Agak lama tak post artikel di blog ni.Untuk makluman,saya pulang ke Malaysia pada 28 November 2007 dan pulang semula ke Mesir pada 27 Disember 2007.Sepanjang di Malaysia,saya nampak banyak perubahan yang ketara telah berlaku.
Oleh kerana saya merupakan mahasiswa pengajian Islam,maka sektor yang paling memerlukan saya adalah sektor sosial.Apabila bercakap soal sosial,saya mestilah banyak berinteraksi dengan masyarakat.Justeru,akhlak yang tinggi perlu saya pertontonkan kepada mereka.
Golongan remaja di Malaysia terutamanya di Johor dan Kuala Lumpur nampaknya semakin berani.Jika dibandingkan empat tahun sebelum ini.Saya lihat,peranan saya dan rakan-rakan seperjuangan amat besar bakal dan sedang Menanti.
Apa pun,saya berpendapat,pendidikan adalah merupakan aspek terpenting yang perlu dititik beratkan oleh pelbagai pihak di pelbagai peringkat.Jika tidak,kemajuan yang dikecapi bukan sesuatu yang boleh dibanggakan dan dinikmati dengan saksama bahkan akan menjadikan manusia itu jauh dari landasan sebenar.
Apabila bercakap tentang pendidikan,saya sekarang terasa tercabar,apabila golongan pengajian agama dianggap oleh sesetengah pihak sebagai golongan kelas terendah atau tidak sebaris
dengan golongan akademik yang lain.Patutkah ini berlaku?
Saya tidak mahu menuding jari menyalahkan orang lain.Saya ingin mencetuskan persoalan di sini,apakah sikap golongan agamawan yang telah berjaya atau yang sedang dalam proses pembelajaran menjadi faktor ini semua berlaku? sedangkan pada hari ini,pihak kerajaan rancak dengan projek-projek pembangunan rakyat dan menjadikan Islam sebagai dasar dalan pentadbiran.
Wahai golongan agamawan!!!! patutkah kita masih bertelingkah sesama sendiri dan mementingkan diri!!!!! bangunhlah!!!! lihat dunia anda sekarang..............
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan