Media massa tempatan hangat ketika ini membincangkan isu persekolahan satu sesi.Ianya adalah merupakan cadangan YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi,Perdana Menteri Malaysia yang mencadangkan sesi persekolah satu sesi dengan tempoh yang dipanjangkan dari jam 7.30 pagi hingga jan 4.30 petang sebagai satu langkah membendung jenayah ke atas kanak-kanak.
Ketika ini terdapat 9,676 buah sekolah kerajaan yang mana terdiri dari 7,621 sekolah rendah dan 2055 sekolah menengah.
Dalam satu kenyataan,Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein,Menteri Pelajaran Malaysia menyatakan bahawa pada ketika ini sebanyak 8,032 sekolah rendah dan menengah telah melaksanakan sesi persekolah satu sesi.
Dari Jumlah tersebut,6,784 membabitkan sekolah rendah manakala 1,284 sekolah menengah telah melaksanakan sesi persekolahan satu sesi.
Sesi persekolahan satu sesi ini adalah merupakan perkara yang sedang dilaksanakan dan ianya bukan perkara baru.namun begitu,yang menjadi tajuk perbincangan kali ini adalah sesi persekolahan satu sesi yang dipanjangkan waktunya.
Terdahulu,Berita hangat kematian mangsa penderaan seksual kanak-kanak Allahyarham Nurin Jazlin bagai gempa bumi yang melanda di Malaysia.Penderaan keatas kanak-kanak ini amat menghayat hati.
Oleh yang demikian,menurut Perdana Menteri,cadangan beliau berkaitan memanjangkan tempoh persekolahan satu sesi itu adalah antara usaha untuk mengatasi kejadian jenayah ke atas kanak-kanak.Dengan itu,ibu bapa tidak perlu risau kerana anak mereka berada di bawah pengawasan pihak sekolah semasa mereka di tempat kerja.
Pada tahun 2010,sistem persekolah satu sesi akan dilaksanakan sepenuhnya.Ini bermakna,
tiada lagi sesi persekolahan satu sesi.
Perlaksanaan sistem tersebut harus dilaksanakan secara teliti dan kajian menyeluruh harus dibuat kearah itu.Ianya memang baik untuk membolehkan para pelajar mempunyai banyak masa untuk kegiatan kokurikulum.
Namun,persoalan yang ingin saya lontarkan disini adalah sejauh manakah kaedah dan pengisian yng akan digunakan untuk tujuan itu.Realitinya,jika tempoh persekolahan itu panjang,ianya akan membuatkan para pelajar itu bosan.Oleh yang demikian,harus ada satu pengisian yang menarik para pelajar untuk mengelakkan bosan dan masalah sampingan seperti pelajar ponteng sekolah.
Antara pengisian yang menarik yang boleh diisi di peringkat sekolah rendah adalah pengajian agama.JQAF harus diberi waktu yang lebih untuk tujuan itu.Kerana dengan pendedahan terhadap para pelajar dengan ilmu-ilmu agama seperti ilmu fardhu ain,akan memberikan impak yang baik kepada sahsiah pelajar dan mampu membentuk jati diri yang kental.
Disamping itu,pengisian yang berbentuk aktiviti kokurikulum juga harus ada.Penglibatan para pelajar dalam aktiviti kokurikulum sejak dari sekolah rendah akan memupuk semangat bermasyarakat dan tanggungjawab sosial.
Persoalan yang ingin ditimbulkan disini adalah,bagaimanakah nasib pendidikan agama negeri yang sedia ada yang menjadi sesi kedua pembelajaran para pelajar.
Sistem pendidikan agama di negeri Johor darul Takzim pernah mendapat liputan meluas media dan dikatakan modul pengajian agama terbaik di Malaysia.Sekolah didirikan di seluruh pelusuk negeri Johor.
Kos pengurusan menelan jutaan ringgit.Kerjaya guru agama di sekolah berkenaan dipandang tinggi oleh masyarakat setempat.
Bagaimanakah nasib sekolah tersebut?begitu juga kerjaya para guru di sekolah-sekolah agama berkenaan?apakah sekolah berkenaan akan menjadi bangunan sekolah rendah kerajaan bertaraf SABK?
Apakah para guru akan kehilangan kerjaya ? kerajaan diminta supaya menyatakan secara terperinci cara pelaksanaan sesi persekolahan satu sesi yang dipanjangkan waktunya.
Ini kerana sistem pendidikan berkenaan banyak memberikan kesan positif kepada para pelajar.Ini tidak bermakna saya memperkecilkan atau mempersoalkan cadangan sistem persekolahan satu sesi.
Akan tetapi saya harapkan adanya kajian secara terperinci sebelum sistem tersebut dilaksanakan.Negeri Johor juga perlu mencari alternatif dan cadangan yang baik untuk diajukan kepada pihak berwajib.
akhir sekali,saya tegaskan bahawa cadangan YAB Perdana Menteri amat bernas bagi membendung kes-kes jenayah yang membabitkan kanak-kanak.Justeru,pengisian dan kaedah pelaksanaan sistem tersebut harus diteliti dan diperhalusi.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
Catat Ulasan