Isnin, 28 Januari 2008

TAKZIAH DARI RAKYAT MALAYSIA

MOHON AMPUN: Anak Suharto, Siti Hardianti Rukmana (tengah) memohon semua pihak memaafkan bapanya selepas bekas pemimpin itu dikebumikan.



MENGIRINGI: Susilo dan anggota keluarga Suharto mengiringi keranda bekas pemimpin itu ke makam keluarganya.

Dalam Kenangan.....Allahyarham Muhammad Suharto


Seperti biasa,saya akan melayari http://www.tv3.com.my/ untuk menonton berita BULETIN UTAMA.Berita utama pada 27 Januari memaparkan berita sedih kematian Pak Harto,bekas Presiden Indonesia yang memerintah Indonesia selama 32 tahun.

Malaysia dan Indonesia adalah merupakan negara yang berjiran dan rumpun melayu.Jika Indonesia mendung,Malaysia akan pasti akan sediakan payung.Saban tahun kita menyaksikan berapa ramai pendatang dari negara tersebut yang datang bekerja di Malaysia dan mereka dilindungi dibawah akta-akta yang telah diperuntukkan oleh negara Malaysia.

Berita kematian bekas Presiden Indonesia,Muhammad Suharto ini,dirasai oleh rakyat Malaysia dan kami turut bersedih.Walaupun pelbagai cerita mengenai pemerintahan Allahyarham,ucapan TUTUT anak sulung beliau perlu diterima baik oleh semua pihak terutamanya rakyat Indonesia.

Apa pun,jasa besar Allahyarham menghentikan konfrontasi antara Malaysia dan Indonesia amat dikenang.Konfrontasi tersebut dilancarkan oleh Presiden Indonesia pertama kerana salah faham terhadap cadangan Malaysia untuk menubuhkan MAFILINDO (Malaysia,Fhilipina dan Indonesia).Beliau menganggap ini satu bentuk jajahan.Konfrontasi ini dihentikan oleh Allahyarham sebaik sahaja megambil alih tampuk pemerintahan.

Jasa beliau amat dikenang oleh seluruh rakyat Malaysia dan atas semangat kejiranan ini,saya selaku rakyat Malaysia mengucapkan takziah atas pemergian beliau.Semoga Allah mengampunkan segala kesalahan beliau dan menempatkan beliau bersama para solihin.

AL FATIHAH.......







1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ya..sebagai sesama saudara dimanapu kita berada patut mendoakan saudara yang lainnya ketika telah berpulang ke yang maha kuasa. Semoga segala kesalahannya sebagai seorang manusia biasa diampuni oleh ALLAH SWT. amin.