.
Isu Anwar dijaja dan digunakan oleh PAS sepenuhnya ketika itu sehingga kemengan "besar" diperoleh.Ini boleh dilihat pada pilihanraya 2004,apabila isu Anwar telah lapuk dan sewenang-wenangnya PAS menyelar kekalahan pada tahun 2004 dengan mendakwa pilihanraya kurang telus!!!
Oleh itu, saya katakan bahawa kemenangan PAS di utara juga bukan kerana kehebatan PAS,bahkan isu politik domestik yang membabitkan Anwar.Ramai di kalangan para pengundi pada ketika itu bersimpati dengan Anwar dan akhbar HARAKAH,milik PAS,menjadi tempat menagih simpati.
Menjelang pilihnaraya umum ke 12 ini,PAS sekali lagi menyatakan keinginan dan hasrat menawan Kedah.Serangan padu PAS kelak tidak mampu mengatasi pertahanan ampuh UMNO dan BN negeri Kedah.
Saya melihat dari pelbagai aspek,kestabilan ekonomi,politik dalaman parti-parti yang akan betanding dan beberapa isu yang telah dibangkitkan oleh pembangkang.
EKONOMI
Dari aspek ekonomi,kerajaan pada Julai 2007 telah melancarkan NCER (Pelan Pembangunan Wilayah Ekonomi Koridor Utara).Kedah yang terkenal dengan negeri yang aktif dalam sektor pertanian akan muncul sebuah negeri industri yang berasaskan pertanian.Kerajaan telah menetapkan beberapa intensif yang mampu menaikkan taraf para petani dan meningkatkan pendapatan mereka pada aras melebihi RM 1500 sebulan.
Penanaman padi dijangkakan akan dilaksana secara lebih tersusun.Sime Darby memainkan peranan penting kearah memacu pelaksanaan NCER ini.Perancangan jangka masa panjang ini akan menerima kesan positif oleh para petani sendiri.Peluang pekerjaan yang dibuka juga akan menyebabkan rakyat terasa dibela.
Dalam masa yang sama,kita telah menyaksikan kenaikkan tingkat harga barang keperluan secara mendadak sebelum ini.Ianya memberikan kesan yang besar dan boleh mempengaruhi kuasa beli rakyat walaupun dalam masa yang sama kerajaan menggumumkan kenaikkan gaji sektor awan.
Ini dilihat boleh mendatangkan inflasi.Dalam menagawal inflasi,Tan Sri Dr Zeti Akhtar,Gabenor Bank Negara mengumumkan baru-baru ini bahawa kadar faedah semasa masih pada kadar 3.5 peratus.Kadar ini tidak perlu dinaikkan memandangkan ianya masih mampu mengawal inflasi.
Bagi mengatasi kenaikkan harga,kerajaan telah menubuhkan MAJLIS HARGA NEGARA.Badan tersebut akan mengawal kenaikkan harga dan kestabilan harga barang-barang keperluan utama.
PAS menggunakan isu kenaikkan harga ini bagi menambat hati rakyat.Begitu juga PKR.Ini turut dibantu oleh NGO seperti CEUPACS dan MTUC.Bahkan dua NGO ini pernah menyarankan pengguna agar tidak ke Pasar.
Beberapa demontrasi diadakan.NGO terbabit bersama-sama parti-parti pembangkang
bersama-sama turun ke jalanan untuk mengadakan demontrasi.
PAS menggunakan isu kenaikkan tingkat harga barang-barang keperluan utama dan mempelawa rakyat bersama-sama mengundi pembangkang dan PAS menyatakan hasratnya untuk menubuhkan NEGARA KEBAJIKAN.
Agak malang bagi PAS dan parti pembangkang yang lain apabila kerajaan mengambil sikap pro aktif dalam menangani kenaikkan harga.Seperti yang saya katakan,MHN ditubuhkan walaupun PAS bersungguh-sungguh mempertikaikan penubuhannya.Perkara ini pernah dipaparkan dalam lawan web harakahdaily yang pernah saya baca sebelum ini.
Saya percaya,ahli ekonomi dan golongan akademik tidak mudah terpesona dengan tawaran PAS untuk menubuhkan sebuah negara Kebajikan jika memenangi pilihanraya kelak,walaupun PAS melalui web harakahdaily memaparkan adanya sokongan dari golongan profesional dan ahli akademik.
Ini dapat kita lihat dimana,hujung Januari 2008,kita menyaksikan nilai ringgit naik ke paras RM3.23 walaupun Bursa Wallstreet Amerika mengalami kejatuhan.Ini melihatkan ekonomi Malaysia masih di paras stabil jika tidak,manakan ada kenaikkan nilai tersebut?
Begitu juga dakwaan PAS mendapat sokongan ahli Akademik atas tawaran Negara Kebajikan, kita perlu lihat apa yang dinyatakan oleh Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Omar Osman,yang pernah disiarkan oleh Utusan pada 23 Januari 2008 bahawa Kira-kira 1.2 juta kakitangan awam akan menjadi penganggur sekelip mata manakala gaji akan dipotong lebih kerap jika Malaysia menjadi negara kebajikan dengan segalanya dinikmati rakyat secara percuma.
PAS masih membisu atas kenyataan Presiden CUEPACS itu hingga hari ini.Tawaran PAS terus dipertikaikan dan nampaknya ia tidak lebih sebagai retorik semata bagi mencari pengaruh pengundi untuk mencapai matlamat mereka.
UMNO dan BN masih relevan sebagai pemacu ekonomi negara dan PAS juga parti-parti pembangkang yang lain hanya meneguk di air yang keruh.Kekeruhan ini telah diatasi oleh kerajaan yang diisi oleh perti UMNO dan BN yang menang dalam pilihanraya umum pada 2004 yang lalu.
ISU PARTI PAS DAN UMNO
Dalam pilihanraya umum kelak,calon dari parti-parti yang menyertai pilihanraya ini perlu diketengahkan.Pasti PAS dan PKR akan menentang UMNO di Kedah.Parti UMNO mempunyai tokoh-tokoh yang berwibawa untuk diketengahkan.Datuk Seri Mahdzir Khalid,Menteri Besar Kedah telah membuktikan kejayaan beliau mentadbir negeri Kedah dengan baik.Beliau bukan pemimpin banyak bercakap,kurang kerja,akan tetapi beliau pemimpin yang banyak bekerja dan apa yang beliau cakap dilaksanakan dengan penuh dedikasi.
Lihat sahaja projek saluran Paip Minyak yang dinyatakan pada satu majlis perjumpaan pelajar di Kaherah di hadapan mahasiswa-mahasiswa Kedah di Mesir,ternyata termaktub dalam projek pembangunan koridor utara tidak lama selepas itu.
PAS hanya pandai bercakap.Kutuk sana,kutuk sini,serang peribadi pemimpin membabi buta,dalam masa yang sama,manakah calon yang berwibawa yang boleh diketengahkan sebagai calon yang hebat untuk menawan negeri Kedah dan seluruh Malaysia?
Jika di Terengganu dan Kelantan,PAS mempunyai tokoh mereka yang tidak kurang hebat dalam percaturan politik negeri itu dalam setiap pilihanraya umum.Masing-masing mempunyai Dato' Tuan Guru haji Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan dan Haji Hadi di Terengganu.
Adakah PAS Kedah mempunyai calon yang hebat setanding mereka untuk diletakkan di mana-mana kawasan DUN untuk melaksana projek tawan Kedah? saya malihat PAS tidak mempunyai kehebatan ini.Ustaz Haji Azizan Razak masih belum setanding dengan mereka.Jadi,siapakah yang akan diketengahkan oleh PAS? jaguh dari kampung mana? bukan menyindir atau memperkelehkan PAS Kedah,akan tetapi saya hanya bertanya sebagai pemerhati politik yang ingin tahu.
UMNO dan BN Kedah dilihat berada dalam keadaan utuh dan tiada perpecahan dalaman.Ini dapat dilihat dari apa yang dinyatakan oleh YAB Menteri Besar Kedah selaku Pengerusi BN Negeri yang disiarkan oleh Buletin Utama TV3 pada 26 Januari 2008 dimana,ada dua wakil rakyat BN yang telah berkhidmat lebih dua penggal menyatakan kesediaan untuk tidak dipilih semula dalam PRU ke 12 yang akan datang.
Sementera itu,PAS,KEADILAN dan DAP masih tidak menafikan dakwaan bahawa terdapat masalah dalam "memfaraid" kerusi-kerusi yang akan dipertandingkan.
Berdasarkan isu kepartian ini juga,saya berpendapat UMNO dan BN masih relevan untuk terus diundi dalam PRU ke 12 akan datang dan PAS masih tidak relevan.
ISU YANG DIBANGKITKAN PEMBANGKANG
Semua isu yang diabangkitkan oleh pembangkang telah berjaya dijawab dan ditangani oleh kerajaan.Isu kontrovesi rakaman VK Lingam dibicarakan dengan adil.Begitu juga dengan beberapa isu lain dengan tanpa perlu saya ulang.
Pemerintahan YAB Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi amat mementingkan integriti yang tinggi.Sebab itu kita lihat senarai bakal calon akan ditapis oleh BPR dan beberapa badan lain.
PAS dan parti pembangkang lain semakin tercari-cari isu baru dan pasti PAS tidak akan berjaya menawan Kedah.
Saya akhiri entri saya kali ini dengan satu persoalan,apakah mampu PAS mengulangi sejarah kegemilangan 1999 pada pilihanraya akan datang dan sejauh manakah kebenaran dakwaan PAS dan parti pembangkang lain bahawa pilihanraya di Malaysia tidak Demokrasi?
Sehingga berjumpa dalam entri seterusnya.Reaksi para pembaca saya alukan.Maaf saya pohonkan,jika apa yang dinyatakan diatas kurang menyenangkan sebahagian pihak.
P/s pembaca entri ini diminta memberikan komen.Pendirian saya,setiap komen,mesti dinyatakan sendernya dengan jelas.Jangan takut untuk menaytakan pendirian dan sila gunakan kemudahan teknologi canggih dengan berhemah dan bertanggungjawab dan budaya penakut,bacul dan tidak bertanggungjawab adalah tidak digalakkan.

6 ulasan:
Salam hormat dan salam sejahtera.. KN menjemput semua pengunjung DISINI untuk berforum dan membaca di halaman Kampus Negara [Himpunan Suara Mahasiswa Malaysia & Dari Kampus ke Lapangan Umat]
Salam.. saya menjemput saudara EZO utk bertandang dan berforum di KN.. kerana perwacanaan ILMIAH memerlukan taraf kelulusan saudara utk berwacana jgn sia2kan IJAZAH tersebut.
http://kampusnegara.net
Untuk makluman dan memohom keizinan untuk memasukkan artikel ini ke KN.. wslm.
nampaknya saudara tidak study apa maksud negara kebajikan yg nak di bawa oleh pas... kalau saudara baca n paham sudara tahu bagaimana.
untuk pengetahuan saudara, saya merupakan graduan lulusan bisnes/ekonomi, saya boleh jawap satu persatu berkenaan soal inflasi dan ekonomi.
berkenaan dgn bagaimana pihak pembangkang boleh turunkan harga minyak di malaysia, nampaknya kerana kerajaan telah memanipulasi dgn menyatakan ekonomi boleh rosak kerana bila berbuat demikian, saudara kena faham.... penurunan harga minyak ada kaitan dengan harga barang.... sapabila diplot graf ianya berkolerasi. penurunan hg minyak boleh dibuat melalui pemberian subsidi.... kita tahu keuntungan petronas setahun hampir 90 bilion, untuk menurunkan harga minyak sekitar 30sen maknanya kita boleh ambil sekitar 20bilion daripada keuntungan 90bilion. kita masih ada 70 bilion. apabila harga minyak dikurangkan ianya dapat mengurangkan beban n mengelak harga barang naik.... ini boleh memberi impak ke atas kuasa beli rakyat...kuasa beli rakyat ke atas barangan lain bertambah. apabila ini berlaku jualan ke atas barangan lain meningkat dari situ cukai jualan bertambah dan dgn ini pendapatan kerajaan meningkat....
berkenaan harga minyak di singapura lebih mahal dari malaysia memang betul akan tetapi dari segi rialitinya pemimpin umno sebenarnya ingin menipu rakyat. ini penjelasan saya :-
harga minyak di singapura lebih kurang $ 1.80(RM4.14) wow RM4.14 nampaknya mahal sangat berbanding malaysia! tapi realitinya adalah seperti berikut :
1. pendapatan rakyat singapura 5 kali ganda dari malaysia.
2. singapura bukan negara pengeluar minyak so secara sinisnya kita boleh mengandaikan 'durian di jepun lebih mahal dari malaysia sebab di jepun xde pokok durian'
3. perumpamaan si A dan si B bekerja sebagai cikgu di malaysia dan di singapura.
katakan A bekerja sebagai guru di malaysia bergaji RM2000 dan si B bekerja sebagai guru di singapura bergaji SG$2000. kita tengok siapa mempunyai kuasa beli minyak terbesar dgn bergaji RM2000 dan SG$2000 :
seliter minyak di malaysia = RM1.92
Singapura = SG$1.80
kuasa beli cikgu A(malaysia)- RM2000/RM1.92 = 1041.67 liter
Cik B(singapura) - SG$2000/SG1.80 = 1111.11 liter.
jika dibandingkan cikgu A dan cikgu B mana satu paling untung? dah tentu cikgu B yang bekerja di singapura sebab dia dapat membeli 1111 liter minyak dgn SG2000 berbanding cikgu A malaysia hanya dapat 1041 liter.
sepatutnya kita negara pengeluar minyak, rakyatnya perlu mempunyai kuasa beli minyak lebih tinggi dari singapura..tetapi hakikatnya tidak! pemberian subsidi minyak xkan merosakkan dan membankrapkan negara.... negara boleh bankrap hanya jika negara diurus oleh pentadbir yg korup n perompak harta rakyat
itu baru beberapa hujah...dari sudut ekonomi saya boleh berhujah dgn pelbagai lagi teori n praktikal di mana bg membuktikan bahawa pemimpin UMNO menguruskan kewangan negara tidak bersistematik dan mengancam ekonomi negara.
kenapa saudara mengambil contoh kenaikan nilai tukaran matawang asing US$ berbanding RM sahaja...kenapa tidak diambil dari semua matawang utama asing seperti EURO, YEN, pound, dan sebagainya... untuk pengetahuan saudara, USD mengalami penurunan nilai di kesemua matawang asing yang lain. kalau tidak percaya tolong ke laman2 web forex... di situ saudara tahu bertapa lemahnya US$ berbanding semua matawang utama dunia yg lain. saya pernah main forex dan saya tahu keadaannya.
selain itu saya pohon saudara lihat pula rizab emas negara....berapa banyak nilai rizab emas negara? kalau saudara tahu.... terlalu menyedihkan...
mana 1 yg saudara hendak simpan, emas atau wang kertas? nilai mana paling stabil? emas atau wang kertas? siapa paling kaya jika dia mempunyai byk emas @ wang kertas? jika kita perhalusi simpanan emas lebih bernilai berbanding wang kertas...kenapa semasa krisis ekonomi di korea selatan berlaku, ramai rakyatnya menderma emas kepada kerajaan? fikir2 kanlah dari sudut penilaian ekonomi. kenapa ramai pakar ekonomi sekarang ini banyak membicarakan soal dinar emas untuk menstabilkan ekonomi? fikir2kanlah...
untuk pengetahuan saudara, rizab emas negara sekarang ini teramat kecil...dan saya pernah dimaklumkan bahawa rizab emas negara lebih teruk dari negara dunia ketiga yang lain....
jangan menyokong umno membuta tuli tanpa mengetahui bagaimana ekonomi negara diurus dengan berkesan atau tidak....
Saudara "Anonymous",anda tersilap.
Keuntungan dari Petronas tidak boleh diharapkan semata-mata untuk pemberian subsidi,kerana keuntungan PETRONAS dari sumber pertama atau sumber yang berasaskan galian dan bahan asli.Sumber ini besar risikonya jika kita berharap dengannya.
Sumber ini akan habis lambat laun.Jika keuntungan PETRONAS digunakan semata-mata untuk subsidi minyak,kelak jika habis ianya lagi menyusahkan projek pembangunan negara akan terbantut.
Berkenaan dengan tukaran USD yang menjadi perbandingan,saudara sebenarnya bukan dalam graduan lulusan bisnes/ekonomi,kerana jika saudara berkata demikian,saudara menafikan bahawa USD adalah merupakan perantara perdagangan dunia.Ianya amat penting bagi memastikan kestabilan eknomi negara buat masa ini.
Perumpamaan yang saudara berikan menunnjukkan saudara kurang faham dan masih baru dalam membincangkan aspek ekonomi.
Jika benar saudara adalah merupakan lulusan ekonomi,sila nyatakan sebab bursa wallstreet jatuh dan apakah asas-asas IKKL yang boleh menentukan ekonomi negara terus kukuh ekoran penurunan 100 mata pada hari Isnin lalu.
Jangan saudara lihat saya lepasan Al Azhar jurusan Syariah kurang peka bidang ini kerana saya bukan seperti mahasiswa Al Azhar yang lain.
hmmm....ape aku nk komen ni pon tak tau le..sbb masing2 ade pro and contra masing2
Catat Ulasan