Rabu, 12 September 2007

RAMADHAN KARIM

Hari ini,13 September 2007 Masihi bersamaan 1 Ramadhan 1428 Hijriah saya mula membina blog ini.Ianya adalah merupakan satu lapangan latihan untuk saya berjalan lebih jauh meniti masa depan yang dikejar.

Sempena bulan yang mulia ini,ingin saya berkongsi dengan pembaca sekalian tentang suasana menyambut Ramadhan di Perlembahan Nil ini.Sejak saya meninggalkan Malaysia tanah air tercinta bermusafir dan berkelana di bumi yang mana Firaun pernah berkuasa dan Mukjizat Nabi Allah Musa A.S diperlihat oleh Allah S.W.T,pelbagai pengalaman saya timba.

Tarikh 25 September 2003,saya melangkah kaki meninggalkan Malaysia dan tarikh itu jugalah saya menjejakkan kaki ke Mesir.Kuih raya?Ketupat rendang?bukan itu sahaja,dodol pun jauh di mata.Kedutaan Malaysia di sini tempat saya menagih simpati berhari raya.

Bulan ramadhan ini,cukup banyak barakahnya.Bulan di mana terdapat di dalamnya lailatul qadr bulan yang lebih baik dari seribu bulan.Al Quran juga diturunkan di bulan ini.Saya ingin berkongsi sedikit pengalaman sepanjang di perantauan ini.

Menjelang nisfu Sya'ban,sekonyong-konyong,Bandaraya kaherah berubah.Lampu besar dijual beraneka jenis dan warna.Kedai-kedai kurma dan manisan membina ruang tambahan di depan kedai. Itulah suasana di Mesir menjelang bulan Ramadhan.

Apabila semakin hampir dan tiba bulan ramadhan,maka akan terdengarlah kita ungkapan-ungkapan dan ucapan yang sering didengar di merata tempat "RAMADHAN KARIM!!" yang bermaksud bulan ramadhan yang mulia.Yang menerima ucapan tersebut terus menyambut dengan nada yang bersemangat "ALLAHU AKRAM!!" yang bermaksud Allah memuliakannya.

Suasana meriah diserata tempat.Seolah-olah menyambut hari raya.Masyaallah,sambutan yang begini meriah amat dirasai.Betapa besarnya umat islam mesir memuliakan dan merai bulan yang mulia ini.
Marilah kita bersama-sama merebut peluang keemasan dalam bulan ini untuk menambah amal ibadat dan melaburkan saham pahala untuk hari mendatang.Bersama-sama kita bermuhasabah pada bulan yang mulia ini,betapa menahan diri ini mengajar manusia bersabar,merasai kelaparan si miskin dan menjadikan bulan Ramadhan ini sebagai satu institusi mendidik jiwa dan rohani.

Janganlah hendaknya kita termasuk dalam golongan yang telah Baginda Rasulullah S.A.W sebutkan dengan mafhumnya ada sebahagian golongan yang berpuasa dalam keadaan sia-sia dan hanya mendapat lapar dan dahaga.
Kepada semua,RAMADHAN KARIM..................


Tiada ulasan: