Tidak saya duga,pada 9 November 2007,hari Jumaat,saya telah diberitahu oleh Ustaz Amri,Atase pendidikan Jabatan Penuntut Malaysia Malaysia Kaherah,Kedutaan Besar Malaysia Kaherah bahawa saya boleh Menghadirkan diri ke kuliah di Universiti Kaherah mengikuti pengajian di peringkat sarjana atau MA pada 11 November.
Rasa berdebar-debar,takut dan gementar dengan hari pertama.Dengan langkah yang penuh dengan seribu keyakinan,saya bertolak dari Rumah Johor seksyen 8,Madinat nasr Kaherah,menuju ke Giza.
Apabila tiba,saya cari pejabat urusan pengajian tinggi untuk peringkat MA dan PHD.
Saya telah bertemu dengan pendaftar Universiti bahagian kemasukan pelajar MA dan PHD.
Terkejut apabila dimaklumkan,anda diterima masuk ke Universiti Kaherah untuk pengajian MA bagi sesi 2007/2008.
Rasa macam kebetulan.Secara tidak disengajakan,saya mendapati 11 Ogos 2007 adalah tarikh keramat yang man Fakulti Syariah di Universiti Al Azhar telah mengumumkan keputusan para mahasiswa dan gembira pada ketika itu kerana saya tidak perlu ulang mana-mana kertas,saya tidak perlu mengulang tahun dan berjaya menamatkan pengajian pada waktu yang dijangkakan dengan memperoleh keputusan yang baik.
Sekali lagi 11 haribulan jadi keramat apabila 11 November 2007 adalah merupakan hari pertama saya bergelar Mahasiswa MA Syariah di Universiti Kaherah.
Cukup sekadar saya meluahkan cerita ini sebagai satu kegembiraan yang ingin saya kongsi bersama sahabat-sahabat sekalian.
Saya akan berkongsi pengalaman dengan anda terhadap pengalaman baru saya di tempat baru.Apakah perbezaan antara Universiti Kaherah dan Universiti Al azhar?akan saya nukilkan dalam coretan mendatang....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan