Isnin, 8 Oktober 2007

MALAYSIA CIPTA SEJARAH




BAWA HARAPAN: Dr Sheikh Muszaphar Shukor memberi isyarat bagus selepas dipilih menyertai misi ke angkasa lepas, malam ini.






PERSIAPAN AKHIR: Roket Soyuz-TMA 11 dibawa ke tapak pelancaran di Baikonour Cosmodrome, Kazakhstan, semalam.




TUNGGU MASA: Roket Soyuz-TMA 11 bersiap sedia untuk dilancarkan malam esok.






Setelah negara mencapai 50 tahun kemerdekaan,Malaysia terus maju dan terbilang di mata dunia.Kejayaan demi kejayaan dikecapi.Kredebiliti kerajaan yang memerintah tidak akan dapat dipersoal lagi.

Malam esok,(10 Oktober) jam 9.21 waktu Malaysia angkasawan Malaysia pertama akan menyertai misi kapal angkasa Soyuz 15-S ke ISS dari Baikonur Cosmodrome, Kazakhstan. Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Faiz sudah diiktiraf sebagai angkasawan atau 'cosmonaut' oleh Agensi Angkasa Lepas Russia (Roskosmos) namun,Utusan dan Berita Harian melaporkan bahawa Dr Sheikh Muszaphar Shukor, dipilih oleh Jawatankuasa Pemilihan Angkasawan oleh agensi tersebut sebagai angkasawan pertama Malaysia untuk misi ke angkasa lepas.



Penghantaran angkasawan ini,akan menempatkan Malaysia dalam kumpulan elit 37 negara di dunia yang berjaya menakluki angkasa lepas.

Walaupun akhbar HARAKAH pernah memberi jolokan kurang sopan terhadap misi ini dengan menggelarkan "angkawan melancong",namun sikap irihati pembangkang tidak dapat dinafikan lagi apabila tujuan mereka ke angkasa diumumkan.Angkasawan Malaysia yang menyertai misi tersebut akan menjalankan tiga eksperimen berkaitan sel barah, bakteria dan pengkristalan protein.

Ini adalah merupakan penghantaran angkasawan pertama Malaysia ke stesen penyelidikan yang berlegar pada ketinggian kira-kira 350 kilometer (km) dari bumi serta mengelilingi orbit pada purata kelajuan 27,744 km sejam.

Sebagai rakyat Malaysia,saya mendoakan kejayaan misi ini dan turut berbangga dengan penyertaan Malaysia dalam misi ini.

Tiada ulasan: