Sabtu, 12 Januari 2008

MATEMATIK DAN SAINS DALAM BAHASA INGGERIS??

Ketika majlis ramah mesra bersama YAB Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi,Perdana Menteri pada 26 November 2007,saya telah membangkitkan beberapa perkara untuk perhatian YAB Perdana Menteri.

Antaranya adalah yang berkaitan pengajaran matematik dan sains dalam bahasa inggeris.Dalam perhimpunan agung UMNO tahun 2007,perkara ini telah dibangkitkan oleh perwakilan.Saya membangkitkan sekali lagi perkara tersebut kerana mahu pihak kerajaan tahu bahawa perkara ini mendapat perhatian serius oleh rakyat dari pelabagai peringkat.

Baru-baru ini keputusan Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) telah diumumkan,dua subjek tersebut didapati mempunyai peratus kelulusan yang munasabah.Namun yang demikian,beberapa hari selepas pengumuman itu dibuat,akhbar arus perdana melaporkan,UMNO Johor tetap mahu dua matapelajaran tersebut kembali diajar ke dalam bahasa melayu.

Selaku mahasiswa,saya amat setuju dengan pendirian yang dinyatakan oleh UMNO Johor memandangkan status dan martabat bahasa ibunda Sebagai ilmu.Difahamkan,kerajaan akan mengumumkan keputusannya dalam masa terrdekat.Semoga perkara ini dapat perhatian serius dari pihak kerajaan.

Tiada ulasan: